PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
LAPORAN REFLEKTIFBINA INSAN GURU SIRI 12
25 – 27 JULAI 2011
RANI A/P ARUMUGAM 770118 – 13 - 5498
PENGAJIAN INGGERIS KUMPULAN 2 (TESL 2)IPG KAMPUS BATU LINTANG
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
i
Perkara Muka Surat(1) Biodata
(2) Pendahuluan 1
(3) Matlamat 3
(4) Objektif BIG 4
(5) Jadual Pelaksanaan 5
(6) Refleksi Kendiri(6.1) Taklimat Peserta 8(6.2) Taklimat B.I.G. 12(6.3) Pembinaan Rakit 16(6.4) Aktiviti Darat 19(6.5) Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 23(6.6) Sesi Moral 29(6.7) Aktiviti Air 31(6.8) Tongkat Amanah 35(6.9) Malaysia Cergas 37(6.10) Persembahan Kumpulan & Karaoke 39(6.11) Aktiviti Memasak dan memanggang 41
(6.12) Manfaat daripada Program BIG 44(6.13 Pemurnian Program BIG 46(6.14) S.W.O.T Kendiri 48
(7) Penutup 50
(8) Lampiran(8.1) Koleksi Gambar-Gambar (8.2) Salinan Surat Panggilan(8.3) Salinan Buku Program (8.4) Bahan-Bahan Lain
NAMA : RANI A/P ARUMUGAM
JANTINA : PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
KUMPULAN : PPG TESL 2 (AMBILAN 2011)
SEMESTER : PERTAMA
STESYEN &ALAMAT TEMPAT
BERTUGAS:
S.K. ASYAKIRIN, KM 5, JLN SULTAN
ISKANDAR, 97000, BINTULU,
SARAWAK
ALAMAT TETAP : LOT 7726, JLN PERMYJAYA UTAMA,
DESA INDAH (MARIGOLD), 98000 MIRI,
SARAWAK
NO. TEL SEKOLAH : 086-322064
NO. TELEFON PELAJAR: 016 - 8507842
NAMA WARIS TERDEKAT : MATTHEW BABA
HUBUNGAN : SUAMI
NO. TELEFON: 0198554015
1
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih
saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam
Program Bina Insan Guru lebih-lebih lagi kepada peserta B.I.G siri 12 bagi pelajar
Program Pensiswazahan Guru. Kami telah berjaya menempuhi semuanya dengan
berjaya sekali.Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan
program ini.Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini
tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua fasilitator dan
jurulatih yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam semua aktiviti yang
telah kami jalankan.Kepada fasilitator kumpulan 1, En. Patrick Anong, jutaan terima
kasih diucapkan di atas semua motivasi, teguran dan input yang telah dicurahkan dan
dikongsikan bersama kami. Saya akan memanfaatkan semua ilmu dan perspektif baru
yang telah saya perolehi semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin.
Saya juga ingin memohon kemaafan diatas segala kesilapan yang telah saya
lakukan.Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan
kesilapan.Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang
2
dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya. Anggaplah semua itu
adalah kelemahan bagi pihak diri saya.
Bagi rakan peserta yang lain, walaupun ada diantara kita ini bukanlah kali
pertama kita menjalani Program Bina insan Guru (B.I.G.), namun setiap B.I.G itu adalah
unik dan mengundang pengalaman dan memori yang baru. Saya berharap semua
peserta akan dapat memanfaatkan pengalaman yang diperolehi ini dengan baik
selepas ini. Anggaplah segala aktiviti yang telah dilakukan sebagai aktiviti
‘pembugaran’ ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi selama ini. Bersama-
samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita akan dapat terus
melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian terima kasih.
3
Matlamat BIG ini, adalah untuk menguji serta mencabar daya ketahanan fizikal,
mental, emosi setiap individu yang bergelar seorang guru untuk digunakan 100%
secara maksimum. Aktiviti ini juga, ingin mengenal pasti sifat kepimpinan seorang guru
kepada anak-anak bangsa. Di samping itu juga, ia meningkatkan lagi jati diri, kayakinan
serta keberanian diri seorang guru untuk menempuh cabaran-cabaran di era dunia
tanpa sempadan ini. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan tali silaturahim di
kalangan guru-guru dan juga pihak pengurusan IPG serta masyarakat sekeliling dari
pelbagai bangsa, agama dan juga kepercayaan.
4
Melalui program BIG, peserta dapat mencapai objektif :
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta
perpaduan masyarakat.
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
5
Kursus BIG ini telah dilaksanakan pada 25 sehingga 27 Julai 2011
(Perkhemahan 3 hari 2 malam).
HARI PERTAMA : 25 JULAI 2011 (ISNIN)
Masa Aktiviti yang dijalankan
0630 – 0730 Berkumpul di hadapan Auditorium Tun Abdul Razak (TAZA),
IPG Kampus Batu Lintang.
Mengambil kehadiran dan taklimat ringkas.
Pembahagian kumpulan.
0730 – 0930 Perjalanan ke Kem Alapong, Lundu.
0930 – 1000 Taklimat BIG
1000 – 1030 Mendirikan khemah
1030 – 1100 Rehat dan minum pagi
1100 – 1230 Menyediakan peralatan (batang rakit dan tali)
Ikatan tali
Pembinaan rakit
1230 – 1400 Pengurusan diri
Merarau
1400 – 1700 Keyakinan diri di air dan berakit (K4 – 6)
Orientaring (K1 – 3)
1700 – 2000 Solat / pengurusan diri
Makan malam
2000 – 2030 Ikatan dan simpulan
2030 – 2200 Latihan dalam kumpulan (LDK)
HARI KEDUA : 26 JULAI 2011 (SELASA)
Masa Aktiviti yang dijalankan
0530 -0730 Solat subuh
Aktiviti Malaysia Cergas (senaman)
0730 – 0800 Sarapan pagi
0800 - 0900 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
0900 – 1200 Keyakinan diri di air dan berakit (K1 – 3)
Orienteering (K4 – 6)
1300 – 1400 Solat
Merarau
1400 – 1430 Penerangan membina laporan portfolio
1430 – 1700 Perbincangan persembahan Kumpulan
1800 – 2000 Solat dan makan malam
2000– 1700 Malam persembahan dan karaoke
1700 – 2000 Solat / pengurusan diri
Makan malam
2000 – 2200 Malam persembahan dan karaoke
7
HARI KETIGA : 27 JULAI 2011 (RABU)
Masa Aktiviti yang dijalankan
0530 – 0730 Solat Subuh
Malaysia Cergas
0730 – 0800 Sarapan pagi
0800 – 1030 Refleksi dan Penilaian Kursus
1130 – 1300 Majlis Penangguhan Rasmi
1300 Merarau
1330 Perjalanan balik ke IPG Kampus Batu Lintang
8
TARIKH 25 JULAI 2011
MASA 0630 - 0730
TEMPAT Di hadapan bangunan TAZA, IPGKBL
AKTIVITI Taklimat (1) Peserta berkumpul dan pembahagian
kumpulan
KEKUATAN Tumpuan penuh diberikan
KELEMAHAN Kurang jelas disebabkan tiada penggunaan alat p.a.
semasa memberi taklimat
PELUANG Mendapatkan info ‘first hand’ dari fasilitator yang
dijalankan penuh teliti dan perancangan
ANCAMAN Kecairan maklumat
PENAMBAHBAIKAN Buku program diadakan untuk setiap peserta
Para peserta telah mula berkumpulm di hadapan bangunan TAZA seawal jam
6.30 pagi lagi. Lebih mengujakan apabila Pegawai Pengurus B.I.G, En. Micheal Tarang
ak Jelaming telah pun bersedia di situ tepat pada masa yang telah dijadualkan. B.I.G
siri ke 12 ini telah dihadiri oleh para perserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar
Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011. Kumpulan ini adalah seramai
83 orang dengan 22 peserta lelaki dan 61 peserta perempuan. Kumpulan terbesar
diantara kumpulan-kumpulan B.I.G yang lain ini dianggotai oleh kumpulan major yang
berbeza iaitu TESL 2, Prasekolah dan Pengajian Agama 3.
9
Sebelum taklimat dimulakan, para peserta telah diminta untuk berkumpul
mengikut kumpulan pengajian masing-masing dan kehadiran diambil. Kemudian semua
hadirin telah menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti oleh lagu Ibu Pertiwiku. Semasa
taklimat, para peserta telah diingatkan secara tegas agar mengambil pil malaria, 1 biji
sebelum perjalanan ke kem dan 1 biji selepas tamatnya B.I.G. En. Micheal turut
memberi peringatan kepada peserta wanita yang mengandung supaya tidak mengambil
pil berkenaan agar tidak menanggung risiko yang tidak diingini.
Para peserta juga telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan saya telah
ditempatkan di kumpulan 1. En. Micheal turut memberitahu bahawa kumpulan 1, 2 dan
3 yang berjumlah seramai 41 peserta akan bertolak ke Kem Alapong menggunakan bas
berhawa dingin dan selebihnya menggunakan bas yang tidak berhawa dingin. Sebelum
bertolak, semua peserta telah berdoa mengikut kepercayaan dan agama masing-
masing.
Pada pendapat saya, taklimat sebegini amat penting terutama sekali bagi
peserta mod pengajian jarak jauh yang sememangnya mempunyai masa yang terhad
untuk berinteraksi. Sesi sebeginilah akan menjadi titik permulaan kelancaran sesuatu
program yang akan dijalankan. Dengan kehadiran Encik Micheal tepat pada masanya,
menunjukkan keseriusan pihak pengelola akan pengurusan masa dan disiplin para
peserta. Dengan menetapkan aras disiplin yang tinggi, sesuatu aktiviti yang hendak
dijalankan akan menjadi lebih teratur, lancar dan berkesan. Ia juga berupaya
meminimakan cacat cela sesuatu perancangan terutamanya yang melibatkan ketepatan
masa.
Saya juga turut kagum dengan keperihatinan pihak pengelola kerana telah
berupaya membekalkan 2 biji pil malaria kepada setiap peserta walaupun kami telah
10
diberitahu terlebih awal agar mendapatkan pil tersebut sendiri. Saya pula
sememangnya terpaksa mendapatkan pil tersebut di farmasi kerana pihak Hospital
Bintulu dan klinik swasta kehabisan stok. Saya amat terharu dengan keperihatinan pihat
pengurusan. Ini bermaksud, pihak pengelola sememangnya telah dapat meramal akan
sesuatu kepincangan terutama dari segi persediaan para peserta. Keperihatinan
sebeginilah yang telah saya amati dan berharap agar saya dapat mempratikkannya
apabila saya mengelolakan sesuatu aktiviti sebegini di peringkat sekolah sendiri kelak.
Kekuatan saya semasa taklimat diberikan adalah memberikan tumpuan
sepenuhnya terhadap fasilitator. ;Ini adalah kerana kepincangan maklumat akan
menyebabkan saya menjadi tidak terurus.
Semasa taklimat disampaikan, ada diantara peserta yang agak terpinga-pinga
kerana maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas. Inilah menjadi kelemahan utama
kerana arahan dan maklumat yang disampaikan adalah tidak jelas. Inilah juga yang
menjadi ancaman utama apabila kecairan maklumat berlaku disebabkan maklumat
yang ingin disampaikan tidak jelas. Di sini, sebagai peringatan untuk diri saya sendiri,
apabila ingin mengadakan taklimat untuk sekumpulan individu yang agak ramai, eloklah
sekiranya saya mengambil kira penggunaan ‘hailer’ agar semua peserta mendapat
‘first-hand information’ dan tidak berlaku salah faham.
Dari segi penambahbaikan pula, saya berpendapat bahawa setiap individu
haruslah dibekalkan dengan buku program secara individu agar perancangan program
dan masa dapat diketahui dengan lebih awal. Perkara ini boleh dirancang dengan
terlebih awal dengan meminta ketua kumpulan pengajian masing-masing
memperbanyakkan salinan sebagai rujukan setiap peserta dan boleh diberi pada pagi
11
taklimat ini. Ini membolehkan agar para peserta dapat mempunyai gambaran awal,
bersedia dari segi mental dan mempunyai maklumat yang lebih terperinci berkaitan
dengan susunan aktiviti yang akan dijalankan.
.
12
TARIKH 25 JULAI 2011
MASA 0930 - 1200
TEMPAT Dewan Utama, Kem Alapong, Lundu
AKTIVITI Taklimat (2) Taklimat Program dan Peraturan B.I.G
KEKUATAN Telah sedia maklum akan peraturan B.I.G
KELEMAHAN Kurang memahami lokasi kem kerana ketiadaan
pelan atau peta kawasan kem
PELUANG Mengenalpasti lokasi kem
ANCAMAN Kecairan maklumat
PENAMBAHBAIKAN Pelan atau peta Kem Alapong dipaparkan semasa
taklimat
Setibanya rombongan peserta B.I.G di Kem Alapong, ramai di antara kami yang
agak teruja melihat suasana kem yang amat berbeza dari kem-kem yang pernah
dilawati sebelum ini. Kem yang dimilki oleh Tuan Haji Reduan bin Tuah berlokasi agak
jauh dari hiruk pikuk kota. Kem ini terletak di lokasi strategik di tepi Pantai Lundu kira-
kira seraturs (100) km dari Bandaraya Kuching. Kem Alapong yang berkonsepkan
kampung ini amat mengujakan saya dan rasa hati ini tidak sabar untuk meninjau-ninjau
keindahan semulajadi di situ.
13
Kami telah dikumpulkan sekali lagi mengikut kumpulan B.I.G masing-masing
bagi upacara perasmian Program B.I.G. Siri 12 ini. Program telah dimulakan dengan
upacara menaikkan Jalur Gemilang dan bendera kebesaran negeri Sarawak. Para
peserta turut menyanyikan Lagu Negaraku dan diikuti oleh Ibu Pertiwiku sambil
bendera-bendera tersebut dinaikkan. Kemudian para peserta diminta untuk berada
di Dewan Utama bagi sesi Taklimat B.I.G. yang disampaikan oleh En.Micheal Tarang
ak Jelaming.
Dalam taklimat tersebut, beliau telah menyentuh dan menerangkan peraturan
dan arahan tetap serta etika program B.I.G. Di antara perkara-perkara yang telah
disentuh semasa taklimat adalah etika berpakaian, penetapan kawasan larangan,
pergerakan, penjagaan kebersihan, penggunaan bilik air, ketepatan masa, adab makan,
penjagaan keselamatan kawasan khemah, isyarat kecemasan, sesi Tazkirah dan
Pendidikan Moral, masa perhimpunan pagi, larangan keras B.I.G, penggiliran tugas,
jadual pertukaran giliran bertugas, petua berkursus dan penyerahan telefon bimbit dan
barangan berharga.
Kekuatan diri saya adalah saya telah sedia maklum akan peraturan berkursus.
Maka tiada masalah untuk saya akur terhadap peraturan yang telah ditetapkan.Begitu
jugalah dengan intipati taklimat yang telah disampaikan.Etika berpakaian amatlah
penting terutama sekali apabila peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada para
guru yang telah berkhidmat untuk sekian lamanya. Bagi saya, etika berpakaian yang
telah ditetapkan amatlah bersesuaian dengan profesion kerana ia mencerminkan jati
diri seorang guru. Jika kita sebagai seorang guru boleh mengenakan etika yang serupa
kepada murid-murid, jadi adalah secara semula jadinya kita harus mematuhi etika yang
telah ditetapkan.
14
Penetapan kawasan larangan juga adalah penting kerana setiap peserta harus
tahu limitasi pergerakan masing-masing.Ini adalah perkara biasa bagi mengelakkan
perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Semangat setia kawan diteguhkan lagi dengan implementasi ‘buddy system’ iaitu
berteman walau dimana-mana berada.Ini amatlah penting dan haruslah dipratikkan
lebih-lebih lagi apabila mengadakan aktiviti yang serupa di peringkat sekolah. Guru
harus menekankan aspek keselamatan dimana-mana dan pada bila-bila masa.
Begitu juga dengan aspek kebersihan. Mengambil berat akan kebersihan; baik
kebersihan diri sendiri atau persekitaran adalah sangat penting. Seorang guru harus
berupaya mengurus anak-anak muridnya agar sentiasa memastikan tahap kebersihan
adalah berada di tahap yang tertinggi.Sepanjang program ini, saya amat berbangga
kerana para guru telah menunjukkan kerjasama yang baik semasa mencuci pinggan
mangkuk, di bilik mandi dan kawasan sekitar khemah.
Ketepatan masa amatlah penting semasa mengelolakan sesuatu aktiviti. Ini
adalah kerana kegagalan berbuat sedemikian akan melibatkan sesetengah aktiviti tidak
dapat dijalankan mengikut perancangan. Ini akan membuatkan objektif sesuatu aktiviti
tidak akan tercapai. Saya harus sentiasa menitikberatkan aspek ini jika mahu berjaya
dalam mengelolakan sesuatu aktiviti.Ini juga harus dipratikkan di dalam bilik
darjah.Apabila kita mengikut perancangan, maka mudahlah objektif kita tercapai.
Adab makan yang baik mencerminkan budi pekerti, etika dan keperibadian
seseorang itu.Saya amat bersetuju dengan peraturan makan yang telah ditetapkan
kerana adap makan yang sopan mencerminkan keperibadian tinggi seorang guru itu.Ini
termasuklah berdoa sebelum makan bagi memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan
15
dalam agama masing-masing dan makan apabila semua ahli kumpulan berada di meja
masing-masing.
Pada pendapat saya, peraturan-peraturan yang telah dikenakan ke atas semua
peserta B.I.G adalah perkara biasa dan harus agar semua sedar dan tahu akan batas-
batas diri sendiri. Ini adalah demi kebaikan bersama dan dengan harapan akan dapat
melindungi diri sendiri dan orang lain dari kesusahan dan malapetaka. Selain itu
keharmonian silaturahim akan terpelihara dan kelancaran program yang dijalankan
akan terpelihara.
Kelemahan saya adalah kerana ini merupakan pertama kali diri saya memijakkan
kaki ke Kem Alapong ini.Maka apabila fasilitator memberitahu lokasi prasarana, saya
agak terpinga-pinga.Saya juga turut merasakan kecairan maklumat adalah menjadi
ancaman utama kepada diri saya untuk menjadi perserta kursus yang baik.
Penambahbaikan yang boleh menjadi peringatan untuk diri saya sendiri apabila
menguruskan aktiviti seumpamanya adalah dengan mengadakan pelan atau peta
kawasan.Ini adalah harus agar mudah bagi kita untuk mengenalpasti lokasi sesuatu
tempat.Ini amatlah penting terutama bagi individu yang pertama kali memijakkan kaki
ke sesuatu tempat yang baru. Dengan adanya pelan, penerangan mengenai kawasan
larangan, contohnya akan menjadi lebih mudah difahami.
16
TARIKH 25 JULAI 2011
MASA 1230 - 1400
TEMPAT Kawasan lapang berdekatan dengan Dewan
Utama, Kem Alapong, Lundu
AKTIVITI Pembinaan rakit
KEKUATAN Berpengalaman membina rakit
KELEMAHAN Hanya mahir mengguinakan simpul manok
PELUANG Mengetahui dan menguasai tiga ikatan penting
yakni simpul balak, simpul manok dan simpul tindih
kasih
ANCAMAN Tidak mahir dalam simpulan
PENAMBAHBAIKAN Melakukan latihan membuat simpulan dan cuba
jaya sendiri sebelum Program B.I.G
Selesai minum pagi, para peserta telah diarahkan untuk membuat 21 buah rakit.
Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat sebuah rakit adalah 7 batang paip
pvc, 2 batang besi berukuran 1 meter panjang setiap satunya dan 2 utas tali yang
berukuran panjang kira-kira 5 meter setiap satu. Demonstrasi pembinaan rakit telah
dilakukan oleh 2 fasilitator iaitu mantan pensyarah IPG Kampus Batu Lintang, Tn. Hj.
Noraini dan dibantu oleh En. Micheal.
17
Kekuatan diri saya semasa aktiviti ini ialah, saya telah berpengalaman membina
rakit semasa di maktab hampir 10 tahun yang lepas. Namun kemahiran yang telah
dipelajari serba sedikit masih boleh dipakai guna.
Kelemahan diri saya adalah saya berasa agak gelabah kerana telah lama tidak
mempratikkan simpulan-simpulan yang telah saya pelajari semasa menjadi Kadet
Pandu Puteri di maktab dahulu. Hanya simpul manok yang saya masih boleh pratikkan
dengan baik.
Kerisauan juga timbul kerana tidak diberi peluang untuk mengulangkaji tiga
simpulan utama yang diperlukan iaitu simpul balak, simpul manok dan simpul tindih
kasih. Sebagai penambahbaikan, saya rasa sesi cuba jaya membuat tiga simpulan
tersebut haruslah diadakan. Ini dapat membantu untuk mengembalikan keyakinan para
peserta dalam membina rakit. Jika diberitahu secara awal, saya mungkin akan
melakukan ulangkaji simpulan sebelum berkursus. Dengan ini, saya akan menjadi
peserta kursus yang lebih proaktif dan relevan.
Namun begitu, dengan berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari rakan-rakan yang
lebih berpengalaman, kumpulan saya yang terdiri dari 4 wanita dan seorang lelaki telah
berjaya menghasilkan sebuah rakit yang teguh dalam lebih kurang 35 minit. Kami amat
berbangga memandangkan kumpulan kami adalah yang terakhir bermula dan antara
yang terawal siap.
Pengalaman ini dapat saya aplikasikan dengan sikap seseorang guru. Kita tidak
seharusnya bersikap berpeluk tubuh dan membiarkan orang lain melakukan tugas kita
apabila kita tidak tahu atau mahir dalam sesuatu perkara. Perkongsian secara
18
kolaboratif sebagaimana rakan sekumpulan saya yang lain kepada saya memastikan
saya juga turut menyumbang ke arah pembinaan rakit tersebut. Memang mudah untuk
kita mengatakan kita tidak tahu dan mengalah. Namun adakah itu akan menjadikan kita
seorang guru dan contoh yang baik kepada anak-anak didik kita? Kita harus sentiasa
mencabar diri kita sendiri kerana tanpa berbuat demikian kita tidak akan tahu
sejauhmanakah kemampuan kita.
Persaingan yang sihat juga perlu ada dalam jati diri seseorang guru agar akan
sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri dalam apa jua bidang. Dengan cara ini,
guru akan menjadi lebih relevan dan berupaya meningkatkan kualiti diri sendiri.
19
TARIKH 25 JULAI 2011
MASA 1500 - 1830
TEMPAT Kawasan hutan berdekatan Kem Alapong
AKTIVITI Orientering
KEKUATAN Berpengelaman meredah hutan
KELEMAHAN Tidak berpeluang menggunakan kompas
PELUANG Mengenapasti flora dan fauna setempat
ANCAMAN Tidak mahir menggunakan kompas
PENAMBAHBAIKAN Tiada
Apabila dikatakan akan pergi mengembara di dalam hutan, hati saya sudah
sedikit risau kerana sememangnya takut dengan pacat. Namun saya pendamkan juga
kerisauan kerana saya harus akur akan kehendak program.
Sebelum bertolak kami telah diberi satu taklimat. Penerangan yang amat
berguna sekali telah disampaikan oleh Tuan Haji Reduan bin Tuah, pemilik Kem
Alapong ini sendiri dan fasilitator aktiviti ini. Beliau turut memperkenalkan 6 kata-kata
hikmat iaitu;
20
i) Kristal – Kami fokus
ii) Irama – berkomunikasi dan berinteraksi
iii) samudera – proses menimba ilmu
iv) Matahari – berbakti, beramal dan ikhlas
v) Intan – kasih –sayang dan kerjasama
vi) Sempurna – pemikiran, kreativiti dan inovasi
Kami juga telah diberikan sebiji belon seorang yang akan kami jaga sepanjang aktiviti
meredah hutan.
Kami perlu berjalan selama 30 minit sebelum kami melalui hutan. Permandangan
yang saya saksikan perlu saya simpankan terus dalam memori kerana ini
permandangan sebegini mungkin akan hilang dalam masa 20 tahun akan datang.
Suasana sebegini juga turut mengingatkan saya kepada kawasan rumah panjang datuk
saya yang kini telah digantikan dengan ‘hutan’ kelapa sawit. Melihat akan
permandangan yang sebegini, menyedarkan saya bahawa sabagai manusia kita harus
bersyukur di atas segala ciptaan Tuhan di dunia ini.
Semasa meredah hutan, kumpulan kami telah dibekalkan dengan 1 kompas dan
ketua kumpulan telah diamanahkan untuk memegang kompas tersebut.Namun
demikian, ahli-ahli kumpulan telah menunjukkan kerjasama yang amat baik dan saling
bantu-membantu terutama apabila melalui jalan yang sukar.Ini adalah sinonim dengan
diri kita sebagai warga pendidik agar tidak mudah mengaku kalah apabila menghadapi
kesukaran dan masalah. Kita harus berusaha mencari jalan penyelesaian dan harus
berfikiran positif agar setiap kesukaran itu menjadi api yang menyemarakkan lagi iltizam
diri kita. Sebagai pendidik, kita juga tidak harus gentar dengan setiap tugas yang telah
21
diamanahkan tetapi sahut cabaran tersebut sebagai peluang untuk memperbaiki diri
sendiri.
Kekuatan saya semasa melakukan aktiviti sebegini adalah saya agak biasa
meredah hutan keran latar belakang keluarga.Aktiviti yang dijalankan tidaklah berapa
mencabar kerana kawasan hutan bukanlah hutan belantara tetapi masih kawasan
dusun dan kebun orang.Namun begitu, saya telah mengambil peluang ini untuk
mengenalpasti flora dan fauna yang terdapat di sepanjang perjalanan.
Kelemahan saya semasa aktiviti ini adalah kerana tidak berpeluang untuk
memegang kompas. Saya sedar bahawa perjalanan meredah hutan tidak ;mengambil
masa yang lama. Oleh itu, sebelum giliran saya tiba, kami telah sampai ke ‘checkpoint ‘
yang telah ditetapkan. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua
telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan dalam tempoh 28 minit.
Sesi refleksi aktiviti telah dijalankan bersama tutor kumpulan kami iatu, Encik
Patrick Anong. Semasa sesi tersebut, kami telah diminta untuk membentangkan 3 flora
dan fauna yang kami temui.Saya telah diberikan kepercayaan oleh kumpulan saya
untuk membentangkan hasil dapatan kumpulan kami. Namun, apabila diminta untuk
mengaitkan daun ‘buan’ dengan diri seorang guru, saya telah membuat analogi yang
kurang tepat. Semasa dalam perjalanan pulang ke kem barulah saya terfikir untuk
mengaitkan daun tersebut dengan diri seorang guru yang ‘multi purpose’atau pelbagai
guna.
Dalam era globalisasi sekarang, peranan seorang guru menjadi semakin
kompleks dan mencabar.Golongan guru haruslah memiliki criteria-kriteria tertentu yang
tidak hanya membataskan diri kepada tugas mengajar di dalam kelas sahaja. Guru
haruslah bersifat global dan meliputi pelbagai aspek dalam pembangunan anak murid.
22
Tidak cukup dengan tugas guru sebagai pengajar, guru juga harus menjadi pendidik,
perancang, pemimpin, pelaksana, penggerak, penilai, pelaksana disiplin dan
sebagainya.Begitulah pentingya peranan seorang guru.
23
TARIKH 25 JULAI 2011
MASA 2030 - 2200
TEMPAT Dewan Utama,Kem Alapong
AKTIVITI Latihan dalam Kumpulan
KEKUATAN Penglibatan aktif diri
KELEMAHAN Skrip lakonan tidak dirancang dengan baik
PELUANG Mengetengahkan isu-isu semasa dan benar
ANCAMAN Kumpulan yang tidak memahami situasi dengan
baik
PENAMBAHBAIKAN Penambahan masa perbincangan
Sebagai aktiviti ice-breaking fasilitator LDK, iaitu Puan Rojian bt Abdullah telah
memperkenalkan aktiviti ‘Salam Semut’. Para peserta diminta untuk menjalankan aktiviti
secara berpasangan.Seterusnya peserta diminta untuk senyum kepada pasangan
sejantina masing-masing sambil menggeletek dagu pasangan. Seandainya bukan
sejantina, pasangan akan melakukan ‘curtsy’ sahaja.
24
Aktiviti yang telah dijalankan amat sesuai dan melucukan, Pada pandangan
saya, kemesraan lebih cepat terjalin apabila ada suasana yang melucukan atau
menggembirakan.Kalau aktiviti ini diaplikasikan di dalam kelas, bayangkan betapa
meriahnya sesi ‘ice-breaking’ tersebut.
Seterusnya setiap kumpulan B.I.G telah diberikan satu situasi.Berdasarkan
situasi-situasi tersebut, setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan sebuah
sketsa. Diantara isu-isu yang telah diketengahkan adalah:
i) sikap berpuak-puak guru
ii) penglibatan para guru dalam kerja sampingan seperti jualan langsung
iii) guru besar super yang melakukan perubahan yang drastik dan lmembuat keputusan
secara mendadak
iv) isu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)
v) isu keperihatinan guru terhadap pelajar
vi) perbezaan gred jawatan antara guru-guru
Setiap isu yang diketengahkan sememangnya berlaku di sekolah-
sekolah.Kumpulan Empat itelah mengetengahkan sebuah sketsa yang berkaitan
dengan sikap berpuak-puak kalangan guru.Kebiasaannya sikap berpuak-puak segelintir
guru-guru di sekolah adalah merupakan unsur negatif dan bisa mengugat
kesejahteraan dan keeratan silaturahim di kalangan kakitangan sekolah.Kumpulan ini
juga akan bergembleng tenaga secara negatif dan bisa untuk mempengaruhi budaya
25
kerja dan pemikiran rakan-rakan sejawatan yang lainnya ke arah yang negatif.Sebagai
‘role model’ di sekolah golongan pendidik haruslah memberikan contoh dan teladan
yang terbaik.Jika kalangan guru-guru bersikap berpuak-puak, bagaimana pula
seseorang guru hendak mendidik murid-murid agar tidak bersikap sedemikian.Seorang
guru haruslah berperibadi mulia dan mengamalkan sikap terpuji di sepanjang masa
sesuai dengan profesion perguruan.
Sketsa yang kedua oleh Kumpulan Tiga pula sememangnya berlaku di hampir
semua sekolah.Penglibatan guru-guru dalam aktiviti perniagaan sudah menjadi satu
kebiasaan.Guru-guru yang sememangnya mempunyai rangkaian ‘networking’ yang luas
sering digoda dan kebiasaannya aktiviti ini akan dijalankan pada waktu bekerja dan
kadang-kadang pula ada yang berlaku di dalam bilik darjah.Ini merupakan satu senario
yang merungsingkan apabila guru lebih banyak memberikan tumpuan kepada aktiviti
perniagaan mereka daripada menumpukan perhatian kepada perancangan pengajaran
dan pembelajaran. Di sinilah timbulnya konflik apabila guru-guru melihat akan aktiviti
perniagaan sebegini sebagai periuk nasi utama dan bukannya kerjaya sebagai seorang
guru. Pada pendapat saya, larangan keras harus dikeluarkan kepada guru-guru agar
tidak menjalankan aktiviti perniagaansemasa waktu bekerja. Perbuatan sebegini
adalah salah dan boleh diumpamakan pecah amanah kerana tidak menjalankan
tanggungjawab yang telah diamanahkan dan dibayar gaji, iaitu mengajar.
Sketsa ketiga pula adalah berkaitan guru besar yang menganggap dirinya guru
besar super.Sketsa yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan Satu ini juga berlaku di
sekolah dalam situasi yang sebenar.Pada pendapat saya, sesuatu perubahan yang
membawa kepada kebaikan adalah perkara positif.Akan tetapi perubahan yang terlalu
26
drastik boleh menyebabkan perkara yang baik itu menjadi negatif.Ini adalah kerana,
apabila berlaku sesuatu perubahan, adalah diingatkan bahawa faktor manusia juga
perlu juga dititikberatkan.Semua pentadbir peringkat sekolah harus ingat, sokongan
padu semua pihak adalah perlu untuk menjayakan sesuatu perubahan.
Kumpulan Dua turut meyampaikan sebuah sketsa bertajuk, KWAMP.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa apabila bercakap mengenai KWAMP,
semua mengeluh dan mengatakan perkara yang serupa. Sikap segelintir ibu bapa yang
tidak mahu ambil peduli akan pelajaran anak-anak. Namun begitu golongan kecil inilah
akan menjadi orang pertama terpacul di sekolah apabila tiba giliran untuk mendapatkan
KWAMP.
Hakikatnya sekarang, pihak sekolah harus berupaya menarik minat para ibu
bapa agar lebih bersedia dan terbuka untuk melibatkan diri secara aktif dalam apa jua
aktviti sekolah. Di sini hubungan awam di antara pihak sekolah dan ibu bapa haruslah
sihat dan erat agar satu usahasama yang akrab boleh terjalin.Rasa saling hormat-
menghormati dan kesefahaman yang tinggi haruslah sentiasa dipupuk dan ditanam di
antara pihak sekolah dan para ibu bapa.
Sketsa yang telah dilakonkan oleh kumpulan Enam agak kurang difahami oleh
saya melainkan saya melihat murid-murid mempunyai masalah pembelajaran yang
berbeza di dalam kelas.
Sketsa terakhir oleh Kumpulan Lima pula adalah berkisarkan perbezaan gred
jawatan di sekolah terutama dengan Dg41. Para guru adalah amat sensitif apabila isu
gred ini diketengahkan.Namun begitu situasi sebegini sememangnya berlaku di
27
sekolah.Ada di kalangan pihak pentadbir yang terlalu tidak mempercayai golongan guru
DG41 sehinggakan tidak dibenarkan untuk memegang kelas tahap dua atau mengajar
kelas peperiksaan. Sebagai pihak pentadbiran, para guru ini perlulah diberi
kepercayaan dan peluang kerana pengalaman tidak akan datang bergolek kalau tidak
dicari.
Kekuatan diri saya semasa aktiviti ini dijalankan adalah saya telah melibatkan diri
secara aktif. Ini adalah salah satu nilai yang sentiasa saya amalkan. Dengan cara ini
saya dapat memberi input dan disamping menerima input dari rakan-rakan yang lain.
Saya juga akan lebbih banyak menimba pengalaman dan belajar perkara baru dari
menjadi seorang yang pasif. Seseorang tidak harus hanya menjadi penumpang dan
mengharapkan hasil perbincangan orang lain semata-mata.
Di antara kelemahan saya adalah, apabila berbincang mengenai sketsa yang
akan dibentangkan, saya tidak membuat skrip atau merangka plot sketsa secara
ringkas Ini adalah penting agar perbentangan yang dilakukan adalah memenuhi
kehendak tugasan dan mencapai objektif. Walaubagaimanapun, saya akan
menggunakan pengalaman yang telah diperolehi untuk memperbaiki diri saya dalam
aktiviti yang serupa di masa akan datang.
Aktiviti LDk ini juga telah mengingatkan saya akan akauntabiliti saya sebagai
seorang guru kepada murid-murid, rakan-rakan sekerja, kepada masyarakat, institusi
pendidikan dan seterusnya profesion keguruan. Aktiviti ini juga amatlah
menyeronokkan kerana para peserta berpeluang untuk mengetengahkan kreativiti dan
bakat lakonan masing-masing.masing-masing disamping mengetengahkan bakat
lakonan. Perkongsian ilmu sebegini memanglah menyeronokkan kerana ia adalah main
28
peranan situasi yang sebenarnya berlaku di sekolah.Para peserta juga berupaya
mengeratkan silaturahim dengan bergembleng tenaga dan idea bagi menjayakan main
peranan tersebut.
Sebagai panduan untuk saya mengaplikasikan aktiviti yang serupa di dalam
kelas kelak, saya akan meminta setiap kumpulan untuk merancang skrip atau plot
sketsa agar jalan cerita mudah difahami oleh semua. Ini juga untuk mengelakkan agar
jalan cerita menjadi terlalu panjang.Terlalu banyak unsur lawak diselitkan di dalam
sesebuah sketsa juga boleh memesongkan intipati mesej yang hendak disampaikan.
Perancangan masa adalah penting apabila kita merancang untuk mengadakan
aktiviti sedemikian di dalam kelas.Perancangan ini boleh dilakukan dalam masa yang
singkat namun penting untuk dirancang agar maksud yang hendak disampaikan akan
memenuhi objektif yang sebenar.
Sebagai penambahbaikan, di masa-masa akan datang, saya menyarankan agar
setiap kumpulan diberikan masa yang mencukupi agar persembahan kumpulan adalah
padat dan penuh dengan mesej yang positif.
29
TARIKH 26& 27 JULAI 2011
MASA 0530 – 0630 (sesi pagi)
TEMPAT Dewan Utama,Kem Alapong
AKTIVITI Latihan dalam Kumpulan
KEKUATAN Mempunyai ilmu dan kefahaman asas mengenai
topik yang dikemukakan
KELEMAHAN Agak mendominasi sesi perbincangan
PELUANG Menambah pengetahuan sedia ada
ANCAMAN tiada
PENAMBAHBAIKAN Mencatat dengan lebih jitu lagi maklumat
perbincangan
Sepanjang program B.I.G, peserta hanya berpeluang untuk menyertai aktiviti
Moral sebanyak dua kali. Pengisian slot amatlah produktif di mana para peserta diminta
untuk mengadakan perbincangan berkaitan topik yang telah disediakan.
Untuk slot pada 26 Julai, pokok perbincangan kami adalah mengenai Sambutan
Hari Kualiti. Kumpulan kami pula telah diminta untuk membincangkan konsep budaya
30
kerja cemerlang.Manakala bagi slot pagi 27 julai pula, kumpulan saya telah diminta
untuk membentangkan tajuk berkaitan kod etika berpakaian.
Antara kekuatan yang saya miliki adalah saya mempunyai ilmu dan kefahaman
asas mengenai tajuk yang dibincangkan.Ini menjadi modal saya untuk membantu
kumpulan saya bagi mengutarakan isi-isi perbentangan yang baik. Diantara budaya
kerja cemerlang yang kami telah senaraikan adalah sikap bertanggungjawab, bekerja
berpasukan, berani mengambil risiko, tahu akan keutamaan, berdaya saing positif, akur
akan arahan dan inovatif.
Kelemahan saya adalah saya agak mendominasi sesi perbincangan kumpulan
bagi kedua-dua slot Moral ini. Sepatutnya saya boleh membantu memudahcarakan sesi
perbincangan agar yang lain boleh turut menyumbangkan buah firkiran mereka.
Dengan cara ini, perbincangan kumpulan akan menjadi lebih menarik dan lebih banyak
idea-idea bernas yang dapat dibentangkan.
Sebagai penambahbaikan diri saya sendiri, saya seharusnya lebih peka dan
mencatat hasil perbincangan kumpulan lain agar senang untuk saya membuat refleksi
kendiri ke atas aktiviti ini.
Sebagai kesimpulannya, aktiviti seperti ini memang berupaya untuk
mengetengahkan sikap kepimpinan, toleransi dan kerjasama ahli-ahli dalam sesebuah
kumpulan.Namun harus diingatkan bahawa hasil perbincanagn sesebuah kumpulan
adalah koleksi buah fikiran kesemua ahli dan tidak seorang pun harus dipinggirkan dari
menyertai aktiviti sebegini.
31
TARIKH 26 JULAI 2011
MASA 0900 – 1200
TEMPAT Pantai Pandan, Lundu
AKTIVITI (1) Water Confidence (2) Berakit
KEKUATAN Suka akan aktiviti air dan tahu berenang
KELEMAHAN Berat badan yang berlebihan
PELUANG Menambah kemahiran berakit
ANCAMAN tiada
PENAMBAHBAIKAN Penambahan masa bagi menjalankan senario
lemas atau karam
Saya telah berpeluang untuk melakukan aktiviti air yang telah dikendalikan oleh
dua orang pensyarah iaitu En. Ahmad Daud bin Haji Lugom dan En. Abg Ismail bin
Abang Haji Julhi. Aktiviti ini telah dilakukan di Pantai Pandan, berdekatan dengan Kem
Alapong.
Aktiviti air ini telah terbahagi dua iaitu aktiviti pertama adalah ’water confidence’.
Latihan yang telah dijalankan adalah untuk membina keyakinan terhadap diri sendiri
dan tidak mudah panik apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku di laut atau air.
32
Mula-mula kami diminta untuk telentang dan meniarap. Ini adalah kemahiran
asas yang perlu dikuasai apabila seseorang berada di lautan nanti dan memakai jaket
keselamatan, Kami juga telah diminta untuk mengapungkan diri dan membiarkan diri
terus terapung selama lebih kurang seminit dan tanpa berpegang tangan.
Selesai aktiviti ini, kami seramai 41 orang yang terdiri daripada Kumpulan Satu,
Dua dan Tiga diminta untuk membuat dua barisan mengikut ketinggian. Saya telah
dipasangkan dengan Jamilah bt Tamam dari Pengajian Agama 3. Pada mulanya kami
berdua mengalami kesukaran kerana Jamilah tidak berpengelaman mendayung.
Namun dengan kerjasama dan semangat tidak mengaku kalah, Jamilah dalam masa
yang singkat telah menunjukkan kebolehan mendayung. Ini menyenangkan perjalanan
berakit kami berdua. Setelah kira-kira 15 minit berakit, kami diminta untuk
menyambungkan rakit dan membentuk rangkaian rakit di tengah-tengah lautan.
Kami kemudiannya telah berakit melepasi sebuah tanjung dan berhenti rehat di
tepi pantai. Di situ kami telah dijamu dengan minuman dan kudapan ringan bagi
mengembalikan tenaga yang agak berkurangan.
Kekuatan diri saya semasa melakukan aktiviti ini adalah saya adalah seorang
yang gemarkan air dan lautan. Kebolehan berenang juga agak menyenangkan saya
untuk melakukan aktiviti yang diminta. Namun begitu saya tetap mendengar arahan dan
bimbingan fasilitator kerana keakuran kita akan menyebabkan sesuatu aktiviti yang
dirancang berjalan dengan lebih lancar.
Kelemahan diri saya terpancar apabila rakit diterbalikkan dan diminta naik
semula ke rakit masing-masing. Saya agak gusar pada mulanya kerana semasa aktiviti
berkayak semasa di maktab dulu, saya tidak berjaya menaiki kayak saya semula. Ini
adalah disebabkan masalah berat badan. Namun kelemahan ini saya dapat atasi kini
33
kerana berkat kesabaran menjalani kelas aerobik dan juga melengkapkan diri memakai
seluar sukan yang ‘stretchable’. saya akhirnya dapat menaikkan badan sendiri ke atas
rakit. Saya juga berazam untuk berjaya dalam aktiviti ini sebagai iltizam bagi diri sendiri.
Antara pengalaman baru yang saya telah perolehi semasa berakit adalah aktiviti
menyusur di dalam air. Ini adalah aktiviti yang amat seronok untuk dicuba. Malangnya,
saya tidak berjaya melakukan aktiviti ini kerana tidak membawa ‘goggle’ sendiri bagi
seorang yang rabun jauh seperti saya.
Disini ingin saya sarankan penambahbaikan agar senario lemas atau karam
diberi penekanan dan dipanjangkan sedikit masa. Ini adalah untuk memberi peluan
kepada para peserta untuk menjalankan tatacara keselamatan air yang betul. Ini adalah
sebagai salah satu latihan yang saya rasa sangat relevan berdasarkan pengalaman
saya sendiri mengajar di pendalaman dulu dan juga insiden bot ekspress yang karam
di Tatau baru-baru ini.
Secara kesimpulannya, aktiviti ini merupakan ‘highlight’ utama bagi Program
B.I.G. Aktiviti ini harus diteruskan pada sesi yang akan datang bagi memberi keyakinan
dna pendedahan kepada para guru akan kepentingan aktiviti sedemikian. Aktiviti seperti
‘water confidence’ adalah penting kerana melalui aktiviti ini akan dapat memberi
keyakinan kepada seseorang semasa di dalam laut. Oleh sebab itu, aktiviti ini dilakukan
terlebih dahulu oleh perenang sebelum mereka berenang. Antara pengalaman yang
dapat saya bugarkan adalah cara memakai jaket keselamatan dengan betul dan teknik-
teknik menyelamat mangsa di air. Lebih penting saya juga diajar tentang cara untuk
mengendalikan aktiviti bersama anak-anak murid kelak apabila ingin melakukan aktiviti
air iaitu dari aspek keselamatan dan kawalan pelajar.
34
Diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan dan jika boleh dipelbagaikan aktiviti seperti
berkayak atau berakit adalah begitu baik kerana melaluinya juga kita dapat melatih
semangat berpasukan dan memperoleh ilmu baru untuk diaplikasikan.
35
TARIKH 26 JULAI 2011
MASA 1300 – 1430
TEMPAT Sekitar Kem Alapong
AKTIVITI Tongkat Amanah
KEKUATAN Semangat berpasukan yang tinggi
KELEMAHAN Kurang sabar
PELUANG Menimba pengalaman baru
ANCAMAN Tahap konsentrasi rakan sepasukan yang rendah
PENAMBAHBAIKAN
Aktiviti ini adalah yang paling unik sekali kerana dikelolakan dengan kerjasama
pihak pengurusan Kem Alapong dan telah ditaklimatkan sendiri oleh Tuan Hj. Reduan.
Setiap kumpulan diberi sepohon buluh yang dianalogikan sebagai tongkat amanah.
Tongklat amanah ini perlu sentiasa dipegang atau disentuh oleh setiap ahli kumpulan
sepanjang berl;angsungnya LDK ini. Bagi mana-mana peserta yang baik secara
sengaja atau tidak sengaja terlepas pegangan tongkat tersebut, maka kumpulan itu
dikehendaki untuk mengulang semula tugasan yang telah selesai mereka lakukan.
36
Melalui LDK ini, saya telah mempamerkan salah satu kelebihan saya iaitu iaitu
semangat berpasukan yang tinggi.Semangat berpasukan amatlah perlu untuk
menjadikan satu usaha yang kolektif itu lebih produktif.
Kelemahan saya yang amat ketara adalah sikap tidak sabar saya apabila rakan
sekumpulan berlengah-lengah untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Saya harus
menyingkirkan sikap ini kerana sikpa ini akan menimbulkan kecuaian dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
saya juga berpeluang untuk mempelajari satu aktiviti yang baru. Pada pendapat
saya, aktiviti seperti ini adalah sesuai untuk dilaksanakan di peringkat sekolah.Ia
berupaya untuk memupuk dan menanam semangat bekerjasama, bertoleransi dan
semangat setia kawan di kalangan murid-murid.
Ancaman yang saya dapati adalah tahap konsentrasi segelintir kecil rakan-rakan
yang agak terganggu.Saya sedar mungkin mereka berasa agak letih selepas aktiviti
berakit.Namun begitu, semua orang adalah keletihan tetapi perjuangan bagi
melaksanakan aktiviti ini harus diteruskan jua.
37
TARIKH 26 dan 27 JULAI 2011
MASA 1630 - 0730
TEMPAT Sekitar Kem Alapong danPantai Pandan
AKTIVITI Malaysia Cergas ( Senaman Pagi)
KEKUATAN Semangat kesukanan yang tinggi
KELEMAHAN Menghidapi tendinitis
PELUANG Meningkatkan tahap kecerdasan
ANCAMAN
PENAMBAHBAIKAN
Setiap pagi setiap peserta adalah diwajibkan untuk menjalani aktiviti senaman
pagi.Setiap kumpulan telah bergilir-gilir untuk melaksanakan upacara menaikkan
bendera dan mengetuai aktiviti senaman.
Pada hari kedua, kumpulan Tiga telah memimpin kesemua peserta untuk menari
‘poco-poco’.Tarian ini amat seronok untuk ditarikan kerana gerak tarinya yang mudah
untuk diikuti. Selesai melakukan aktiviti memanaskan badan, kesemua peserta
dikehendaki berjoging sehingga ke Pantai Pandan dan seterusnya kembali semula ke
Kem Alapong.
38
Semasa menjalani aktiviti ini selama dua hari, saya tidak pernah memberikan
alasan untuk tidak melakukan sesuatu senaman. Ini adalah kerana kelebihan saya
memiliki semangat kesukanan yang tinggi dan bersifat kompetitif menyebabkan saya
tidak betah duduk diam walaupun menghidap ‘tendinitis’ pada lutut sebelah kiri
saya..Walaupun peserta lain berlari namun saya tetap mengekori dengan berjalan laju
(power walk) untuk sampai ke destinasi. Semangat yang tersemat dalam diri ini selalu
saya tekankan kepada anak didik saya.
39
TARIKH 27 JULAI 2011
MASA 2030 - 2230
TEMPAT Dewan Utama Kem Alapong
AKTIVITI Persembahan Kumpulan
KEKUATAN Lagu yang dipersembahkan berkaitan dengan
profesion
KELEMAHAN Tiada lagu iringan
PELUANG Mengetengahkan bakat nyanyian
ANCAMAN
PENAMBAHBAIKAN Persembahan dari kalangan pensyarah
Semua kumpulan adalah diwajibkan untuk menyampaikan sebuah persembahan
yang berkisarkan pengalaman yang telah ditimba sepanjang Program B.I.G ini.Pada
malam itu, keenam-enam kumpulan berjaya melakukan persembahan yang begitu
menghiburkan sekali.Persembahan–persembahan telah diadili oleh En. Mohammad bin
Ameran, Pn. Hafizah bt Selamat dan Pn. Noraini bt Jon.
Kumpulan saya telah mendendangkan sebuah lagu berjudul ‘ Biarku Menjadi
Lilin’. Kami sekumpulan telah berpakat untuk memilih lagu ini kerana ini memanjatkan
40
rasa terima kasih dan kesyukuran di atas segala tunjuk ajar para fasilitator
sepanjang Porgram B.I.G ini.Kekuatan persembahan kami adalah terletak pada lirik
lagu yang amat puitis dan bertepatan dengan perancangan kami.
Kelemahan persembahan kami pula adalah nyanyian yang tidak diiringi
oleh musik. Alangkah indahnya sekiranya lagu itu turut ditemani oleh musik.
Malam persembahan ini telah dijuarai oleh Kumpulan Enam yang telah
membawa lagu medley dalam pelbagai dialek di Malaysia.
Persembahan Kebudayaan diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat-
bakat yang terpendam dan daya kreativiti para peserta BIG. Kaitannya dengan saya
ialah sebagai guru kita perlu juga mengetahui cara-cara untuk mengendalikan
persembahan kebudayaan apabila di sekolah nanti agar kita menjadi guru yang aktif
dan disenangi. Kita juga senang didekati jika mempunyai pemikiran yang kreatif.
Ilmu baru yang saya dapati ialah setiap perkara yang kita lakukan perlulah
mempunyai sebab dan mesej tertentu dan bukan sekadar berseronok atau berhibur
semata-mata. Persembahan perlu ada mesej tersirat agar menjadi lebih bermakna dan
memberi manfaat yuang berguna. Penambahbaikan ialah, persembahan daripada wakil
pensyarah juga seharusnya ada bagi merapatkan silaturahim antara peserta dan
pensyarah.
41
TARIKH 27 JULAI 2011
MASA 2030 - 2230
TEMPAT Persekitaran Kem Alapong
AKTIVITI Pertandingan Masakan Ala Rimba
KEKUATAN Berpengetahuan dalam penyediaan masakan ala
rimba
KELEMAHAN Kurang mahir menghidupkan api
PELUANG Mempelajari teknik menghidupkan api
ANCAMAN Kekangan masa
PENAMBAHBAIKAN
Aktiviti ini telah membabitkan para peserta menyediakan makan malam ala rimba
sendiri dan seterusnya aktiviti memanggang.
Kumpulan kami telah dibekalkan dengan daging ayam, ikan sardin dan
udang.Daging ayam kami sediakan secara ‘pansoh’ dan begitu juga dengan udang.
Ikan pula kami sediakan ala ‘pais’ iaitu dibalut dalam daun dan dibakar diatas api.
42
Kumpulan kami telah bekerjasama dalam semua aspek dan tiada seorang pun
yang tidak turut serta. Aktiviti ini amat menyeronokkan kerana para peserta berpeluang
untuk mengetengahkan bakat kulinari masaing-masing dalam menyediakan makanan
sendiri.
Kekuatan diri saya dalam aktiviti ini ialah menyediakan masakan ala rimba
seperti ‘pansoh’ dan ‘pais’ adalah satu kebiasaan bagi diri saya. Akan tetapi saya juga
mempunyai kelemahan iaitu kurang mahir dalam menghidupkan api menggunakan
kayu api. Namun begitu, dengan bantuan rakan-rakan yang lebih mahir saya
berpeluang untuk belajar cara menghidupkan api.
Ancaman bagi kumpulan kami adalah kekangan masa. Masa yang agak terhad
menyebabkan penyediaan makanan yang agak kelam kabut. Namun begitu, dengan
perancangan yang teliti, kami telah berjaya 4 jenis makanan iaitu ikan sardin pais
Alapong, Ayam pansoh Alapong, udang pansoh Alapong dan kerabu sayur Alapong.
Aktiviti ini sememangnya sudah menjadi satu rutin sesuatu perkhemahan.
Namun begitu, saya juga telah mempeajari sesuatu yang baru terutama resipi-resipi
masakan yang tidak pernah saya cuba.
Saya juga berpendapat ahli pasukan saya telah menunjukkan kerjasama yang
tinggi.Ahli kumpulan secara automatik boleh bergerak sendiri tanpa perlu diarahkan
untuk berbuat sesuatu. Ini menunjukkan keserasian dan persefahaman yang mendalam
di kalangan ahli-ahli kumpulan.
43
Sebagai kesimpulan, aktiviti ini sememangnya aktiviti yang memerlukan
komitmen dan kerjasam yang tinggi di kalangan ahli kumpulan serta seharusnya
diteruskan dalam Program B.I.G yang akan datang.
44
Program Bina Insan Guru ini merupakan satu aktiviti pembugaran namun pada
masa yang sama telah memberikan banyak pengalaman baru kepada saya.
Pertama sekali, mod program yang telah dijalankan dalam suasana
perkhemahan amatlah sesuai sekali kerana walaupun telah lama berkhidmat di
sekolah, namun peluang untuk berkhemah adalah tipis sekali.
Program ini turut mempertingkatkan disiplin diri saya dan keupayaan
mengurus masa dengan berkesan. Walaupun kesuntukan masa adalah kekangan
utama namun para peserta masih juga harus menguruskan diri sendiri dengan baik.
Keupayaan untuk menguruskan masa untuk mandi tanpa memberi
bebanan atau gangguan kepada orang lain adalah satu kemahiran yang harus dikuasai.
Setiap peserta harus mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
Ketiga, saya telah semakin sedar akan kepentingan kerjasama di dalam
satu kumpulan. Saya amat beruntung kerana telah ditempatkan di dalam kumpulan
yang sentiasa ceria dan berfikiran positif apabila menghadapi kesukaran. Di sini ingin
saya tegaskan bahawa setiap ahli kumpulan Satu telah mempratikkan semangat
berpasukan yang sangat kuat. Permuafakatan dan toleransi di kalangan ahli-ahli
kumpulan telah berjaya menghasilkan samangat berpasukan yang padu.
45
Begitu jugalah kita sebagai warga pendidik di sekolah.Semua adalah merupakan
satu pasukan. Jika tiada persefahaman dan misi yang sama, maka pincanglah
sesebuah organisasi tersebut.
Keempat, saya telah mempelajari bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah
memainkan peranan yang pelbagai di sekolah.Kita tidak harus melimitasikan diri kita
sendiri dalam lingkungan bilik darjah semata-mata.Golongan guru haruslah memiliki
kriteria-kriteria tertentu yang tidak hanya membataskan diri kepada tugas mengajar di
dalam kelas sahaja. Guru haruslah bersifat global dan meliputi pelbagai aspek dalam
pembangunan anak murid. Tidak cukup dengan tugas guru sebagai pengajar, guru juga
harus menjadi pendidik, perancang, pemimpin, pelaksana, penggerak, penilai,
pelaksana disiplin dan sebagainya.Begitulah luasnya peranan seorang guru.
Kelima, sebagai seorang warga pendidik usaha untuk kita menuntut ilmu dah
peluang untuk saya turut mempelajari perkara yang baru.
Disebalik keseronokan dalam menjalankan aktiviti saya juga melakukan refleksi
terhadap diri saya sendiri bagi mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya.
Semua aktiviti yang dijalankan sememangnya bertujuan untuk mengajar kita nilai-nilai
murni dan mendapat imput yang berguna. Saya juga mempelajari agar terus menilai diri
sendir dan jangan mudah alpa.
Pengalaman ini juga melatih saya agar menjadi sorang pendidik yang berfikiran
rasional, berjiwa kental dan sentiasa aktif.
46
Setiap kelemahan pasti ada pemurniaan. Setiap pemurniaan adalah bertujuan
untuk menambahbaikan sesuatu perancangan.
Semasa taklimat disampaikan, ada diantara peserta yang agak terpinga-pinga
kerana maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas. Inilah menjadi kelemahan utama
kerana arahan dan maklumat yang disampaikan adalah tidak jelas. Inilah juga yang
menjadi ancaman utama apabila kecairan maklumat berlaku disebabkan maklumat
yang ingin disampaikan tidak jelas. Di sini, sebagai peringatan untuk diri saya sendiri,
apabila ingin mengadakan taklimat untuk sekumpulan individu yang agak ramai, eloklah
sekiranya saya mengambil kira penggunaan ‘hailer’ agar semua peserta mendapat
‘first-hand information’ dan tidak berlaku salah faham.
Kedua, saya berpendapat bahawa setiap individu haruslah dibekalkan dengan
buku program secara individu agar perancangan program dan masa dapat diketahui
dengan lebih awal. Perkara ini boleh dirancang dengan terlebih awal dengan meminta
ketua kumpulan pengajian masing-masing memperbanyakkan salinan sebagai rujukan
setiap peserta dan boleh diberi pada pagi taklimat ini. Ini membolehkan agar para
peserta dapat mempunyai gambaran awal, bersedia dari segi mental dan mempunyai
maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan susunan aktiviti yang akan dijalankan.
Ketiga, ini merupakan pertama kali diri saya memijakkan kaki ke Kem Alapong
ini. Maka apabila fasilitator memberitahu lokasi prasarana, saya agak
47
terpinga-pinga.Saya juga turut merasakan kecairan maklumat adalah menjadi ancaman
utama kepada diri saya untuk menjadi perserta kursus yang baik.
Keempat, penambahbaikan yang boleh menjadi peringatan untuk diri saya
sendiri apabila menguruskan aktiviti seumpamanya adalah dengan mengadakan pelan
atau peta kawasan.Ini adalah harus agar mudah bagi kita untuk mengenalpasti lokasi
sesuatu tempat. Ini amatlah penting terutama bagi individu yang pertama kali
memijakkan kaki ke sesuatu tempat yang baru. Dengan adanya pelan, penerangan
mengenai kawasan larangan contohnya akan menjadi lebih mudah difahami.
Kelima, melalui LDK,aktiviti ini telah mengingatkan saya akan akauntabiliti saya
sebagai seorang guru kepada murid-murid, rakan-rakan sekerja, kepada masyarakat,
institusi pendidikan dan seterusnya profesion keguruan. Perkongsian ilmu sebegini
memanglah menyeronokkan kerana ia adalah main peranan situasi yang sebenarnya
berlaku di sekolah.Para peserta juga berupaya mengeratkan silaturahim dengan
bergembleng tenaga dan idea bagi menjayakan main peranan tersebut.
Keenam, setiap perkara yang kita lakukan perlulah mempunyai sebab dan mesej
tertentu bukan sekadar seronok atau semangat semata-mata sepertimana dalam
persembahan perlu ada mesej tersirat agar sesuatau persembahan adalah lebih
bermakna dan bermanfaat.
48
Selesai program BIG selama 3 hari 2 malam ini banyak input yang saya dapat.
Antaranya ialah:
Kekuatan
(Strength) i. Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina insan guru ini
.ii. Semangat kerjasama antara peserta dipupuk sepanjang program
Ini dijalankan
iii. Dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta.
iv. Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan melancarkan
perjalananprogram ini.
v. Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan
setiap aktiviti boleh melahirkan guru yang berwibawa.
vi. Kemudahan yang disediakan lengkap untuk kegunaan para peserta.
Kelemahan
(Weakness) i. Aktiviti yang dijalankan adalah terlalu padat sehingga
menyukarkan aktiviti pengurusan diri.
Peluang
(Opportunity) i) Berpeluang membugarkan semula segala kemahiran yang
sudah agak lapuk.
Ancaman (Threat)
i) Kegagalan menepati waktu yang amat terhad
50
Perkhemahan yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini amatlah
berguna kepada semua golongan bakal pendidik dan pendidik yang telah sedia
berkhidmat di sekolah-sekolah. Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat
dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping
menjadi role model kepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan
Guru ini akan membantu para guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri
dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) .
Segala ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi akan saya menfaatkan sebaik-
baiknya.
Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pihak
pengurusan kerana telah berjaya melaksanakan Program Bina Insan Guru dengan
jayanya. semoga Institut Perguruan Kampus Batu Lintang terus unggul dan terbilang
sebagai institut perguruan yang amat efisien dan efektif dari segi pelaksanaan Program
Bina Insan Guru.
51
52
Demonstarasi membina rakit oleh Tn. Hj. Noraini.
Peserta memanaskan badan sebelum berakit.
Mengapungkan badan semasa latihan ‘water confidence’
53
Acara berakit bermula..
54
Berdiri di atas rakit di tengah-tengah lautan.
Aksi para peserta.
Barisan belakang pula cuba untuk berdiri di atas rakit.
55
Syabas!
Para peserta sedang menyanyikan lagu
sambil berdiri di atas rakit.
56
Peserta diminta terjun ke laut dan
mengapungkan diri.
Di antara perserta yang berjaya naik
semula ke atas rakit.
57
Peserta sedang melakukan percubaan menyelam
(permainan).
Kumpulan 1 sedang menjalankan LDk Tongkat Amanah.
58
Peserta sedang berusaha berjalan di
atas titi sambil memegang Tongkat
Amanah.
Perjuangan diteruskan jua sehingga ke
‘checkpoint terakhir.
Perjuangan diteruskan jua...
A. Takwim Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011
Bil Siri Tarikh Tempat KumpulanJumlah Jum
BesarL P
01 09/2011 04-06.07.2011
Kem
Alapong,
Lundu
BI6(25),BC1(16),MT2(18),SN1(19) 24 54 78
02 10/2011 11-13.07.2011 PA1(28),BI1(25),SN3(17) 25 45 70
03 11/2011 18-20.07.2011 PA2(26),BI2(28),SN2(16) 26 44 70
04 12/2011 25-27.07.2011 BI2(27),MT3(18),PRA(25) 18 52 70
05 13/2011 19-21.09.2011 PM(29),BI4(24),BC2(17) 21 49 70
06 14/2011 26-28.09.2011 PA3(25),BI5(26),MT1(19) 22 48 70
B. Peralatan-peralatan Yang Diperlukan Semasa Mengikuti Program BIna Insan Guru.
1. Baju T berlengan panjang dan berwarna gelap. - 2 pasang
2. “Track Bottom”/Seluar panjang sukan - 2 pasang
3. Kasut Getah/snickers - 1 pasang
4. Topi/Cap
5. Sun Block/Lotion
6. Ubat-ubatan keperluan peribadi
7. Buku Nota
8. Pakaian yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti lain. (No jeans & round or V-neck T shirts are allowed)
9. Wang Tunai – RM 130 (Tdk termasuk Baju T, hamper/hadiah).
C. Penilaian
1. Setiap kumpulan dikehendaki membuat kertas kerja/cadangan. (Cth: Kumpulan Sains membuat kertas kerjanya sendiri)
2. Setiap peserta diwajibkan membina Laporan Refleksi Kendiri dan ia perlu dihantar kepada Tutor Mentor SEMINGGU (7 HARI) selepas aktiviti BIG dilaksanakan.
3. Setiap peserta akan dinilai berdasarkan PEMERHATIAN PEMBINAAN LAPORAN REFLEKSI KENDIRI dan KERTAS KERJA/CADANGAN.
D. Am
1. Setiap peserta wajib hadir 100% semasa Program BIG dilaksanakan.
2. Setiap peserta dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Jika ada sebarang kemusykilan/pertanyaan, sila hubungi Encik Micheal Tarang Jemaling, Pegawai Penyelaras Program Bina Insan Guru, IPGKBL di talian 082-243281 atau 013-8067056.