Yakinlah Kepada an Allah s.w.t

2
8/8/2019 Yakinlah Kepada an Allah s.w.t http://slidepdf.com/reader/full/yakinlah-kepada-an-allah-swt 1/2

Transcript of Yakinlah Kepada an Allah s.w.t

Page 1: Yakinlah Kepada an Allah s.w.t

8/8/2019 Yakinlah Kepada an Allah s.w.t

http://slidepdf.com/reader/full/yakinlah-kepada-an-allah-swt 1/2

Page 2: Yakinlah Kepada an Allah s.w.t

8/8/2019 Yakinlah Kepada an Allah s.w.t

http://slidepdf.com/reader/full/yakinlah-kepada-an-allah-swt 2/2

2

Ramai  dikalangan  manusia  yang  mengakui,  kehidupan  tidak  akan  indah  tanpa  adanya 

masalah. Setiap masalah pula yang hadir bagi seorang Mukmin akan menjadikan ia lebih bermakna 

dari sudut  hubungannya  dengan Allah s.w.t. Tetapi  jika  ia  datang  kepada seorang  yang  jauh  dari 

Tuhannya, maka ia akan menjadi beban, punca perselisihan dan pergaduhan. Baik masalah di dalam 

keluarga,  peribadi,  organisasi  bahkan  lebih  bahaya  apabila  melibatkan  masyarakat  atau  juga  du

tempat kerja.

Pelbagai cadangan untuk  penyelesaian  masalah,  tetapi  tidak  ada  yang  lebih  baik  dan 

berkesan selain dari pertolongan dari Allah s.w.t.. Pembukaan pintu pertolongan ini perlu diperbaiki 

pada  diri setiap  kita sebaiknya. Pertama,  marilah  kita  bersama  mencintai  mas jid. Mas jid  adalah 

rumah Allah. Tidak  ada  tempat  yang  lebih  mulia  dan  dan  dicintai  melainkan  mas jid. Lakukanlah  di 

dalamnya solat berjemaah dan lebih baik lagi tepat pada waktunya.

Kedua, bertahajjudlah pada sepertiga malam. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Dzarriyat 

ayat 15 hingga 18 yang bermaksud; 

 Sesungguhny a orang y ang bertakwa  di   taman-taman ( syurga)  dan  di  mata-mata  air,  sambi l 

mengambi l  apa y ang  di berikan  k e pada mer eka oleh Tuhan mer eka. Sesungguhny a mer eka 

sebelum it u , di  d unia adal ah orang y ang ber buat baik . Mer eka sedikit  sekal i  tid ur  di  wakt u mal am

mer eka memohon am pun ( k e pada All ah). (al-Dzarriyat: 15 18) 

Ketiga, bersedekahlah. Mulakan hari dengan sedekah kerana ia membuka pintu rezeki dan 

kemudahan sebaik-baiknya. Sedekah  adalah senjata  yang  amat  luarbiasa. Jadi,  kita seharusnya 

menjadikan  ia sebagai satu kebiasaan. Keempat,  membantu orang  lain. Sebagaimana sedekah  dari 

sudut harta, membantu orang lain dari sudut masa, pengetahuan, tenaga dan sebagainya. Apa yang 

utama adalah sifat pemberi itu. Apabila kita membantu memudahkan urusan orang lain kerana Allah 

(ikhlas) maka Allah tidak mensia-siakan kita dan Dia akan membantu menyelesaikan urusan kita.

Kelima,  perbanyakkanlah  berselawat  ke  atas Rasulullah s.a.w. Kadangkala,  apabila  ada 

teman  yang  menyebut  nama Rasulullah s.a.w. tidak  disahutpun  dengan selawat  ke  atasnya.

Muhammad itu kekasih yang amat dicintai Allah s.w.t. Dek kerna itu, cinta Rasul membawa kepada 

cinta Allah s.w.t. Apabila kita mengasihi kekasih Allah s.w.t. maka pasti kita akan mendapat tempias

kasih sayang  itu dari Allah s.w.t. Maka, untuk  orang  yang  dikasihi-Nya  akan  mudahlah  mendapat 

pertolongan Allah s.w.t.