LAKUAN MOTOR
&
BIOMEKANIK
UNIT 4
ASAS BIOMEKANIK
4.1 Asas Biomekanik
Bio bermaksud sistem biologi (kehidupan)
Mekanik bermaksud analisis daya dan
kesannya.
Biomekanik ialah kajian tentang daya yang
bertindak ke atas tubuh manusia dan kesan
yang dihasilkan daripada daya tersebut.
Definisi
Menurut Watkins (1999), biomekanik ialah kajian daya yang bertindak ke atas objek dan kesannya kepada pergerakan, bentuk, saiz dan struktur.
Menurut Mc Ginnis (1999), biomekanik ialah kajian daya dan kesannya pada sistem khidupan.
Menurut Hay (1985), biomekanik ialah kajian tentang tindakan daya dalaman dan luaran pada tubuh manusia dan kesan yang dihasilkan melalui tindakan tersebut.
Biomekanik berkaitan dengan pergerakan yang melibatkan:
Sistem otot
Sistem rangka
Prinsip mekanikal dalam pergerakan manusia
Kepentingan biomekanik ialah: Membantu tingkatkan kecekapan dan prestasi dalam aktiviti fizikal
Merancang program latihan yang lebih berkesan dan selamat
Prinsip-prinsip biomekanik dalam pergerakan tubuh manusia ialah:
Sistem tuas Berfungsi untuk meningkatkan daya dan menambahkan kelajuan dalam sistem mekanikal jasad
4.1.1 Ciri-ciri Sistem Mekanikal Jasad
Bentuk badan manusia adalah berasaskan
struktur rangka.
Tulang-tulang akan bersambung melalui sendi
yang bertindak sebagai tuas.
Pergerakan berlaku melalui pengecutan otot.
Sistem tuas rangka penting kerana
mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad.
Sistem Tuas Rangka
Tuas ialah satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap.
Tuas terdiri daripada: Beban = bertindak sebagai rintangan atau kerja
Daya = bertindak sebagai penguncupan otot
Fulkrum = bertindak sebagai sendi atau paksi
Terdapat tiga kelas tuas, iaitu: Tuas kelas pertama
Tuas kelas kedua
Tuas kelas ketiga
• Klasifikasi tuas adalah ditentukan oleh tiga kedudukan, iaitu:
Kedudukan fulkrum
Kedudukan beban
Kedudukan daya
Jenis-jenis Tuas
Tuas kelas pertama
• Berlaku apabila fulkrum
berada di antara daya dan
beban.
• menggunakan daya yang
minimum untuk mengatasi
beban yang besar tetapi
pergerakan yang perlahan.
• Digunakan untuk:
– keseimbangan
– tingkatkan kelajuan dan julat
pergerakan
– tidak meningkatkan daya
Contoh tuas kelas pertama
• Aktiviti pukulan dalam
badminton
– Fulkrum =pergelangan
tangan
– Daya=
otot bahagian lengan
– Beban= berat
tubuh badan
F
B D
Tuas kelas kedua
• Berlaku apabila beban
berada di antara daya dan
fulkrum.
• Menggunakan daya yang
minimum untuk mengatasi
beban yang besar tetapi
pergerakan perlahan.
• Digunakan untuk:
– Menghasilkan daya gerakan
Contoh tuas kelas kedua
• Aktiviti lonjakan
menggunakan lombol
– Fulkrum =hujung jari
kaki
– Daya= penguncupan
otot kaki
– Beban= berat badan
F
B
D
Tuas kelas ketiga
• Berlaku apabila daya
berada di antara beban
dan fulkrum.
• Menggunakan daya yang
maksimum dan
pergerakan pantas.
• Digunakan untuk:
– Menambahkan kelajuan
Contoh tuas kelas ketiga
• Aktiviti menolak bola
hoki
– Fulkrum= pergelangan
tangan kiri
– Daya=
tangan kanan
– Beban=
bola hoki
F
D
B
4.2 Deskripsi Pergerakan Asas
Pergerakan asas adalah berdasarkan
kepada tiga satah anatomi iaitu:
Satah sagital
Satah frontal
Satah horizontal (transverse)
Satah sagital
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu bahagian kanan dan kiri.
Satah ini merentas dari depan ke belakang badan.
Contoh pergerakan ialah: Fleksi
Hiperfleksi
Ekstensi
Hiperekstensi
Plantar-fleksi
Dorsi-fleksi
Contoh rajah satah sagital
Fleksi Hiperekstensi
Ekstensi Plantar-fleksi
Dorsi-fleksi
Satah frontal
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu bahagian depan dan belakang.
Satah ini merentas dari sisi kanan ke sisi kiri badan.
Contoh pergerakan ialah: abduksi
aduksi
fleksi lateral
inversi
eversi
Contoh rajah satah frontal
inversi
eversi
aduksi
abduksi
Fleksi lateral
kiri
kanan
Satah horizontal (transverse)
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu bahagian atas dan bawah.
Satah ini merentas di bahagian tengah badan.
Contoh pergerakan ialah:
Rotasi
Supinasi
Pronasi
Sirkumduksi
Contoh rajah satah horizontal
supinasi
pronasi sirkumduksi
rotasi
4.2 Jenis-jenis pergerakan
Dalam aktiviti fizikal, pergerakan asas ini bergabung untuk menghasilkan daya maksimum.
Bagi menghasilkan daya maksimum, pergerakan perlu menggunakan banyak sendi.
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu:
Pergerakan linear
Pergerakan putaran
Pergerakan Linear
Pergerakan yang melibatkan sesaran
bergerak secara menegak atau mendatar
pada arah, jarak dan masa yang sama.
Terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Pergerakan rektilinear
Pergerakan kurvelinear
Pergerakan Rektilinear
• Pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan lurus.
• Contoh: – Pergerakan lompatan
acara palang dalam gimnastik.
– Kedudukan sendi bahu dan pinggul pada arah yang sama
Pergerakan Kurvelinear
• Pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.
• Contoh: – Pergerakan fasa
lompatan dalam gimnastik.
– Kedudukan sendi pinggul dan bahu adalah sama.
Pergerakan Putaran/Rotasi/Bersudut
Berlaku apabila bahagian badan bergerak
mengikut lengkung bulatan mengelilingi
satu paksi putaran.
Sesaran bergerak dengan sudut, arah dan
masa yang sama.
Terbahagi kepada dua:
Pergerakan putaran paksi dalaman
Pergerakan putaran paksi luaran
Pergerakan putaran paksi dalaman
• Pergerakan ini
berlaku apabila kaki
dinaikkan ke atas
dan bahagian
badan bersentuhan
dengan tapak
sokongan.
Pergerakan putaran paksi luaran
• Berlaku apabila
tapak sokongan
iaitu bahagian
tengah palang
berada di luar atau
jauh daripada
badan.
AKTIVITI
• Anda dikehendaki berada dalam kumpulan.
• Setiap kumpulan akan mendapat satu topik.
• Arahan : Cari tiga contoh aktiviti, sukan atau
permainan lain bagi setiap topik yang kumpulan
anda dapat. Huraikan tentang sukan dan
permainan tersebut.
– Contoh: topik tuas kelas pertama.
– Aktiviti tekan tubi. huraikan aktiviti ini berada dalam
tuas kelas pertama.
Top Related