ZRIINEW™ KANDUNGAN UTAMAzriiresources.s3.amazonaws.com/Printable_Documents/... · Bahan aktif...

3
ZRIINEW™ FACIAL SERUM SEJENIS SERUM LUAR BIASA YANG TIADA TANDINGANNYA Serum luar biasa ini ialah sejenis produk lawan-usia berkepekatan tinggi untuk kegunaan dua kali sehari. Serum wajah ZriiNew adalah satu-satunya produk di dunia ini dengan menonjolkan bahan campuran Liquid Light™ eksklusif yang bertindak bersama-sama biologi semula jadi untuk menambahkan keserian dan kesinaran kulit. Selain meratakan tona kulit, campuran Liquid Light™ ini turut membantu melicin, melembut, memontok, mencerah dan menegangkan kulit bagi menghasilkan tekstur yang cukup hebat – dengan mengubah pantulan cahaya dari permukaan kulit. Tambahan pula, Facial Serum kami juga memegahkan bahan campuran MicroMelt™ eksklusif dengan kandungan bahan khas yang memberikan anda satu lapisan lembapan ringan dan menarik pada permukaan kulit, manakala bahan-bahan bersaiz mikro pula menembusi secara mendalam untuk menyuburi dan mengindahkan lapisan bawah kulit. Rumusan dua-kali-sehari ini boleh membantu memperbaharui protein utama dalam kulit, serta mengurangkan bintik-bintik hitam, di samping menambah lagi, memontok dan menegangkan kulit bagi memiliki wajah yang muda berseri. Hasilnya? Kulit tampak lebih lembut, cerah dan sihat, baik siang mahupun malam. Menampilkan campuran MicroMelt™ dan Liquid Light™ yang eksklusif dari kami. Amalaki: Ekstrak buah unik ini kaya dengan Vitamin C, di mana kuasa antioksidannya dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Niasinamida: Membantu memperbaiki keanjalan kulit, meningkatkan fungsi lapisan perlindungan kulit, mencegah kehilangan air, serta mencerah dan meratakan tona kulit. Ia adalah sejenis kandungan bahan yang indah dan diselidiki dengan betul. Vitamin E: Bahan antioksida kuat yang larut lemak ini terkenal dalam membantu melawan kesan kerosakan radikal bebas. Ekstrak Biji Kopi Mentah: Bahan ini mengandungi antioksidan semula jadi di samping memperbaiki penampilan garis halus dan kedutan, serta ketegangan dan tekstur kulit. Minyak Biji Borej: Satu sumber asid lemak perlu yang baik bagi asid gama linolenik (sejenis bahan semula jadi yang terdapat dalam kulit), ia adalah sebatian bahan perapian kulit yang membantu mencerah dan melicinkan kulit. Ekstrak Aloe Vera: Memberi ketenangan, kelegaan dan kelembapan pada kulit, aloe vera telah digunakan sejak berkurun lamanya untuk membantu melicin dan menghidratkan kulit. Kompleks Peptida: Kompleks peptida yang berkuasa tinggi ini meresap ke dalam kulit dan menyuburi secara mendalam. Antara kesannya ialah mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, serta menegang dan mengangkat kulit. Kajian* telah menunjukkan bahawa apabila digunakan secara tetap, kompleks peptida dalam serum dan krim ini dapat membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan sehingga 45%, hanya dalam masa dua bulan. Physavie: Kompleks semula jadi ini membantu memperbaharui dan meremajakan kulit agar wajah kelihatan lebih tegang, licin dan muda. Bahan aktif yang berasal dari tumbuh-tumbuhan ini juga mampu mengurangkan tompok-tompok, dan memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit. Seramida: Pekatan lipid yang seiras dengan kulit ini boleh membantu memulihkan fungsi lapisan pelindung kulit, sekali gus memberikannya kemampuan untuk menahan lembapan dan melegakan kulit yang kering atau terengsa. Vitamin C: ZriiNew Facial Serum mempunyai kandungan Vitamin C istimewa dengan struktur molekul yang lebih kecil daripada bentuk Vitamin C lain di pasaran. Sebagai hasilnya, kajian telah menunjukkan Vitamin C ini dapat meresap segera ke dalam lapisan atas kulit pada kadar 500% berbanding dengan bentuk lain. Ia adalah salah satu bahan antioksida terbaik untuk membantu mencerah, menerangi dan meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit tampak lebih cantik, tegang dan berseri-seri. ZRIINEW™ KANDUNGAN UTAMA Produk penjagaan kulit ZriiNew yang berprestasi tinggi ini telah direka untuk meningkatkan keremajaan dan kecan- tikan semula jadi kulit – tanpa mengira usia, jantina, kumpulan etnik atau jenis kulit anda. Semua produk penjagaan kulit ZriiNew adalah disahkan Halal. Kosmetik dan produk penjagaan diri yang mempunyai pensijilan halal mestilah selamat dan tidak berbahaya kepada pengguna; ia telah dirumuskan sedemikian bahawa mereka dibenarkan atau yang diperakui mengikut undang-undang Islam, dan dijamin bebas daripada alkohol, hasil-sampingan haiwan tertentu, dan beberapa bahan-bahan dilarang yang lain.

Transcript of ZRIINEW™ KANDUNGAN UTAMAzriiresources.s3.amazonaws.com/Printable_Documents/... · Bahan aktif...

Page 1: ZRIINEW™ KANDUNGAN UTAMAzriiresources.s3.amazonaws.com/Printable_Documents/... · Bahan aktif yang berasal dari tumbuh-tumbuhan ini juga mampu mengurangkan tompok-tompok, dan memberi

ZRIINEW™

FACIAL SERUM

SEJENIS SERUM LUAR BIASA YANG TIADA TANDINGANNYA

Serum luar biasa ini ialah sejenis produk lawan-usia berkepekatan tinggi untuk kegunaan dua kali sehari. Serum wajah ZriiNew adalah satu-satunya produk di dunia ini dengan menonjolkan bahan campuran Liquid Light™ eksklusif yang bertindak bersama-sama biologi semula jadi untuk menambahkan keserian dan kesinaran kulit. Selain meratakan tona kulit, campuran Liquid Light™ ini turut membantu melicin, melembut, memontok, mencerah dan menegangkan kulit bagi menghasilkan tekstur yang cukup hebat – dengan mengubah pantulan cahaya dari permukaan kulit. Tambahan pula, Facial Serum kami juga memegahkan bahan campuran MicroMelt™ eksklusif dengan kandungan bahan khas yang memberikan

anda satu lapisan lembapan ringan dan menarik pada permukaan kulit, manakala bahan-bahan bersaiz mikro pula menembusi secara mendalam untuk menyuburi dan mengindahkan lapisan bawah kulit. Rumusan dua-kali-sehari ini boleh membantu memperbaharui protein utama dalam kulit, serta mengurangkan bintik-bintik hitam, di samping menambah lagi, memontok dan menegangkan kulit bagi memiliki wajah yang muda berseri. Hasilnya? Kulit tampak lebih lembut, cerah dan sihat, baik siang mahupun malam.

Menampilkan campuran MicroMelt™ dan Liquid Light™ yang eksklusif dari kami.

Amalaki: Ekstrak buah unik ini kaya dengan Vitamin C, di mana kuasa antioksidannya dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

Niasinamida: Membantu memperbaiki keanjalan kulit, meningkatkan fungsi lapisan perlindungan kulit, mencegah kehilangan air, serta mencerah dan meratakan tona kulit. Ia adalah sejenis kandungan bahan yang indah dan diselidiki dengan betul.

Vitamin E: Bahan antioksida kuat yang larut lemak ini terkenal dalam membantu melawan kesan kerosakan radikal bebas.

Ekstrak Biji Kopi Mentah: Bahan ini mengandungi antioksidan semula jadi di samping memperbaiki penampilan garis halus dan kedutan, serta ketegangan dan tekstur kulit.

Minyak Biji Borej: Satu sumber asid lemak perlu yang baik bagi asid gama linolenik (sejenis bahan semula jadi yang terdapat dalam kulit), ia adalah sebatian bahan perapian kulit yang membantu mencerah dan melicinkan kulit.

Ekstrak Aloe Vera: Memberi ketenangan, kelegaan dan kelembapan pada kulit, aloe vera telah digunakan sejak berkurun lamanya untuk membantu melicin dan menghidratkan kulit.

Kompleks Peptida: Kompleks peptida yang berkuasa tinggi ini meresap ke dalam kulit dan menyuburi secara mendalam. Antara kesannya ialah mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, serta menegang dan mengangkat kulit. Kajian* telah menunjukkan bahawa apabila digunakan secara tetap, kompleks peptida dalam serum dan krim ini dapat membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan sehingga 45%, hanya dalam masa dua bulan.

Physavie: Kompleks semula jadi ini membantu memperbaharui dan meremajakan kulit agar wajah kelihatan lebih tegang, licin dan muda. Bahan aktif yang berasal dari tumbuh-tumbuhan ini juga mampu mengurangkan tompok-tompok, dan memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit.

Seramida: Pekatan lipid yang seiras dengan kulit ini boleh membantu memulihkan fungsi lapisan pelindung kulit, sekali gus memberikannya kemampuan untuk menahan lembapan dan melegakan kulit yang kering atau terengsa. Vitamin C: ZriiNew Facial Serum mempunyai kandungan Vitamin C istimewa dengan struktur molekul yang lebih kecil daripada bentuk Vitamin C lain di pasaran. Sebagai hasilnya, kajian telah menunjukkan Vitamin C ini dapat meresap segera ke dalam lapisan atas kulit pada kadar 500% berbanding dengan bentuk lain. Ia adalah salah satu bahan antioksida terbaik untuk membantu mencerah, menerangi dan meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit tampak lebih cantik, tegang dan berseri-seri.

ZRIINEW™

KANDUNGAN UTAMAProduk penjagaan kulit ZriiNew yang berprestasi tinggi ini telah direka untuk meningkatkan keremajaan dan kecan-tikan semula jadi kulit – tanpa mengira usia, jantina, kumpulan etnik atau jenis kulit anda.

Semua produk penjagaan kulit ZriiNew adalah disahkan Halal. Kosmetik dan produk penjagaan diri yang mempunyai pensijilan halal mestilah selamat dan tidak berbahaya kepada pengguna; ia telah dirumuskan sedemikian bahawa mereka dibenarkan atau yang diperakui mengikut undang-undang Islam, dan dijamin bebas daripada alkohol, hasil-sampingan haiwan tertentu, dan beberapa bahan-bahan dilarang yang lain.

Page 2: ZRIINEW™ KANDUNGAN UTAMAzriiresources.s3.amazonaws.com/Printable_Documents/... · Bahan aktif yang berasal dari tumbuh-tumbuhan ini juga mampu mengurangkan tompok-tompok, dan memberi

ZRIINEW™

NIGHT CREAM

PENGHIDRATAN MENDALAM BAGI KULIT YANG DIPERBAHARUI DAN BERSERI-SERI

Krim malam yang menghidrat secara mendalam dari ZriiNew ini mencair segera ke dalam kulit atas penggunaan, kemudian bertindak dari dalam untuk menghidrat, menyubur

dan memperbaharui kulit bagi memiliki wajah yang muda berseri. Penggemar krim malam pasti sangat suka dengan teksturnya yang kaya, licin dan mewah – manakala mereka yang mengelakkan diri daripada krim pekat pula akan terkagum dengan kesan lembapan ringan dan menarik yang ditawarkan. Bagaimanakah ini boleh terjadi? Teknologi MicroMelt™ yang eksklusif dari Zrii, bukan sahaja membolehkan kandungan bahan berkesan tinggi meresap masuk ke dalam kulit; malah ia juga memberi penghidratan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Produk penambahan keremajaan ini membantu mengurangkan garis halus dan kedutan, lalu memberikan anda kulit wajah yang lebih cerah dan sekata; penghidratan mendalam; serta kulit yang lebih tegang, malam demi malam. Sebarang susutan nutrien baki dari waktu siang diperbaharui semula, dengan tekstur kulit yang diperbaiki, dan sel kulit mati disingkirkan secara lembut. Hasilnya? Kulit menjadi cantik, bercahaya, lembut dan halus tiap-tiap pagi.

Menampilkan campuran MicroMelt™ yang eksklusif dari kami.

Campuran Chestnut Unik: Bahan revolusioner ini dicipta oleh seorang pakar rumusan penting di Zrii! Ia mampu menyingkirkan sel kulit mati secara lembut dan mengimbangi lapisan perlindungan untuk membantu kulit menahan lembapan.

Amalaki: Ekstrak buah unik ini kaya dengan Vitamin C, di mana kuasa antioksidannya dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

Natrium Hialuronat: Ramuan asid hialuronik dalam bentuk garam yang seiras dengan kulit ini adalah lebih bio-tersedia daripada bentuk asid hialuronik lain. Sebagai bahan penugasan berbilang yang baik, natrium hialuronat dapat mencegah kehilangan lembapan dan meningkatkan kandungan lembapan kulit. Bahan ini mampu menahan air sebanyak kira-kira 6000 kali ganda beratnya – iaitu 6 liter air bagi setiap 1 gram natrium hialuronat**. Natrium hialuronat adalah sejenis bahan penambahan keremajaan yang baik disebabkan kemampuannya bagi mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, selain memontok dan melicinkan kulit, serta meratakan tona kulit. Malah lebih baik lagi: ia adalah sempurna untuk kebanyakan jenis kulit – bahkan kulit yang sensitif.

Niasinamida: Membantu memperbaiki keanjalan kulit, meningkatkan fungsi lapisan perlindungan kulit, mencegah kehilangan air, serta mencerah dan meratakan tona kulit. Ia adalah sejenis kandungan bahan yang indah dan diselidiki dengan betul.

Vitamin E: Bahan antioksida kuat yang larut lemak ini terkenal dalam membantu melawan kesan kerosakan radikal bebas.

ZRIINEW™

SPF 30 DAY CREAM

PERLINDUNGAN DENGAN FORMULA RINGAN DAN BERSPEKTRUM LUAS

ZriiNew SPF 30 Day Cream adalah sejenis pelindung suria yang berformula ringan dan berspektrum luas dengan SPF 30, bertindak serentak untuk melindungi kulit dari kerosakan sinar UV di samping memberi keserian pada kulit agar tampak sihat dan bersinar. Rumusan kami cepat bertindak dan mudah diserap, tanpa rasa melekit atau berminyak – memberikan anda bukan sahaja perlindungan matahari yang baik, tetapi juga (bagi wanita) satu asas solekan yang sempurna. Selain melindungi

anda dari kesan penuaan cahaya matahari yang merbahaya, ia juga menyuburi, mencerah, melicin dan menegang dan meratakan tona kulit anda dengan pelbagai bahan yang berkesan tinggi. Bahan emolien, sebagai contohnya, memberi kesan penghidratan dan pelembapan, manakala bahan penting lain pula membantu kulit anda kelihatan muda dengan perlindungan matahari yang paling maju. Berikan perlindungan, penyuburan, penghidratan dan pelembutan kepada kulit anda dengan produk waktu siang yang penting ini.

Pelindung Suria Spektrum Luas SPF 30: Perlindungan cahaya matahari dengan formula ringan dan berspektrum luas ini memberi asas sempurna setiap hari, sama ada anda keluar rumah dengan solekan atau tidak. Lindungi kulit anda daripada ancaman sinar UVA dan UVB dengan kandungan faktor perlindungan mentari (SPF) 30.

Minyak Biji Kesumba: Emolien yang mengandungi asid lemak baik ini dapat membantu meningkatkan perlindungan kelembapan kulit di samping melegakan kulit yang kering.

Vitamin E: Bahan antioksida kuat yang larut lemak ini terkenal dalam membantu melawan kesan kerosakan radikal bebas.

Niasinamida: Membantu memperbaiki keanjalan kulit, meningkatkan fungsi lapisan perlindungan kulit, mencegah kehilangan air, serta mencerah dan meratakan tona kulit. Ia adalah sejenis kandungan bahan yang indah dan diselidiki dengan betul.

Page 3: ZRIINEW™ KANDUNGAN UTAMAzriiresources.s3.amazonaws.com/Printable_Documents/... · Bahan aktif yang berasal dari tumbuh-tumbuhan ini juga mampu mengurangkan tompok-tompok, dan memberi

ZRIINEW™

FACIAL EXFOLIATOR

KULIT TERHIDRAT YANG LEBIH LICIN DAN LEMBUT la bukannya satu produk pengelupasan yang rata-rata! Selain membuang sel kuit mati dan kotoran, ZriiNew Facial Exfoliator turut memperkukuhkan lapisan semula jadi kulit untuk memelihara kelembapan dan penghidratan. Serbuk aprikot dan serbuk buluh dalam produk ini dapat mengikis sel mati dari permukaan kulit secara lembut, memberikan anda kulit yang lebih berseri, licin dan terasa lembut. Pada masa yang sama, bahan campuran proprietari unik yang terdiri daripada minyak labu, minyak jojoba, shea

butter dan glukan oat ini juga membantu memelihara pelindung lipid semula jadi kulit. Hasilnya: satu produk pengelupasan yang tidak mengering atau merosakkan kulit telah tercipta, dan ia tidak menanggalkan lembapan kulit. Bonus tambahan: ZriiNew Facial Exfoliator membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk menyerap kandungan bahan berkesan dalam ZriiNew Serum, Night Cream dan SPF Day Cream.

Serbuk Buluh & Serbuk Aprikot: Bahan pengelupasan semula jadi ini dapat membantu melonggar dan

menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran secara lembut, tanpa mencalarkan kulit (berbanding dengan kandungan kulit kasar atau biji keras dalam banyak skrub lain). Berlainan daripada mikrosfera plastik tak-terbiodegradasikan yang digunakan dalam produk lain, serbuk-serbuk pengelupasan ini adalah 100% terbiodegradasikan, bukan sahaja baik untuk kulit malah juga kepada alam sekitar.

Shea butter & minyak Jojoba: Sebagai dua jenis bahan perapian kulit yang paling bernilai, shea butter dan minyak jojoba membantu melicin dan melincirkan kulit, di samping memperkukuhkan lapisan pelindung, serta melembut dan melembapkan kulit.

Adunan Minyak Labu, Bunga Cengkih, Bunga Kamomil, Daun Kasia (kayu manis): Minyak adunan semula jadi yang lazat dan proprietari ini bertindak bersama-sama dengan serbuk buluh dan serbuk aprikot untuk membantu menyokong perlindungan lipid semula jadi kulit, di samping membuang sel kulit mati.

Amalaki: Ekstrak buah unik ini kaya dengan Vitamin C, di mana kuasa antioksidannya dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

Karotenoid: Sejenis sebatian yang dijumpai dalam beta-karotena, karotenoid memang terkenal dengan sifat perlindungan kulit dan antioksidan, di samping membantu memulih dan meremajakan kulit. Kandungan bahan penting ini juga membantu melindungi kulit dari faktor luaran yang merbahaya dan memperbaiki tekstur kulit.

ZRIINEW™

KELEBIHAN UTAMA

MicroMelt™Terlalu banyak produk menggunakan bahan-bahan yang boleh menjejaskan perlindungan lembapan kulit, ataupun yang tidak mampu menembusi permukaan lapisan atas kulit. Campuran MicroMelt™ eksklusif kami mengandungi bahan khas bersaiz mikro yang boleh menembusi permukaan lapisan kulit yang kenyal dan berjarak ketat, manakala bahan penghidratan pula dapat menjaga dan menyuburi perlindungan kelembapan vital kulit.

Dicirikan oleh:

n ZriiNew Facial Serum n ZriiNew Night Cream

Liquid Light™ Bertindak bersama-sama dengan biologi kulit bagi memperbaiki cara pantulan cahaya dari kulit, memberikan anda keserian yang lebih cerah dan bercahaya. Tindakan utama: meratakan tona kulit, melicinkan tekstur kulit, mengecilkan liang pori, di samping mencerah, menegang dan memontokkan kulit.

Dicirikan oleh:

n ZriiNew Facial Serum

Rujukan:*Member of Croda International Plc, © Sederma, December 2012. Matrixyl 3000 New Test (2013)**International Journal of Toxicology Volume 28 Number 4S July/August 2009 5-67 © 2009 The Author(s) 10.1177/1091 581809337738 http://ijt.sagepub.com hosted at http://orsline.sagepub.com

1606005 ©2016 Zrii, LLC. Hak cipta terpelihara.

PRODUK-PRODUK LAIN SEBELUMZRIINEW™ SELEPAS

MICROMELT™ ILLUSTRATION

CLOSE-UP DIAGRAM

BEFORE AFTER

MICROMELT™ ILLUSTRATION

CLOSE-UP DIAGRAM

BEFORE AFTER

KAYA DENGAN PENGHIDRATAN

MENEMBUSI SECARA MENDALAM

KULIT LICIN, CERAH, BERSERI

KERING, KASAR, TIDAK SEKATA