ifolio.ukm.my · Web viewPerbuatan bersalaman dengan para peserta akhir debat yang ditunjukkan oleh...

33
HHHC9401 : KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 35 NAMA : NABILAH BINTI ISMAIL NO. MATRIX: A 144628 FAKULTI : SAINS KESIHATAN NAMA PEMANTAU : DR. NORHAYATI BINTI IBRAHIM

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewPerbuatan bersalaman dengan para peserta akhir debat yang ditunjukkan oleh...

HHHC9401 :

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SET 35

NAMA : NABILAH BINTI ISMAIL

NO. MATRIX: A 144628

FAKULTI : SAINS KESIHATAN

NAMA PEMANTAU : DR. NORHAYATI BINTI IBRAHIM

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PROGRAM : DEBAT KESIHATAN PIALA TUN SYED NASIR

PENGANJUR: MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ TUN SYED NASIR

TARIKH : 6 DAN 7 DISEMBER 2014

TEMPAT : DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR

( BAGI PERINGKAT SARINGAN ) DAN DI

DEWAN SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR, UKM,

JALAN TEMERLOH,

53200 KUALA LUMPUR .(BAGI PERINGKAT AKHIR DAN MAJLIS PENUTUP)

Setiap tahun akan diadakan satu program mega yang diberi nama Fiesta Sinergi Intelek

anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terdapat beberapa subprogram yang berada di bawah program mega ini antaranya ialah program

debat. Program debat ini merupakan program pencetus iaitu program yang julung-julung

kalinya diadakan pada Fiesta Sinergi Intelek yang lepas . Program debat kali kedua pada tahun

ini masih membawa tema kesihatan dan perubatan dalam sidang penghujahan . Program debat

ini diberi nama Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir kali ke-2. Program ini merupakan

program intervarsiti Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur . Debat Kesihatan

Piala Tun Syed Nasir 2014 kali kedua ini bertunjangkan tema ‘Mahasiswa Hebat Generasi

Hebat’ . Program Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali kedua ini telah berjaya

diadakan selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Disember 2014.

Objektif program debat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dan

mewujudkan jaringan komunikasi antara mahasiswa dan mahasiswi jurusan sains kesihatan

daripada Institut Pengajian Tinggi Awam serta Institut Pengajian Tinggi Swasta dan juga sekolah

menengah disekitar Kuala Lumpur terlibat di samping memupuk minat mahasiswa dan

mahasiswi yang celik terhadap isu semasa dan isu-isu berkaitan kesihatan.Program ini turut

dibuka kepada universiti dan sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur. Jumlah peserta yang

menyertai pertandingan debat ini adalah seramai 55 orang yang terdiri daripada beberapa buah

universiti dan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Sudah terang lagi bersuluh, program mega sebegini memerlukan tunggak kepimpinan dan kerja

berpasukan organisasi yang padu bagi merealisasikan kelancaran program debat ini. Sesi

pengenalan organisasi program debat ini telah diadakan dalam sesi perjumpaan yang pertama

iaitu di Bilik Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir,UKM. Dalam sesi pengenalan

organisasi itu, kami juga melihat skop kerja atau tugasan yang perlu kami jalankan bagi

menjayakan program Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 .

Dalam menjayakan sesebuah program, kemahiran nilai,sikap, etika dan profesionalisme

dalam diri setiap sekretariat amat penting . Sesebuah program terutamaya program mega

sebegini pasti kelihatan kucar-kacir sekiranya penerapan dan penekanan terhadap kemahiran

nilai,sikap, etika dan profesionalisme dalam diri setiap sekretariat amat goyah. Tambahan pula,

Gambar menunjukkan kredibiliti para peserta Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 sewaktu di peringkat saringan di kampus.

pandangan yang enteng terhadap kepentingan kemahiran ini mampu memberi kesan yang

signifikan kepada kelancaran program ini walaupun kita telah mempunyai tunggak kepimpinan

dan kerja berpasukan ahli organisasi yang padu.

Saya, Nabilah Binti Ismail memegang jawatan sebagai sekretariat protokol dalam organisasi

debat pada tahun ini . Saya selaku sekretariat protokol telah diamahkan untuk menjayakan

perjalanan program pada malam kemuncak pusingan akhir Debat Kesihatan Piala Tun Syed

Nasir 2014 kali ke-2 iaitu pada 7 Disember 2014 di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir.

Saya berpadu tenaga bersama dua orang lagi sekretariat protokol. Kami telah menghadiri

beberapa sesi perjumpaan antara organisasi secara tertib dan teratur bagi membincangkan

hal-hal berbangkit mengenai program debat ini serta membentangkan gerak kerja kami.

Sesi mesyuarat bagi mendengar penerangan ringkas oleh sekretariat program.

Perancangan serta persiapan awal program debat ini ternyata amat memerlukan komitmen

daripada semua ahli organisasi.Beberapa sesi mesyuarat telah diadakan bagi mengetahui gerak

kerja yang dilakukan oleh setiap sekretariat. Dalam setiap penngumuman tarikh ,masa dan

tempat mesyuarat diadakan, pengarah amat menekankan etika menepati waktu menghadiri

mesyuarat . Penekanan etika menepati waktu menghadiri mesyuarat telah dititikberatkan oleh

pengarah sejak awal perjumpaan bersama ahli-ahli organisasi lagi. Pada hemat saya, etika

menepati waktu ini ternyata amat penting bagi memastikan segala agenda pada sesi mesyuarat

tertentu dapat dijalankan mengikut perancangan waktu yang telah dirancang. Penekanan etika

menepati waktu sepanjang berorganisasi ini dapat dipupuk dan disemai untuk diaplikasikan

dalam rutin kehidupan seharian sebagai seorang mahasiswi yang proaktif .

Sudah terang lagi bersuluh bahawa nilai saling bekerjasama antara satu sama lain adalah nilai

yang amat penting sewaktu berorganisasi. Pengagihan tugasan merupakan strategik kami dalam

bekerjasama melaksanakan tugas . Pengagihan tugasan ini amat penting dalam menjamin

kelancaran pelaksanaan sesuatu tugas. Oleh itu, setelah mendapat tugasan yang jelas daripada

pihak majlis tertinggi, saya dan dua orang sekretariat protokol yang lain telah mengagihkan

tugasan yang perlu dilaksanakan seperti penghantaran surat jemputan dan menguhubungi para

juri jemputan. Kami juga saling berhubung bagi memastikan tugasan serta gerak kerja yang

dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Nilai bekerjsama antara satu sama lain adalah amat

penting dalam memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dijalankan dengan sebaik-

baiknya.

Selain itu, sikap saling menghormati antara satu sama lain juga amat penting dalam

berorganisasi ini. Lazimnya, kami selaku ahli organisai debat menghadiri mesyuarat yang

diaturkan oleh majlis tertinggi organisasi . Pada waktu itu, setiap sekretariat dikehendaki

membentangkan gerak kerja yang telah diusahakan. Pada hemat saya, sikap menghormati

sekretariat yang membentangkan gerak kerja mereka adalah amat penting, iaitu dengan cara

mendengar gerak kerja yang dibentangkan dengan teliti . Antara manfaat tersirat yang diperoleh

daripada penghormatan yang diberikan dengan mendengar gerak kerja yang dibentangkan oleh

sekretariat lain adalah kita dapat memastikan kejelasan dan ketepatan setiap maklumat yang

disampaikan oleh sekretariat lain . Manfaat ini dapat mengelakkan berlakunya salah faham

antara ahli organisasi.

Selain itu, saya selaku sekretariat protokol telah diamahkan untuk merancang dan

melaksanakan gimik perasmian pada malam kemuncak pusingan akhir Debat Kesihatan Piala

Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2 ini. Saya bersama dua orang lagi sekretariat protokol telah

merancang gimik bersama-sama serta meminta pandangan daripada wakil majlis tertinggi. Pada

pandangan saya, amanah melaksanakan gimik perasmian serta menjayakannya pada malam

kemuncak pusingan akhir debat ternyata mencabar profesionalisme saya selaku sekretariat

protokol. Hal ini kerana, gimik perasmian yang baik adalah gimik yang dapat memberi kesan

dalam ingatan para hadirin yang hadir pada malam kemuncak pusingan akhir debat itu. Setelah

gimik perasmian dirancang, simulasi gimik tersebut telah dilaksanakan bagi menguji

keberkesanan gimik tersebut.

Kesempurnaan sesebuah majlis itu hanya dapat dicapai melalui keberkesanan raptai yang

diadakan. Oleh itu , saya dan seorang sekretariat protokol telah sepakat untuk mengadakan raptai

sehari sebelum malam kemuncak pusingan akhir debat serta pada siang hari sebelum majlis

tersebut berlangsung. Seorang lagi sekretariat protokol ditugaskan untuk ke kampus bagi

memastikan kelancaran majlis penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para peserta debat

dan juri jemputan.

Pada 6 Disember 2014, sesi raptai telah dijalankan bersama beberapa orang ahli jawatankuasa.

Pada awalnya, saya memberi taklimat atau penerangan ringkas berkenaan tugasan yang perlu

mereka laksanakan pada malam kemuncak pusingan akhir debat tersebut. Tugasan utama yang

mereka perlu lakukan adalah mengiringi para tetamu kehormat sewaktu perarakan masuk para

tetamu kehormat ke dalam dewan. Saya telah memberi gambaran yang jelas kepada para ahli

Kedua-dua gambar di atas menunjukkan persiapan bahan gimik perasmian yang dilaksanakan oleh sekretariat protokol bersama-sama.

jawatankuasa mengenai cara mengiring para tetamu kehormat untuk masuk ke dewan. Saya telah

memberi penerangan serta melakonkan perarakan tersebut bagi memberi gambaran yang jelas

kepada mereka . Jelasnya, tugasan utama ahli-ahli jawatankuasa adalah menjadi pengiring

kepada para tetamu kehormat. Pengiringan para tetamu kehormat sewaktu perarakan masuk ke

dewan merupakan protokol yang penting dalam sesebuah majlis yang formal.

Pada akhir sesi raptai yang pertama, saya turut memberi penekanan terhadap etika pemakaian

yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli jawatankuasa . Etika pemakaian ini amat signifikan dalam

sesebuah majlis formal. Hal ini kerana, pemakaian melambangkan identiti seseorang individu ,

peranan serta kedudukan mereka dalam sesebuah majlis formal. Para hadirin juga turut dapat

menafsirkan peranan individu dalam sesebuah majlis formal melalui pemakaian yang

dipadankan.

Gambar menunjukkan saya sedang memberi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa sewaktu raptai, berkenaan tugasan mereka pada malam majlis kemuncak pusingan debat ini berlangsung.

Protokol sesebuah majlis tidak hanya tertumpu kepada pengiringan para tetamu kehormat

sewaktu perarakan masuk serta etika pemakaian, malah skrip para pengerusi majlis turut

diambil perhatian bagi memastikan majlis malam kemuncak pusingan akhir Debat Kesihatan

Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2 dijalankan secara formal dengan penuh beretika serta tertib .

Bahagian yang amat penting serta pelru diberi lebih perhatian dalam skrip para pengerusi majlis

bagi memastikan protokol majlis formal ini terjaga adalah pada bahagian salutasi khas untuk

para tetamu kehormat yang hadir. Penggunaan salutasi seperti ‘Yang Beusaha ‘ dan ‘Yang

Berbahagia’ perlu mengambil kira tahap kedudukan atau jawatan seseorang tetamu kehormat

Gambar menunjukkan saya sedang memberi tunjuk ajar yang jelas tentang etika atau cara mengiring para juri jemputan ke tempat perbincangan bagi memuktamadkan keputusan mereka.kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah ditugaskan.

tersebut. Penggunaan salutasi yang betul merupakan protokol yang membawa kepada kemurnian

dan keharmonian sesebuah majlis formal seperti majlis malam kemuncak pusingan akhir Debat

Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2 ini.

Kedua-dua gambar menunjukkan saya sedang memberi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa berkenaan aturan pengiringan para tetamu kehormat untuk naik ke pentas bagi melaksanakan gimik perasmian.

Saya juga turut memberi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertugas sebagai pengerusi majlis untuk melontarkan ayat yang tertentu pada masa tertentu .

Pada sesi raptai yang kedua pada 7 Disember 2014, raptai ini bukan sahaja melibatkan ahli

organisasi malah turut melibatkan para peserta akhir debat. Sejurus sahaja ketibaan mereka di

Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, saya memberi penerangan ringkas mengenai perarakan

khas untuk mereka masuk ke dewan. Perarakan mereka masuk ke dalam dewan akan diikuti

dengan perlaksanaan gimik perasmian oleh perasmi iaitu Yang Berbahagia, Prof Madya Dr.

Roslee Bin Rajikan , selaku Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni

(PPMPA). Setelah selesai penerangan tersebut, raptai bersama mereka dilaksanakan dengan

teliti. Raptai bersama para peserta akhir debat ini turut diperhatikan dan dipantau oleh pengarah

program debat ini.

Pada 7 Disember 2014, setelah para juri dan tetamu kehormat berkumpul di Bilik Felo Kolej

Tun Syed Nasir, saya telah memberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program pada majlis

malam kemuncak pusingan akhir Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2 ini

dengan penuh tertib dan beretika. Saya memakai pakaian formal sewaktu memberi taklimat

ringkas tersebut. Tambahan pula, saya memulakan taklimat ringkas tersebut dengan nilai murni

melalui penyampaian salam kepada para tetamu kehormat, sebagai tanda penghormatan saya

kepada mereka. Di samping itu, sewaktu sesi taklimat ringkas kepada para tetamu kehormat

tersebut, saya telah menggunakan kebanyakkannya Bahasa Melayu yang formal. Penggunaan

bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu ini merupakan salah satu etika dalam setiap agenda yang

dijalankan dalam majlis formal yang dijalankan dalam Bahasa Melayu seperti majlis malam

kemuncak pusingan akhir Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2 ini. Pada

pandangan saya,sesi menyapaikan teklimat ringkas kepada para tetamu kehormat mengenai

perjalanan program pada malam tersebut ternyata mengasah nilai profesionalisma saya sebagai

sekretariat protokol dalam organisasi debat ini. Ketertiban dalam penyampaian maklumat

mengenai aturcara program debat pada malam itu sememangnya membawa kepada gambaran

jelas serta pemahaman para tetamu kehormat mengenai aturcara program pada malam tersebut .

Gambar menunjukkan saya sedang memberi taklimat ringkas kepada para tetamu kehormat berkenaan aturcara program pada majlis malam kemuncak pusingan akhir Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2.

Setelah para tetamu kehormat telah dibariskan serta diatur dengan tertib di ruang legar Dewan

Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, mengikut tahap kedudukan dan jawatan mereka, saya telah

behubung dengan sekretariat protokol yang bertugas di dalam dewan dengan sopan dan penuh

tertib bagi mengetahui kesesuaian masa untuk perarakan masuk para tetamu kehormat ke dalam

dewan. Setelah tibanya masa yang sesuai, kami membuka pintu dewan tersebut bagi

menagalu-alukan perarakan masuk para tetamu kehormat ke dalam dewan. Nilai bekerjasama

dan sikap professional sewaktu menjalankan tugas telah diaplikasikan dalam berkomunikasi

bersama sekretariat serta ahli-ahli jawatankuasa sepanjang program debat ini berlangsung.

Gambar menunjukkan para tetamu kehormat sedang mendengar taklimat ringkas berkenaan aturcara program yang saya sampaikan di Bilik Felo Kolej Tun Syed Nasir

Gambar menujukkan saya sedang berkomunikasi dengan tertib dan beretika dengan sekretariat protokol yang bertugas di dalm dewan bagi meastikan masa yang sesuai untuk perarakan masuk para tetamu kehormat ke dalam Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir

Gambar di atas menunjukkan perarakan masuk dif-dif kehormat ke dalam dewan dengan diiringi oleh para pengiring yang sedondon berbaju kurung biru.

Perarakan para dif kehormat diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti kita . Gambar di atas menunjukkan para hadirin serta ahli organisasi berdiri sewaktu nyanyian . Mereka turut berdiri sewaktu menyanyikan lagu Negaraku sebagai tanda hormat dan lambang setia kepada Negara.

Setibanya, waktu perarakan masuk para peserta akhir debat serta diikuti dengan perlaksanaan

gimik perasmian oleh perasmi, saya mendapati bahawa para peserta akhir debat telah

melaksanakan perarakan masuk mereka dengan sempurna mengikut kedudukan dan laluan yang

telah ditetapkan dan diterangkan sewaktu raptai . Sejurus sahaja para peserta akhir debat

berbaris di atas pentas dengan penuh tertib dan beretika, bersama para tetamu kehormat, Dr.

Roslee selaku perasmi telah melaksanakan gimik perasmian tersebut. Kemudian, beliau

bersalaman dengan para peserta akhir debat dengan penuh beretika dan professional. Perbuatan

bersalaman dengan para peserta akhir debat yang ditunjukkan oleh Dr. Roslee, ternyata telah

menyerlahkan lagi sikap professional beliau dalam mengamalkan nilai murni sebagai tanda

penghargaan dan penghormatan kepada pihak yang berhak dalam majlis formal tersebut.

Gambar menunjukkan gambaran keadaan Piala Pusingan Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir setelah gimik perasmian disempurnakan oleh perasmi.

Gambar di atas menunjukkan sebuah kotak yang telah saya bersama secretariat yang terlibat hiaskan. Piala Pusingan Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir telah dimuatkan ke dalam kotak ini .

Gambar menunjukkan keadaan Piala Pusingan Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir yang setelah ikatan tali pada kotak dirungkai .

Ini juga merupakan satu simulasi gimik perasmian yang saya lakukan sebelum penyempurnaan sebenar gimik perasmian tersebut oleh perasmi pada malam kemuncak akhir debat tersebut.

Gambar di atas menujukkan penyempurnaan gimik perasmian oleh perasmi dengan diiringi oleh Pengarah program dan Puan Pengetua Kolej.

Gimik perasmian ini juga diperhatikan oleh para peserta akhir debat .

Pengakhiran perlaksanaan gimik perasmian ini membawa kepada permulaan sidang debat oleh

para peserta. Sidang debat ini diketuai oleh Yang Dipertua Dewan . Yang Dipertua Dewan ini

mempunyai peranan dalam memantau etika para pendebat sewaktu menyampaikan hujah mereka

serta sewaktu membantah hujah pihak yang bertentangan dengan mereka. Peranan Yang

Dipertua Dewan ini menujukkan bahawa etika pendebat amat diberi perhatian yang utama dalam

sesebuah perdebatan. Perdebatan yang beretika membawa kepada penghujahan hujah dan

pembangkangan hujah dilaksanakan dengan penuh harmoni dan penuh dengan nilai murni

seperti nilai kesopanan dan saling menghormati antara dua pihak mahupun mempunyai

pendirian hujah yang berbeza.

Gambar di atas menujukkan seorang pendebat sedang menyampaikan hujah dengan penuh beretika.

Pendebat ini yang sedang menyapaikann hujah ini telah mendapat anugerah pendebat terbaik

Gambar di sebelah menunjukkan saya sedang berhubung dengan pengerusi majlis pada malam itu bagi memastikan ketepatan acara majlis yang berikutnya berdasarkan skrip pengerusi majlis.

Gambar menunjukkan barisan juri jemputan debat sedang menilai para pendebat pusingan akhir.

Majlis malam kemuncak pusingan akhir Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2

ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para juri jemputan dan

para pemenang. Sesi penyampaian hadiah dan cenderamata ini telah dijalankan dengan tertib

mengikut penyusunan hadiah dan cenderamata yang dirancang mengikut skrip teks para

pengerusi majlis.

Gambar menunjukkan sesi penyampaian cenderamata kepada juri jemputan dilaksanakan dengan penuh nilai protokol dan beretika.

Bersalaman sebagai tanda penghargaan dan penghoramatan ini merupakan suatu budaya murni dalam sesebuah majlis formal.

Secara keseluruhannya, Majlis Malam Kemuncak Pusingan Akhir Debat Kesihatan Piala Tun

Syed Nasir 2014 kali ke-2 pada malam 7 Disember 2014 tersebut telah berjaya dijalankan

dengan lancar dan penuh dengan etika. Saya sebagai selaku secretariat protocol mendapati

bahawa Para sekretariat telah cuba sedaya upaya untuk menjalankan tugasan mereka secara

professional dan beretika sepanjang program debat ini berlangsung selama 2 hari. Sikap komited

kami terhadap tugas yang diberikan membuahkan hasil terhadap kelancaran program selama 2

hari program debat ini berlangsung. Segala penambah baikkan dan kelebihan serta kelemahan

Gambar di atas menunjukkan para pemenang debat bergambar kenangan bersama dif-dif kehormat.

setiap sakretariat dibincangkan bersama-sama dalam sesi ‘post- moterm’ setelah beberapa hari

program debat ini berakhir.

Gambar menunjukkan keadaan sewaktu sesi ‘post moterm’ diadakan di Bilik Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir, setelah beberapa hari program debat berlangsung.

Sebagai kesimpulannya, saya mendapati bahawa untuk menggalas suatu jawatan dengan

penuh jayanya, , penerapan kemahiran nilai,sikap, etika dan profesionalisme dalam diri setiap

sekretariat amat penting . Sesebuah program terutamaya program mega sebegini pasti kelihatan

kucar-kacir sekiranya penerapan dan penekanan terhadap kemahiran nilai,sikap, etika dan

profesionalisme dalam diri setiap sekretariat amat goyah. Tambahan pula, pandangan yang

enteng terhadap kepentingan kemahiran ini mampu memberi kesan yang signifikan kepada

kelancaran program ini walaupun kita telah mempunyai tunggak kepimpinan dan kerja

berpasukan ahli organisasi yang padu. . Tuntasnya, kemahiran nilai, sikap, etika dan

profesionalisme dalam diri setiap sekretariat ternyata merupakan penyumbang utama kepada

Gambar menunjukkan, saya selaku ketua sekretariat protokol menmberi penjelasan yang selayaknya dalam sesi ‘post- moterm’.

Gambar menunjukkan saya sedang berkomunikasi dengan seorang lagi sekretariat protokol bagi memastikan penjelasan saya sewaktu ‘post moterm’ adalah tepat.

kesempurnaan perlaksanaan gerak kerja yang dirancang, membawa kepada kelancaran

program terutamanya pada Majlis Malam Kemuncak Pusingan Akhir Debat Kesihatan Piala

Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2 .

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

NABILAH BINTI ISMAIL (A 144628 ) .

Sekretariat Protokol I,

Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2.

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

NABILAH BINTI ISMAIL

selaku ketua sekretariat protokol Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 kali ke-2.