5 SEBAB GAGAL BUAT DUIT & CARA MENGATASINYA
Kita boleh beri berjuta alasan.
Sebenarnya, semuanya boleh dirangkumkan dalam 5 sebab
utama ini.
Semua ini RACUN yang membunuh.
Jangan gedik sangat. 5 alasan ini boleh diselesaikan dengan
mudah.
Mahu hapuskan semua alasan ini?
Mari kita lihat apa penawarnya!
Ayuh kita…
1. SAYA TIADA MODAL!
Siapa kata nak bisnes perlukan modal?
Siapa kata nak bisnes perlukan modal besar?
INGAT: Kita nak buat duit, bukan nak buat bisnes, bukan nak
buat kedai, bukan nak buat iklan Facebook atau banner atau
signboard.
Nak buat servis penghantaran makanan ke pejabat? Boleh
terus buat!
Tak pandai masak? Minta tolong / upah mak atau makcik atau
jiran sebelah masakkan.
Panjat tangga pejabat dan offer servis pada mereka. Ambil
order.
Berapa modal? Kos bahan-bahan pasar dan upah masak je.
Kalau tiada modal langsung, ambil pre-order, minta mereka
bayar dulu.
Nak berniaga barang bayi / t-shirt muslimah / produk kurus
/ makanan sunnah / krim pelebat rambut? Buat la dropship!
Dah dapat duit dari pembeli, baru bayar kepada supplier.
Supplier juga yang akan hantarkan kepada pembeli.
Masih rasa anda perlu modal?
2. SAYA TAKUT GAGAL/RISIKO!
Takut rugi.
Takut hilang duit beratus ribu.
Mudah saja.
Kalau kita cuba buat dalam skala kecil, boleh rugi besar
ke?
Kalau buat dropship, apa jadi kalau orang tak beli? Tak rugi
apa. Rugi masa sikit je.
Kalau kita buat servis hantar makan tadi, apa jadi kalau orang
tak beli? Penat sikit la naik tangga turun tangga tu. Tapi tak rugi
apa pun.
Kita boleh cari jalan yang tak merugikan dan tak perlu risiko
besar.
JANGAN mula bisnes dengan modal melebihi RM500 (contoh,
ikut sedap sendiri la berapa nak).
Lagi satu, biasalah benda baru… Perlu biasakan diri dulu.
Kalau tak reti berenang, duduk la main-main air dulu. Celup
kaki sikit-sikit. Lepas tepi tu sikit, celup kepala sikit. Kalau terus
terjun 5 meter dalam, memang la lemas.
Tapi jangan la duduk bertenggek je tepi kolam sampai tak
turun-turun. Kalau gitu, sampai ke sudah tak berenang.
Beranikan diri sikit-sikit.
Lagipun, nanti lepas kita alami dan kita tengok semula benda
yang kita takut tu, kita akan rasa: Laaaa… Itu ke benda yang
aku takut sangat?
NEXT!
3. SAYA TAK CUKUP X!
X boleh jadi macam-macam perkara.
X = ilmu
X = modal (lihat atas)
X = keberanian (lihat atas)
Dan macam-macam lagi.
Tetapkan apa yang kita perlu tahu. Kita tak perlu tahu
semua.
Kita tak perlu tahu memandu laju kalau pegang stereng pun
terketar-ketar. Kita perlu belajar dulu memandu perlahan.
Kemudian, BUAT dan PRAKTIS.
Buat apa tunggu nak belajar teori sampai ke memandu fighter
jet baru nak sentuh stereng Kancil?!
Kita tak perlu tahu ilmu Theoretical Physics sebelum mula buat
latihan 1 + 1 = 2. Kan?
Pastikan HANYA cari benda yang PERLU. Bukan yang poyo-
poyo tapi tak berguna buat masa sekarang.
4. SAYA TAK PANDAI MARKETING!
Ini sambungan dari No 3.
Ya, perlu tahu marketing. Tapi perlu ke belajar sampai belajar
‘1001 cara menjual’ atau ‘cara menjual kepada CEO Fortune
500’?
Tak perlu!
Cukup la belajar marketing asas macam saya ceritakan
sebelum ni:
>> KLIK LINK.
Buat terus! Jangan tunggu sempurna atau belajar tinggi-tinggi
baru nak praktis.
Perlu ke nak belajar kelas platinum, uranium, plutonium
bayar sampai RM15,000 tu?
Tak payah!
5. SAYA TIADA PRODUK!
Zaman sekarang ni, produk bersepah.
Ramai pengeluar produk mencari ejen jualan atau dropship.
Petik saja!
Tak tahu produk mana laku? Ada saja cara untuk spy produk
mana yang laku keras. Gunakan alat-alat percuma yang ada di
internet ni.
Sebenarnya… ramai orang yang ada produk tapi tak
laku! Beli produk MOQ sampai 1000 unit tapi buat sendal katil
sendal pintu, duduk bawah tangga.
Sebenarnya… produk tak penting.
SKIL paling penting ialah: MENGESAHKAN ada permintaan
untuk produk, buat market research. BUKAN skil buat produk.
Dan, kita tak perlu masa yang lama untuk SAHKAN kehendak
pasaran.
Dalam masa 24-48 jam, dengan cara yang betul, kita boleh
pastikan ada market untuk produk yang kita mahu jual.
Top Related