Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah suatu akta Malaysia bagi menggubal undang-undang mengenai
penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan.
Akta ini memansuhkan Akta Mesin Cetak 1948 dan Akta Kawalan Penerbitan Diimport
1958.
Tujuan Akta Akta ini diperkenalkan bagi mengawal
pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian.
Akta ini juga mempunyai beberapa garis panduan bertujuan mengawal segala kandungan penerbitan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mengelirukan masyarakat melalui kenyataan yang tidak benar, memudaratkan keselamatan dan keharmonian negara dengan menyentuh isu perkauman.
Top Related