Yang dipercayai PENERANGAN SYARIKAT - Ireka

5
PEMBINAAN Ireka Corporation Berhad (‘Ireka’) telah ditubuhkan oleh Datuk Lai Siew Wah pada tahun 1967 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1993. Ireka menjalankan perniagaan dengan 4 perniagaan teras iaitu; Pembinaan, Hartanah, Teknologi dan Pengangkutan Bandar. Ireka (www.ireka.com.my) memulakan perniagaannya sebagai sub-kontraktor kerja melombong bijih timah dan syarikat pembinaan. Pada tahun 1980-an, ia muncul sebagai salah satu kontraktor kerja tanah tempatan terbesar di Malaysia. Dari tahun 1990 sehinga tahun 2000, Ireka terlibat dalam pelbagai projek pembinaan infrastruktur awam yang terkenal di Malaysia, ianya termasuk projek kejuruteraan awam, bangunan dan kemudahan awam. PENERANGAN SYARIKAT HARTANAH TEKNOLOGI Kumpulan perniagaan pembinaan diwakili oleh Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd di Malaysia (IECSB) dan Ireka Engineering & Construction Vietnam Company Limited di Vietnam. Dengan pengalaman yang melebihi 50 tahun, IECSB telah berjaya memacu beberapa pencapaian penting dan menyumbang kepada pembinaan negara melalui pelbagai projek kejuruteraan awam dan infrastruktur utama. Bidang kepakaran IECSB meliputi pembinaan lebuh raya dan lebuh raya ekpres, jambatan, terowong, loji rawatan air, padang golf, pembangunan komersial, dewan konvensyen, kondominium, pusat membeli-belah, hotel, hospital, menara pejabat dan pembangunan pelabuhan melalui penawaran kontrak am dan juga program rekabentuk pembinaan. Portfolio pembinaan Ireka merangkumi Utiliti Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Landasan l, sebahagian projek pembinaan Jalan Lingkaran II dan Lebuhraya Utara-Selatan, Pejabat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, Ibu Pejabat DiGi (D’House), Taman Teknologi Malaysia, Wisma AIG, Ibu Pejabat OCBC Bank KL, Hotel Westin Kuala Lumpur, projek Vogue Residences di KL Eco City (pembinaan dua blok condominium yang bertingkat 62 dan 56), Bangunan Kedutaan Brunei di Beijing, dan juga Hospital Antarabangsa Bandaraya Ho Chi Minh Vietnam (City International Hospital). IECSB juga adalah kontraktor yang menjalankan pembinaan bahagian laluan pengangkutan awam MRT V7 (dari Bandar Tun Hussein Onn ke Taman Mesra), The RuMa Hotel & Residence (The RuMa, KLCC), projek pengembangan Hospital KL Pantai. Projek kerja pembinaan terkini yang sedang berjalan ialah KaMi Mont ’Kiara Residences di Mont Kiara, ASTA Enterprise Park dan Dwi @ Rimbun Kasia di Nilai, perluasan Hospital Pantai di Melaka dan perluasan Hospital Pakar Regency di Johor. PENGANGKUTAN BANDAR PEMBINAAN Yang dipercayai

Transcript of Yang dipercayai PENERANGAN SYARIKAT - Ireka

Page 1: Yang dipercayai PENERANGAN SYARIKAT - Ireka

PEMBINAAN

Ireka Corporation Berhad (‘Ireka’) telah ditubuhkan oleh Datuk Lai Siew Wah pada tahun 1967 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1993. Ireka menjalankan perniagaan dengan 4 perniagaan teras iaitu; Pembinaan, Hartanah, Teknologi dan Pengangkutan Bandar.

Ireka (www.ireka.com.my) memulakan perniagaannya sebagai sub-kontraktor kerja melombong bijih timah dan syarikat pembinaan. Pada tahun 1980-an, ia muncul sebagai salah satu kontraktor kerja tanah tempatan terbesar di Malaysia. Dari tahun 1990 sehinga tahun 2000, Ireka terlibat dalam pelbagai projek pembinaan infrastruktur awam yang terkenal di Malaysia, ianya termasuk projek kejuruteraan awam, bangunan dan kemudahan awam.

PENERANGAN SYARIKAT

HARTANAH TEKNOLOGI

Kumpulan perniagaan pembinaan diwakili oleh Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd di Malaysia (IECSB) dan Ireka Engineering & Construction Vietnam Company Limited di Vietnam. Dengan pengalaman yang melebihi 50 tahun, IECSB telah berjaya memacu beberapa pencapaian penting dan menyumbang kepada pembinaan negara melalui pelbagai projek kejuruteraan awam dan infrastruktur utama.

Bidang kepakaran IECSB meliputi pembinaan lebuh raya dan lebuh raya ekpres, jambatan, terowong, loji rawatan air, padang golf, pembangunan komersial, dewan konvensyen, kondominium, pusat membeli-belah, hotel, hospital, menara pejabat dan pembangunan pelabuhan melalui penawaran kontrak am dan juga program rekabentuk pembinaan.

Portfolio pembinaan Ireka merangkumi Utiliti Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Landasan l, sebahagian projek pembinaan Jalan Lingkaran II dan Lebuhraya Utara-Selatan, Pejabat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, Ibu Pejabat DiGi (D’House), Taman Teknologi Malaysia, Wisma AIG, Ibu Pejabat OCBC Bank KL, Hotel Westin Kuala Lumpur, projek Vogue Residences di KL Eco City (pembinaan dua blok condominium yang bertingkat 62 dan 56), Bangunan Kedutaan Brunei di Beijing, dan juga Hospital Antarabangsa Bandaraya Ho Chi Minh Vietnam (City International Hospital). IECSB juga adalah kontraktor yang menjalankan pembinaan bahagian laluan pengangkutan awam MRT V7 (dari Bandar Tun Hussein Onn ke Taman Mesra), The RuMa Hotel & Residence (The RuMa, KLCC), projek pengembangan Hospital KL Pantai. Projek kerja pembinaan terkini yang sedang berjalan ialah KaMi Mont ’Kiara Residences di Mont Kiara, ASTA Enterprise Park dan Dwi @ Rimbun Kasia di Nilai, perluasan Hospital Pantai di Melaka dan perluasan Hospital Pakar Regency di Johor.

PENGANGKUTANBANDARPEMBINAAN

Yang dipercayai

Page 2: Yang dipercayai PENERANGAN SYARIKAT - Ireka

Ireka amat berbangga dengan komitmen terhadap piawaian reka bentuk, pembinaan dan perkhidmatannya yang bermutu tinggi. Ianya merangkumi pembinaan kediaman, hotel, pejabat atau pusat membeli-belah yang dirancang dengan tersusun. Kami membina tempat untuk dipanggil “rumah”, dengan menawarkan pilihan yang sesuai untuk semua gaya hidup. Ireka Development Management Sdn Bhd (IDM) adalah anak syarikat milik penuh Kumpulan Ireka yang menjalankan aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia. Antara projek-projek IDM yang memenangi anugerah termasuk:

• Hotel Westin Kuala Lumpur -- Anugerah Hartanah FIABCI 2005 (Kategori Pembangunan Hotel)- Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2006 (Kategori Best & Resort Terbaik) - Anugerah Hospitaliti Asia Platinum 2005 - 2006 (Anugerah Cemerlang - Hotel Baru Terbaik). Pada awal tahun 2007, Hotel Westin Kuala Lumpur yang merangkumi 443 bilik dijual dengan harga rekod yang menghampiri RM1 juta bagi setiap bilik.

• Kondominium Kediaman Mewah, SENI Mont’ Kiara- Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2014 (Pemenang Perak Dunia, Kategori Kediaman Bertingkat Tinggi)- Anugerah FIABCI Hartanah Malaysia 2013 FIABCI Malaysia Property Award 2013 (Kategori Kediaman Bertingkat Tinggi)- AnugerahHartanahAsiaPasifik2012(KategoriPembangunanKediamanBertingkatTinggi)

• Pembangunan Semula Bandar Dataran Pelabuhan Sandakan (merangkumi Bangunan Pasar Seni bertingkat tiga, dataran, persiaran pantai sepanjang 1.5km, Four Points by Sheraton Sandakan Hotel, Sandakan Harbour Mall)- AnugerahHartanahAsiaPasifik2009(KategoriPembangunanSemulaKomersial)- AnugerahHartanahAsiaPasifikCNBC2009(KategoriPembangunanSemulaKomersial)

• Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel - Anugerah FIABCI World Prix d’Excellenc 2015 (Pemenang Emas Dunia, Kategori Hotel Category)- Anugerah Best Short Hotel Stay Excellence dalam Anugerah Terbaik oleh Majalah Expatriate Lifestyle

• The RuMa Hotel & Residences- Anugerah Emas dari The Malaysian Institute of Interior Designs 2019 (Kategori Pembina) - Anugerah Gangsa Rekabentuk Asia 2019 (Kategori Reka bentuk Alam Sekitar)

Di peringkat antarabangsa, Ireka berjaya membina City International Hospital di Ho Chi Minh City, Vietnam yang dibuka pada tahun 2014 dan Kedutaan Brunei di Beijing, China pada tahun 1999. Di bawah portfolio hartanahnya, Ireka mencipta jenama hartanah mewah i-ZEN dan jenama keduanya, zenZ yang mensasarkan sektor hartanah pasaran pertengahan. Konsep i-ZEN meneraskan falsafah 6S Style, Service, Security, Sophistication, Soul and Sustainability, sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam portfolio hartanahnya. Di bawah jenama ikonik i-ZEN, projek yang siap dibina termasuk hartanah mewah seperti Seni Mont’ Kiara, Kiaraville, Tiffani oleh i-ZEN, Vialla Aseana, The RuMa Hotel and Residences, dan lain-lain.

Konsep zenZ pulameneraskan prinsip 5E Economy, Evolutionary, Efficient, Essential dan Eco-conscious.Antara projek yang siap dibina termasuk Kasia Greens dan 10 Shopz di Nilai, Negeri Sembilan. Projek dalam jangka masa terdekat termasuk DWI@Rimbun Kasia, Rimbun Town Villas, Serika Residences and ASTA Enterprise Park, Kajang, Selangor.

HARTANAH

Page 3: Yang dipercayai PENERANGAN SYARIKAT - Ireka

i-Tech Network Solutions Sdn Bhd (i-Tech), anak syarikat Kumpulan Ireka ditubuhkan pada tahun 2003 yang menawarkan servis penyepaduan rangkaian sistem IT, penyelesaian infrastruktur IT dan perkhidmatan penyumberan luar. Seterusnya, i-Tech semakin berkembang, ia juga menawarkan perkhidmatan ‘Cloud’, perkhidmatan kolokasi, perkhidmatan pemulihan data akibat bencana, perkhidmatan infrastruktur ‘hyper-converged’, dan perkhidmatan terurus di Malaysia.

Pelanggan i-Tech termasuk syarikat-syarikat terkenal dari pelbagai industri, iaitu industri minyak dan gas, pemaju hartanah, platform perdagangan ekuiti, sektor insurans dan hospitaliti, industri pembuatan dan lain-lain.

Pada tahun 2018, SAFEHOUSE, sebuah pusat data di bawah i-Tech memenangi “Anugerah Rising Star” di Kemuncak Dunia Crayon 2018. Seterusnya pada bulan April 2019, SAFEHOUSE menerima Anugerah “Rakan Tambah Nilai 2018” daripada Kumpulan Integricity.

Kesalinghubungan dan mobiliti penduduk di pusat-pusat bandar adalah penting untuk pertumbuhan aktiviti ekonomi dan sosial negara. Hasil daripada perubahan landskap ekonomi di peringkat global, kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah mengutamakan pembangunan ekosistem pengangkutan bandar yang lebih hijau dan lebih cekap.

Selaras dengan objektif kerajaan, Ireka menceburi perniagaan pengangkutan bandar melalui kerjasama dengan CRRCUrbanTraffic(Eropah)CoLtd(CRRCUT),anaksyarikatKumpulanCRRCyangberpusatdiChinapada Disember 2017. Pada Julai 2019, Ireka dan CRRC UT menubuhkan syarikat usaha sama, Mobilus Sdn Bhd untuk menerajui perniagaan pengangkutan bandar di Malaysia dan Asia Tenggara (ASEAN).

Salah satu fokus utama Mobilus adalah pada teknologi tenaga hijau dan penyelesaian pengangkutan pintar, khususnya mempromosikan pelaksanaan sistem Transit Aliran Automatik (ART) dan bas elektrik untuk bandar-bandar di rantau ini.

ART adalah teknologi canggih yang dibangunkan oleh Kumpulan CRRC. ART membolehkan kapasiti penumpang yang tinggi dan kos pelaksanaan yang lebih rendah. Selain daripada beroperasi dengan sumber tenaga bersih seperti elektrik atau hydrogen, ART juga dilengkapi dengan sensor yang membaca tanda trek maya jalan raya, membolehkannyamenavigasilaluansendirisecaraautomatik,tanpamemerlukantrekrelfizikal.

PENGANGKUTAN BANDAR

KERJASAMA STRATEGIK

TEKNOLOGI

CRRC UT

Pada Disember 2017, Ireka menandatangani perjanjian dengan CRRC Urban Traffic (Eropah) Co Ltd (CRRCUT), ahli Kumpulan CRRC dari China untukmenjalinkan hubungan usaha sama antara mereka. CRRC Group adalah pengeluar produk dan sistem berkaitan stok dan rel terbesar di dunia. Usahasama ini termasuk menubuhkan Mobilus Sdn Bhd untuk menerajui peluang perniagaan pengangkutan bandar di Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Page 4: Yang dipercayai PENERANGAN SYARIKAT - Ireka

OCBC Bank Head QuartersKuala Lumpur

Wisma AIGKuala Lumpur

Tropicana Golf & Country ClubSelangor

PORTFOLIO

Kuala Lumpur International Airport Runway

Kuala Lumpur

Simpang Pulai InterchangeNorth-South Expressway

GovernmentAdministrative Office

Kuala Lumpur

DiGi Head Offices (D’House)Shah Alam

HANKYU HANSHIN PROPERTIES CORP

Pada bulan April, 2018 Ireka Corporation Berhad (“Ireka”) memeterai perjanjian dengan Hankyu Hanshin Properties Corp (“Hankyu Hanshin”) untuk bersama-sama membangunkan projek Rimbun Kasia di Nilai, dengan gabungan Nilai Pembangunan Kasar (GDP) yang melebihi RM400 juta.

Hankyu Hanshin yang berpusat di Osaka adalah salah satu anak syarikat yang dimiliki oleh salah kumpulan yangpalingprolifikdiJepun,iaituHankyuHanshinHoldings,Inc.,yangmempunyaiperniagaanterasdalamhartanah, pengangkutan bandar , hiburan dan komunikasi, perjalanan, pengangkutan antarabangsa dan hotel. Hankyu Hanshin Holdings, Inc. disenaraikan di Bahagian Pertama Bursa Saham Tokyo.

KERJASAMA LAIN

Ireka juga menubuhkan kerjasama strategik dengan banyak syarikat dan entiti lain, termasuk Capitaland Group yang berpusat di Singapura, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Majlis Bandaraya Sandakan, and Aseana Properties Ltd.

The WestinKuala Lumpur

Page 5: Yang dipercayai PENERANGAN SYARIKAT - Ireka

City International Hospital in International Healthcare Park

Binh Tan District, Ho Chi Minh City, Vietnam

Brunei EmbassyBeijing, China

RHB Training CentreSelangor

Sandakan Harbour SquareSabah

Four Points by Sheraton Sandakan

Sabah

1 Mont’ KiaraKuala Lumpur

SENI Mont’ KiaraKuala Lumpur

PEMBINAAN | HARTANAH | TEKNOLOGI | PENGANGKUTAN BANDAR

Ireka Corporation Berhad (197501004146) (25882-A)

Level 18, Wisma Mont’ Kiara, No. 1, Jalan Kiara, Mont’ Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.T +603.6411.6388 F +603.6411.6383 E [email protected] W www.ireka.com.my

Aloft Kuala LumpurSentral

Kuala Lumpur

The RuMa Hoteland Residences

Kuala Lumpur

Vogue Residences,KL Eco CityKuala Lumpur

Kasia GreensNegeri Sembilan

Nu Sentral OfficeTowers 1 & 2

Kuala Lumpur