1
2
ISI KANDUNGAN
Kata-kata Hikmah Senarai PenulisKata-kata AluanObjektif Kelebihan Menggunakan Pendekatan Pemetaan Intervensi Kumpulan Sasar Pengenalan Langkah 1: Menilai Keperluan Komuniti Langkah 2: Menyediakan Matrik Objektif Perubahan yang
Dijangkakan Langkah 3: Mengenal Pasti Kaedah Berasaskan Teori dan Strategi
yang PraktikalLangkah 4: Menghasilkan Komponen Intervensi dan Bahan-Bahan
BerkaitanLangkah 5: Menggalakkan Penerimaan dan Pelaksanaan
Intervensi Langkah 6: Membuat Penilaian Intervensi Penggunaan Pendekatan Pemetaan Intervensi (PPI) di peringkat Negeri/DaerahKajian Kes Langkah 1: Menilai Keperluan Komuniti Langkah 2: Menyediakan Matrik Objektif Perubahan yang
Dijangkakan Langkah 3: Mengenal Pasti Kaedah Berasaskan Teori dan Strategi
yang PraktikalLangkah 4: Menghasilkan Komponen Intervensi dan Bahan-Bahan
BerkaitanLangkah 5: Menggalakkan Penerimaan dan Pelaksanaan
Intervensi Langkah 6: Membuat Penilaian Intervensi Penutup Rujukan
556812
14
18
20
2223
242632
36
38
42
464748
PERKARA MUKA SURAT
3
SENARAI PENULIS1. Tn. Hj. Abdul Jabar bin Ahmad Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan
2. Hj. Abdul Manan bin Mat Dahan Pegawai Pendidikan Kesihatan Bahagian Pendidikan Kesihatan
3. En. Mohd. Nasir bin Abdullah Pegawai Pendidikan Kesihatan Institut Penyelidikan Tingkahlaku
Kesihatan
4. En. Abdul Razak bin Md. Noh Pegawai Pendidikan Kesihatan JKN Sarawak
5. Pn. Zaikiah binti Mohd. Zin Pegawai Pendidikan Kesihatan Bahagian Pendidikan Kesihatan
6. Pn. Norhayati binti Kassim Pegawai Pendidikan Kesihatan Bahagian Telehealth
7. En. Giritharan a/l Krishnasamy Pegawai Pendidikan Kesihatan PKD Kinta
8. En. Norddin bin Daud Pegawai Pendidikan Kesihatan Hospital Rehabilitasi Cheras
9. Pn. Syarmilla binti Yusoff Pegawai Pendidikan Kesihatan Bah. Keselamatan & Kualiti Makanan
10. Hj. Nik Mansor bin Nik Ibrahim Pegawai Pendidikan Kesihatan PKD Pasir Mas
11. En. Zulkifl i bin Jantan Pegawai Pendidikan Kesihatan JKN Negeri Sembilan
12. Pn. Ruzimah binti Tumiran Pegawai Pendidikan Kesihatan JKN Pulau Pinang
13. En. Ali bin Puteh Pegawai Pendidikan Kesihatan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
14. En. Nadziri @ Ismail bin Daud Pegawai Pendidikan Kesihatan PKD Mukah
15. En. Ahmad Shahid bin Abdullah Pegawai Pendidikan Kesihatan JKN Pahang
16. En. Mohd. Hairmanshah bin Mohd. Shah Pegawai Pendidikan Kesihatan JKN Selangor
17. Cik Aimi Nadiah binti Mohamad Norzlen
Pegawai Pendidikan Kesihatan Bahagian Pendidikan Kesihatan
18. Cik Nur Azurin binti Ramli Pegawai Pendidikan Kesihatan JKN Pahang
4
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penulis garis panduan ini kerana telah berjaya menerbitkan satu garis panduan yang boleh diguna pakai oleh warga kesihatan di pelbagai peringkat di Kementerian Kesihatan.
Pemetaan Intervensi adalah salah satu pendekatan dalam merancang sesebuah program promosi kesihatan. Pendekatan ini memberikan panduan langkah demi langkah bagi memudahkan warga kesihatan merancang program secara lebih sistematik. Ia turut melibatkan pemilihan pelbagai teori/model perubahan tingkah laku bagi memastikan strategi yang digunakan bersesuaian dengan kumpulan sasar.
Pendekatan yang diperkenalkan oleh L. Kay Bartholomew, Guy S. Parcel dan Gerjo Kok pada tahun 1998 ini terbentuk hasil daripada analisa yang mendapati bahawa terdapat kekurangan kerangka yang komprehensif dalam pembentukan program promosi kesihatan. Ia telah digunakan untuk membantu para pengamal promosi kesihatan membentuk intervensi yang terbaik di dalam pelbagai setting.
Semoga garis panduan ini dapat dimanfaatkan oleh setiap pengamal promosi kesihatan dan dijadikan contoh serta rujukan dalam merancang sesuatu program promosi kesihatan yang lebih efi sien dan efektif di masa akan datang.
Sekian. Terima kasih.
Hj Abdul Jabar Bin AhmadPengarah Bahagian Pendidikan KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia
Kata-Kata Aluan
5
Menyediakan satu kerangka atau pendekatan untuk para pengamal di bidang promosi kesihatan dalam merancang program promosi kesihatan secara berkesan
OBJEKTIF
KUMPULAN SASARGaris panduan ini boleh diguna pakai oleh para pengamal promosi kesihatan di pelbagai peringkat
Menyediakan satu tool yang boleh digunakan sebagai salah satu alternatif kepada perancangan program promosi kesihatan
Memberi panduan dalam merancang, melaksana dan menilai program promosi kesihatan secara sistematik dan komprehensif untuk mendapat impak yang berkesan
Memberi panduan langkah demi langkah untuk menjayakan perancangan program promosi kesihatan
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMETAAN INTERVENSI
6
Pendekatan Pemetaan Intervensi (PPI) merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam perancangan intervensi promosi kesihatan. Ia dilaksanakan langkah demi langkah untuk membentuk intervensi promosi kesihatan yang mengguna pakai teoriteori yang relevan. PPI mempunyai enam (6) langkah seperti rajah berikut:
PENGENALAN
Rajah 1: Langkah-Langkah Pendekatan Pemetaan Intervensi
PENILAIAN
PELAKSANAAN
1. MENILAI KEPERLUAN KOMUNITI
2. MENYEDIAKAN MATRIK OBJEKTIF PERUBAHAN YANG DIJANGKAKAN
4. MENGHASILKAN KOMPONEN INTERVENSI DAN BAHAN-BAHAN BERKAITAN
5. MENGGALAKKAN PENERIMAAN DAN PELAKSANAAN INTERVENSI
6. MEMBUAT PENILAIAN INTERVENSI
3. MENGENAL PASTI KAEDAH BERASASKAN TEORI DAN STRATEGI YANG PRAKTIKAL
LANGKAH1Menilai Keperluan Komuniti
8
Langkah 1: Menilai Keperluan Komuniti
Rancang penilaian keperluan menggunakan fasa PRECEDE dalam PRECEDE-PROCEED Model
Rajah 2: PRECEDE PROCEED Model (Green)
Penerangan tentang fasa PRECEDE adalah seperti di jadual di sebelah:
9
FASA PENILAIAN (ASSESSMENT) KETERANGAN
1. Sosial (Social) Kenal pasti dan kaji masalah sosial yang menyumbang kepada kualiti hidup (QOL)
2. Epidemologi (Epidemiologic)
Kenal pasti dan kaji isu-isu kesihatan yang berkaitan
3. Tingkah laku & persekitaran(Behavioral & environmental)
Kenal pasti tingkah laku dan persekitaran yang menyumbang kepada isu kesihatan tersebut
4. Pendidikan & ekologi(Educational & ecological)
Kenal pasti dan kaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tingkah laku dan persekitaran:
Faktor Awalan- Merupakan faktor dalaman individu seperti sikap,
pengetahuan, kepercayaan dan persepsi dalam mengamalkan tingkah laku kesihatan
Faktor Pemungkin- Adalah prasarana, fasiliti atau kemahiran yang
membolehkan berlakunya tingkah laku kesihatan
Faktor Pengukuh- Faktor yang mendorong kepada tingkah laku
kesihatan seperti galakan, nasihat, motivasi, sokongan dan pengaruh daripada rakan sebaya, suami, ahli keluarga dan majikan
5. Pentadbiran & polisi(Administrative & policy)
Kenal pasti sumber-sumber, polisi dan organisasi yang sedia ada
Jadual 1: Keterangan Fasa PRECEDE dalam PRECEDE-PROCEED Model
Kesemua maklumat tersebut boleh diperolehi antaranya melalui literature review, rekod dan laporan tahunan, kajian, perbincangan kumpulan berfokus (FGD), temu bual, soal selidik, pemerhatian, laporan epid mingguan dan sesi dialog
Semua masalah kesihatan, tingkah laku dan persekitaran yang telah dikenal pasti perlulah diberi keutamaan berdasarkan importance and changeability level (prioritize)
LANGKAH2Menyediakan Matrik Objektif Perubahan Yang Dijangkakan
12
Langkah 2: Menyediakan Matrik Objektif Perubahan yang Dijangkakan
Catatkan objektif tingkah laku dan persekitaran yang ingin diubah dalam bentuk jadual (matrik)
Gunakan teori/model perubahan tingkah laku yang bersesuaian dengan kumpulan sasar
Rujuk contoh di jadual 4 dan 5
LANGKAH3Mengenal Pasti KaedahBerasaskan Teori Dan Strategi
Yang Praktikal
14
Langkah 3: Mengenal Pasti Kaedah Berasaskan Teori dan Strategi yang Praktikal
Kenal pasti strategi dan kaedah yang bersesuaian dengan perkara yang ingin diubah
Jadual 2: Contoh Kaedah yang Digunakan bagi Mengubah Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Persepsi
FAKTOR PENENTU YANG INGIN DIUBAH
KAEDAH (TEORI BERKAITAN) PARAMETER
Pengetahuan Tailoring (Transtheoretical Model, Precaution Adoption Model)
Maklumat disampaikan mengikut tahap kesediaan kumpulan sasar
Pembelajaran aktif (Persuasion Communication Matrix, Social Cognitive Theory)
Menggalakkan kumpulan sasar untuk menambah lagi maklumat kepada mesej yang disampaikan
Chunking (Theories of Information Processing)
Melabel atau membuat singkatan pada perkataan untuk memudahkan kumpulan sasar mengingati mesej yang disampaikan
Sikap Pemilihan kepercayaan (Theory of Planned Behavior)
Mengenal pasti dan mengubah kepercayaan-kepercayaan negatif yang ada dalam diri individu
Pendedahan yang berulang-ulang (Theories of Learning)
Meneutralkan sikap asal yang negatif
Pemodelan (Social Cognitive Theory)
Menggalakkan kumpulan sasar meniru model yang digunakan
15
Kemahiran Pemodelan (Social Cognitive Theory)
Menggalakkan kumpulan sasar memberi tumpuan dan mengingati berpandukan sumber yang kredibel
Guided Practices (Social Cognitive Theory)
Demostrasi dan memberi arahan
Merancang tindak balas terhadap situasi yang negatif (Attribution Theory, Relapse Prevention)
Menggalakkan kumpulan sasar mengenal pasti situasi yang berisiko tinggi dan berlatih untuk bertindak balas terhadap situasi tersebut
Persepsi Fear Arousal (Health Belief Model, Protection Motivation Theory)
Mencetuskan perasaan takut kepada kumpulan sasar terhadap sesuatu masalah kesihatan
Dramatic Relief (Transtheoretical Theory)
Kaunseling di mana emosi boleh diransang
LANGKAH4MENGHASILKAN KOMPONENINTERVENSI DAN
BAHAN-BAHAN BERKAITAN
18
Langkah 4: Menghasilkan Komponen Intervensi dan Bahan-Bahan Berkaitan
Tentukan skop dan turutan aktiviti /sediakan pelan tindakan Beri nama / imej / identiti kepada program yang ingin dijalankan bersesuaian dengan
budaya di setting tersebut Semak semula bahan-bahan pendidikan kesihatan yang sedia ada Sediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan dan sumber lain yang mencukupi Lakukan prauji ke atas bahan yang dihasilkan Buat penambahbaikan ke atas bahan yang telah diprauji
LANGKAH5Menggalakkan Penerimaan dan
Pelaksanaan Intervensi
20
Langkah 5: Menggalakkan Penerimaan dan Pelaksanaan Intervensi
Tentukan pengurusan sumber tenaga manusia, kewangan, material, masa dan tempat
Ambil kira faktor-faktor yang boleh mengekalkan kelestarian program tersebut (sustainability)
Ambil kira faktor-faktor yang boleh menjayakan program tersebut
LANGKAH6Membuat PenilaianIntervensi
22
Langkah 6: Membuat Penilaian Intervensi
Rangka pelan penilaian meliputi:
i. Penilaian proses/formatif (semasa pelaksanaan aktiviti) ii. Penilaian sumatif (objektif yang ditetapkan)
Bentuk indikator dan pengukuran
CONTOH PENGGUNAAN PENDEKATAN PEMETAAN
INTERVENSI (PPI) DI PERINGKAT
NEGERI/DAERAH
24
KAJIAN KES:Wabak denggi telah menular di
seluruh negeri X. Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah bekerjasama untuk membendung wabak ini
dengan merancang program promosi kesihatan yang mengguna pakai
Pendekatan Pemetaan Intervensi.
LANGKAH1Menilai Keperluan Komuniti
26
Langkah 1: Menilai Keperluan Komuniti
Penilaian keperluan dijalankan menggunakan fasa PRECEDE dalam PRECEDE-PROCEDE Model.
a) Penilaian Sosial
Merangkumi kualiti hidup seperti:
- Kadar jenayah yang tinggi- Keselamatan- Ponteng sekolah- Buli- Gejala sosial- Kesejahteraan - Masalah kesihatan- Kebimbangan
Dalam kes ini, hasil penilaian sosial mendapati masalah kesihatan adalah perkara utama yang menjejaskan kualiti hidup di negeri X dan perlu ditangani segera.
b) Penilaian Epidemiologi
Dalam situasi ini, maklumat yang diperolehi adalah seperti berikut:
Penyakit berjangkit Penyakit tidak berjangkitDenggi HipertensiMalaria Diabetes mellitusHIV / AIDS Kegagalan buah pinggangPenyakit bawaan air dan makanan Penyakit jantung
Pilih masalah kesihatan yang ingin ditangani berdasarkan faktor-faktor berikut: Tahap kepentingan (urgency) Tahap keterukan Masalah kesihatan yang mampu diubah
Paling penting Kurang pentingMudah diubah Paling utama Kurang utamaSukar diubah Utama Tidak perlu
27
Dalam situasi ini, demam denggi dikenal pasti sebagai masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kematian dan mengancam kesihatan penduduk di negeri X.
c) Penilaian Tingkah Laku dan Persekitaran
Penilaian tingkah laku dan persekitaran dijalankan berdasarkan isu kesihatan yang telah dikenal pasti.
Jadual 3: Contoh Penilaian Tingkah Laku & Persekitaran Berdasarkan Isu Demam Denggi di Negeri X
Penilaian Tidak membuang air takungan Tidak meletakkan abate Tidak membersihkan longkang Tidak membuang sampah dengan betul Tidak memeriksa kawasan dalam dan luar rumah setiap minggu
Tingkah Laku PBT tidak mengutip sampah mengikut jadual Terdapat pembiakan jentik-jentik di tanah terbiar/ projek
terbengkalai Struktur bangunan yang boleh menakung air Gutter tersumbat
Pilih tingkah laku kesihatan dan persekitaran yang ingin diubah berdasarkan kriteria berikut:
Paling penting (Contoh: Akibat pada masyarakat secara keseluruhan, menjejaskan ekonomi, agenda keutamaan negara)
Mudah diubah (Contoh: Tingkah laku yang mudah diubah, kos efektif, mempunyai sumber mencukupi)
Paling penting Kurang pentingMudah diubah Paling utama Kurang utamaSukar diubah Utama Tidak perlu
Dalam kes ini, tingkah laku dan persekitaran yang dikenal pasti sebagai yang paling penting dan mudah diubah adalah:
Tingkah laku - Tidak memeriksa kawasan dalam dan luar rumah setiap minggu
Persekitaran - PBT tidak mengutip sampah mengikut jadual
28
d) Penilaian Pendidikan dan Ekologi
Penilaian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku kesihatan.
Dalam kes ini, tingkah laku penghuni premis tidak mencari dan menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan luar rumah setiap minggu dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
Faktor KenyataanAwalan Persepsi tidak akan mendapat jangkitan demam denggi
Persepsi demam denggi adalah perkara biasa Sikap sibuk dengan pekerjaan
Pemungkin Tiada kemahiran menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik dengan cara yang betul
Pengukuh Jiran tidak membuang atau mengenal pasti bekas-bekas yang berpotensi untuk pembiakan jentik-jentik
Manakala bagi persekitaran kontraktor yang dilantik tidak mengutip sampah mengikut jadual dipengaruhi oleh faktor berikut:
Faktor pemungkin o Pemantauan yang lemaho Lori tidak cukupo Pekerja tidak cukup
e) Penilaian Pentadbiran dan Polisi
Kenal pasti sama ada wujudnya sumber pentadbiran seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), NGO, Rukun Tetangga (RT), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Pasukan COMBI
Kenal pasti polisi/peraturan yang berkaitan contohnya Undang-Undang Kecil Pungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pembakaran sampah secara terbuka)
29
Dalam senario ini, bagi tingkah laku tidak memeriksa kawasan dalam dan luar rumah setiap minggu didapati:
Tiada sukarelawan COMBI Tidak melibatkan rukun tetangga / Joint Management Body (JMB) dalam aktiviti
pencegahan demam denggi
Bagi faktor persekitaran PBT tidak mengutip sampah mengikut jadual didapati:
Pelaksanaan polisi yang lemah
Rumusan
Input dalam langkah pertama ini boleh membantu menggubal pernyataan masalah yang dihadapi secara terperinci. Rajah di sebelah merupakan hasil dari penilaian yang dilakukan.
30
Raja
h 3:
Con
toh
Mas
alah
Dem
am D
engg
i Men
giku
t Fas
a PR
ECED
E D
alam
PRE
CED
E-PR
OCE
ED M
odel
LANGKAH2Menyediakan Matrik Objektif Perubahan Yang Dijangkakan
32
Langkah 2: Menyediakan Matrik Objektif Perubahan yang Dijangkakan
Dalam langkah ini, wujudkan matrik dengan memadankan teori-teori perubahan tingkah laku yang bersesuaian dengan objektif prestasi (perubahan yang dikenal pasti). Objektif prestasi adalah objektif tingkah laku dan persekitaran yang telah dikenal pasti dalam langkah 1 dan perlu diubah.
Dalam kes ini, beberapa objektif prestasi telah dikenal pasti seperti berikut:
Objektif prestasi 1: Periksa dan hapuskan tempat pembiakan jentik-jentik dalam dan luar rumah setiap
minggu
Objektif prestasi 2: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengutip sampah mengikut jadual yang
ditetapkan
Objektif prestasi 2.1: Anggota PBT meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di no mans land, tapak
pembinaan
Objektif prestasi 3: Komuniti melaksanakan gotong-royong
Objektif prestasi 4: Pembantu Kesihatan Awam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dengan betul
Untuk objektif prestasi 1, matrik dibentuk dengan menggunakan Model Kepercayaan Kesihatan. Model yang diperkenalkan oleh Hochbaum dan Rosenstock pada tahun 1950-an menyatakan bahawa individu akan berubah hasil interaksi dengan eleman-elemen berikut:
Percaya dirinya terdedah kepada masalah kesihatan Percaya bahawa akibatnya amat serius Percaya tindakan yang dibuat memberikan faedah Percaya tindakan yang dibuat tidak melibatkan masa yang panjang atau kos yang
tinggi Percaya dirinya mampu melaksanakan tingkah laku yang disarankan Faktor demografi dan sosio psikologi Petunjuk kepada tindakan
33
Objektif Prestasi
(Perubahan yang Dikenal
Pasti)
Tanggapan Kemungkinan
Mendapat Penyakit/ Masalah
Kesihatan
Tanggapan Keterukan Penyakit/ Masalah
Kesihatan
Tanggapan Faedah
Tanggapan Halangan
Petunjuk untuk Tindakan
Keyakinan Diri
Objektif Prestasi 1
Periksa dan hapuskan tempat pembiakan jentik-jentik dalam dan luar rumah setiap minggu
Saya boleh dijangkiti demam denggi
Demam denggi bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah
Demam denggi boleh membawa maut
Rumah saya bersih dan bebas dari Aedes
Saya hanya perlu meluangkan masa 10 minit sahaja untuk membuat pemeriksaan di dalam dan luar rumah
Saya menonton iklan di televisyen
Saya akan didenda jika kawasan rumah saya didapati mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik
Saya yakin bahawa saya boleh membersihkan rumah seperti yang disarankan
Saya yakin saya boleh mendorong orang
sekeliling untuk sama-sama membersihkan kawasan rumah
Jadual 4: Matrik Masalah Denggi Menggunakan Model Kepercayaan Kesihatan
Untuk objektif prestasi 2, matrik dibentuk dengan menggunakan Teori Pembangunan Organisasi yang diasaskan oleh Kurt Lewin (1947). Teori ini menyatakan terdapat tiga fasa yang perlu dilaksanakan oleh agen perubahan bagi membuat perubahan dalam satu organisasi. Fasa tersebut adalah proses mencetus perubahan tingkah laku, proses perubahan tingkah laku dan proses penstabilan/mengekalkan tingkah laku.
34
Objektif Prestasi (Perubahan yang
Dikenal Pasti)
Proses Mencetus Perubahan Tingkah
Laku
Proses Perubahan Tingkah Laku
Proses Penstabilan/ Mengekalkan Tingkah Laku
Objektif Prestasi 2
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan
Penilaian semula polisi sedia ada
Advokasi Kolaborasi
Penambahbaikan polisi sedia ada
Penguatkuasaan polisi
Kolaborasi
Objektif Prestasi 2.1
Anggota PBT meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di no mans land, tapak pembinaan
Penilaian semula aktiviti penguatkuasaan yang telah dijalankan
Advokasi Kolaborasi
Penilaian prestasi Pemerkasaan
Kolaborasi Dorongan sosial
- Anugerah Pekerja Cemerlang- Pekerja contoh
Objektif Prestasi 3
Komuniti melaksanakan gotong-royong
Tingkatkan pengetahuan dan kesedaran
Tingkatkan kemahiran
Latihan Pemerkasaan Juara / agen
perubahan
Penghargaan Latihan berterusan
Objektif Prestasi 4
Pembantu Kesihatan Awam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dengan betul
Semakan semula senarai tugas/ skop kerja/ SOP/ sasaran
Penilaian kemahiran
Jelaskan senarai tugas/ skop kerja/ SOP/ sasaran
Tingkatkan latihan kemahiran
Sediakan kit pendidikan kesihatan
Pembinaan pasukan
Adakan persidangan denggi
Perkongsian maklumat
Model ikutan/ teladan
Menunjukkan teladan
Sesi berkongsi pengalaman
Latihan ulang kaji
Jadual 5: Matrik Masalah Denggi Menggunakan Teori Pembangunan Organisasi
LANGKAH3Mengenal Pasti KaedahBerasaskan Teori Dan Strategi
Yang Praktikal
36
Langkah 3: Mengenal Pasti Kaedah Berasaskan Teori dan Strategi Yang Praktikal
Langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi dan kaedah untuk mengubah faktor-faktor penentu kepada tingkah laku.
FAKTOR PENENTU YANG INGIN DIUBAH
KAEDAH STRATEGI
Persepsi tidak akan mendapat jangkitan demam denggiPersepsi demam denggi adalah perkara biasa
Menakut-nakutkan Menunjukkan statistik kematian akibat denggi
Tayangan video yang meransang emosi
Sikap saya sibuk bekerja Berhujah Sesi dialog Bual bicara bersama Pak
Nil Forum Pencegahan
Denggi
Jiran tidak membuang atau mengenal pasti bekas-bekas yang berpotensi untuk pembiakan jentik-jentik
Komunikasi Hebahan semasa di rumah ibadah/ khutbah jumaat / tazkirah
Tiada sukarelawan COMBITidak melibatkan rukun tetangga/ Joint Management Body (JMB) dalam aktiviti pencegahan demam denggi
Mobilisasi sosial/ penglibatan komuniti
Penubuhan pasukan COMBI
Gotong-royong Melibatkan rukun
tetangga/JMB
Pemantauan yang lemah Kolaborasi/advokasi KKM mengadakan perbincangan berkala bersama PBT
LANGKAH4MENGHASILKAN KOMPONENINTERVENSI DAN
BAHAN-BAHAN BERKAITAN
38
Langkah 4: Menghasilkan Komponen Intervensi dan Bahan-Bahan Berkaitan
Berdasarkan maklumat yang telah dilaksanakan dalam langkah 1 hingga 3, rancang aktiviti bersama-sama komuniti bagi menentukan:
Objektif yang ingin dicapai- Lakukan sumbang saran, rujuk kajian lepas atau perbincangan kumpulan
berfokus bagi menentukan objektif.Contoh: Objektif tingkah laku80% isi rumah akan memeriksa dan hapuskan tempat pembiakan jentik- jentik dalam dan luar rumah setiap minggu dalam tempoh 6 bulan
Skop dan turutan- Skop merangkumi ruang lingkup perlaksanaan projek dari aspek tempoh dan
aktiviti yang dijalankan manakala turutan merupakan susunan aktiviti yang dirancang mengikut jadual.Contoh: Tempoh pelaksanaan adalah selama 6 bulan dan disasarkan kepada ketua isi rumah khususnya dan komuniti umumnya
Tema- Beri nama/imej/identiti kepada program yang ingin dijalankan bersesuaian
dengan budaya. Tema mestilah berasaskan objektif perubahan tingkah laku. Contoh:
Slogan Hulu Langat Bebas Denggi dan Identiti Baju / bahan pendidikan / kenderaan menggunakan warna seragam merah / kuning
Saluran komunikasi dan agen perubahan- Kenal pasti saluran komunikasi utama yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat kepada kumpulan sasar dan individu yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti.
Contoh: Sembang warung / Promoter COMBI
Sumber tenaga manusia/kewangan/material- Kenal pasti sumber yang diperlukan dalam menjalankan aktiviti. Contoh: Ceramah Pegawai Pendidikan Kesihatan (HEO) Penyediaan tempat JKKK Kewangan JKKK dan Pejabat Kesihatan Daerah
39
Penerbitan bahan pendidikan- Kenal pasti bahan yang perlu dihasilkan. Reka bentuk bahan. Semak sama ada
bahan selaras dengan objektif, kaedah dan strategi yang digunakan sesuai dengan kumpulan sasar.
Contoh: Poster, bunting, banner, risalah dan video
Prauji bahan- Hasilkan bahan pendidikan untuk prauji. Prauji dilakukan bagi menentukan
ketepatan maklumat teknikal, menarik perhatian, mudah difahami dan memberi kesan kepada kumpulan sasar. Prauji boleh dilakukan sama ada melalui perbincangan kumpulan, soal selidik dan temuramah.
Contoh: Edarkan draf poster / banner / bunting / risalah / video kepada: Pengarah Pihak teknikal ( pakar rujuk ) Kumpulan sasar
LANGKAH5Menggalakkan Penerimaan dan
Pelaksanaan Intervensi
42
Langkah 5 : Menggalakkan Penerimaan dan Pelaksanaan Intervensi
Bentuk pelan tindakan bersama-sama dengan komuniti. Pelan tindakan mestilah ber-dasarkan langkah yang dikenal pasti sebelum ini iaitu:
Tentukan pengurusan sumber tenaga manusia, kewangan, material, masa dan tempat
Ambil kira faktor-faktor yang boleh mengekalkan program tersebut (kelestarian / penerusan)
Ambil kira faktor-faktor yang boleh menjayakan program tersebut
Contoh pelan tindakan adalah seperti di bawah:
Objektif prestasi (PO 1): Periksa dan hapuskan tempat pembiakan jentik-jentik dalam dan luar rumah setiap minggu
Item Kaedah Strategi Kumpulan Sasar
Tanggung-jawab
Sumber Indikator
a. Persepsi tidak akan mendapat jangkitan demam denggi dan persepsi demam denggi adalah perkara biasa
Mencetus rasa takut demam denggi boleh membawa maut
Pamerkan berita kematian / statistik denggi
Tayangan video yang meransang emosi
Ibu bapa JKKK Video Berita /
keratan akhbar
Bilangan tayangan video
Bilangan keratan akhbar / statistik dikemas kini
b. Sikap saya sibuk bekerja
Berhujah Sesi dialog Bual bicara
bersama Pak Nil
Forum Pencegahan Denggi
Ibu bapa JKKK Fakta, statistik kesihatan
Bilangan sesi dialog / bual bicara / forum diadakan
43
Item Kaedah Strategi Kumpulan Sasar
Tanggung-jawab
Sumber Indikator
Sekiranya sampah tidak dikutip mengikut jadual boleh membiakkan jentik-jentik
Kolaborasi KPI jabatan Mesyuarat
jawatankuasa wabak denggi daerah
PBT Kontraktor
sampah Wakil rakyat Pemimpin
masyarakat
Yang dipertua Majlis Perbandaran
Pegawai Daerah
PKD
Bukti bergambar
Aduan penduduk
Laporan denggi
Bilangan mesyuarat diadakan
Bilangan aduan berkaitan dengan kutipan sampah
Objektif prestasi (PO 2): Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan
LANGKAH6Membuat PenilaianIntervensi
46
Langkah 6: Membuat Penilaian Intervensi
Rangka pelan penilaian meliputi penilaian proses/formatif (semasa pelaksanaan aktiviti) dan penilaian sumatif (objektif yang ditetapkan). Bentuk indikator dan pengukuran.
Penilaian formatif adalah maklum balas yang diterima daripada kumpulan sasar dan pelaksana intervensi sepanjang tempoh intervensi dilaksanakan. Manakala, penilaian sumatif adalah penilaian impak sama ada program tersebut mencapai objektif dan matlamat intervensi. Penilaian sumatif dilakukan selepas tamat tempoh intervensi dilaksanakan.
Dalam situasi ini, contoh penilaian formatif dan sumatif adalah seperti berikut:
Jenis Penilaian Contoh
Formatif Bilangan sesi ceramah Bilangan kehadiran kumpulan sasar Bilangan poster diedarkan Bilangan iklan disiarkan di radio Bilangan sembang santai di warung Bilangan sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD)
Sumatif Peningkatan peratus pencapaian perubahan tingkah laku kesihatan yang disasarkan
Penurunan kes demam denggi Penurunan Aedes Index (AI) dan Breteau Index (BI) Penurunan bilangan kompaun yang dikeluarkan
47
Penutup
Pemetaan Intervensi merupakan salah satu alternatif pendekatan yang boleh diguna pakai dalam merancang intervensi promosi kesihatan. Kerangkanya yang komprehensif menjadikan Pendekatan Pemetaan Intervensi ini lebih sistematik dan tersusun langkah demi langkah.
Pendekatan ini turut menggunakan teori/model yang bersesuaian dengan intervensi yang ingin dilakukan supaya ia lebih praktikal dan menepati keperluan kumpulan sasar. Walaupun Pendekatan Pemetaan Intervensi ini agak komplek dan mengambil masa untuk dilaksanakan, namun faedah yang diperolehi daripada penggunaan secara konsisten dapat mengatasi masalah tersebut.
Bagi para pengamal promosi kesihatan, adalah wajar menggunakan pendekatan ini agar intervensi yang dirancang dapat direncana dengan baik dan menghasilkan impak yang diingini.
48
Rujukan
1. Bartholomew, L. K et.al. (2006), Planning Health Promotion Program: An Intervention Mapping Approach (2nd Edition), Jossey-Bass: USA.
2. Bracht, N. (1990), Health Promotion at the Community Level. California: Sage
Publication.
3. Glanz K, Rimer BK & Lewis FM, (2002). Health Behavior and Health Education; Theory, Research, and Practice: San Francisco: John Wiley & Sons.
4. Green, L.W et.al. (1996). Ecological Foundations of Health Promotion. American Journal of Health Promotion 10(4):270-281.
5. Green, L & Ottoson, J. (1994). Community Health. (7 ed). Chicago: Mosby.
6. Homan, M. (2008). Promoting Community Change. Making It Happen In Real World (4th Ed). Belmont.Thomson Brooks/Cole.
7. Laverack, G. (2004). Health Promotion Practice Power and Empowerment. London: Sage Publications ltd.
8. Nutbeam, D & Harris, E. (2007). Theory in a Nutshell; A Practical Guide to Health Promotion Theories: Sydney: Mc Graw Hill.
9. Cottrell.R.R, et.al. (2006). Health Promotion and Education, Pearson, Benjamin Cummings: San Francisco.
10. Egger, G.Spark & Lawson J. (2005). Health Promotion Strategies & Methods. NSW: McGraw-Hill Australia.
11. Prochaska JO, DiClemente CC.2005.The Transtheoretical Approach.In:Norcross.JC, Goldfriend MR, editors.Handbook of Psychotherapy Integration.2nd ed.New York: Oxford University Press.
front_pagebuku dua CONFIRM CROP.pdf