1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas ini selalunya
memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti
kanak-kanak biasa. Mereka memerlukan pendidikan yang khas atau dengan kata
lain memerlukan satu perkhidmatan pendidikan yang berbentuk khas untuk
memenuhi keperluan mereka. Sebagai pendidik, para guru seharusnya
melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan berfikiran kreatif dalam proses
pengajaran untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini menjalani
kehidupan secara optimum. Salah satu cara yang boleh dijalankan oleh guru ialah
melalui terapi.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), terapi didefinisikan sebagai
rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa
penggunaan ubat atau pembedahan. Terapi juga merupakan aktiviti fizikal atau
mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi
masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang. Dalam
konteks Pendidikan Khas pula, terapi merupakan kaedah untuk membantu individu
yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial
dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak
balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang dilakukan.
“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit
atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan
secara normal”
(Kamus Perubatan Mosley, 2001)
Oleh itu, terapi di dalam Pendidikan Khas dapat dikonklusikan sebagai
rawatan pemulihan atau perkhidmatan yang diberikan untuk mengembalikan
kefungsian badan secara normal.
1
Di dalam Pendidikan Khas, terdapat pelbagai jenis terapi yang dapat diaplikasi
dan digunakan oleh para pendidik untuk membantu murid-murid pendidikan khas di
dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah :
Terapi fisio / fizikal
Terapi cara kerja
Terapi main
Terapi pertuturan
Terapi seni
Terapi muzik
Setiap terapi yang digunakan membawa kepada faedah dan kepentingannya
yang tersendiri kepada setiap murid. Secara umumnya, terapi dapat meningkatkan
daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif
terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif,
emosi, sosial dan psikomotor mereka. Terapi juga dapat melatih murid-murid untuk
menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan
seharian murid serta mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.
Justeru itu, pengaplikasian pelbagai jenis terapi kepada murid-murid
Pendidikan Khas yang direka khusus mengikut masalah-masalah yang dialami oleh
mereka dapat membawa kepada proses pemulihan yang lebih baik. Penglibatan
murid di dalam sesi terapi adalah diharuskan kerana membawa banyak manfaat dan
kelebihan positif kepada mereka.
2
2.0 JENIS-JENIS TERAPI
2.1 TERAPI FISIO / FIZIKAL
Definisi :
Kepentingan :
Faedah :
3
2.2 TERAPI CARA KERJA
Definisi :
Kesihatan dan cara kerja adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
Apabila kesihatan seseorang itu terjejas, kebolehan seseorang itu untuk
melakukan sesuatu kerja dan menjalankan aktiviti harian akan turut terjejas.
Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002), beliau mendefinisikan
terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk
meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau
kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada
semua peringkat umur.
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara
kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan
kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran
seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan
aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.
Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk
memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki
kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian
di tempat kerja dan riadah.
Pada kebiasaannya, aktiviti yang dilakukan berfokus kepada
kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid
mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya seseorang. Guru
Pendidikan Khas harus menerapkan terapi cara kerja kepada murid
Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan di sekolah. Sebagai
contoh, terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau
Kemahiran Hidup
4
Kepentingan :
Dilakukan untuk membantu murid menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
Meningkatkan kemampuan murid untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur
Meningkatkan tahap keyakinan diri murid
Faedah :
Meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran murid
Melatih murid bersabar dan bijak mengawal emosi semasa melakukan
sesuatu pekerjaan
Membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti menyapu,
mengatur, memotong dan sebagainya.
2.3 TERAPI MAIN
5
Definisi :
Kraus (1990) menyatakan bermain merupakan aktiviti yang boleh memberikan
kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil kepada aktiviti itu. Carr (2004) dalam teorinya pula mengatakan
bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing. Hurlock (1978) pula mendefinisikan bermain sebagai satu
aktiviti yang dilakukan secara suka rela, dan tidak ada paksaan atau tekanan
dari luar atau kewajiban.
Umumnya, terapi bermain adalah suatu proses interaksi sosial yang
menyediakan kesempatan untuk murid-murid belajar tentang ketrampilan
sosial-emosi serta cara untuk meningkatkan ketahanan emosi. Melalui aktiviti
belajar sambil bermain kanak-kanak berpeluang untuk meneroka identiti dan
personaliti masing-masing serta lebih mengenali dunia luar.
Mengikut aspek psikologi, terapi main memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk meluahkan perasaan dan mengawal keadaan diri dengan lebih
baik. Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk berhadapan dengan realiti
kehidupan sebenar yang lebih banyak cabarannya. Kanak-kanak dapat belajar
untuk memberikan komitmen dan fokus terhadap sebarang aktiviti yang
dilakukan.
Contoh aktiviti terapi main ialah lakonan, simulasi, penerokaan dan
penggunaan alatan atau tanpa alatan.
Kepentingan :
6
Mengurangkan masalah tingkah laku
Meningkatkan komunikasi kanak-kanak, kefahaman dan ekspresi verbal
Kanak-kanak mampu untuk menilai keupayaan dan kebolehan diri sendiri
Meningkatkan keupayaan untuk mempercayai seseorang
Merawat gangguan perkembangan normal
Faedah :
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan kanak-kanak untuk meluahkan masalah yang membelenggu
Menyediakan tempat yang bagi meluahkan perasaan
2.4 TERAPI PERTUTURAN
7
Definisi :
Kepentingan :
Faedah :
2.5 TERAPI SENI
Definisi :
Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan
dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan cabang ilmu
Pendidikan Seni Visual. Terapi seni sebenarnya merupakan satu bentuk terapi
emosi dan tingkah laku. Terapi ini juga merupakan satu proses seni yang
dapat membantu membaiki fizikal, mental dan emosi kanak-kanak.
Menurut ‘American Art Therapy Association’ terapi seni adalah satu
profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan
untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi
individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai
suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil
dan marker yang diintegrasikan dengan terapi psikoterapiutik serta teknik
proses kreatif.
“ Teori mengenai mengapa kanak-kanak suka bermain adalah serupa seperti
mengapa mereka melukis di mana mereka berharap menjadi dewasa dan
dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis
memberikan kanak-kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap
media, objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar.”
( Silk & Thomas, 1990 )
Contoh aktiviti terapi seni ialah melukis, mewarna, membuat kolaj dan
menganyam tikar.
Kepentingan :
8
Menambahbaik dan mengekalkan kesihatan mental individu
Membantu kanak-kanak mengenalpasti fikiran dan perasaan melalui seni
Meningkatkan ekspresi kendiri dan daya imaginatif
Menyumbang kepada perkembangan personaliti kanak-kanak
Menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik kanak-kanak
Faedah :
Menyelesaikan konflik emosi
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Membina kesedaran sosial
Mengubah tingkah laku
Membina strategi penyelesaian masalah
Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup
2.6 TERAPI MUZIK
9
Definisi :
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang
profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,
pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah
satu teknik klinikal yang dijalankan oleh pakar berdasarkan kepada fakta-fakta
hasil kajian. Muzik merupakan satu getaran tenaga bunyi di mana getaran
tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga
wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh
bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap
sebagai ubat yang memulihkan.
Menurut Peters, dalam The American Music Theraphy Association
(2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of
ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual
clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music
based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or
listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained
personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills,
thoughts, feelings or behaviours”.
Muzik juga boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan
oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta
mengandungi irama dan harmoni. Muzik sebagai satu wahana komunikasi
mampu merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya serta dapat
mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan
negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia
mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis,
bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya
mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan
suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan
keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu
10
pesakit yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta
menyelami perasaan mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat
melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku serta dapat
mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung
merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Kepentingan :
Memperbaiki kesihatan mental kanak-kanak
Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.
Meningkatkan ekspresi kendiri dan daya imaginatif
Menyumbang kepada perkembangan personaliti kanak-kanak
Menggalakkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak
Meningkatkan kemahiran pernafasan
Meningkatkan kemahiran artikulasi, kelancaran pertuturan dan
pembetulan suara.
Faedah :
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Mengubah tingkah laku
Merangsang kognitif kanak-kanak
Memperkukuh kemahiran berkomunikasi
Melegakan kemurungan, keresahan dan meringankan tekanan (stress)
3.0 AKTIVITI TERAPI
11
3.1 TERAPI FISIO / FIZIKAL
Aktiviti :
Sasaran :
Objektif : a) …
b) …
Masa :
Cara melaksanakan aktiviti :
a) …
b) …
3.2 TERAPI CARA KERJA
12
Aktiviti : Membuat ais krim milo
Sasaran : Murid pendidikan khas
Objektif : a) Meningkatkan kemahiran motor halus murid
b) Memberi kepuasan dan keseronokan ketika
melakukan kerja
c) Melatih murid bersabar dan bijak mengawal
emosi semasa melakukan kerja
Masa : 30 minit
Cara melaksanakan aktiviti :
a) Guru menyediakan dan mengedar bahan kepada murid
b) Guru menunjukkan cara membuat ais krim milo kepada murid iaitu :
- Ambil sebuah bekas air
- Bancuh milo di dalam bekas tersebut
- Masukkan air milo ke dalam plastik ais krim
- Simpan ais krim di dalam tempat sejuk beku yang terdapat dalam
peti ais
c) Murid mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.
d) Hasil yang diperoleh dapat dijadikan sebagai makanan ringan dan
dijual kepada murid lain untuk mengumpul dana bagi menjalankan
aktiviti pendidikan khas.
13
Ais krim milo yang telah siap diproses
3.3 TERAPI MAIN
Aktiviti : ‘ Siapa Cepat Dia Dapat ’
Sasaran : Murid Pendidikan Khas
Objektif : a) Meningkatkan interaksi sosial murid
b) Memberikan keseronokan kepada murid
c) Meningkatkan tahap keyakinan diri murid
Masa : 30 minit
Cara melaksanakan aktiviti :
a) Beberapa buah kerusi disusun membentuk sebuah bulatan.
b) Muzik akan dimainkan sepnjang permainan dan akan ditamatkan
berperingkat-peringkat.
c) Murid akan bergerak mengelilingi kerusi apabila muzik dimainkan.
d) Apabila muzik dihentikan, murid akan segera merebut kerusi untuk
duduk.
e) Murid yang tidak berjaya memperoleh kerusi akan dikira mati dan
diberikan denda oleh guru.
f) Guru akan menunjukkan satu gaya dan murid akan meniru gaya
yang ditunjukkan oleh guru sebagai denda.
g) Permainan diteruskan sehingga tinggal satu kerusi untuk direbut.
3.4 TERAPI PERTUTURAN
14
Aktiviti :
Sasaran :
Objektif : a) …
b) …
Masa :
Cara melaksanakan aktiviti :
a) …
b) …
3.5 TERAPI SENI
15
Aktiviti : Origami ( Ikan )
Sasaran : Murid Pendidikan Khas
Objektif : a) Melatih kordinasi tangan dan mata murid
b) Memberi keseronokan dan kepuasan kepada
murid
c) Meningkatkan daya kreatif dan imaginasi
murid
Masa : 30 minit
Cara melaksanakan aktiviti :
a) Guru mengedarkan bahan-bahan yang disediakan kepada murid.
b) Guru menunjukkan cara membuat origami ikan kepada murid iaitu :
- Lipat kertas ke atas secara diagonal sehingga membentuk segi
tiga.
- Buka lipatan segi tiga sehingga terlihat garis bekas lipatan.
- Lipat sedikit hujung kiri ke dalam dan lipat kembali ke atas.
- Ambil hujung atas dan lipat ke bawah tepat hingga bawah
kertas.
- Lalu lipat hujung kanan ke atas sehingga membentuk ekor.
c) Murid mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.
d) Hasil yang diperoleh dapat dijadikan hiasan di dalam kelas untuk
mendapatkan suasana kelas yang lebih ceria.
3.6 TERAPI MUZIK
16
Aktiviti : Membina marakas daripada bahan terbuang
Sasaran : Murid pendidikan khas
Objektif : a) Merangsang kognitif murid
b) Meningkatkan kemahiran motor halus murid
c) Memberi keseronokan dan kepuasan kepada
murid
Masa : 20 minit
Cara melaksanakan aktiviti :
e) Guru menyediakan dan mengedar bahan kepada murid
f) Guru menunjukkan cara membuat marakas daripada bahan
terbuang kepada murid iaitu :
- Ambil sebiji botol plastik yang kering dan bersih
- Masukkan kacang hijau di dalam botol plastik tersebut sehingga
separuh botol plastik
- Tutup botol plastik dengan penutup botol sehingga rapat
g) Murid mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.
h) Hasil yang diperoleh dapat dijadikan sebagai alat muzik semasa
menyanyi lagu di dalam kelas.
4.0 REFLEKSI
17
Botol plastik Kacang hijau
5.0 PENUTUP
18
Perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas sangat bergantung kepada usaha
yang dijalankan oleh pihak guru, ibu bapa, ahli terapi dan diri mereka sendiri.
Ransangan dan motivasi bukan sahaja kepada murid tetapi perlu juga kepada guru
dan ibu bapa. Ahli terapi memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan
keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu
kesedaran awam mengenai terapi adalah perlu dan pada skala yang lebih luas
supaya perkembangan dan pemulihan individu dapat ditingkatkan.
Sebagai kesimpulan, terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang
saling berkait dalam pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek
jasmani, rohani ,emosi, intelek dan sosial. Proses menjalani kehidupan yang
bermakna menjadi pemangkin kepada mereka sebagai satu titik tolak ke arah
kecemerlangan insan kelainan upaya. Semua pihak perlu memberi mereka ruang
dan masa yang secukupnya supaya mereka dapat membuktikan bahawa mereka
juga boleh menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
6.0 RUJUKAN
19
Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.
Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Membuat Origami Ikan. Diakses pada 10.03.2013 dari
http://bermaindanbelajar.com/membuat-origami-ikan.html
Kendra Cherry. What is Art Therapy? Diakses pada 10.03.2013 dari http://psychology.about.com/od/psychotherapy/f/art-therapy.htm
20