Yoga Haram Dalam Islam

15
YOGA (TRANSCENDENTAL MEDITATION) OLEH MUHAMAD MUIZ BIN MUHAMAD

description

kenapa yoga diharamkan dalam Islam?

Transcript of Yoga Haram Dalam Islam

Page 1: Yoga Haram Dalam Islam

YOGA(TRANSCENDENTAL MEDITATION)

OLEH MUHAMAD MUIZ BIN MUHAMAD

Page 2: Yoga Haram Dalam Islam

YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.

Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. TETAPI APA SEBENARNYA YOGA? 

Page 3: Yoga Haram Dalam Islam

YOGA?!! Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan

yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.

Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal dari kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Terjemahannya termasuk bergabung, bersatu, kesatuan, penghubung, jalan atau cara. 

Page 4: Yoga Haram Dalam Islam

Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.

Menurut sebuah ensiklopedia, yoga merujuk kepada disiplin tradisional berkaitan fizikal dan mental yang berasal dari India; matlamat yang dicapai melalui disiplin ini; dan satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu

Page 5: Yoga Haram Dalam Islam

Senaman yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Gaya Yoga , menyerupai Lord Shiva (Tuhan  masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

Page 6: Yoga Haram Dalam Islam

Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga.

Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama oleh masyarakat bandar.

Page 7: Yoga Haram Dalam Islam

Ada yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

Ada lapan tahap untuk yoga: pengekangan moral (Yama), self-budaya (Miyama), postur tubuh (asana), kontrol nafas (pranayama), pengendalian indera (pratyahara), konsentrasi (Dharana), meditasi (dyhana), dan keadaan kesadaran tinggi (samadhi)

Page 8: Yoga Haram Dalam Islam

TOKOH NAME: Maharishi Mahesh Yogi

Born: Mahesh Prasad Varma12 January 1918Jabalpur, British Raj (now in Madhya Pradesh, India)

Died : 5 February 2008 (aged 90)Vlodrop, Limburg, Netherlands

Years active: 1955–2008

Page 9: Yoga Haram Dalam Islam

Merupakan seorang Katolik (Pembantu Pope)

Menghidupkan kembali TM pada 50an bertujuan menyihatkan tubuh badan

Mula sebar yoga di barat dan seterusnya ke seluruh dunia melalui organisasi

Penerima anugerah Noble keamanan Seorang penipu besar

Page 10: Yoga Haram Dalam Islam

KENAPA DI HARAMKAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam. Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Page 11: Yoga Haram Dalam Islam

HUJAH

Pengajaran Yoga berasal-usul daripada kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’. Menurut kitab ini ‘Yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Tujuan Yoga (nirvana moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad.

Page 12: Yoga Haram Dalam Islam

Tidak wujud yoga menurut agama Islam tetapi yoga wujud di dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian. 

Maksud istilah yoga sendiri telah menjelaskan bahawa ia mengandungi unsur-unsur Hinduism. Masyarakat Hindu mengamalkan yoga sebagai satu cara untuk mendapatkan ketenangan dan bersatu dengan tuhan-tuhan mereka.

Page 13: Yoga Haram Dalam Islam

Unsur-unsur pengaruh hindu yang dipromosikan secara halus melalui Trancendental Meditation dalam amalan yoga merupakan mantera agama hindu yang disebarkan untuk kegunaan semua penganut agama. 

Agama Islam yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. telah menyediakan berbagai kaedah kerohanian kepada umatnya untuk mencari atau mencapai ketenangan diri dan umat Islam tidak perlu merujuk atau mengikut kepercayaan atau amalan agama lain.

Page 14: Yoga Haram Dalam Islam

Amalan yoga adalah salah satu dakyah halus yang digunakan untuk mengembangkan pengaruh hindu. 

Yoga ini pada awalnya diperkenalkan di negara-negara barat kerana masyarakat sentiasa mengalami stress. Apabila ketenangan dapat dicapai melalui yoga, mereka mendapati produktiviti kerja semakin bertambah baik dan atas dasar ini yoga dianggap antara kaedah terbaik memulihkan kesihatan dan memajukan diri.

Page 15: Yoga Haram Dalam Islam

Mengandungi unsur-unsur falsafah agama lain dan kesyirikan, adalah haram bagi umat Islam mengamalkannya.