YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri...

10
PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 1 YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG HADIR : YANG DIPERTUA DEWAN Yang Amat Mulia, Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin, PSLJ., SPMB., POAS., PHBS., PJK., PKL., Yang Dipertua Dewan, Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam. AHLI RASMI KERANA JAWATAN: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Negara Brunei Darussalam. 2. Duli Yang Teramat Mulia, Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT.,King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), Medal of Honour (Lao)., Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross (Philippines)., PHBS., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. 3. Duli Yang Teramat Mulia, Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, DKMB., DK., PHBS., PBLI., PJK., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. 4. Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK., PKL., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Transcript of YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri...

Page 1: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 1

YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

YANG HADIR : YANG DIPERTUA DEWAN

Yang Amat Mulia, Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin, PSLJ., SPMB., POAS., PHBS., PJK., PKL., Yang Dipertua Dewan, Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN:

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia,

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Negara Brunei Darussalam.

2. Duli Yang Teramat Mulia,

Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT.,King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), Medal of Honour (Lao)., Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross (Philippines)., PHBS., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

3. Duli Yang Teramat Mulia,

Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, DKMB., DK., PHBS., PBLI., PJK., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam.

4. Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK., PKL., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Page 2: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 2

5. Yang Berhormat, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, DK., PSSUB., DSLJ., PHBS., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

6. Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, PSNB., SPMB., DSLJ., PJK., PKL., Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.

7. Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB., DSLJ., SMB., PHBS., PIKB., PKL., Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam.

8. Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof, PSNB., DPMB., PSB., PJK., PIKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

9. Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, PSNB., DPMB., PSB., PJK., PIKB., PKL., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

10. Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, PSNB., DPMB., PKL., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Page 3: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 3

11. Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, PSPNB., DSNB., DSLJ., DPMB., PHBS., PBLI., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

13. Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, PSNB., DPMB., PIKB., PKL., Menteri Kewangan Kedua (II), Negara Brunei Darussalam.

14. Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng, PSNB., SPMB., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua (II), Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI YANG DI LANTIK (ORANG-ORANG BERGELAR):

15. Yang Amat Mulia, Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd. Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim, DK., SPMB., DSNB., POAS., PHBS., PJK., PKL., Negara Brunei Darussalam.

16. Yang Amat Mulia,

Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin bin Pengiran Haji Ismail, DK., DSNB., DPMB., POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Negara Brunei Darussalam.

17. Yang Berhormat,

Pehin Datu Singamanteri Kol. (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Yasmin bin Haji Umar, SPMB., Negara Brunei Darussalam.

12. Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, PSNB., SPMB., DSNB., PJK., PIKB., PKL., Menteri Tenaga (Minister of Energy) di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Page 4: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 4

AHLI DILANTIK (ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN) :

18. Yang Berhormat, Pengiran Dato Paduka Haji Damit bin Pengiran Haji Sunggoh, DPMB., PHBS., PKL., Negara Brunei Darussalam.

19. Yang Berhormat,

Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Awang Goh King Chin, DPMB., PHBS., Negara Brunei Darussalam.

20. Yang Berhormat,

Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking, SMB., PSB., PJK., PKL., Negara Brunei Darussalam.

21. Yang Berhormat,

Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas, DPMB., SNB., PJK., Negara Brunei Darussalam.

22. Yang Berhormat,

Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahai, PSB., Negara Brunei Darussalam.

23. Yang Berhormat,

Dato Paduka Awang Haji Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin, DPMB., SLJ., PJK., PKL., Negara Brunei Darussalam.

24. Yang Berhormat,

Dato Paduka Awang Haji Yunos bin Mohd Noh, DPMB., PJK., PKL., Negara Brunei Darussalam.

AHLI YANG DILANTIK DARI DAERAH-DAERAH:

25. Yang Berhormat, Mejar (B) Awang Haji Abu Bakar bin Awang Haji Ibrahim, SMB., PJK., PKL., Penghulu Mukim Kota Batu, Negara Brunei Darussalam .

Page 5: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 5

26. Yang Berhormat,

Awang Haji Bakar bin Mansor, PSB., PKL., Penghulu Mukim Lumapas Negara Brunei Darussalam.

27. Yang Berhormat,

Orang Kaya Jaya Putera Awang Haji Muhammad Taha bin Abd. Rauf, SMB., PSB., PJK., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Keriam, Negara Brunei Darussalam.

28. Yang Berhormat,

Awang Haji Mohd Shafiee bin Ahmad, Ketua Kampong Lumut 1, Negara Brunei Darussalam.

29. Yang Berhormat,

Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, SMB., PSB., Ketua Kampong Belingos, Negara Brunei Darussalam.

HADIR BERSAMA :

Yang Dimuliakan, Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, DPMB., SLJ., POAS., PBLI., PJK., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Page 6: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 6

PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC)

Selasa, 16 Safar 1428 / 6 Mac 2007

Majlis mula bersidang jam 8.30 pagi

Jurutulis: Majlis memulakan dengan ucapan

Bismillahir Rahmanir Rahim, Mesyuarat Pertama

dari Musim Permesyuaratan Ketiga, bagi Majlis

Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam

yang bersidang pada hari ini didahului dengan

doa selamat.

BACAAN DOA SELAMAT

Doa Selamat di bacakan oleh Yang

Dimuliakan Pehin Khatib Haji Mohd. Jaya bin

Haji Ibrahim: Membaca doa selamat.

Yang Dipertua Dewan: Kita sama-sama

bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala

kerana dengan keizinannya pada hari yang aman

dan tenang membawa sangat sukacita dan lagi

memberangsangkan, maka semua Ahli-Ahli

Majlis Mesyuarat dan saya dapat bersama-sama

di majlis yang mulia ini. Sebagaimana Ahli-Ahli

lebih memahami kita akan bersidang seperti

biasa, dalam persidangan ini kita tidak akan

menggunakan bahasa beradat yang biasanya

digunakan pada masa biasa begitu juga bahasa-

bahasa asing untuk memudahkan perbahasaan,

membincangkan beberapa kertas kerja

terutamanya Belanjawan 2007/2008. Dan

saya mengharapkan pada Ahli-Ahli Yang

Berhormat, pertama pada membahaskan

sebarang perkara tajuk perbincangan

hendaklah menggunakan perkataan yang

tepat pada asas tajuk yang kita bincangkan

dan janganlah hujah-hujah menyokong

perkara-perkara cadangan yang berkenaan

terkeluar dari tajuk perkara tersebut.

Maka dengan jalan ini saya percaya

persidangan kita akan dapat cepat dan

sempurna di samping akan memberi peluang

pada semua Ahli-Ahli ada masa untuk

bercakap turut dapat sama-sama

membincangkan, dan tidak pula akan

membuang masa yang berharga itu kerana

di dalam perbincangan ini masa amat

berharga.

Jurutulis: Perkara Yang Kedua, Meneliti

Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara

Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua

Pada Hari Rabu, Khamis, Sabtu, Isnin,

Selasa dan Rabu, 15, 16, 18, 20, 21 dan

22 Safar 1427 bersamaan dengan 15,16, 18,

20, 21 dan 22 Mac 2006, bertempat di Pusat

Page 7: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 7

Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas,

Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela

Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman

bin Dato Setia Haji Mohd. Taib, Menteri

Pendidikan: Yang Dipertua Dewan, oleh sebab

minit yang telahpun dihadapkan ini telah pun

dikelilingkan kepada semua Ahli dan segala

pembetulan nampaknya telahpun dilaksanakan

dan teratur maka saya ingin mencadangkan

supaya minit ini dipersetujui dan disahkan.

Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Laila

Diraja Pengiran Haji Abdul Momin: Peramba

menyokong dan mensahkan minit tersebut.

Yang Dipertua Dewan: Oleh kerana mendapat

sokongan, supaya diadakan undi mengenai

dengan cadangan tersebut tadi. Dengan

demikian saya meminta yang bersetuju angkat

tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan)

Yang Dipertua Dewan: Nampaknya

keseluruhan Ahli-ahli disini telah menunjukkan

bersetuju, maka diteruskan.

Ahli Ahli Yang Berhormat, kita akan

bersama-sama mengalu-alukan menyambut

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan untuk

menyempurnakan pembukaan majlis kita

pada pagi ini.

Maka dengan hal yang demikian

saya dengan sukacita menangguhkan

permesyuaratan ini hingga Keberangkatan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam untuk menyempurnakan

pembukaannya nanti. Sekian.

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA

MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN

HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN

WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN

HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL

KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG

DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI

DARUSSALAM SEMPENA MAJLIS

PERASMIAN PERSIDANGAN

PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT

PERTAMA DARI MUSIM

PERMESYUARATAN KETIGA MAJLIS

MESYUARAT NEGARA, BERTEMPAT

DI PUSAT PERSIDANGAN

ANTARABANGSA (ICC) BERAKAS,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PADA

HARI SELASA, 16 SAFAR 1428

BERSAMAAN DENGAN 6 MAC 2007.

Page 8: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 8

Syukur Ke hadrat Allah Subhanahu Waata’ala

kerana mengizinkan kita dapat berkumpul

di Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Dari

Musim Permesyuaratan Ketiga Majlis Mesyuarat

Negara pada hari ini.

Dalam persidangan kali ini Ahli-Ahli

akan berpeluang untuk membincangkan

peruntukan belanjawan tahun 2007 – 2008.

Peruntukan ini tidak syak lagi, adalah nadi bagi

menggerakkan jentera pembangunan Negara.

Objektifnya yang utama ialah supaya kebajikan

rakyat sentiasa terpelihara.

Dengan peruntukan itu, kita bukan saja mampu

merancang, tetapi juga berupaya untuk

membawa negara ini kepada perkembangan

yang selayaknya.

Beta berharap, semua agensi Kerajaan yang

diamanahkan dengan Peruntukan Kewangan

akan dapat mengawalnya dengan penuh

akauntabiliti serta menggunakannya menurut

perancangan.

Semua sistem perlaksanaan, pemantuaan

dan penilaian hendaklah sentiasa

dikemaskinikan, supaya semua yang

berkepentingan dengannya akan dapat

menikmati perkhidmatan yang efisien lagi

berkesan.

Pengurusan kewangan yang bijaksana dan

bertanggungjawab akan membolehkan kita

bergerak dengan lebih cepat dalam

mengatasi apa jua rupa cabaran.

Di satu aspek, kita biasa diberitahu betapa

pentingnya berbelanja dengan cara

berhemat atau “prudent”.

Tetapi di aspek yang lain kita juga perlu

melihat keutamaan, sambil tidak

mengorbankan kelicinan pentadbiran yang

akan menjejaskan pembangunan jangka

pendek mahupun jangka panjang.

Setiap cadangan dan rancangan perlulah

ditimbang, bahawa ia bukan saja

berdasarkan keperluan ’value for money’

tetapi lebih utama ialah kemanfaatannya,

Page 9: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 9

yang dapat membawa negara mencipta

tamaddun dan nama.

Kerana negara yang ketandusan tamadun dan

nama tidak akan mampu untuk berdiri

cemerlang.

Demikian juga tidak salah untuk kita mengambil

kira, bahawa setiap perancangan belanjawan itu

hendaklah mempunyai nilai dapat mendatangkan

pulangan pelaburan, sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung.

Bila bercakap mengenai pelaburan, janganlah ia

disempitkan kepada aspek benda semata-mata.

Tetapi di manakah kita dengan aspek ilmu dan

pendidikan umpamanya?

Kerana itu “perancangan besar” yang berkualiti

ialah, bila mana kita dapat menjelmakan

pelaburan bersepadu di antara benda dan

tamadun.

Pelaburan ketamadunan juga adalah amat

berpotensi untuk menambahkan penghasilan

Negara.

Jadi rancangan-rancangan kerajaan bukan saja

untuk perkembangan ekonomi yang berkesan,

malahan juga untuk memperkukuh dan

memperkaya lagi inilai-nilai hidup dan tamadun

bangsa.

Beta yakin tugas ini bukanlah luar biasa

untuk dilaksanakan, jika semua pihak

mempunyai kefahaman dan visi yang sama.

Setakat ini Alhamdulillah, dengan izin dan

petunjuk Allah jua, telah banyak kejayaan

yang dapat kita nikmati.

Sehubungan itu, Beta juga gembira

mendapati perkembangan yang baik, sejak

Majlis Mesyuarat Negara diwujudkan semula.

Beta berharap, ahli-ahli Yang Berhormat

akan dapat menunaikan tanggungjawab

masing-masing dengan bijaksana, dedikasi

serta ikhlas.

Dinamakan bijaksana itu ialah dapat melihat

segala permasalahan dengan “mata hati”,

bukan semata-mata apa yang dipapar

sahaja, tetapi juga tahu meletakkan harga

kata-kata bagi meraih manfaat daripadanya.

Sasaran utama kita tidak lain ialah untuk

menjadikan Negara Brunei Darussalam

sebuah negara yang benar-benar berdaulat

aman makmur lagi selamat.

Akhirnya beta berdoa semoga Ahli-Ahli akan

dapat berbincang dengan penuh hemah bagi

memartabatkan Majlis Mesyuarat ini selaku

sebuah institusi yang betul-betul dihormati.

Page 10: YANG DIPERTUA DEWAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT … Images/reports/hansard_2007... · Menteri Pendidikan, ... Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ... Musim Permesyuaratan

PAGI HARI SELASA, 16 SAFAR 1428 / 6 MAC 2007 10

Jadikanlah ia forum atau wadah yang membina

bagi kelangsungan konsep Melayu Islam Beraja

yang luhur itu.

Beta yakin dengan bimbingan bijaksana Yang

Amat Mulia Yang Dipertua Dewan persidangan

ini berjalan dengan lancar, bebas dan menepati

sasarannya.

Sekian, Wabilahit Taufik Walhidayah Wassalamu

Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bacaan doa selamat oleh Yang Berhormat Pehin

Orang Kaya Seri Maharaja Dato Seri Setia Ustaz

Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam.

(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan

Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi

Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam berangkat meninggalkan

Majlis diiringi oleh Yang Amat Mulia Yang

Dipertua Dewan dan Pembesar-Pembesar

Negara).

(Yang Amat Mulia Yang Dipertua Dewan

mengambil tempat duduk semula di dalam

Dewan).

Yang Dipertua Dewan: Syukur

alhamdulillah ke hadrat Allah Subhanahu

Wata’ala bahawa majlis adat istiadat

Pembukaan Majlis ini telah sempurna

dilaksanakan oleh Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka

dengan hal ini cukuplah sudah

penyempurnaannya bagi pagi ini, insya-

Allah majlis saya akan tangguhkan sehingga

jam 2.30 petang nanti, sekian, Wassalamu

Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)