Web viewResepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat...

5
Bibik Oleh MD Ishak A Rahman 2010/05/29 INILAH masa yang paling tepat. Inilah masa yang paling benar. Tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Apakah benar pilihanku? Bibik masih maju mundur. Bungkusan plastik hitam yang dibimbit digenggam erat. Di dalamnya ada sepasang pakaian dan kain tebal. Dia melangkah penuh hati-hati. Langkah menjinjit. Langkah hujung jari kaki menapak ke lantai. Tapak kaki tidak menyentuh lantai. Biar langkah itu tidak didengar oleh sesiapa. Dia menyentuh balutan di dahi. Sakit. Kesakitan itu menguatkan tekad Bibik. Inilah masa paling tepat. Bibikkk ...! suara Puan Nyonya beralun dari ruang tengah. Sewaktu ditinggalkan tadi, Puan Nyonya pejam mata tersadai di sofa. Mungkin keletihan. Alunan suara keras Puan Nyonya itu mengesahkan dia tidak tertidur. Lalu, ini bukanlah masa yang paling tepat, bisik hati Bibik. Bukan sekali. Bukan dua kali. Malah beberapa kali Bibik sebenarnya membuat perhitungan yang maju mundur. Setakat ini tidak pernah tepat. Dia sudah nekad. Tapi, bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menggodam ketakutan, dia menarik keputusan itu. Dulu, ketika di Desa Mediun, selepas enam bulan menjadi ibu tunggal, tidak betah menyara dua orang anak, dia mengambil keputusan nekad. Tiada maju mundur lagi. Dia membayar dua juta kepada agensi, bertekad bulat demi masa depan anak-anak. Keputusan itu, biar berat untuk meninggalkan dua orang anak, tapi keyakinan masa depan, mendorongnya membuat keputusan itu. Tanpa gusar ragu. Anak-anak dititipkan pada orang tuanya. Kali ini, bukan kerana takut kemungkinan, tapi ternyata Puan Nyona itu tidak benar-benar lena. Ternyata Puan Nyona tidak alpa. Bukan sahaja pintu pagar sentiasa terkunci, malah setiap gerak dalam rumah itu digambar. Mau ke mana, Bibik? pertanyaan itu sukar diduga. Apakah Puan Nyonya curiga? Mungkin juga, Puan Nyonya melihat gerak-gerinya dari gambar CCTV. Tapi, Puan Nyonya tadi terpejam di sofa. Tidak mungkin dia mengawasinya dari CCTV. Mau buang sampah, Puan Nyonya, suara Bibik agat terketar. Dia mengangkat tinggi plastik hitam agar dilihat Puan Nyonya. Debar hatinya masih kencang. Walaupun cuba dikawal agar tidak terkesan Puan Nyonya. Debar itu tetap ada. Kadang-kandang memang sukar untuk menyembunyikan ketidakjujuran. Apa jengkit-jengkit? Sakit kaki? Nanti gua tambah kasi sakit, Puan Nyonya menyandarkan kepala di sofa. Berat benar agaknya kepala Puan Nyonya. Namun, ancamannya tetap menggerunkan Bibik. Setakat tampar terajang

Transcript of Web viewResepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat...

Page 1: Web viewResepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging ba

BibikOleh MD Ishak A Rahman

2010/05/29INILAH masa yang paling tepat. Inilah masa yang paling benar. Tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Apakah benar pilihanku? Bibik masih maju mundur. Bungkusan plastik hitam yang dibimbit digenggam erat. Di dalamnya ada sepasang pakaian dan kain tebal. Dia melangkah penuh hati-hati. Langkah menjinjit. Langkah hujung jari kaki menapak ke lantai. Tapak kaki tidak menyentuh lantai. Biar langkah itu tidak didengar oleh sesiapa. Dia menyentuh balutan di dahi. Sakit. Kesakitan itu menguatkan tekad Bibik. Inilah masa paling tepat.

“Bibikkk ...!” suara Puan Nyonya beralun dari ruang tengah. Sewaktu ditinggalkan tadi, Puan Nyonya pejam mata tersadai di sofa. Mungkin keletihan. Alunan suara keras Puan Nyonya itu mengesahkan dia tidak tertidur. Lalu, ini bukanlah masa yang paling tepat, bisik hati Bibik. Bukan sekali. Bukan dua kali. Malah beberapa kali Bibik sebenarnya membuat perhitungan yang maju mundur. Setakat ini tidak pernah tepat. Dia sudah nekad. Tapi, bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menggodam ketakutan, dia menarik keputusan itu. Dulu, ketika di Desa Mediun, selepas enam bulan menjadi ibu tunggal, tidak betah menyara dua orang anak, dia mengambil keputusan nekad. Tiada maju mundur lagi. Dia membayar dua juta kepada agensi, bertekad bulat demi masa depan anak-anak. Keputusan itu, biar berat untuk meninggalkan dua orang anak, tapi keyakinan masa depan, mendorongnya membuat keputusan itu. Tanpa gusar ragu. Anak-anak dititipkan pada orang tuanya.

Kali ini, bukan kerana takut kemungkinan, tapi ternyata Puan Nyona itu tidak benar-benar lena. Ternyata Puan Nyona tidak alpa. Bukan sahaja pintu pagar sentiasa terkunci, malah setiap gerak dalam rumah itu digambar.

“Mau ke mana, Bibik?” pertanyaan itu sukar diduga. Apakah Puan Nyonya curiga? Mungkin juga, Puan Nyonya melihat gerak-gerinya dari gambar CCTV. Tapi, Puan Nyonya tadi terpejam di sofa. Tidak mungkin dia mengawasinya dari CCTV.

“Mau buang sampah, Puan Nyonya,” suara Bibik agat terketar. Dia mengangkat tinggi plastik hitam agar dilihat Puan Nyonya. Debar hatinya masih kencang. Walaupun cuba dikawal agar tidak terkesan Puan Nyonya. Debar itu tetap ada. Kadang-kandang memang sukar untuk menyembunyikan ketidakjujuran. “Apa jengkit-jengkit? Sakit kaki? Nanti gua tambah kasi sakit,” Puan Nyonya menyandarkan kepala di sofa. Berat benar agaknya kepala Puan Nyonya. Namun, ancamannya tetap menggerunkan Bibik. Setakat tampar terajang sudah jadi basahan Puan Nyonya. Bila tega melayangkan pisau sayur ke dahi, Bibik semakin ngeri. Tidak mustahil, suatu masa melayangkan nyawa.

Page 2: Web viewResepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging ba

“Bukan Puan Nyonya. Saya tidak mahu ganggu Puan Nyonya lagi tidur di Sofa,” kecut perut Bibik. Seolah-olah Puan Nyonya yang berbadan gempal dengan rambut keriting diwarnakan perang itu dapat membaca hati Bibik. Bertambah kecut Bibik. Puan Nyonya selalu buat apa yang dia cakap. Kalau dia kata katuk, katuklah. Dia tidak teragak-agak mengayunkan apa-apa yang dipegang ke tubuh Bibik. Kalau ke punggung, kenalah punggung. Kalau dihayun ke muka, kenalah muka. Bibik meraba balutan luka di dahi. Pedihnya mengatasi sakit lebam-lebam di bibir dan di badan. Puan Nyonya menggarit pisau sayur ke dahi Bibik. Darah menintis-nitis. Puan Nyonya bertambah-tambah kemarahan. Sedikit pun tidak risau Bibik yang hampir pengsan.

Bibik sendiri menekup luka itu dengan kain buruk. Kemudian Bibik membasuh darah di bilik air. Bibik membalut luka itu. Puan Nyonya tidak ambil peduli. Dia sudah membayar khidmat Bibik. Sakit derita, malah kalau mati sekali pun, dia tidak ambil peduli.

“Siapa cakap gua tidur,” Puan Nyonya membuka mata lebar-lebar. Mata sepetnya itu menonjolkan hitam merah biji matanya. Macam biji mata patung singa yang dibuat main anak lelaki Puan Nyonya yang berumur lima tahun, menjelang sambutan Tahun Baru.

Budak terjal itu masih membuku di hati Bibik. Puan Nyonya tidak mahu mendengar penjelasan Bibik langsung. Ketika mendengar bunyi sesuatu jatuh di bilik budak terjal itu, Bibik sedang menyapu sampah. Tanpa menyampakkan penyapu, Bibik meluru ke bilik. Padan muka. Bibik mengacu batang penyapu pada budak terjal yang tersungkur. Bibik tidak sangka perbuatannya itu digambar CCTV. Puan Nyonya meluru lalu memukul Bibik. Konon Bibik mendera anak Puan Nyonya dengan batang penyapu.

“Ini,” Tuan Nyonya menunjuk arah lantai mar-mar. Bau masam sudah menyedak hidung Bibik sebelum melihat lambakan cecair kekunigan itu. “Kasi bersih cepat, sebelum Tuan Tauke balik.”

Puan Nyonya bangun. Terhuyung-hayang. Dia berpaut pada dinding. Bibik berkejar mahu menyambut Puan Nyonya. Walau benci, Puan Nyonya itu tetap majikannya. Hati kemanusiaannya tidak tega melihat Puan Nyonya jatuh terduduk atau jatuh tersungkur. Kalau Puan Nyonya luka parah, nanti tuduh Bibik mendera pula. Bibik menyembunyikan kebencian itu saat ini agar tidak terkesan rancangan yang telah separuh bulat. Dia masih dipagut serba salah untuk bertindak. Takut kalau gagal, lebih dahsyat penangannya. Hari itu, mujurlah pisau dihayun ke dahi. Kalau dikelar ke leher, alangkah ...!

“Gua bukan mabuk. Gua boleh jalan sendiri. Cepat. Bersihkan. Jangan keluar rumah. Itu pagar, gua sudah kunci,” Puan Nyonya menepis tangan Bibik, lalu melangkah ke bilik Bibik. Sepatutnya Puan Nyonya naik ke biliknya di tingkat atas. Sesat bilik lagi, keluh Bibik. Bermakna, Bibik terpaksa tidur di luar lagi malam ini. Itu tidak mengapa, pastinya akan meninggalkan lambakan lendir kekuningan yang masam di tempat Bibik selalu membentangkan

Page 3: Web viewResepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging ba

sejadah. Terpaksalah Bibik basuh air tanah tempat itu esok. Kalau tidak, bau seminggu tidak hilang. Basuh sembunyi-sembunyi. Kalau Puan Nyonya nampak, pasti kemarahannya akan membuak-buak.

Bibik mengambil kain mop dan baldi. Bau masam yang meloyakan itu semakin pekat menusuk hidung ketika dilanyah mop. Hampir terlonjak isi perut Bibik ketika membawa kotoran itu ke bilik air. Bibik sempat menjeling ke bilik sewaktu melewati pintu yang terbuka. Puan Nyonya sudah terbaring di katil besi tempat Bibik selalu tidur. Biarlah Puan Nyonya nyenyak. Mudahlah Bibik bertindak.

“Inilah masa yang paling tepat,” bisik hati Bibik. Jika ditunggu, sebentar lagi tentu Tuan Tauke akan balik. Tuan Tauke itu akan kunci pintu pagar. Bibik sudah tahu benar kebiasaan Puan Nyonya. Dia tidak mengunci pintu pagar rumah. Tuan Tauke yang balik kemudian akan menguncinya. Anjing hitam besar yang berbaring berhampiran pintu itu akan menyalak sapa setiap orang asing yang melewati hampir pintu pagar itu.

Setahun lalu, ketika mula menjejakkan kaki di rumah agam ini, anjing hitam itulah yang diperkenalkan oleh Tuan Tauke. Anjing itu meronta-ronta mahu melepaskan ikatan rantai. Mahu menerkam Bibik. Menyalak hingga berdesing telinga Bibik. Antara gentar terperanjat dan rasa takut, Bibik menghampiri anjing itu. Mengelus-ngelus hangat kepala dan geli tubuh anjing itu. Kata orang, semakin takut kita pada anjing, semakin berani anjing itu kepada kita.

Sungguh, mudah menjinakkan anjing garang itu. Lebih sukar menjinakkan Puan Nyonya dan Tuan Tauke. Puan Nyonya memberi tugas rutin Bibik memandi dan membersihkan tempat tinggal anjing itu. Anjing itu tidak menyalak ketika Bibik keluar masuk rumah yang ditungguinya. Lebih tunak lagi kalau Bibik mencampakkan tulang ba atau tulang apa-apa kepada anjing garang itu.

Bibik tidak hairan lagi dengan daging ba. Dulu dengar sahaja sudah loya. Jijik. Rasa itu sudah tidak ada lagi pada diri Bibik. Resepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging ba. Puan Nyonya tengking apabila Bibik keberatan. Mahu tak mahu, Bibik terpaksa. Bayangkanlah, bagaimana mahu menyentuhnya benda yang dirasa amat jijik dalam hidupnya selama ini.

Selepas itu, Bibik ambil tanah di belakang rumah. Bibik mandi air tanah. Malah, hari-hari Bibik mandi air tanah. Bibik sembahyang. Mengadu kepada Allah dalam sembahyang. Bibik tidak tahu mengadu kepada siapa lagi di bumi asing ini.

Tekad Bibik semakin kukuh. Sudah tidurkah Puan Nyonya? Senyap. Dia perlu cepat bertindak sebelum Tuan Tauke balik. Bila Tuan Tauke balik, pintu pagar akan dikunci. Tak mungkin Bibik

Page 4: Web viewResepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging ba

panjat pagar yang dua kali lebih tinggi daripada ketinggian Bibik. Malah, bunyi kelengkang-kelengkung pintu pagar besi itu bergoyang mungkin akan mengejutkan isi rumah Tuan Tauke.

Bibik cepat-cepat ke pintu rumah. Masih belum berkunci. Puan Nyonya yang balik lewat malam dengan terhuyung-hayang itu lupa mengunci pintu. Bibik membimbit karung plastik hitam. Mana tahu, tiba-tiba Puan Nyonya menyergah sebelum sempat menyeberang pintu pagar. Bibik akan kata, mahu buang sampah.

Bibik meredah malam. Lampu tepi jalan menyuluh dataran jalan raya. Dia berselindung di belakang pokok tepi jalan ketika lampu kereta menyuluh. Mana tahu kereta Tuan Tauke. Anjing di rumah kediaman tetangga menyalak. Bibik melebarkan langkah. Yang penting jauh dari tempat itu. Bibik tidak tahu ke mana arah tuju di malam pekat begini. Meski siang, dia tidak pernah melalui jalan-jalan ini. Dunianya hanya di rumah agam itu.

Bibik tidak takut lagi kalau ada hantu kopek mengekori. Bibik tidak takut kalau dikeroyok anjing. Bibik tidak bimbang kalau jatuh ke tangan penyangak. Bibik tidak takut kalau kena tangkap polis. Bibik tidak takut apa-apa lagi. Asal bebas dari rumah agam itu. Kalau dicekup pihak berkuasa, lalu dipenjara, Bibik sudah tidak takut lagi. Kalau dunianya habis setakat ini juga Bibik reda. Bibik berjalan pantas. Berlari-lari anak. Berjalan cepat-cepat. Kadang-kadang terasa juga ada bayang-bayang hitam mengejar. Bibik berlari dan terus berlari sehingga Bibik rasa dunia ini hitam, tiada lagi lampu tepi jalan.

Ketika tersedar siang itu, Bibik berada di sebuah bilik. Ada polis yang berkawal. Bibik dipapah dan duduk di meja pertanyaan. Ketakutan itu bukan apa, bimbang kalau dikembalikan semula kepada Tuan Tauke.

“Tolong, pak. Saya tidak mahu kembali,” Bibik merayu.

“Saya tidak ada dokumen. Semua Tuan Tauke simpan,” jelas Bibik ketika disoal-siasat pegawai polis yang bertugas. Bibik menceritakan segala-galanya tanpa satu pun tertinggal.

Esoknya kisah Bibik tersebar luas. Pegawai kedutaan juga datang menjenguk Bibik. Bibik diberitahu, Puan Nyonya dan Tuan Tauke telah ditahan. Bibik melihatnya di kaca televisyen yang ditunjukkan di tempat tahanan. Sayu dan kasihan juga Bibik melihat Puan Nyonya dan Tuan Tauke digari, digiring ke kenderaan polis. Sayu Bibik tidak dapat menyiapkan yee sang yang telah disiapkan bahan-bahannya termasuk isi ikan segar salamon dalam peti dingin. Tahun lalu, Puan Nyonya yang tunjuk cara masak pada hari ke tujuh Tahun Baru Cina. Tahun ini, sepatutnya Bibik sudah boleh buat sendiri.

Bibik sempat mendengar suara Puan Nyonya ketika diwawancara, “Dia ada bukti, gua ada

Page 5: Web viewResepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging ba

saksi.”

Bibik meraba luka di dahi. Balutannya telah ditukar dengan kain bersih dan berubat. Bibik terbayang Desa Mediun. Dua orang anak dan orang tuanya. Bibik ingin kembali. Di bumi asing ini, bukan tempat menjanjikan kesenangan hidupnya.

Biodata

MD Ishak A Rahman dilahirkan di Muar, Johor, pada 6 Mac 1955, menerima pendidikan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 1975 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (1989). Mula berkarya pada 1978 dan genre yang diceburi ialah cerpen, puisi, rencana, berita dan buku rujukan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.

Pernah menerima Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1985 - 1987), Hadiah Sastera Malaysia (1986/87) dan Hadiah Puisi Johor (2004).