Rujukan Esemen

40
1.0 PENGENALAN Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Oleh itu isu- isu yang berkaitan seperti pendidikan bertaraf dunia, minda kelas pertama, pendidikan sepanjang hayat dan pelan induk pembangunan pendidikan harus di ambil perhatian lebih untuk menghasilkan kecemerlangan insan dan negara bagi mencapai wawasan 2020 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN 2.1 KONSEP Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini. 1

description

rujukan

Transcript of Rujukan Esemen

Page 1: Rujukan Esemen

1.0 PENGENALAN

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama

di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun

2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai

inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang

dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan

negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan

kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,

mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang

sering berubah.

Oleh itu isu- isu yang berkaitan seperti pendidikan bertaraf dunia, minda kelas pertama,

pendidikan sepanjang hayat dan pelan induk pembangunan pendidikan harus di ambil perhatian

lebih untuk menghasilkan kecemerlangan insan dan negara bagi mencapai wawasan 2020

2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

2.1 KONSEP

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di

dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak

kepada  pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di

dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang)

mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa

atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

Dan seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran penggunaan istilah sumber

manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk

merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber

manusia tadi dianggap seperti modal (yakni bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu

dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan.

Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan

1

Page 2: Rujukan Esemen

dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun

vokasional diberi perhatian yang serius.

2.1 PENGERTIAN

Pengertian Modal Insan

Istilah modal insan (human capital) sering dikaitkan dengan kebolehan dan kemahiran

manusia. Modal insan juga pernah dirujuk sebagai buruh (labour) atau sumber manusia iaitu

salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia (buruh), mesin dan

modal. Konsep modal adalah luas dan ia meliputi ‘aset ketara’ (tangible asset) milik individu

seperti akaun bank, saham syarikat dan kilang dianggap sebagai aset kerana berupaya

menghasilkan pendapatan dan keluaran pada jangka masa panjang. Modal juga boleh

berbentuk ‘aset tidak ketara’ (intangible asset). Contohnya pendidikan formal, kursus-kursus

kemahiran, perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah kepentingan masa juga dianggap

sebagai modal kerana berkemampuan menjana pendapatan, meningkatkan kesihatan dan

memperbaiki kelakuan/tabiat seseorang.

Konsep modal insan juga melibatkan pelaburan terhadap sumber manusia. Dalam

hubungan ini, aspek pendidikan dan latihan merupakan satu bentuk pelaburan yang amat

penting serta dianggap sebagai elemen dalam modal insan kerana fitrah manusia tidak boleh

dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran,kesihatan dan nilai-nilai yang mereka miliki.

Menurut Becker(www.econlib.org/library/Enc/HumanCapital.html), yang dikatakan

modal insan itu pada hakikatnya ialah ilmu, kemahiran, kesihatan dan etika yang dimiliki oleh

seseorang. Hal ini demikian kerana manusia tidak dapat dipisahkan daripada ilmu, kemahiran,

kesihatan atau nilai yang dimiliki mereka seperti terpisahnya aset nampak atau intangible

assets yang dimiliki oleh mereka seperti wang atau aset fizikal seperti kilang, bangunan,

jentera, atau peralatan pejabat.

“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan ...

kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan dengan penuh komitmen ... Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang

berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri

2

Page 3: Rujukan Esemen

dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan

antarabangsa yang kian meningkat.”

YAB Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi

(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)

Berdasarkan petikan ini, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan amatlah penting bagi

mewujudkan modal insan dalam masyarakat kita bagi meningkatkan pembangunan insan dan

seterusnya akan dapat menyumbang di dalam pembangunan di negara ini.

Pengertian pendidikan

Pendidikan dapat diertikan dalam bentuk yang pelbagai bergantung kepada sudut mana

ia dilihat. Ada yang melihat pendidikan dari sudut cirinya, dari sudut fungsinya, dari sudut

proses pendidikan, hasil dari proses pendidikan serta lain-lain lagi.

Pendidikan dalam bahasa inggeris ialah education. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Latin educare yang mempunyai makna memelihara, membimbing atau mengasuh

kanak-kanak. Namun dalam penggunaannya sebagai istilah, pendidikan adalah lebih luas

daripada itu dan tidak terhad hanya kepada asuhan kanak-kanak sahaja. Dalam bahasa Arab

pula, pendidikan diistilahkan sebagai ‘ta’lim’ atau ‘tarbiah’ atau ‘ta’dib’ iaitu mengajar,

memelihara atau memberi ilmu. Pendidikan adalah bertujuan memberi ilmu pengetahuan

dalam bentuk teori dan praktis bagi membentuk peribadi individu.

Ramai tokoh-tokoh Barat memberi pandangan masing-masing tentang maksud

pendidikan. Pendapat dari tokoh klasik seperti Phytagoras mengatakan bahawa pendidikan

ialah memberi latihan budi pekerti yang baik yang mana ia adalah lebih penting daripada ilmu

pengetahuan. John Stuart Mill berpendapat bahawa pendidikan ialah aktiviti memahami

potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk kesempurnaan

tabi’i. Al-Ghazali pula iaitu salah seorang daripada tokoh- tokoh islam menjelaskan bahawa

proses pendidikan adalah berterusan bermula sejak lahir hinggalah ke liang lahad. Pendidikan

merangkumi pemupukan budi pekerti yang mulia, sifat berani, sabar serta menghormati orang

lain selain daripada untuk kecergasan jasmani. Ini dapat dirumuskan bahawa, pendidikan

bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berilmu, namun ia juga berperanan untuk

membentuk manusia yang mempunyai akhlak yang mulia.

3

Page 4: Rujukan Esemen

3.0 ISU-ISU BERKAITAN

3.1 PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan

mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau

asia dan juga di peringkat antarabangsa pada masa hadapan nanti memerlukan negara ini

meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi

status "World Class Education". Pendidkan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan

kejayaan perubahan insan. (Mohd Najib,1997). Ini adalah kata-kata terawal pemimpin

mengenai pendidikan bertaraf dunia. Dalam Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 bekas Perdana

Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Haji Badawi menyatakan “Membangunkan Sistem

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Kata-kata ini menunjukkan

hasrat dan cita-cita kerajaan untuk merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Mengikut

Merian-Webster Online “ world class is defined as being of the highest caliber in the world”.

Masyarakat kerap memperkatakan bahawa pendidikan perlu dianggap sebagai

penyelamat bangsa.Dikatakan juga ianya menjadi penentu yang paling kritikal dalam

memastikan kejayaan pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Justeru untuk memastikan

aspirasi negaradapat direalisasikan menjelang tahun 2020, sistem pendidikan di Malaysia harus

bergerak sederap seiring dengan semangat 2020 untuk mencapai negara maju sepenuhnya

mengikut acuan sendiri. Dengan bertonggakkan Falsafah Pendidikan Negara dan sembilan

cabaran strategik untuk menurut wawasan tersebut, tuju hala sistem pendidikan masa kini dan

masa hadapan telah diilhamkan dalam bentuk pernyataan misi Kementerian Pelajaran. Misi ini

telah dimantapkan pada tahun 1995 dalam Rang undang-undang:

…membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara…

Konsep pendidikan bertaraf dunia pernah juga diperjelas dan diperdebatkan oleh bekas

Menteri Pendidikan pada ketika itu, Dato Seri Mohamed Najib Bin Tun Razak , dalam sidang

Parlimen sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 tersebut beliau

menegaskan bahawa pendidikan bertaraf dunia bermaksud:

4

Page 5: Rujukan Esemen

…usaha-usaha strategik untuk menglobalisasikan pendidikan (Malaysia) mencari ilmu

pengetahuan tidak kira di mana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran-cabaran

pada masa hadapan…

Diperjelaskan olehnya lagi:

…ia juga bermaksud berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, menyedari

hakikat bahawa masih banyak perkara yang belum kita ketahui, dan mereka cipta dan bukan

setakat buat inovasi sahaja. Tetapi yang paling penting, sistem pendidikan bertaraf dunia

harus mampu melahirkan manusia yang berperibadi, dengan nilai moral yang teguh, seorang

manusia yang sempurna, bukan sahaja daripada aspek akademik, tetapi dengan kemampuan

intelektual untuk menangani cabaran masa muka…..

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta

dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan

kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari

perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian

cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan

dan kemajuan dinamis, iaitu :

a) Pembangunan tenaga manusia

b) Kepesatan pertumbuhan ekonomi

c) Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

d) Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

e) Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

f) Pembangunan teknologi dan sains

g) Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian

Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada

satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara

yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu

berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru

dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan

status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

5

Page 6: Rujukan Esemen

3.2 MINDA KELAS PERTAMA

Modal insan kelas pertama merupakan teras pembangunan negara untuk mencapai

Wawasan 2020. Tumpuan diberi kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta

etika yang positif. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga hal.894) : modal bermaksud wang atau

harta benda yang digunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga. Modal juga

bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapat dan mencapai sesuatu yang lain. Oleh itu

modal boleh diertikan sebagai sumber. Dalam Kamus Dewan ( edisi ketiga hal 493) ini juga

mengatakan insan itu sebagai manusia. Apabila digabungkan modal insan merupakan sumber

manusia.

Modal insan merupakan aset penting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya

sesebuah negara bergantung kepada modal insan itu, jika modal insan tidak berpendidikan

maka sesebuah negara mudah mengalami kejatuhan dan sumber yang ada tidak dapat di

perbangunkan. Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal

insan adalah agenda yang di beri penekanan oleh bekas perdana menteri iaitu Tun Dato’

Abdulah Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bekas Perdana

Menteri telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan

negara dalam mencapai Wawasan 2020.

Ini terbukti dalam ucapan beliau semasa membentangkan Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9) pada 31 Mac 2006:

Malaysia tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki infrastruktur

kelas pertama, tetapi mempuyai mentaliti kelas ketiga. Kita perlu menerapkan pendekatan

yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang bukan hanya menekankan ilmu

pengetahuan, perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal

insan yang bukan sahaja menekankan ilmu pengetahuan,kemahiran, tetapi juga nilai etika,

minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.

Di sini menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri bukan hanya menghendaki modal

insan sebagai teras utama dalam pembangunan negara tetapi mementingkan modal insane yang

berkualiti dalam semua aspek kehidupan mereka sama ada dari segi pendidikan, tingkahlaku,

cara berfikir dan bertindak, pekerjaan, masyarakat, agama dan lain- lain secara menyeluruh.

Ciri-ciri ini akan melahirkan modal insan kelas pertama seperti yang dinyatakan oleh beliau

semperna Hari Pekerja 2006.

6

Page 7: Rujukan Esemen

Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuaan serta ingin

menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai

identitinya sendiri serta mampu untuk terus kekal pada tahap ini, pembangunan modal insan

kelas pertama harus diberi keutamaan.

Dari segi intelek, menurut Malcom S. Forbes (1919-1990), tujuan pendidikan ialah

menggantikan minda yang kosong dengan minda terbuka. Tun Abdullah Ahmad Badawi pula

meletakkan minda kelas pertama sebagai matlamat dalam konteks Malaysia. Hal ini perlu

dijadikan satu ‘outcome’ utama proses pendidikan kita. Selain itu, kita juga masih belum

berjaya menyemarakkan budaya ilmu.

3.3 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah

merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, ekoran dari

perubahan persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k – Ekonomi

menjadi keutamaan, konsep pembelajaran sepanjang hayat telah diberikan penekanan dalam

pembangunan negara. Rencana ini akan memberikan penjelasan mengenai konsep dan

pendekatan untuk merealisasikannya dalam pengurusan sumber manusia sektor awam.

Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu

luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi

program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di

sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan

di tempat kerja. Pembelajaran sepanjang hayat ialah proses pembelajaran seseorang secara

berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam

sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan dan ia juga

bermaksud proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan

berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ianya adalah proses sepanjang

hayat.

Menjelang abad ke – 21, masyarakat antarabangsa lebih prihatin berbanding pada abad

sebelumnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui konsep PSH. Mengikut kajian

UNESCO, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh Negara-negara membangun (Amerika

Utara, Eropah dan Jepun) adalah hasil perancangan strategik pembangunan sumber manusia di

7

Page 8: Rujukan Esemen

mana seluruh anggota masyarakatnya mendapatkan peluang pendidikan terbuka dan

pembelajaran sepanjang hayat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNESCO mulai pertengahan tahun

1990an telah melancarkan program bagi meningkatkan kesedaran pentingnya PSH dikalangan

negara-negara yang sedang membangun. Pandangan PBB ini adalah berdasarkan kepada kertas

yang disediakan oleh “Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Pendidikan Bagi Abad Ke – 21”

bertajuk “Learning: The Treasure Within”. Intisari kepada laporan tersebut mencerminkan

bahawa Pembelajaran sepanjang hayat menjadi kunci kepada pembangunan sumber manusia

dalam abad Ke – 21.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan

telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat

pengajian tinggi. Di Jepun misalnya, persepsi mengenai pentingnya PSH telah mewujudkan

satu fenomena baru yang dikenali sebagai “employability fever”. Golongan mudanya bersikap

agresif untuk memiliki kelulusan dalam beberapa bidang pengajian dan latihan bagi menjamin

mereka mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang mereka minati. Manakala di beberapa

negara, konsep pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan dengan jayanya melalui beberapa

pendekatan.

Laporan Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep

pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi pembelajaran bentuk ini sebenarnya sangat tidak asing di

sisi agama Islam. Kewujudan proses pembelajaran selagi hayat masih ada berlaku seiring

dengan kelahiran agama Islam itu sendiri.

Agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan kepada

Allah sebagai pencipta manusia dan sekalian makhluk di atas muka bumi ini. Tetapi sebaliknya

dimulakan dengan perintah yang berkaitan dengan pendidikan iaitu suruhan membaca sebagai

salah satu wahana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Dalam proses pembelajaran sepanjang hayat laporan Delors et.al mengemukakan empat

tunjang iaitu pembelajaran untuk mengetahui, pembelajaran untuk melakukan, pembelajaran

untuk menjadi apa/siapa dan pembelajaran untuk tinggal bersama. Empat tunjang ini

membentuk proses pembelajaran yang sempurna.Dan menurut Tough, proses pembelajaran

berlaku pada setiap masa kehidupan yang dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada sama

8

Page 9: Rujukan Esemen

ada secara terancang mahupun tidak terancang. Selanjutnya banyak proses pembelajaran untuk

golongan dewasa berlaku secara tidak formal dan ini memang suatu realiti  dalam kehidupan

manusia. Tinggal lagi dapatan ilmu  tersebut bernilai tinggi dan penting ataupun berada di

kedudukan yang lebih rendah.

Datuk Dr. Mohd Yahya menyatakan bahawa pada kebiasaannya konsep pembelajaran

sepanjang hayat yang diamalkan di negara-negara maju adalah berlandaskan kepada beberapa

objektif utama iaitu pencapaian/ pembangunan peribadi (personal fulfillment/development),

memenuhi keperluan gunatenaga (employability), mewujudkan warganegara yang aktif (active

citizenship) dan penyertaan sosial social inclusion).

3.4 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Dalam perbincangan isu seterusnya ialah Pelan Induk Pembangunan Manusia 2006-

2010 (PIPP). Pelan ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah

Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya

International Convention Centre (PICC),Putrajaya. Bidang pendidikan berhadapan dengan

masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Justeru itu

peranan setiap lapisan masyarakat agar mendukung cita-cita dan hasrat untuk menjadikan

sistem pendidikan kita sebagai yang terbaik dan dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan

program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara

menyeluruh dan berterusan supaya “output” yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak

tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena

global. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik serta semua pihak

yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat yang terkandung dalam

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berwibawa

akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang

lama.

Pendidikan merupakan tunjang dan wadah terpenting kepada pembinaan negara bangsa

dan pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan wahana untuk menyemai dan

memupuk benih perpaduan dalam kalangan warga Malaysia, khususnya generasi muda.

Pendidikan juga merupakan pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa Malaysia

daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melewati sempadan kaum masing-masing.

Pendidikan yang sentiasa dinamik perlu terus maju ke hadapan9

Page 10: Rujukan Esemen

Pelan ini juga dilancarkan bermatlamat agar semua rakyat memperoleh pendidikan

yang berkualiti. Pada era globalisasi hari ini pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Hal ini

berikutan daripada kesan globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan

Teknologi Matlumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang

berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Dalam menyediakan

program pembangunan pendidikan ini kadang-kadang berlaku keciciran di mana pelajar-pelajar

luar bandar, miskin, kurang upaya tidak memperoleh keuntungan dalam hal ini. Pelajar-pelajar

ini akan merasakan ketidakadilan berlaku dimana mereka telah disisihkan daripada

memperoleh kemudahan atau keistimewaan ini. Oleh kerana itu pihak kerajaan telah

melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Hal ini dapat membantu dan memastikan

semua pelajar memperoleh peluang yang sama rata dan tidak ada pilih kasih dalam hal ini.

Selain itu, semua penduduk Malaysia akan memperoleh pendidikan yang berkualiti.

Menuntut ilmu juga merupakan tuntutan agama Islam kepada penganutnya. Hal ini dapat

dibuktikan dengan pepatah arab iaitu “ tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad’.

Pepatah ini menunjukkan bahawa kita dikehendaki untuk menuntut ilmu dari kecil

sehingga kita meninggal dunia. Melalui peluang pendidikan yang berkualiti ini menuntut ilmu

juga akan menjadi lebih berkualiti. Hasilnya dapat dilihat apabila mereka yang menuntut ilmu

dapat menggunakan ilmu ini untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan seperti

inilah yang kita kehendaki kerana ia menggunakan ilmu ini dan menyebarkan kepada orang

lain bukan sekadar untuk disimpan dan dijawab ketika peperiksaan sahaja.

Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dilancarkan agar semua penduduk

Malaysia akan memperoleh pendidikan yang berkualiti dan sama rata. Hal ini juga dapat

merapatkan jurang yang terbentuk.

4.0 CABARAN

4.1 Peperiksaan Mengikut Keupayaan

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang

memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira

akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

10

Page 11: Rujukan Esemen

Konsep yang dicadangkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul

Razak sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan

pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini

menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran

dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan

pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor

sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan

ibu bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep

peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang

dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-

murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap

tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh

menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan

kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak

kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan

miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan

memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka

duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan

bersedia.

Peratusan dan sebilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai

keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem

peperiksaan yang diwujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan

yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar

lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan

kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah

rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan

11

Page 12: Rujukan Esemen

berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan

yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan

pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku

dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia

dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan kesahihan sesuatu peperiksaan. Idea

ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan

yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah mengkelaskan pelajar

mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga

dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah

mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar

di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat

tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu

bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan.

Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan

kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap

menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan

mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-

anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang

pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki Institusi Pengajian

Tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian

akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan

mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti

keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip,

dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan

pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan

12

Page 13: Rujukan Esemen

melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan

proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

4.2 Keberkesanan kurikulum dalam pendidikan

Kurikulum ialah teras kepada sesuatu sistem pendidikan. Kurikulum menentukan jenis

dan mutu tenaga rakyat yang pada akhirnya boleh menentukan jenis sumbangan yang boleh

diberikan dalam penghasilan tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Kurikulum juga

menentukan kejayaan pembangunan kemanusiaan.

(Laporan Jawatankuasa Kabinet)

Pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan

pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan,

menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di sekolah.

Untuk menguasai mata pelajaran pada peringkat tertentu, pelajar perlu mempunyai

pengetahuan peringkat sebelumnya. Jika tidak, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mahir

dalam mata pelajaran tersebut. Ini adalah satu faktor utama yang biasa ditimbulkan oleh guru

mahupun pensyarah di universiti apabila disoal tentang kelemahan pelajaran dalam mata

pelajaran sains. Ahli psikologi seperti Gagne (1965), Ausubel (1968) dan Bloom (1977)

menegaskan kepentingan pengetahuan asas dalam menguasai mata pelajaran. Hakikat ini telah

diterima umum tetapi amat sukar difahami mengapa sedikit sangat tumpuan diberi kepadanya.

Lilian McDermott (1992), ketua Kumpulan Pendidikan Fizik dari Universiti Washington dalam

kertas kerjanya yang bertajuk “Research as a Guide for Curriculum Development” menyatakan

pembentukan kurikulum harus berpandukan pengetahuan tentang apa yang pelajar tahu dan

boleh buat dan bukan membuat andaian tentang apa yang mereka patut tahu dan harus boleh

buat.

Umumnya, kurikulum di Malaysia beranggapan bahawa setiap tahap persekolahan

merupakan persediaan ke tahap yang berikutnya. Ausubel (1968, 134) merumuskan kebenaran

tentang andaian tersebut, “Semakin banyak pengetahuan latar belakang seseorang individu

dalam sesuatu disiplin tertentu dan semakin stabil pengetahuan itu, makin lebih berjaya dia

dalam pembelajaran bahan yang berkaitan.”

13

Page 14: Rujukan Esemen

Persoalan yang sering dibangkitkan adalah, adakah pelajar yang mengikuti kurikulum

yang sama dan diajar oleh guru yang mempunyai kelayakan yang sama akan memperolehi

pencapaian latar belakang pengetahuan yang sama?

Alat ukur Ujian Pengetahuan Asas telah dibentuk untuk menentukan kesediaan pelajar

dalam latar belakang asas fizik.Semua pelajar tersebut telah diminta mengambil ujian

pengetahuan asas pada awal semester pertama. Asas yang dikenal pasti adalah keperluan

kursus yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mengikut kursus di universiti. Dalam ujian

tersebut terdapat beberapa konsep yang sepatutnya telah dipelajari di tingkatan empat, lima dan

enam. Ujian ini adalah adaptasi daripada ujian Physics Interface Project’s Tests of Prior

Knowledge. Ujian itu dipilih kerana didapati sesuai digunakan bagi mengukur pengetahuan

latar belakang asas pelajar-pelajar. Hasil kajian menunjukkan:

1. Keseluruhannya pelajar-pelajar kurang bersedia dalam pengetahuan dan fahaman

konsep asas yang diharapkan, iaitu terdapat jurang dalam pengetahuan latar belakang

apa yang diharapkan (prakeperluan kursus) oleh pensyarah dengan pengetahuan yang

dimiliki pelajar ketika mengikuti kursus di universiti

2. Terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar-pelajar baru dalam penyediaan

pengetahuan asas. Ada yang mempunyai kesediaan yang baik dan ada yang terlalu

lemah.

3. Kesediaan pelajar-pelajar bergantung kepada jenis kursus(kesan kurikulum yang

berbeza seperti matrikulasi atau tingkatan enam biasa) yang diikuti semasa di sekolah.

Keadaan ni akan menghalang negara untuk melahirkan ramai rakyat Malaysia yang

mempunyai modal insan kelas pertama. Oleh itu, segala masalah ini harus ditanggani segera

supaya dapat melahirkan rakyat kelas pertama menjelang Wawasan 2020 setaras dengan

negara maju yang lain.

4.3 Budaya hedonisme dikalangan masyarakat

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang digagaskan oleh Yang Amat

Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi baru-baru ini telah menggariskan

modul pembangunan insan sebagai teras utama. Hal ini jelas membuktikan peri pentingnya

golongan muda sebagai tangan yang turut sama membangunkan negara. Bak kata pepatah,

14

Page 15: Rujukan Esemen

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kenyataan ini haruslah disedari setiap belia di

negara kita. Ironinya, generasi muda masa kini bukan sahaja bersikap ‘acuh tak acuh’, malahan

terjangkit dengan budaya hedonisme yang kian merebak dengan meningkatnya pengaruh pihak

media.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan

berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan

keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa

maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari

negara barat ini sebenarnya merupakan barah yang makin mengancam jiwa remaja masa kini,

dan seterusnya merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat

Malaysia pada suatu masa dahulu.

‘Budi bahasa budaya kita’. Rangkaian kata yang merupakan slogan Kempen Berbudi

Bahasa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( KEKKWA)

ini sebenarnya mendukung seribu satu makna. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai

agen penghakis amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak muda. Melalui media hiburan

yang dibawa dari barat, anak-anak muda telah didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar,

gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Pada masa kini, kita

boleh melihat album-album lagu barat yang berlambak di pasaran tempatan. Perhatikan gaya

pemakaian golongan penyanyi ini. Dengarkanlah jenis bahasa yang digunakan. Adakah budaya

ini sesuai dengan norma hidup masyarakat Timur? Bukankah budaya sebegini akan meracuni

pemikiran anak muda yang belum lagi berfikiran matang? Minda para pemuda, sekiranya

dibiarkan untuk diracuni bisa budaya barat, nescaya akan mengubah adat hidup dan budi bicara

mereka kelak.

Budaya hedonisme telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan masa

depan. Apa tidaknya, golongan remaja ini hanyalah hendak bersuka ria tanpa matlamat hidup

yang tinggi. Pada pendapat mereka, mereka hanyalah hidup untuk bersuka ria dan berfoya-

foya. Mereka tidak merancang untuk masa depan yang lebih cerah, sebaliknya semakin mundur

apabila masa ditelan zaman. Orang lain semakin jauh ke depan, manakala anak muda kita

masih lagi terkial-kial di belakang. Usaha tokoh pejuang tanah air memperjuangkan

kemerdekaan akhirnya tersia apabila negara kita tidak dapat dibangunkan oleh warganegara

Malaysia, sebaliknya hanya bergantung harap kepada negara lain. Hendakkah kita balik ke

cengkaman kuku besi penjajah? Sanggupkah kita hidup di bawah telunjuk orang lain?

15

Page 16: Rujukan Esemen

Sewajarnya, golongan pemuda yang merupakan generasi pelapis pemimpin masa kini haruslah

sedar daripada dibuai mimpi-mimpi kosong dan seterusnya, memegang tanggungjawab mereka

dengan berusaha ke arah yang lebih baik.

Namun demikian, harapan ini tampaknya susah untuk direalisasikan memandangkan

budaya hedonisme telah menerbitkan satu lagi budaya dalam kalangan remaja, iaitu budaya

malas. Budaya hedonisme telah melekakan pemikiran remaja, justeru mereka tidak lagi suka

berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Mereka hanyalah bersikap sambil lewa untuk

memperoleh sesuatu, biarpun mereka betul-betul berkeinginan untuk mendapatkannya.

Siapakah yang tidak menginginkan kejayaan? Malangnya, para remaja telah biasa mendapat

apa-apa sahaja yang mereka hendak, termasuklah keseronokan melalui budaya suka bermain-

main. Mereka percaya bahawa usaha yang dilakukan untuk memperoleh kejayaan hanya sia-sia

semata-mata. Antara sedar atau tidak, mereka mula menyemaikan budaya ‘tak apa’ dalam

pemikiran mereka. Oleh yang demikian, mereka mulalah bersikap “bagai melepaskan batuk di

tangga” apabila bekerja.

Bukan itu sahaja, gejala sosial turut dilahirkan melalui budaya hedonisme ini. Hal ini

dapat dilihat apabila para remaja berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di

pub, kelab malam dan sebagainya untuk bersuka ria. Di sinilah pelbagai penyakit sosial

tersebar, misalnya minum arak, menari-nari dan sebagainya. Kita boleh lihat banyak anak

muda yang datang ke tempat-tempat sebegini terkinja-kinja di bawah pengaruh dadah sambil

bergelak tawa dengan kuatnya, biar perempuan sekalipun. Mereka mendengar lagu-lagu rancak

sambil menggoyang-goyangkan kepala mereka tanpa mengendahkan masyarakat yang

memandang. Ke manakah hilangnya adab bersopan-santun ini? Bahkan, tabiat bergelumang

dengan alkohol lambat-laun akan menarik golongan remaja untuk berkecimpung dalam dunia

dadah pula. Maka, lahirlah makin banyak sampah masyarakat yang menggugat keamanan

negara. Ini akan menyebabkan terbantutnya harapan kerajaan untuk membangunkan negara

dengan mewujudkan masyarakat yang mempunyai modal insan.

4.4 Terdapat jurang pendidikan

Cabaran yang seterusnya dapat dilihat dalam isu pendidikan berkualiti pada Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah terdapatnya jurang pendidikan. Jurang

pendidikan yang wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi, lokasi belajar

dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian

16

Page 17: Rujukan Esemen

pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang

pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi

sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus

mendapat perhatian Kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3):

“… merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang

kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian

sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”

(RMKe-3, 1976-1980)

Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk merapatkan jurang

pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar

mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan

SJK. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu

dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan, iaitu jurang bandar dan luar

bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan

pelajar berkeperluan khas serta jurang sosioekonomi.

Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi

penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM),

sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Pada tahun 2005, terdapat 5,077 buah sekolah

rendah dan 792 buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah

khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan

Terdapat 5,951 sekolah rendah dan 870 sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan

memerlukan penyelenggaraan tinggi. KPM akan terus memastikan sekolah khususnya di luar

bandar dilengkapkan infrastruktur mengikut standard minimum dan diselenggarakan, sekolah

usang dan daif dinaiktaraf dan dibaik pulih supaya lebih selamat dan kondusif serta disediakan

kemudahan asas.

Jurang digital pula ialah merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan

ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Terdapat

beberapa sekolah masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Selain itu jana kuasa yang

dibekalkan berkuasa rendah dan tidak mencukupi bagi menampung penggunaan ICT. Sekolah

ini turut menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutamanya sekolah-sekolah yang

17

Page 18: Rujukan Esemen

di pedalaman. Bagi jurang yang seterusnya ialah jurang antara tahap pencapaian pelajar. Jurang

ini merujuk kepada kesulitan menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Kegagalan

ini akan menyebabkan mencapai standard minimum serta pelajar berisiko tinggi untuk tercicir

daripada sistem pendidikan.

Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan

penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pembelajaran &

pengajaran pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan

berbakat. Oleh itu KPM telah mewujudkan beberapa sekolah untuk pelajar-pelajar ini.

Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah

Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

(SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi. Jurang sosioekonomi pula merujuk

kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan

termasuklah kemiskinan dalam bandar. Golongan berpendapatan rendah di bandar biasanya

berada di luar tahap kelayakan untuk diberi bantuan tambahan daripada KPM. Walau

bagaimanapun, kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan anak-anak daripada

kalangan keluarga ini juga memerlukan bantuan sama seperti anak-anak daripada kalangan

keluarga miskin di luar bandar.

Jurang yang wujud ini telah menyebabkan semua penduduk Malaysia tidak mendapat

peluang pendidikan yang sama rata. Hal ini cuba dibendung dengan merealisasikan ketetapan

yang telah dikeluarkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Selain itu jurang

yang wujud ini perlu dirapatkan seperti yang diperutuskan oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin

Tun Hussein dalam perutusan Tahun Baru pada tahun 2006 yang lalu, ialah

“... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan

luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang antara

mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus

pembangunan negara.”

18

Page 19: Rujukan Esemen

5.0 PENDEKATAN

5.1 Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian

Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem

peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi

keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah

pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak

memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah

perlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan

menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai,

ketepatan fakta, penyelesaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai

kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan

cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa

kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat

kosmetik tetapi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya

cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan

mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira

untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan

universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah

bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar

mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan

masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu

bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara

demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,

19

Page 20: Rujukan Esemen

progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan

bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan

pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

5.2 Kekerapan penilaian dan menyeluruh

Sistem peperiksaan perlu di laksanakan di sekolah untuk menilai keupayaan seseorang

pelajar. Walau bagaimanapun penilaian itu hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dan

sepanjang masa meliputi aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Keadaan ini akan memberi

penilaian kursus kepada pelajar itu. Peperiksaan ini bukan hanya diadakan pada hujung tahun

sahaja tetapi diadakan tiga bulan sekali atau sebaliknya. Hal ini akan menyebabkan pelajar

tidak hanya belajar dengan tekun pada akhir tahun.

Walaupun begitu, tugas seorang guru akan bertambah kerana penilaian ini dilakukan

secara menyeluruh supaya lebih berkesan untuk memastikan perkembangan pelajar itu

seimbang dari segi IQ dan EQ. Untuk mengatasi unsur nasib yang dialami oleh pelajar dalam

peperiksaan. Ronald Turner dalam kertas kerjanya “TQM in the college classroom”,

mencadangkan bahawa:

1) Pelajar dibenarkan mengambil semula peperiksaan jika mereka beranggapan bahawa

soalan peperiksaan berada di bawah pengetahuan sedia ada mereka. Keputusannya ialah

terdapat 5% pelajar yang mengulangi peperiksaan semula.

2) Kekerapan peperiksaan di adakan sebanyak 10-12 kali di dalam satu semester. Unsur

nasib tidak sejelas dahulu iaitu dapat mempengaruhi pencapaian seseorang.

Apabila keboleharapan dan kesahan peperiksaan di perolehi, diiringi dengan penilaian

dalam kokurikulum, penilaian terhadap pelajar menjadi lebih lengkap dan berkesan. Secara

tidak langsung dengan melaksanakan keadah yang mampu untuk menanam minat pelajar untuk

belajar dalam sesuatu pelajaran serta bersifat gigih dan bertanggungjawab dalam pembelajaran.

Keadaan ini akan menampung segala kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.

Persaingan ini akan menunjukkan satu keadaan yang sihat di kalangan pelajar.

Selain itu, sekolah hendaklah melatih pelajar supaya pandai menggunakan perkara yang

dipelajari untuk digunakan dalam menganalisis, mengaplikasi dan berfikiran kritis serta kreatif

dalam melakukan sesuatu perkara. Kejayaan atau memperolehi keputusan yang baik dalam

peperiksaan dan hidup tidak hanya bergantung dengan daya ingatan yang kuat sahaja. Oleh itu

belajar harus dilatih untuk memahami sesuatu mata pelajaran itu supaya mereka dapat

20

Page 21: Rujukan Esemen

menggunakannya sehingga masa hadapan. Justeru itu, ia dpt melahirkan ramai pelajar yang

mempunyai minda kelas pertama melalui pendidikan yang sedia ada.

Kebanyakan pelajar membenci kaedah hafalan semasa pembelajaran kerana kaedah ini

membuatkan mereka mudah lupa dan tercicir di dalam kelas. Oleh itu, guru memainkan

peranan penting dalam pengajaran di dalam kelas atau luar kelas. Pengajaran yang menarik dan

berkesan akan membuatkan pelajar cepat ingat dan mengingati apa yang telah diajar seterusnya

menggunakan ilmu itu untuk peperiksaan dan masa hadapan mereka. Seterusnya membuatkan

pelajar itu boleh berfikir secara kreatif dan inovatif dalam pembangunan negara.

Penilaian akan membantu guru-guru untuk mengenal pasti masalah pelajar dan

membantu pelajar dalam masalah pembelajaran dan masalah lain. Dengan tiadanya masalah

yang dihadapi pelajar maka memudahkan matlamat untuk mencapai Wawasan 2020 yang akan

kita temui 10 tahun lagi. Hal ini juga akan melahirkan modal insan yang pertama yang boleh

membangunkan negara setanding dengan negara maju seperti Jepun.

5.3 Pembelajaran secara formal, informal dan non-formal

Pendidikan merupakan asas kepada kemajuan sesuatu bangsa. Pendidikan telah menjadi

hak kepada setiap individu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama. Pembelajaran

sepanjang hayat dapat dilaksanakan melalui pembelajaran secara formal atau pun secara non-

formal

Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang disediakan oleh institusi-institusi

pembelajaran atau latihan yang berstruktur untuk tujuan pensijilan manakala pembelajaran

secara informal adalah pembelajaran yang terhasil daripada aktiviti seharian yang berkaitan

dengan tempat kerja, keluarga atau masa lapang. Pembelajaran ini adalah tidak berstruktur dan

bukan untuk tujuan pensijilan. Pembelajaran non-formal pula tidak dikendalikan oleh institusi

pembelajaran atau latihan serta bukan untuk tujuan pensijilan. Walaubagaimanapun,

pembelajaran secara non-formal ini masih berstruktur kerana ianya mengikut jadual

perancangan pelajar itu sendiri.

Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan tidak

formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada pembangunan manusia secara

menyeluruh selain membantu dalam proses pembangunan sesebuah negara. Pendidikan Bukan

Formal amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

21

Page 22: Rujukan Esemen

Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu

membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi maklumat,

pengurusan, kemanusiaan dan kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya.

Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang

berilmu dan bertamadun. Tentu sekali, dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi

minat dan ketekunan masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk

kerajaan untuk belajar terus menerus sepanjang hayat. Justeru itu, kertas kerja ini akan

memerihalkan bagaimana Pendidikan Bukan Formal boleh menjadi katalis kepada Pendidikan

Sepanjang Hayat di Malaysia.

Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang pendidikan

dalam era globalisasi ini mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke arah melakukan

rombakan dalam cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tatacara

pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendekatan ini mencadangkan supaya

diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang dewasa yang sudah mempunyai

kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi

membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga

perkembangan diri individu itu sendiri (Hussein Ahmad, 2001). Idea tersebut dialas secara

tidak langsung mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan

terutama dalam kalangan orang dewasa. David (1988) telah menyenaraikan beberapa alasan

mengapa trend tersebut wujud, diantaranya ialah memberi peluang orang dewasa yang

kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang

diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan,

memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi, memperoleh kemahiran yang diperlukan

bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang

pengguna yang lebih pintar dan pelbagai lagi.

Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan

Menyedari PSH menjadi penting bagi memastikan kekayaan dan kemakmuran sesebuah

negara, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan mengubal dasar di mana

PSH menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka

Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001 – 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah

merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi,

liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan.

22

Page 23: Rujukan Esemen

Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan di Parlimen pada 23 April 2001 telah

memberikan penekanan di mana dalam RMK – 8 akan dapat menyediakan asas pembangunan

sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta

mempertingkatkan produktiviti dan daya saing. Dasar melaksanakan konsep PSH adalah bagi

mencapai matlamat berikut:-

1) Menjadikan teras dalam membangunkan sumber manusia dalam tempoh pelan

perancangan pembangunan lima tahun negara.

2) Menyediakan asas bagi melahirkan masyarakat yang menjadikan ilmu pengetahuan

sebagai satu budaya serta merealisasikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara

maju.

3) Memberikan galakan PSH dengan menyediakan kemudahan menguasai ilmu

pengetahuan dan meningkatkan asas kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan

latihan formal.

Di samping itu, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan Dasar

Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk membangunkan tenaga

manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar Pendidikan Sepanjang Hayat yang antara

lain bertujuan menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan

memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran, membangunkan program latihan yang

berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri, mewujudkan program e-

Latihan ,mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam

perkhidmatan awam, menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan

dewasa dan Pendidikan Berterusan, menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah,

kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai serta bangunan awam dan persendiran bagi

program Pendidikan Sepanjang Hayat, melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai

kepentingan pendidikan sepanjang hayat dan lain-lain lagi.

5.4 Menyamaratakan peluang pendidikan.

Pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan semua pelajar

mendapat peluang pendidikan yang berkualiti ialah dengan menyamaratakan peluang

pendidikan. Hal ini dengan memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan

saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, orang asli dan suku minoriti

23

Page 24: Rujukan Esemen

lain. KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus kepada membangunkan

infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan

Sarawak. KPM juga cuba meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan mengurangkan risiko

keciciran. KPM turut meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan

pedalaman menambahbaik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan

khas dan kumpulan minoriti serta membaikpulih dan meningkatkan infrastruktur Sekolah

Kurang Murid termasuk SK dan SJK yang terpilih.

Bagi kelompok yang kurang upaya pula ialah KPM menyediakan lebih banyak

infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan. KPM akan memperluas

dan mempertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran,

menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantu pengurusan murid yang mencukupi,

menyediakan pentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin

perkongsian pintar dengan badan sukarela dank kementerian lain yang juga menyediakan

perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (gifted and

talented) pula memerlukan program yang khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Cabaran

KPM adalah untuk menyediakan kurikulum yang sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas dan

menyediakan Sekolah Seni bagi mereka yang berbakat dan cenderung kepada bidang kesenian.

Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan

semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. Kementerian dan agensi

kerajaan yang lain, badan korporat, pihak swasta dan pihak media, Pertubuhan Bukan

Kerajaan, parti politik, PIBG dan Alumni banyak memberi sokongan dan bantuan kepada

pelajar. Program sokongan dan bantuan yang disediakan adalah seperti bantuan kepada pelajar

miskin, program-program akademik, kokurikulum, sumbangan perkakasan ICT, bantuan bagi

melaksanakan acara-acara di sekolah dan program sekolah angkat. Kementerian Pelajaran

Malaysia mengatasi masalah jurang digital dengan menyediakan makmal komputer,

menyediakan Pusat Akses, menambah bilangan computer, merangkaikan semua sekolah

dengan SchoolNet berjalur lebar, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV

Pendidikan, merintis penggunaan video teleconference. Tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul

Rahman Arshad menegaskan , katanya ini adalah usaha bagi memastikan semua pelajar di

kawasan pedalaman mendapat kemudahan pendidikan sebagaimana pelajar di kawasan bandar.

``Saya yakin kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk merapatkan jurang

24

Page 25: Rujukan Esemen

pendidikan antara bandar dan luar bandar namun usaha-usaha fizikal lain juga perlu

ditekankan,''

Selain itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) cuba memastikan semua pelajar

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir

daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif dan

perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Walaupun murid Tahap I yang mengalami

defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1 peratus pada tahun 2003 kepada 7.7 peratus

pada tahun 2004, ia masih berada di atas paras normal iaitu 5 peratus bagi sesuatu sistem

pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan program rintis Kelas

Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun

2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi

murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas

Pemulihan Khas. Cabaran KPM adalah untuk meminimumkan defisit akademik terutama di

negeri dan lokasi yang masih tinggi kadarnya. Penguasaan 3M akan terus dipertingkatkan

melalui peluasan dan peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan

Khas Terlatih, Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi. Selain itu guru perlu

mendidik setiap pelajar dengan penuh dedikasi kerana peranan guru adalah mendidik bukan

sekadar mengajar. Tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad turut menegaskan

bahawa guru adalah aset yang paling penting dalam menjayakan pendidikan di luar bandar.

``Tetapi guru sekarang juga perlu berubah bukan mengajar sahaja tetapi perlu

membimbing pelajar kerana di luar bandar persekitaran dan mentaliti pelajar amat berbeza

berbanding di kawasan bandar,'' katanya.

6.0 PENUTUP

Perkembangan dunia pada hari ini dilihat dalam pelbagai aspek terutamanya aspek

ekonomi, sosial, politik dan teknologi. Bidang pendidikan adalah tidak terkecuali dalam

mengejar perkembangan ini. Kegagalan sistem pendidikan dalam membangunkan tenaga

manusia secara strategik bukan sahaja merugikan negara malahan akan menggugat kedaulatan

negara kerana tanpa nilai-nilai kesemuanya tidak akan terjamin. Kebanyakan negara-negara

25

Page 26: Rujukan Esemen

maju adalah hasil daripada kejayaannya mengatur langkah membangunkan sumber manusia

yang ada di negaranya secara strategik dan futuristik.

Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan

satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai

tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,

progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan

dan berkemahiran.

Selain itu, Malaysia telah menyarankan kepada setiap penduduknya agar

membudayakan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan yang ingin Malaysia capai adalah

pendidikan yang bertaraf dunia. Pendidikan seperti inilah yang ingin dikejar oleh semua

negara. Malaysia juga cuba melahirkan penduduknya yang mempunyai minda kelas pertama.

Seseorang yang mempunyai minda kelas pertama akan dipandang tinggi oleh masyrakat

sekitarnya. Hal ini akan dapat diperoleh sekiranya seseorang itu mendapat pendidikan yang

berkualiti. Pendidikan yang berkualiti inilah yang cuba dilancarkan oleh kerajaan melalui Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dapat disimpulkan bahawa pendidikan yang

berkualiti serta berterusan dapat menjadikan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama

dan bertaraf dunia.

7.0 BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, (2003), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,

Tanjong Malim: Quantum Books.

Merapatkan Jurang Pendidikan (2009). Diperoleh pada Januari 28, 2010 daripada

http://www.tutor.com.my

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi(1999). Diterbitkan di Malaysia oleh

Published in Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Minda Kelas Pertama (2006). Diperolehi pada Januari 29, 2010 daripada

http://www.utusan.com

26

Page 27: Rujukan Esemen

Kurikulum Kebangsaan dan Perlaksanaannya di Malaysia (2006). Diperolehi pada Januari 31,

2010 daripada

http://aj85553.multiply.com/journal/item/15/Kehendak-kehendak

Pendidikan Bertaraf Dunia (2007). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada

http://www.scribd.com/doc/8071758/Pendidikan-Bertaraf-Dunia

Budaya Hedonisme (2008). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada

http://thoughtsforlife.blogminister.net

Rencana (2006). Diperolehi pada Januari 25, 2010 daripada

http://www.ppdbesut.net/

Jemaah Islam Kampus dan Cabaran (2009). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada

http://rausyanfikir.com/2009/05/

27