LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Cadangan Projek
Laporan cadangan pembangunan ini disediakan oleh SR CONSULT untuk
pemilik tanah / bangunan seperti di bawah:
Datuk Shanmugam A/L Indra & Puveendra Thuraisingam
No.42, Persiaran Raja Muda,
Seksyen 31,
42100 Klang Bandar Diraja,
Selangor Darul Ehsan.
1.2 Latarbelakang Permohonan.
Pihak pemilik tanah / bangunan ingin mengemukakan Permohonan
Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan Dan Perubahan
Bangunan Kedai / Pejabat 4 ½ Tingkat Kepada Hotel Bajet Dengan
Tambahan Lantai Di Tingkat Mezanine Bahagian Hadapan Dan Fasad
Baru (Yang Mengandungi 46 Bilik), Di Atas Lot 440, (No.42 Persiaran
Raja Muda, Seksyen 31, 42100 Klang Bandar), Mukim Klang, Daerah
Klang, Selangor Darul Ehsan. Untuk salinan hakmilik tanah tersebut, sila
rujuk Lampiran I laporan ini.
Pihak pemilik lot ini ingin mengemukakan permohonan kebenaran
merancang ini supaya mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan. Tujuan utama ini adalah untuk memberi keselesaan
kepada pemilik.
Pihak pemilik ingin membuat cadangan tambahan dan perubahan
bangunan kedai / pejabat 4 ½ tingkat kepada hotel bajet dengan tambahan
lantai di tingkat mezanine bahagian hadapan dan fasad baru yang
mengandungi 46 bilik.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 2
1.3 Tujuan Laporan
Laporan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk menyokong permohonan
yang dikemukakan oleh pemilik Secara umumnya, tujuan permohonan ini
adalah untuk ;-
a) Memohon kelulusan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi
Cadangan Tambahan Dan Perubahan Bangunan Kedai / Pejabat 4 ½
Tingkat Kepada Hotel Bajet Dengan Tambahan Lantai Di Tingkat
Mezanine Bahagian Hadapan Dan Fasad Baru (Yang Mengandungi 46
Bilik), Di Atas Lot 440, (No.42 Persiaran Raja Muda, Seksyen 31, 42100
Klang Bandar), Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
b) Untuk memberikan penerangan kepada pihak berkuasa perancangan
tempatan mengenai latar belakang tapak serta pembangunan yang terdapat
disekitarnya meliputi rasional dan justifikasi pembangunan yang
dicadangkan agar pihak Majlis Perbandaran Klang membuat keputusan dan
memberikan kelulusan terhadap permohonan ini.
c) Tujuan pembinaan hotel bajet ini adalah untuk disewakan kepada
pengunjung yang memerlukan tempat tinggal ketika datang ke kawasan ini.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 3
2.0 PENILAIAN TAPAK CADANGAN
Aspek-aspek penting dalam penilaian tapak adalah seperti berikut:
2.1 Lokasi Tapak
Untuk lokasi tapak sila rujuk Rajah 1: Pelan Kunci di muka Surat 5, Rajah 2:
Pelan Lokasi di muka Surat 5, laporan ini. Tapak cadangan terletak di atas
Lot 440, Persiaran Raja Muda .
2.2 Hakmilik Tanah
Tapak cadangan ini berstatus tanah bebas dan dimiliki oleh seorang
pemilik. Berikut adalah butiran terperinci maklumat-maklumat hakmilik
tanah.
Jenis Geran : Hakmilik sementara
No. Geran : H.S.D 28198
No. Lot : Lot 440 Seksyen 31
Mukim : Bandar Klang
Daerah : Klang
Keluasan : 303.5043 Meter
Kegunaan tanah : Bangunan
Sekatan Kepentingan : Tiada
Syarat Nyata : Bangunan perniagaan
Untuk salinan hakmilik tanah sila rujuk Lampiran II laporan ini
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 4
2.3 Analisa Pembangunan Persekitaran
Untuk pembangunan sekitar tapak, sila rujuk gambar foto untuk keterangan lanjut di
mukasurat 7.
Utara : Deretan rumah teres satu tingkat sediada
Selatan : Deretan kedai 3 tingkat sediada
Timur : Deretan kedai pejabat 2 tingkat sediada
Barat : Deretan kedai pejabat 3 tingkat sediada
2.4 Gunatanah Semasa
Secara keseluruhan kawasan tapak cadangan adalah bekas bangunan hospital
pantai sediada. Sila rujuk gambar foto untuk
keterangan lanjut di mukasurat 6.
2.5 Karektor Fizikal Tapak
Secara keseluruhannya tapak projek adalah
tanah gambut. Saliran air akan
mengalir dari arah Timur ke barat tapak
mengikut sistem perparitan semulajadi sediada
2.6 Ekses Sediada
Ekses ke tapak ini adalah dari Klang melalui
Jalan Persiaran Raja Muda Musa sediada seperti
yang di tunjukkan di Rajah 2 :
Pelan lokasi di muka surat 5.
2.7 Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti
a. Telekomunikasi :
Daripada kajian yang dijalankan tapak cadangan tidak mempunyai masalah untuk
mendapat talian telekomunikasi kerana kemudahan sediada adalah mecukupi untuk
menampung bekalan sediada dan masa akan datang.
b. Sistem Bekalan Air
Sumber bekalan air sediada daripada Syabas di tapak cadangan.
Longkang Konkrit Sediada
Jalan Sediada (Persiaran Raja Muda Musa)
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 6
Rajah 3: Gambar Gunatanah Semasa
Tapak Merupakan Bekas Bangunan Hospital Pantai Sediada 5 Tingkat Keadaan Bangunan Telah Dikosongkan
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 7
Rajah 4 : Gambar Gunatanah Sekitar
Deretan Rumah Teres 1 Tingkat Sediada
Deretan Kedai Pejabat 3 Tingkat Sediada
Deretan Kedai Pejabat 2 Tingkat Sediada
Deretan Kedai Pejabat 3 Tingkat Sediada
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 8
3.0 RASIONAL PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
Berdasarkan kepada keterangan tapak dan pembangunan di sekitarnya seperti yang telah
dinyatakan di bahagian 2.0. Rasional permohonan bagi kebenaran merancang berkenaan
adalah seperti berikut :-
i. Pihak pemilik ingin membina secara sah dan mengikut kehendak-kehendak
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan ;
ii. Kawasan tapak cadangan ini telah dizonkan sebagai kawasan perniagaan di
dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1) 2020.
Tapak cadangan berpotensi dimajukan kerana kedudukannya berdekatan
dengan jalan utama.
iii. Tapak projek mempunyai eksesibiliti yang baik kerana dapat dihubungi dengan
jalan-jalan yang menyambungkan tapak ke Bandar Pelabuhan (Pelabuhan
Utara, Selatan & Barat) dan ini dijangka dapat menggalakkan lagi
pembangunan di kawasan ini.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 9
4.0 POTENSI-POTENSI PEMBANGUNAN
d) Melalui analisa dan tinjauan keatas tapak cadangan dari segi fizikal tapak kawasan
sekitarnya, adalah mendapati bahawa Permohonan Kebenaran Merancang Bagi
Cadangan Tambahan Dan Perubahan Bangunan Kedai / Pejabat 4 ½ Tingkat
kepada Hotel Bajet Dengan Tambahan Lantai Di Tingkat Mezanine Bahagian
Hadapan Dan Fasad Baru (Yang Mengandungi 46 Bilik), Di Atas Lot 440,
(No.42 Persiaran Raja Muda, Seksyen 31, 42100 Klang Bandar), Mukim Klang,
Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan adalah bersesuaian berdasarkan kepada
potensi-potensi pembangunannya seperti berikut :-
i. Lokasi tapak yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang dan Bandar
Klang telah mempertingkatkan lagi potensi-potensi pembangunan tapak cadangan
dan menawarkan kemudahan awam dan asas yang diperlukan.
ii. Daya kemudahsampaian yang tinggi ke tapak cadangan memberi potensi kepada
tapak cadangan untuk dimajukan. Akses utama adalah jalan-jalan tempatan
sediada akan memberi kesan positif terhadap pertumbuhan pesat yang
berkembang di sekitar kawasan tapak cadangan.
iii. Tapak cadangan tidak mempunyai masalah untuk pembangunan bangunan
perniagaan disebabkan ciri-ciri topografinya yang rata dan sesuai untuk sebarang
pembangunan. Kerja-kerja penambakan dan pemotongan tanah tidak perlu
dilakukan. Tapak cadangan tidak mempunyai isu-isu alam sekitar yang ketara.
iv. Cadangan pembangunan kawasan perniagaan ini pasti akan mewujudkan peluang-
peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan bumiputera dan juga penduduk-
penduduk yang tinggal berhampiran tapak cadangan dan kawasan sekitarnya,
serta sekaligus dapat membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk
tempatan.
v. Permintaan terhadap kawasan perniagaan adalah begitu tinggi memandangkan
negara kita sedang berada dalam proses mencapai taraf negara komersial maju.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 10
5.0 RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
(PENGUBAHAN 1) 2020
Merujuk kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1)
2020, tapak dikhaskan untuk perancangan perindustrian (BPKU 1 : Kapar)
Rajah 5: Menunjukkan Bahawa Tapak Cadangan DiKhaskan Untuk
Perniagaan
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 12
6.0 DASAR PEMBANGUNAN
Negeri maju yang ingin dicapai oleh Negeri Selangor ialah kemajuan yang syumul atau
holistik yang mengimbangi kemajuan rohani dan jasmani dalam persekitaran ekonomi
mampan yang berteraskan maklumat dan pengetahuan (k-ekonomi) ke arah mewujudkan
masyarakat madani dan insan rabbani.Oleh itu, peningkatan kualiti kemahiran dan
dalaman rakyatnya menjadi antara sasaran utama bagi meningkatkan kualiti kehidupan
secara umumnya.
Empat daerah iaitu Daerah Gombak, Klang, Petaling Jaya dan Hulu Langat di Negari
Selangor terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan daerah-daerah ini menunjukkan
kemajuan yang sangat tinggi.
6.1 Faedah-Faedah Yang Di Jangkakan Dan Justifikasi Pembangunan
Beberapa pendekatan dan kaedah digunakan sebagai asas dan dasar penganalisaan
justifikasi tapak pembangunan. Antaranya yang boleh menjadi panduan bagi tujuan
penilaian tersebut adalah:
i. Penilaian ke atas elemen fizikal sediada seperti jalan, saliran, pengairan dan lain-
lain.
ii. Justifikasi ke atas pembagunan persekitaran sediada.
Tapak cadangan pembangunan ini terletak di kawasan strategik dengan sistem sirkulasi
yang baik dan mempunyai kadar aksesbiliti yang tinggi ke kawasan sekitar. Faktor ini akan
memudahkan pembentukkan perhubungan yang efisien dan mewujudkan suasana
pembangunan yang terancang. Pertimbangan yang positif boleh diberikan ke atas
permohonan ini kerana:
i. Perancangan pembangunan bertepatan dalam mewujudkan persekitaran
kehidupan manusia yang berkualiti.
ii. Pembangunan berdaya ke arah mengukuhkan sistem perancangan fizikal, sosial
dan alam sekitar di kawasan setempat.
iii. Bertepatan dengan doktrin perancangan dan pembangunan sejagat yang berpaksi
kepada hubungan tiga hala iaitu hubungan manusia dengan pencipta, hubungan
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya.
iv. Menepati konsep pembangunan spatial dimana cadangan pembangunan ini berada
di dalam zon pembangunan.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 13
7.0 KESAN PEMBANGUNAN SOSIAL
Pembangunan memberi impak terhadap masyarakat. Impak negatif akibat daripada
pembangunan berpotensi mengurangkan faedah yang sepatutnya dinikmati oleh
masyarakat. Dalam situasi ini, biasanya SIA dilaksanakan untuk mengenal pasti impak
pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek terhadap individu dan
masyarakat. Sehubungan itu, SIA boleh ditakrifkan sebagai: “proses untuk mengenal pasti,
meramal, menilai dan menyampaikan maklumat berkenaan impak sosial akibat
pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek terhadap masyarakat
dan mengesyorkan tindakan untuk mengurangkan impak negatif sebelum pelaksanaan”.
Oleh itu, SIA boleh dirumuskan sebagai satu proses penilaian yang merangkumi perkara
seperti yang berikut:
i. Mengkaji dan meramal impak sosial terhadap individu dan komuniti yang mungkin
atau bakal timbul akibat pelaksanaan sesuatu pembangunan.
ii. Mencadangkan langkah mengoptimumkan impak positif pembangunan supaya
kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat dapat dipertingkat.
iii. Mencadangkan langkah menangani impak negatif akibat pembangunan supaya
kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat terpelihara.
iv. Memantau keberkesanan langkah yang telah diambil.
v. Menggunakan hasil penilaian sebagai asas pertimbangan untuk meluluskan
sebarang pembangunan yang dicadangkan.
7.1 Faedah Faedah Dalam Perlaksanaan SIA
Pelbagai faedah boleh dinikmati daripada amalan SIA dalam proses perancangan dan
pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek. Faedah berkenaan
boleh dilihat daripada sudut masyarakat, perancang, penggubal dasar, pentadbir atau
pengurus projek, pemaju dan pelabur:
i. Masyarakat
Masyarakat berpeluang mengemukakan keperluan pembangunan sosial
masyarakat setempat. Masyarakat berpeluang meningkatkan kualiti hidup dengan
mengambil kesempatan terhadap peluang pekerjaan, perniagaan, perkhidmatan
dan lain-lain faedah yang dikenal pasti melalui SIA. Masyarakat jelas dan peka
tentang hasil pelaksanaan sesuatu tindakan atau aktiviti.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 14
ii. Perancang, Penggubal Dasar, Pentadbir Dan Pengurus Projek.
Mengembeleng peranan dan kerjasama serta mengurangkan pertindihan peranan
antara agensi yang terlibat dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan
program pembangunan, membantu pentadbir dan perancang membuat
pertimbangan yang wajar dan baik semasa merancang sesuatu pembangunan.
Membantu pentadbir memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai impak
pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek. Mendapatkan
sokongan dan komitmen daripada masyarakat terhadap perancangan dan
pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek sebagai
sumber maklumat untuk membantu pihak perancang.
iii. Pemaju Dan Pelabur
Membantu pemaju dan pelabur memahami keperluan, nilai dan budaya penduduk
setempat. Ini akan memastikan supaya pembangunan yang dirancang tidak
bercanggah dengan nilai dan norma tempatan. Kesan positif yang telah dikenal
pasti boleh digunakan oleh pemaju dan pelabur untuk menarik pelanggan. Program
pembangunan fizikal dan sosial yang dicadangkan dapat memenuhi kehendak
penduduk setempat dan juga pihak berkepentingan.
Kesimpulan penilaian impak sosial atau SIA akan mengurangkan impak negatif sosial
daripada pembangunan yang dilaksanakan. SIA boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak
termasuk pembuat dasar, ahli politik, pelabur, pentadbir, badan bukan kerajaan (NGOS)
dan anggota masyarakat dalam merancang dan melaksana sesuatu pembangunan supaya
kesejahteraan sosial dan pembangunan mampan berjalan seiring.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 15
8.0 KOMPONEN CADANGAN PEMBANGUNAN
Pembangunan yang dicadangkan ini pada umumnya adalah merupakan Pembangunan
Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan Dan Perubahan
Bangunan Kedai / Pejabat 4 ½ Tingkat Kepada Hotel Bajet Dengan Tambahan Lantai
Di Tingkat Mezanine Bahagian Hadapan Dan Fasad Baru (Yang Mengandungi 46
Bilik), Di Atas Lot 440, (No.42 Persiaran Raja Muda, Seksyen 31, 42100 Klang
Bandar), Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
Cadangan pembangunan yang dicadangkan adalah bangunan Hospital Pantai 5 tingkat
sediada yang telah dikosongkan.
Dengan adanya, cadangan pembangunan ini dapatlah mewujudkan satu pembangunan
yang terancang dan teratur di kawasan ini. Oleh yang demikian sememangnya cadangan
pembangunan ini mempunyai potensi yang baik apabila dimajukan.
Rujuk Pelan :- Pelan Susunatur Tapak Cadangan.
Rajah 6 : Jadual Komponen Cadangan Pembangunan
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
SR Consult 16
9.0 KESIMPULAN
Permohonan kebenaran merancang ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dari
segi perkembangan aktiviti perniagaan dikawasan ini. Berdasarkan kepada
penelitian dan analisis yang dijalankan didapati bahawa tapak cadangan
sememangnya mempunyai potensi yang amat baik. Permohonan ini wajar
diberikan pertimbangan berdasarkan rasional – rasional berikut :-
i. Cadangan pembangunan ini dari aspek perundangan tidak bercanggah
dengan ketetapan perundangan dan pentadbiran tanah.
ii. Aspek piawaian perancangan dan dasar – dasar MPK dipatuhi.
iii. Kedudukan yang strategik iaitu terletak di Kawasan Kapar.
Top Related