ZURA_Sistem Penilaian Kualiti Guru (Baru 24.4.20151
description
Transcript of ZURA_Sistem Penilaian Kualiti Guru (Baru 24.4.20151
KANDUNGAN
Halaman
KANDUNGAN ii
SENARAI JADUAL iii
SENARAI ILUSTRASI iv
1.0 PENGENALAN 1
2.0 DEFINISI ISTILAH/KONSEP 2
2.1 Sistem Penilaian 2
2.2 Kualiti 2
2.3 Guru 3
3.0 GURU BERKUALITI 3
3.1 Formula Guru Berkualiti 4
3.2 Bentuk Sistem Penilaian Kualiti Guru 5
3.2.1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 5
3.2.2 Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) 6
3.2.3 Sistem Penilaian Kualiti Antarabangsa 7
4.0 ISU BERKENAAN SISTEM PENILAIAN KUALITI GURU
DAN KE MANA ARAHNYA?
8
4.1 Isu 1: Pengisian Skor SKPM Standard 4 : Pencerapan Guru 8
4.2 Isu 2: Perhatian Pentadbir dalam Penyeliaan : Pencerapan Guru 9
4.3 Isu 3: Ketulusan LNPT 11
5.0 PERBINCANGAN 12
2
6.0 CADANGAN 15
7.0 PENUTUP 16
RUJUKAN
LAMPIRAN
17
A Proses Penilaian Prestasi 20
3
SENARAI JADUAL
No Jadual Halaman
6.1 Cadangan Penambahbaikan Kualiti Guru 15
4
SENARAI ILUSTRASI
No Rajah Halaman
3.1 Tujuan Pelaksanaan LNPT Sebagai Sistem Penilaian
Prestasi
6
5.1 Guru Berkualiti Menghasilkan Murid yang Lebih
Berprestasi Tinggi
12
5.2 Saling Kolaborasi Antara Pentadbir, Guru Pembimbing dan
Guru yang Dicerap
13
5.3 Syarat-Syarat Untuk Penambahbaikan Dan Penghasilan
Sistem Penilaian Kualiti Guru Yang Efisien, Dinamik Dan
Tidak Rigid
14
5
1.0 Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan transforamsi pendidikan yang
dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun (2013 – 2025). Dalam pelan tersebut terdapat
lima aspirasi yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Oleh itu, sekolah merupakan barisan hadapan dan
peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan lima
aspirasi sistem tersebut tercapai. Untuk merealisasikan sistem pendidikan ini berjaya
maka perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah melahirkan murid yang
mempunyai enam ciri utama iaitu; 1) pengetahuan, 2) kemahiran berfikir,
3) kemahiran memimpin, 4) kemahiran dwibahasa, 5) etika dan kerohanian dan (6)
identiti nasional.
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai
6 ciri utama seperti yang digariskan, ia memerlukan anjakan kecemerlangan daripada
kalangan pelaksananya iaitu guru. Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan
hb nasional dan merupakan agen pelaksana segala dasar serta matlamat kurikulum
yang digariskan oleh pihak kerajaan. Justeru itu, negara memerlukan guru yang
berkeupayaan tinggi sebagai pemacu utama dalam membentuk pendidikan yang
berkualiti. Mohammed Sani (2007) menyatakan bahawa guru yang berkualiti dan
berkeupayaan tinggi ini seharusnya mempunyai tahap kompetensi yang memenuhi
komponen-komponen berikut iaitu; 1) berkebolehan dalam meningkatkan
pengetahuan secara berterusan bagi membaiki prestasi diri, 2) berkebolehan dalam
mengguna dan memanfaatkan (ability to use and practise) pengetahuan dan
kemahiran bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang seterusnya mencapai objektif
meningkatkan kualiti pendidikan, 3) dan mempunyai nilai-nilai diri dan perlakuan
yang selari dengan adab dan etika keguruan. Oleh itu, apabila komponen-komponen
profesionalisme keguruan ini dipenuhi, matlamat dalam memperoleh guru yang
berkualiti dapat direalisasikan.
Guru berkualiti adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan
6
guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat
refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran – pembelajaran. Usaha
guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan
kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat
bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi yang
dihasratkan dalam PPPM. Persoalannya, sejauh mana sistem penilaian kualiti guru di
negara kita benar-benar mampu mempertingkatkan tahap profesionalisme para guru
dalam inisiatif membangunkan anak bangsa?
2.0 Definisi Istilah/Konsep
Penulisan ini akan membincangkan beberapa istilah dan konsep yang akan memandu
hala tuju perbincangan ini. Antaranya ialah sistem penilaian, kualiti dan istilah guru.
Pemahaman istilah-istilah ini adalah penting bagi memastikan kupasan isu di bawah
tajuk ini adalah jelas dan difahami.
2.1. Sistem Penilaian
Sistem penilaian merupakan suatu sistem yang bersepadu, komprehensif, strategik,
bersifat jangka panjang yang bertujuan untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti
dan produktiviti sesebuah organisasi (Rusli et al. 2007). Manakala Salwani (2005)
pula menyatakan bahawa sistem penilaian merupakan suatu instrumen yang
digunakan untuk menilai kompetensi yang lalu dalam suatu jangka masa tertentu dan
digunakan sebagai platform untuk merangka strategi masa hadapan. Oleh itu, sistem
penilaian merupakan suatu mekanisme yang disusun untuk menentu ukur tahap
keberkesanan kualiti kerja yang bersandarkan tujuan untuk membangunkan
organisasi.
7
2.2 Kualiti
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, istilah kualiti pula boleh didefinisikan sebagai
darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi, mutu, nilai, taraf dan juga standard. Di
sampingitu juga, kualiti merupakan suatu penanda aras yang memenuhi kehendak
pelanggan melalui ketetapan kerja yang ditepati, tuntutan perkhidmatan dipatuhi,
perencanaan dan strategi diikuti sepenuhnya, tugasan pegawai atasan disempurnakan
dan mencapai sasaran kerja tahunan (Abdul Ghafar 2011). Manakala definisi kualiti di
bawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan cirri-ciri sesuatu entity (produk atau
perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang
tersirat. Walau bagaimanapun, menurut Li Feng & Sass et al. (2011) jika diteliti dari
konteks pendidikan pula, kualiti adalah berkaitan dengan keperluan pelajar dan
mempengaruhi pencapaian mereka. Kesimpulannya, kualiti adalah segala kehendak
yang digariskan sebagai panduan dalam sesuatu disiplin pekerjaan perlu dipenuhi agar
dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
2.3 Guru
Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik dan pengasuh. Seorang
guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Mok Soon Sang (2008)
pula, mendefinisika guru sebagai seorang ahli masyarakat yang mempunyai
hubungan sosial yang saling berkaitan rapat dengan masyarakat berstatus. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan
untuk mendidik pelajar di sekolah. Amir (2006) pula menyatakan bahawa guru
merupakan individu yang terlibat dalam profesion keguruan dan tertakluk dengan kod
etika keguruan yang di bawah Kod Tata Kelakuan Perkhidmatan Awam Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kesimpulannya, tajuk perbincangan ini adalah berkisar mengenai suatu
instrumen yang digunakan untuk menilai prestasi kerja pegawai pendidikan.
Instrumen inilah yang diterjemahkan sebagai sistem penilaian kualiti guru. Sistem ini
dirancang supaya dapat diimplementasikan sebagai asas kepada lonjakan kualiti dan
8
produktiviti guru. Oleh yang demikian, dengan pemahaman istilah dan konsep-konsep
berkenaan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai keseluruhan penulisan
ini.
3.0 Guru Berkualiti
Menurut John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau
kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau
sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan
(ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri
guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama
ada dari segi PdP, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Antara kriteria-kriteria
yang perlu ada pada seseorang guru yang berkualiti ialah 1) menguasai kemahiran
komunikasi dan interpersonal, 2) berpengetahuan dan berketrampilan, 3) cekap melaksanakan
kurikulum persekolahan, 4) mahir mengintegrasi Teknologi maklumat dan komunikasi, 5)
berdaya tahan dalam menghadapi cabaran professional, 5) sentiasa mengamalkan nilai-nilai
keguruan dan etika profesion keguruan, 6) perihatin dengan kehendak muir dan ibu bapa, 7)
berjiwa tenteram dan berkasih sayang dan 8) kreatif dalam pengurusan bilik darjah.
3.1 Bentuk Sistem Penilaian Kualiti Guru
Sistem penilaian kualiti guru yang sedia ada diamalkan adalah sepertii berikut iaitu
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), 2) Laporan Nilai Prestasi Tahunan
(LNPT) dan sedang dalam pelaksanaan ialah 3) Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
3.2.1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Antara mekanisme yang digunakan untuk menilai kualiti seseorang guru ialah melalui
penilaian yang dibuat berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM
2010). SKPM 2010 telah diperkenalkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk
memastikan taraf atau standard pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan
dikekalkan di institusi pendidikan. Standard ini dijadikan garis penentu ukur
9
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan (SKPM 2010 :2).
Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain yang berkaitan, terdapat lima standard terkandung dalam SKPM 2010 iaitu; 1) Kepimpinan dan Hala Tuju, 2) Pengurusan Organisasi, 3) Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, 4) Pengajaran dan Pembelajaran dan 5) Kemenjadian Murid. Kelima-lima standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Setiap standard terdiri daripada satu senarai aspek. Setiap aspek terdiri daripada kriteria kritikal. Bagi setiap kriteria kritikal pula, disediakan deskripsi skor. Deskripsi skor mengandungi indikator kualiti yang menjadi panduan dalam penentuan skor. Standard yang berkaitan dalam penilaian kualiti seseorang guru ialah standard keempat iaitu Pengajaran dan Pembelajaran menerusi aktiviti pencerapan oleh pihak pentadbir sekolah. Ia merupakan piawaian yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Terdapat 11 aspek yang diperincikan dalam Standard ini ternyata membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi..
3.2.2 Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT)
Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) merupakan salah satu sistem yang digunakan
untuk menilai kualiti guru. Sistem penilaian prestasi ini adalah berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangang 4 Tahun 2002. LNPT ini dinilai oleh pentadbir berdasarkan
prestasi dalam sasaran kerja tahunan (SKT) bagi setiap guru berdasarkan prosedur
yang sistematik Tujuan LNPT ini dijadikan alternatif bagi membuat penilaian untuk
guru ialah seperti dalam rajah berikut:
10
Rajah 3.1 Tujuan Pelaksanaan LNPT Sebagai Sistem Penilaian Prestasi
Menurut Abdul Shukor(2007), LNPT adalah penting untuk dilaksanakan bagi
meletakkan kriteria yang dikehendaki pada prestasi guru. Kaedah Penilaian yang
digunakan untuk menilai prestasi pegawai adalah dengan menggunakan borang
LNPT yang mengandungi tiga dimensi iaitu dimensi Teras, Fungsional dan
Sumbangan. Selain itu, LNPT juga digunakan sebagai salah satu kaedah pemilihan
guru-guru yang terbaik untuk menerima asas pertimbangan kemajuan dalam kerjaya
terutamanya berkenaan dengan penempatan. Markah yang diberikan dalam LNPT
juga sebenarnya dijadikan sebagai kayu pengukur untuk memberikan peluang dalam
perjawatan iaitu berkenaan dengan kenaikan pangkat dan pemangkuan.
Guru yang menepati kriteria yang diperlukan akan mengalami pergerakan gaji
atau anjakan gaji berdasarkan markah LNPT. Oleh itu, sekiranya guru tidak
menunjukkan prestasi yang baik dan mengakibatkan markah yang diperoleh tidak
melepasi syarat pemberian pergerakan gaji tahunan, maka gaji guru berkenaan akan
statik dan tidak menaik. Sekiranya guru memperoleh markah LNPT yang cemerlang,
maka beliau akan memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pingat atau
sijil. Pemberian anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan kepada kecemerlangan
guru. Pengiktirafan ini sebenarnya memberikan motivasi intrinsik kepada guru untuk
meneruskan kecemerlangan dalam mendidik dan melaksanakan tugasan.
3.2.4 Penilaian Sepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 pada 21 Mac 2011 telah menyarankan
agar Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) digantikan dengan penilaian baharu yang
menfokuskan kepada pembangunan kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) seperti dalam petikan beliau di bawah:
“PTK digantikan dengan penilaian baharu yang lebih menfokus kepada elemen
pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira
keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua
11
perkhidamatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah
penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang
disediakan oleh JPA”.
Selain daripada itu, antara punca kuasa pelaksanaan PBPPP ini adalah
berdasarkan keputusan Mesyuarat Pra DTF pada 18 September 2013, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (KPPA) telah bersetuju bahawa PBPPP kumpulan PPP akan
dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun 2015. Keputusan ini juga telah dibawa
dalam Mesyuarat DTF pada 19 September 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Tan
Sri Dato' Hj Muhyiddin B. Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan Malaysia telah bersetuju dengan keputusan berkenaan. Justeru
itu, surat arahan pelaksanaan PBPPP yang bertarikh 27 Mac 2015 daripada YBhg.
Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia.
PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian sedia
ada di KPM digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian
penggunaan. Ia merupakan penilaian baharu yang memberi fokus kepada elemen
pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan
serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas PPP. Konsep PBPPP berasaskan
tugas dan tempat bertugas (Job-Based dan Work Place) iaitu penilaian dilaksanakan
berdasarkan bidang tugas dan tempat bertugas PPP. Pembangunan instrumen PBPPP
berdasarkan Standard Prestasi yang selaras dengan Government Transformation
Programme 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada
Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan) dan 5 (Memastikan
Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah).
12
4.0 Isu Berkenaan Sistem Penilaian Kualiti Guru dan Ke Mana Arahnya?
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan terus mendukung
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas
aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain
untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan
kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia
global masa hadapan.
Anjakan 4 telah menekankan bahawa mentransformasi profesion keguruan
menjadi profesion pilihan. Impak perlaksanaan transformasi ialah keberkesanan dan
kelestarian transformasi sistem pendidikan Malaysia, setiap pihak yang terlibat mesti
memahami peranan penting yang mereka mainkan dan manfaat yang akan mereka
nikmati. Terutamanya bidang guru akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang
diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan, dan akan
memperoleh lebih keseronokan dan kepuasan dalam menjalankan tugas mereka.
Dengan pakej kerjaya guru yang baharu, mereka akan menikmati perkembangan
profesional yang lebih memuaskan, laluan kerjaya yang lebih baik, dan proses
penilaian yang telus dan adil serta berkait terus dengan keupayaan dan prestasi yang
relevan. Guru perlu bersikap terbuka kepada pembelajaran dan cara bekerja yang
baharu, melibatkan ibu bapa dan murid dalam proses pembelajaran, dan
mempamerkan cara berfikir, nilai, dan kelakuan yang dijangkakan daripada murid.
Setelah melihat kepada sistem yang diguna pakai dalam menilai kualiti guru,
penulisan ini seterusnya akan membawa perbincangan mengenai isu-isu yang timbul
dalam sistem penilaian ini. Seterusnya, penulisan ini akan mengupas ke mana arah
sistem penilaian kualiti guru ini.
13
4.1 Isu 1: Pengisian Skor SKPM Standard 4 :Pencerapan Guru
Kualiti guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran merupakan komponen
yang penting di sekolah. Melalui aktiviti penyeliaan, pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran dapat dikesan dan dipantau untuk menjamin keberkesanan. Pada tahun
2003, Jemaah Nazir Sekolah telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) sebagai panduan penyeliaan pembelajaran dan pengajaran yang
dilakukan di bilik darjah.
Kajian hubungan pembelajaran dan pengajaran (Standard 4) dengan prestasi
peratusan di sekolah-sekolah Kebangsaan adalah diharapkan dapat meningkatkan
tahap perkembangan pengajaran guru disamping membolehkan guru membuat
pengubahsuaian amalan pengajaran yang baik dan berkesan. (Holland dan
Adam,2002)
Di dalam buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti (2010), telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai
pemimpin instruksional di mana pengetua akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya
belajar di kalangan muridnya.
Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional, pengetua perlu
melaksanakan tugas-tugas seperti: 1) menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas,
tepat dan berfokus mengenai pelaksanaan kurikulum sekolah; 2) mengajar sejumlah
waktu yang ditetapkan; 3) menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi
dan memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan di samping menyebarkan
amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran kepada gurunya di peringkat sekolah; 4)
mencerap pengajaran dan pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan
maklum balas pencerapan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;
5) menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan; 6)
14
menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan pengajaran
dan pembelajaran secara tekal; 7) mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
secara menyeluruh bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi
meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid; 8) mewujudkan budaya
belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga sekolah.
Aspek penggunaan SKPM sebagai sistem penilaian kualiti guru. SKPM yang
dibina berdasarkan Standard Guru Malaysia ini memberikan skor markah kepada
setiap guru berdasarkan pencerapan yang dibuat oleh pihak pentadbir yang
bertanggungjawab. Pencerapan bagi pemberian markah ini dibuat semasa guru
menjalankan sesi pembelajaran dan pengajarannya. Pencerapan oleh guru yang
bertanggungjawab bukan dijalankan dalam kadar sekali sahaja, malah berulang untuk
memperoleh markah purata.
Terdapat kajian yang dijalankan untuk meninjau keberkesanan SKPM
dalam menilai kualiti guru. Kajian Nurahimah dan Rafisah (2010) menyatakan
bahawa ketika SKPM diperkenalkan, pentadbir sekolah mendapati item dalam
instrumen penyeliaan & pencerapan (P&P) guru begitu rigid. Item yang rigid ini
menyebabkan pentadbir menghadapi kesukaran dalam mentakrif, memahami dan
mengamalkan perkara yang dijadikan elemen-elemen utama di dalam sistem tersebut.
Mohd Zawawi (2002) menyatakan bahawa 75% guru bersetuju bahawa penyeliaan
dapat meningkatkan mutu pengajaran guru. Hasil kajian ini menunjukan 82.5% guru
bersetuju bahawa standard 4 memberi perhatian kepada teknik mengajar, kaedah
menyoal, set induksi dan komunikasi dua hala dengan pelajar.
Dengan ini, pencapaian gred purata mata pelajaran Matematik Sekolah
Kebangsaan khasnya di daerah Padawan kurang memuaskan iaitu 74.61% dan GPMP
ialah 2.86. ( Fik UPSR 2013). Kualiti guru dalam pencerapan guru-guru Sekolah
Kebangsaan (SK) mencapai 90 % dalam data pencerapan yang dihantar dalam sistem
penaziran. Dalam konteks ini, kualiti guru dan pencapaian murid amat dititikberatkan.
Oleh yang demikian, hasil daripada kajian yang dilakukan ini boleh digunakan sebagai
salah satu sokongan yang boleh digunakan oleh pihak PPD untuk memurnikan dan
15
memperkasakan pengurusan sistem pendidikan negara.
Seterusnya, penyeliaan dan pencerapan akan hilang fungsi jika semata-
mata untuk menyimpan rekod SKPM. Terdapat pihak pentadbir yang hanya
melakukan pencerapan semata-mata untuk memenuhi arahan yang diterima daripada
Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Akibatnya,
pemberian markah pencerapan berkenaan hanya diberikan untuk tujuan dokumentasi
tanpa dibuat pertimbangan bagi meningkatkan kualiti guru. Ini menyebabkan sistem
SKPM ini hanya dilihat sebagai suatu sistem yang membebankan tanpa dapat
memberikan manfaat kepada pihak guru khususnya dan pihak sekolah amnya.
Sesungguhnya, menurut Nurahimah dan Rafisah (2010), SKPM ini merupakan
suatu sistem yang amat membantu dalam meningkatkan kualiti guru di atas syarat
bahawa semua pihak memahami tujuan dan kaedah pelaksanaan sistem penilaian
kualiti berkenaan. Kejelasan mengenai sistem penilaian kualiti guru menjamin
berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pemberian markah. Tegasnya, fungsi
penyeliaan dan pencerapan yang sebenar ialah meningkatkan kualiti keguruan
menerusi asosiasi kelemahan dan penambahbaikan yang dikesan. Perbincangan yang
telus juga perlu dijalankan oleh pihak pentadbir dan guru dalam memastikan sistem
panilaian kualiti ini benar-benar memberi manfaat.
16
4.2 Isu 2: Perhatian Pentadbir dalam Penyeliaan
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat pekeliling Ikhtisas, Bil.
1/1987 telah memberi garis panduan tentang pelaksanaan penyeliaan pengajaran tetapi
tidak ada format yang diberikan berkenaan perkara yang harus diselia. Pada tahun
2003 Jemaah Nazir Sekolah telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) sebagai panduan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan di bilik darjah.
Penyeliaan yang baik melibatkan aktiviti memberi bimbingan, mengarah dan
memberitahu apa yang patut dibuat, bukannya mencari kesalahan guru. Glickman,
Gordon dan Gordon (1995) telah meletakkan penyeliaan sebagai tulang belakang
keberkesanan sesebuah sekolah. Penyeliaan yang berkesan memerlukan perancangan
yang baik dan dilaksanakan secara berterusan untuk Kesan Penyeliaan Klinikal
Terhadap Prestasi Pengajaran Guru memastikan matlamat dan objektif pengajaran
yang dijalankan oleh seseorang guru itu tercapai. Penyeliaan pengajaran yang
sistematik dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran guru. Penekanan
terhadap pencapaian pelajar, akauntabiliti dan kompetensi telah memberi impak
kepada penilaian pencapaian guru.
Kajian Baharom (2002) mendapati penyeliaan pengajaran adalah bertujuan
untuk membantu guru dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan kepada
pelajar. Beliau juga mendapati sikap guru yang tidak serius dalam pengajaran serta
sikap guru besar dan pengetua yang belum bersedia melaksanakan penyeliaan
pengajaran merupakan kekangan yang perlu diatasi. Hasil kajian Radi (2007)
menyatakan bahawa sesi perbincangan antara penyelia dan guru perlu dilakukan bagi
mendapatkan maklum balas terhadap proses penyeliaan yang berlaku. Seterusnya
melalui perbincangan dapat disampaikan kelemahan dan kekuatan guru terhadap
teknik, kaedah, pendekatan dan peralatan mengajar yang digunakan.
Hasil kajian Haliza (2005) dan Baharom (2002) mendapati amalan penyeliaan
17
menggunakan pendekatan klinikal adalah tidak memuaskan. Kajian Mohd Zaki (2001)
mendapati bahawa pengetua kurang menjalankan tugas penyeliaan pengajaran guru
dan sekiranya penyeliaan dijalankan ia lebih mirip kepada ciri-ciri birokratik dan
autokratik yang menekankan kepada hierarki.
Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran gagal meningkatkan maruah guru
dan tidak menggalakkan guru-guru menjadi inovatif dan berinisiatif (Glanz, Shulman,
& Sullivan, 2005). Glatthorn (1984) melaporkan bahawa kajian tentang Arsaythamby
Veloo dan Mary Macdalena A Komuji 84 keberkesanan penyeliaan klinikal sebagai
satu kaedah untuk meningkatkan pencapaian adalah tidak konklusif dan tidak
memberi asas yang cukup untuk bergantung kepada penyeliaan bagi meningkatkan
penyampaian pengajaran.
Seterusnya, persoalan yang mungkin timbul ialah adakah penilaian yang
dijalankan mematuhi semua komponen yang disyaratkan untuk pemberian markah
yang adil dan saksama semasa pemberian markah kualiti guru melalui sistem SKPM.
Kajian Rusli at.al (2007) mendapati pemberian markah prestasi kepada guru tidak
melibatkan keseluruhan aspek dan komponen penyeliaan yang perlu dinilai dan
diteliti. Aspek-aspek berkenaan ialah:
1. Pencerapan
2. Pemantauan
3. mentoring
4. Coaching
Berlaku ketidakadilan kepada guru apabila pemberian markah kualiti diri
mereka tidak mencakupi keseluruhan aspek yang perlu dinilai. Pemberian markah
yang tidak telus ini sebenarnya tidak menggambarkan kualiti dan prestasi sebenar
guru yang dinilai Rusli et. al menyatakan antara sebab yang dikemukakan ialah
kepimpinan sekolah kurang memperuntukkan waktu untuk menjalankan penyeliaan ke
atas guru-guru. Sebahagian besar waktu diperuntukkan untuk menjalankan kerja-kerja
pentadbiran yang memerlukan masa yang banyak dan teliti. Oleh itu, adalah penting
pihak pentadbiran menjalankan pengurusan masa yang efisien bagi memastikan
18
keseluruhan komponen penilaian kualiti guru dapat dipenuhi, untuk memberikan
keadilan kepada guru-guru yang diselia.
Pelaksanaan kurikulum adalah unsur teras dalam fungsi institusi persekolahan.
Oleh itu, perhatian hendaklah diberi penekanan kepada penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran. Penyeliaan khasnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah satu
aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan. (Mok
Soon Sang, 2012)
Tujuan penyeliaan adalah untuk mempertingkatkan profesionalisme guru-guru
dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran
sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan Negara. Ia
merupakan berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat
kepada pengetua / guru besar untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolahnya. (Mok Soon Sang, 2012)
Melalui penyeliaan, ia dapat memupuk, memelihara dan memperkukuhkan
hubungan profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua / guru besar
dengan guru, guru dengan guru dan guru dengan murid. Di samping itu, penyeliaan
membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru-guru ke arah yang lebih positif. (Mok Soon Sang, 2012)
Dalam bahagian penyeliaan dan pembimbing pengajaran, guru dalam panitia
berupaya menyelia dan menyelaras pengajaran guru agar mengikut polisi/garis
panduan kurikulum; berkebolehan mengurus cadangan ahli- ahli berkaitan
pengajaran untuk diperbaiki bersesuaian dengan dasar panitia; berkemahiran
mengurus perjalanan kegiatan kurikulum kendalian panitia; berkebolehan
membimbing guru baharu berkenaan kandungan mata pelajaran, strategi pengajaran
dan lain-lain; berkebolehan memberi nasihat dan rangsangan antara ahli-ahli untuk
menghayati dan melaksanakan strategi pengajaran terkini; berkemahiran menilai
prestasi antara ahli-ahli secara adil dan objektif melalui pemerhatian persediaan
19
mengajar; berkebolehan menganalisis data-data peperiksaan dalaman, skema
permarkahan dan penggredan; berkemahiran membuat pemerhatian, analisis
pengajaran dan pembelajaran dan perancagan strategi antara ahli-ahli panitia;
berkemahiran menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran antara ahli-ahli
ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas; serta berkebolehan
membuat laporan penyeliaan kepada pihak atasan untuk makluman dan tindakan.
Implikasi yang timbul akibat ketidaktelusan dan ketidakcakupan semua elemen
yang perlu dipertimbangkan dalam memberi markah nilaian kualiti kepada pihak guru.
Impak utamanya ialah pentadbir cenderung memberi markah penyeliaan guru hanya
untuk memenuhi arahan dan tujuan pentadbiran semata-mata. Pentadbir kurang
memberi bimbingan kepada guru sehingga guru mempunyai prasangka tentang
penyeliaan pembelajaran dan pengajaran mereka. Kekuatan dan kelemahan untuk
setiap dicerap tidak dibincang dan membuat bimbingan berfokus kepada pemerhatian
oleh pihak atasan.
Pihak pentadbir tidak memberi peluang kepada guru mengenai refleksi supaya
dia dapat mencapai ke satu tahap yang baik. Pentadbir perlu mahir dalam
membimbing guru ke arah cemerlang. Kualiti guru akan meningkat dengan
perkongsian amalan yang baik dan latihan dalam perkhidmatan dalam panitia.
Contohnya di daerah Padawan, 27 buah sekolah daripada tahap 1 dalam mata
pelajaran matematik amat lemah disebabkan bilangan latihan dalam perkhidmatan
dalam mata pelajaran masing-masing amat kurang. Ini menyebabkan peningkatan
kemahiran kurang didedahkan untuk satu satu topik. KSSR yang berlangsung selama
4 tahun di daerah Padawan kurang berkesan disebabkan muid tidak didedahkan dan
tidak dibudayakan untuk aktiviti yang berdasarkan 6 aspirasi murid.
Jika keadaan ini berlaku berterusan, isu mengenai perhatian pentadbir yang
tidak sepenuhnya dalam pemberian markah yang terus berlanjutan tanpa kesudahan.
Ini seterusnya menggambarkan sistem penilaian kualiti guru di negara kita berada
pada tahap yang rendah akibat ketulusan pemberian markah yang tidak dapat dipatuhi
oleh pentadbir. Walau bagaimana pun, Rusli et al. turut menyatakan bahawa
penglibatan sepenuhnya Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
20
Kementerian Pelajaran Malaysia diperlukan dalam memastikan kepatuhan penilaian
keseluruhan komponen kualiti guru oleh setiap pentadbir sekolah.
4.3 Isu 3: Ketelusan LNPT
Selain daripada isu yang timbul dalam sistem penilaian kualiti guru SKPM semasa
pencerapan pembelajaran dan pengejaran dibuat, terdapat juga isu yang berbangkit
mengenai isu ketelusan LNPT. LNPT yang melibatkan pemberian markah oleh dua
orang pegawai penilai dalam kalangan pentadbir sekolah iaitu:
1. PPP: Pegawai Penilai Pertama
PPP terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran
2. PPK: Pegawai Penilai Kedua
PPK terdiri daripada pengetua atau guru besar.
Oleh itu, terdapat persoalan yang timbul iaitu adakah kedua-dua penilai ini
benar-benar telus dalam pemberian markah kualiti guru yang dinilai tanpa sebarang
pengaruh emosi dan justifikasi yang melibatkan domain efektif dan perasaan ini?
Seterusnya, adakah kedua-dua penilai benar-benar mengetahui dan memahami
prosedur pemberian markah dan definisi terma yang terdapat dalam LNPT? Kedua-
dua persoalan ini sebenarnya menentukan kualiti penilaian prestasi dan kualiti guru.
Jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut terdapat dalam kajian yang
dijalankan oleh Abdull Sukor (2007). Kajian ini menyatakan bahawa dapatan kajian
menunjukkan berlaku bias yang menimbulkan ketidakpuasan hati guru dalam sistem
penilaian LNPT. Ketidakpuasan ini adalah diakibatkan oleh:
1. Guru tidak dipanggil untuk aktiviti temu bual penilaian prestasi: guru tidak
berpuas hati kerana tidak jelas dengan ketulusan markah yang diberi. Malah,
justifikasi pemberian markah bagi kualiti yang dinilai turut tidak dibincangkan
bersama-sama guru. Ini mengakibatkan guru kabur mengenai faktor-faktor
yang mengatakan mereka kurang kualiti dan efisien. Malah, terdapat guru yang
tidak dibimbing mengenai penambahbaikan yang boleh diambil bagi
21
meningkatkan kualiti diri guru sebagai seorang pendidik.
2. Markah yang diberi tidak menggambarkan prestasi sebenar guru: pegawai
penilai tidak merujuk kepada SKT dan Hasil Kerja Pegawai Dinilai. Faktor ini
merupakan faktor yang lebih kritikal. Ini disebabkan oleh markah diberi secara
semberono dengan memberi tafsiran individu kepada kualiti guru yang
berkenaan tanpa mempedulikan pertimbangan sebenar melalui evidens yang
disediakan oleh guru yang dinilai.
Keseluruhannya, sistem penilaian kualiti guru di negara kita harus mengalami suatu
anjakan paradigma agar isu-isu yang timbul dapat diatasi dan dikurangkan. Sistem
penilaian kualiti guru ini adalah suatu sistem yang baik sekiranya manfaatnya diteroka
dan diaplikasikan seoptimum yang mungkin agar penilaian kualiti guru ini benar-
benar telus dan berupaya menjadi asas lonjakan kualiti guru-guru.
5.0 Perbincangan
Sesungguhnya, kewujudan sistem penilaian kualiti guru adalah satu instrumen yang
penting bagi menilai dan menginterpretasikan kualiti guru-guru seterusnya menjadi
landasan untuk merangka penambahbaikan dalam bidang pendidikan dari semasa ke
semasa. Asasnya ialah kualiti guru. Guru berkualiti, melahirkan pelajar yang
berprestasi tinggi seterusnya membawa negara ke arah kecemerlangan lantaran
lonjakan kualiti guru dan pelajar. Rajah di bawah menunjukkan impak guru yang
berkualiti terhadap prestasi pelajarnya.
22
Rajah 5.1 Guru Berkualiti Menghasilkan Murid yang Lebih Berprestasi Tinggi
Sumber: Dokumen Rancangan Malaysia ke-10 2010
Oleh itu, suatu sistem penentu ukur kualiti guru diperlukan bagi memastikan
aspirasi negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang diperlukan. SKPM dan
LNPT adalah suatu sistem yang telah dan sedang diguna pakai bagi menentukan tahap
kualiti guru. Namun begitu, kedua-dua sistem ini ternyata masih memerlukan
penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan komprehensif (Nurahimah dan Rafisah
2010; Abdull Sukor 2007; Rusli at.al 2007).
Implementasi penyeliaan guru perlu dijalankan dengan telus oleh pihak
pentadbir. Elemen peribadi dan emosi tidak harus diambil kira sebagai suatu sentimen
pemberian markah. Seandainya sentimen seperti ini diambil kira, guru berkenaan akan
mendapat markah yang tidak adil walaupun mempersembahkan prestasi dan kualiti
terbaik sepanjang tahun. Di samping itu, untuk memastikan kesepaduan antara guru
yang berkualiti dengan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan, kolaborasi
antara pentadbir dan guru pembimbing dengan guru yang dicerap perlu dijalankan
secara telus (rajah 5.2 di bawah). Kolaborasi ini penting untuk perkongsian idea dan
pengalaman bagi menambah baik kualiti guru dan pengajarannya (Shukri Zain 2011).
Pentadbir
KOLABORASI
23
Guru Pembimbing Guru dicerap
Rajah 5.2 Saling Kolaborasi Antara Pentadbir, Guru Pembimbing dan Guru yang
Dicerap
Menurut Shukri Zain (2011), kolaborasi penting bukan setakat perkongsian
idea malah mencari alternatif bagi meningkatkan kualiti keguruan menerusi teguran &
bimbingan membina. Teguran untuk memperbaiki kelemahan perlu diberikan dan
diperkukuhkan lagi dengan bimbingan yang membina. Kualiti guru tidak mudah
ditingkatkan seandainya guru tersebut dikritik tanpa dibimbing. Oleh itu, sistem
pengukuran kualiti seperti LNPT sebenarnya suatu sistem yang dapat
mengimplementasikan saling kolaborasi untuk meningkatkan kualiti guru ini.
Justeru, aplikasi sistem LNPT dan SKPM sebenarnya memerlukan
perancangan yang baik dalam melaksanakan penilaian agar penilaian kualiti seseorang
guru berlaku dalam keadaan yang tenang dan tidak mengejut. Maka kepimpinan
sekolah memastikan penyeliaan berlaku mengikut jadual yang dirancang sebelum atau
pada awal tahun sesi persekolahan bermula. Mengapakah perancangan awal ini
penting? Antara sebab utama yang mendasari perancangan awal dalam amalan sistem
kualiti guru ini ialah dapat mengelakkan penyeliaan dijalankan semata-mata untuk
memenuhi arahan dan simpanan rekod. Setelah penilaian dan aktiviti kolaborasi
sebelum dan selepas penilaian dijalankan, guru yang dicerap perlulah diberi waktu
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengejaran dengan penambahbaikan
yang telah diputuskan dalam kolaborasi tersebut.
Berikut ialah analisa dan tafsiran yang dapat disimpulkan bagi meningkatkan
keberkesanan dan ketulusan sistem penilaian kualiti guru. Semua sistem penilaian
guru perlulah mematuhi syarat-syarat yang berikut untuk penambahbaikan dan
menghasilkan sistem penilaian kualiti guru yang efisien, dinamik dan tidak rigid:
24
Rajah 5.3 Syarat-Syarat Untuk Penambahbaikan Dan Penghasilan Sistem Penilaian
Kualiti Guru Yang Efisien, Dinamik Dan Tidak Rigid
Oleh itu, kajian dan penambahbaikan perlu sentiasa dijalankan supaya suatu
sistem penilaian kualiti yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak.
6.0 Cadangan
Berdasarkan perbincangan mendalam mengenai isu-isu sistem penilaian kualiti guru
dikupas dan arah sistem-sistem berkenaan ditentukan haluannya, jadual berikut
menyenaraikan antara cadangan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti guru
di Malaysia.
Jadual 6.1 Cadangan Penambahbaikan Kualiti Guru
No Cadangan Huraian
1 Pentadbir mengikuti
program kepimpinan
instructional
meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman pentadbir tentang
kepentingan melakukan penyeliaan
guru
pentadbir mengetahui prosedur yang
betul dalam membuat penilaian kualiti
guru-guru
pentadbir adil dalam pemberian markah
(Rusli Ahmad et.al 2007)
25
2 Penyeliaan dijadikan
amalan kualiti & budaya
ilmu di sekolah
melibatkan semua pihak secara
konseptual dan instructional
supaya semua guru menjadi sebati
dengan budaya sekolah
oleh itu, guru sentiasa bersedia untuk
diselia (Shukri Zain 2011)
3 Melaksanakan “Lesson
Study” untuk
meningkatkan Kualiti
Pengajaran guru (Arani
2011, Sudirman 2011)
Pentadbir membudayakan Lesson Study
dalam amalan P & P sekolah
seperti yang diamalkan di Jepun, United
Kingdom, Singapura, Indonesia dan
lain-lain
penyeliaan P&P guru tidak lagi
dilakukan oleh pentadbir semata-mata
penyeliaan dilakukan kepada
keseluruhan proses P&P yang berlaku
Perbincangan dijalankan di antara para
guru dan penyelidik untuk memperbaiki
kelemahan pengajaran
Penilaian Kualiti Guru dijalankan
secara holistik
7.0 Penutup
Sistem penilaian kualiti guru adalah suatu sistem yang dinamik. Perubahan dan
penambahbaikan perlu dilakukan seiring dengan perubahan bidang pendidikan dunia
semasa tanpa meninggalkan acuan Malaysia. Hasrat utama dalam sistem penilaian
kualiti guru adalah mewujudkan sistem penilaian kualiti guru yang tidak melibatkan
unsur-unsur bias, pilih kasih, justifikasi guru yang berat sebelah.
Di samping itu, kualiti dinilai berdasarkan bukti yang jelas berkenaan. Antara
evidens utama yang boleh dijadikan penentu ukur kualiti seseorang guru ialah dengan
26
menjadikan prestasi yang diperoleh pelajar sebagai suatu kesinambungan kualiti guru
seperti yang telah dilaporkan oleh Feng dan Sass (2011) di Flourida. Sesungguhnya,
tunjang utama yang paling penting dalam bidang pendidikan ini ialah memastikan
guru-guru adalah berkualiti walau apa pun sistem yang digunakan sebagai instrumen
pengukurannya. Ini bertepatan dengan guru yang berkualiti penjana pendidikan yang
berkualiti tinggi.
27
RUJUKAN
Abdull Sukor Shaari, Ab. Aziz Yusof, Mohd Khan Jamal Khan, Swee Mei Tang,
Kong Teong Lim. 2008. Keadilan penilaian prestasi dalam kalangan guru dan
hubungannya dengan motivasi kerja dan prestasi akademik sekolah
.International Journal of Management Studies (IJMS) 15: 159-176.
Abdul Ghafar Mahmud. 2011. Haluan Kerja Pendidikan Merealisasikan Agenda
Transformasi Negara. Purtajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Rahim Bin Hamdan, Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Jamaluddin Bin Ramli &
Rosliza Binti Hamzah. 2006. Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa
Kini. Jurnal Pendidikan 31: 123-141
Amir Hassan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Quantum Books Sdn. Bhd.
Feng, L & Sass, T. 2011. Teacher Quality and Teacher Mobility. http://www.urban.
org/publications/1001506.html diakses [27 Oktober 2011].
Feng Jie & Aida Idris.2009. Education Management: Perception of TQM and Its
Effect on Attractiveness of Place of Study. www.g-casa.com/PDF/malaysia/
Idris.pdf diakses [20 Oktober 2011].
Jamil Ahmad & Norlia Goolamaly. 2008. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem
Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. http://eprints.oum.edu.
my/160/ diakses [20 Oktober 2011].
Koedel, C. & Betts, J.R. 2007 Re-Examining the Role of Teacher Quality In the
Educational Production Function. ideas.repec.org/p/umc/wpaper/0708.html
diakses [28 Oktober 2011].
28
Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.
Malaysia. 2010. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
Mohammed Sani Ibrahim. 2007. Evolusi pendidikan guru di Malaysia. Dlm. Norzaini
Azman & Mohammed Sani Ibrahim (pnyt.). Profesion Perguruan, hlm.23-54.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Johdi Salleh, Abdul Rasid Jamian, Baharom Mohamad, Mohd Hasani Dali.
2009. Peranan Guru Mencapai Objektif Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar.
www.iab.edu.my/DR_MOHD_JOHDI.pdf diakses [27 Oktober 2011].
Mok Soon Sang. 2008. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah, Komponen 3:
Profesionalisme Keguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman. 2011. Hubungan kualiti penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific
Journal of Educators and Education 25: 53–71.
Rusli Ahmad, Azman Ismail & Wan Khairuzzaman Wan Ismail. 2007. Sistem
penilaian prestasi sektor awam di Malaysia: pemikiran semula terhadap peranan
dan tanggungjawab pegawai penilai prestasi. Jurnal Kemanusiaan 10: 80-89
Salwani Ismail. 2005. E-Sistem Penilaian Prestasi (E-Spp). Tesis Sarjana Muda,
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universiti Teknologi Mara.
Shukri Zain. 2011. Komunikasi Kepemimpinan Berprestasi Tinggi: Rithmanologi
Dogma. Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
ke-18 Tahun 2011. Anjuran Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 25-28 Julai 2011.
Vijayaletchumi a/p Vairavan, Segar a/l Raja Manickam & Ahmad Sabirin Bin Abd.
29
Ghani. 2010. Pengembangan Profesionalisme: Satu Analisis Program
Pengembangan Profesionalisme Guru Di Peringkat Sekolah Dalam Menambah
baik Kualiti Guru. Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal, hlm.
70 – 80.
30
LAMPIRAN A
PROSES PENILAIAN PRESTASI
Sumber: Abdull Sukor Shaari, Ab. Aziz Yusof, Mohd Khan Jamal Khan, Swee Mei
Tang, Kong Teong Lim. 2008.