WONG CHAI LING - fp.utm.my€¦ · iv PENGHARGAAN Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya...
Transcript of WONG CHAI LING - fp.utm.my€¦ · iv PENGHARGAAN Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya...
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(KEJURUTERAAN AWAM, KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN
KEJURUTERAAN MEKANIK) DENGAN KEPUJIAN DI OUM BERDASARKAN
SKALA GAYA PEMBELAJARAN GRASHA-RIECHMANN
WONG CHAI LING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(KEJURUTERAAN AWAM, KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN
KEJURUTERAAN MEKANIK) DENGAN KEPUJIAN DI OUM BERDASARKAN
SKALA GAYA PEMBELAJARAN GRASHA-RIECHMANN
WONG CHAI LING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
My Parents:
(WONG JENN SHUENN & TIONG NANG HONG)
My Sister:
(WONG XIAO JING)
My Supervisors & Lectures
My Friends And Those I Love & Care
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk
menyiapkan projek kajian ini.
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima kasih kepada
penyelia, En. Amirmudin Udin atas bimbingan, dorongan, tunjuk ajar, perbincangan
serta nasihat pakar yang diberikan dalam menjayakan projek ini.
Seterusnya, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada Open University
Malaysia (OUM), Johor Bahru atas kebenaran bertulis yang diberikan bagi
menjalankan kajian ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada Dr. Widad bt. Othman,
Lee Ming Foong dan Winson Tieu Chiong Sin atas bantuan yang telah diberikan
untuk menyempurnakan kajian ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga saya dan semua pihak yang telah memberikan apa jua sokongan dan
bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif. Ia bertujuan untuk
mengkaji gaya pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan
Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanik) dengan Kepujian, Fakulti
Kejuruteraan dan Pengajian Teknikal, Open University Malaysia (OUM), Johor
Bahru. Model Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann (Grasha Riechmann
Student Learning Style Scales, GRSLSS) yang terdiri daripada enam sifat yang
berbeza iaitu berdikari, penghindaran, kolaboratif, pergantungan, persaingan dan
penyertaan digunakan. Seramai 93 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Dapatan
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social
Science) Version 12.0 for Windows. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar OUM
mempunyai sifat kolaboratif, pergantungan dan persaingan yang tinggi dan
menunjukkan sifat berdikari, penghindaran dan penyertaan yang sederhana. Selain
itu, kajian ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan merentas jantina
dan berdasarkan CPA. Analisis perhubungan pula menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang lemah antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Hanya sifat
kolaboratif berhubung kuat dengan sifat penyertaan.
vi
ABSTRACT
This is a quantitative approach reasearch. The purpose of this research is to
identify the learning styles among the Bachelor of Education students (Civil
Engineering, Electrical Engineering, and Mechanical Engineering) with Honours at
Faculty of Engineering & Technical Studies, Open University Malaysia (OUM),
Johor Bahru. The six different learning styles which are identified and used by the
model Grasha-Riechmann Student Learning Style Scales, GRSLSS in this research
are the independent, avoidant, collaborative, dependent, competitive and participant
styles. 93 respondents were selected as samples in this reasearch. Data was analysed
by using SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 12.0 for Windows.
The research found that OUM students showed a high level in collaborative,
dependent, and competitive learning styles, moderate level in independent, avoidant
and participant learning styles. Besides, the research showed no significant
difference cross gender and based on the CPA. Meanwhile, there was a weak
correlation indentified between the variables in this reasearch. A high correlation
was identified between the collaborative learnig style and the participant learning
style.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.5.1 Pelajar 7
1.5.2 Tutor 8
1.5.3 Fakulti Kejuruteraan Dan Pengajian
Teknikal 8
1.6 Skop Kajian 9
viii
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Terminologi 10
1.8.1 Gaya Pembelajaran 10
1.8.2 Berdikari 10
1.8.3 Penghindaran 11
1.8.4 Kolaboratif 11
1.8.5 Pergantungan 11
1.8.6 Persaingan 11
1.8.7 Penyertaan 12
1.8.8 Pelajar 12
1.8.9 Tutor 12
1.8.10 OUM 12
1.8.11 Gaya Pembelajaran Dominan 12
1.8.12 Kecemerlangan Akademik 13
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.0 Pengenalan 14
2.1 Sejarah 14
2.2 Universiti Terbuka 16
2.2.1 Konsep Universiti Terbuka 16
2.2.2 Objektif Universiti Terbuka Malaysia
(UNITEM) 17
2.2.3 Sistem Penilaian Program OUM 17
2.2.4 Pusat-pusat Pembelajaran 18
2.3 Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 19
2.4 Pendidikan Berterusan 20
2.4.1 Pendidikan Tak Formal 21
2.4.2 Pendidikan Formal 21
2.5 Pembelajaran 22
ix
2.5.1 Gaya Pembelajaran 24
2.5.2 Kaedah Pembelajaran 28
2.6 Sifat-sifat Dan Gaya Semasa Pembelajaran
Grasha-Riechmann 29
2.6.1 Berdikari 30
2.6.2 Penghindaran 31
2.6.3 Kolaboratif 31
2.6.4 Pergantungan 31
2.6.5 Persaingan 32
2.6.6 Penyertaan 32
2.7 Hubungan Antara Skala Gaya Pembelajaran Pelajar
Grasha-Riechmann Dengan Gaya Pembelajaran
Pelajar Dan Aktiviti Kelas 32
2.8 Kajian Lepas 37
3 METODOLOGI KAJIAN 39
3.0 Pengenalan 39
3.1 Reka Bentuk Kajian 39
3.2 Tempat Kajian 40
3.3 Populasi 40
3.4 Sampel 41
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Pengumpulan Data Kajian 44
3.8 Analisis Data 45
3.8.1 Kaedah Untuk Mengira Pengelasan Gaya
Pembelajaran Berdasarkan GRSLSS 46
3.8.2 Korelasi 47
3.9 Kaedah Statistik Yang Digunakan 48
x
4 ANALISIS DATA 50
4.0 Pengenalan 50
4.1 Analisis Maklumat Demografi 50
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 51
4.1.2 Tahuran Responden Mengikut Pencapaian
CPA 51
4.2 Persoalan Kajian 1 52
4.2.1 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Berdikari 52
4.2.2 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Penghindaran 53
4.2.3 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Kolaboratif 53
4.2.4 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Pergantungan 54
4.2.5 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Persaingan 55
4.2.6 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Penyertaan 55
4.2.7 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 56
4.3 Persoalan Kajian 2 58
4.3.1 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Berdikari Merentas Jantina 58
4.3.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Penghindaran Merentas
Jantina 59
4.3.3 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Sifat Kolaboratif Merentas
Jantina 59
4.3.4 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
xi
Dari Segi Sifat Pergantungan Merentas
Jantina 60
4.3.5 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Persaingan Merentas
Jantina 61
4.3.6 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Penyertaan Merentas
Jantina 61
4.3.7 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Merentas Jantina 62
4.4 Persoalan Kajian 3 63
4.4.1 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Berdikari Berdasarkan
Keputusan CPA 63
4.4.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Penghindaran Berdasarkan
Keputusan CPA 64
4.4.3 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Kolaboratif Berdasarkan
Keputusan CPA 64
4.4.4 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Pergantungan Berdasarkan
Keputusan CPA 65
4.4.5 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Persaingan Berdasarkan
Keputusan CPA 66
4.4.6 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
Dari Segi Sifat Penyertaan Berdasarkan
Keputusan CPA 66
4.4.7 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar
xii
Berdasarkan CPA 67
4.5 Persoalan Kajian 4 68
4.5.1 Korelasi Di Antara Keenam-enam Gaya
Pembelajaran Di Kalangan Pelajar 68
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 70
5.0 Pengenalan 70
5.1 Rumusan Maklumat Demografi 70
5.2 Rumusan Kajian 71
5.2.1 Persoalan Kajian 1 71
5.2.2 Persoalan Kajian 2 71
5.2.3 Persoalan Kajian 3 71
5.2.4 Persoalan Kajian 4 72
5.3 Perbincangan 72
5.3.1 Persoalan Kajian 1 72
5.3.2 Persoalan Kajian 2 75
5.3.3 Persoalan Kajian 3 75
5.3.4 Persoalan Kajian 4 76
5.4 Cadangan 77
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 77
5.4.2 Cadangan Kepada Tutor 78
5.4.3 Cadangan Kepada Fakulti 78
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
BIBLIOGRAFI 80
Lampiran A - B 87- 94
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
HALAMAN
1.1 Penilaian pencapaian prestasi pelajar di OUM 13
2.1 Sistem penilaian program OUM 18
2.2 Hubungan antara Skala Gaya Pembelajaran Pelajar
Grasha-Riechmann dengan gaya pembelajaran pelajar dan
aktiviti kelas 33
2.3 Kebaikan dan kelemahan sifat-sifat Skala Gaya
Pembelajaran Grasha-Riechmann 35
3.1 Taburan populasi pelajar BECE, BEE dan BEME
dari tahun 1 hingga tahun 4 di OUM 41
3.2 Skala Likert 42
3.3 Pengelasan item 43
3.4 Bilangan soal selidik yang boleh digunakan dalam penyelidikan 45
3.5 Pengelasan berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar
Grasha-Riechmann 47
3.6 Klassifikasi kekuatan korelasi 48
3.7 Kaedah statistik yang digunakan bagi setiap persoalan kajian 49
4.1 Taburan responden mengikut jantina 51
4.2 Taburan responden mengikut pencapaian CPA 51
4.3 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat berdikari 52
4.4 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penghindaran 53
4.5 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat kolaboratif 54
4.6 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 54
4.7 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 55
xiv
4.8 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penyertaan 56
4.9 Gaya pembelajaran responden secara keseluruhan 57
4.10 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat berdikari
merentas jantina 58
4.11 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
penghindaran merentas jantina 59
4.12 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
kolaboratif merentas jantina 60
4.13 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
pergantungan merentas jantina 60
4.14 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
persaingan merentas jantina 61
4.15 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
penyertaan merentas jantina 62
4.16 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina 62
4.17 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat berdikari
berdasarkan CPA 63
4.18 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
penghindaran berdasarkan CPA 64
4.19 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat kolaboratif
berdasarkan CPA 65
4.20 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
pergantungan berdasarkan CPA 65
4.21 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
persaingan berdasarkan CPA 66
4.22 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat
penyertaan berdasarkan CPA 67
4.23 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan CPA 67
4.24 Korelasi di antara keenam-enam gaya pembelajaran di
kalangan pelajar 69
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
HALAMAN
2.1 Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat 23
5.1 Gaya pembelajaran pelajar mengikut turutan 73
xvi
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
BECE - Bachelor of Education (Civil Engineering) Honours
BEEE - Bachelor of Education (Electrical Engineering) Honours
BEME - Bachelor of Education (Mechanical Engineering) Honours
CPA - Purata himpunan mata nilai yang diperolehi bagi semua
semester yang diikuti di OUM
GRSLSS - Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann
OUM - Open University Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
SPSS - Statistical Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
f - Frekuensi
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Borang Soal Selidik 86
B Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan, UTM 94
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Ramai orang amat berminat dengan pembelajaran, terutama sekali pada masa
kini, di mana peledakan ilmu pengetahuan menjadi-jadi di merata-rata tempat di dunia
ini, baik di Timur mahupun di Barat (Amir, 1986). Demi merealisasikan impian ini,
proses pembelajaran masa kini bukan sahaja berlaku di sekolah, dan institut pengajian
tinggi, malah terdapat juga golongan yang bekerja sepenuh masa belajar secara separuh
masa di Universiti Terbuka untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
Isu penubuhan Universiti Terbuka di Malaysia telah heboh diperkatakan di
media massa dalam pertengahan tahun 1985. Walaupun konsep ini telah mula dikaji
semenjak tahun 1980 lagi. Dan semenjak itu isu ini “timbul”di media massa dari masa
ke masa. Walau bagaimanapun, Universiti Terbuka telah menjadi satu pusat
pembelajaran yang amat popular pada masa kini. Begitu juga dengan Open University
Malaysia (OUM), pelbagai program telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan
Johor Bahru demi membantu pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dengan
mengambil peperiksaan luar. Sejak penubuhan OUM pada 10 Ogos 2000, Ia telah
mengeluarkan lebih daripada 31,000 orang pelajar dalam pelbagai program (Karsono,
1993).
2
Keistimewaan sistem ini ialah bukan sahaja ianya terbuka kepada mereka yang
layak tetapi juga bekerja secara sepenuh masa. Ia merupakan satu pendekatan yang
bijak ke arah menyelesaikan masalah pengajaran bagi pelajar-pelajar yang tidak
berpeluang belajar sepenuh masa di pusat-pusat pengajian tinggi (Yusup, 1998).
Di OUM, pelajar-pelajar membuat pembelajaran kendiri (self-study) melalui
bacaan buku teks dan nota tertentu. Mereka juga boleh mengulangi pembelajaran
sebanyak dua kali jika mereka gagal. Umur pelajar untuk mengikuti program dan
pengambilan peperiksaan external degrees ini adalah tidak terhad. Konsep OUM ini
dilaksanakan oleh kerajaan seperti ternyata dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RM6),
sebagai alternatif untuk memenuhi permintaan yang bertambah untuk pengajian tinggi.
Selain itu, pelajar-pelajar akan menerima bahan pembelajaran yang terdiri daripada buku,
video kaset, pita audio, disket komputer, dan bahan bercetak yang disediakan oleh OUM.
Pelajar-pelajar akan membaca, mendengar dan melihat di rumah terlebih dahulu dan
kemudian akan menghadiri pusat tuisyen untuk perbincangan dan latihan dengan tutor
(Isahak, 1994).
Ini bermakna pembelajaran hanya dapat dilakukan selepas waktu kerja atau pada
hujung minggu. Begitu juga dengan pertemuan secara formal dengan tutor OUM hanya
akan diadakan pada hujung minggu dari waktu pagi sehingga waktu petang. Proses
pembelajaran sebegini adalah mencabar memandangkan tempoh tumpuan pengajaran
tutor yang minimum (Zalina dan Nur Zakiah, 2000). Oleh itu, cara pembelajaran antara
OUM dengan universiti tempatan sepenuh masa dan sekolah adalah amat berbeza.
Maka gaya pembelajaran yang betul harus diamalkan bagi menemui kejayaan dan
kecermerlangan dalam bidang akademik.
Pembelajaran biasanya dianggap sebagai perolehan maklumat, pengetahuan,
penguasaan kemahiran, tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran
adalah perubahan kefahaman individu dan keupayaan melaksanakannya serta
mempraktikkan apa yang telah dipelajari iaitu bukan sekadar meningkatkan jumlah
3
maklumat yang digarap (Hargreaves, 1996). Setiap insan terdapat gaya
pembelajarannya tersendiri dalam proses pembelajaran. Gremli (1996) setuju dengan
pernyataan ini dengan mengatakan bahawa setiap orang mempunyai gaya pembelajaran
yang tersendiri seperti cap ibu jari. Riding (1983) mentakrifkan gaya pembelajaran
sebagai cara seseorang pelajar memproses maklumat secara menyeluruh atau secara
berperingkat-peringkat atau analitik. Pembelajaran seseorang bergantung pada
pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan sikap masing-masing. Perbezaan dalam
pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang
mempelajari, mentafsir, menganalisis, memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan
yang diajarkan (Aziz, 1992). Perbezaan gaya pembelajaran yang wujud dalam diri
individu boleh diperjelaskan dengan teori gaya pembelajaran yang mengatakan setiap
individu mempunyai pendekatan yang berbeza dalam pelajar (Gilbert dan Hang, 1999).
Memandangkan situasi pembelajaran dan pelajar OUM beza daripada yang
berbeza, penyelidik ingin mengkaji tentang gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar OUM dalam situasi yang istimewa ini.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pendidikan merupakan antara aset penting yang menjadi penjana dan pemangkin
kepada pencapaian matlamat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Bagi
menangani cabaran abad ke-21 dan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju, maka
pembangunan pendidikan yang bertaraf dunia dari aspek sistem, program dan prasarana
adalah menjadi prasyarat utama. Kejayaan dan kecemerlangan sistem pendidikan ini
akan dapat mengoptimumkan potensi individu dan melahirkan tenaga mahir yang
berketrampilan. (Warnoh et al., 2000). Bagi tujuan ini, OUM telah ditubuhkan pada
bulan Ogos 2000 sebagai salah satu alternatif untuk mencapai matlamat ini.
4
Sejak itu, OUM telah memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan
dengan memberi peluang pendidikan kepada mereka yang bekerja sepenuh masa. Ini
adalah kerana proses pembelajaran yang dijalankan di OUM adalah pada hujung minggu
di mana pelajar dari pelbagai kawasan menghadiri kuliah di pusat-pusat pembelajaran
yang telah ditetapkan. Kuliah bermula dari waktu pagi sehingga waktu petang.
Pertemuan secara formal antara pelajar dengan tutor hanya berlaku ketika mereka
menghadiri kuliah. Manakala, pertemuan secara tidak formal antara pelajar dengan tutor
tidak berlaku. Menurut Zalina dan Nur Zakiah (2000), proses pembelajaran sebegini
adalah mencabar memandangkan tempoh tumpuan pengajaran tutor yang minimum.
Daripada dapatan kajian Siti Hajar et al. (2000), telah menunjukkan bahawa
lebih daripada 75% daripada bilangan pelajar ingin mempertingkatkan pertemuan
dengan tutor dalam kuliah dan hampir separuh daripada bilangan pelajar tersebut tidak
dapat memahami teks yang dibincangkan dalam modul yang diberikan dalam masa yang
singkat.
Fadzilah Siraj et al. (2000), juga bersetuju bahawa keadaan pembelajaran begini
wujudnya masalah interaksi antara pelajar dengan tutor sewaktu menghadiri kelas.
Pelajar hanya bersemuka dengan tutor ketika menghadiri kelas. Ini merupakan sebab
utama bilangan pelajar yang diberhentikan dari pengajian adalah lebih ramai berbanding
dengan pelajar di dalam kampus (Idris, 2000).
Selain itu, kajian Wan Madznah (2000) dan Karsono (1993), juga menunjukkan
peratus kegagalan pelajar yang mengikuti program separuh masa adalah tinggi kerana
mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pembelajaran di universiti.
Menurut Wan Madzah (2000), minda mereka masih lagi mengamalkan kaedah
pembelajaran tradisional. Walau bagaimanapun, kegagalan tersebut bukanlah
disebabkan oleh ketidakmampuan pelajar berkenaan, tetapi disebabkan oleh
pembelajaran di universiti memerlukan keberkesanan dalam kaedah belajar yang betul di
kalangan pelajar (Rowntree, 1974).
5
Oleh itu, kejayaan seseorang pelajar dalam pembelajaran amat bergantung
kepada gaya dan strategi yang diamalkan oleh pelajar tersebut. Hartman (1995), juga
mengatakan bahawa gaya pembelajaran akan memberi kesan positif dan negatif terhadap
pencapaian pelajar.
Menurut Sharp (1997), kesedaran pelajar tentang gaya pembelajaran diri mereka
dan gaya pembelajaran lain dapat membantu mereka dalam perkembangan kemahiran
komunikasi dan kemahiran interpersonal. Begitu juga dengan Felder (1996), yang
menunjukkan bahawa pelajar yang mempelajari gaya pembelajaran dapat membantu
mereka mengikuti kursus mereka dengan lebih baik kerana maklumat gaya pembelajaran
membolehkan mereka memahami proses pemikiran mereka dengan jelas.
Philips (1993), juga menyatakan individu yang faham akan gaya belajar mereka
akan lebih bersikap positif terhadap pembelajaran di samping menunjukkan potensi
akademik yang lebih baik.
Kesimpulannya, gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran pelajar demi mencapai kejayaan. Oleh itu, kajian ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar di kalangan pelajar yang
mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Awam dengan
kepujian, BECE), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik dengan
kepujian, BEEE), dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Mekanik dengan
kepujian, BEME) di OUM, Johor Bahru.
6
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati
bahawa gaya pembelajaran adalah penting bagi pelajar yang menuntut di OUM. Oleh
itu, dalam kajian ini penyelidik ingin mengenalpasti gaya pembelajaran bagi pelajar
yang sedang menuntut di OUM berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Grasha-
Riechmann dari segi persaingan, kolaboratif, penghindaran, penyertaan, berdikari, dan
pergantungan pelajar. Penyelidik juga ingin mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran
pelajar berdasarkan latar belakang pelajar dari segi jantina dan pencapaian CPA pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut di
kalangan pelajar yang mengikuti program BECE, BEEE dan BEME di OUM.
(i) Mengenalpasti gaya pembelajaran dominan di kalangan pelajar
berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann.
(ii) Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina.
(iii) Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan
pencapaian CPA.
(iv) Mengenalpasti hubungan di antara keenam-enam gaya pembelajaran di
kalangan pelajar.
7
1.4 Persoalan Kajian
Berhubung dengan objektif kajian yang telah dibicarakan, berikut adalah
persoalan-persoalan kajian:
(i) Apakah gaya pembelajaran dominan di kalangan pelajar berdasarkan
Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann?
(ii) Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina?
(iii) Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan
pencapaian CPA?
(iv) Adakah terdapat hubungan di antara keenam-enam gaya pembelajaran di
kalangan pelajar?