Zakat Pendapatan

16
PENDAHULUAN ZAKAT PENDAPATAN Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna. Ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran. Zakat wajib dikeluarkan ke atas beberapa jenis harta yang telah ditetapkan setelah memenuhi syarat dan tempoh tertentu. Kewajipannya mempunyai pelbagai objektif sosio-ekonomi yang positif bukan sahaja kepada penerima zakat bahkan kepada pembayar zakat dan masyarakat keseluruhannya. Secara umumnya zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan sosial dan ia merupakan langkah awal yang sepatutnya ditangani dengan baik untuk menuju satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Perintah ketaatan untuk membayar zakat adalah jelas sehingga terdapat perintah dalam Al-Quran untuk kerajaan Islam atau institusi zakat mengambilnya secara paksa bagi mereka yang enggan melaksanaknnya. Allah swt berfirman dalam Al-Quran (AT-Taubah 9:103) yang bermaksud “Ambillah daripada harta mereka sadaqah (zakat) untuk membersihkan dan menyucikan mereka dengannya”. Sebarang harta yang dinyatakan secara jelas tentang wajib zakat melalui hadis nabi saw adalah wajib ditaati tanpa sebarang alasan. Mengingkari kewajipan zakat adalah kafir (Al-Syaukani 1973:170). Pemerintah dibolehkan memaksa dan memerangi golongan yang ingkar membayar zakat sebagaimana berlaku di zaman khalifah Abu Bakar r.a. Perintah sedemikian adalah jelas kepada jenis harta yang telah disepakati (ik’tifaq) seperti zakat kepada hasil tanaman iaitu gandum, barli dan kurma, zakat ternakan iaitu unta, lembu dan kambing serta zakat galian emas dan perak. Perintah zakat kepada harta yang tidak disepakati walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan. Harta daripada kategori ini dikenali sebagai harta ikhtilaf kerana terdapat sebahagian ulama’ yang mewajibkannya manakala sebahagian yang lain tidak. Oleh itu perintah ketaatan untuk membayar zakat

Transcript of Zakat Pendapatan

Page 1: Zakat Pendapatan

PENDAHULUAN ZAKAT PENDAPATAN

Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk

menjadi seorang Islam yang sempurna. Ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam

Islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran. Zakat wajib

dikeluarkan ke atas beberapa jenis harta yang telah ditetapkan setelah memenuhi syarat

dan tempoh tertentu. Kewajipannya mempunyai pelbagai objektif sosio-ekonomi yang

positif bukan sahaja kepada penerima zakat bahkan kepada pembayar zakat dan

masyarakat keseluruhannya. Secara umumnya zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan

sosial dan ia merupakan langkah awal yang sepatutnya ditangani dengan baik untuk

menuju satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Perintah ketaatan untuk membayar

zakat adalah jelas sehingga terdapat perintah dalam Al-Quran untuk kerajaan Islam atau

institusi zakat mengambilnya secara paksa bagi mereka yang enggan melaksanaknnya.

Allah swt berfirman dalam Al-Quran (AT-Taubah 9:103) yang bermaksud “Ambillah daripada

harta mereka sadaqah (zakat) untuk membersihkan dan menyucikan mereka dengannya”.

Sebarang harta yang dinyatakan secara jelas tentang wajib zakat melalui hadis nabi saw

adalah wajib ditaati tanpa sebarang alasan. Mengingkari kewajipan zakat adalah kafir (Al-

Syaukani 1973:170). Pemerintah dibolehkan memaksa dan memerangi golongan yang

ingkar membayar zakat sebagaimana berlaku di zaman khalifah Abu Bakar r.a. Perintah

sedemikian adalah jelas kepada jenis harta yang telah disepakati (ik’tifaq) seperti zakat

kepada hasil tanaman iaitu gandum, barli dan kurma, zakat ternakan iaitu unta, lembu dan

kambing serta zakat galian emas dan perak. Perintah zakat kepada harta yang tidak

disepakati walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan. Harta daripada kategori ini

dikenali sebagai harta ikhtilaf kerana terdapat sebahagian ulama’ yang mewajibkannya

manakala sebahagian yang lain tidak. Oleh itu perintah ketaatan untuk membayar zakat

bagi harta jenis ini berbeza mengikut keadaan semasa, kefahaman individu dan

persekitarannya (fatwa). Harta dalam kategori ini adalah seperti pendapatan hasil gaji, hasil

tanaman bukan ruji seperti kapas, halia dan kunyit atau pun hasil galian seperti berlian,

mutiara dan petrol. Perbezaan 2 ulama’ tentang kewajipan zakat bagi harta di atas

menimbulkan kewujudan perbezaan ketaatan di kalangan masyarakat Islam.

T

Page 2: Zakat Pendapatan

TAKRIF ZAKAT PENDAPATAN

Menurut Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan

pendapatan diistilahkan sebagai zakat Al-Mal Al- Mustafad iaitu zakat yang

bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan

pendapatan bebas, seperti pendapatan ahli professional.

Zakat pendapatan ialah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran

atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada

secara tetap atau tidak. Zakat pendapatan memang tidak dinyatakan dalam mana-

mana kitab Fiqh yang muktabar dahulu. Sebab itulah berlaku pertikaian dari

kalangan umat Islam sekarang ini dengan mengatakan bahawa zakat pendapatan ini

sahaja diada-adakan dan tidak perlu dibayar sebab dalam kitab-kitab terdahulu tidak

ada. Tapi kita semua kena sedar bahawa sumber perundangan Islam itu ada empat

bahagian iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Apa-apa yang telah ditentukan oleh

para ulamak dengan ijtihadnya dan fatwanya telah dinyatakan, maka umat Islam

semua wajib mengikutnya sebagai tanda mematuhi syariat Islam.

Pengertian gaji ialah pendapatan penggajian seseorang yang merupakan ganjaran

perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat

atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi :

1. Gaji tahunan

2. Tunggakan gaji

3. Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)

4. Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan

yang berkaitan dengan penggajian).

Pendapatan Bebas pula ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau

usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada

khidmatnya. Pendapatan ebas ini merangkumi :

1. Khidmat guaman 10. Agen Amanah Saham

2. Khidmat nasihat 11. Berniaga Pasar Malam

3. Juru Perunding 12. Lain-lain

4. Rawatan perubatan

5. Kejuruteraan

6. Seniman

7. Agen Komisi Am

8. Peniaga Jualan Langsung

9. Agen Takaful dan Insuran

Page 3: Zakat Pendapatan

Di antara pendapat ulamak yang mutakhirin yang mewajibkan zakat pendapatan ialah Prof.

Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Hussein Shahatah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Zakat

pendapatan juga pernah dilaksanakan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz,

beliau telah memungut zakat pendapatan dari angkatan tentera dan kakitangannya yang

bergaji.

RASIONAL

Alasan rasional tentang kewajipan zakat pendapatan berdasarkan pendapat ulamak yang

mengatakan bahawa para petani dikenakan zakat pertanian dari hasil pendapatan mereka

yang bertani. Ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pendapatan seperti

makan gaji, upahan, bonus, elaun, pencen dan sebagainya juga dikira sebagai pendapatan

dari hasil kerjanya, maka dari itu diwajibkan zakat pendapatan ke atas mereka yang

mempunyai pendapatan dari hasil pekerjaan mereka.

Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada

jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa

Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang

buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal

kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada

kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah

Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : 267)

Sistem kewangan Islam semasa pemerintahan Islam dahulu menggunakan matawang dinar

dan dirham sebagai urusan muamalah atau jual beli. Matawang dinar dibuat dari emas dan

matawang dirham dibuat dari perak, jika kedua-dua matawang ini cukup haulnya selama

setahun (mengikut tahun Hijrah), maka ia dikenakan zakat. Setelah keruntuhan

pemerintahan Islam, matawang digantikan dengan duit kertas atau sebagainya dan nilai

dinar atau dirham itu dinilai mengikut matawang kertas. Maka ia juga perlu dizakatkan

mengikut apa yang telah ditetapkan,

Hadis Nabi saw yang bermaksud : ”Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka

di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas,

sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka

di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud).

Page 4: Zakat Pendapatan

Jenis-Jenis Harta Pendapatan Penggajian dan Upah Kerja

Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh

pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk

majikannya sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas

kematian.

Contoh :

Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah ,

anugerah & insentif dan sebagainya. Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan

atau penggajian.

Zakat Harta Kerja Bebas

Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya

yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan

profesional. Contoh :

Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau

hospital swasta dan sebagainya. Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan

keuntungan projek bermusim.

Komisyen dan residual income pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj

dan seumpamanya. Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan,

aktiviti seni dan sebagainya.

Zakat Harta al-Mustaghallat

Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi

mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh :

Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.

Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.

Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan

sebagainya yang dijual.

Page 5: Zakat Pendapatan

Firman Allah s.w.t:

Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu

yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

(Al-Baqarah : 267)

Allah menjelaskan bahawa segala hasil usaha yang baik itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi

sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk

dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah (SAW) :

Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya,

"Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja

untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak

mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta

pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda

menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah

HUJAH DAN DALIL KEWAJIPAN BERZAKAT

•    Kewajipan zakat ke atas gaji atau pendapatan adalah berdasarkan kepada dalil Al-

Qur’an, hadith Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam dan pendapat ulama’,

antaranya:

1.    Firman Allah subhanahu wata`ala:

{ � َو�َال ، ْر�ِض�� اَأل ِّم�َن� �م �ُك َل �ا َن ْج� ْخ�َر�

� َأ َو�ِّم�َّم�ا �م� �ُت ْب �َس� َك ِّم�ا �ِت� �ْب َط�ِّي ِّم�َن � نِف�ُق�وا� َأ � �وا َء�اِّم�َن �ِذ�يَن� اَل (َه�ا يُّـ

� �َأ ي

�ٌّى, َغ�َن اَللَه� َّن�� َأ � �َّم�وا َو�اْع�ل ، ِف�ِّيَه� � �ْغ�َّم�ُض�وا ُت َّن

� َأ � �َال ِإ �اْخ�ِذ�يَه� �َئ ِب �م ُت �َس� َو�َل �َنِف�ُق�وَّن� ُت �َه� ِّم�َن �ِّيَث� ْب �َخ� اَل �َّم�م� �ِّي ُت

{ َح�َّم�ِّيٌد>

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada

hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari

bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu

dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan

mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan

mata padanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji.”

(Surah Al-Baqarah, 2:267)

Page 6: Zakat Pendapatan

Dalil ini digunakan bagi kewajipan zakat perniagaan tetapi ia boleh diqiyaskan juga kepada

pendapatan dari penggajian berdasarkan kepada lafaz ( َكَسْبُتم yang boleh ditafsirkan ( ِّما

kepada sebarang bentuk harta yang diusahakan.

2.    Sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:

�َلٌّى� ِإ ُّد( �َر� ِف�ُت �َه�م� �اِئ �ِّي َغ�َن� َأ ِّم�َن� �ْؤ�ْخ�ِذ� ُت �َه�م� ِّم�و�اَل

� َأ ِف�ْي� َص�ٌد�َق�ة �َه�م� �ِّي ْع�ل �َر�ِض� اِف�ُت َق�ٌد� اَللَه� َّن�� َأ �م� اْع�ل

�َه�م� اِئ . ِف�ُق�َر�

Maksudnya:

“Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah subhanahu wata`ala telah mewajibkan dari

sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan. Diambil dari orang kaya untuk diberi

kepada mereka yang faqir”. (Muttafaq `Alayh)

•    Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitab Fiqh Az-Zakah seperti berikut :

1.    Dr. Yusuf Al-Qardhawi menggunakan konsep harta perolehan “al-mal al-mustafad”.

Beliau menghuraikan harta seperti itu sebagai apa juga perolehan baru yang diperolehi

secara halal. Menurut beliau, di bawah harta perolehan ini termasuklah gaji, pendapatan

profesional, pendapatan-pendapatan dari modal yang tidak diperniagakan dan sebagainya.

2.    Sekiranya “harta perolehan” merupakan keuntungan kepada harta yang sebelumnya

telah dizakatkan, seperti harta perniagaan, pembiakan ternakan secara profesional dan

sebagainya, maka perolehan itu perlu dicampur dengan kumpulan asal dan akan menjadi

sebahagian daripadanya dalam perkiraan hawl dan nisab. Ini bermakna segala modal dan

keuntungannya dizakatkan secara bersama. Inilah bentuk zakat yang biasa difahami.

Sebaliknya sekiranya perolehan tersebut adalah harta yang telah dizakatkan dan belum

sampai hawlnya seperti harga jualan hasil tanaman yang telah dizakatkan atau harga hasil

ternakan yang telah dizakatkan sebelum itu, maka ianya tidak akan dikenakan zakat pada

waktu itu kerana untuk mengelakkan dikenakan zakat untuk kali kedua.

3.    Harta perolehan yang bukan keuntungan pelaburan kepada mana-mana harta yang

dimiliki tetapi diperolehi melalui satu cara tersendiri seperti dalam bentuk upah atas apa-apa

kerja yang dilakukan, pendapatan-pendapatan daripada modal yang tidak diperniagakan,

hadiah, pemberian dan sebagainya adalah dikenakan zakat. Zakat yang diambil dari

perolehan ini tidak tertakluk kepada syarat hawl.

•    Sheikh Muhammad Abu Zuhrah berpendapat bahawa gaji dan pendapatan profesional

dikenakan zakat sekiranya cukup hawl dan nisab. Beliau tidak menjadikan konsep “al-mal al-

mustafad” sebagai asas kepada kewajipan zakat tersebut, sebaliknya menggunakan method

Page 7: Zakat Pendapatan

“maslahah” sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina `Umar bin Al-Khattab radhiyallahu

`anh.

•    Dr. Yusuf Al-Qardhawi walaupun pada peringkat awalnya mengemukakan alasan secara

nas dalam konsep “al-mal al-mustafad” tetapi akhirnya beliau kembali kepada konsep

“maslahah” seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Muhammad Abu Zuhrah. Beliau banyak

menyebut tentang keadilan yang perlu ditegakkan dalam soal pembayaran zakat antara

para pegawai dan ahli profesional yang mempunyai pendapatan yang besar dan para petani

yang mempunyai pendapatan yang kecil.

•    Profesor Madya Dr. Mahmood Zuhdi berpendapat bahawa meskipun nas-nas tidak

banyak membantu fatwa mewajibkan pemungutan zakat ke atas gaji dan pendapatan

profesional berasaskan kepada konsep “al-mal al-mustafad”, namun maslahah atau

kepentingan semasa masyarakat menyokong kuat fatwa seperti itu. Penggunaan konsep

maslahah atau kepentingan semasa masyarakat adalah sesuai dan tidak bertentangan

dengan kaedah pembinaan hukum Islam yang diterima umum dalam Islam. Meskipun

maslahah merupakan sumber subsidiari dalam perundangan Islam, namun ia boleh

dipegang dalam keadaan seperti ini iaitu apabila tiada panduan yang jelas dari nas atau

qiyas yang berasaskan kepada nas.

Pendapatan ataupun dikenali dengan istilah, “Al-Mal Al- Mustafad” telah dikenakan sejak

zaman Rasulullah (SAW) lagi. Buktinya amalan ini diteruskan pelaksanaannya oleh

sahabat dan tabi’in.

Contohnya :

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab, kadar Al-Mal Al-

Mustafad yang dibayar pada masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dipinda pada

kadar yang baru.

Diriwayatkan daripada Qudamah Bin Maz’un : “Apabila aku menemui Khalifah

Usman Bin Affan untuk mengambil bayaran Al-Mal Al- Mustafad. Osman

bertanya : “Adakah kamu memilik harta yang diwajibkan zakat ?”. Kalau aku

menjawab “ada”, maka beliau akan memotong Al-Mal Al- Mustafad itu. Kalau aku

jawab “tidak ada”, maka beliau akan menyerahkan Al-Mal Al- Mustafad

sepenuhnya”.

Ini bermakna Khalifah Usman melaksanakan zakat pendapatan, elaun dan gaji

secara langsung daripada rakyatnya yang kaya apabila semua harta yang

mereka miliki itu cukup nisab.

Page 8: Zakat Pendapatan

Pada masa pemerintahan kerajaan Umawiyyah, Khalifah Muawiyyah Bin Abi

Sufian melaksanakan sistem zakat Al-Mal Al- Mustafad secara sistematik kepada

pegawa-pegawainya.

“Orang pertama yang memungut zakat Al-Mal Al- Mustafad secara langsung

ialah Amir Al-Mukminin Muawiyah Bin Abi Sufian”. (Pendapat Imam Zuhri)

Dasar Al-Mal Al- Mustafad yang telah dipraktikkan oleh sahabat diperluaskan

lagi sistemnya oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

“Setelah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz membayar Al-Mal Al- Mustafad kepada

pegawainya, beliau mengambil zakat daripada Al-Mal Al- Mustafad itu”.

(Pendapat Imam As Sarani).

Sebenarnya zakat pendapatan iaitu Al-Mal Al- Mustafad pernah dipraktikkan di zaman

Rasulullah (SAW). Tetapi oleh kerana kadar Al-Mal Al- Mustafad yang dibayar itu kecil,

maka persoalan zakat Al-Mal Al- Mustafad (pendapatan) tidak menonjol. Sebagai

contoh :

Pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq kadar Al-Mal Al- Mustafad yang dibayar

ialah antara 7.3 dirham hingga 20 dirham untuk seorang pegawai.

Pada zaman Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab dan Khalifah Osman Bin Affan, kadar

Al-Mal Al- Mustafad yang dibayar ialah antara 800 dirham hingga 16000 dirham

untuk seorang pegawai.

FATWA WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jun 1997 telah memutuskan bahawa :

“Pendapatan hasil dari penggajian adalah diwajibkan zakat atas setiap orang Islam di

Malaysia yang cukuop syarat-syaratnya”.

Majlis Fatwa Kebangsaan menyerahkan keputusan kepada Majlis-Majlis Fatwa negeri untuk

mewajib dan mewartakan di negeri masing-masing.

Bermula dari tarikh tersebut, beberapa negeri di Malaysia telah mewajibkan zakat

pendapatan atas hujah dan dalil tertentu. Namun sehingga kini masih juga kedapatan

beberapa negeri di Malaysia yang belum mewajibkan pendapatan juga atas hujjah dan dalil

tertentu.

SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

Page 9: Zakat Pendapatan

Gaji dan pendapatan bebas wajib dikeluarkan zakatnya bila cukup syarat-syaratnya. Iaitu :

1. Islam2. Milik sempurna3. Adab pendpatan / hasil4. Cukup nisab5. Cukup haul

KADAR ZAKAT PENDAPATAN

Kadar zakat pendapatan ialah sebanyak 2.5%. Ini berpandukan kepada kadar zakat emas. Amalan ini sesuai dilakukan keran agaji dan pendapatan bebas itu ripada sumber yang diterima dalam bentuk matawang / nilai wang.

PENDAPATAN DARIPADA SUMBER YANG HARAM

Pendapatan yang diperoleh daripada seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang hendak dizakatkan.

Pendapatan-pendapatan daripada sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam negeri-negeri ataupun boleh digunakan untuk maslahah amah. Seperti untuk baikpulih tandas, baikpulih jalan raya, baikpulih jambatan, membina ‘bus stand’ dan seumpamanya.

CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat tiga cara pengiraan zakat pendapatan iaitu :

1. Zakat dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah keseluruhan pendapatan kasar

setahun.

2. Zakat dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah bersih setelah dibuat penolakan

seperti penolakan yang dibenarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Itu pun sekiranya jumlah bersih melebihi nilai nisab.

3. Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

Terdapat 2 contoh kaedah pengiraan seperti di bawah :

KAEDAH A

2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun.

Page 10: Zakat Pendapatan

Contoh :

RM 1,500.00 X 12 bulan = RM 18,000.00

Kadar zakat yang dikenakan ialah

RM 18,000.00 X 2.5% = RM 450.00 setahun.

RM 450.00 setahun dibahagikan dengan 12 bulan = RM 37.50 sebulan

KAEDAH B

Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun.

Contoh :

Si A berkahwin

Gaji Si A RM 1,500.00 sebulan X 12 bulan = RM 18,000.00 setahun.

Ditolak keperluan hidup :

- Diri (Setahun) RM 8,000.00

- Isteri (Setahun) RM 3,000.00

- Anak (Setiap seorang) RM 800,00

Jumlah RM 11,800.00 ditolak dengan gaji kasar setahun = RM 6,200.00 setahun.

Kadar zakat yang dikenakan ialah :

RM 6,200.00 X 2.5% = RM 155.00 setahun

RM 155.00 setahun dibahagikan kepada 12 bulan = RM 12.91 sebulan.

PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI

Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi

kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga

mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada

individu, juga memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan

dalam mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan

ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak

golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya

terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan

hak tersebut.

Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat

terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi

yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu

Page 11: Zakat Pendapatan

bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai

satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan

rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi

kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui

mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.

Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa

dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara

Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial,

pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung

membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan

utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang

mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan

kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau

sebagainya.

Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai

modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang

mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu.

Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum , pakaian, tempat tinggal,

pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu

projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain

adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidup yang diambil kira

daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana dihajati dan difikirkan perlu

oleh golongan tersebut walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan

sebagainya. Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk

memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam

proses perlaksanaan riba. Dengan penyediaan modal bererti tertutuplah pintu sistem

pinjaman yang dikenakan riba. Modal daripada zakat boleh diberikan kepada fakir miskin

yang berhajat untuk membuka sesuatu pekerjaan yang termampu olehnya, sama ada

sebagai pemberian tunai atau sebagai pinjaman tanpa faedah.

Page 12: Zakat Pendapatan