LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)
4.3 LANDSKAP
4.3.1 PENGENALAN
Kajian landskap di dalam proses penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Maran ini adalah
mengenalpasti serta menekankan kepada isu-isu semasa yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan
bagi mewujudkan satu imej bandar yang berkualiti. Sebarang polisi atau dasar di dalam Rancangan
Struktur Negeri perlu diperincikan atau memperkenalkan dasar-dasar baru agar pembangunan
landskap adalah seiring dengan pembangunan lain.
4.3.2 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian sektor landskap akan berpandukan kepada objektif-objektif berikut :
i. Mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan pembangunan landskap yang
terkandung dalam Rancangan Struktur Maran serta dasar-dasar pembangunan Majlis
Daerah Maran dan Negeri Pahang ke dalam bentuk fizikal;
ii. Untuk menganalisa sistem rangkaian hijau serta kawasan lapang sediada di dalam
Kawasan Kajian dari segi isu, masalah dan potensi untuk pembangunan landskap;
iii. Untuk menyediakan garis panduan perancangan serta pembangunan landskap untuk
Majlis Daerah Maran serta agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam
membangunkan kawasan Daerah Maran;
iv. Untuk menganalisa imej dan rekabentuk bandar semasa dari aspek morfologi bandar,
bentuk bandar, fungsi bandar, sistem sirkulasi, zoning, latar langit dan
v. Untuk menganalisa keperluan dan kemudahan elemen-elemen landskap di dalam
taman seperti perabut jalan, landskap lembut dan kejur.
4.3.3 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN RANCANGAN STRUKTUR
Dasar-dasar RSN Pahang yang berkaitan dengan pembangunan sektor landskap Kawasan Kajian
adalah membangunkan kawasan rekreasi serta Taman Bandar dan Taman Wilayah seiring dengan
garis panduan piawaian perancangan dan keperluan penduduk tempatan.
4.3.5 ANALISA KEADAAN SEMASA
Kualiti landskap di dalam kawasan bandar utama dan juga jalan-jalan utama perlu dikaji semula dan
dinaiktaraf. Dari segi corak bandar, imej serta perincian elemen-elemen landskap tidak mencukupi
dan tidak mempunyai imej atau identiti tersendiri. Kemudahan-kemudahan asas landskap dan
perabut jalan atau taman adalah berkurangan dan perlu dinaiktarafkan dengan rekabentuk serta
imej yang menarik.
Sistem sirkulasi atau laluan pejalan kaki untuk menghubungkan kawasan komersial, pentadbiran,
masjid, institut pendidikan, klinik dan juga stesyen bas merentasi kawasan bandar tidak kelihatan
seperti pembangunan tempat-tempat riadah iaitu kawasan rekreasi Taman Bandar, Dataran Mini,
Pocket Park dan sebagainya. Pembangunan ini penting di mana bandar-bandar di dalam Kawasan
Kajian mahupun Bandar Maran sendiri adalah meliputi kawasan pembangunan yang berskala kecil
dan sistem sirkulasi yang lengkap akan menjadikan setiap aktiviti dapat dihubungkan dengan lebih
sistematik.
4.3.5 MENGENALPASTI ISU DAN MASALAH
i. Corak serta Imej Bandar
Rekabentuk bandar dari segi rangkaian hijau yang menghubungi setiap kawasan tumpuan
awam seperti taman permainan, taman awam serta kawasan pentadbiran dan komersial
adalah tidak teratur dan lengkap. Sistem sirkulasi terutamanya laluan pejalan kaki adalah
terlalu minima dan tidak sistematik. Pembangunan landskap seperti taman awam, dataran
mini, taman pinggiran sungai, pocket park dan linear park adalah tidak mencukupi.
Kemudahan-kemudahan perabut jalan atau taman seperti laluan pejalan kaki, tempat duduk
serta rehat, tong sampah, lampu taman dan elemen-elemen utama landskap juga perlu
dipertingkatkan. Bandar-bandar utama seperti Bandar Maran, Chenor dan Sri Jaya yang
merupakan pintu masuk utama dari jalinan Lebuhraya Pantai Timur tidak mempunyai imej
serta identiti menarik.
ii. Jenis Permukaan Tanah
4.3 -1
LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)
Profil mukabumi bagi Kawasan Kajian mahupun Bandar Maran sendiri merupakan kawasan
tanah rendah atau lembah. Keadaan struktur tanah yang sedemikian menyebabkan kawasan
bandar dan juga penempatan selalu terdedah kepada banjir kilat. Sistem saliran yang
kurang teratur serta jalinan sungai utama seperti Sungai Pahang, Sungai Teladas dan anak-
anak sungai lain juga menyumbang kepada masalah banjir ini.
iii. Tanaman Pinggiran Jalan
Struktur tanaman pinggiran jalan di sepanjang jalan utama menghubungkan bandar-bandar
penting dan juga laluan di dalam bandar tidak sistematik. Selain daripada tanaman
pinggiran jalan yang dapat mengukuhkan sistem jalinan hijau, ia juga membentuk satu
avenue yang menarik. Pemilihan pokok yang bersesuaian perlu dikaji dari segi karaktor dan
habitat pokok bagi setiap jenis dan fungsi jalan serta tempat. Tanaman hadangan samada di
sepanjang sungai, kawasan kilang dan kawasan yang berpemandangan kurang menarik
perlu dipertingkatkan.
4.3.6 CADANGAN AWAL
i. Landskap Jalan Persekutuan 2 di Bandar Maran
Pintu masuk utama dari Lebuhraya Pantai Timur menghubungkan Kuantan - Kuala Lumpur
akan dinaiktaraf untuk memberi satu imej menarik serta mercu tanda yang sesuai sebagai
identiti. Jalan utama yang bersambung dengan pintu masuk ini ialah Jalan Persekutuan 2
yang merentasi Bandar Maran. Sistem jalan perlu dilebarkan dan mempunyai laluan pejalan
kaki yang selesa dan selamat. Sistem penghadang atau pemisah antara kenderaan dan
pejalan kaki mestilah selamat samada menggunakan tanaman pokok pagaran, bollard dan
railing. Imej-imej rekabentuk perabut jalan dapat ditonjolkan sebagai elemen landskap
penting dan juga mengukuhkan imej bandar tersendiri. Selain daripada itu pokok-pokok
tanaman perlu disusun kemas dan mempunyai karektor yang dapat memberi teduhan,
mempunyai warna, bentuk dan tekstrur serta membentuk satu avenue yang menarik.
ii. Landskap Kawasan Komersial
Kawasan blok-blok perniagaan perlu mempunyai ruang untuk keselesaan pejalan kaki atau
pedestrian mall yang dapat memberi satu corak pembangunan atau rekabentuk bandar
yang
kemas dan sistematik. Kawasan perniagaan perlu mempunyai kawasan letak kereta atau
gerai tepi jalan yang mempunyai pokok yang dapat memberi teduhan yang maksima.
Ruang-ruang kosong perlu dibangunkan sebagai kawasan awam seperti dataran yang
lengkap dengan rekabentuk landskap seperti tempat duduk, lampu taman, papan tanda,
pergola, elemen air, pokok hiasan dan arca-arca bersesuaian.
Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal
Imej pintu masuk ke
Bandar Maran
kurang elemen-
elemen rekabentuk
yang dapat menjadi
satu identiti corak
rekabantuk sesebuah
bandar utama.
Terdapat papantanda
menggambarkan
Maran sebagai Bandar
Ayam Kampung tetapi
gabungan elemen
landskap lain perlu
untuk menguatkan
imej tersebut.
Perlu disediakan satu
mercutanda yang kuat
dengan kombinasi kemasan
menggambarkan
persekitaran tersebut. Binaan
mercutanda juga perlu
digabungkan dengan elemen
landskap seperti tanaman
pokok hiasan yang
membentuk latarbelakang
dan juga sebagai avenue
menarik sepanjang
perjalanan ke bandar.
Tanaman pinggiran
jalan dan median yang
tidak teratur dan tidak
menggambarkan satu
avenue menarik atau
jalinan hijau
berterusan dari pintu
masuk hingga ke
kawasan tumpuan
terutama di dalam
Bandar Maran.
Ruang simpanan jalan dan
juga median perlu di
naiktaraf kepada satu jalinan
hijau yang tersusun dan
mempunyai kombinasi pokok
teduhan dan tanaman renek
yang menarik dan tidak
menghadang pandangan
lalulintas. Sistem pejalan kaki
juga perlu disediakan.
Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal (Samb...)
4.3 -2
LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)
Gambar persekitaran kawasan perniagaan di Bandar Maran (Taman Maran Impian) tidak mempunyai imej landskap yang menarik.
Kawasan pintu masuk, tempat letak kereta serta ruang pejalan kaki perlu dinaiktaraf dengan struktur tanaman pokok yang bersesuaian
Rekabentuk pintu
masuk ke kawasan
rekreasi utama
seperti Maran Hill
Golf tiada tarikan
kepada pemandu
yang melalui
kawasan tersebut.
Struktur baru dengan gabungan
elemen-elemen landskap yang
kemas dan menarik perlu dibina
sebagai identiti kepada
kawasan tarikan pengunjung
seperti aktiviti riadah dan
bersukan. Imej serta perletakan
struktur di pintu masuk ini
penting bagi memastikan ia
tidak terhadang dari pandangan
lalulintas. Laluan pejalan kaki
yang sistematik juga perlu bagi
menghubungkan kawasan ini ke
ruang-ruang utama di dalam
bandar.
Ruang simpanan
jalan serta tempat
letak kereta kawasan
penjaja tidak
mempunyai imej
landskap serta jalinan
ke kawasan bandar
merentasi masjid
utama Bandar
Maran
Kawasan ini perlu dinaiktaraf
dengan gubahan landskap
menarik seperti tanaman
pagaran hiasan, pokok redup
serta struktur yang membentuk
avenue menarik ke masjid.
Kawasan ini perlu diturap
dengan kemasan bersesuaian
bagi keselesaan pejalan kaki
untuk memudahkan kawasan ini
dihubungkan ke kawasan
bandar dan masjid.
Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal (Samb...)
Struktur landskap pinggiran jalan serta persimpangan utama ke Bandar Chenor tidak mempunyai imej serta jalinan hijau berterusan yang menarik.
Tanaman pinggiran jalan perlu disusun dengan teratur disamping membentuk avenue menarik. Kawasan berlatarbelakangkan profil bukit semulajadi ini memerlukan barisan pokok yang membentuk bingkai untuk memberi impak pemandangan yang selsesa kepada pengguna lalulintas. Rangkaian hijau ini perlu dihubungkan ke kawasan tumpuan utama mengikut hierarki serta fungsi tersendiri.
Imej pinggiran jalan
menuju ke Kertau
tanpa struktur
tanaman bagi
mewujudkan avenue
menarik mahupun
tanaman
penghadang.
Tanaman pinggiran jalan
tanaman penghadang yang
tidak menghadang pandangan
lalulintas dan juga sekolah perlu
ditanam dengan susunan
teratur Gabungan ini akan
membentuk satu jalinan hijau
yang memberi imej serta
identiti menarik kepada bandar-
bandar utama di Daerah Maran
mengikut hierarki tertentu.
Imej landskap jalan
serta kawasan
perniagaan di
Kampung Awah
yang terlalu terdedah
kepada matahari
serta tidak
mempunyai
penghadang yang
teratur.
Ruang simpanan jalan atau
median perlu ditanam dengan
struktur pokok yang
membentuk avenue menarik
serta memberi teduhan
maksima. Barisan tanaman
pokok renek juga perlu disusun
dengan kemas sebagai
penghadang jalan dan tidak
mengganggu pandangan
lalulintas.
Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal (Samb...)
4.3 -3
LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)
Struktur landskap
pinggiran jalan
Bandar Jengka 2
tidak mempunyai
imej serta jalinan
hijau berterusan yang
menarik.
Tanaman pinggiran jalan perlu
disusun dengan teratur
disamping membentuk avenue
menarik dan sistem jalinan hijau
yang menggambarkan identiti
Daerah Maran secara
umumnya. Kombinasi pokok
dan laluan pejalan kaki mestilah
membentuk satu rekabentuk
landskap menarik dan selamat
terutama kepada pengguna
seperti murid-murid sekolah.
Imej pinggiran jalan
serta kawasan
perniagaan di Bandar
Jengka 21 tidak
mempunyai gubahan
struktur tanaman
yang menarik serta
mengganggu corak
rekabentuk
persekitaran bandar
dan kediaman secara
umumnya.
Imej landskap yang lengkap dan
teratur perlu dibangunkan
walaupun kawasan bandar kecil
dan berpendudukan sederhana
atau kurang padat. Ini dapat
membentuk satu persekitaran
yang selesa serta identiti
Daerah Maran dengan sistem
jalinan hijau yang lengkap dapat
digambarkan di setiap bandar
mahupun pekan-pekan kecil.
Imej landskap jalan
serta pemandangan
kawasan R&R
Bandar Maran.
Kawasan ini penting sebagai
destinasi persinggahan di
antara perjalanan Kuala Lumpur
– Kuantan. Imej landskap
dengan kombinasi struktur
tanaman serta ruang luaran
yang selesa perlu
dipertingkatkan bagi
membentuk satu lagi imej pintu
masuk serta corak rekabentuk
bandar Maran.
4.3.7 RUMUSAN
Pembangunan sektor landskap Kawasan Kajian perlu menitikberatkan kepada rekabentuk serta
susunan elemen landskap samada tanaman dan juga landskap kejur atau perabut jalan. Penyediaan
ruang pejalan kaki yang mencukupi dan selesa juga dapat menghubungkan taman-taman awam
serta kawasan tumpuan di dalam bandar melalui rangkaian hijau yang dicadangkan. Imej
rekabentuk mestilah dapat menggambarkan identiti bandar-bandar di dalam Kawasan Kajian
tersendiri.
Selain daripada imej landskap pintu masuk, jalan serta kawasan perniagaan, kawasan lain juga
akan diambilkira di dalam penyediaan perancangan serta garispanduan landskap Daerah Maran
seperti kawasan pentadbiran, institut pengajian, perindustrian, perumahan serta kawasan-kawasan
persendirian.
4.3 -4