presentation terapi seni

40
TERAPI SENI Disediakan oleh: Adilawati bt Abdullah Hamizah bt Shamsul Natiqah Masyhurah bt Alias

Transcript of presentation terapi seni

Page 1: presentation terapi seni

TERAPI SENI

Disediakan oleh:Adilawati bt AbdullahHamizah bt Shamsul

Natiqah Masyhurah bt Alias

Page 2: presentation terapi seni

Pengenalan

Terapi seni direka berlandaskan kepercayaan bahawa proses melahirkan kreativiti boleh mententeramkan jiwa seseorang.

Kebanyakan orang yang mengalami trauma psikologi biasanya sukar meluahkan perasaan melalui kata-kata.Ia lebih mudah diluahkan melalui lakaran atau lukisan.

Page 3: presentation terapi seni

Keadaan sama juga berlaku pada kanak-kanak. Kanak-kanak, termasuk yang normal, tidak pandai menunjukkan perasaan dengan kata-kata dan biasanya mereka menzahirkan gangguan emosi melalui kelakuan.

Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan emosi dengan lebih baik serta mudah.

Page 4: presentation terapi seni

Definisi terapi

- Terapi juga dikenali sebagai rawatan di dalam bidang perubatan dimana pesakit diberi rawatan ke atas masalah kesihatan yang dialaminya sama ada fizikal ataupun mental.

Page 5: presentation terapi seni

Definisi seni

-Seni adalah proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.

- Merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia.

Page 6: presentation terapi seni

Seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia.

Page 7: presentation terapi seni

Maksud terapi seni

Terapi seni adalah satu kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan dan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni, terutamanya lukisan.

Lukisan boleh menjadi cara untuk pesakit berinteraksi dengan orang lain.

Page 8: presentation terapi seni

Apa yang dilukis adalah luahan perasaan pesakit.

Tidak kira apa yang dilukis, semuanya ada makna tertentu dan hanya pesakit yang tahu makna karya mereka.

Malah, satu garis lurus juga boleh menceritakan perasaan pesakit yang mungkin terganggu atau marah.

Page 9: presentation terapi seni

Kanak-kanak meluahkan perasaan melalui ekspresi seni

Sumber: Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 10: presentation terapi seni

Sumber: Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak.

Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 11: presentation terapi seni

Pandangan tokoh

“Proses melukis boleh dipersepsikan sebagai kesempatan untuk ekspresi kendiri secara imaginatif, autentik dan spontan, sesuatu pengalaman dalam tempoh masa yang membawa pemulihan emosi, transformasi dan aktualisasi kendiri. Proses kreatif ini bertujuan membawa penambahbaikan kesihatan dan perkembangan pengalaman.”

Malchiodi (2006)

Page 12: presentation terapi seni

“ Art therapy is based on the ideas that the creative process of art making is healing and life enhancing and is a form of nonverbal communication of thoughts and feelings.” American Art Theraphy Association (1996)

Page 13: presentation terapi seni

“ Art can be said to be- and can be used as- the externalized map of our interior self.”

Peter London

“ Art is the meeting ground of the world inside and the world outside”

Elinor Ulman

Page 14: presentation terapi seni

“ Art is a way of knowing what we actually believe.”

Pat Allen

Page 15: presentation terapi seni

Kaedah pelaksanaan

Terapi seni ini adalah berdasarkan pada keyakinan bahawa proses-proses kreatif seperti menggambar dan melukis boleh menyembuhkan dan menguatkan kehidupan.

Bagi kanak-kanak khususnya, trauma ataupun perasaan yang dialami adalah sangat sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.

Page 16: presentation terapi seni

Oleh itu, terapi seni adalah sangat berkesan untuk menggambarkan emosi dan perasaan yang amat menyakitkan jika diungkapkan melalui kata-kata.

Dengan mengikuti terapi seni ini, kanak-kanak akan diminta menggambarkan dan mengeluarkan fikiran dan emosi mereka melalui karya seni.

Page 17: presentation terapi seni

Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat.

Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan.

Page 18: presentation terapi seni

Malalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.

Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.

Page 19: presentation terapi seni

Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.

Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien tidak merasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.

Page 20: presentation terapi seni

Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi gangguan mental.

Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of the Northen Area of the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun.

Page 21: presentation terapi seni

Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu.

Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, Edvard Munch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan mereka.

Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.

Page 22: presentation terapi seni

Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka.

Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka.

Page 23: presentation terapi seni

Contoh gambaran kanak-kanak mengenai Taufan Katrina melalui kaedah terapi seni

Page 24: presentation terapi seni

Contoh gambaran kanak-kanak mengenai Tsunami di Sri Lanka melalui kaedah terapi seni

Page 25: presentation terapi seni

Kelebihan terapi seni

Penyembuhan peribadi dan meredakan stres.

- terapi seni boleh membantu kanak-kanak memahami perasaan peribadi mereka dengan mengenali dan mengatasi kemarahan, kesedihan dan emosi-emosi lain. Ini sangat membantu untuk mengatasi trauma yang dihadapi setelah sesuatu kejadian yang dahsyat dan sebagainya. Terapi ini boleh membantu menghidupkan kembali semangat kanak-kanak.

Page 26: presentation terapi seni

Pencapaian peribadi.

- mencipta sebuah karya seni boleh meningkatkan konsep kendiri yang positif serta membangunkan rasa percaya diri dalam diri kanak-kanak. Ini akan membuatkan mereka menghargai dan mencintai diri sendiri.

Page 27: presentation terapi seni

Menguatkan perasaan dalaman.

- terapi seni membenarkan kanak-kanak mengekpresi apa yang berada dalam diri dan fikiran mereka yang selama ini tidak mampu diluahkan melalui kata-kata atau difahami oleh orang lain. Melalui cara ini, kanak-kanak akan boleh mengawal perasaan mereka dengan lebih baik sekiranya berhadapan dengan situasi yang serupa.

Page 28: presentation terapi seni

Kekurangan terapi seni

Kaedah terapi seni ini memerlukan kerjasama yang padu daripada klien atau kanak-kanak kerana sekiranya mereka malu atau enggan untuk meluahkan perasaan mereka melalui hasil seni, sesi terapi tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Page 29: presentation terapi seni

Salah tanggapan atau salah interpretasi daripada kaunselor mengenai lukisan atau hasil seni kanak-kanak akan membawa kepada kegagalan untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Page 30: presentation terapi seni

Proses terapi seni ini perlu berterusan dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan penyembuhan yang mutlak. Sekiranya tiada komitmen yang konsisten daripada klien sepanjang tempoh terapi tersebut, sesi terapi yang dirancang tidak akan berjaya.

Page 31: presentation terapi seni

Cadangan

Tidak menyatakan had waktu kepada kanak-kanak untuk menyiapkan hasil seni mereka.

Persoalan atau perbualan tidak terus menjurus kepada masalah.

Contoh komen kaunselor yang baik :

“Saya boleh faham apa yang anda rasai setelah saya melihat lukisan yang anda lukis ini”

Page 32: presentation terapi seni

Sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan persepsi sebenar klien tentang hasil seni yang dihasilkan. Mungkin persepsi kaunselor dan klien adalah berbeza terhadap hasil seni yang sama.

Page 33: presentation terapi seni
Page 34: presentation terapi seni

Cadangan teknik terapi seni:1. Mulakan dengan soalan dan arahan yang mudah

supaya klien selesa. Contoh:- apakah hobi anda?- lukis hari yang tidak akan kamu lupakan.- lukis sesuatu yang membuatkan anda tenang dan rasa selamat.

2. Memberi peluang kepada klien untuk menceritakan masalah mereka tanpa mendesak mereka.

Page 35: presentation terapi seni

Tsunami Sri Lanka

Page 36: presentation terapi seni

Penutup

Terapi seni digunakan sebagai rawatan dan biasanya untuk meningkatkan tahap emosi atau mental seseorang pesakit. Namun ia bukan sahaja boleh digunakan sebagai rawatan malah boleh digunakan untuk mengurangkan stress atau digunakan untuk mengenal diri (self-discovery).

Page 37: presentation terapi seni

Terapi seni adalah penting untuk membantu masyarakat yang mengalami kemurungan, malu, trauma atau mereka yang mengalami saat-saat sukar dalam situasi sosial.

Selain itu, terapi seni juga dapat membantu masyarakat meningkatkan tahap mental, emosi dan fizikal. Ini akan meningkatkan kualiti kehidupan seseorang.

Page 38: presentation terapi seni

Terapi seni adalah pendekatan “psycho-educational therapeutic” atau pendekatan seni yang boleh digunakan melalui pelbagai medium atau cara yang memberi peluang kepada klien pelbagai cara untuk meluahkan perasaan mereka. Cara ini mungkin tidak dapat dipraktikkan dalam kelas seni biasa.

Page 39: presentation terapi seni

“Nothing you do for children is ever wasted. They seem not to notice us, hovering, averting our eyes; and they seldom offer thanks, but what we do for them is never wasted.”

Garrison Keillor

Page 40: presentation terapi seni

SEKIAN