7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
1/28
1.0 KONSEP DAN PENGENALAN
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah merupakan bantuan
makanan tambahan kepada murid golongan miskin. Pelaksanaan program ini bertujuan
menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrisi seimbang kepadamurid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas.
Rancangan ini merupakan satu daya usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
RANCANGAN MAKANANAN TAMBAHAN (RMT) adalah satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak
25% - 30% daripada keperluan harian seorang murid yang berkeperluan.(kementerian
pelajaran, 2005). mulai tahun 2011 murid yang layak mendapat bantuan RMT adalah
murid yang ibu/ bapa/ penjaga berdaftar dengan sistem eKASIH, yang dikendalikan
oleh Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai miskin atau miskin tegar.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN RMT
Selepas Perang Dunia Ke 2, Pemerintahan Tentera British (BMA) telah
mengadakan satu rancangan makanan tambahan di sekolah-sekolah sebagai satu
usaha kecemasan. Dalam tahun-tahun tujuh puluhan beberapa pertubuhan kebajikan
dan agensi kerajaan seperti Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Majlis Pusat
Kebajikan dan FELDA telah menjalankan Rancangan Makanan Tambahan kepada
beberapa sekolah yang terpilih terutama kepada beberapa sekolah di luar Bandar.
Dalam tahun-tahun tujuh puluhan beberapa beberapa pertubuhan kebajikan dan agensi
kerajaan seperti Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Majlis Pusat Kebajikan
dan FELDA telah menjalankan Rancangan Makanan Tambahan kepada beberapa
sekolah yang terpilih terutama kepada beberapa sekolah di luar Bandar. Makanan ini
dibekalkan oleh Catholic Relief ServicesOf America dan telah ditamatkan dalam
tahun 1972.
Tahun 1974 Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan projek rintis iaitu
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di Kuala Langat dan kemudian
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
2/28
diperluaskan ke kawasan-kawasan lain oleh kerajaan negeri itu. Tahun 1976,
Jawatankuasa AMP di peringkat Kebangsaan, di bawah anjuran Jabatan Perdana
Menteri telah mengekalkan makanan tambahan sebagai satu usaha dalam AMP.
Semenjak tahun 1979, RMT telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian
Pendidikan untuk mengelola menyelia dan melaksanakannya. Tahun 1982 pelaksanaan
RMT telah diperluaskan ke semua sekolah rendah. Mulai tahun 1989, rancangan ini
telah diteruskan semula kesemua sekolah dengan mengutamakan murid-murid
daripada golongan termiskin.
3.0 MATLAMAT DAN RASIONAL
Fokus utama pelaksanaan RMT di sekolah adalah untuk meningkatkan taraf
pemakanan dan kesihatan murid. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-
murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah,
secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan
sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
Keperluan RMT ini adalah berdasarkan kepada dapatan beberapa kajian yang
menunjukkan bahawa di antara 15% - 20% dari jumlah murid datang ke sekolah tanpa
sarapan atau makan tengahari di rumah dan 1/6 1/3 daripada mereka mengalami
kelaparan tersembunyi. Lebih kurang 35% murid sekolah rendah menunjukkan tanda-
tanda salah pemakanan. Salah pemakanan dan kesan bersama yang diakibatkan oleh
salah pemakanan (malnutrition) dan serangan penyakit (infection of diseases)
menimbulkan masalah-masalah dari segi tumbesaran, pencapaian dalam pembelajaran
dan lainlain lagi.
4.0 OBJEKTIF
Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah bagi
memperbaiki keadaan kesihatan selaras dengan Dasar Pembangunan Negara
(DPN).
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
3/28
Membantu mengatasi masalah pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga
dengan memberi makanan yang berzat dan seimbang.
Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsun
sekaligus menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam usaha-
usaha sekolah mengelolakan RMT.
Mengendalikan tabiat bersopan-santun, bertimbang rasa, berdisiplin dan amalan-
amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan
dan kebersihan alam sekitar.
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM RMT
Mulai tahun 2011 murid yang layak mendapat bantuan RMT adalah murid yang
ibu/ bapa/ penjaga berdaftar dengan sistem eKASIH, yang dikendalikan oleh Jabatan
Perdana Menteri dan disahkansebagai miskin atau miskin tegar. Keramaian murid dan
bilangan hari untuk RMT ditentukan oleh Kementerian Pendidikan tertakluk kepada
peruntukan tahunan yang diluluskan. (rujukan kepada tender/pembekal). Pelaksanaan
program RMT di sekolah perlu di laksanakan dengan mematuhi garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain itu juga, ahli jawatankuasa perlu dibentuk dan bidang-bidang tugas
diberikan kepada pihak-pihak yang berkenaan dan dipertanggungjawabkan. Keutamaan
pelaksanaan program RMT disasarkan kepada murid yang berasal daripada keluarga
miskin yang ibu bapa mereka mempunyai pendapatan RM 400.00 sebulan.
(kementerian pendidikan, 2005). Selain itu, keutamaan juga diberikan kepada murid
yang tinggal jauh daripada sekolah melalui pertimbangan menerusi pihak pentadbir
sekolah. Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah
diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Surat Pekeliling Kew. Bil. 7 Tahun
2010).Rujuk Surat Pekeliling Kewangan. Bil 7 Tahun 2010 (Lampiran)
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
4/28
ASPEK-ASPEK PELAKSANAAN & PENGURUSAN
i. Aspek pemilihan murid
ii. Kriteria kelayakan
iii. Kadar dan Tempoh Pelaksanaan
iv. Pemilihan tender/pembekal
v. Tatacara perakaunan dan pembayaran
vi. Pembayaran kpd penyedia/pembekal
vii. Pekerja kepada pembekal makanan
viii. Menu
1. Aspek Pemilihan Murid
kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan pemakanan ini, mengikut
keutamaan adalah seperti berikut
Taraf Sosio-Ekonomi Keluarga:
KEUTAMAAN hendaklah diberi kepada murid-murid daripada golongan termiskin
iaitu: Murid-murid daripada keluarga / ibu bapa / penjaga berpendapatan bulanan
RM400.00 dan kurang atau murid-murid daripada keluarga yang mempunyai
pendapatan bulanan bagi setiap individu / kepala setakat RM80.00 dan kurang
(SEBAGAI CONTOH seorang murid daripada keluarga terdiri daripada 8 orang
termasuk ibu dan bapa dengan pendapatan bulanan sekeluarga berjumlah
RM500.00 adalah layak diberi keutamaan kerana pendapatan bagi setiap ahli
keluarga ialah RM62.50).
Status Pemakanan:
Murid-murid yang mengalami malnutrasi dengan pengesanan dan pengesahan oleh
Pegawai Perubatan.
Jarak Rumah Dari Sekolah:
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
5/28
Murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan
pengangkutan.
Selain itu juga, senarai keluarga termiskin yang terdapat di setiap Pejabat
Daerah bolehlah dirujuk dalam proses pemilihan murid-murid. Hanya anak
warganegara di sekolah rendah layak menerima bantuan ini manakala jika terdapat
murid yang bukan berstatus warganegara adalah tidak boleh menerima program
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini. Penghuni asrama juga tidak layak
menerima bantuan ini.
2. Kriteria Kelayakan
Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:-
i) Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; dan
ii) Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional
(eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan
Perdana Menteri dan disahkan sebagai kategori miskin atau miskin tegar sahaja.
Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data
eKASIH. Ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group mengenai
Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh
Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang memutuskan bahawa semua
Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai
rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.
Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat
permohonan melalui laman web www.ekasih.gov.my. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/sekolah boleh membantu mendaftar murid di
dalam sistem eKASIH.
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
6/28
3. Kadar dan Tempoh Pelaksanaan
Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung
Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan. Tempoh pelaksanaan RMT adalah 190 hari setahun.
4. Pemilihan Tender/Pembekal
Bagi nilai perolehan yang tidak melebihi RM50,000 setahun, perolehan
hendaklah dibuat secara lantikan terus kepada pengusaha kantin bagi sekolah yang
mempunyai perkhidmatan kantin. Sekiranya sekolah tidak mempunyai perkhidmatan
kantin, Jawatankuasa RMT sekolah boleh membuat lantikan terus kepada Persatuan
Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan. Sekiranya ibu bapa murid berkenaan tidak
berminat, Jawatankuasa RMT boleh membuat lantikan terus pembekalan RMT kepada
keluarga guru/kakitangan sekolah berkenaan. Bagi nilai perolehan yang melebihi
RM50,000 setahun, perolehan hendaklah dibuat dengan pelawaan sebut harga kepada
sekurang-kurangnya lima (5) pembekal tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan
peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
5. Tatacara Perakaunan dan Pembayaran
Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akuan Khas di PPD yang
berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Bahagian Kewangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menghantar surat kepada JPN dan PPD
untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank sekolah/PPD.
Sekolah/PPD perlu menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah dimasukkan
berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM. Bagi sekolah yang
mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan apabila
peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) oleh
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
7/28
bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan dan
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM dan direkodkan di bawah Lajur
Pelbagai atas nama Peruntukan RMT. Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank,
Resit Kew.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah
dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama
Setiausaha Bahagian Kewangan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan,
KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan RMT.
Baki peruntukan tahun semasa ialah amaun/jumlah peruntukan RMT tahun
semasa yang tidak habis dibelanjakan sehingga 31 Disember tahun semasa setelah
ditolak semua tanggungan perbelanjaan. Baki peruntukan yang telah dikenal pasti
hendaklah dikemukakan oleh sekolah/PPD kepada PPD/Ketua PTJ masing-masing
melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
dikreditkan ke Akaun Hasil Kerajaan (Kod 81101) selewat-lewatnya pada 31 Januari
tahun berikutnya. Sekolah PTJ bertaraf pemungut boleh terus mengkreditkan sendiri
baki peruntukan bantuan persekolahan tersebut tanpa melalui PPD/Ketua PTJ
masingmasing.
6. Pembayaran Kepada Penyedia/Pembekal
Pembayaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit Malaysia kepada Pembekal
Makanan dan pembayaran Nilai Perjanjian akan diproses oleh Kerajaan selepas
Kerajaan menerima daripada Pembekal Makanan inbois dan/atau dokumen lain dari
Pembekal Makanan yang lengkap diisi dengan butir-butir Perkhidmatan yang disahkan
dan diperakukan oleh Kerajaan tidak lewat daripada 5 haribulan berikutnya selepas
Perkhidmatan dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang
difikirkan sesuai oleh Kerajaan. Tertakluk kepada subklausa 5.5 Kerajaan hendaklah
membuat bayaran kepada Pembekal Makanan selepas empat belas (14) hari atau
dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan
selepas tarikh penerimaan inbois tersebut. Pembayaran Harga Perkhidmatan oleh
Kerajaan kepada Pembekal Makanan tidak mengecualikan Pembekal Makanan
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
8/28
terhadap manamana terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini. Walau apa
pun yang dinyatakan dalam Klausa ini, tanpa menjejaskan hak lain Kerajaan dalam
Perjanjian ini, Kerajaan sentiasa berhak untuk membuat tolakan (set-off) meminda,
mengurangkan, memotong atau mengubah pembayaran Nilai Perjanjian yang kena
dibayar kepada Pembekal Makanan sekiranya Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh
Pembekal Makanan tidak mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara
yang berikut:
(a) pelaksanaan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya oleh Pembekal
Makanan didapati oleh kerajaan tidak memuaskan atau tidak memenuhi Skop
Perkhidmatan.
(b) pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian ini
(c) pelanggaran apa-apa arahan lisan atau bertulis kerajaan yang diberikan dari
semasa ke semasa sama ada secara lisan atau bertulis berkenaan dengan
pelaksanaan Perkhidmatan.
(d) Jika tolakan (set-off), pindaan, pengurangan, pemotongan
(e) perubahan kepada pembayaran Nilai Perjanjian yang kena dibayar kepada
Pembekal Makanan yang dinyatakan dalam subklausa 5.5 tidak mencukupi bagi
menampung tuntutan kerajaan, kerajaan berhak menuntut baki jumlah wang itu
daripada Pembekal Makanan dan Pembekal Makanan hendaklah menjelaskan
pembayarannya selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari daripada tarikh tuntutan itu
dikemukakan.
7. Pekerja kepada Pembekal Makanan
Pembekal Makanan hendaklah memastikan bahawa Pekerja;
bebas dari apa-apa wabak atau penyakit berbahaya atau berjangkit.
sentiasa menjaga kebersihan Premis dan kebersihan diri.
terlatih dalam pelaksanaan Perkhidmatan.
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
9/28
mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa berkenaan dengan kebersihan
dan pengendalian makanan oleh pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan
dan Kementerian Kesihatan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
dibekalkan dan memakai pakaian seragam Pembekal Makanan, apron, penutup
kepala, penutup mulut, sarung tangan, tanda nama dan lain-lain kelengkapan
yang diperlukan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
tidak berambut panjang dan merokok semasa melaksanakan Perkhidmatan.
menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan mendapat
suntikan T.Y.2 tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh terakhir suntikan
diambil sebelum dibenarkan bertugas. Semua surat pengakuan doktor
hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah untuk rekod dan pemeriksaan.
boleh menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan pada setiap masa.
mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan bersesuaian terhadap
Perkhidmatan.
melaksanakan Perkhidmatan dengan profesional, berdisplin, sopan dan berbudi
bahasa.
8. Menu
Penyediaan RMT hendaklah mengikut 20 jenis menu yang ditetapkan. Pihak
sekolah dicadangkan memilih 5 menu secara bergilir-gilir. Walau bagaimanapun
sekolah boleh membuat pilihan daripada 20 senarai menu yang disediakan mengikut
kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid.
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
10/28
SUKATAN MAKANAN DAN MENU
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
MENU NO.1: NASI AYAM
Bahan Sukatan
Nasi (berperisa ayam)
Ayam kukus
Kuah sup
Kentang
Lobak merah
Daun bawang
Minyak
Sos Cili
Kicap cair
Satu cawan (100gm)
50 gram
150 ml
20 gram
10 gram
5 gram
2 sudu teh
2 sudu teh
1 sudu makan (17 gm)
Buah : Betik 150 gram (1 potong sederhana)
Minuman
Susu kacang soya (kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
MENU NO.2: NASI LEMAK
Bahan Sukatan
Nasi Lemak
Ikan bilis goring
Kacang tanah
Timun
Sambal tumis
Satu cawan (100 gm)
1sudu makan(10 gram)
10 gram (2 sudu teh)
20 gram
10 gram
Buah : Jambu batu biji saiz sderhana (75 gram)
Minuman
Serbuk coklat
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan (12 gm)
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
11/28
2 sudu makan (24 gm)
MENU NO.3: BUBUR NASI
Bahan Sukatan
Bubur Nasi
Ayam
Lobak merah
Daun bawang
Daun (sadri)
Kacang tanah goring
Ikan bilis goreng
Satu mangkuk sederhana (166gm)
60 gram
5 gram
5 gram
5 gram
2 sudu teh (10gram)
1 susu makan (15gm)
Buah : Jambu batu biji saiz sederhana (150 gram)
Minuman
Serbuk Malta
Susu tepung penuh krim
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan
2 sudu makan
MENU NO.4: MEE REBUS
Bahan Sukatan
Mee kuning
Kuah Mee
Sawi
Taugeh
Udang
Ubi kentang Telur rebus
Bawang goreng
80gm
200 ml
15 gram
15 gram
20 gram
biji (50gram)
1 biji (56 gram)
1 sudu teh (5 gram)
Buah : Limau manis biji (38.7 gram)
Minuman Satu gelas (150 ml)
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
12/28
Serbuk Malta
Susu tepung penuh krim
1 sudu makan
2 sudu makan
MENU NO.5: BIHUN GORENG SINGAPURA
Bahan Sukatan
Bihun
Isi ayam
Udang
Kobis
Lobak merah
Taugeh
Minyak
Bawang goreng
Kicap + cili potong
40 gram
40 gram
20 gram
30 gram
10 gram
10 gram
1 sudu makan (12 gram)
5 gram
1 sudu makan (17 gram)
Buah : Tembikai 1 potong sederhana (200gm)
Minuman
Air soya (kurang manis)
Satu gelas (150 ml)
MENU NO.6: NASI KERABU
Bahan Sukatan
Nasi Putih
Ramuan
Isi ikan dihancur
Kelapa parut
Bawang merah
Serai
Ulam
Timun
Satu cawan (100gm)
20 gram
2 sudu makan (15 gram)
5 gram
3 gram
5 gram
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
13/28
Kobis
Kacang panjang
Taugeh
Ikan kembung goring
Sambal cili
Kuah tumis
5 gram
8 gram
8 gram
1 ekor saiz kecil (40 gram)
Satu sudu kecil
1 sudu makan
Buah : Tembikai Sepotong sederhana (200 gram)
Minuman
Susu kacang soya (kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
MENU NO.7: SOTO
Bahan Sukatan
Bihun/Nasi Himpit
Daging/Ayam
Telur
Taugeh
Kuah Sup
Bawang goring
Daun sup
Cili kicap
Bihun 50 gram/Nasi himpit 6 ketul
(60gram)
50 gram
biji
20 gram
200 ml.
5 gram
1 gram
1 sudu makan (17 gram)
Buah : Oren biji (82.5 gram)
Minuman
Serbuk Coklat
Susu tepung penuh krim
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan2 sudu makan
MENU NO.8: NASI PAPRIK
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
14/28
Bahan Sukatan
Nasi putih
Ayam
Sotong
Lobak merah
Putik jagung
Kacang panjang
Minyak
1 cawan (100 gram)
50 gram
20 gram
5 gram
5 gram
10 gram
2 sudu teh (10 gram)
Buah : Pisang emas 2 biji (77 gram)
Minuman
Susu kacang soya kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
MENU NO.9: NASI GORENG CINA
Bahan Sukatan
Nasi
Daging
Telur Sayur
Cendawan
Putik jagung
Lobak merah
Minyak
Daun bawang
1 cawan (100 gm)
30 gram
biji
10 gram
10 gram
10 gram
10 gram (2 sudu teh)
1 sudu teh (5 gram)
Buah : Belimbing biji (38.7 gram)
Minuman
Susu kacang soya (kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan
2 sudu makan
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
15/28
MENU NO.10: LONTONG
Bahan Sukatan
Nasi himpit
Kuah lodeh (lemak)
Sengkuang
Kacang panjang
Kobis dan lobak
Tempe goreng
Taukua (tauhu)
Telur rebus
Santan Kuah kacang
Kacang tanah
Minyak
Enam potong dadu (80 gram)
cawan
10 gram
10 gram
5 gram + 10 gram
15 gram
keping (32 gram)
biji
3 sudu makan (24 gram)
1 sudu teh (10 gram)
sudu the (10 gram)
Buah : Betik 1 potong sederhana (150 gram)
Minuman
Serbuk malta
Susu tepung penuh krim
Satu gelas sederhana (150 gram)
MENU NO.11: BIHUN SUP
Bahan Sukatan
Bihun
Isi ayam
Taugeh
Kentang-potong dadu
Lobak merah
Kuah sup
Tulang/kaki ayam
Daun bawang sadri
50 gram
40 gram
20 gram
40 gram (kiub)
2 sudu teh
200 ml
direbus sebagai perencah sup
5 gram
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
16/28
minyak 2 sudu the (10 gm)
Buah : Epal merah biji (56 gm)
Minuman
Susu kacang soya (kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
MENU NO.12: MAKARONI SUP
Bahan Sukatan
Makaroni
Sup
Isi ayam (dicarik)
Daun sup
Daun bawang
Lobak merak
Sayur sawi
Minyak
Bawang goreng
25 gram
1 gram
30 gram
1 sudu teh (5 gram)
1 sudu teh (5 gram)
2 sudu teh (10 gram)
2 sudu teh (10 gram)
2 sudu teh (10 gram)
1 sudu teh ( 5 gram)
Buah : Pisang emas 2 biji (77 gram)
Minuman
Susu tepung penuh krim
Serbuk coklat
Satu gelas (150 ml)
2 sudu makan
1 sudu makan
MENU NO.13: ROTI CANAI TELUR
Bahan Sukatan
Roti canai
Telur
Kuah dal (parpu)
Kacang dal
1 keping (84 gram)
1 biji (56 gram)
cawan (80 gram)
5 gram
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
17/28
Ubi kentang
Terung
Lobak merah
5 gram
5 gram
5 gram
Buah : Epal merah biji (56 gram)
Minuman
Serbuk coklat
Susu tepung penuh krim
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan
2 sudu makan
MENU NO.14: ROTI TELUR + KACANG PANGGANG
Bahan Sukatan
Roti bijirin penuh (wholemeal bread)
Telur ayam (digoreng)
Tomato
Salad
Bawang besar
Kacang panggang (baked beans)
2 keping roti (60 gram)
1 biji (54 gram)
2 hiris(10 gram)
Sehelai(17 gram)
2 hiris(5 gram)
cawan (40 gram)
Buah : betik 150 gram
Minuman
Serbuk Malta
Susu tepung penuh krim
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan
2 sudu makan
MENU NO.15: SANDWIC SARDIN
Bahan Sukatan
Roti bijirin penuh (wholemeal bread)
Sardin
Minyak (menumis)
Timun
Tomato
2 keping roti (60 gram)50 gram
1 sudu teh (5 gram)
2 hiris (20 gram)
2 hiris (10 gram)
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
18/28
Salad
marjerin
1 keping (17 gram)
1 sudu teh (13 gram)
Buah : jambu batu biji sederhana(150 gram)
Minuman
Susu kacang soya (kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
MENU NO.16: YONG TAU FU
Bahan Sukatan
Kuah sup
Minyak
Tauhu kukus
Suhun
Pucuk tauhu
Kek ikan
Bebola ikan
Sayur kangkung/sawi
Daun bawang Sos cili
Bawang goreng
cawan (86 gram)
2 sudu teh (10 gm)
keping (32 gram)
15 gram
15 gram
4 hiris
4 biji (36 gram)
2 tangkai (27 gram)
5 gram2 sudu teh (10 gram)
1 sudu t (5 gram)
Buah : Betik 1 potong sederhana (100 gm)
Minuman
Serbuk malta
Susu tepung penuh krim
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan
2 sudu makan
MENU NO.17: CAPATI/TOSE
Bahan Sukatan
Capati/Tose 1 keping (64 gram / 114 gram)
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
19/28
Kuah
Sardin
Bawang besar
Minyak
Sambal kelapa (coconut chutney)
2 sudu makan
20 gram
2 hiris (5 gram)
1 sudu teh (5 gram)
2 sudu makan (15 gram)
Buah : Tembikai susu Sepotong sederhana (100 gm)
Minuman
Serbuk coklat
Susu tepung penuh krim
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan
2 sudu makan
MENU NO.18: AYAM PANGGANG DAN KENTANG
Bahan Sukatan
Ayam panggang
Kentang goreng
Tomato
Salad
Timun
Sos
60 gram
cawan (30 gram)
biji dihiris (22.5 gram)
Dua helai (34 gram)
2 hiris (10 gram)
Satu sudu makan (10 gram) Buah : Oren biji (82.5)
Minuman
Serbuk Malta
Susu tepung penuh krim
Satu gelas (150 ml)
1 sudu makan
2 sudu makan
MENU NO.19: BIJIRIN SARAPAN PAGI
Bahan Sukatan
Bijirin
Emping jagung
Kismis (ditabur)
50 gram
1 sudu makan (15 gram)
50 gram
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
20/28
ATAU
Koko krunch
Susu segar
100 ml
Buah: Pisang montel/embun/rastali 1 biji (73 gram)
Minuman
Susu kacang soya (kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
MENU NO.20: KUIH MUIH
Bahan Sukatan
Kuih
Pau Kacang/ayam
Vadai (kacang dal kuning)
1 biji (52 gram)
1 biji (60 gram)
Buah : Pisang 1 biji (73 gm)
Minuman
Serbuk Malta
Susu kacang soya (kurang
manis)
Satu gelas (150 ml)
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
21/28
6.0 PENGURUSAN BORANG-BORANG DAN PEKELILING RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN
1. BORANG KP/RMT/A
Maklumat mengenai murid-murid yang menyertai RMT.
2. Borang KP/RMT/B
Rekod Penyertaan Murid.
3. Borang KP/RMT/C
Maklumat Murid.
4. Format SMM
PEKELILING KEWANGAN Bil: 7/2010
Rancangan Makanan Tambahan - Rujuk surat Bahagian Kewangan Kementerian
Pelajaran.
7.0 PENILAIAN
Jawatankuasa RMT sekolah perlu mengurus pelaksanaan RMT termasuk
penetapan menu, penentuankaedah pembekalan makanan serta penyimpanan rekod-
rekod berkaitan. JPN/PPD/Jawatankuasa RMT Sekolah hendaklah membuat
pemantauan untuk memastikan semua peruntukan dan prosedur berjalan dengan
lancar.
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
22/28
A. Peranan Guru Besar
Pengerusi RMT sekolah
Menubuhkan Jawatankuasa
Mengadakan mesyuarat/taklimat
Menentukan peruntukan RMT diterima dan membuat bayaran kepada
pembekal
Menguruskan perjanjian
Bimbingan dan penyeliaan
B. Peranan GPK HEM
Naib Pengerusi RMT sekolah
Menyelaras program
Menyampaikan maklumat
Mengumpul data dan menyerahkan kepada GB
Mengisi borang KP/RMT//1(Pin 92
Bimbingan dan penyeliaan
C. Peranan Guru RMT Sekolah
Setiausaha mesyuarat
Menyediakan laporan/minit mesyuarat
Menentukan menu harian mengikut keputusan mesyuarat jawatankuasa
Memastikan unsur-unsur pendidikan dipatuhi
Mengumpulkan borang-borang KP/RMT/A,KP/RMT/B, KP/RMT/C, Format
Data SMM
Mengemas kini fail-fail RMT
Mengemaskinikan stok RMT
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
23/28
8.0 BIJIRIN SARAPAN PAGI
Bijirin atau bijian adalah kaya dengan serat dan nutrien penting, bijian penuh
penting dalam membantu pembesaran kanak-kanak serta memenuhi keperluan
tenaganya. Bijian penuh mengambil masa untuk dihadam, jadi ia memberikan tenaga
berterusan pada murid-murid sekolah. Bijian penuh merupakan sumber serat yang
bagus untuk mengekalkan kesihatan usus dan sistem pencernaan. Bijirin merupakan
salah satu menu yang disediakan dalam penyediaan makanan tambahan di sekolah.
8.1 Produk bijirin
Pelbagai jenis roti/ bun tanpa krim dan tidak berinti kepala
Dalam program rancangan makanan tambahan di sekolah, menu yang dirancang
untuk menu bijirin sarapan ini adalah dalam menu 19. (rujuk pekeliling Bil: 7 tahun
2010).
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
24/28
9.0 PENGENALAN PROGRAM SUSU SEKOLAH
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga
miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendahagar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga
bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah
bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid
sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di
peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah
terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan
kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep
Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah
diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai
program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a) Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama
ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
b) Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah
yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian
atau sukarela.
Program bantuan susu sekolah yang dimulakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan muridmurid
sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Murid-murid sekolah diberi
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
25/28
susu Ultra High Temperature (UHT) sebanyak sekali seminggu. Bagi menjamin susu
yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka gari panduan pengendalian
bekalan susu sekolah ini diwujudkan.
10.0 OBEJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam
Skim Susu Bayaran.
Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi
yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma.
Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui
penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector
swasta.
Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya
berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang
melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
11.0 RASIONAL PSS (PROGRAM SUSU SEKOLAH)
Melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga
sekolah.
Menyeragamkan beberapa program kesihatan sekolah yang sedia ada menjadi
program bersepadu.
Mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif utk keprluan sekolah.
tingkatkan kesefahaman dan kerjasama sekolah dan masyarakat tentang isu-isu
kesihatan.
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
26/28
12.0 TUJUAN
Dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi
keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah.
Bertujuan meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah
rendah.(pertumbuhan)
Menggalakkan murid minum susu diperingkat awal.
13.0 KRITERIA PEMILIHAN MURID
Keutamaan kepada murid yang bersekolah di kawasan luar bandar. Pendapatkan
bulanan keluarga RM400 dan kurang iaitu RM 80.00 per kapita.
14.0 JENIS SKIM
skim susu percuma
Melibatkan bekalan susu percuma kepada beberapa orang murid yang
terpilih.
Kos ditanggung oleh Kementerian Pendidikan dan sebahagiannya
ditanggung oleh syarikat pengeluar.(Jabatan Perdana Menteri, 1991).
skim susu bayaran
Melibatkan penyertaan murid-murid sekolah secara sukarela,sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
Dibuka kepada semua murid.Harga dijual lebih murah iaitu RM 0.45
sekotak 250ml.Murid dihadkan 4 kotak setiap pesanan. (KPM,1994).
15.0 PERANAN GURU BESAR
i. Memilih & menyediakan senarai murid yang layak menerima.
ii. Menguruskan pesanan & pengagihan susu Skim Percuma dan Skim Bayaran.
iii. Menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang PSS.
iv. Menggalakkan tabit meminum susu kepada murid.
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
27/28
16.0 PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA (PS1M)
Dilancarkan pada 16 September 2011. Bertujuan mewujudkan generasi muda
Malaysia yang kuat,sihat,cerdas dan lebih dinamik. Lebih 50 negara di seluruh dunia
menjalankan skim susu percuma untuk pelajar sekolah.cth : Thailand,Iran,United
Kindom,New zealand & Palestin. Peruntukan Kementerian Pelajaran 4 juta. Thailand :
pengurangan masalah kekurangan zat seimbang daripada 20 % ke 9 % serta
tingkatkan ketinggian murid daripada 2cm ke 5cm setahun. Susu 1 Malaysia daripada
susu UHT(Ultra High Temperature). Susu dimasak pada 135-140 darjah celcius selama
2-10 saat & diisi segera dalam kotak antiseptik. Mampu bertahan sekurang-kurangnya
10 bulan daripada tarikh proses. Bungkusan kotak mempunyai 6 lapisan terdiri ;
polietilin,kertas dan aluminium. Proses pengedaran melalui darat dan air akan
mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Susu segar program
PS1M dibekalkan oleh Sabah International Dairies Sdn. Bhd (SID).
7/30/2019 5.Pke Esemen- Program Rmt
28/28