ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5...
Transcript of ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5...
PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TAJUK
PERTUMBUHAN TUMBUHAN, BIOLOGI KBSM
TINGKATAN LIMA
ZULAIHA BINTI BERDU
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TAJUK
PERTUMBUHAN TUMBUHAN, BIOLOGI KBSM
TINGKATAN LIMA
ZULAIHA BINTI BERDU
Laporan Projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
Setulus Kasih......................
Khas buat...
Bondaku yang tersayang ...........
Ayahku yang kukasihi.......
Kakanda dan adinda yang ku rindui selalu......
Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbanan kalian
Jasa kalian tak dapat ku balas
Kan ku abadikan ia selamanya dalam jiwa....
Setulus ingatan...
Buat teman-teman seperjuangan ...
Khususnya Sahabatku...
Kak Yati, Kak Sha, Yanty, Lynn, Liza, Ayu, Sab, Hani, Jydd, Kun,Ida dan Wan.
Terima kasih di atas segalanya....
Jasa baik sertaKenangan pahit dan manis kita bersama
tidak akan ku lupakan......
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek iaitu
Tuan Haji Muslim Jonid dan Dr. Arba’at Hasan di atas segala bimbingan, nasihat,
teguran dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh menyiapkan sarjana
muda ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada Puan Molilitta Iman dari SMK Dato’
Mohd. Yunus Sulaiman dan Cik Faeizah Ahmad dari SMK Sri Perhentian kerana
terlibat secara langsung dalam menyempurnakan projek ini.
Ribuan terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu projek ini.
v
ABSTRAK
Pembelajaran menggunakan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar
berkomputer merupakan satu kaedah pengajaran yang digalakkan di sekolah. Namun
begitu, keperluannya bagi merealisasikan sekolah bestari yang mula beroperasi akhir
1998 ini merupakan sesuatu yang amat penting kerana Sekolah Bestari merupakan
sekolah yang sepenuhnya menggunakan pengajaran yang berkonsepkan Modul
Perisian Alat Bantu Mengajar. Kekurangan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar
merupakan sesuatu yang perlu diambil berat oleh semua orang. Menyedari tentang
masalah ini, projek mereka bentuk sebuah perisian multimedia telah dihasilkan.
Projek ini bertujuan mereka bentuk sebuah perisian multimedia bagi mata pelajaran
Biologi Tingkatan Lima yang bertajuk ‘Pertumbuhan Tumbuhan’. Modul ABM ini
dibangunkan untuk menghasilkan perisian supaya dapat digunakan di sekolah. Tugas
mereka bentuk diberikan perhatian khusus terlebih dahulu sebelum aktiviti
pembangunan perisian supaya kualiti dapat dijamin. Dalam mereka bentuk Modul
Perisian Alat Bantu Mengajar multimedia ini, ketujuh-tujuh elemen multimedia iaitu
teks, audio, video grafik, animasi, grafik dan interaktif telah di gabungkan mengikut
prinsip reka bentuk. Elemen-elemen ini telah di gabungkan dengan baik supaya
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa tidak dijalankan lagi. Penilaian yang
menguji tahap pembelajaran seseorang pelajar juga turut disediakan dalam mereka
bentuk perisian ini.
vi
ABSTRACT
Modul ‘Perisian Alat Bantu Mengajar’ is a new approach in teaching that is
encouraged to be implemented in schools. To realise the Malaysian Smart School
project that will be first implemented at the end of 1998, the need to produce
educational software is very important. The lack of quality educational software is
one of the problems that hinder the practices of ‘Perisian Alat Bantu Mengajar’ in
schools. The aims this project is helping to solve this problem. This project is to
design educational software for Form five, Biology subject on ‘Plants Growth’. This
design will be proposed to the programmer to build the software so that it can be
used in schools. The need to carefully design the software before programming is
necessary to ensure the quality of the product. In designing the software, seven
elements of multimedia are considered which are graphics, video, graphic, audio,
animation, text and interactivity. The incorporation of the elements was carefully
blended so that a new approach of learning is different from the normal ‘chalk and
talk’ method. Evaluation of student progress is also included in the design.
vii
KANDUNGAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
BAB PERKARA MUKASURAT
KANDUNGAN
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Projek 5
1.4 Kepentingan Projek 6
1.5 Skop dan batasan Projek 6
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.7 Definisi Istilah 8
1.7.1 Definisi Modul 8
viii
1.7.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 9
1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9
1.8 Penutup 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 11
2.1 Ciri-ciri ABM
2.1.1 Ciri-ciri ABM yang baik 12
2.1.2 Ciri-ciri ABM yang kurang baik 13
2.1.3 Jenis-jenis ABM 14
2.2 Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) 15
2.2.1 Perbezaan diantara PBK dengan
Modul ABM berasas komputer 16
2.3 E-book 17
2.3.1 Perbezaan diantara PBK dengan
Modul ABM berasas komputer 18
2.4 Kebaikan ABM Berasas Komputer 19
2.5 Kelemahan ABM Berasaskan Komputer 23
2.6 Teori Pembelajaran Dalam ABM
Berasaskan Komputer 24
2.6.1 Teori Behaviorisme 25
2.6.2 Teori Kognitivisme 26
2.7 Strategi Pengajaran Dalam Modul ABM
Berasaskan Komputer 27
2.8 Penutup 29
ix
BAB III REKA BENTUK MODUL ABM
3.0 Pengenalan 30
3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 31
3.1.1 Analisis 32
3.1.2 Rekabentuk 32
3.1.3 Pembangunan 32
3.1.4 Perlaksanaan 33
3.1.5 Penilaian 33
3.2 Penentuan Tajuk Dan Skop Pembangunan 34
3.2.1 Objektif Pengajaran 34
3.2.2 Kumpulan Sasaran 35
3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 35
3.3.1 Kelebihan Powerpoint XP 36
3.3.2 Kelemahan Powerpoint XP 37
3.3.3 Perisian Multimedia 37
3.4 Pemilihan Perkakasan 39
3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum
Pengguna 40
3.4.2 Persekitaran Pengguna 40
3.5 Carta Alir 41
3.5.1 Carta Alir Umum 41
3.5.2 Carta Alir Terperinci 42
3.6 Penutup 46
x
BAB IV PEMBANGUNAN ABM
4.0 Pengenalan 47
4.1 Struktur Asas 48
4.1.1 Paparan Tajuk 48
4.1.2 Paparan Panduan Pengguna 50
4.1.3 Paparan Menu 50
4.1.4 Paparan Topik 51
4.1.5 Paparan Soalan 53
4.1.6 Paparan Laman Web 57
4.1.7 Paparan Glosari 57
4.2 Pempakejan Perisian 58
4.3 Cara Menggunakan Perisian 59
4.4 Penutup 60
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 61
5.1 Perbincangan 61
5.1.1 Kekuatan Modul ABM 62
5.1.2 Kelemahan Modul ABM 63
5.1.3 Kekangan 64
5.2 Cadangan 66
5.3 Kesimpulan 67
RUJUKAN 70
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan PBK dengan Perisian Modul ABM 16
2.2 Perbezaan E-Book dengan Perisian Modul
ABM 18
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 31
4.1 Struktur Asas 48
4.2.1 Paparan Tajuk 49
4.2.2 Paparan Tajuk Sub-menu Pertumbuhan
Tumbuhan 49
4.3 Paparan Panduan Pengguna 50
4.4.1 Paparan Menu Utama 51
4.4.2 Paparan Menu Pertumbuhan Tumbuhan 51
4.5.1 Paparan Topik Pertumbuhan Sekunder
(pengetahuan Sedia) 52
4.5.2 Paparan Topik Pertumbuhan Primer
(analogi) 52
4.5.3 Paparan Video Menunjukkan Proses
Pertumbuhan Sekunder 53
4.5.4 Paparan Demonstrasi 53
4.6.1 Paparan Soalan Pengenalan 45
4.6.2 Paparan Soalan Pertumbuhan Primer 45
4.6.3 Paparan Soalan Pertumbuhan Sekunder
(Soalan Formatif) 55
4.6.4 Paparan Jawapan Pertumbuhan Sekunder
(Ganjaran Positif) 55
4.6.5 Paparan Jawapan Pertumbuhan Sekunder
(Ganjaran Negatif) 55
xiii
4.6.6 Paparan Soalan Sumatif 56
4.6.7 Paparan Ganjaran Positif Sumatif 56
4.6.8 Paparan Ganjaran Negatif Sumatif 56
4.7 Paparan Laman Web 57
4.8 Paparan Glosari 58
4.9.1 Pack And Go 58
4.9.2 Icon Selepas Pack And Go 59
4.10 Menu Run 60
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 72
B Borang Soal Selidik 74
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan
Dewasa ini, istilah komputer, teknologi maklumat dan jaringan internet tidak lagi
asing bagi masyarakat negara ini. Malah, setiap hari kita mendengar pelbagai maklumat
tentang perkembangan teknologi pengkomputeran di seluruh dunia.
Malah pelancaran Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali Multimedia
Super Corridor (MSC) pada tahun 1995, telah mempengaruhi bidang komputer dan
teknologi komunikasi. MSC adalah salah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke
mercu kejayaan dengan memiliki teknologi yang canggih dan setanding dengan negara-
negara yang telah mendahului dalam bidang IT. Dalam MSC terdapat tujuh aplikasi
perdana iaitu kerajaan elektronik, tele-perubatan, gugusan penyelidikan dan
pembangunan, kad pelbagai guna kebangsaan, pengeluaran seluruh dunia web, pusat
pemasaran tanpa sempadan dan sekolah bestari.
2
Dalam era baru, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan hakikatnya
ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup masyarakat kita secara
lebih mendalam serta menyeluruh.
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru
dalam sejarah perkembangan komputer. Pelbagai ciptaan mikrokomputer telah banyak
mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran pendidikan. Kemajuan
pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh elemen seperti teknologi
maklumat khususnya komputer dan telekomunikasi. Selain itu, perkembangan teknologi
peralatan dan perisian komputer memainkan peranan penting terhadap penggunaan
komputer dalam dunia pendidikan.
Penggunaan komputer dalam pendidikan bukan sahaja melibatkan pengurusan
pendidikan dan pendokumentasian maklumat pelajar tetapi ia juga boleh digunakan oleh
guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Oleh kerana komputer hanyalah satu media dan alat yang membantu dalam
proses P&P maka, guru hendaklah memainkan peranan dalam membina perisian sebagai
Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang
produktif dan berkesan. Oleh itu, seseorang guru haruslah membuat keputusan untuk
memilih perisian yang harus digunakan dan bagaimana untuk mempersembahkan
pengajarannya.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat wawasan 2020. Dalam
MSC terdapat tujuh aplikasi perdana dan salah satu daripadanya ialah sekolah bestari.
Kewujudan sekolah bestari di Malaysia telah membawa perubahan besar kepada
penduduk negara ini. Dalam dunia pendidikan, konsep pengajaran dan pembelajaran
(P&P) sekolah bestari bukanlah satu perkara yang baru di negara-negara maju.
Kewujudan sekolah bestari ini disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat.
Dengan kewujudan sekolah bestari ini, ia sekaligus membawa perubahan kepada
peranan guru. Peranan guru adalah jauh lebih luas daripada penyampai ilmu. Jika
dahulu, guru menjadi pemberi ilmu dan kemahiran kerana jumlah ilmu dan kemahiran
yang terhad, sekarang semua maklumat mungkin sudah tidak dipunyai oleh guru. Maka
pelajar perlu memainkan peranan dalam mendapatkan maklumat daripada pelbagai
sumber.Selaras dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran turut mengalami
transformasi. Hal ini dapat di lihat dari segi penggunaan unsur multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Pengajarandan pembelajaran yang menggunakan unsur-unsur multimedia adalah
lebih berkesan kerana ia menggabungkan pelbagai elemen seperti audio, grafik, video,
animasi dan teks. Hal ini berlaku adalah kerana untuk mengenali sesuatu objek dan
keadaan yang berlaku disekelilingnya, seseorang akan menggunakan kelima-lima alat
deria. Peratus penglibatan deria adalah seperti berikut: 1% melalui rasa, 1.5% melalui
sentuhan, 3.5% melalui hidung, 11% melalui pendengaran dan 83% melalui penglihatan.
(Dr. Baharuddin et.al, 2000)
4
Oleh itu, penggunaan Alat Bantu Mengajar yang berasaskan komputer amatlah
digalakkan bagi mencapai matlamat pendidikan.
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam menyampaikan isi sesuatu pelajaran, penggunaan bahan dan alat yang
sesuai dan menarik adalah amat penting walaupun ia bukan kemestian. Dalam situasi di
Malaysia, alat bantu mengajar adalah digalakkan dalam pengajaran untuk mancapai
objektif pembelajaran.
Sesetengah mata pelajaran di sekolah, seperti mata pelajaran Biologi tidak dapat
dapat diterangkan dengan jelas khususnya isi pelajaran yang berbentuk abstrak. Hal ini
mungkin mendatangkan masalah kepada guru untuk menerangkan isi pelajaran dan
pelajar pula menghadapi masalah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Disini pembelajaran yang bermakna tidak berlaku.
Menurut Faeizah iaitu guru dari Sek. Men. Keb. Sri Perhentian, isi pelajaran
yang abstrak seperti tajuk “Pertumbuhan Tumbuhan” dapat diatasi dengan menggunakan
ABM berkomputer. Menurutnya lagi, langkah-langkah pertumbuhan boleh ditunjukkan
dengan jelas secara grafik. Penyataan ini disokong oleh Molilitta iaitu guru dari Sek.
Men. Keb Dato’ Mohd. Yunus Sulaiman iaitu penggunaan ABM berkomputer dapat
menjadikan suatu sesi pembelajaran itu lebih realistik dengan menggunakan teknik
animasi.
5
Menyedari hakikat ini, pengaplikasian Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan
komputer adalah perlu dilaksanakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, setiap guru haruslah menggunakan Alat Bantu mengajar (ABM) yang
berteknologi tinggi berasaskan komputer seiring dengan situasi semasa. Dengan
teknologi sudah tentu menolong guru merancang pengajaran mereka termasuk
perancangan sebelum, semasa, dan selepas menerbitkan bahan pengajaran contohnya
penggunaan modul ABM. Kejayaan sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada
kreativiti guru,bukan penggunaan ABM semata-mata, lebih lagi dengan wujudnya
keperluan pelajar yang pelbagai.
1.3 Objektif Projek
Objektif projek ini ialah:
i) Membina modul ABM yang interaktif berasaskan Powerpoint XP bagi topik
Pertumbuhan Tumbuhan dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima.
ii) Menyediakan satu perisian multimedia yang menarik di mana
menggabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, audio dan video.
iii) Menambah bilangan perisian ABM bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan
Lima yang berunsurkan ciri-ciri tempatan, dalam Bahasa Melayu.
6
1.4 Kepentingan Projek
Modul ABM ini dibangunkan adalah satu usaha untuk mengatasi masalah
kekurangan bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri-ciri interaksi yang tinggi di
pasaran. Modul ABM ini juga membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam menyediakan bahan dan alat bantu mengajar dan kos dapat dikurangkan.
Di samping itu, ia dapat membantu guru dan pelajar meningkatkan
pengajarandan pembelajaran yang biasanya dijalankan secara tradisional iaitu satu hala.
Modul ABM ini juga dapat memberi idea dan pengetahuan tambahan kepada guru-guru
dan pengguna untuk mengajar sistem pertumbuhan tumbuhan.Dengan adanya modul
ABM ini, guru dapat mengatasi beberapa kekangan ABM yang berasaskan bahan
cetakan iaitu dari segi kos yang tinggi, sukar dibawa dan mudah rosak.
1.5 Skop dan Batasan Projek
Modul alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan komputer ini dibangunkan
berdasarkan mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima. Tajuk yang dipilih satu sub topik
dalam bab pertumbuhan iaitu “Pertumbuhan Tumbuhan”. Isi kandungan modul ABM ini
meliputi pengenalan pertumbuhan tumbuhan, pertumbuhan primer dan pertumbuhan
sekunder.
7
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk yang dipilih untuk membangunkan modul ABM ialah Pertumbuhan
Tumbuhan. Tajuk ini dipilih adalah kerana isi pelajaran tajuk ini berbentuk abstrak di
mana, ia perlu divisualkan supaya pelajar lebih faham dan dapat menguasai konsep
pertumbuhan tumbuhan dengan baik. Pengajaran yang abstrak akan menyebabkan
timbulnya masalah salah konsep dalam minda pelajar. Hal ini berlaku disebabkan tahap
imaginasi dan kognitif pelajar yang berbeza.
Tajuk yang dipilih ini disokong oleh Faeizah iaitu guru dari Sek. Men. Keb. Sri
Perhentian, langkah-langkah pertumbuhan khususnya pertumbuhan sekunder memakan
masa yang lama sekiranya pembelajaran dijalankan dengan kaedah inkuiri.
Di samping itu, untuk melihat struktur dalam tumbuhan, pelajar perlu
menjalankan eksperimen. Walaupun begitu, pelajar mungkin tidak dapat melabelkan
struktur tumbuhan sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Oleh itu,
dengan modul ABM ini, struktur tumbuhan boleh ditunjukkan dengan jelas secara grafik
semasa pengajaran.
Dengan adanya modul ABM berasas komputer ini ia dapat memudahkan tugas
guru dalam pengajaran dan sekaligus dapat menarik minat pelajar mempelajari topik ini
kerana ABM ini diterapkan unsur-unsur multimedia seperti grafik, animasi, audio dan
lain-lain lagi.
8
1.7 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu dipermudahkan dalam tajuk projek seperti
istilah modul dan alat bantu mengajar supaya pengguna lebih faham dan jelas. Definisi
istilah modul dan alat bantu mengajar (ABM) adalah seperti di bawah.
1.7.1 Definisi Modul
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) terdapat dua definisi ‘modul’. Definisi
pertama menyatakan bahawa modul adalah unit atau bahagian tersendiri yang lengkap
dengan komponen yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan
unit-unit lain di dalam sesuatu yang besar.
Definisi yang kedua ialah kursus, pelajaran (latihan dan seumpamanya) yang
dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau
kemahiran.
Di sini, definisi ‘modul’ boleh disimpulkan bahawa ia merupakan unit atau
bahagian kursus atau pelajaran yang lengkap dengan komponen yang dapat dilaksanakan
secara sendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.
9
1.7.2 Alat Bantu Mengajar (ABM)
‘Alat’ dalam Kamus Bahasa Malaysia edisi pelajar (1986), bermaksud apa-apa
yang diperlukan dan digunakan apabila melakukan sesuatu perkerjaan; perkakas. ‘Alat
mengajar’ pula bermaksud perkakasan yang diperlukan ketika mengajar. Perkataan
‘bantu’ pula bermaksud memberi pertolongan.(Kamus Bahasa Malaysia edisi pelajar,
1986)
Secara umumnya, Alat Bantu Mengajar (ABM) didefinisikan sebagai peralatan
atau perkakasan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam proses
pengajaran yang tidak termasuk peralatan asas.
Bahan dan alat bantu mengajar amatlah penting untuk membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya bentuk pengajaran menjadi lebih
menyeronokkan seperti yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel (1764-1852).
(Kamruddin Hj. Husin, 1988)
1.7.3 Modul ABM Berasas Komputer
Modul ABM berasaskan komputer dapat dinyatakan sebagai unit atau bahagian
kursus atau pelajaran yang lengkap dengan peralatan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam proses pengajaran (tidak termasuk peralatan asas) dan dapat
dilaksanakan secara sendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran
10
1.8 Penutup
Justeru itu, setiap guru haruslah berpandangan jauh dan membuat perubahan
pada pengajaran mereka iaitu menggunakan Alat Bantu mengajar (ABM) yang
berteknologi tinggi berasaskan komputer seiring dengan situasi semasa. Hal ini dapat
membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan objektif pengajaran dan pembelajaran
akan tercapai dengan cepat.