1. PENDAHULUAN
Sejak akhir-akhir ini seolah-olah secara tiba-tiba sahaja ancaman ajaran sesat1 telah menjadi begitu
ketara kepada kita tetapi sebenarnya ia adalah merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang
telah bermula sejak beberapa lama dahulu. Beberapa peristiwa berdarah yang telah berlaku adalah
hasil daripada tindakan kumpulan ajaran sesat adalah satu kesan fizikal yang terus dapat dilihat dan
dinilai, tetapi beberapa kesan spiritual yang negatif hasil daripada ajaran sesat ini seperti Qadyaniah,
Baha’i, Ayah Pin, dan sebagainya masih lagi tidak di sedari secara umum oleh sebilangan individu
dan masyarakat Islam. Oleh yang demikian itu, Islam melarang umatnya daripada terjerumus dan
terikut dengan ajaran-ajaran yang bertopengkan kepada pembawa kebenaran yang boleh
meruntuhkan nilai-nilai murni dan pegangan akidah Islamiah serta di anggap kufur atau murtad dari
sisi agama Islam. Firman Allah S.W.T di dalam surah (Al-Munaafiquun 63: 4) yang berbunyi:
فكون يؤ أنى الله قتلهم فاحذرهم العدو� ”"هم
Maksudnya: “Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap
mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmaNya. (Pelik sungguh!)
Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya-dari kebenaran)”?.
Pelbagai usaha telah dilakukan di dalam membenteras ajaran sesat yang menular masuk ke
dalam masyarakat Muslim kita dengan melakukan penyiasatan dan penyelidikan secara teliti oleh
pihak berkuasa agama Islam. Melalui tindakan ini sebagai menentukan yang manakah amalan yang
mengikut garis panduan yang berlandaskan al-Qur’an, Hadis dan Sunnah Rasulullah S.A.W atau
sebaliknya. Ekoran daripada hasil penyelidikan ini akan dapat disebarkan secara meluas dalam
bentuk pengetahuan umum samada dalam bentuk fatwa atau seupamanya. Tindakkan ini untuk
1 Ajaran Sesat bermaksud sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam
yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adaah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan
hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-
Qur’an serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. http://azeaniesmy.tripod.com/Tazkirah.html/28/9/2006
1
memberi peringatan terhadap masyarakat Islam seluruhnya tentang golongan ajaran sesat supaya
dapat menilai dari segi unsur-unsur palsu yang dibawa oleh mereka dalam menyesatkan umat Islam.
Kefahaman umat Islam terhadap ajaran sesat menjadi pendinding yang kuat atau pembuka minda
terhadap mereka yang terlibat agar tidak teragak-agak lagi meninggalkan ajaran tersebut iri dan
masyarakat demi kebaikan diri mereka dan masyarakat Islam serta mendapat keredhaan daripada
Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap hambanya
yang bertaubat. Melalui kajian ini, penulis akan mengupas beberapa konsep ajaran-ajaran yang
muncul di dalam pergerakan Qadyaniah dan Baha’i serta membuat perbandingan di antara keduanya.
Semoga melalui kajian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
2. SEJARAH KEMUNCULAN BAHAIAH
Menurut sejarah kemunculan Agama Bahai telah diasaskan oleh Mirza Husain Ali bin Mirza cAbbas
Buzuruq al-Mazandarani al-Nuri. Beliau telah dilahirkan di Tehran, Iran pada 1817 Masihi. Ketika
beliau berusia dua puluh tujuh tahun, beliau telah menganut agama Babiah yang sedang
dikembangkan oleh Mirza Ali Muhammad (1819-1850M). Menurut definisi perkataan “Babiah” atau
“al-Bab” merupakan maksud pintu bagi segala sesuatu yang datang dari Allah kepada hamba
ataupun yang datang daripada hamba kepada Allah. Mirza Ali Muhammad telah mendakwa dirinya
sebagai nabi dengan membawa syariat baru dan juga menamakan dirinya sebagai Mahdi ((al-cAzami,
Mohd. Hassan.,1953: 14). Jesteru itu, boleh dikatakan golongan Al-bab ini sebagai golongan yang
bertindak sebagai wasitah (perantaraan) bergerak dalam menyampaikan hajat hamba kepada Allah
ataupun sebaliknya.
Kalau diimbas kembali, gerakkan minoriti al-Bab oleh Mirza Ali Muhammad amat
berpengaruh dan meluas sekali di Iran. Peristiwa rusuhan umum telah berlaku di kalangan
masyarakat setempat di Iran iaitu golongan Syiah, menjadikan pihak pemerintah Iran merasa tidak
berpuas hati dan bertindak campur tangan di dalam menangani kekacauan yang berlaku. Susulan
daripada rusuhan itu beliau dan pengikutnya telah ditangkap oleh kerajaan Iran dan dibuang negeri
ke Asfahan. Ketika beliau di sana, ulama Islam di sana merasa kurang berpuas hati dan marah di
mana selepas beliau telah mendakwa dirinya sebagai Rasul dan membawa syariat yang baru serta
2
menggelarkan dirinya sebagai Mahdi. Oleh yang demikian, ulama Islam di Asfahan telah bersetuju
untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap beliau (al-cAzami, Mohd. Hassan 1953:13-14).
3 FAKTOR KEMUNCULAN BAHAIAH
3.1 Dari Segi Sosial
Selepas kematian Mirza Ali Muhammad di Asfahan, pucuk pimpinan Baha’I telah terajui oleh salah
seorang pengikut Bab yang paling utama ialah Mirza Husain Ali bin Mirza cAbbas Buzuruq al-
Mazandarani al-Nuri dengan menggelarkan gerakannya sebagai Al-Baha’iah. Beliau menamakan
dirinya sebagai Baha’ullah dalam menyahut saranan agama Al-Bab untuk menyebarkan fahaman
agamanya di Iran tetapi mendapat tentangan hebat dari kerajaan Iran sehingga beliau dapat ditangkap
pada tahun 1852 dan dipenjarakan di Tehran.
Pada tahun 1853 beliau dibebaskan dan diusir ke Baghdad dan di sana beliau membina satu
komuniti Bahaiah untuk dibangkitkan semula. Pada tahun 1863 Baha’ullah mengisytiharkan dirinya
sebagai nabi lalu kerajaan Uthmaniyyah di Adrianople bertindak mengusir beliau ke cAka, Palestin
dan dipenjarakan di sana. Sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1892, beliau sempat melantik
anaknya Abdul Baha (1844-1921) sebagai pemimpin komuniti Bahaiah dan seterusnya digantikan
oleh cucunya Shoghi Effendi Rabbani (1897-1957) sehinggalah berkembang dengan berterusan
hingga ke penghujung abad yang ke-20 (12/7/2006)2.
3.2 Dari Segi Politik
2 Prof. Madya Ibrahim Abu Bakar, Seminar Akidah dan Firaq, tajuk: “Bahaism” Bilik Sidang Seminar 2
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 12/7/2006
3
Peranan Bahaiah dalam hasil penulisan gerakan mereka banyak mempengaruhi pengikutnya yang
terdiri daripada masyarakat asing seperti di Mesir tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada
kerajaan Mesir terutamanya Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir. Pergerakkan golongan Bahaiah di bumi
Mesir mula disedari oleh kerajaan itu apabila mengenal pasti aktiviti bergerak dengan begitu rancak
di beberapa kawasan di Mesir seperti di Matariah dan Tanta. Ekoran dari itu, Majlis Fatwa Al-Azhar
Mesir telah pun mengeluarkan fatwa secara rasmi dengan mendakwa golongan tersebut adalah
murtad dari agama Islam setelah mendapati golongan Bahaiah ini telah menerbitkan sebuah buku
yang dikenali dengan “Majmūah al-Alwāh al-Mubārakah” pada tahun 1920. Ini menyebabkan ramai
di kalangan pengikut Bahaiah di Mesir ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir (al-cAzami, Mohd
Hassan. 1953:19-20).
Media cetak Mesir amat berpengaruh pada ketika itu sebagai informasi maklumat terkini
dalam menolak usul-usul dakwaan Bahaiah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat
Mesir agar tidak terikut dan terpengaruh dengan dakwaan palsu mereka. Antara media berita yang
memainkan peranan itu seperti akhbar Al-Ahrām, Al-Akhbār, Al-Jumacah Al-Qāhirīah dan Al-
Nahdhah serta lain-lainnya dengan memuatkan segala isi kritikan ulama Azhar terhadap Bahaiah dan
beberapa siri penangkapan pihak berkuasa Mesir terhadap pengikut golongan Bahaiah.
Terdapat beberapa orang ulama Azhar tampil ke hadapan dalam memberi kritikan mereka
seperti Sheikh Muhammad Khatir, Dr. Hishamuddin Al-Ahwani, Jamil Al-Baijuri Al-Kuwaitiah dan
lain-lain lagi (al-cAzami, Mohd. 1953:20-70).Oleh yang demikian, agak begitu sukar bagi golongan
ini menyebarkan fahaman mereka dan bertapak dengan lama di Mesir. Golongan ini sering diburu
oleh pihak berkuasa Mesir malah kerajaan itu bertindak dengan merobohkan segala binaan tempat
suci Bahaiah yang terletak di Abbasiyyah dan digantikan dengan masjid.
4. AKIDAH BAHAIAH
4
Kehadiran Bahaiah adalah bermatlamat mewujudkan kesatuan dalam dunia ini tanpa keseragaman
“Uniformity” dan menggesa semua orang memberi hak persamaan di kalangan masing-masing dan
hidup sebagai seorang manusia serta menggalakkan mereka meraihkan kepelbagaian nilai dan
budaya. Malahan juga beliau menyeru kepada kesatuan agama (Phillip R.Smith, 1991: 1). Di sini
turut dinyatakan beberapa perkara mengenai akidah Bahaiah. Antaranya ialah:
3.1 Wahyu mempunyai takwil yang sulit dan hanya dapat dihuraikan oleh Tuhan (al-Bab atau
al-Baha’) sahaja.
3.2 Al-Baha’ ini mengakui dirinya sebagai Imam Mahdi iaitu rasul yang diturunkan bersama
kitab “Al-Aqdas”. Kitab ini akan memansuhkan kesemua kitab-kitab Agama Samawi
yang telah diturunkan sebelumnya. Kemudian beliau akan mendakwa dirinya sebagai
tuhan yang perlu disembah oleh manusia.
3.3 Mengakui bahawa kematian Nabi Isa adalah disebabkan disalib dan beliau tidak akan
dibangkitkan sekali lagi. Walaupun begitu, ruhNya itu dijelmakan di dalam diri “al-
Baha”.
3.4 Menafikan kewujudan mukjizat nabi-nabi, kebangkitan semula di padang Masyar, janji
baik dan buruk dan syurga serta neraka (al-cAzami, Mohd Hassan, 1953: 7).
Oleh yang demikian itu, mereka mempercayai rasul-rasul yang diturunkan oleh Tuhan itu
merupakan pengasas kepada agama yang terbesar di dunia. Kerasulan mereka tidak perlu diragui,
sebagai contohnya Jesus Christ merupakan pengasas Agama Kristian iaitu satu agama yang terbesar
di dunia (Glori Feizi, 1972: 30).
5. AJARAN UTAMA BAHAIAH
5
Ajaran utama Baha’iah yang perlu diikuti oleh para pengikutnya adalah seperti berikut:
4.1 Ali Mohd. Al-Bab: adalah seorang Rasul dan Mahdi.
4.2 Bahaullah: Adalah Isa al-Masih yang dijanjikan akan turun ke dunia sebelum berlakunya
Kiamat
4.3 Bahaullah: Adalah seorang Rasul yang membawa ajaran syariat yang baru.
4.4 Nabi Muhammad S.A.W: Bukan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Tuhan dan
segala syariatnya terputus.
4.5 Mendakwa : Syurga dan Neraka dan hari Akhirat itu tidak benar.
4.6 Lelaki / Wanita Bahaiah: Menggalakkan perkahwinan dengan golongan yang bukan
Bahaiah.
4.7 Hak Persamaan: Dalam mewarisi harta pusaka samada lelaki dan perempuan.
4.8 Umur Baligh: Kanak-kanak lelaki dan perempuan pada usia 15 tahun (al-cAzami,
Muhd.Hassan, 1953: 77-78)
4.9 Menyatu-padukan: semua agama di dalam dunia ini
4.10 Larangan : meminum minuman keras (arak) yang boleh memabukkan.
4.11 Sembahyang : Menunaikan solat sebanyak sembilan rakaat tiga kali sehari iaitu
waktu pagi, petang dan malam dan arah kiblat ke cAka di mana terdapat kubur Baha’ullah.
6
Sembahyang ini boleh dilakukan semasa melakukan kerja-kerja seharian dan yang
penting ialah keikhlasan hati dan penumpuan akal semasa mengerjakan sembahyang.
4.12 Puasa : Para pengikut agama Bahai juga melakukan puasa tetapi hanya sebelas hari
dalam setahun. Mereka juga dikecualikan daripada berpuasa semasa sakit, musafir,
perempuan yang mengandung dan menyusukan anak.
4.13 Haji : Pekerjaan haji diwajibkan ke atas penganut kaum lelaki sahaja. Semasa
Baha’ullah masih hidup, pekerjaan haji dilakukan degan cara menziarah rumah kediaman
beliau. Setelah beliau meninggal dunia, pekerjaan haji dilakukan dengan berkunjung ke
kuburnya di Carmel, cAka dan Israel (al-cAzami, Mohd. Hassan.,1953: 76-84).
6. KONSEP PENAFSIRAN BAHAIAH TERHADAP AL-QUR’AN
Penafsiran ayat-ayat al-Qur’an oleh golongan Bahaiah cenderung kepada pengubahan ayat-ayat al-
Qur’an dan mentafsirkannya menurut kehendak dan dakwaan palsu mereka sahaja. Antara beberapa
contoh surah yang terkandung di dalam al-Qur’an yang telah ditafsirkan oleh mereka ialah seperti
berikut:
1. Surah (Yusuf 12: 4), dimana di dalam surah ini Allah telah berfirman:
Maksudnya: “(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk
memberi hormat kepadaku”.Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan
7
mimpimu kepada saudara-saudaramu, khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat
terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia”.
Bagi tafsiran al-Qur’an oleh ulama-ulama tafsir menyatakan bahawa nabi Yusuf A.S telah
melihat sebelas bintang di dalam mimpinya ialah sebelas orang saudaranya dan matahari itu pula
adalah melambangkan ayahandanya dan bulan itu bondanya. Tetapi menurut tafsiran Al-Bab
berdasarkan surah yang dinyatakan di atas iaitu:
“Pada suatu hari tatkala Hussaian bin Ali bin Abi Talib telah berkata kepada bapanya: Aku telah
melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka sujud di atas kebenaran Allah
dan Allah mengibaratkan Fatimah dengan matahari dan Muhammad dengan bulan dan umat yang
benar dengan bintang….” Tatkala Ali telah berkata kepada anaknya: “Wahai anakku jangan engkau
beritahu kepada saudaramu dari apa yang Allah berikan engkau lihat…(al-Zahabi, Muhammad
Hussain. 2005: 182).
Maka jelas di sini bahawasanya Al-Bab dengan sengaja beliau menafsirkan ayat al-Qur’an
kepada kefahaman yang salah dimana penjelasan beliau bahawa Hussain b Ali melihat segala
kejadian yang berlaku di dalam mimpinya adalah bertentangan dengan tafsiran sebenar di dalam
mimpi Nabi Yusuf A.S seperti yang telah dijelaskan oleh ulama tafsir.
2. Bahaiah telah menafsirkan mengenai syurga itu dengan kehidupan yang rohani dan
neraka dengan kematian yang rohani. Dalam kitab Baha’ullah pada waktu sekarang telah
menyatakan bahawa syurga dan neraka yang terkandung di dalam kitab suci mereka itu
sebagai satu pengisian kebenaran. Maka syurga dirumuskan sebagai kehidupan yang
sempurna dan neraka sebagai kehidupan yang tidak sempurna. Manakala kehidupan rohani
bagi pandangan Al-Baha ialah beriman dengannya dan kematian rohani ialah menolak segala
dakwaannya (al-Zahabi, Muhammad Hussain. 2005: 183).
8
1. Surah (Asy-Syura 42: 13), Allah telah berfirman:
Maksudnya: “Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia
tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada nabi Nuh, dan yang telah Kami
wahikan kepadamu (Wahai Muhammadu), dan juga yang telah kami perrintahkan kepada nabi
Ibahim dan nabi Musa serta nabi Isa, iaitu; “Tegakkanlah pendirian agama dan jaganlah kamu
berpecah-belah atau berselisihan pada dasarnya”….”
Ulama tafsir telah menafsirkan ayat di atas dengan menjelaskan bahawa agama yang diredhai
Allah Ta’ala bagu umat manusia seluruhnya ialah agama Islam sepertimana yang telah diwahyukan
kepada nabi-nabi yang terdahulu di dalam melaksanakan perintahNya berdasarkan rukun-rukun iman
dan Islam serta mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Tetapi menurut
Bahaiah telah menafsirkan ayat tersebut sepertimana yang disebut oleh Abu al-Fadl3 di dalam kitab
“al-Hujjaju al-Bahiah”:
“Bahawa semua agama langit dan bukan agama langit adalah satu dari sudut penyatuan
akidah yang sebenar dan hanya berbeza dari segi aspek hukum”.Berdasarkan tafsiran beliau:
;“Maka lihatlah sekalian kamu bagaimana kenyataan ayat suci bahawa semua agama termasuk
Nasrani, Islam dan lainnya merupakan agama yang satu sepertimana yang telah disyariatkan oleh
Tuhan yang satu berdasarkan perbezaan dari segi hukum-hukum dan peradaba
(al-Zahabi,Muhammad.Hussain,2005: 189)
3 Muhammad Bin Redha al-Jarfa Diqani, salah seorang pendakwah al-Babiah
9
Secara jelasnya bahawa segala tafsiran yang dinyatakan adalah oleh golongan Bahaiah merupakan
satu dakwaan palsu dan dianggap kufur dari segi syarak secara mutlak dan terdapat pelbagai ayat-
ayat al-Qur’an yang sengaja diubah oleh mereka demi mencapai matlamat sebenar mereka. Daripada
keterangan akidah dan ajaran Bahai itu, jelaslah bahawa Bahai adalah satu ajaran yang bertentangan
dengan ajaran Islam kerana penafsiran tentang hari akhirat yang bertentangan.
Di samping itu mereka mendakwa bahawa Nabi Muhammad bukanlah rasul yang terakhir.
Kerajaan Iran telah mengharamkan ajaran Bahai sejak tahun 1850 Masehi. Begitu juga Majlis Fatwa
Agama Islam Azhar juga telah menyatakan bahawa Bahai merupakan satu aliran dan bukan daripada
ajaran agama Islam yang sebenar. Seseorang Islam yang menganut ajaran Bahai ini dikira murtad
atau terkeluar dari agama Islam (Murtad) dengan itu mereka tidak boleh mewarisi harta orang Islam
(al-cAzami, Mohd. Hassan.,1953: 21).
7. SEJARAH KEMUNCULAN QADYANIAH
Menurut sejarah kemunculan Ahmadiyyah atau lebih dikenali dengan Qadyaniah telah berlaku di
sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara iaitu India. Penaklukan Inggeris terhadap India pada
tahun 1757 merupakan “starting point” kuasa Barat itu dalam memerintah negara tersebut. Sebelum
penaklukkan Inggeris ke atas India, pihak Inggeris telah menubuhkan “Syarikat Hindia Timur” pada
tahun 1705 dimana bertindak sebagai pusat pentadbiran Inggeris dalam menjalankan penaklukan
terhadap India secara ketenteraan pada ketika itu. Seluruh India telah di kuasai oleh Inggeris dengan
meluaskan pusat pentadbiran mereka ke kawasan Bengal dan Punjab ( Zāhir, Hassan Isa cAbd., 1980:
28).
Kehadiran Inggeris telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam di India
iaitu Inggeris bertindak mengusir pembesar Islam yang berketurunan Moghul dikenali sebagai
Bihadar Shah Zafar dan dapat melemahkan pentadbiran Islam di India. Atas kelemahan dan
perpecahan umat Islam di India yang berpunca dari kuasa Inggeris dalam menimbulkan huru-hara di
kalangan umat Islam pada ketika itu (al-cAzami, Mohd. Hassan.,1953: 91) telah mendorong kepada
kemunculan golongan Qadyaniah ini. Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia semenjak
10
abad ke-20 hinggalah sekarang. Pengikut ajaran ini telah menggunakan nama Islam unuk
menyebarkan ajarannya sungguh pun ia tidak pernah diiktiraf oleh Islam sendiri.
7.1 Mirza Ghulam Ahmad dan Keturunannya
Qadyān atau Qadyaniah merupakan nama sebuah perkampungan di dalam daerah “Gurdaspur” yang
terletak 60 batu dari bandaraya Lahore. Qadyān merupakan tempat lahir seorang pendokong dan
pengasas gerakkan Qadyaniah iaitu dikenali dengan Mirza Ghulām Ahmad itu sendiri. Beliau telah
dilahirkan pada 1839M/1252H di peringkat akhir pemerintahan Sik iaitu merupakan sebuah
golongan yang terdiri daripada Samarqān yang bermastautin di kampung Qadyān. Golongan ini
adalah terdiri daripada pelbagai kacukan keturunan iaitu terdiri daripada Turki, Moghul dan
Timurlank ( Zāhir, Hassan Isa cAbd., 1980: 41). Bapanya adalah berketurunan Moghul dan ibunya
berketurunan Fatimi dan ekoran daripada itu Mirza Ghulām Ahmad telah menyatakan dakwaan
beliau terhadap asal-usul keturunannya yang sebenar;
“ Aku telah mendengar daripada bapaku: Bahawasanya mereka (keluarga) adalah berasal dari
Moghul akan tetapi Allah telah mewahyukan kepadaku: Bahawasa sebenarnya mereka terdiri
daripada bangsa Perancis bukan bangsa Turki. Oleh yang demikian, Tuhan telah memberitahuku
bahawa ibuku terdiri sebahagian bangsa al-Fatimah iaitu daripada keturunan nabi dan Allah telah
meletakkan mereka tergolong di dalam keturunan Ishak dan Ismail”
( Zāhir, Hassan Isa cAbd., 1980: 41)
Berdasarkan kenyataan di atas telah menunjukkan penafian beliau terhadap asal keturunan
yang sebenar bagi keluarganya yang sengaja direka cipta oleh beliau demi memenuhi kehendaknya
dan menimbulkan pengaruh terhadap para pengikut yang berkeyakinan terhadap anasir-anasir yang
dibawa olehnya dalam memimpin gerakkan Qadyaniah tersebut.
11
7.2 Pendidikan
Mirza Ghulam Ahmad telah mendapat pendidikan awal melalui pengajian al-Qur’an dan beberapa
buah buku Parsi serta mempelajari bahasa Arab pada usia 10 tahun. Pada umur 17 tahun, beliau telah
mempelajari ilmu-ilmu Nahu, Mantiq, Falsafah dan manakala ilmu perubatan beliau mempelajari
daripada ayahnya sendiri seorang ahli perubatan (Physician) yang berpengalaman. Sehubungan itu,
beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapa pun hanya belajar sendiri sahaja dan beliau
mendapat pelajaran di rumah hingga ke peringkat “Middle Class” kelas menengah. Antara beberapa
orang guru yang pernah mengajar beliau seperti Fadl Ilāhi, Fadl Ahmad dan Kūl Ali Shah ( Bahagian
Agama Jabatan Perdana Menteri 1983: 2).
Berbekal dengan ilmu pengetahuan yang tidak seberapa beliau pernah bekerja sebagai
penolong pesuruhjaya Sialkot selama 4 tahun iaitu (1864-1868) dengan pendapatan yang rendah
sebanyak 15 Rupee. Dalam tempoh pekerjaan itu, beliau sempat membaca sebahagian buku-buku
Inggeris dan berusaha untuk mengambil kelulusan sijil AM tetapi menemui kegagalan dan pada
tahun 1868 beliau telah meletak jawatan. Beliau kembali ke Qadyan dan di sana beliau telah
memberi penumpuan dalam pengajian al-Qur’an dan mempelajari buku-buku tafsir dan hadis
( Zāhir, Hassan Isa cAbd., 1980: 46). Jika dilihat daripada kehidupan Mirza Ghulam Ahmad sendiri
mengalami kesusahan dan kemiskinan dan kehidupannya berubah menjadi senang setelah membuat
dakwaan palsu beliau sebagai nabi pada tahun 1884 dengan mendapat ilham daripada Tuhan.
Berdasarkan kenyataan Mirza Ghulam Ahmad di dalam penulisannya pada tahun 1907;
“Dahulu saya tidak dikenali, hidup dikampung terpencil, Qadyan dan tidur di ceruk sudut. Kemudian
Allah telah menukarkan dunia ini kepada saya dan menolong saya dengan kemenangan demi
kemenangan. Dahulu sebenarnya saya tidak pernah ada harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan.
Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira 300 Rupee atau lebih lagi. Mereka telah
menghantarkan kepada saya wang dan emas dan saya tidah tahu nama mereka” ( Zāhir, Hassan Isa cAbd., 1980: 47)
12
Jika dilihat daripada sudut fizikal dan mentalnya, beliau adalah seorang yang mengalami masalah
kesihatan yang agak serius berdasarkan beberapa kajian telah dilakukan oleh sebahagian sarjana
tempatan menunjukkan dirinya adalah seorang yang berpenyakit. Mirza Ghulam Ahmad ketika pada
usia muda, beliau selalu diserang penyakit Hysteria di mana kadang-kadang beliau pernah rebah dan
tidak sedarkan diri. Mirza Ghulam Ahmad sendiri pernah mengaku menganggapkan penyakitnya itu
sebagai Hysteria dan mengalami tekanan Malancholia serta juga mengalami penyakit Diabetes
(kencing manis) dan Copious Urination (kencing besel). Beliau juga sering kali mengamalkan
latihan rohani Spiritual Exercise dan disiplin diri yang ketat dan pernah berpuasa selama enam bulan
tanpa berhenti (Risalah An-Nur, 18 Jan.2006).
Menurut kajian fakta-fakta penulisan yang telah dilakukan oleh Bahagian Agama, Jabatan
Perdana Menteri 1983 dalam kajian terhadap Qadyaniah. Sifat Mirza Ghulam Ahmad pada usia
kanak-kanak, beliau merupakan seorang budak yang “simple” dan tidak begitu cerdik. Beliau tidak
tahu bagaimana hendak memutarkan jarum jam dan mengira masa menggunakan tangan bermula
dari angka satu sambil membilangnya dengan suara yang kuat supaya beliau tidak lupa. Sifatnya
yang pelupa itu, kadang-kadang beliau sendiri tidak dapat membezakan kasut kiri dan kasut kanan
(Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri 1983: 4). Bagaimanakah seorang yang kurang cerdik dan
pandai itu dipilih oleh sebilangan manusia untuk dijadikan sebagai pemimpin yang agung dan lebih
mulia berbanding dengan nai-nabi sebelum ini!!.
Sepanjang hidup Mirza pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1853 beliau
telah berkahwin dengan seorang wanita yang terdiri daripada kalangan keluarganya dan mendapat
dua orang anak lelaki yang dikenali dengan Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fadhil Ahmad. Pada
tahun 1891 beliau telah menceraikan isterinya yang pertama dan pada tahun 1884 beliau berkahwin
lagi dengan seorang wanita yang merupakan anak perempuan kepada Nawab Naser di Delhi. Beliau
telah menggelarkan isterinya yang kedua itu sebagai “Um Mukminin” dan daripada hasil
perkahwinannya dengan isteri yang kedua itu, beliau telah mendapat tiga orang anak lelaki yang
dikenali dengan Mirza Bashiruddin Mahmud, Mirza Bashir Ahmad dan Mirza Syarif Ahmad (Zahir,
Hassan Isa Abd. 1980: 45). Mirza Ghulam Ahmad banyak memainkan peranannya melalui hasil
penulisan pelbagai buah risalah seperti Al-Wasiah, Barahin Ahmadiyyah, Fath Al-Islam, Izalati Al-
13
Awham dan beberapa risalah yang lain lagi. Segala penulisan beliau banyak yang cenderung kepada
dakwaan palsu dan banyak di salah tafsir melalui al-Qur’an oleh beliau sendiri.
8. FAKTOR KEMUNCULAN QADYANIAH
8.1 Dari Segi Sosial
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang kuat dan tekun belajar dan beliau berminat di dalam
mempelajari bidang Tafsir dan Hadis. Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan sensitif
dengan kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa di ancam oleh pengaruh luar khususnya
kebudayaan Inggeris dan agama Kristian. Oleh yang demikian, pada ketika itu Mirza telah bangun
mempertahankan Islam dan menyerang fahaman Kristian yang menular masuk. Beliau telah menulis
beberapa risalah dan mengarang buku-buku untuk mempertahankan Islam di antaranya “Barahin
Ahamadiyyah” . Melalui hasil penulisan tersebut beliau telah mendapat pelbagai pujian dan akhirnya
menjadikan beliau merasakan dirinya sebagai seorang yang sangat bijak dan pandai berjasa kepada
Islam. Beliau merasa pada dirinya sendiri mempunyai kesesuaian untuk membuat dakwaan luar biasa
ke atas dirinya sebagai seorang Mujaddid atau Reformis yang dikenali dengan Al-Mahdi dan lain-lain
lagi ( Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri 1983: 6).
Ini merupakan Starting Point Mirza itu sendiri di dalam membuat penyelewengan lain untuk
melahirkan ajaran Qadyani ini. Beliau bertindak dengan mengutuskan risalah kepada Nadwah Ulama
di India pada tahun 1902 dengan mewajibkan semua umat Islam mentaati dan beriman dengannya
sebagai nabi Isa sepertimana beriman dengan nabi-nabi yang terdahulu, malahan pula beliau
menyamai dirinya setanding dengan nabi Muhammad S.A.W dari segi nikmat dan karāmahnya yang
diutuskan oleh Allah kepada baginda Rasul. Menurut penafsiran beliau mengenai Nabi Muhammad
S.A.W bahawa tiada lagi perutusan kenabian dan syariat Islamiah selepas kewafatan Rasulullah
S.A.W kecuali seorang lelaki yang telah sampai ke tahap yang tinggi disisi Tuhan iaitu beliau sendiri
yang akan menerajui kenabian selepas baginda (al-cAzami, Mohd. Hassan.,1953: 106-110). Ini
merupakan faktor dalaman yang muncul di dalam diri Mirza Ghulam Ahmad itu sendiri untuk
memenuhi kehendak hawa nafsu yang membakar jiwannya sebagai seorang yang disegani ramai oleh
14
pengikutnya. Pada 26 Mei 1908 beliau telah menghembus nafas terakhir pada pukul 10.00 malam
dan meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat diserang penyakit taun dan dikebumikan di Qadyan
(Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri 1983: 5).
8.2 Dari Segi Politik
Suasana umat Islam yang tidak tenteram pada akhir abad ke-19 termasuk di India telah menimbulkan
pelbagai kekecohan akibat daripada percakaran pendapat ulama mengikut mazhab masing-masing
dan ini telah menimbulkan perpecahan dan keganasan di kalangan umat Islam pada ketika itu.
Terdapat pelbagai golongan ekstrimis agama pada ketika itu muncul dengan dakwaan palsu mereka
untuk menarik minat masyarakat seperti golongan ahli-ahli Sufi. Di samping itu juga, Punjab
merupakan tempat kelahiran Mirza Ghulam Ahmad telah mengundang kepada kemunculan konflik
pemikiran karut marut dan kejahilan di dalam agama (Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri
1983: 6).
Masyarakat Punjab pada ketika itu berada di dalam keadaan derita akibat daripada
pemerintahan Sikh sejak lapan tahun dahulu dan ajaran Islam yang sebenar di kalangan mereka pun
kian menghilang akibat daripada masyarakat Islam yang pudar dengan ajaran Islam yang sebenar.
Berikutan itu juga kekalahan masyarakat di dalam pemberontakkan pada tahun 1857 dalam
menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seseorang pemimpin yang
mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa. Maka daripada keadaan dan peluang yang begitu
besar ini, Mirza Ghulam Ahmad tampil kehadapan dengan membuat pelbagai dakwaan palsunya
dalam menarik minat masyarakat tempatan ke dalam ajaran Qadyani beliau (al-Zahir, Hassan Isa
Abd. 55).
Di samping itu juga, ancaman politik dan kebudayaan daripada penjajah Inggeris dan
kejahilan rakyatnya telah memberi ruang kepadanya untuk muncul sebagai pemimpin (Risalah An-
Nur, 18 Jan. 2006). Dalam kebanyakkan ulama Islam seluruhnya telah memberi kutukan yang hebat
mereka terhadap beliau bahawa adalah seorang pengkhianat kepada bangsa dan negaranya serta
digelar sebagai seorang munafik di sisi Islam. Beliau telah menyatakan bahawa perlunya umat Islam
15
itu menurut segala perintah pihak berkuasa khususnya pentadbiran Inggeris ekoran daripada kata-
kata beliau sendiri kepada pengikutnya seperti berikut:
“Maka beringatlah sekalian kamu bahawasanya pentadbiran Inggeris adalah merupakan
satu rahmat dan keberkatan kepada kamu. Maka Inggeris adalah sebagai benteng yang elok
buat kamu. Sesungguhnya Inggeris adalah seribu kali lebih baik daripada orang Islam yang
memusuhi kamu.” (al-cAzami, Mohd. Hassan.,1953: 98).
Menurut kenyataan yang terdapat di dalam risalah dakwah oleh Mirza Qāsim Al-Qadyani
selaku pemimpin Qadyani sendiri, banyak mengkagumi pemerintah Barat iaitu British yang banyak
memainkan peranan yang penting di dalam gerakan Qadyaniah yang bermula dari sejak penubuhan
golongan itu. Kata-kata pujian Mirza Qāsim Al-Qadyani ini telah memberi tanggapan bahawasanya
penjajah British sentiasa menghulurkan bantuan terhadap mereka dimana sepatutnya mereka sentiasa
memberi taat setia terhadap pemerintah dan berkhidmat di dalam pentadbiran Inggeris seperti Mirza
Ghulam Qādir. Terdapat banyak risalah Qadyani yang dimuatkan dengan kata-kata puji dan taat setia
mereka terhadap Inggeris. Malahan mereka telah mewajibkan semua umat Islam berterima kasih dan
melarang orang Muslim yang mukmin itu daripada bermusuh terhadap pentadbiran Inggeris di India
yang dianggap sebagai perbuatan yang amat keji di sisi Qadyani sendiri. Antara beberapa jenis
risalah Qadyani yang mengagungkan pemerintah Inggeris ialah “Kitāb Al-Barīyah, Nūr Al-Haq
Lilqadyani, Mawāhib Ar-Rahmān dan Taryāqu Al-Qulūb (al-cAzami, Mohd. Hassan.,1953: 114).
Titik tolak kemunculan golongan ini bukan hanya hasil daripada campurtangan pemerintah
Inggeris sahaja tetapi sebaliknya beliau banyak dipengaruhi oleh rakannya iaitu Nur Ad-din4 yang
bukan seorang ahli agama dan kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama selepas kematian
Mirza. Nur Ad-din dan Mirza Ghulam Ahmad telah menjalinkan hubungan mereka pada tahun 1885
di Qadyan dan beliau banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi Mirza dalam menubuhkan
pergerakan Qadyaniah melalui hasil dakwaan palsu Mirza itu sendiri.
4 Nur Ad-din Buhairawi, lahir pada 1841 di Buhaira Punjab, Pakistan. Seorang ahli perubatan tardisi India yang
memegang gelaran “Hakim” dan merupakan orang yang kedua selepas Mirza Ghulam Ahmad serta seorang yang
menghasut Mirza melakukan penyelewengan di dalam ajaran Qadyaniah (1983: 7).
16
Pada tahun 1891 Nur Ad-din telah menghantarkan sepucuk surat kepada Mirza untuk meminta beliau
mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan tetapi beliau menolak atas alasan bahawa
beliau hanya ingin menjadi seorang hamba Allah yang taat setia. Nur Ad-din sering kali melakukan
pelbagai pujukan terhadap Mirza agar menerima cadangan beliau tersebut sehinggalah dalam tahun
yang sama Mirza Ghulam Ahmad telah bersetuju dengan menerima pujukan dan gagasan Nur Ad-din
itu. Nur ad-din telah meninggal dunia pada tahun 1914 selepas memimpin Qadyaniah selama 6 tahun
selepas kematian Mirza (al-cAzami, Mohd. Hassan.,1953: 106-110). Walau bagaimanapun, pucuk
pimpinan golongan Qadyaniah ini seterusnya diterajui oleh generasi selepas mereka iaitu anak-anak
Mirza itu sendiri.
Hasil daripada implikasi penerimaan Mirza itu telah menampakkan bahawa beliau adalah
seorang yang lemah dan tidak cekal hati serta mudah dipengaruhi oleh rakannya itu. Jesteru itu
kelemahan iman Mirza yang begitu ketara ini telah mendorong kepada beliau membuat pelbagai
dakwaan yang karut marut agar dapat memenuhi permintaan rakannya yang merupakan seorang yang
mendalangi kemunculan pergerakan ini. Berikutan adalah beberapa pemikiran dan doktrin-doktrin
yang di dakwa oleh Mirza Ghulam Ahmad dalam membawa fahaman yang palsu untuk disuntik ke
dalam fikiran masyarakatnya.
17
9. PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA
Antara dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang menyebabkan beliau dapat meluaskan pengaruh
terhadap golongan pengikutnya terdiri seperti berikut:
Beliau menyakini dirinya adalah al-Masih yang dijanjikan
Keyakinan beliau bahawa Allah itu berpuasa, solat, tidur, bangun menulis dan membuat
tandatangan, bersalah dan berkumpul. Beliau mendakwa bahawa segala yang dinyatakan itu
merupakan sifat-sifat bagi Allah Yang Maha Suci.
Dakwaan salah seorang penganut Qadyani berkeyakinan bahawa Tuhannya adalah orang
Inggeris, sebab ia mengajaknya berbicara dengan bahasa Inggeris.
Mirza memberi tanggapan bahawa beliau adalah seorang nabi yang paling mulia daripada
semua nabi malahan pula beliau berkeyakinan bahawa Allah mengutuskan nabi atau rasul itu
sesuai mengikut zaman masing-masing dan perutusan kenabian bukan hanya berakhir pada
nabi Muhammad S.A.W sahaja.
Beliau berkeyakinan bahawa malaikat Jibril A.S turun kepadanya dalam menyampaikan
wahyu dan ilham kepadanya seperti al-Qur’an
Beliau menyatakan bahawa tiada al-Qur’an kecuali al-Qur’an itu di sampaikan oleh
Al-Masih (Mirza Ghulam Ahmad) dan tiada Hadis kecuali yang datang dari daripada ajaran-
ajarannya sahaja.
Beliau berkeyakinan bahawa Qadyan merupakan tempat suci seperti Makkah dan Madinah
dan bahkan ianya lebih mulia daripada kedua tempat tersebut. Qadyan bagi Mirza merupakan
tanah haram, kiblat dan tempat mereka mengerjakan haji.
18
Beliau menghapuskan ajaran aqidah jihad dan memberi taat setia kepada pemerintah Inggeris
di mana menurut mereka pemerintah Inggeris itu adalah berkuasa berdasarkan nas al-Qur’an.
Beliau memberi tanggapan bahawa setiap orang Islam itu adalah kafir sehinggalah mereka itu
masuk ke dalam Qadyaniah
Beliau menyatakan bahawa perkahwinan dengan mereka yang bukan Qadyaniah adalah
dianggap kafir
Qadyaniah menghalalkan arak, candu dan heroin serta pelbagai jenis benda yang boleh
memabukkan (Najiyulloh, A. 2002: 302).
Beliau berhasrat untuk menyatu-padukan semua agama atau “Wihdah Al-Adyān” di mana
beliau berkata:
“Sesungguhnya Allah mengkehendaki semua agama itu menjadi satu dan tugas ini diberikan kepada
Al-Masih yang dijanjikan itu selaku wakil” (Ad-Din, Ahmad Walid Siraj 1994: 126)
10. KONSEP PENAFSIRAN QADAYANIAH TERHADAP AL-QUR’AN
19
Al-Qur’an merupakan salah satu pegangan bagi golongan Qadyaniah yang merupakan salah satu
penyelewengan dan kesalahan yang besar yang dilakukan oleh ajaran Qadyani. Penyelewengannya
adalah melalui cara mengubah al-Qur’an atau dikenali dengan “Tahrif al-Qur’an” dalam bentuk dan
kedudukan ayat-ayat al-Qur’an serta menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an diluar dari erti yang sebenar
dengan cara sengaja demi mencapai matlamat mereka sendiri. Antara contoh-contoh pengubahan dan
dan tafsiran al-Qur’an di kalangan mereka seperti berikut:
1. Pengubahan ayat-ayat al-Qur’an:
- Ayat-ayat asal dalam al-Qur’an surah (Al-Baqarah 2: 23),
مثله إو من بسورة فأتوا نا عبد على نزلنا مما ريب فى كنتم د ن من كم شهدآء دعوا وا
الله قين إ ون د صا كنتم تفعلوا إف , ن ولن تفعلوا لم ن .....
Maksudnya: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (al-
Qur’an) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah
yang sebanding dengan al-Qur’an itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh
menolong selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” “Maka kalau kamu
tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatya,……”
- Ayat-ayat yang telah diubah oleh Mirza
و إو مثله من بسورة فأتوا نا عبد على نزلنا مما ريب فى كنتم ولن إن تفعلوا لم ن
.....تفعلوا
Berdasarkan ayat di atas Mirza telah membuang ayat yang bergaris tersebut kepada bentuk
ayat yang lain untuk memenuhi dakwaan kehendaknya (Bahagian Agama Jabatan Perdana
Menteri 1983: 15).
2. - Ayat-ayat asal dalam al-Qur’an surah (Al-Hajj 22: 52),
20
رسلنا أ قبلك وما نبي من وال رسول فى ذا إ الإمن الشيطان القى تمنى
.....أمنيته
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang
Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang
dibawanya), maka syaitan pun melempar hasutannya……”
- Ayat-ayat yang telah diubah oleh Mirza,
نبي وال رسول من رسلنا أ أمنيته إ وما فى الشيطان القى تمنى ان ال .....
Berdasarkan ayat di atas yang bergaris telah dibuang oleh Mirza kerana perkataan itu akan
bertentangan dengan dakwaannya sebagai nabi (Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri
1983: 16).
3. - Ayat-ayat asal dalam al-Qur’an surah (Al-Qadr 97: 1),
أنزلناه إ ليلة نا ر فى القد ...
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamitelah menurunkan (Al-Qur’an) ini pada malam Lailatul
Qadar itu?...”.
- Ayat-ayat yang telah diubah oleh Mirza,
أنزلنا إ يان نا القد من قريبا ...
Berdasarkan ayat di atas yang telah dibuang oleh Mirza dengan menggantikan perkataan
tersebut dengan tujuan mengatakan bahawa perkataan Qadyan itu disebut oleh Allah di dalam
al-Qur’an (Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri 1983: 16). Banyak lagi ayat-ayat yang
diubah oleh beliau di dalam al-Qur’an hanya untuk menguatkan segala dakwaannya sahaja.
21
11. PERBANDINGAN AJARAN-AJARAN BAHAIAH DAN QADYANIAH
Berdasarkan beberapa kenyataan mengenai doktrin-doktrin dan pelbagai dakwaan palsu di antara
Bahaīah dan Qadyaniah yang dapat dinyatakan dari segi persamaan dan perbezaannya di sini iaitu:
11.1 Dari Segi Persamaan
1. Ali Mohd. Al-Bāb telah mendakwa dirinya sebagai Rasul di dalam Al-Bābīah
2. Bahāullah juga mendakwa dirinya sebagai Rasul di dalam Al-Bahāīah
3. Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadyani telah mendakwa dirinya sebagai seorang nabi yang
menjelma sebagai Al-Masih yang dijanjikan oleh Tuhan.
4. Mirza Ghulam Ahmad dan Bahaullah masing-masing menafsirkan dan mengubah ayat-ayat
al-Qur’an dan Hadis demi untuk mengukuhkan segala dakwaan palsu mereka terhadap
pengikut golongan masing-masing.
5. Pengikut Bahiah dan Qadyaniah melakukan ibadat mereka dengan menghala ke arah kiblat
masing-masing seperti Bahaiah menghala kiblat mereka ke arah cAka di Palestin dan
Qadyaniah menghala ke arah Qadyan, Punjab Pakistan.
6. Masing-masing menyatakan bahawa perutusan nabi itu tidak berhenti di zaman Nabi
Muhammad sahaja, malahan kemunculan nabi adalah sesuai mengikut zaman masing-masing
dan syariat Nabi Muhammad itu terputus di zamanNya sahaja.
7. Setiap pengikut golongan Bahaiah dan Qadyaniah mereka diwajibkan melakukan ibadat Haji
di tempat suci masing-masing. Bahaiah di cAka dan Qadyaniah di Qadyan.
8. Bahaiah dan Qadyaniah masing-masing mereka bermatlamatkan menyatu-padukan seluruh
agama di dunia ini.
9. Pengikut golongan masing-masing saling menganggap pemimpin mereka sebagai Tuhan.
10. Saling mendakwa bahawa mereka adalah Al-Mahdi
22
11.2 Dari Segi Perbezaan
1. Bahaiah menggalakkan perkahwinan mereka dengan golongan yang bukan Bahaiah tetapi
sebaliknya Qadyaniah melarang perkahwinan mereka dengan golongan yang bukan
Qadyaniah dan ianya dianggap kufur di sisi agama mereka.
2. Bahaiah melarang pengikutnya meminum minuman keras tetapi sebaliknya Qadyaniah
membenarkannya.
3. Qadyaniah memberi taat setia kepada pemerintah tetapi sebaliknya Bahaiah mentaati
pemimpin mereka itu sendiri.
4. Bahaiah mensyariatkan ajarannya dengan secara tersusun berbanding dengan Qadyaniah
yang kurang jelas dari segi syariat amalan mereka dari sesuatu sudut.
Oleh yang demikian itu, golongan Qadyaniah atau Ahmadi ini dapat kita kiaskan kepada
golongan Bahāīah kerana kedua-dua kaum ini di pandang agak sama dari segi matlamat mereka
daripada segala segi tetapi hanya terdapat beberapa sudut yang berbeza di kalangan mereka. Walau
bagaimanapun bagi kedua golongan tersebut tetap menimbulkan pelbagai dakwaan demi untuk
menyebarkan fahaman palsu mereka terhadap pengikut masing-masing dan sanggup mengkhianati
atau mengkufuri agama Islam demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka itu sendiri.
23
12. KESIMPULAN
Berdasarkan beberapa kenyataan yang telah di sampaikan sebelum ini telah membuktikan bahawa
golongan Bahaiah dan Qadyaniah saling mempunyai matlamat yang sama dalam merealisasikan
pergerakan ajaran mereka untuk mempengaruhi golongan masyarakat secara umum. Kemunculan
golongan tersebut telah membawa satu kefahaman palsu yang sengaja direka cipta demi untuk
mengukuhkan segala dakwaan mereka. Jesteru itu, di antara pelbagai doktrin-doktrin yang
dinyatakan oleh kedua golongan tersebut saling mempunyai kaitan persamaan dan perbezaan yang
tidak begitu ketara.
Titik permulaan kemunculan golongan ini lahir daripada jumlah minoriti yang dapat
meluaskan empayar agama mereka ke seluruh kawasan di dalam negara masing-masing sehingga
dapat melebarkan sayap fahaman mereka ke merata negara. Kecenderungan mereka dalam
memusatkan semua agama samawi di atas muka bumi ini menjadi satu adalah bertujuan untuk
menimbulkan semangat kesatuan seluruh agama tanpa menimbulkan perbezaan di kalangan penganut
agama masing-masing. Ulama Islam dari zaman dahulu sehingga sekarang amat memandang serius
terhadap penyebaran agama tersebut dan mengambil inisiatif mengeluarkan fatwa bahawa golongan
tersebut adalah murtad dari Islam. Oleh yang demikian, masyarakat Islam pada hari ini sering di
pengaruhi oleh ajaran-ajaran sesat yang mendorong kepada murtad melalui pelbagai cara. Semoga
Allah S.W.T melindungi kita daripada terjerumus ke dalam keruntuhan akidah, iman dan taqwa demi
mencapai keredhaan di dunia dan di akhirat. Sekian.
24
LAMPIRAN I
Rajah 1. Lambang Kemegahan Bahaiah
Rajah 2. Tempat Suci Bahaiah
25
Rajah 3. Kitab Suci Bahaiah
BIBLIOGARFI
al-Zahabi, Muhammad Hussain, 2005 Al-Tafsir Wa Al-Mufassirun, Avand Danesh LTD, Cetakan
Pertama, Jil.2
al-cAzami, Mohd. Hassan, 1953. Al-Qadyaniah Wa al-Baha’iah, Beirut. Muassah al-cAlami Li al-
Matbucat
Ad-Din, Ahmad Walid Sirāj 1994. Al-Bahiah Wa Al-Nizam Al-cAlami Al-Jadid, Damsyik. Maktabah
Dar Al-Fath, Jil.1
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, 1983. “Ajaran Qadyani Satu Ajaran Sesat”, Kuala
Lumpur, Penerbit: Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia
Glori Fiezi, 1972. The Bahai Faith, Penang, The Ginesh Printing Work, Second Ed.
http://azeaniesmy.tripod.com/Tazkirah.html/28/9/2006
Najiyulloh, A. 2002. “Gerakan Keagamaan Dan Pemikiran (Akar Ideologis dan Penyebarannya)”,
Jakarta, Penerbit: Al-I’tishom Cahaya Umat, Cet. Ketiga.
Risalah An-Nuur, 2006. “Penyelewengan Ajaran Qadiani”, http://annuur.blogspirit.com 18/01/2006
Zahir, Hassan Isa cAbd. 1980, Al-Qadyaniah Nasha atha Wa Tatauwuriha, Dar al-Qalam, Kuwait
26