psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa...

10
Pengurusan Mesyuarat – PK 07 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE 12 SESI 2013 – 2014 SMK MUTIARA RINI JOHOR BAHRU TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU) TEMPAT : DEWAN SMK MUTIARA RINI MASA : 11.00 PAGI KEHADIRAN : (Rujuk lampiran) 1.0 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG: PROF.DR.RUZAIRI BIN ABDUL RAHIM Yang Di Pertua (YDP) PIBG, Prof. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru. 2.0 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 SESI 2012 – 2013 2.1 Puan Azmah Binti Shuib selaku Setiausaha Kehormat, membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 11 untuk diterima dan disahkan. Setiausaha juga menyatakan bahawa minit mesyuarat ini telah dimuatnaik pada laman sesawang sekolah sebelum mesyuarat ini diadakan untuk makluman ibu bapa terlebih dahulu. 2.2 Pengerusi meminta ahli-ahli mesyuarat menyemak minit yang lalu untuk diterima dan disahkan. 2.3 Puan Fauziah Binti Abdullah mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan. En. Sulaiman menyokong cadangan tersebut. Makluman: Semua 3.0 MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN PIBG SMK MUTIARA RINI SESI 2012 – 2013 3.1 Setiausaha PIBG SMK Mutiara Rini 2012/2013, Puan Azmah Binti Shuib membentangkan Penyata Tahunan PIBG sesi 2012 -2013 bermula dari muka surat 16 – 22. Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor (1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00

Transcript of psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa...

Page 1: psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (pibg) kali ke 12 sesi 2013 – 2014. smk mutiara rini. johor bahru. tarikh:

Pengurusan Mesyuarat – PK 07

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)KALI KE 12 SESI 2013 – 2014

SMK MUTIARA RINIJOHOR BAHRU

TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU)TEMPAT : DEWAN SMK MUTIARA RINIMASA : 11.00 PAGIKEHADIRAN : (Rujuk lampiran)

1.0 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG: PROF.DR.RUZAIRI BIN ABDUL RAHIMYang Di Pertua (YDP) PIBG, Prof. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru.

2.0 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 SESI 2012 – 2013

2.1 Puan Azmah Binti Shuib selaku Setiausaha Kehormat, membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 11 untuk diterima dan disahkan. Setiausaha juga menyatakan bahawa minit mesyuarat ini telah dimuatnaik pada laman sesawang sekolah sebelum mesyuarat ini diadakan untuk makluman ibu bapa terlebih dahulu.

2.2 Pengerusi meminta ahli-ahli mesyuarat menyemak minit yang lalu untuk diterima dan disahkan.

2.3 Puan Fauziah Binti Abdullah mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan. En. Sulaiman menyokong cadangan tersebut.

Makluman: Semua

3.0 MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN PIBG SMK MUTIARA RINI SESI 2012 – 2013

3.1 Setiausaha PIBG SMK Mutiara Rini 2012/2013, Puan Azmah Binti Shuib membentangkan Penyata Tahunan PIBG sesi 2012 -2013 bermula dari muka surat 16 – 22. Hadirin diminta merujuk Buku Penyata Mesyuarat yang telah diedarkan.

3.2 Setiausaha juga meminta ahli menyemak kehadiran Mesyuarat AJK sepanjang 2012 – 2013 jika ada sebarang pembetulan.

3.3 Status aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh PIBG 2012 – 2013 sila rujuk (m/s 17).3.3.1 Projek menaiktaraf Legaran Ilmu kepada ruang serbaguna sedang

dilaksanakan dan dijangka siap pada Jun 2013.3.3.2 Program Motivasi yang melibatkan ibu bapa dan pelajar (melibatkan

komuniti setempat) belum dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun aktiviti ini akan cuba dilaksanakan pada sesi 2013 – 2014.

Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor(1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00

Page 2: psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (pibg) kali ke 12 sesi 2013 – 2014. smk mutiara rini. johor bahru. tarikh:

Pengurusan Mesyuarat – PK 07

3.3.3 Pembinaan Laluan Berbumbung dari pintu pagar ke bangunan sekolah masih belum dapat dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi. Cadangan ini akan dibincangkan oleh AJK PIBG sesi 2013 – 2014.

3.3.4 Strategi Penyampaian Maklumat Berkesan kepada ibu bapa telah dilaksanakan melalui sistem email, surat pemberitahuan melalui pelajar, laman sesawang sekolah dan Facebook PIBG.

3.3.5 Pemasangan CCTV di beberapa lokasi strategik belum dilaksanakan kerana masih lagi dalam perbincangan dan bergantung kepada kewangan PIBG.

3.3.6 Mengenalpasti bilangan keluarga dan memastikan kesemua keluarga menjelaskan bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM40 (sekeluarga) telah dapat dilaksanakan.

3.4 Setiausaha turut memaklumkan aktiviti-aktiviti sekolah yang dijalankan dengan bantuan sumbangan pihak PIBG. (rujuk m/s 18 – 19)

3.5 Pengerusi menyatakan hampir semua aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah telah dijalankan dan semua peruntukan PIBG telah dapat digunakan sebaiknya untuk manfaat pelajar dan sekolah.

Tindakan: Setiausaha

4.0 MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN PIBG DAN DANA DEWAN SMKMR SESI 2012 – 2013

4.1 Bendahari PIBG, Puan Zuhaidah Binti Shahrin membentangkan Penyata Kewangan PIBG dan Dana Dewan bagi sesi 2012 -2013, dari 1 Januari 2012 hingga 31 Disember. Para hadirin diminta meneliti dan menyemak butiran kewangan di halaman 23 – 35.

4.2 Sumbangan PIBG sesi 2013 – 2014 masih belum dikutip dan akan diputuskan selepas Mesyuarat Agong PIBG sesi 2013 - 2014.

4.3 Puan Hajah Halimah Binti Ahmad mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG dan Dana Dewan bagi sesi 2012-2013 diterima dan disahkan. Disokong oleh Encik Chandra Sekaran A/L Muthusamy.

Tindakan: Bendahari

5.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL5.1 Usul 1:

Mencadangkan agar pihak sekolah menetapkan spesikasi pemakaian baju Unit beruniform yang lengkap pada hari Rabu. Didapati ramai pelajar lebih gemar memakai ‘t-shirt’ Unit Beruniform dan seluar ‘track bottom’. Ini mengakibatkan berlakunya ketidakseragaman dan menyakitkan mata memandang. Selain itu, dicadangkan supaya ‘t-shirt’ unit beruniform tersebut dipakai pada hari Sabtu sahaja semasa aktiviti Ko- Kurikulum dijalankan dan adakah pelajar wajib memakai pakaian lengkap unit beruniform atau uniform sekolah sahaja pada hari Sabtu.(Puan Saraswathy)

Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor(1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00

Page 3: psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (pibg) kali ke 12 sesi 2013 – 2014. smk mutiara rini. johor bahru. tarikh:

Pengurusan Mesyuarat – PK 07

5.1.1 Puan Hajah Halina Binti Hasnan, pengetua SMKMR memaklumkan bahawa pihak sekolah hanya boleh ‘menggalakkan’ pelajar memakai baju unit beruniform bukannya ‘mewajibkan’ seperti yang terkandung didalam pekeliling kerana tidak mahu menimbulkan isu dalam kalangan ibu bapa kerana harga baju unit beruniform mahal . Selain itu juga, pelajar telah diingatkan supaya tidak memakai ‘t-shirt’ sekiranya tiada baju unit beruniform kerana tidak kemas. Pengetua menyatakan pelajar hendaklah memakai t-shirt unit beruniform pada hari Sabtu sahaja.

5.2 Usul 2: a) Mencadangkan laluan berbumbung di hadapan sekolah dipasang lampu

kerana kawasan tersebut terlalu gelap dan ini akan membahayakan keselamatan pelajar yang menggunakan laluan ini seawal jam 6.20 pagi.(Puan Indra Ghandi A/P Munusamy)

b) Mencadangkan pihak sekolah mendapatkan bantuan RELA atau anggota polis untuk membuat rondaan pada hari Jumaat (dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan juga pada hari Sabtu (11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari) semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Ini adalah kerana pelajar dari sekolah luar dan orang luar berkeliaran di luar kawasan sekolah pada hari dan waktu tersebut. Ini merisaukan keselamatan anak-anak mereka. (Puan Indra Ghandi A/P Munusamy)

5.2.1a) Pengerusi memaklumkan bahawa perkara ini telah dibincangkan

namun begitu kos yang diperlukan adalah tinggi dan perkara ini akan dibincangkan lagi di peringkat sekolah. Penyediaan belanjawan untuk pemasangan lampu ini sedang disediakan dan tindakan yang selanjutnya akan diteruskan oleh jawatankuasa PIBG yang baru.

b) Puan Hajah Halina menyatakan pihak sekolah telah memberitahu pihak polis dari balai polis yang berdekatan untuk membantu membuat rondaan pada hari tersebut, namun begitu pihak polis memaklumkan bahawa mereka menghadapi kekangan tidak cukup anggota untuk berada lebih lama dikawasan tersebut. Pengerusi menyatakan sekiranya ibu bapa bersetuju menanggung kos untuk mendapatkan bantuan pihak RELA sebanyak RM 50 setiap satu jam sebagai bayaran mereka maka perkara ini boleh diteruskan.

5.3 Usul 3 Mencadangkan setiap keluarga Islam dimestikan membayar RM 10 bagi kutipan Dana Surau untuk pembesaran surau kerana surau yang sedia ada tidak dapat menampung kesemua pelajar Islam serentak untuk sesuatu program sama ada sesi pagi atau sesi petang termasuk solat fardhu serentak sesi petang tingkatan 1 dan 2. (Puan Hajah Halimah Binti Ahmad)

Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor(1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00

Page 4: psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (pibg) kali ke 12 sesi 2013 – 2014. smk mutiara rini. johor bahru. tarikh:

Pengurusan Mesyuarat – PK 07

5.3.1 Puan Zainon mencadangkan cadangan setiap keluarga Islam membayar RM 10 bagi kutipan Dana Surau diterima dan telah disokong oleh Encik Amir Fauzi.

5.4 Usul-usul Lain: 5.4.1Pengerusi menyatakan sumbangan diperlukan untuk menambah tandas pelajar yang sedia ada.

5.4.2 Puan Hajah Halimah Binti Ahmad, PK HEM mencadangkan agar Sumbangan PIBG dikenakan sebanyak RM115 bagi setiap pelajar untuk sesi 2013. Encik Fauzi bersetuju dengan cadangan ini dan disokong oleh Encik Rosli serta semua ibu bapa yang hadir bersetuju dengan jadual bayaran persekolahan bagi sesi 2013.

6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SMKMR SESI 2012-20136.1 YDP PIBG, Prof. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim dengan rasminya membubarkan

AJK PIBG SMK Mutiara Rini sesi 2012 – 2013.

6.2 YDP PIBG mencadangkan Encik Nadzir Bin Topimin dilantik menjadi pengerusi sementara bagi mempengerusikan pemilihan AJK PIBG sesi 2013 – 2014.

6.3 YDP PIBG meminta supaya tidak melantik beliau lagi sebagai YDP PIBG kerana beliau telah berkhidmat selama 7 tahun. Selain itu juga, Puan Azmah Binti Shuib, setiausaha PIBG bagi sesi 2012 – 2013 memohon supaya tidak dilantik semula kerana telah berkhidmat selama 9 tahun sebagai Setiausaha Kehormat.

Makluman: Semua

7.0 PERKARA BERBANGKIT7.1 Tiada perkara berbangkit.

8.0 PERLANTIKAN AJK PIBG SMKMR SESI 2013-20148.1 Perlantikan YDP PIBG:

8.1.1 Puan Narmawati Binti Jaafar mencadangkan Encik Rosli Bin Abd. Manaf dilantik sebagai YDP.8.1.2 Puan Latifah Binti Abd. Ghani menyokong cadangan tersebut.8.1.3 Puan Noorashikin mencadangkan supaya cadangan ditutup dan Puan Suhaila menyokong cadangan tersebut.8.1.4 Sebulat suara bersetuju Encik Rosli Bin Abdul Manaf dilantik sebagai YDP PIBG yang baru.

8.2 Perlantikan NYDP PIBG: 8.2.1 Terdapat 3 pencalonan yang telah dicadangkan sebagai NYDP PIBG iaitu Encik Mohd Fauzi Bin Abdul Rahman, Encik Sunthraraju A/L Marimuthu dan Encik Oon Fok Yew. 8.2.2 Hasil daripada kiraan undian hadirin yang hadir telah memutuskan Encik Mohd Fauzi Bin Abdul Rahman dilantik sebagai NYDP PIBG bagi sesi 2013 – 2014.

Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor(1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00

Page 5: psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (pibg) kali ke 12 sesi 2013 – 2014. smk mutiara rini. johor bahru. tarikh:

Pengurusan Mesyuarat – PK 07

8.3 Perlantikan Setiausaha PIBG Sesi 2013 -2014: 8.3.1 Pihak sekolah telah melantik Encik Mohd. Masnizam Bin Muhammad sebagai

Setiausaha PIBG yang baru.

8.4 Perlantikan sepuluh (10) orang AJK PIBG dalam kalangan ibu bapa: 8.4.1Berikut ialah sepuluh (10) orang AJK PIBG yang telah dicadangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh hadirin yang hadir:-

1. En. Oon Fok Yew2. En. Sunthraraju A/L Marimuthu3. En. Aslim Bin Md.Rahani4. En. Jailani Bin Abdullah5. En. Lee Hoon Teik6. En. Gunasekaran A/L Muthusamy7. En. Ling Siew Eng8. En. Sulaiman Bin Abu9. En. Yuzri Bin Mohd Noah10. Pn. Fauziah Binti Abdullah11. En. Sinnasamy A/L Palanisamy12. En. Ahmad Munir bin Abdul13. En. Mahenderan A/L Paradai

8.5 Perlantikan enam (6) orang AJK PIBG dalam kalangan guru: 8.5.1 Pihak sekolah telah melantik enam orang AJK Guru bagi sesi 2013 – 2014. AJK Guru yang telah dilantik iaitu:

1. En. Azhar Bin Hamzah2. Pn. Shaliha Binti Shafie3. Pn. Norliza Binti Zawawi4. Pn. Yeow Sau Chen5. Pn. Asbahan Binti Hj. Ahmad6. Pn. Kalaivani A/P Muniandy

8.6 Perlantikan dua (2) orang Juru Audit: 8.5.1 En. Mohd Izwan Bin Hedzir (guru) 8.5.2 Pn. Hazlinah Binti Tajuddin (ibu bapa)

8.6 Perlantikan dua (2) orang Pemegang Amanah: 8.6.1 Pn. Rosnani Binti Umar (guru) 8.6.2 Prof. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim (ibu bapa)

Tindakan: Setiausaha

9.0 HAL – HAL LAINTiada hal-hal lain.

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN10.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir

dan tahniah kepada semua AJK PIBG sesi 2013 -2014. Beliau mengharapkan pihak sekolah dan ibu bapa melalui PIBG akan bekerjasama dan memberikan komitmen kepada AJK yang baru dilantik.

Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor(1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00

Page 6: psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (pibg) kali ke 12 sesi 2013 – 2014. smk mutiara rini. johor bahru. tarikh:

Pengurusan Mesyuarat – PK 07

10.2 Mesyuarat ditangguhkan jam 1.00 petang.

Pencatat Mesyuarat:

1. Puan Ismawani Binti Mansor2. Puan Azlinda Binti Md. Azhar

Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….. ……………..……………(Mohd. Masnizam Bin Muhammad) (Rosli Bin Abdul Manaf)Setiausaha PIBG, Yang di Pertua PIBG,SMK Mutiara Rini, Johor Bahru, SMK Mutiara Rini, Johor Bahru,Sesi 2013 – 2014 Sesi 2013 - 2014

Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor(1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00

Page 7: psssmkmutiararini.files.wordpress.com€¦  · Web viewminit mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (pibg) kali ke 12 sesi 2013 – 2014. smk mutiara rini. johor bahru. tarikh:

Pengurusan Mesyuarat – PK 07

LAMPIRAN A

SUMBANGAN PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN SMK MUTIARA RINI TAHUN 2013

BIL PERKARA RM1 Majalah (satu keluarga) 15.002 Sumbangan PIBG (satu keluarga) 40.003 Dana Dewan Terbuka 10.004 Lembaran Kerja dan Holiday Pack 15.005 Keceriaan Kelas 20.006 Program Kecemerlangan 30.00

JUMLAH (Pelajar Bukan Islam) 130.007 Dana Surau (Pelajar Islam) 10.00

JUMLAH (Pelajar Islam) 140.00

Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor(1 Mac 2012 – Keluaran 02 ) Pindaan 00