Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

download Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

of 8

Transcript of Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    1/8

    PENYAKIT ASMA/LELAH

    PENYAKIT asma (lelah) adalah penyakit kronik paru-paru yang biasanya menyerang saluran

     pernafasan pada paru -paru menyebabkan saluran pernafasan mengalami radang (inflamasi)

    hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas (hiper-responsif), yang mana pada

    akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. Penyakit Asma paling banyakdijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai level pencemaran udara yang

    tinggi sama ada disebabkan oleh asap kenderaan ataupun debu padang pasir.

    Sehingga ke saat ini penyebab penyakit asma belum lagi diketahui secara mutlak walaupun telah

     banyak kajian oleh para ahli saintis. Teori atau hypotesis mengenai penyebab penyakit asma

    masih belum dapat lagi kata sepakat oleh para ahli saintis dalam dunia perubatan.

    Walaubagaimanapun, apa yang dapat disimpulkan ialah para penghidap penyakit asma

    mempunyai saluran pernafasan mempunyai sifat yang khas iaitu sangat peka terhadap pelbagai

    rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu,tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.

    Selain itu serangan penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran

     pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis. Serangan penyakit asma juga boleh

    dialami oleh wanita semasa siklus menstruasi, tetapi hal ini sangat jarang berlaku.

    Angka peningkatan penghidap penyakit asma selalu dikaitkan dengan adanya faktor risiko yang

    mempengaruhi seseorang menderita penyakit asma, misalnya faktor keturunan. Jika seorang ibu

    atau ayah menghidap penyakit asma, maka kemungkinan besar adanya penderita asma dalam

    anggota keluarga tersebut.

    SERANGAN ASMA AKUT

    Suatu serangan asma akut, atau serangan secara tiba-tiba, umumnya disebabkan oleh suatu

    ekspose pada alergen-alergen atau suatu infeksi pernafasan bagian atas. Kroniknya dari serangan

    ini bergantung dari cara anda mengawal asma anda (merefleksikan berapa baiknya peradangan

    saluran udara dikawal). Suatu serangan akut berpotensi membawa maut kerana pada waktu ia

    menyerang pemberian ubat yang biasa digunakan untuk cepat melegakan (inhaler

     bronchodilators) perlu diberikan dengan segera.

    Bagi rawatan asma yang tidak memberi kesan terhadap rawatan dengan suatu inhaler, anda

    harus dengan segera mencari bantuan dari pusat perubatan, klinik atau hospital terdekat dengan

    kadar yang sepantas yang boleh. Serangan-serangan asma tidak berhenti dengan sendirinya tanpa

    rawatan. Sekiranya anda mengabaikan tanda-tanda peringatan awal, anda membahayakan diri

    anda pada pengembangan “status asthmaticus”. 

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    2/8

     

    FAKTA ALERGI

    Serangan-serangan asma yang berpanjangan yang tidak memberi kesan terhadap rawatan dengan

     bronchodilators adalah suatu keadaan agak kritikal. Doktor-doktor perubatan mengelarkanserangan seperti ini sebagai “status asthmaticus,” dan mereka memerlukan rawatan dengan

    segera. Gejala-gejala dari asma seperti ini adalah batuk yang kerap dan ketidakmampuan untuk

     bercakap dengan sempurna atau berjalan secara termengah-mengah. Dada anda terasa sesak dan

     bibir-bibir anda mungkin mempunyai warna kebiru-biruan. Selanjutnya, anda mungkin merasa

     peradangan, kebingungan, atau suatu ketidakmampuan untuk berkonsentrasi.

    Anda mungkin cuba untuk duduk atau berdiri supaya dapat bernafas dengan lebih mudah, dan

    menegangkan otot-otot perut dan leher anda. Ini adalah tanda-tanda gagalnya sistem pernafasanyang segera terjadi. Pada waktu ini, setiap rawatan melalui ubat-ubatan seperti tidak mampu

    menyelesaikan masalah ini.

    Untuk itu ventilator diperlukan untuk membantu paru-paru dan otot-otot pernafasan.

    Kebiasaannya doktor hanya dapat memberikan bantuan melalui tabung pernafasan yang

    dimasukkan kedalam hidung atau mulut untuk rawatan ini. Bantuan pernapasan ini adalah untuk

    sementara dan ia akan dilepaskan setelah serangan tersebut agak reda dan paru-paru telah cukup

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    3/8

     pulih untuk meneruskan system pernafasan dengan kemampuannya sendiri. Kemungkinan

    rawatan ke ICU adalah suatu rawatan kepada pesakit yang agak kronik kerana ia memerlukan

    rawatan yang segera.

    FAKTA ALERGI

    Kehadiran dari wheezing atau batuk sebenarnya bukan suatu perkara yang dapat diandaikan

    untuk menilai beratnya suatu serangan asma. Serangan-serangan asma yang kronik dapat

    menyumbatkan saluran pernafasan pada suatu peringkat dimana kekurangan udara masuk dan

    keluar dari paru-paru anda gagal menghasilkan wheezing atau batuk.

    Gejala Penyakit asma mempunyai tanda tersendiri, antaranya :

    a.  Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap

    asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi

    adalah penghidap asma.

     b.  Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

    c.  Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.

    d.  Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.

    e.  Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena

    kepayahan dalam mengatur pernafasan.

    f.  Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal dirongga dada atau

    leher. Semasa serangan penyakit asma, rasa gelabah yang berlebihan dari penghidap

     boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penghidap juga

     biasanya akan mengeluarkan banyak peluh.

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    4/8

    Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang membabitkan masalah pernafasan yang berulang-

    ulang dan gejala seperti sesak nafas, pernafasan termengah-mengah, sesak dada dan batuk.

    Apabila asma tidak dikawal, saluran udara paru-paru menjadi tebal dan meradang menyebabkan

    ia sensitif terhadap pertukaran persekitaran dan cenderung kepada serangan asma.

    Ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit ini, malah menurut PertubuhanKesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar

     belakang menghidap asma. Dianggarkan angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang

    2025. Malah, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus

    dalam masa 10 tahun jika langkah serius tidak diambil. Hasil kajian terbaru juga menunjukkan

    Asia Pasifik mencatatkan tahap ketidakhadiran ke sekolah yang lebih tinggi akibat kawalan asma

    yang kurang memuaskan berbanding Amerika Syarikat atau Eropah.

    Di Malaysia, 52 peratus daripada kanak-kanak tidak hadir ke sekolah akibat asma mereka yang

    disebabkan masalah seperti kegiatan fizikal, sosial dan mengalami gangguan tidur. Lebih

    mengejutkan, 67 peratus daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan.

    Menurut Pengerusi Majlis Asma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin, penyakit asma

    semasa kecil adalah satu penyakit respiratori kronik paling lazim kerana dianggarkan seorang

     bagi setiap 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap asma.

    Cegah serangan asma:

    * Peka penyebab utama asma anda

    * Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama

    * Jauhi perokok

    * Ambil ubat pencegah sekerap mungkin

    * Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru

    Objektif rawatan penyakit asma adalah merawat dua masalah tersebut iaitu radang dan

     penyempitan saluran pernafasan. Kemajuan sains dan teknologi perubatan telah melihat evolusi

    rawatan penyakit asma semakin baik jika dibandingkan sebelum ini. Walaupun tidak dapat

    menyembuhkannya, terdapat bermacam jenis ubat yang boleh digunakan oleh doktor untuk

    merawat dan mengawal penyakit asma.

    Ubat-ubat asma terdapat di dalam bentuk sedutan (inhaler), tablet dan suntikan bergantung

    kepada tahap asma pesakit. Pada masa sekarang, kajian juga sedang dijalankan ke atas teknik

     bronchial thermoplasty untuk merawat asma pada masa hadapan. Teknik ini dilakukan dengan

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    5/8

    memasukkan tiub kecil ke dalam saluran pernafasan dan memanaskan dinding saluran

     pernafasan untuk merawat asma.

    MENGESAN PESAKIT ASMA

    Merawat penyakit asma dengan baik amatlah penting untuk mengelakkan pesakit masuk ke

    hospital kerana serangan asma dan juga untuk membolehkan pesakit asma menjalani hidup

    normal seperti orang lain. Di samping pentingnya kita menitik beratkan rawatan asma, tidak

    kurang penting ialah membuat diagnosis penyakit asma dengan tepat dan objektif untuk

    mengelakkan pembaziran ubat asma.

    Gejala penyakit asma iaitu semput, batuk malam, wheezing dan sesak dada tidak semestinya

    dialami oleh semua pesakit.Kadangkala pemeriksaan fizikal tidak dapat mengesan tanda-tanda

    sesaorang individu mengidap asma. Ini menyebabkan penyakit asma sukar untuk disahkan tanpa

    menjalani ujian-ujian tertentu.

    Kaedah yang sering digunakan untuk membuat diagnosis asma ialah melihat fungsi paru-paru

    (FEV1) dengan alat yang dipanggil spirometer dan memberi ubat bronchodilator atau ubat anti-

    inflamasi seperti steroid untuk melihat pertambahan FEV1 sebelum dan selepas rawatan. Kaedahini juga dipanggil reversibility testing.

    Kaedah ini boleh membuat diagnosa penyakit asma dalam kebanyakan kes tetapi di dalam kes-

    kes tertentu masih tidak boleh membuat diagnosa asma dengan tepat dan objektif. Jenis asma

    yang dipanggil cough-variant asthma sukar disahkan melalui kaedah reversibility testing. Asma

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    6/8

     juga sukar disahkan sekiranya FEV1 adalah normal di mana kaedah reversibility testing mungkin

    tidak dapat memperlihatkan pertambahan fungsi paru-paru.

    Satu kaedah membuat diagnosa penyakit asma secara objektif ialah kaedah yang dipanggil

    Bronchial Provocation Test (BPT) atau ujian provokasi bronkial. Kaedah ini sudah lama

    digunakan di luar negara untuk membuat diagnosa penyakit asma dan juga untuk memastikansesaorang tidak mengalami asma. Di Malaysia, kaedah ini telah diperkenalkan sejak awal tahun

    2008.

    RAWATAN

    "Terdapat dua jenis rawatan. Sama ada dengan cara melegakan dengan cepat atau rawatan jangka

     panjang dengan penggunaan ubat pencegahan.

    "Pengembang brokus (bronchodilater) adalah ubat yang boleh mengembangkan otot di saluran

     pernafasan bagi menambahkan kemasukan udara ke dalam paru-paru," jelas Dr Norzila

    Mohamed Zainudin, Pakar Kanak-Kanak di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Katanya, asma adalah satu penyakit saluran pernafasan yang biasa dan ia penting bagi mendidik

     pesakit asma sejak mereka kecil lagi.

    Bagi tujuan ini, Majlis Asma Malaysia (ACM) bersama GlaxcoSmithKline Pharmaceutical Sdn

    Bhd (GSK) telah mengeluarkan sebuah komik mengenai asma.

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    7/8

    Ia bertujuan untuk mendidik mengenai asma selari dengan seruan Inisiatif Global Asma (GINA)

     bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu di seluruh dunia.

    Vijaya Surendran, Pengurus Produk Kumpulan GSK menyatakan bahawa komik itu bertindak

    sebagai alat untuk menyalurkan maklumat dan pendidikan bagi pesakit asma yang masih muda.

    Pada masa yang sama, ia bagi menyemai budaya membaca di kalangan golongan muda di negara

    ini. Komik itu terdapat dalam versi Bahasa Inggeris dan Melayu.

    UBAT

    Menurut laporan Badan Kesihatan Dunia (WHO) terdapat 330 juta pesakit asma di seluruh

    dunia. Asma ialah penyakit 'asimptomatik' yang bermakna ia boleh dirawat tetapi tidak akan

    hilang 100 peratus. Terapi jangka panjang yang disyorkan adalah dalam bentuk steroid melalui

     penggunaan 'inhaler' (alat penyedut udara). "Ubat ini diambil sekurang-kurangnya enam bulan

    dan bergantung kepada serangan asma dan diagnosis doktor.

    Ubat ada di semua hospital kerajaan secara percuma," kata Dr Norzila. Ubat bagi asma adalah

    selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang begitu ketara tetapi penggunaannya

    tidak bererti pesakit bebas daripada serangan asma. Seorang pesakit kanak-kanak masih boleh

    mendapat serangan asma semasa jangkitan virus serta situasi jerebu.

    Tetapi jika asma dikawal secara konsisten, serangan yang datang adalah tidak teruk sangat.

    Simptom asma adalah berbeza dari masa ke semasa tetapi biasanya ia akan datang dengan teruk

     pada waktu malam dan awal pagi. "Kesan serangan asma juga berbeza di mana 69 peratus

    daripada kanak-kanak yang bersekolah tidak dapat hadir ke sekolah selama satu atau dua hari

    setiap tahun disebabkan serangan asma," katanya.

  • 8/18/2019 Youblisher.com 889027 Nota Penyakit Asma

    8/8

    MAKANAN

    Ramai pesakit asma seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada mengambil makanan yang

    dikatakan boleh mencetus serangan asma.

    Adakah benar buah-buahan seperti tembikai boleh mencetuskan serangan asma?

    "Tiada bukti tentangnya. Ada yang mengalami gatal tekak setelah makan rambutan atau oren.

    Ais juga boleh menyebabkan batuk," jelas Dr Norzila sambil menambah bahawa terdapat bahan

    kimia dalam makanan yang diproses yang boleh mencetuskan serangan asma.

    "Bagaimanapun saya percaya faktor cuaca serta partikel udara tercemar selain daripada asap

    rokok boleh menyebabkan berlakunya serangan asma," kata beliau.

    STATISTIK

    Statistik tahun 2006 menunjukkan bahawa tujuh hingga lapan peratus daripada kanak-kanak di

    Malaysia menghidap asma di mana satu peratus adalah menghidap asma yang serius. Bila

    ditanya tentang perkembangan enam tahun selepas kajian terhadap prevalens penyakit ini di

    Malaysia, Dr Norliza menjelaskan bahawa jumlah pesakit kanak-kanak adalah agak stabil. "Dua

     pertiga daripada pesakit kanak-kanak ini akan pulih daripada masalah ini jika rawatan diberikan

    secara berterusan," kata beliau. –  Bernama