xa.yimg.comxa.yimg.com/.../70881217/name/LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+KU… · Web viewPost Mortem...

7
LAPORAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 3/2012 Tarikh: 04.05.2012 Hari : Khamis Masa: 2.30 p.m Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Beaufort II. Agenda: 1. Ucapan Pengerusi. 2. Post Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012. 3. Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar. 4. Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 5. Hal-hal lain. Kehadiran:- 1. Tn. Hj Noorzam Yussof Penolongan Kanan Pentadbiran 2. En. Jaafar Marlan Penolong Kanan HEM 3. Tn. Hj. Abdullah Saruddin Penolong Kanan Kokum 4. Pn. Masrijah Shamsuddin Ketua Bidang Sains dan Matematik 5. Pn. Norimah Sadih Ketua Bidang Kemanusiaan 6. Cik Dg. Kasum Julai Ketua Bidang Bahasa 7. Cik. Lim Kern Eng Ketua Bidang Teknik dan Vokasional 8. En. Abd Rahman Masian Ketua Panitia Sejarah 9. En. Azmee Zahlan Ketua Panitia Matematik 10. Pn. Hasnah Hashim Ketua Panitia Bahasa Melayu 11. En. Martin Wong Kah Len Ketua Panitia Bahasa Inggeris 12. En. Mohd Ghazali Shafie Mat Rashid Ketua Panitia Pend. Islam 13.En M. Ishak Tajuddin Ketua Panitia Geografi 14. En. Sani Tari Ketua Panitia PSK 15. En. Salleh Tuah Ketua Panitia PJK 16. Cik Rosyeti Mat Zaini Ketua Panitia PSV 17. Pn. Betty Stephen Ketua Panitia ERT 18. Cik Nurzuraimi Zam Jamar Ketua Panitia Sains 19. Cik Poh Pei Yei Ketua Panita Ekonomi & Perdagangan 20. En. Agus Sofyan Shah Abd Latif Ketua Panitia KH 21. En. Rahim Ghapar Setiausaha Kurikulum

Transcript of xa.yimg.comxa.yimg.com/.../70881217/name/LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+KU… · Web viewPost Mortem...

Page 1: xa.yimg.comxa.yimg.com/.../70881217/name/LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+KU… · Web viewPost Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012. 3. Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar. 4.

LAPORAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 3/2012

Tarikh: 04.05.2012Hari : KhamisMasa: 2.30 p.mTempat: Bilik Mesyuarat, SMK Beaufort II.

Agenda:1. Ucapan Pengerusi.2. Post Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012.3. Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar.4. Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)5. Hal-hal lain.

Kehadiran:-1. Tn. Hj Noorzam Yussof Penolongan Kanan Pentadbiran2. En. Jaafar Marlan Penolong Kanan HEM3. Tn. Hj. Abdullah Saruddin Penolong Kanan Kokum4. Pn. Masrijah Shamsuddin Ketua Bidang Sains dan Matematik5. Pn. Norimah Sadih Ketua Bidang Kemanusiaan6. Cik Dg. Kasum Julai Ketua Bidang Bahasa7. Cik. Lim Kern Eng Ketua Bidang Teknik dan Vokasional8. En. Abd Rahman Masian Ketua Panitia Sejarah9. En. Azmee Zahlan Ketua Panitia Matematik10. Pn. Hasnah Hashim Ketua Panitia Bahasa Melayu11. En. Martin Wong Kah Len Ketua Panitia Bahasa Inggeris12. En. Mohd Ghazali Shafie Mat Rashid Ketua Panitia Pend. Islam13.En M. Ishak Tajuddin Ketua Panitia Geografi14. En. Sani Tari Ketua Panitia PSK15. En. Salleh Tuah Ketua Panitia PJK16. Cik Rosyeti Mat Zaini Ketua Panitia PSV17. Pn. Betty Stephen Ketua Panitia ERT18. Cik Nurzuraimi Zam Jamar Ketua Panitia Sains19. Cik Poh Pei Yei Ketua Panita Ekonomi & Perdagangan20. En. Agus Sofyan Shah Abd Latif Ketua Panitia KH21. En. Rahim Ghapar Setiausaha Kurikulum22. Cik. Juliza Francis Setiausaha Peperiksaan Dalaman23. Cik. Ballinah Bongkol Guru Tingkatan 124. Pn. Suraya Tajul Guru Tingkatan 125. Cik.Aidah Edin Guru Tingkatan 126.Cik. Hiedayati Abd Majid Guru Tingkatan 127. Cik. Verilya @ Veronica Junim Guru Tingkatan 128.Pn. Norisah Pirin Guru Tingkatan 129.Pn. Zabidah Mohd Noor Guru Tingkatan 130.Pn. Hjh Hapsa Yaakop Guru Tingkatan 131..Pn. Rosmahwati Menang Guru Tingkatan 1

Page 2: xa.yimg.comxa.yimg.com/.../70881217/name/LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+KU… · Web viewPost Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012. 3. Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar. 4.

Tidak hadir bersebab:-

1. Pn. Hjh Rosni Wahab Pengetua Kursus2. Pn Vannisa Fong Ketua Panitia Math Tamb Bertukar Sekolah

1.0 Ucapan Pengerusi.

1.1 Pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta memaklumkan bahawa puan pengetua tidak dapat menghadiri mesyuarat kali ini kerana berkursus di Kota Kinabalu.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha guru dan AKS sehingga sekolah SMK Beaufort 2 menempa nama sebagai sekolah terpilih dan layak mendapat hadiah bai’ah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.3 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar mengadakan perbincangan dengan pentadbir atau ketua bidang berkaitan program peningkatan akademik masing-masing dari semasa ke semasa.

1.4 Pengerusi juga turut mengingatkan semua guru agar sentiasa mematuhi masa dan peka terhadap arahan jabatan khususnya berkaitan dengan tempoh masa memasukkan markah ke dalam sistem secara talian seperti Sistem SAPS,sistem SPBS dan kerja kursus tingkatan tiga dan lima.

2.0 Post Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012.

2.1 Pengerusi meminta agar laporan post mortem dihantar kepada Setiausaha Kurikulum secepat mungkin untuk diserahkan kepada pihak pentadbir dan dilampirkan dalam minit mesyuarat kurikulum. Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru agar mengadakan perbincangan dalam mesyuarat panitia atau bidang bagaimana meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran masing-masing.

Tindakan: Ketua panitia

2.2 Pengerusi juga turut mengingatkan supaya guru peka kepada jadual yang telah ditetapkan oleh semua penyelaras tingkatan terutamanya berkaitan kelas tambahan khusus untuk tingkatan tiga dan lima yang sentiasa berubah dan jika ada masalah perlu dibawa berbincang.

Tindakan: Semua guru

2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa kemungkinan berlakunya perubahan kedudukan pelajar berdasarkan prestasi dan semua guru diminta bersedia dengan perkara ini terutamanya guru data, guru kelas dan SUP sekolah.

2.4 Pengerusi turut memaklumkan bahawa pelajar yang gagal akan diambil tindakan terutamanya pelajar yang mendapat markah kurang daripada 30 markah bagi setiap mata pelajaran begitu juga dengan pelajar yang ponteng.

2.5 Pengerusi menyatakan sekiranya guru menghadapi pelajar bermasalah ianya mestilah dirujuk kepada guru displin (berkaitan kehadiran) dan guru kaunseling (berkaitan kerja kursus dan PBS) supaya tindakan dapat diambil segera.

Tindakan: Semua guru

Page 3: xa.yimg.comxa.yimg.com/.../70881217/name/LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+KU… · Web viewPost Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012. 3. Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar. 4.

3.0 Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar.

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa satu Majlis menandatangani buku rekod kemajuan pelajar akan diadakan pada 06.05.2012 bersamaan pada hari Sabtu dan taklimat khas akan diadakan untuk semua guru yang dikendalikan oleh badan peperiksaan

3.2 Pengerusi juga mengarahkan badan peperiksaan menyediakan AJK, pembahagian guru kelas dan tentatif majlis serta meminta badan peperiksaan memaklumkan kepada semua pelajar dalam perhimpunan khas.

Tindakan: Setiausaha Peperiksaan

3.3 Pengerusi juga meminta supaya majlis menandatangani buku rekod akan diadakan di dalam kelas untuk semua tingkatan bagi memberi peluang kepada ibubapa melihat sendiri lokasi pembelajaran anak mereka kecuali tingkatan 1 yang akan diadakan di dewan Mini .

3.4 Pengerusi menyatakan satu taklimat khas berkaitan PBS tingkatan satu akan diadakan dan disampaikan oleh Ustazah Zabidah Mohd Noor. Satu perjumpaan dengan ibubapa pelajar akan diadakan mengikut tingkatan untuk melihat perkembangan pembelajaran anak mereka selepas sesi tersebut selesai.

Tindakan: Usth. Zabidah Mohd Noor

3.5 Pengerusi juga meminta supaya setiap guru menyediakan borang laporan khas pernyataan keputusan PBS pelajar tingkatan satu untuk diserahkan kepada ibu bapa pelajar.

4.0 Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

4.1 Pengerusi memberitahu bahawa pihak sekolah telah menyediakan fail poket sebanyak 500 keping untuk digunakan bagi menyimpan bahan bukti atau eviden hasil kerja pelajar sehingga tingkatan tiga. Fail berkenaan boleh diperolehi melalui ketua bidang masing-msing.

Tindakan: Ketua Bidang

4.2 Pengerusi juga mengingatkan guru pentaksir supaya mengemaskini fail pentaksiran bermula awal semester sehingga akhir tahun dan mempastikan markah pelajar diberi secara telus berdasarkan keupayaan pelajar itu sendiri.

Tindakan: guru pentaksir

4.3 Pengerusi mencadangkan supaya kemasukan markah dalam sistem SPBS akan dilakukan secara serentak dan akan dilaksanakan setelah mendapat tarikh akhir memasukkan markah. Taklimat memasukkan markah akan diberikan oleh penyelaras SPBS iaitu Cik Hiedahyati Abd Majid. Kemudahan Internet akan dipasang terus ke bilik mesyuarat di bangunan baru.

Tindakan: Penyelaras PBS

4.4 Pengerusi memaklumkan bahawa login dan kata laluan boleh diperolehi daripada penyelaras PBS Cik Hiedayati Abd Majid

Tindakan: Makluman Sahaja

Page 4: xa.yimg.comxa.yimg.com/.../70881217/name/LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+KU… · Web viewPost Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012. 3. Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar. 4.

4.5 En Ishak Tajuddin memaklumkan bahawa kemasukkan markah PBS bagi PJSK akan berakhir pada 15 Ogos 2012. Bagaimanapun login dan kata laluan masih belum diberikan oleh pihak jabatan dan beliau sedang menunggu maklumat tersebut.

Tindakan: Makluman sahaja

4.6 Pengerusi mencadangkan bahawa bilik kecil di belakang bilik guru akan dijadikan tempat menyimpan semua kerja kursus dan PBS tingkatan satu hingga lima. Kemudahan tempat menyimpan akan disediakan supaya tersusun dan kemas.

4.7 Pengerusi mengingatkan bahawa guru mesti memastikan setiap pelajar memiliki eviden untuk dinilai dan mengambil tindakan segera kepada pelajar yang tidak hadir.

4.8 Pengerusi menegaskan bahawa ujian ulangan PBS hanya dijalankan sekiranya pelajar belum mencapai tahap yang memuaskan atau pelajar yang dianggap berupaya menunjukkan potensi dan prestasi yang baik

5.0 Hal-hal lain.

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ujian 2 akan diadakan pada bulan Julai untuk semua tingkatan kecuali tingkatan satu manakala percubaan PMR akan diadakan pada bulan Ogos

5.2 Pengerusi menegaskan bahawa guru-guru perlu berhati-hati dengan semua markah pelajar yang diberi dan memastikan semua pelajar tidak tercicir dalam sistem SAPS dan sistem SPBS.

5.3 Pn.Dora memaklumkan bahawa tarikh akhir memasukkan markah kerja kursus tingkatan tiga dan lima adalah bulan Ogos. Semua guru pentaksir perlu mendapatkan tandatangan daripada pihak pentadbir sebelum diserahkan kepada penyelaras PBS tingkatan tiga dan lima (SUP peperiksaan)

5.4 En Rahim meminta kerjasama semua guru kelas mengemaskini data pelajar kelas masing-masing untuk sistem SAPS dan PBS tingkatan satu.

Tindakan: Guru Kelas

5.5 Pengerusi memberitahu bahawa e-tubi dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya selepas cuti raya memandangkan masih ada lagi soalan e-tubi yang belum siap dicetak. Semua guru perlu melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab untuk membantu pelajar.

5.6 Pengerusi memaklumkan bahawa kelas tambahan berdasarkan e-tubi telah diatur mengikut kumpulan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran setiap hari untuk tingkatan tiga dan lima manakala tingkatan enam berdasarkan kekosongan masa seperti masa Muet dan Kolokium.

5.7 Pengerusi menjelaskan bahawa kutipan bagi bayaran e-tubi RM 30 akan dijalankan semasa penyerahan buku rekod kemajuan pelajar berserta dengan kutipan derma PIBG sebanyak RM 20. Kutipan akan dibuat oleh guru kelas dan diserahkan kepada Bendahari PIBG untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan: Guru Kelas

Page 5: xa.yimg.comxa.yimg.com/.../70881217/name/LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+KU… · Web viewPost Mortem Semester 1 PMR dan SPM 2012. 3. Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar. 4.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.00pm.

Disediakan Oleh:

_______________

(RAHIM GHAPAR)Setiausaha KurikulumSMK Beaufort II, Beaufort.Sabah.

Disemak Oleh : Disahkan Oleh:

_______________________ _____________________(EN.MOHD NOORZAM YUSOFF) (PN. HJH. ROSNI WAHAB)Penolong Kanan Pentadbiran, Pengetua,SMK Beaufort II, Beaufort, SMK Beaufort II, Beaufort,Sabah. Sabah.