file · Web viewTINGKATAN 1. MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL. Pendidikan Moral di...

6
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

Transcript of file · Web viewTINGKATAN 1. MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL. Pendidikan Moral di...

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURIDPENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 1

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab danboleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid:

OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;

OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arahmengekalkannya;

OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negaraMalaysia yang demokratik;

OM4

OM5

Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan

Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilaimurni masyarakat Malaysia.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 2

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

2 Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

3 Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlakmulia.

4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untukberakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang.

5Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untukberakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta normamasyarakat.

6Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untukberakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan danundang-undang serta norma masyarakat.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 3

ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR

KOGNITIF

1 Menyatakan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri dankekeluargaan dengan betul.

2 Menghuraikan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri,kekeluargaan dan alam sekitar dengan betul dan tepat.

3 Mengaplikasi nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri,kekeluargaan, alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul.

4 Menganalisis nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri,alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul dan tepat.

5Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlakmulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia dan demokrasi dalampelbagai situasi dengan betul dan berkesan.

6Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlakmulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia serta keamanan dankeharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan secara tekal danberterusan.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 4

ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR

PENGHAYATAN /

PENGAMALAN NILAI

1

Menerima dan menunjukkan persetujuan bagi nilai berikut dengan baik: Amanah Harga diri Bertanggungjawab Hemah tinggi Berdikari Mematuhi peraturan dan undang-undang

2

Menyempurnakan kerja / memberi respons bagi nilai berikut dengan jelas danbaik:

Bertanggungjawab Hemah tinggi Toleransi Kerajinan Rasional Kesederhanaan Mematuhi peraturan dan undang-undang

3

Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan baik apabila disuruh: Hemah tinggi Berdikari Kerajinan Kesederhanaan Mematuhi peraturan dan undang-undang

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 5

4

Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan rela hati dan tertib: Harga diri Bertanggungjawab Hemah tinggi Berdikari Kerajinan Rasional Kesederhanaan Mematuhi peraturan dan undang-undang

5

Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam pelbagaisituasi:

Harga diri Bertanggungjawab Hemah tinggi Berdikari Kerajinan Mematuhi peraturan dan undang-undang

6

Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam pelbagaisituasi:

Harga diri Bertanggungjawab Hemah tinggi Berdikari Kerajinan Rasional Kesederhanaan Mematuhi peraturan dan undang-undang

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 6