1.0 PENGENALAN
Usahawan menurut Kamus Dewan Edisi Baru ialah sebagai orang yang mengusahakan
sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar –
besaran untuk membuat barang – barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar – besaran.
Usahawan juga memerlukan internet sebagai salah satu cara untuk membantu perniagaan dalam
era globalisasi pada masa kini.
Internet merupakan salah satu rangkaian antarabangsa yang menghubungi lebih 20 juta
orang dari 100 buah negara di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai lebuhraya maklumat. Internet
juga adalah salah satu sistem komunikasi untuk berhubung dengan ramai orang di seluruh
pelusuk dunia. Selain itu, ia menjadi kepentingan bagi usahawan pada masa kini bagi
meningkatkan pemasaran dan penjualan produk boleh dilakukan melalui laman web perniagaan
dalam internet. Syarikat boleh menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh syarikat melalui laman web yang telah dibangunkan terlebih dahulu oleh
syarikat dan boleh dihubungi melalui mel elektronik atau email.
Penjualan produk pula boleh dilakukan secara perdagangan elektronik atau dikenali sebagai
e-dagang. Perkhidmatan internet yang lebih murah daripada perbelanjaan komunikasi secara
tradisional akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan komunikasi syarikat seperti bil telefon,
faksimili, selain daripada ianya lebih selamat kepada kedua – dua pihak. Dengan adanya
perkhidmatan ini melalui internet dapat dibayangkan betapa mudahnya pelanggan boleh
membuat pelbagai tempahan pada masa yang singkat seperti tempahan tiket penerbangan,
tempahan tiket wayang, tempahan produk kecantikan dan sebagainya.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
2.0 KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD
2.1 Latar Belakang
Transnasional merupakan salah satu ikon rakyat Malaysia dan peneraju industri bas ekspres
dimana ianya adalah jenama paling terkenal dan popular di rantau Asia Tenggara dalam sektor
perkhidmatan perjalanan. Memberi perkhidmatan yang melebihi 200 buah destinasi,
terutamanya di semua bandaraya utama dan bandar – bandar dengan 1,000 jadual perjalanan
setiap hari merentasi Semenanjung Malaysia dan Singapura. Dengan menggunakan kemajuan
yang terkini dalam teknologi – teknologi pengangkutan bas serta rekabentuk yang
mengutamakan keselesaan, Transnasional berjaya menyediakan perjalanan yang selamat dan
teratur.
Transnasional telah bertapak didalam industri bas ekspres melebihi 3 dekad. Transnasional telah
mendahului industri ini dengan sentiasa membuat pembaharuan. Perintis dalam sistem tiket
elektronik, transnasional telah membuat proses tempahan lebih cepat, tepat dan cekap disamping
ianya dapat memudahkan para penumpang untuk merancang perjalanan mereka, buat tempahan
dan membeli tiket bas dimana – mana kaunter tiket. Selain itu, 170 ejen tiket termasuk Petronas
Mesra Stores yang terpilih telah dilantik untuk meningkatkan tahap kebolehcapaian yang lebih
besar untuk kesemua pelanggan.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
Transnasional adalah pihak pertama yang telah menyediakan perlindungan insurans untuk para
penumpang dan bagasi. Hal ini akan menjadikan penumpang lebih berasa lega sekiranya
terdapat sebarang kes yang tidak diingini berlaku oleh kerana para penumpang akan dilindungi
dengan segala tanggungan kos – kos perubatan atau kehilangan bagasi.
Transnasional Skyview adalah pengangkutan pertama dalam negara yang disertakan dengan 69
tempat duduk jumbo. Peningkatan kemudahan pengangkutan ini adalah satu lagi pencapaian
untuk jenama mereka sambil menyediakan satu pengalaman baru yang menarik kepada para
pelanggan dan meningkatkan tahap keselesaan untuk kelas ekonomi. Transnasional juga
menyediakan pembawa / perkhidmatan penghantaran, pakej – pakej piagam dan pengiklanan
bas.
Rajah 2.1 Antara pengangkutan syarikat KTB
P 3130 - KEUSAHAWANAN
2.2 Perkhidmatan Terkini
Transnasional Skyview merupakan penambahan perkhidmatan terbaru Transnasional Armada,
dimana seperti yang kita ketahui Transnasional adalah merupakan perkhidmatan utama tertinggi
ekspres negara yang ekonomi dari segi penawaran kos bagi penumpang – penumpang dengan
satu misi iaitu "perjalanan yang tidak berakhir" dengan pengalaman dan tahap keselesaan yang
diperbaharui.
Terdapat 69 tempat duduk jumbo dengan ciri – ciri seperti kerusi – kerusi berkontur nipis yang
direka khas sesuai dengan kontur tubuh badan penumpang. Selain itu, reka bentuknya yang
aerodinamik dengan bumbung – bumbung yang meruncing dapat menjadikan pusat graviti lebih
rendah dan mengurangkan insiden ' gulung lampau '. Kemudahan binaan tangga adalah
disuaikan juga sebagai pintu kecemasan bagi memudahkan penumpang – penumpang keluar dari
geladak bahagian atas.
Rajah Rekabentuk aerodinamik pada bahagian bumbung bas
P 3130 - KEUSAHAWANAN
2.3 Laluan Perkhidmatan
Menuju ke destinasi yang diingini dengan Transnasional Skyview, terutama pada waktu malam
dapat memberi peluang kepada penumpang – penumpang untuk menikmati pemandangan
panorama latar langit Malaysia. Antara destinasi perjalanan yang menggunakan Transnasional
Skyview pada masa ini adalah seperti yang berikut :-
Johor Bahru
Kota Bharu
Kuala Lumpur
Kuala Terengganu
Melaka.
Perjalanan
Melaka – Kuala Lumpur
( 8 kali sehari )
Perjalanan Kuala Terengganu -
Kuala Lumpur
( 2 kali sehari )
Perjalanan
Johor Bahru – Kuala Lumpur
( 6 kali sehari )
***Untuk pengetahuan lanjut, sila hubungi : 03 4047 7906 atau KTB Infoline : 1300 888 582.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
3.0 PEMBELIAN TIKET SECARA MAYA
Pembelian secara maya atau menggunakan internet dapat memudahkan para pengguna untuk
memilih pelbagai barangan yang didagangkan terutamanya tiket. Pembelian tiket secara maya
dapat mengelakkan pengguna tidak dapat membeli tiket terutama musim perayaan kerana ketika
musim tersebut permintaan tiket sangat tinggi.
Selain itu, pembelian tiket secara maya dapat mengurangkan pencemaran terutamanya
pencemaran udara kerana para penguna mengambil tiket apabila waktu berlepas yang telah
ditetapkan. Ia juga dapat mengurangkan pembaziran tenaga yang berlaku apabila penguna
menggunakan kenderaan untuk mengambil tiket sahaja.
Berikut adalah kaedah pembelian tiket bas secara maya melalui link www.transnasional.com.my
bagi destinasi seluruh negara dengan tiga langkah mudah :-
3.1 Membuka laman web www.transnasional.com.my dan klik tiket pada skrin sebelah kanan
untuk memilih destinasi pilihan, tempat bertolak serta hari bertolak.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
3.2 Setelah memilih destinasi, pembeli harus memilih outlet transnasional yang berdekatan
dengan kediaman untuk memudahkan pengambilan tiket tersebut.
3.3 Akhir sekali, setelah pemilihan outlet transnasional yang berdekatan dengan kediaman
telah dipilih. Pembeli dikehendaki untuk mengambil tiket tersebut di outlet agen tersebut
yang telah disertakan alamat dan nombor untuk dihubungi. Proses pembayaran boleh
dibuat di kaunter outlet tersebut.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
4.0 ISU SEMASA PENGGUNAAN E – DAGANG
Penggunaan E – Dagang kini adalah semakin luas yang membolehkan sesuatu syarikat
mengiklan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kaedah ini akan
memudahkan para pengusaha dan pelanggan berkomunikasi dan berhubung diantara satu sama
lain. Oleh hal yang demikian, kaedah ini lebih banyak digunakan oleh kerana ianya dapat
menjimatkan kos, tenaga dan masa para pengguna tanpa perlu ke pusat stokis atau lokasi yang
telah ditentukan. Terdapat beberapa isu yang berkaitan penggunaan E – Dagang, antaranya
adalah seperti yang berikut :-
4.1 Isu Kepercayaan
Merupakan elemen penting yang boleh menjadi penghalang bagi sesuatu perniagaan atau
perusahaan yang sedang dibuat. Adalah agak sukar untuk kita mendapatkan sesuatu
kepercayaan daripada mana – mana pihak terutamanya daripada pelanggan. Akan tetapi
kepercayaan dapat diperolehi dengan komitmen, perbincangan yang adil dan tidak
mengambil kesempatan walaupun peluang itu ada. Selain itu, ketepatan di dalam
menyediakan produk atau perkhidmatan sepertimana yang telah dijanji dan dinyatakan di
dalam laman web haruslah sama agar pelanggan dapat memberi kepercayaan yang dapat
melangsungkan kelancaran perniagaan yang sedang diusahakan.
4.2 Isu Perkongsian Teknologi
Kerjasama perniagaan yang dijalinkan diantara lain – lain pihak akan menjadikan
perniagaan tersebut mempunyai aplikasi dan penggunaan yang tersendiri. Sebagai
contoh, apabila kerjasama dilakukan di dalam sesebuah syarikat terdapat proses
pengurusan yang berbeza dan akan menjadikan syarikat itu lebih cekap oleh kerana dapat
berkongsi ideologi dan teknologi. Secara tidak langsung, kerjasama tersebut boleh
mengaut keuntungan yang lebih oleh kerana terdapat gabungan pengalaman dan
pengurusan yang dapat meningkatkan kesempurnaan perkhidmatan syarikat itu sendiri.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
4.3 Isu Pengurusan
Pengurusan yang kurang cekap akan mengundang kejatuhan perusahaan. Selaras dengan
konsep internet iaitu mudah digunakan, pengurusan dengan menggunakan E-Dagang juga
haruslah lebih mudah. Sekiranya terdapat kesulitan atau cara penggunaan laman web
syarikat yang rumi berlaku atas sebab syarikat kurang berpengatahuan atau kurang
pengalaman mengenai E - Dagang, berkemungkinan para pelanggan kurang gemar
berurusan dengan syarikat tersebut.
4.4 Isu Keselamatan
Seringkali dinyatakan bahawa, sesetengah syarikat masih lagi teragak – agak untuk
mencuba kaedah E- Dagang oleh kerana mereka khuatir mengenai perubahan maklumat
dan dokumen kewangan syarikat yang dilakukan oleh pihak lain. Oleh itu, mereka
terpaksa menanggung kos keselamatan yang tinggi. Ekoran dari hal tersebut, sebenarnya
mereka dapat mengelakkan kejadian ini berlaku dengan mendapatkan perjanjian dengan
pihak penghasilan laman web agar melindungi hak – hak persendirian syarikat.
4.5 Isu Kos dan Kewangan
Isu ini adalah sangat penting bagi sesebuah syarikat yang sedang membangun. Hal ini
kerana terdapat pelbagai perkara yang perlu dinilai seperti kos permulaan kaedah E-
Dagang, perkakasan, perisian, kos keselamatan berterusan, kos perkhidmatan dan caj
komunikasi. Hal ini juga boleh merumitkan pengurusan kewangan oleh kerana mereka
tidak begitu memahami faedah atau keuntungan komersial yang diperolehi menerusi
kaedah ini. Sebagai contoh, kesukaran mengira ‘ Return on Investment ’ ( ROI ) di
dalam E- Dagang berbentuk pelaburan.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
5.0 CABARAN-CABARAN GLOBALISASI
Cabaran-cabaran globalisasi merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan yang ingin
memasarkan sesuatu produk mereka .Cabaran globalisasi adalah sebagai salah satu rintangan
seseorang usahawan untuk memajukan perniagaan mereka. Cabaran globalisasi ini menjadi lebih
hebat kerana melibatkan usahawan-usahawan di seluruh dunia yang menginginkan hasil produk
tersebut dapat dijual. Walaupun seseorang usahawan atau peniaga tersebut tidak menjualkan
barangan tersebut pada peringkat antarabangsa tetapi mereka juga tetap akan menerima
sebahagian daripada masalah globalisasi. Pelbagai punca-punca cabaran-cabaran globalisasi
yang dapat dilihat, antaranya adalah :-
5.1 Permintaan pengguna
Kebanyakan pengguna di Malaysia lebih mementingkan jenama luar negara berbanding
dengan negara sendiri. Mereka lebih memartabatkan produk sesuatu barangan daripada
luar negara di sebabkan oleh jenama barangan luar negara lebih baik daripada jenama
produk tempatan. Sebagai contoh produk barangan yang sering mendapat perhatian
pengguna Malaysia dari segi jenama aksesori wanita, pakaian, kasut, beg tangan, jam dan
sebagainya yang datang daripada Negara luar seperti Thailand, China, Jepun dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan barang buatan Malaysia sendiri tidak dapat mendapat
sambutan.
5.2 Saingan Syarikat di dalam dan luar negara
Usahawan perlu menerima cabaran yang tinggi bagi menghasilkan sesuatu produk yang
telah diusahakan sama ada dari luar negara mahupun di dalam negara sebagai satu sikap
positif. Sebagai contoh produk persaingan iaitu kasut. Kasut Bata buatan tempatan dan
kasut Nike buatan luar negara, usahawan yang baru menubuhkan syarikat baru perlulah
kuat untuk menghadapi situasi cabaran bagi memastikan syarikat yang dijalankan adalah
dalam keadaan kukuh dan berjalan secara berterusan. Setiap usahawan perlulah
P 3130 - KEUSAHAWANAN
mengambil langkah –langkah mengatasi masalah sekiranya berlaku dengan cepat dan
menganggap persaingan itu adalah sesuatu persaingan yang sihat.
5.3 Peranan Peniaga dalam mengendalikan produk
Lazimnya, kebanyakan peniaga mengendalikan sesuatu produk dengan mengambil satu
langkah yang mudah dan untuk mendapatkan sesuatu keuntungan yang berlipat kali
ganda dengan hanya menjual barangan yang sering menjadi tumpuan pada pengguna.
Manakala bagi barangan yang tidak mendapat tumpuan tidak akan dijual atau kadar
penjualan sedikit. Sebagai contoh, Produk A lebih menjadi tumpuan kepada pengguna,
Produk B tidak menjadi tumpuan kepada pengguna. Maka, peniaga akan mengambil
langkah mudah dengan hanya menjual barang A. Oleh itu, usahawan B haruslah menilai
kembali hasil produk yang dikeluarkan sama ada dari segi kualiti, kuantiti, harga dan
sebagainya. Kaedah ini dapat memastikan cabaran globalisasi dapat ditangani.
5.4 Kos sukar mendapat pinjaman
Pinjaman / modal merupakan salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi bagi setiap
usahawan agar dapat berjalan dengan lancar. Bagi syarikat kecil yang menginginkan
pengembangan syarikat yang lebih besar modal yang besar diperlukan. Maka, pinjaman
boleh di lakukan di bank dan sebagainya yang menjadi salah satu masalah yang perlu
dihadapi bagi usahawan untuk mengisi borang pinjaman, syarat-syarat kelayakan dan
sebagainya . Sebagai contoh, sekiranya berlaku masalah atau kegawatan ekonomi
usahawan terpaksa bersaingan dengan usahawan-usahawan yang lain untuk mendapatkan
pinjaman. Disini usahawan telah menghadapi satu cabaran yang penting sehingga
terpaksa membatalkan niat untuk mendapatkan syarikat yang lebih besar.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
5.5 Produk tiruan
Pada zaman yang serba moden dengan pelbagai teknologi-teknologi terbaru dan serba
canggih ini telah membawa kepada salah satu produk tiruan yang dihasilkan oleh
usahawan tidak bertanggungjawab. Produk tiruan ini semakin berleluasa dan kesukaran
untuk dikesan kewujudannya kerana hasil pencetakan yang dilakukan sama dengan
produk asal. Sebagai contoh produk tiruan yang boleh berlaku dari segi makanan,
pakaian, ubat-ubatan,produk kecantikan dan sebagainya. Bagi sesetengah pengguna
mereka gemar menggunakan produk tiruan seperti minyak wangi yang berjenama.
Walaupun ianya dalam keadaan tiruan tetapi keadaan produk dan yang seakan hampir
sama dengan produk asal dan kos yang rendah telah menjadikan penggemar barangan
tiruan mudah memiliki. Oleh itu, bagi penggusaha produk lain yang tidak bersalah akan
menerima kesukaran dari segi pencetakan barang tiruan barangan sendiri mahupun orang
lain.
5.6 Undang-undang dan peraturan yang berbeza
Sesebuah negara mempunyai undang-undang dan peraturan yang berbeza antara satu
sama lain dari segi pengurusan perniagaan dan perdagangan yang berlaku. Bagi
sesetengah negara yang menetapkan syarat yang tinggi bagi produk .Sekiranya, syarikat
menginginkan menjual produk dalam negara. Syarikat perlu melaburkan saham atau
menghasilkan produk dalam negara mereka terlebih dahulu. Bahan-bahan yang
digunakan juga perlu sesuai dan menepati syarat-syarat piawaian.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
5.7 Cukai eksport atau import yang tinggi
Keadaan cukai atau import yang tinggi merupakn salah satu cabaran yang terpaksa di
hadapi oleh usahawan. Mereka juga mengginginkan produk yang mereka hasilkan
mendapat sambutan dalam dan luar negara tetapi perlu membayar cukai. Semakin jauh
sesuatu perjalanan sesuatu produk yang diimport, semakin tinggi kos pencukaian dan
semakin tinggi harga bagi sesuatu barang. Selain itu, bagi pengeksport barang juga akan
menyebabkan kenaikan harga barang tersebut kecuali ianya di jual dikawasan bebas cukai
.
5.8 Harga pasaran mengikut harga dunia.
Keadaan pasaran barang yang tidak menentu mengikut harga dunia adalah permasalahan
dan cabaran yang perlu diterima bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Keadaan
tidak menentu ini juga memberikan kepada suatu keandaian sekiranya berlaku ekonomi
menurun disebabkan kemelesetan ekonomi akan member kesan pada hargabarangan
tersebut. Sama ada menurun mahupun sebaliknya. Nilai mata wang yang berbeza-beza
pada setiap negara memberikan kepada kepintaran dan kebijaksanaan usahawan dalam
menilai dan memberikan harga yang sesuai terhadap produk yang dilakukan agar tidak
mengalami sebarang kerugian. Oleh sebab keadaan ekonomi yang sedang di dalam
dilema kemerosotan kini, jumlah jualan juga jatuh kerana pengguna sendiri menghadapi
masalah dari segi kewangan.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang didapati melalui tugasan ini adalah melalui penggunaan internet dan
pembangunan laman web para usahawan dapat menarik ramai pembeli atau pelanggan dari
seluruh dunia untuk menggunakan perkhidmatan atau membeli produk yang menjadikan peluang
perniagaan dan keuntungan yang lebih besar dapat dicapai.
Kaedah pembelian secara maya dapat mengurangkan pelbagai kos pengurusan serta pencemaran
dan menjimatkan tenaga. Kos pengurusan seperti kos bayaran bil telefon, kos perjalanan dan
sebagainya dapat dikurangkan kerana kos kemudahan internet jauh lebih rendah berbanding kos
perbelanjaan pengurusan tradisional yang tinggi.
Selain itu, kelebihan pengunaan kaedah pesanan maya ini adalah dapat mengurangkan
pencemaran dan tenaga yang terhasil daripada proses pengurusan pembelian. Melalui kaedah
pesanan maya para pelanggan hanya perlu menekan butang klik untuk memilih barangan dan
barangan tersebut dihantar melalui perkhidmatan kurier.
Cabaran-cabaran globalisasi berlaku terhadap usahawan dan peniaga yang ingin bersaing
diperingkat global atau antarabangsa. Ia juga menjadi titik tolak kejayaan produk tersebut
menempa nama dan menjadikannya satu jenama kegemaran diperingkat antarabangsa.Sebagai
contoh syarikat Malaysia yang telah dapat menempa nama diperingkat global dan menjadi
terkenal adalah syarikat membuat kasut, Jimmy Choo dan Lewre serta syarikat membuat baju
tradisional batik, Nur Arfa Batik.
Untuk menempa kejayaan diperinkat antarabangsa, para usahawan dan peniaga harus peka
dengan kehendak pasaran atau penguna peringkat global. Hal ini kerana, apabila usahawan
tersebut memenuhi kehendak pengguna maka permintaan akan meningkat dan melipat gandakan
keuntungan.
P 3130 - KEUSAHAWANAN
7.0 RUJUKAN
1. FAKTA DARI BUKU :
Modul P 3130 Pembangunan Usahawan ( Usahawan )
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Idris Shah.
Modul P3117 Keusahawanan
Jabatan Perdagangan
Politeknik Ungku Omar.
E- Business
Organizational and Technical Foundations
Michael P. Papazoglou and Pieter M.A Ribbers
2. FAKTA DARI INTERNET :
http://www.transnasional.com.my ( 20 / 08 / 2009 – 9 p.m. )
P 3130 - KEUSAHAWANAN
Top Related