xsgment stilistik bahasa melayu
-
Upload
muhd-hilmi-akhir -
Category
Documents
-
view
1.561 -
download
8
description
Transcript of xsgment stilistik bahasa melayu
IPG KAMPUS PERLIS 2012
PENGENALAN
Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya (style).
Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita
akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu. Persoalan ini pula berkaitan
dengan berbagai-bagai persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang
berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan
kemunculan ilmu itu sendiri, yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai
ilmu.
Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis
karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini
kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh
masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai
untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia
membezakan gaya tertentu antara satu sama lain.
Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran
tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi
mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat dua faktor
yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti
berikut:
(i) Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di
dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka berbeza
daripada bahasa seharian mereka.
(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk
merumuskan gaya yang terdapat pada bahasa yang indah itu dengan
menghubungkan gaya dengan keindahan.
Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap kelambatan munculnya stilistik
sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya
perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera.
Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting,
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 1
IPG KAMPUS PERLIS 2012
kita akan didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik,
ciri-ciri stilistik, stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan
stilistik di dalam bahasa.
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 2
IPG KAMPUS PERLIS 2012
1.0HURAIAN DAN PENJELASAN TENTANG STILISTIK DAN SEJAUH MANAKAH IA MAMPU MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG KONKRIT BAGI MENYOKONG HUJAH ANDA
Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih membatasi dirinya kepada unsur
bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di
dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu
ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan, bahasa
memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya, kerana semua pengucapan
yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya.
Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai oleh pelbagai orang, baik
untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan. Setiap
kelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza antara satu dengan yang lain .
Walaupun stilistik, sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun
pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik
berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang
memberikan penyataan bahasa. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. Gaya di
dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Pemakaian bahasa
mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu; seperti untuk menghuraikan ilmu
pengetahuan, digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam
konteks tidak rasmi.
Di dalam percakapan biasa, manusia selalu menggunakan pelbagai gaya walaupun
ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama, contohnya:
(a) Dia itu orang bijak pandai
(b) Dia itu pujangga besar
Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya.
Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-kata yang
diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk menyatakan satu
makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya gaya, yang pada
dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu berlainan caranya
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 3
IPG KAMPUS PERLIS 2012
daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah bermacammacam kelainan daripada
pengucapan biasa. Selain daripada kelainan pemilihan kata, terdapat juga kelainan
daripada penyusunan ayat. Struktur sintaksis yang lurus mengandungi subjek,
predikat (misalnya) dilainkan dengan menterbalikkan susunan seperti ayat berikut:
(a) Makan dia bersama saya
(b) Dia makan bersama saya
Seterusnya, terdapat pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus
hingga bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga, indah dan menarik serta dapat
berperanan untuk menimbulkan rasa yang berlainan dan makna yang lebih halus.
Selain itu, apabila seseorang berhujah, bercakap, berkomunikasi atau berbual, apa
yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi bagaimana caranya dilafazkan.
Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana ia boleh
menentukan maksud sesuatu ujaran. Tentu sekali, sebagai seorang pendengar ingin
tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan, apa cara disampaikan,
bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi terhadapnya. Maka, stilistik
merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran berlaku atau disampaikan. Ujaran
penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata-kata yang dilafazkan
kerana melalui proses sosialisasilah, seseorang itu berupaya membuat interpretasi
isi kandungan ujaran. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menentukan dan
mengenal pasti asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara
penutur dan pendengar, kedudukan status mereka, selain dapat mengetahui bahasa
yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada
juga intonasi ketika mesej itu disampaikan Variasi ini dapat dilihat daripada beberapa
dimensi seperti berikut ;
(a) Fitur tetap stilistik
(i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa
sehari-hari)
Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang alamiah.
Teks : Bahasa sehari-hari
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 4
IPG KAMPUS PERLIS 2012
Unsur Stilistik : Kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat pada
kelancaran dan hambatan di dalam pembicaraan dan cenderung kepada
ayat pendek yang tidak mementingkan ketetapan dan kenahuannya.
(ii) Dialek (Bahasa yang dituturkan mengikut daerah geografi atau
kedudukan sosial)
Fungsi : Digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya.
Teks : Mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial.
Unsur Stilistik : Berlainan daripada bentuk standard, baik dari segi sebutan,
tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu.
(ii) Masa (Ketika/zaman yang dituturkan)
Fungsi : Bagi memberi pemahaman kepada pemakai mengikut sesuatu
masa tertentu.
Teks : Bahasa kuno, klasik dan kini.
Unsur Stilistik : Struktur kata yang tertentu mengikut zaman atau masa yang
dituturkan dari segi sebutan, ejaan dan penggunaan ayat yang panjang
serta pendek.
(iv) Wacana
Media (dituturkan, ditulis, direkod melalui tayangan wayang gambar dan
sebagainya).
Fungsi : Informasi, menjelaskan sehingga orang tahu dengan jelas tentang
peristiwa yang dilaporkan.
Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya.
Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat, pelaku
dan sebagainya), penggunaan slogan, perifrasa dan kata pemula (yang
menarik).
(b) Fitur sementara stilistik
(i) Laras (Bahasa undang-undang, sains, perubatan, ekonomi, politik
dan sebagainya)
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 5
IPG KAMPUS PERLIS 2012
Fungsi : Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbeza-
beza.
Teks : Bahasa undang-undang, agama, sains, ekonomi dan sebagainya.
Unsur Stilistik : Perbezaan banyak kata, imbuhan dan jenis ayat tertentu
mengikut laras yang digunakan.
(ii) Status (Slanga, jargona, lemah-lembut, diraja dan sebagainya)
Fungsi : Menentukan konteks dan status pemakai apabila menuturkannya.
Teks : Dituturkan mengikut status pemakai.
Unsur Stilistik : Intonasi yang berbeza, pencampuran kod bagi slanga, kata
atau ungkapan yang tertentu bagi jargona dan sebagainya.
(iii) Bahasa pergaulan rasmi
Fungsi : Melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai pemerintah dan
rakyat.
Teks : Bersifat pemerintah, melukiskan dengan berbelit-belit.
Unsur Stilistik : Konstruksi ayat pernyataan yang rumit, gagal menggunakan
kata yang berhubungan dengan perasaan.
(iv)Gaya bahasa rasmi
Fungsi : Penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya dengan pembuktian
logik dan objektif.
Teks : Karangan ilmiah, komentar, kuliah.
Unsur Stilistik : Kata-kata yang neutral daripada nilai sastera dan tanpa warna
emosi, istilah yang monosemi, jarang ditemui penggunaan ungkapan seperti
pepatah, jalinan yang padu antara ayat-ayatnya.
AK KENDIRI 2.2
Apa yang dinyatakan tersebut adalah sebahagian daripada ruang-lingkup
stilistik di dalam sesuatu bahasa. Oleh kerana itu, pembaca jarang terjumpa
perkataan yang mempunyai kedua-dua makna konseptual dan makna stilistik, jadi
tidak mungkin wujud sinonim sebenar. Elok disemai sinonim dengan makna
konseptual untuk memudahkan pembaca mengenali gaya-gaya atau
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 6
IPG KAMPUS PERLIS 2012
cara-cara yang diketengahkan oleh penutur. Di dalam hal ini, tidak mungkin juga kita
mendapat jawapan yang sama bagi sesuatu perkataan yang bersinonim dengan
perkataan lain. Keadaan ini berlaku kerana penutur mempunyai cara tersendiri.
Contohnya, perkataan sarapan atau makan pagi yang mempunyai sama sahaja
sifat luarannya iaitu aktiviti makan di waktu pagi, tetapi sifat dalamannya tentu sekali
berbeza. Bagi sesetengah orang, makan pagi betul-betul makan, mengenyangkan,
banyak dan sedap terutama bagi pesawah, penoreh getah atau pelaut. Bagi orang
Barat, makan pagi memang banyak, iaitu banyak dan sedap pula. Bagi orang lain,
hanya kudap-kudap sahaja atau sedikit-sedikit dan tidak banyak, iaitu hanya untuk
melapik perut sahaja.
Disamping itu, stilistik juga mempunyai bahasa perbandingan dan fungsi yang
tersendiri, terutama di dalam sesebuah penulisan prosa tradisional. Ia digunakan
untuk menerangkan sesuatu maksud perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di
dalam gaya bahasa eufemisme, perkataan seperti “bunting” boleh digantikan
dengan ayat “seseorang yang telah mengandung”. Secara tidak langsung,
perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca.
Seterusnya, bahasa perbandingan adalah bertujuan sebagai penggambaran atau
pelukisan watak dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat
daripada perbuatan yang tidak baik. Seperti contoh, bahasa perbandingan
“bagaikan harimau kehilangan belangnya” boleh membawa maksud “seseorang
yang berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat
daripada tindakannya yang tidak baik”.
Seperti yang dinyatakan, stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh
pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks
masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek
perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu
mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan
anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek
komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa
memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika
berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 7
IPG KAMPUS PERLIS 2012
sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara
seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili
sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona dan sebagainya, berstatus tinggi
atau berpelajaran tinggi.
Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan
seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu, maka
penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan
geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status
mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah
loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu
disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya dalam bidang bahasa akan
dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila berkomunikasi dengan orang
lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.
Sebagai rumusan, stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan
gaya, sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang
masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya
meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi, seseorang
perlu menentukan stail pengucapannya. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu, baru
muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik.
Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah
ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan
sesebuah makna.
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 8
IPG KAMPUS PERLIS 2012
2.0REFLEKSI TENTANG FUNGSI STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA
MELAYU
Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana limpah dan kurnianya
dapat juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3107 iaitu Pengantar Linguistik
Bahasa Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak
lupa juga pada pensyarah saya sendiri iaitu, En Muhamad Rudzi Bin Darus. Dalam
tempoh perlaksaan yang diberikan selama 5 minggu ini, Alhamdulillah ia
membuahkan hasil juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini. Semasa
menyiapkan tugasan projek ini, saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk
menghabiskan tugasan ini, antaranya ialah, saya tidak langsung memahami apa
yang dikatakan dengan Stilistik ini memandangkan tajuk bagi bab ini tidak
diterangkan lagi. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan kadar yang segera. Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih
kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan
menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan.
Apakah yang dikatakan dengan Stilistik ini? Perkataan ini telah bermain
difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami fungsi-
fungsi Stilistik dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. Mengikut Kamus
Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki
bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat
interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada
penelitian gaya bahasa. Selain itu, di dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik.
Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera.
Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi
linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks
situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik
dan dialektologi.
Dari segi fungsi-fungsi Stilistik ialah saya dapat mengetahui dimana Stilistik
dapat memantapkan dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasa
dapat digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Contohnya
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 9
IPG KAMPUS PERLIS 2012
dari segi dialek orang Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. Barang
siapa yang tidak faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang
tidak tahu menahu dalam konteks bahasa Kelantan ini. Fungsi yang kedua pula ialah
dari segi status penggunaannya. Contohnya penggunaan bahasa slanga,bahasa
kasar dan bahasa basah. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan
mempunyai maksud yang tersendiri. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak
muda zaman sekarang ini. Contohnya ialah, “lu apa hal bro”, “mat rempit dan minah
rempit” dan sebagainya. Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa
kasar sedikit.
Fungsi yang ketiga pula ialah, bahasa pengaulan rasmi. Dalam fungsi yang
ketiga ini, kita dapat lihat dimana bahasa amat penting sekali dalam memantapkan
stilistik ini dalam Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan
apa yang diujarkan. Selain itu, nada dan intonasi juga amat penting dalam
memastikan perkara yang diujarkan dapat difahami oleh pendengar dan orang lain.
Fungsi yang keempat dan yang terakhir sekali ialah dari segi laras bahasa yang
digunakan. Fungsi ini amat penting sekali bagi memastikan laras yang digunakan itu
mestilah sesuai dengan perkara yang hendak diujarkan. Contohnya ialah laras
bahasa dari segi agama. Laras yang digunakan mestilah berkaitan dengan hadis-
hadis dan ayat-ayat Al-Quran. Laras bahasa juga amat penting diaman jatuhnya
sesuatu syarikat bergantung kepada laras bahasa dari segi ekonomi.
Intihanya, fungsi Stilistik ini amat penting sekali dalam meastikan bahasa yang
digunakan ini dapat difahami oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun
pendengar. Oleh itu, Stilistik ini perlu diterapkan kepada generasi muda pada zaman
sekarang ini, supaya mereka tidak akan lupa dimana asal usul mereka berada dan
dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia.
PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 10