ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
53
AMALAN STRATEGI PEMAHAMAN MAKNA KOSA KATA BAHASA ARAB
BERASASKAN KONTEKS PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN GURU
CEMERLANG BAHASA ARAB
Aisah Hasmam
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nik Mohd Rahimi Nik Yusuf
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Maimun Aqsha Lubis
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Sjahrony
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pemahaman makna kosa kata bahasa arab
berasaskan konteks penggunaan dalam pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Arab Peringkat
Menengah Rendah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian kes dengan menggunakan
data kualitatif sebagai dapatan kajian. Pengumpulan data-data adalah melalui kaedah temu
bual separa berstruktur, kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam kajian ini peserta
kajian yang terlibat terdiri daripada tujuh orang GCBA yang dipilih berdasarkan cadangan
yang diberikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Dapatan kajian menjelaskan
bahawa terdapat beberapa strategi pemahaman makna kosa kata bahasa Arab berasaskan
konteks penggunaan yang menjadi amalan GCBA di dalam bilik darjah, iaitu strategi
pemahaman makna berasaskan konteks linguistik, strategi pemahaman makna berasaskan
konteks situasi dan strategi pemahaman makna berasaskan konteks budaya. Kajian ini
merumuskan bahawa strategi pemahaman makna kosa kata bahasa Arab berasaskan konteks
penggunaan adalah pelbagai dan dapat membantu pelajar memahami makna kosa kata bahasa
Arab yang diajarkan.Justeru, amalan strategi pemahaman makna kosa kata bahasa Arab
berasaskan konteks penggunaan ini wajar dicontohi dan dijadikan panduan berguna kepada
pendidik bahasa Arab untuk bukan penutur jati secara amnya.
Kata Kunci: Kosa kata; pengajaran kosa kata; strategi pemahaman makna kosa kata; kajian
kes.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
54
THE PRACTICE OF USAGE-BASED CONTEXT IN ARABIC VOCABULARY
COMPREHENSION STRATEGY BY EXCELLENT ARABIC
LANGUAGE TEACHERS
Abstract
The study aims to explore the Arabic vocabulary comprehension strategy based on its usage
context in the teaching of lower secondary Excellent Arabic Language Teachers (GCBA).
The research takes a case-study design with qualitative data collected through semi-structured
interview, observation and document analysis. In the study, seven teachers (GCBA) were
selected based on the suggestion from the Negeri Sembilan State Education Department. The
findings indicate there are several vocabulary comprehension strategies employed by the
teachers in the classroom which are the linguistic, situational and cultural contexts. The study
concludes that there are variations in learners’ strategies at comprehending Arabic vocabulary
based on the usage context. Hence such varied strategies based on the usage may serve as
beneficial to non-native Arabic Language educators to facilitate their teaching.
Keywords: Vocabular; vocabulary teaching; vocabulary comprehension strategy; case study
Pengenalan
Kempson (1991) berpendapat istilah makna merujuk kepada maksud, menandakan, erti
perkataan, tafsiran ayat, atau apa yang ingin disampaikan oleh penutur dalam geraklaku
perhubungan dan usaha menerangkan makna dari segi hubungan penamaan yang wujud
antara perkataan dengan benda yang dirujuknya. Lado (1980) berpendapat makna adalah apa
yang kita ertikan atau apa yang kita maksudkan. Setiap unit leksis bahasa seperti perkataan
mempunyai bentuk atau ungkapan yang mempunyai isi dan makna yang terdapat pada
kedudukan tertentu. Tarigan (1989) pula membahagikan makna atau meaning kepada dua
bahagian, iaitu makna linguistik dan makna sosial. Makna linguistik terbahagi pula kepada
dua jenis, iaitu makna leksikal dan makna struktural. Yang dimaksudkan dengan makna
leksikal adalah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa, dan sebagainya.
Manakala makna stuktural adalah makna yang timbul sebagai akibat hubungan antara unsur
bahasa yang satu dengan unsur bahasa yang lain dalam satuan yang lebih besar, berkaitan
dengan morfem, kata, frasa, klausa, dan kalimat. Makna sosial pula merujuk kepada
penggunaan perkataan dan difahami maknanya mengikut konteks, situasi dan keadaan.
Abdul Chaer (2003) pula mendefinisikan makna sebagai suatu pengertian atau konsep
yang dimiliki atau terdapat pada sebuah simbol linguistik. Jika simbol linguistik tersebut
dikaitkan dengan kata atau leksem, bererti makna adalah pengertian atau konsep yang
dimiliki oleh setiap kata atau leksem. Jika dikaitkan dengan morfem, maka makna adalah
pengertian atau konsep yang dimiliki oleh setiap morfem baik morfem dasar mahupun
morfem afiks. Ringkasnya, berdasarkan kajian ilmu linguistik makna adalah konsep yang
terbentuk daripada setiap binaan perkataan atau ungkapan yang berbeza mengikut simbol
linguistik dan fungsinya.
Dari segi hubungan antara makna dengan perkataan Abdullah (2006) berpandangan
oleh kerana kewujudan makna tidak berjisim dan bersifat abstrak maka ia boleh dianggap
sebagai suatu bidang yang sukar dikaji berbanding kajian berkaitan sistem bahasa yang lain.
Malah adakalanya seseorang perlu menduga dan meneka atau mencari titik persefahaman
makna daripada apa yang disampaikan oleh seseorang pengguna bahasa. Oleh itu, kewujudan
makna dan perkataan dalam salah satu satuan unit bahasa sememangnya tidak boleh
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
55 dipisahkan antara satu sama lain. Ini kerana makna terbentuk secara kebetulan atau arbitrari
dalam setiap komponen perkataan yang terdiri daripada dua pola; pola konsonan dan pola
vokal yang mempunyai fungsi. Fungsi adalah makna perkataan dan bentuk pula terdiri
daripada bunyi yang dapat ditulis atau dikenali sebagai perkataan. Persoalannya bagaimana
bahasa menentukan makna perkataan?.
Secara mudahnya, terdapat dua kategori makna, iaitu makna denotatif (makna
tersurat) dan makna konotatif (makna tersirat dan berlapis) (Abdul Aziz, 2000). Walau
bagaimanapun, makna turut terbentuk melalui konteks penggunaan komunikasi lisan ataupun
tulisan. Justeru terdapat tiga faktor yang menjadi penentu kepada pemahaman makna kosa
kata yang digunakan, iaitu: pilihan penggunaan, kebudayaan dan konteks (Requejo, 2007;
Hibbard, 2009; Nation, 2013; Che Radiah & Norhayuza, 2013). Pilihan menentukan makna
perkataan bermaksud makna terhasil bergantung kepada pilihan atau kemahuan pengguna
bahasa. Makna yang ditentukan oleh budaya bermaksud penggunaan bahasa dikaitkan dengan
konteks suatu budaya. Manakala makna mengikut konteks merujuk kepada sesuatu situasi
dan konteks ayat (linguistik).
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat dua strategi pemahaman makna kosa kata
yang kerap dibincangkan secara meluas oleh sarjana bahasa, iaitu:
1. Pemahaman makna kosa kata berdasarkan konteks linguistik bermaksud suatu
perkataan difahami maknanya dalam konteks ayat dan dalam struktur gramatis
berasaskan peraturan dan prinsip nahu (Requejo, 2007) atau perkaitan makna dengan
perkataan lain (Benjamin & Crow, 2010). Untuk memahami makna perkataan secara
denotatif ataupun konotatif proses analisis sistem bunyi (fonologi), morfologi dan
sintaksis pada perkataan akan berlaku serentak pada kedudukannya dalam struktur
gramatis.
2. Selain itu, Harison (2010) berpandangan bahawa pemahaman makna perkataan boleh
dilakukan dengan membuat inferens atau membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu
fakta, pengetahuan dan maklumat yang dimiliki seseorang serta berdasarkan petunjuk
atau pembayang tertentu yang terdapat pada suatu perkataan (McWhorter, 2006)
ataupun berdasarkan struktur ayat atau perenggan (Hibbard, 2009; Nation, 2013) dan
juga berpandukan teks (co-text) (Nunan, 1991; Yule, 2010).
3. Pemahaman makna kosa kata berdasarkan bukan konteks linguistik atau berdasarkan
konteks situasi dan budaya (Che Radiah & Norhayuza, 2013).
Strategi Pemahaman Makna Kosa Kata Bahasa Arab
Carver (1994), Hu dan Nation (2000) menjelaskan para pelajar memerlukan sekurang-
kurangnya membaca 98% daripada keseluruhan perkataan yang terdapat dalam teks bacaan
untuk tujuan pemahaman. Ini bermakna kemahiran pemahaman membaca bahan akademik
amat penting dan perlu ditekankan dalam konteks pendidikan secara formal di sekolah
(Silverman & Hartranft, 2015). Hibbard (2009) berpendapat salah satu teknik berkesan untuk
membantu pelajar memahami makna kosa kata yang sukar adalah berdasarkan klu-klu yang
terdapat dalam konteks ayat. Maklumat yang membekalkan makna perkataan dalam ayat
dikenali sebagai konteks klu (context clue).
Hal ini bermakna seseorang boleh meneka makna perkataan tertentu apabila ia
digabungkan dalam satu ayat atau perenggan tanpa perlu mencari makna perkataan daripada
kamus atau menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda. Antara teknik tersebut adalah: i)
definisi klu bermaksud sesuatu perkataan difahami berdasarkan definisi makna atau konsep
yang dinyatakan dalam sesuatu teks, ii) sinonim klu; bermaksud sesuatu perkataan difahami
berdasarkan perkataan sinonim yang tertera dalam konteks ayat atau sesuatu teks, iii) antonim
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
56 klu bermaksud perkataan berlawanan erti turut didapati dalam ayat bagi menjelaskan makna
perkataan yang sukar, iv) contoh klu bermaksud kosa kata dapat difahami maknanya melalui
huraian contoh dalam bentuk ayat atau penerangan lisan, v) inferensi klu bermaksud pelajar
membuat andaian dan memahami makna secara tekaan. Karbalaei et al. (2012) berpandangan
bahawa strategi pemahaman makna kosa kata secara konteks klu amat penting dan perlu
diberi penekanan yang sewajarnya kepada pelajar.
Selain itu, Benjamin dan Crow (2010) berpandangan bahawa antara strategi
pemahaman makna kosa kata berdasarkan konteks linguistik boleh dilakukan dengan
mengecam konteks klu yang terdapat dalam sesuatu ayat seperti; i) mengutamakan proses
memahami makna kosa kata yang baharu, ii) menganalisis kosa kata baharu mengikut
keperluan dan iii) menggalakkan pelajar mengenalpasti makna perkataan yang jarang
dijumpai dan memahaminya secara keseluruhan dan mengaitkannya dengan klu yang
biasanya didatangkan dalam bentuk huraian ayat bagi menjelaskan makna perkataan tersebut.
McWhorter (2006) menambah lima teknik memahami makna kosa kata dengan
mengenalpasti konteks klu yang terdapat dalam sesuatu ayat seperti berikut: i) perkataan
seerti ii) definisi makna perkataan iii) huraian contoh iv) penerangan ayat yang berlawanan
dan v) membuat inferen terhadap makna perkataan.
Di samping itu, Nunan (1991) turut menyarankan beberapa teknik pengajaran yang
membantu pelajar memahami makna daripada sesuatu konteks, antaranya mengaitkan
perkataan dengan sesuatu simbol atau tanda yang terdapat pada teks seperti menganalisis
elemen linguistik (struktur perkataan) dari segi awal kata ‘prefixes’, akhir kata ‘suffixes’, dan
kata dasar (roots) perkataan, menggunakan petunjuk ilustrasi atau memahami makna
perkataan berpandukan sesuatu gambar, rajah, lakaran, dan carta, mengenalpasti petunjuk
definisi perkataan yang dapat dilihat dengan jelas dalam sesuatu ayat ataupun teks yang
dipelajari seperti huraian yang terdapat pada nota kaki dan sebagainya ataupun definisi yang
dijelaskan berdasarkan sinonim dan antonim serta menggunakan petunjuk linguistik,
menggunakan kedua-dua bahan rangsangan sama ada bahan berbentuk lisan (digunakan
secara verbal) ataupun bukan lisan seperti melalui media gambar, rajah bagi menggambarkan
makna sesuatu teks atau perkataan bertulis.
Dalam konteks kemahiran berbahasa, Nik Mohd Rahimi dan Kamarulzaman (1999)
berpendapat pelajar perlu menguasai kemahiran kefahaman mendengar dan membaca
perkataan. Beliau mencadangkan lima teknik kemahiran reseptif kosa kata bahasa Arab, iaitu:
1. Kefahaman pada mendengar dan membaca bunyi bahasa Arab, iaitu kemahiran yang
dapat menangkap dan membezakan semua bunyi bahasa yang terdapat dalam ilmu
fonologi bahasa Arab.
2. Kefahaman pada mendengar dan membaca makna perkataan tunggal atau isolasi
(kefahaman leksikal); memahami makna perkataan mengikut ilmu leksikologi bahasa
Arab ataupun ilmu perkamusan.
3. Kefahaman kontekstual, iaitu memahami makna perkataan dalam konteks ayat.
4. Kefahaman literal, iaitu memahami makna teks secara perkataan demi perkataan atau
ayat demi ayat.
5. Kefahaman inferential, iaitu memahami makna teks secara yang tersirat ataupun
secara keseluruhan teks atau difahami melalui isi penting sebagai rumusan
keseluruhan teks. Kemahiran ini merupakan kemahiran kefahaman mendengar dan
membaca makna teks pada tahap yang tertinggi, jika dibandingkan dengan
kemahiran-kemahiran kefahaman yang empat lagi (Mowafak et al., 1999).
Selain itu, Abdul Aziz (2000) pula mencadangkan dua kategori kefahaman makna
kosa kata, iaitu: i) kefahaman mendengar dan membaca makna perkataan dan ii) kefahaman
mendengar dan membaca makna teks. Oleh itu, penekanan memahami makna kosa kata
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
57 secara kontekstual adalah merupakan merupakan salah satu daripada sub-sub kemahiran
kefahaman mendengar dan membaca kosa kata dalam konteks ayat atau teks pembelajaran.
Sementara itu, Husin dan Nazariyah (2013) berpendapat dalam aspek kefahaman bacaan
terdapat empat kategori utama, iaitu kefahaman literal, kefahaman interprestasi, kefahaman
inferensi, dan kefahaman menilai. Para pelajar perlu menguasai kemahiran mengenalpasti
petunjuk klu yang terdapat dalam sesuatu ayat ataupun teks bacaan. Kegagalan pelajar
memahami teks dengan baik adalah disebabkan mereka kurang arif tentang cara khusus
menggunakan petunjuk konteks ketika aktiviti pemahaman membaca. Justeru, beliau
menyarankan beberapa teknik yang seharusnya diajarkan kepada pelajar semasa proses
pemahaman bacaan secara khusus yang mempunyai kaitan dengan teknik pemahaman makna
kosa kata menurut konteks linguistik dan bukan linguistik, iaitu:
1. Kefahaman literal bermaksud kefahaman berdasarkan apa yang difahami daripada
perkataan dan idea penulis atau pengarang. Antara teknik yang diperlukan untuk
memahami makna perkataan ialah; menggunakan gambar, menggunakan bahan
bercetak, menggunakan kamus, mengecam sinonim dan antonim, dan mengenal pasti
perkataan dengan pelbagai makna. Manakala kemahiran memahami ayat ialah
menggunakan tanda baca tertentu, mengenal pasti rujukan ganti nama dan adjektif,
mengecam huraian isi dan isi penting, mengecam idea utama, mengecam perkataan
dan frasa yang berkaitan bagi menjelaskan hubungan sebab dan akibat seperti kerana,
oleh sebab, akibatnya, kemudian, oleh itu, dan sebagainya.
2. Kefahaman interprestasi bermaksud kebolehan menghubungkaitkan bahagian-
bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk yang lain seperti
verbal dan grafik dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Antara kemahiran
yang diperlukan ialah menginterpretasikan grafik, jadual, peta, carta kepada bentuk
verbal atau sebaliknya. Memperjelaskan maksud perkataan dalam konteks
penggunaannya seperti puisi, lagu dan sebagainya serta menyatakan konsep dengan
menggunakan ayat sendiri.
3. Kefahaman inferensi bermaksud kemampuan mentafsir makna berdasarkan
keupayaan pembaca membuat kesimpulan, interpretasi atau telahan. Kefahaman
dalam kategori ini melampaui pemikiran penulis. Antara teknik yang diperlukan ialah
membuat kesimpulan, membuat perbandingan, membuat jangkaan, menunjukkan
hubungan sebab dan akibat, dan memahami dan menghurai bahasa kiasan.
4. Kefahaman menilai bermaksud pembaca membuat konsepsi dan pendirian atas teks
seperti menilai bahan yang dibaca, membezakan fakta yang benar dan tidak benar dan
sebagainya.
Strategi pemahaman makna kosa kata bahasa Arab juga boleh dikaitkan dengan
konteks budaya masyarakat Arab secara langsung dan tidak langsung (Che Radiah &
Norhayuza 2013). Hal ini selaras dengan pandangan Abdullah (2006) yang menyatakan
bahawa makna boleh ditentukan oleh suatu budaya bermaksud penggunaan bahasa adalah
bergantung konteks budaya dan sesuai dengan istilah yang digunakan. Dalam konteks
pengajaran kosa kata bahasa Arab, guru bahasa Arab boleh memperkenalkan ungkapan-
ungkapan yang sering digunakan oleh masyarakat Arab dan mengaitkannya dengan suatu
situasi sebenar pelajar. Sebagai contoh memperkenalkan ungkapan; Selamat Pagi صباح(
mengikut situasi )كل عام و أنتم بالخير( dan Selamat Hari Raya ,)كيف حالك( Apa khabar ,الخير(
sebenar pelajar. Penerapan konteks budaya Arab dalam strategi pemahaman makna kosa kata
bahasa Arab yang diajarkan akan dapat membantu pelajar memahami makna kosa kata
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
58 bahasa Arab yang dipelajari secara tidak langsung tanpa perlu menterjemahkannya ke dalam
bahasa ibunda.
Berdasarkan perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa strategi pemahaman
makna kosa kata bahasa Arab dalam konteks penggunaan terbahagi kepada tiga kategori,
iaitu i) pemahaman makna kosa kata berdasarkan konteks linguistik, ii) pemahaman makna
kosa kata berdasarkan konteks situasi dan iii) pemahaman makna kosa kata berdasarkan
konteks budaya Arab.
Pernyataan Masalah
Aspek leksikal (kosa kata) sering diabaikan dan kurang diberi penekanan serius dalam
konteks pengajaran (Azmani et al. 2016). Beberapa kajian melaporkan bahawa, pengabaian
ini dikaitkan dengan tahap kompetensi guru bahasa Arab yang membimbangkan Jefridin
(2002), dan strategi pengajaran guru bahasa Arab kurang pelbagai (Azharudin, 2005; Zainal
Arifin, 2007) dan kurang berkesan (Zheng, 2012) serta kurang menfokus kepada aspek
leksikal secara eksplisit terutamanya ketika menjelaskan makna perkataan (Dahab, 1997;
Maimun, 1999; Hassan Basri, 2003; Nik Mohd Rahimi, 2005; Rosni, 2013).
Menurut Taᶜimah (1989) dan Nik Mohd Rahimi et al. (2008), salah satu daripada
prinsip pengajaran bahasa Arab yang seharusnya diberi penekanan oleh guru ialah
menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam pengajaran dan penggunaan bahasa ibunda
haruslah dielakkan serta hanya boleh digunakan ketika perlu sahaja. Namun, berdasarkan
kajian Dahab (1997), Maimun (1999), Nik Mohd Rahimi (2005) dan (Asma’ & Nik Mohd
Rahimi, 2012) merumuskan bahawa kaedah pengajaran Guru bahasa Arab banyak
dipengaruhi oleh Kaedah Nahu dan Terjemahan berbanding kaedah-kaedah lain. Hal ini
menggambarkan bahawa pemahaman makna kosa kata bahasa Arab yang dipelajari pelajar di
dalam bilik darjah sudah pasti dijalankan secara kaedah terjemahan dan sepenuhnya dalam
bahasa ibunda.
Dalam perkembangan lain, kelemahan pelajar dalam aspek kemahiran memahami
makna kosa kata bahasa Arab turut membimbangkan. Kajian Nik Mohd Rahimi dan
Kamarulzaman (1999) mendapati pelajar tidak dapat memahami makna kosa kata dalam teks
akademik yang dipelajari disebabkan penggunaan pendekatan pengajaran yang tidak
menitikberatkan pengetahuan sedia ada pelajar. Begitu juga dalam kajian yang berasingan
Nik Mohd Rahimi et al. (2008) mendapati tahap kemampuan mendengar teks bahasa Arab
pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama adalah sederhana.
Kelemahan mereka begitu ketara apabila mendengar dan memahami teks secara literal dan
inferential dan mendengar dan memahami perkataan secara leksikal dan kontekstual
berbanding mendengar dan memahami bunyi-bunyi bahasa.
Dapatan kajian Nik Mohd Rahimi dan Kamarulzaman (1999) dan Nik Mohd Rahimi
et al. (2008) dikukuhkan dengan dapatan kajian Zheng (2012) yang melaporkan bahawa guru
bahasa asing mengalami kesukaran untuk mengajar kosa kata kepada pelajar dari segi
sebutan, ejaan, kosa kata dalam pelbagai konteks ayat. Malah dapatan kajian beliau turut
mendapati aspek kefahaman makna kosa kata merupakan kemahiran yang paling sukar untuk
diajarkan kepada pelajar. Hal ini dikaitkan dengan faktor konteks persekitaran yang kurang
membantu pelajar untuk menguasai kosa kata yang diajarkan, faktor pembelajaran pelajar
yang kurang kondusif, kurangnya pengetahuan sedia ada berkaitan kosa kata yang dipelajari.
Malah guru bersetuju untuk menggunakan bahasa ibunda secara optimum dalam usaha
membantu pelajar memahami kosa kata yang diajarkan.
Di samping itu, Waharp (2011) berpendapat kamus merupakan alat bantuan belajar
sendiri ‘self learning’ yang terbaik dan dapat membantu pelajar memahami makna perkataan
yang dipelajari ketika diperlukan. Namun kajian Norma (2003) menunjukkan bahawa guru
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
59 bahasa Arab kurang menekankan aspek latihan menggunakan kamus sebagai bahan bantu
mengajar utama dalam pengajaran kosa kata. Malah pelajar tidak diberi pendedahan khusus
tentang teknik khusus menggunakan kamus tersebut. Situasi ini ditegaskan oleh Azhar et al.
(2003), pelajar perlu didedahkan dengan teknik khusus menggunakan kamus bahasa sasaran
dan cara memanfaatkannya untuk membantu mereka memahami makna kosa kata yang
dipelajari secara berkesan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk meneroka amalan
strategi pemahaman makna kosa kata dalam pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Arab
Peringkat Menengah Rendah.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai
lapangan (multisite studies) (Merriam, 2009; Yin, 2010). Menurut Yin (2010) kajian kes
merupakan kajian penerokaan justeru ia boleh diselidik sebagai satu kes tersendiri (unik)
ataupun dalam beberapa kes yang hampir sama dalam satu lokasi yang sama ataupun
daripada beberapa lokasi berbeza tetapi dapat difahami maknanya secara holistik. Othman
(2014) menjelaskan bahawa kajian kes menfokus kepada deskripsi dan penerangan yang
holistik berkaitan suatu fenomena yang dikaji untuk membuat interpretasi dan mendapatkan
kefahaman yang mendalam tentang sesuatu kes bukan untuk menguji sesuatu hipotesis.
berpendapat, terdapat tiga teknik utama pengumpulan data yang sering digunakan dalam
kajian kualitatif, iaitu temu bual, pemerhatian dan dokumen (Merriam, 2009). Peserta kajian
terdiri daripada tujuh orang GCBA yang dipilih dan disarankan oleh pihak Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan. Dalam konteks kajian ini, kesahan dan kebolehpercayaan data
kualitatif dilaksanakan melalui beberapa cara seperti triangulasi, semakan rakan (peer review)
yang terdiri daripada rakan penyelidik yang berpengalaman dalam kajian kualitatif ataupun
daripada kalangan peserta kajian sendiri untuk menyemak dan mengesahkan transkrip data,
verbatim dan interpretasi tema, penyediaan nota lapangan, semakan pakar bidang terhadap
tema yang dibina, dan pengiraan Cohen Kappa bagi menentukan tahap persetujuan pakar
terhadap tema.
Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Umum mengetahui bahawa, setiap perkataan tidak boleh digunakan untuk memberi makna
yang sama oleh setiap individu ataupun digunakan pada masa dan ketika yang sama pada
setiap masa. Begitulah juga halnya, dalam konteks kajian ini peserta kajian dilihat cuba
menggunakan perkataan mengikut kesesuaian masa, keadaan dan situasi tatkala membantu
pelajar memahami makna kosa kata bahasa Arab yang diajarkan. Dalam konteks kajian ini,
strategi pemahaman makna kosa kata bahasa Arab mengikut konteks penggunaan bermaksud
cara guru menjelaskan makna kosa kata bahasa Arab yang diajarkan dengan melihat kepada
beberapa sudut penggunaannya mengikut tiga konteks, iaitu konteks linguistik, konteks
situasi dan konteks budaya. Berikut merupakan huraian tema strategi pemahaman makna
kosa kata bahasa Arab berasaskan konteks penggunaan:
a. Pemahaman makna berdasarkan konteks linguistik
Pemahaman makna berdasarkan konteks linguistik merujuk kepada cara guru menjelaskan
makna kosa kata bahasa Arab yang diajarkan kepada pelajar dalam konteks ayat ataupun teks.
Dalam konteks linguistik terdapat tiga teknik penjelasan makna yang diamalkan peserta
kajian, iaitu takrifan makna kontekstual, takrifan makna literal dan takrifan makna inferential.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
60
i. Takrifan kontekstual
Takrifan kontekstual bermaksud teknik menjelaskan makna kosa kata dalam konteks ayat.
Pada kebiasaannya penjelasan makna kosa kata dalam konteks ayat ini dilakukan tatkala guru
mengaitkan kosa kata dengan aspek tatabahasa, memahami makna kosa kata dalam ayat yang
berbeza kolokasi, dan aktiviti latihan membina ayat. Ini bermakna pelajar diajar bagaimana
memahami makna kosa kata yang dipelajari dalam konteks ayat. Contoh temu bual GCBA,
“untuk membantu pelajar memahami kosa kata yang terdapat dalam ayat biasanya ahh
macam saya kata tadilah pembelajaran مطالعة tu sebenarnya kita boleh terapkan jugak untuk
pembelajaran-pembelajaran tatabahasa. Bila kita bila kita bimbing pelajar.
Kita bimbing pelajar untuk mengenal unsur-unsur yang terdapat di dalam ayat. Kata
kan dalam جملة اسمية ok ada مبتدأ ada خبر kemudian dalam جملة فعلية ada مفعول به ada جر والمجرور
ada ظرف dan مضاف إليه ” (P11: TMB02, GCJ, 060515). Manakala contoh pemerhatian salah
seorang peserta kajian, “Guru mengulas jawapan pelajar; ماذا أكلتم في المطعم؟ يا -أنتم أكلتم في المطعم
kemudian أنا أكلت الأرز المقلي ;Kedengaran suara halus daripada Zalina dan berkata . !الله يا زالينا
guru meminta Zalina mengulang semula jawapannya diikuti dengan pelajar perempuan
bernama Asyikin dan berkata; ناسي لمق أنا أكلت الأرز kemudian guru meminta seorang lagi
pelajar perempuan bernama Aisyah untuk cuba menjawab dalam keadaan guru mengadap ke
arah pelajar tersebut seolah-olah ingin memberi perhatian dan tumpuan kepada jawapan
pelajar. Aisyah menjawab jawapan yang sama seperti jawapan Zalina; ناسي لمق أنا أكلت
kemudian guru membuka ruang untuk صحيح ;lantas guru memuji jawapan pelajar الأرز
menjawab lagi kepada pelajar lain seraya berkata بعد sebanyak dua kali. Kemudian kelihatan
seorang pelajar perempuan menjawab أنا أكلت الأرز كعكة . guru meminta pelajar mengulang
jawapannya dan menyoal makna perkataan كعكة serta memberi isyarat bahawa perkataan
tersebut telahpun dipelajari pada pelajaran yang lepas. Kemudian meminta pelajar tersebut
membetulkan jawapannya. Lalu memuji jawapan pelajar tersebut kerana dapat menggunakan
kosa kata yang sesuai dalam ayat. أحسنت” (P 2: PM2,GCN, 11515)
ii. Takrifan literal
Takrifan literal bermaksud teknik menjelaskan makna kosa kata bahasa Arab dalam teks
pembelajaran secara terjemahan harfiyyah atau perkataan demi perkataan. Ini bermakna
pelajar akan dapat memahami makna kosa kata bahasa Arab yang diajarkan secara perkataan
demi perkataan ketika membaca teks bahasa Arab. Contoh temu bual GCBA, “kita nak ambil
sebagai terjemah harfi ya” (P18: TMB01,GCZ, 310315). Manakala dalam pengajaran GCBA
pula, “Seterusnya Guru meneruskan bacaan perenggan teks secara lisan dan kuat.
Kemudian Guru menulis perkataan baru, iaitu وفر يوفر pada papan putih dan
menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris 'expose' dan menyambung bacaan. Guru
mengulang perkataan أحداث الساعة beberapa kali dan meminta pelajar menjelaskan makna
perkataan tersebut ke dalam bahasa Melayu. Beberapa orang pelajar menyebut 'berita-berita
terkini'. Kemudian guru mengulang makna rangkai kata tersebut” (P40: PM1, GCY, 110515)
iii. Takrifan inferential
Takrifan inferential bermaksud teknik menjelaskan makna kosa kata yang diajarkan menurut
konteks teks keseluruhan. Ini bermakna pelajar akan dapat memahami makna kosa kata
dalam teks secara menyeluruh. Dalam konteks kajian ini pada kebiasaannya amalan teknik ini
dizahirkan oleh peserta kajian tatkala aktiviti menjawab soalan kefahaman dan mengeluarkan
isi penting daripada teks yang dipelajari. Contoh fenomena tersebut seperti yang diperkatakan
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
61 oleh peserta kajian GCS, “sebab itu tadi saya menekankan selain daripada dari segi bacaan
penekanan yang khusus juga saya menekankan dia boleh; اذكر dan استخر ج مميزات للغة العربية
(P23: TMB04, GCS, 20915). Manakala dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula
peserta kajian GCN didapati mengamalkan teknik tersebut, “Kemudian guru memberi
tugasan kepada pelajar untuk melakarkan peta i-think berkaitan tajuk مميزات اللغة العربية di
dalam kumpulan untuk tempoh 1 minit sahaja seraya berkata; ما هي الخريطة -كوّن خريطة التفكير
(P 2: PM2,GCN, 11515) ”المناسبة عن مميزات اللغة العربية؟
b. Pemahaman Makna Berdasarkan Konteks Situasi
Konteks situasi bermaksud guru menjelaskan makna perkataan yang diajarkan dengan
mengaitkan perkataan tersebut dengan keadaan sebenar ataupun mewujudkan suatu situasi
bagi menggambarkan keadaan sebenar sama ada dilakukan di dalam atau di luar bilik darjah.
Ini bermakna pembelajaran pemahaman makna kosa kata bahasa Arab berlangsung secara
aktif dan tidak hanya menjadi penerima kosa kata secara pasif. Contohnya penggunaan kosa
kata bahasa Arab dalam situasi sebenar di dalam bilik darjah lebih membataskan penggunaan
kosa kata yang terdapat di sekitar bilik darjah semata-mata atau untuk kegunaan
berkomunikasi dengan menggunakan lughatul fasli. Walau bagaimanapun terdapat juga
aktiviti permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah, mengaitkan kosa kata
dengan pengalaman sebenar pelajar ataupun dengan sesuatu tema yang biasanya dijelaskan
dalam bentuk gambaran penggunaan kosa kata tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.
Adapun contoh penggunaan kosa kata berdasarkan konteks situasi di luar bilik darjah
pula pembelajaran kosa kata dijalankan dalam bentuk sukaneka, berada di lokasi sebenar di
sekitar sekolah, menghidupkan program bahasa Arab seperti Minggu Bahasa Arab, Hari
Bahasa Arab dan sebagainya. Secara langsung dan tidak langsung semua aktiviti tersebut
dapat membantu pelajar memahami makna kosa kata yang diajarkan peserta kajian. Contoh
temu bual tersebut oleh salah seorang peserta kajian, “Kalau kita mempersilakan kawan kita
masuk ke berdiri ke asalkan kita mempersilakan maka apa kalimah yang kita akan guna
mereka akan tahu lah sebut tafadhal ahh kita nak suruh minta izin masuk apa yang patut kita
cakap jadi perkataan-perkataan memang selalu saya gunakan perkataan-perkataan yang
mudah lah supaya mereka tahu menggunakan perkataan itu dalam situasi-situasi yang
sepatutnya” (P21: TMB02, GCS, 300415).
Manakala contoh konteks situasi dalam bentuk permainan bahasa dipersembahkan
melalui permainan sukaneka di luar bilik darjah seperti, “untuk permainan al-lu’bah al-
lughawiyyah yang saya nama kan sukaneka arabiyyah itu adalah permainan wajib setiap
tahun untuk pelajar tingkatan satu. Ahh baik dia bukan sekadar permainan sahaja tetapi dalam
setiap check point yang saya sediakan itu ada soalan-soalan yang perlu mereka jawab sama
ada soalan berbentuk menyebut, soalan bertulis, ahh sebut, tulis, menyanyi” (P15: TMB02,
GCH, 11112015).
c. Pemahaman makna berdasarkan konteks budaya Arab
Konteks budaya merujuk kepada cara guru menjelaskan makna perkataan yang diajarkan
dengan mengaitkan perkataan tersebut dengan suatu budaya, iaitu budaya masyarakat Arab.
Contoh temu bual, “Seterusnya guru menyoal pelajar apakah ucapan yang sesuai dengan
sambutan harijadi dalam bahasa Arab. Kelihatan guru memegang yang seakan-akan seperti
tiub yang boleh dipicit dan mempunyai muncung tiga segi dan menulis ungkapan hari jadi di
atas kek tersebut. Kedengaran semua pelajar perempuan yang berbaris di hadapan kelas
menjawab عيد الميلاد untuk rangkai kata harijadi secara berulang kali” (P 1: PM1,GCN, 2415).
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
62 Manakala daripada pemerhatian yang dilakukan (P 7: PM4,GCN, 7915) menjelaskan
fenomena tersebut, “Setelah membaca doa kedengaran suara guru menyoal soalan berkaitan
dengan keadaan pelajar dan diikuti dengan respon pelajar.
المعلمة: كيف حالكم؟
نحن بالخيرالطلبة: الحمدلله
المعلمة: صباح الخير؟
الطلبة: صباح النور
Dapatan kajian merumuskan bahawa strategi pemahaman makna kosa kata berasaskan
konteks penggunaan yang diamalkan oleh peserta kajian terbahagi kepada dua kategori iaitu:
linguistik [kontekstual, literal dan inferential] dan non- linguistik merujuk kepada konteks
situasi dan konteks budaya masyarakat Arab. Dapatan kajian ini selaras dengan pandangan
Benjamin dan Crow (2010) bahawa pembinaan satu pengetahuan terjadi melalui proses
pemahaman makna perkataan yang diinferenkan berdasarkan konteks. Harison (2010) pula
menyatakan bahawa pemahaman makna perkataan boleh dilakukan dengan membuat inferen
ataupun mengaitkannya dengan pengetahuan dan maklumat yang dimiliki seseorang.
Pemahaman makna berdasarkan konteks budaya merupakan salah satu ciri pemahaman
makna kosa kata berdasarkan non-linguistik (Benjamin & Crow, 2010; Che Radiah &
Norhayuza, 2013; Nation, 2013).
Pemahaman makna kosa kata bahasa Arab berdasarkan konteks situasi di dalam bilik
darjah boleh disifatkan sebagai pengajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan pengalaman
bermakna kepada pelajar kerana dapat mewujudkan suasana sebenar dan mengaitkannya
dengan situasi serta persekitaran sebenar pelajar walaupun di tempat yang terhad seperti di
dalam bilik darjah. Contoh penggunaan lughatul fasli ketika berkomunikasi dengan pelajar,
penggunaan kosa kata yang terdapat di sekitar bilik darjah, mengaitkan kosa kata dengan
situasi ataupun tema yang dipelajari seperti situasi hari raya dan sebagainya, permainan kosa
kata seperti kuiz, teka kata dan sebagainya. Adapun pengalaman mempelajari kosa kata
bahasa Arab di luar bilik darjah dilihat dapat menghidupkan suasana bahasa Arab di
persekitaran pelajar. Contoh penggunaan kosa kata dalam permainan bahasa seperti
sukaneka, hari bahasa Arab, mengikut bahasa Arab dan sebagainya.
Menurut Nik Mohd Rahimi et al. (2008) guru bahasa Arab disarankan agar mengajar
kosa kata dalam suasana dan persekitaran sebenar pelajar )موقف طبيعي(. Ini kerana satu
perkataan yang dipelajari akan mudah difahami apabila dikaitkan dengan konteks sebenar
dan persekitaran hidup pelajar. Franco & Galvis (2013) pula berpendapat bahawa pelajar
perlu mempelajari makna kosa kata secara langsung dan tidak langsung secara konteks
linguistik dan situasi menggunakan petunjuk konteks akan dapat membantu pelajar
memahami makna kosa kata yang baharu yang dipelajari. Ini kerana berdasarkan kajian
Mohd Firdaus et al. (2014) mendapati aktiviti pembelajaran kosa kata bahasa Arab secara
tidak langsung di luar kelas yang diberi nama ‘Jawlah Lughawiyyah’ dapat meningkatkan
tahap kemahiran menulis pelajar. Sekali gus pemerolehan kosa kata bahasa Arab pelajar
dapat ditingkatkan melalui aktiviti tersebut.
Selain itu, dapatan kajian mendapati peserta kajian turut mengamalkan strategi
pemahaman makna kosa kata berasaskan konteks budaya. Fenomena dilihat melalui
penggunaan kosa kata yang sering digunakan dalam konteks masyarakat Arab. Kosa kata
bahasa Arab tersebut acapkali disebut dan diperdengarkan semasa permulaan sesi pengajaran
dan akhir sesi pengajaran. Antara contoh perkataan; [ إلى اللقاء - شكرا –صباح الخير –كيف حالكم
-جزيلا -بارك الله فيك ]. Contoh perkataan lain yang dikaitkan dengan konteks situasi tertentu
seperti ungkapan ataupun doa untuk sambutan hari jadi, ungkapan hari raya, ungkapan
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
63 sempena bulan Ramadan dan sebagainya seperti [ رمضان كريم -كل عام وأنتم بالخير - Hal .[سنة حلوة
ini selaras dengan pandangan Abdullah (2006) yang menyatakan bahawa makna boleh
ditentukan oleh suatu budaya di luar kebiasaan dan persekitaran pelajar. Oleh itu, dalam
konteks pengajaran kosa kata, guru bahasa Arab boleh memperkenalkan ungkapan-ungkapan
yang sering digunakan dalam masyarakat Arab dan disesuaikan dengan konteks sebenar
pelajar.
Rumusan
Pengajaran pemahaman makna kosa kata merupakan satu cabaran yang besar kepada guru
bahasa Arab kerana proses pemahaman adalah rencam dan kompleks serta bersifat subjektif
kerana ia terdedah dengan pelbagai tafsiran. Sehubungan itu, sebagai rumusan:
1. Guru bahasa Arab perlu bertindak secara proaktif ketika menyampaikan
pengajaran serta bersesuaian dengan tuntutan pendidikan abad ke 21 ini yang
menekankan pengajaran berasaskan pengalaman dan bermakna kepada pelajar.
2. Pengajaran pemahaman makna kosa kata bahasa Arab perlu mengambil kira
dalam dua konteks pengajaran, iaitu pemahaman berasaskan konteks linguistik
dan bukan lingusitik secara bersepadu atau integrasi.
3. Terdapat tiga strategi pemahaman berasaskan konteks penggunaan yang wajar
diberi penekanan dalam konteks pengajaran kosa kata bahasa Arab Peringkat
Menengah Rendah. Sekali gus menjadi panduan berguna kepada guru bahasa
Arab yang mengajar bahasa Arab sebagai bahasa asing, iaitu:
3.1 pemahaman makna kosa kata berdasarkan konteks lingusitik yang
merangkumi teknik pemahaman makna kosa kata secara kontekstual
(memahami makna kosa kata dalam konteks ayat), pemahaman makna
literal (memahami makna kosa kata secara harfiyyah) dan pemahaman
makna inferential (memahami makna teks secara keseluruhan)
3.2 pemahaman makna kosa kata berdasarkan konteks situasi
3.3 pemahaman makna kosa kata berdasarkan konteks budaya
4. Guru bahasa Arab perlu mewujudkan satu bentuk persekitaran yang kondusif
dan praktikal untuk dilaksanakan sama ada berlatar belakangkan situasi
sebenar di luar bilik darjah ataupun mewujudkan seperti suasana sebenar
apabila di dalam bilik darjah.
5. Selain itu, guru bahasa Arab perlu lebih kreatif dan sensitif tatkala membantu
pelajar memahami makna kosa kata bahasa Arab yang diajarkan. Hal ini
dikaitkan dengan penggunaan kosa kata bahasa Arab mengikut konteks budaya
bahasa Arab. Fenomena ini wajar ditonjolkan dan dihidupkan dalam konteks
pembelajaran kosa kata pelajar bagi mendekatkan lagi pelajar dengan budaya
masyarakat Arab yang sebenar, belajar menghormati suatu budaya dalam satu
masyarakat sehingga ia menjadi sebahagian daripada kehidupan sebenar
pelajar.
Rujukan
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
64 Abdul Bari, S. M. (2011). Strategies of Teaching Vocabulary. Amman: Darul Masirah li
Nasyri wa Tauzi’.
Abdul Chaer. (2007). Leksikologi & leksikografi Indonesia. Jakarta: Penerbit PT Rineka
Cipta.
Abdul Ghani Jalil. (1993). Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di maktab
Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak. www.gemaislam.net/e-tesis_ba/1.htm.
[15.9.2014].
Al-Naqah, Mahmud Kamil. (1985). Ta’lim al-Lughah al-Arabiyyah Linnatiqina Biha. Saudi
Arabia: Universiti Ummul Qura.
Asmaa’ Abd Rahman & Nik Mohd Rahimi. (2012). Al-Awamil al-Muatharah fi tahap’lim
al-Lughat al-Ajnabiyyah wa Turuq tadris al-Maharaat al-Lughawiyyah al-Arabiyyah.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azhar, M., Ahmad, K., Mohamed & Sulaiman, S. M. N. (2003). Masalah penterjemahan
Melayu-Arab di kalangan pelajar Melayu. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa
ke-9 (hlm. 344-361). Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azharudin Ahmad Zakaria. (2005). Penggunaan buku teks dalam pengajaran bahasa Arab di
Sekolah Rendah Agama: satu kajian kes. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa dan
Linguistik, Universiti Malaya.
Azmani Abd Wahab, Nik Farhan Mustapha & Che Radiah Mezah. (2016). Keberkesanan
Permainan Bahasa terhadap Pencapaian Kosa kata Aktif. Dlm. Nik Farhan Mustapha
& Che Radiah Mezah, Pabiyah Toklubok@Haji Maming (pnyt.). Multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, hlm. 90-100. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Benjamin, A. & Crow, J. T. (2010). Vocabulary at the Center. Larchmont: Eye On Education.
Carver, R.P. (1994). Percentage of unknown vocabulary words ini text as a function of the
relative difficulty of the text: Implications for instruction, Journal of Reading
Behaviour, 26, 413-447.
Che Radiah Mezah & Norhayuza. (2013). Kosa Kata Teori dan Aplikasi. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Dahab, Mohamed Ibrahim. (1997). Evaluation of the Arabic Language Integrated Curriculum
for Secondary Schools (KBSM). Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Franco C. P. & Galvis H. A. (2013). The Role of Situational Context and Linguistic Context
when Testing EFL Vocabulary Knowledgde in a Language Teacher Education
Program: A Preliminary Approach . Colomb. Appl. Linguist. J.ISSN 0123-4641 , Vol.
15 p. 85 – 99.
Grabe, W. & Stoller, F. (1997). Reading and vocabulary development in a second language:
A case study. In Coady, J. and T. Huckin. Second languge vocabulary acquisition: a
rationale for pedagogy, pp. 98-122. Cambridge: Cambridge University Press.
Graves, M. F. (2006). Vocabulary Book Learning and Instruction. New York: Teachers
College Columbia University.
Hamzah Hasan. (1997). Perbandingan pengajaran bahasa Arab Tinggi dan Bahasa Arab
Komunikasi: satu kajian kes di sekolah menengah Arab. Disertasi Sarjana, Fakulti
Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Harison Mohd Sidek. (2010). Bahasa kedua perbezaan, individu dan literasi. Nilai:
Universiti Sains Malaysia.
Hassan Basri Awang Mat Dahan. (2003). Perkaedahan pengajaran bahasa Arab: Antara
tradisi dan inovasi. Perkaedahan pengajaran pendidikan Islam: Prosiding Wacana
Pendidikan Islam (3), hlm. 164-175.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
65 Hibbard R. (2009). The Effects of Context Clue Instraction on Finding an Unknown Word.
New York.
Hu, M. & Nation, I.S.P. (2000). Vocabulary density and reading comprehension. Reading in
a Foreign Language. 13, 403-430.
Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2013). Bahasa Melayu ii Akademik. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jefridin Pilus. (2002). Penggunaan Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab
Komunikasi: Satu Kajian Di SMAP Labu. Projek Penyelidikan Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kempson, R.M. (1991). Teori Semantik. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Lado, Robert. (1984). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Maimum Aqhsa Lubis. (1999). Satu perbandingan kesan tiga kaedah pengajaran bahasa Arab
terhadap pencapaian kemahiran bahasa di Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Tesis Dok. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
McWhorter, K. T. (2006). Vocabulary Simplified Strategies For Building Your College
Vocabulary. New York: Pearson Longman.
Merriam, Sharan B. (2009). Qualitative Research. San Francisco: John Wiley & Sons, Inc.
Miles, M. B. dan Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: a method source book.
Thousand Oaks: SAGE Publications.
Mohd Firdaus Yahaya, Mohd Shahrizal Nasir,Wan Abdul Hayyi Wan Omar, Zulazhan Ab.
Halim Essmat Nasr Sweedan. (2014). Kemahiran menulis dalam Bahasa Arab
menerusi aktiviti “jawlah Lughawiyyah”. Issues in Language Studies (Vol. 3 No. 1-
2014)
Nation, P. (2013). Learning vocabulary ini another Language. United Kingdom: Cambridge
University Press.
Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman. (1999). Faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan penguasaan kemahiran kefahaman bacaan bahasa Arab di kalangan
pelajar-pelajar sekolah menengah agama; kajian di negeri Kelantan. Laporan Projek,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman. (2008). Penggunaan alat bantu mengajar dan
hubungannya dengan pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab. Jurnal
Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 49(E): 141- 154.
Nik Mohd Rahimi. (2005). Penilaian kemahiran mendengar dalam Kurikulum Bahasa Arab
Komunikasi. Tesis Dok. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Norma Muhamad. (2003). Penggunaan Kamus Arab-Melayu dalam kalangan Pelajar Sekolah
Menengah. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa dan Lingustik, Universiti Malaya.
Nunan David. (1991). Language Teaching Methodology; A textbook for teachers. New York:
Prentice.
Othman Lebar. (2014). Penyelidikan kualitatif kepada teori dan metod. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Requejo M. D. P. (2007). The Role of Context in Word Meaning Construction: A Case
Study. International Journal of English Studies (IJES), vol. 7 (1), 2007, pp. 169-173.
Rosni Samah. (2013). Kaedah Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab untuk Pelajar Bukan Arab.
Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Silverman R.D & Hartranft A.M. (2015). Developing Vocabulary and Oral Language in
Young Children. New York: The Guilford Press.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2) September 2017, 53-66. eISSN: 2600-769X.
66 Taᶜimah, Rushdi Ahmad. (1989). Ta’lim al-ᶜArabiyyah li Ghairi Natiqiin biha. Rabat:
Mansyurat al-munazzamah al-Islamiyyah li-tarbiyyah wal ulum wa thaqafah- Esisco.
Tarigan, H. G. (1989). Pengajaran kosa kata. Bandung. Penerbit Angkasa.
Waharp Yusoff. (2011). Kamus al-Aziz. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
Yin Robert K. (2010). Qualitative from Start to Finish. The Guilford Press. New York.
Yule, G. (2010). The study of language. United Kingdom: Cambridge University Press.
Zainal Arifin Mahsurom. (2007). Pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa Arab
Komunikasi. Projek Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Zheng Shigao. (2012). Studies and Suggestions on English Vocabulary Teaching and
Learning. English Language Taeching. Vol. 5, No 5, May 2012, pp. 129-135.
Top Related