Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
Soalan Tugasan
Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk DUA (2) waktu
pengajaran berdasarkan satu masalah pengajaran dalam topik yang berkaitan dengan
pengkhususan anda. Terangkan langkah-langkah bagaimana pengintergerasian teknologi
pengajaran dimasukkan dalam penyediaan RPH tersebut.
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Kelas : 1 Intelek
Tarikh : 12 Oktober 2012
Masa : 8:45 – 9:45 pagi
Bilangan Murid : 26 orang
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Buah-Buahan
Fokus Utama :
Standard Kandungan : 2.2 Membaca & memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran: 2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan :
Standard Kandungan : 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran: 3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, diagraf dan konsonan bergabung dengan betul.
1
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid-murid berupaya;
1) Membaca lima ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
2) Membina dan menulis lima perkataan dan ayat dengan betul.
Pengetahuan sedia ada :
a) Murid-murid sudah mengenali pelbagai jenis buah-buahan.b) Murid-murid boleh menyebut dan mengeja nama buah-buahan
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Sains, Muzik dan Pendidikan Kesihatan
Kbt : Menjana idea, mengelaskan ,meramal
Nilai Murni : Kerjasama, patuh arahan
Sistem Bahasa : Kata nama am, kata adjektif, ayat tunggal
Bahan Bantu mengajar : LCD projektor, komputer, kad gambar, kertas mahjong, pen marker,
kad perkataan.
Langkah Isi kandungan Aktiviti CatatanAktiviti guru Aktiviti murid
Set induksi (5minit)
Buah –buahan
1. Mangga2. Langsat3. Betik4. jambu
Lagu buah-buahan
Klip lagu :
Klik ikon video
1. Guru menunjukkan kotak ajaib kepada murid-murid.2. Guru memilih
murid secara rawak untuk mengambil barang yang terdapat di dalam kotak.
3. Guru meminta murid-murid
1. Murid-murid meneka benda yang terdapat di dalam kotak tersebut secara menyeluruh.
2. Murid yang dipanggil tampil ke depan dan mengambil benda yang terdapat di dalam kotak dan menunjukkan di
SB: Kata nama Bbm : Kotak, buah-buahan, video lagu.Ilmu : Pendidikan KesihatanKB: meramal
2
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
Video lagu buah-buahan tempatan
menyebut dan mengeja secara menyeluruh.
4. Guru menayangkan video lagu buah-buahan kepada murid.
5. Guru membimbing murid-murid mengaitkan dengan isi pelajaran.
hadapan kelas. 3. Murid-murid
mengeja secara beramai-ramai.
4. Murid-murid menyanyikan lagu mengikut lirik yang disediakan oleh guru.
5. Murid-murid mengaitkan dengan isi pelajaran.
Langkah1 (10minit)
Contoh kad gambar
Kad perkataan
1. Guru memilih murid-murid secara rawak untuk mengambil kad gambar dan kad perkataan.
2. Guru meminta murid-murid mengeja, membaca secara lisan nama buah-buahan.
3. Guru memilih murid-murid secara rawak untuk mengelaskan buah-buhan.
4. Guru memurnikan jawapan murid-murid.
5. Guru memberikan sedikit pendedahan kepada murid untuk mencari
1. Murid-murid mengambil kad gambar dan kad perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid-murid mengeja secara lisan secara individu dan beramai-ramai.
3. Murid-murid mengambil kad perkataan yang telah disebut oleh guru dan melekatkan kad perkataan tersebut sama ada buah-buhan tempatan atau buah-buahan luar Negara.
4. Murid mencuba melayari internet
SB: Kata nama amBbm : Kad gambar, kad perkataan, internet (blog)KB: Menjana idea, membanding beza
3
epal
pisang
anggur
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
Blog tentang buah-buahan
Klik gambar diatas untuk ke blog buah-buahan.
maklumat melalui blog.
mencari maklumat tentang buah-buahan didalam blog.
Langkah2(15 minit)
Contoh Perkataan di gunakan
1. Makan 2. Dusun3. Beli4. Tanam
Contoh ayat
1. Ahmad beli buah anggur.
2. Ayah tanam buah durian.
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan.
2. Guru memberi arahan kepada murid-murid apa yang perlu dilakukan oleh mereka.
3. Guru memberikan 2 kad gambar, sekeping kertas majong dan “ marker pen”.
4. Guru memberi perkataan yang perlu ada untuk membina ayat.
5. Guru menampal hasil tugasan di papan tulis.
6. Guru memurnikan jawapan murid-
1.Murid-murid berada di dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru.
2.Murid-murid berbincang membina ayat berdasarkan perkataan dan gambar yang diberikan oleh guru .
3.Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka.
SB: kata nama am, ayat tunggalBbm : kad gambar dan kad perkataanNilai: kerjasama KB : menjana ideainterpersonal
4
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
murid.
Langkah3(15 minit)
Buah-buahan untuk kesihatan
Cara membuat salad buah-buahan.
Klik ikon video
Video Cara Membuat Salad Buah-buahan
Brosur Kesihatan (Klik untuk melihat brosur)
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan.
2. Guru menampal cara membuat salad buah-buahan di papan tulis.
3. Guru meminta murid secara berkumpulan untuk membuat salad buah-buahan.
4. Guru menyoal 5 soalan berdasarkan cara membuat salad buah-buahan dan setiap kumpulan akan menulis jawapan di atas kertas yang disediakan
5. Guru memurnikan jawapan murid-murid.
6. Guru mengedarkan brosur makanan untuk pengetahuan kesihatan murid di rumah dan sekolah.
1. Murid-murid mula melakukan aktiviti membuat salad buah-buahan secara berkumpulan.
2. Murid-murid bekerjasama menjawab lima soalan yang dikemukan oleh guru.
3. Murid-murid berbincang dengan guru jawapan soalan yang diberikan.
SB: Kata nama amBbm : Video, kertas mahjong, brosur Nilai: kerjasama KB : menjana ideaIlmu : Pendidikan kesihatan
5
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
Langkah4(10 minit)
Lembaran kerja
Klik ikon Power Point
Kerja Rumah
1. Guru menayangkan lembaran kerja di slaid kepada murid-murid.
2. Guru bertindak sebagai fasilitator.
3. Guru memurnikan jawapan murid-murid.
1. Murid-murid membuat kerja secara individu.
Nilai : Patuh arahanBbm : Slaid, lembaran kerjaKB: menjana idea
Penutup (5 minit)
Lagu buah-buahan tempatan
Klik ikon video
Video lagu
1. Guru menampal lirik lagu di papan tulis
2. Guru membimbing murid-murid menyanyi dengan diiringi muzik.
3. Guru bertanya contoh nama buah-buahan yang telah dinyatakan di dalam lirik lagu dan pengajaran yang lalu.
1. Murid-murid menyanyikan lagu dengan diiringi muzik.
2 Menyebut semula buah-buahan yang terdapat di dalam lirik lagu.
Ilmu : MuzikNilai : seronok
6
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
Langkah-langkah bagaimana pengintergerasian teknologi pengajaran dimasukkan dalam
penyediaan RPH tersebut.
Pada zaman sekarang, di seluruh dunia tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan teknologi
maklumat berkembang dengan begitu pesat termasuklah di Malaysia. Kemajuan teknologi
maklumat ini telah banyak membantu sistem pendidikan di Malaysia khasnya kepada guru-guru
dan pelajar-pelajar dari pelbagai aspek. Antara kemajuan teknologi maklumat yang sering
diperkatakan adalah sumber internet.
Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan
maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer dijadikan
sebagai medium yang penting dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar. Antaranya
ialah saya telah memuat turun kaedah pembelajaran terkini diikuti dengan bahan-bahan
pembelajaran atau bahan bantu belajar dengan mudah. Bagi menyiapkan tugasan ini, pelbagai
kaedah teknologi pengajaran dimasukkan ke dalam RPH. Sebagai contoh memuat turun gambar
digital serta bahan-bahan interaktif dari internet untuk digunakan dalam flashcard serta nota yang
ingin disediakan untuk pelajar. Ianyanya mestilah menjadikan komputer sebagai alat untuk
meyampaikan maklumat kepada pelajar. Bahan-bahan interaktif serta gambar digital ini akan
menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik serta dapat meransang minda pelajar. Secara
tidak langsung mutu komunikasi di antara guru dengan pelajar akan dapat diperbaiki.
Penyampaian pengajaran oleh guru yang menggunakan sumber internet akan dapat menarik
minat pelajar untuk berkomunikasi dengan guru dengan lebih berkesan.
Penggunaan pelbagai unsur multimedia seperti animasi, video, grafik, teks dan
disampaikan secara interaktif yang diperolehi daripada internet akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan disamping mewujudkan komunikasi yang sihat di
kalangan pelajar. Dengan adanya unsur-unsur multimedia seperti ini, guru akan dapat membantu
pelajar memahami sesuatu konsep yang agak sukar untuk dijelaskan. Pelajar juga dapat
berkomunikasi secara berkesan dengan guru menerusi penggunaan email dan jaringan sesawang
yang lain seperti facebook, tweeter, blog dan sebagainya ketika di rumah dan semasa cuti
7
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013)
_____________________________________________________________________________________
persekolahan. Dengan ini hubungan antara guru dengan pelajar akan sentiasa saling berhubung
di dalam membincangkan sesuatu permasalahan yang berlaku di sekolah. Pelajar yang malu
untuk bersoaljawab dengan guru di dalam kelas dapat berkomunikasi dengan cara ini dengan
lebih berkesan dengan guru.
Peranan internet dalam pengajaran dan pembelajaran amat besar sekiranya dimanfaatkan
dengan baik oleh guru kerana ia sentiasa mempunyai maklumat yang terkini dan menyeluruh
dalam usaha melahirkan generasi baru yang berinovasi, berfikiran saintifik serta berupaya
berinteraksi secara efektif melalui teknologi-teknologi terbaru, khususnya teknologi maklumat
dan komunikasi.
SENARAI SUMBER
Sumber Sedia Ada( bukan TMK )
Sumber Sedia Ada( TMK )
1. Buku Teks
2. Buku Aktiviti.
3. Gambar-gambar.
1.Slaid MS PowerPoint sebagai BBM
2. MS Word
2. Laluan Internet. (blog,youtube,facebook)
3.Perakam / Pemain Video.
4.Komputer dan Projektor LCD
8