KANDUNGAN HALAMAN
1.0 ANALISA NOVEL REMAJA – Novel Andai Itu Takdirnya 3
1.1 Pengenalan 3
1.3 Kebaikan novel tersebut kepada remaja masa kini. 5
1.4 Apakah kekurangan novel atau cerpen tersebut dari segi isi,gaya
bahasa atau lain-lain aspek kepengarangan yang digunakan. 7
1.5 Cadangan anda untuk penambahbaikannya. 12
1.6 Kesimpulan. 11
BIBLIOGRAFI /RUJUKAN 12
1
1.0 ANALISA NOVEL REMAJA – Novel Andai Itu Takdirnya
1.1 Pengenalan
Novel merupakan satu genre kesusasteraan moden yang diminati ramai. Ianya tergolong
dalam penulisan kreatif. Sebuah novel yang baik mestilah mempunyai watak-watak yang mampu
membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang diceritakan dan watak
jugalah yang berkuasa menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam
sesebuah penceritaan.
Sesebuah watak diberikan gambaran latar belakang, fizikal, pemikiran dan tindak-
tanduknya dalam mengembangkan sesebuah penceritaan. Watak ini juga harus dibuat dengan
deskripsi yang jelas, meyakinkan dan peranannya yang besar. Ia boleh digambarkan samada
melalui deskripsi pengarangnya, dialog atau monolog dalaman watak dan juga melalui persepsi
watak lain. Watak akan kelihatan lebih menarik dan lebih memberikan impak jika ianya
digambarkan secara tidak langsung.
Disamping itu, watak juga menggerakkan plot cerita seterusnya mewujudkan konflik.
Konflik ini pula berperanan membentuk struktur dramatik terhadap watak di mana kedua-duanya
saling berkait rapat untuk menghasilkan sebuah novel yang menarik. Kewujudan berbagai-bagai
konflik dalam novel ini biasanya ada jalan penyelesaiannya. Susunan peristiwa demi peristiwa
yang lebih konkrit menganjak konflik ke tahap yang lebih tinggi. Di sinilah terlakarnya unsur-
unsur saspen dan klimaks yang menjadi titik tertinggi keupayaan penulis untuk memukau
pembaca. Manakala peleraian merupakan satu kesudahan yang berperanan untuk
menyempurnakan cerita. Ianya adalah pelengkap cerita menamatkan semua persoalan. (Lim
Swee Tin, 2001)
2
1.2 Sinopsis novel remaja yang dipilih.
Nama penulis : Cik Maharam Mamat
Tajuk Novel : Andai Itu Takdirnya.
Tahun terbit : 2003
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
Jumlah muka surat : 285 halaman
Andai itu Takdirnya, hasil tulisan Maharam Mamat mengisahkan tentang kehidupan
watak utama iaitu Najwa dalam mengharungi kehidupan pada zaman kanak-kanaknya. Kenangan
pada zaman kanak-kanak yang dialaminya menjadi pengalaman yang mematangkan
kehidupannya..
Pada pemulaan novel, penulis menceritakan watak utama iaitu Najwa baru balik belajar
dari luar negara dan abangnya, Hisyam mengambil dan membawanya pulang ke rumah disambut
oleh Mak Nik (orang gaji) . Kemudiannya, berlaku imbasan kembali watak utama ke alam
persekolahan Najwa. Di sekolah, Najwa bermusuhan dengan seorang budak gemuk bernama
Ruhani. Ruhani selalu menyebabkan Najwa didenda oleh Cikgu Ramli yang garang di atas
kesalahan yang tidak dilakukan. Ada satu kejadian di mana Ruhani mengamuk kerana pipinya
ditampar oleh Najwa kerana memutuskan tali beg pemberian mamanya kerana mendapat markah
tertinggi dalam peperiksaan akhir tahun. .Di dalam kejadian ini, Ruhani terpukul kepala Najwa
dengan penyapu dan menyebabkan kejadian Najwa dimasukkan ke dalam hospital. Selepas
peristiwa itu, Najwa mengalami penurunan dari segi pembelajaran dan sering sakit kepala
manakala Ruhani didenda oleh ibunya dan meminta maaf dengan Najwa. Ruhani menyesal dan
ingin berkawan dengan Najwa tetapi Najwa tidak mempercayai Ruhani kerana setiap kali Ruhani
berjanji tidak akan berkelakuan jahat kepada Najwa dia akan mungkiri.
3
Kemuncak novel ini adalah konflik yang timbul dalam keluarga Najwa apabila abah dan
mama Najwa sering bergaduh. Pergaduhan ini berlaku akibat rasa cemburu dan takut abah yang
melihat hubungan baik antara Najwa dengan Cikgu Ramli kerana merasakan Cikgu Ramli. Abah
Najwa khuatir Cikgu Ramli akan merampas Najwa daripadanya.
Cikgu Ramli telah mengalami kecelakaan jalan raya semasa ingin membeli hadiah
harijadi kepada Najwa. Kemalangan berkenaan telah menyebabkan Cikgu Ramli lumpuh. Ekoran
kemalangan berkenaan juga, Najwa akhirnya mengetahui bahawa Cikgu Ramli adalah ayah
kandungnya.
Di pengakhiran, majlis meraikan kepulangan Najwa diadakan. Di dalam majlis ini, Najwa
dikejutan dengan pemberitahuan bahawa Ruhani iaitu musuh ketatnya di sekolah sebagai tunang
abangnya dan dia berasa sedih melihat keadaan ayah kandungnya, Cikgu Ramli lumpuh serta
berharap agar ayahnya dapat berjalan kembali. Dan Najwa menerima ini semua sebagai takdir
bersesuaian dengan tajuk novel, Andai itu Takdirnya.
1.3 Kebaikan novel tersebut kepada remaja masa kini.
Antara nilai yang terdapat dalam novel Andai itu Takdirnya .ialah sikap
bertanggungjawab contohnya sikap Hisyam yang bertanggungjawab sebagai seorang abang
untuk mengambik adiknya Najwa yang baru pulang dari luar Negara dan membawanya pulang
ke rumah. Selain itu, nilai kasih saying juga ditonjolkan dalam novel ini di mana orang gaji iaitu
Mak Nik telah menyambut kepulangan Najwa dengan senyuman. Nilai ketegasan juga dilihat di
sini contohnya Najwa tidak lagi mempercayai Ruhani kerana setiap kali Ruhani berjanji tidak
akan berkelakuan jahat kepada Najwa dia akan mungkiri janji tersebut.
Di samping itu terdapat nilai keinsafan contohnya Ruhani menyesal dan ingin berkawan
dengan Najwa dan meminta maaf di atas kesalahan yang telah dia lakukan. Nilai keyakinan diri i
juga didapati dengan mengaitkan wujudnya konsep kendiri yang positif di mana Najwa tahu
perasaan identiti peribadi yang dilihat pada dirinya sendiri. Akhir sekali, Najwa digambarkan
sebagai seorang yang berjimat cermat. Duit belanja yang diberikan oleh mamanya setiap hari ke
sekolah di simpan di dalam bank. Malahan Najwa juga membawa bekalan nasi ke sekolah. Dia
dan Siti Hajar bersaing untuk menambah jumlah simpanan di dalam bank.
4
Antara pengajaran yang terdapat dalam Novel Andainya Takdirku ialah:
PENGAJARAN CONTOH
Kita haruslah memberikan
kasih-sayang yang
secukupnya kepada anak-
anak.
kasih-sayang antara Najwa dan abangnya. Sebagai
seorang abang, Hisyam sanggup menunggu dan
membawa pulang adiknya Najwa yang baru balik
dari luar Negara..
Kita patut memelihara dan
menghargai alam sekitar yang
dianugerahkan oleh Tuhan.
Najwa sangat menyayangi tumbuh-tumbuhan dan
binatang disekelilinginya.
Kita perlulah bekerjasama
dalam pasukan bagi
menjayakan sesuatu
matlamat.
Semasa najwa menjadi pelajar tahun akhir telah
Najwa dan ahli kumpulannya bertungkus-lumus
dan bekerjasama untuk memastikan projek yang
dijalankan berjaya.
Kita hendaklah menjalinkan
hubungan yang baik dengan
masyarakat yang berbilang
kaum.
dipaparkan melalui hubungan baik Najwa yang
berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa
Cina.
Kita perlu tolong menolong
antara satu sama lain
terutamanya semasa dalam
kesusahan.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah
menolong Cikgu Ramli yang telah mengalami
kecelakaan jalan raya semasa ingin membeli
hadiah harijadi kepada Najwa.
5
1.4 Apakah kekurangan novel atau cerpen tersebut dari segi isi, gaya bahasa
atau lain-lain aspek kepengarangan yang digunakan.
Bahasa yang digunakan Cik Maharam Mamat dalam penceritaan Novel Andainya
Takdirku ini biasa - biasa saja. Bahasa yang dia pakai tidak seperti bahasa karya sastera lainnya
yang cenderung puitis. Dalam ceritanya lebih banyak tentang konflik rumahtangga Antara kedua
ibu bapa Najwa.
Novel ini sebenarnya banyak mengajar erti kehidupan yang penuh dengan kasih sayang
ini. Bagaimana tanggungjawab kita terhadap cinta yang dimiliki oleh kita. Cinta kepada-Nya,
cinta kepada keluarga, cinta pada orang yang disayangi dan dikasihi. Semuanya boleh dipelajari
dan diiktibarkan melalui penceritaan yang sarat dengan kisah turun dan naiknya sebagai seorang
manusia. Lumrah kehidupan. Manis, masam kehidupan boleh dirasai melalui pembacaan. Kagum
akan kehebatan penulis yang berjaya membawa pembaca merasai setiap babak yg ditampilkan.
Walaupun dalam aspek gaya bahasanya tidak terlalu melayang-layangkan pemikiran
yakni bahasa nan indah mampu menyuntik kekaguman dan indahnya bahasa melayu itu sendiri.
Cukup dengan nilai yang sememangnya sarat menutup kekurangan penulisan ini.
Antara kelemahan watak Najwa ialah dia kurang mendapat kasih sayang daripada ahli
keluarganya semasa di rumah. Ibu bapanya sibuk bekerja sehingga mengabaikan kehendak
Najwa yang memerlukan perhatian yang lebih. Najwa banyak menghabiskan masanya bersama
orang gaji berbanding ahli keluarga sendiri. Pada usia semuda Najwa perhatian daripada kedua
ibu bapa adalah penting. Mengikut Bee. H & Boyd. D (2006), risiko berlakunya konflik antara
ibu bapa dan anak yang meningkat remaja adalah tinggi. Ini kerana berlaku kesukaran untuk ibu
bapa mengekalkan perhatian kepada anak yang meningkat remaja.
Selain itu, kekurangan perhatian juga dibuktikan melalui teori Hierarki Keperluan
Maslow. Di mana keperluan manusia disusun mengikut keperluan. Terdapat lima peringkat
keperluan Maslow iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, harga kendiri dan keperluan
penyempurnaan kendiri. Watak Najwa boleh dikatakan kurang dari segi keperluan sosial iaitu
6
keperluan untuk mempunyai dan dipunyai, mengasihi dan dikasihi, memberi dan menerima serta
bersama dengan orang lain.
1.5 Cadangan anda untuk penambahbaikannya.
Antara beberapa cadangan penambahbaikan ialah penggunaan gaya bahasa adalah aspek
paling utama dalam sesebuah teks. Tanpa bahasa, tidak mungkin sesebuah tema, latar, plot,
pemikiran dan sebagainya akan terjelma. Sementara kesusasteraan ialah kesenian yang
menggunakan bahasa sebagai alatnya. Perbezaan bahasa sebagai alat seni dengan bahasa sebagai
alat komunikasi lain ialah bahasa alat seni itu mengandungi nilai estetik, iaitu nilai yang
mengharukan dan membangkitkan perasaan. Jadi tidak saja menyampaikan idea dan maklumat,
tetapi penyampaian idea dan maklumat itu menimbulkan rasa keharuan, di samping merangsang
daya fikir dan akal.
Bahasa juga berkaitan rapat dengan gaya bahasa yang menjadi tunjang kekuatan estetika
sebuah karya sastera. Namun begitu, sesebuah karya tidak mungkin menjadi besar hanya kerana
gaya. Keterbalikan daripada itu, karya yang memuatkan isi-isi penting dan utama juga tidak
diterima baik jika gayanya tidak menarik.
Bahasa kiasan pula adalah antara ragam-ragam bahasa yang digunakan oleh pengarang
dalam menghantar ‘suara’ komentarnya ke dalam karya. Bentuknya agak rencam kerana teks
sastera itu sendiri subjektif sifatnya. Malah kiasan boleh sahaja didatangkan dalam bentuk secara
langsung mahupun secara tidak langsung dengan menggunakan teknik bahasa simbolik, satira,
paradoks dan pelbagai lagi. Namun, tidak boleh tidak, kajian gaya bahasa sebegini akan
meninjau jenis-jenis bahasa kiasan yang begitu signifikan bagi pengarang.
Kelebihan utama pada watak Najwa ialah yakin pada diri sendiri. Sikap Najwa yang
yakin pada diri sendiri boleh dikaitkan dengan teori perkembangan psikososial. Menurut
Erikson, perkembangan personaliti manusia berlaku secara berterusan di sepanjang hayat. Setiap
tahap mempunyai perkembangan individu secara positif dan negatif. Teori ini mempunyai 8
tahap utama iaitu kepercayaan lawan ketidakpercayaan, Autonomi lawan bersalah, Insiatif lawan
rasa bersalah, Ketekunan lawan rendah diri, Identiti lawan kekeliruan peranan, Kemesraan lawan
pengasingan, Generatif lawan pengasingan, Generatif lawan pasif dan kesempurnaan lawan
7
putus asa. Watak Najwa boleh dikaitkan dengan peringkat keempat iaitu ketekunan lawan rendah
diri yang berlaku dari umur 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kemahiran akademik serta
sosial akan membina identiti diri yang kukuh pada diri Najwa. Sebaliknya, kekurangan
kemahiran boleh menyebabkan kanak-kanak merasa kurang yakin pada diri sendiri dan
kegagalan yang dialami boleh menghantaui diri. Kejayaan yang diperolehi Najwa menjadikan
dia yakin dalam melakukan semua perkara.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat
contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)
“Hanya dia seorang sahaja yang bagus. Sebab itu dia marah sangat kepadaku. Dia dengki
sebab aku dapat ramai kawan. Semua orang hendak berkawan denganku. Kalau ada apa-apa
rancangan, aku akan dilantik sebagai ketua. Semua cadangan aku diterima. Lagi dia marah
apabila Cikgu Suhaimi memujiku dalam kelas.Cikgu Suhaimi sering jadikan aku sebagai murid
contoh di dalam kelas”. (Hlmn. 13).
Keyakinan diri ini juga dikaitkan dengan wujudnya konsep kendiri yang positif di mana
Najwa tahu perasaan identiti peribadi yang dilihat pada dirinya sendiri. Najwa mengenali dirinya
sendiri di mana dia tahu kelebihan dan kelemahan diri. Mengikut Willian James, dalam buku
Principles of Psychology (Ma’arof Redzuan, 2001) terdapat tiga aspek kendiri iaitu kendiri
material terdiri daripada benda-benda yang dimiliki oleh seseorang seperti tubuh badan,
keluarga, rumah dan sebagainya, kendiri sosial iaitu sebanyak mana orang lain mengiktiraf imej
diri kita, dan ketiga kendiri rohaniah terdiri daripada keupayaan-keupayaan diri untuk mengalami
dan merasai asal-usul alam, kesedaran dan keinsafan manusia.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat
contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)
“Cikgu tahu Najwa dah pandai, tapi Najwa akan lebih pandai kalau rajin baca buku. Bila tahun
enam macam Abang Syam, Najwa akan ambil UPSR. Kalau Najwa, Pandai, mesti dapat empat
A. Najwa boleh masuk sekolah Asrama,” nasihat Cikgu Rashidah. (Hlmn. 35)
8
Watak Najwa turut digambarkan sebagai individu yang suka dipuji. Pujian yang diterima
oleh Najwa akan menjadikannya bersemangat untuk dia terus berusaha dan bersaing dengan
orang lain secara positif. Pujian merupakan salah satu peneguhan positif. Selain pujian, setiap
kali mencapai kejayaan Najwa akan diberikan hadiah. Hal ini boleh dikaitkan dengan Teori
Pembelajaran. Ahli Behaviouris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku
dan menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan kenapa sesetengah tingkah
laku ditunjukkan. Selain itu, tingkah laku juga dipengaruhi oleh trait-trait, bakat, nilai,
kepercayaan, aspirasi dan sebagainya.
Menurut B.F. Skinner melalui teorinya Pelaziman Klasik, proses pembelajaran
melibatkan tingkah laku yang sengaja diulang pada masa hadapan bergantung kepada
pengalaman dalam menghadapi sesuatu situasi. Peneguhan positif dan negatif diberikan
bertujuan untuk menambah sesuatu tingkah laku yang diingini berulang. Peneguhan positif atau
pujian yang diberikan oleh guru dan ayahnya mendorong Najwa mengubah tingkah laku atau
sikapnya yang malas melakukan kerja sekolah dan membaca buku. Ini menunjukkan teori
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat
contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)
“Abah tahu Najwa pandai. Tapi kalau Najwa baca lebih banyak buku, nanti Najwakan lebih
pandai,” kata abah lembut. (hlmn. 62)
“Aku buat kerja sungguh-sungguh. Aku mahu mama kata aku rajin. Aku mahu mama puji keran
aku rajin. Lain kali aku boleh datang lagi. (hlmn. 149)
Malah, Najwa juga belajar sesuatu tingkah laku atau sikap melalui pemerhatian atau role
model seperti teori Albert Bandura (pembelajaran melalui pemerhatian). Pemerhatian atau
pembelajaran melalui orang lain merupakan satu kelebihan Najwa di mana Najwa pandai
memilih apa yang betul dan apa yang salah. Bagi kanak-kanak seperti Najwa banyak perkara
dipelajari melalui pemerhatian terhadap individu yang rapat dengannya. Kadang-kala individu
itu dijadikan idola dan ingin dicontohi.
9
1.6 Kesimpulan.
Watak utama yang dikaji ialah Najwa. Ibu Najwa mempunyai perniagaan batik sendiri.
Abahnya pula bekerja dengan sebuah syarikat manakala ayah kandungnya iaitu Cikgu Ramli,
cikgu yang mengajarnya di sekolah. Najwa mempunyai seorang abang bernama Hisyam dan
seorang adik bernama Anis Sofea serta Najwa banyak menghabiskan masa di rumah bersama-
sama dengan orang gajinya, Mak Nik dan Chah, seekor kucing. Di sekolah, Najwa merupakan
seorang murid yang pandai. Najwa selalu mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Najwa
berkawan baik dengan Rozita, Yana, Mastura dan Siti Hajar dan bermusuhan dengan seorang
budak gemuk yang bernama Ruhani. Ruhani suka mengenakan Najwa sehingga Najwa didenda
beberapa kali oleh Cikgu Ramli di atas kesalahan yang tidak dilakukan.
Watak Najwa digambarkan sebagai seorang yang kanak-kanak yang manja, degil, suka
merajuk dan kurang bertolak-ansur tetapi pandai berjimat atau suka menabung. Semua kemahuan
Najwa harus diikuti dan jika tidak dia akan merajuk. Najwa kebosanan tinggal di rumah kerana
kedua ibu bapanya sibuk bekerja dan abangnya banyak menghabiskan masa untuk menelaah
pelajaran kerana bakal menghadapi peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).
Biasanya, dia hanya ditemani oleh Mak Nik dan seekor kucing yang bernama Chah.
Pada kesimpulannya, watak Najwa bergerak seiring dengan perkembangan usianya.
Watak Najwa disesuaikan dengan perjalanan plot novel bagi menarik minat pembaca. Keadaan
persekitaran, budaya dan nilai yang dipegang sedikit sebanyak mempengaruhi watak
Najwa.Watak Najwa banyak dihidupkan dengan bantuan watak-watak lain seperti Ruhani,
Abang Hisyam, Cikgu Ramli, Rizal, Mak Nik, mama, ayahnya dan sebagainya. Watak-watak
sampingan ini membantu menguatkan dan menonjolkan lagi watak Najwa. Pada pandangan
pengkaji, watak Najwa lebih menonjol sekiranya sikap atau penerimaan Najwa terhadap ayah
kandungnya semasa kecil digambarkan atau diceritakan. Penerimaan ayah kandungnya dapat
menunjukkan sikap atau didikan kedua ibu bapa.
10
BIBLIOGRAFI /RUJUKAN
Bee. H & Boyn. D. 2007. The Developing Child: Eleventh Edition. United State: Pearson Education, Inc.
Forster. E. M. 1987. Aspek-aspek Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ma’arof Redzuan. 2001. Psikologi Sosial. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ma’arof Rezduan & Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi: Edisi Kedua. Universiti Putra Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) sdn. Bhd.
Maharam Mamat. 2003. Andai Itu Takdirnya. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
11