8/3/2019 Ass.nilai Etika
1/3
No.solan:
19 a) Terangkan kepentingan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.
Sebuah kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan
peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan
wawasan negara. Perkhidmatan Awam merupakan institusi penting bagi melaksanakan
dasar yang digubal dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju dan berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan
jentera pelaksanaan mendukung pembangunan negara meningkatkan kualiti penghidupan
rakyat di negara ini.
Untuk mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran awam dikemaskini bagi memenuhi
sebarang keperluan mengikut perubahan persekitaran dan cabaran semasa. Penjawat
Perkhidmatan Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai positif agar
ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tatakelakuan anggota Perkhidmatan
Awam.
Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara berterusan agar
penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota Kerajaan.
Di antaranya ialah penerapan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.
Menurut Kamus Dewan nilai bermaksud
8/3/2019 Ass.nilai Etika
2/3
Manakala nilai yang ditakrifkan oleh Mohd.Tap bin salleh, Zakaria bin Ahmad dan lainnya
sebagai kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain atau institusi
yang mematuhi peraturan, pilihan dan nilai utama masyarakat (Mustafa Hj.Daud:5). Selain
itu, nilai turut didefinisikan sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorangatau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma
utama meliputi perilaku dan amalan masyarakat( )
Perkataan etika pula berasal daripada bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula
diambil dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan. Menurut pandangan sarjana pengurusan pula, mereka
mendefinisikan etika sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab
menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau buruk. Di samping itu, etika juga
bererti tanggungjawab dan tingkah laku seseorang atau profesyen terhadap masyarakat
atau pelanggan.
Kesimpulannya, nilai dan etika mempunyai hubungan yang erat dan padu. Nilai lebih
bersifat sikap, keyakinan dan pegangan. Sedangkan etika pula lebih bersifat batas ketentuan
kebaikan dan keburukan. Nilai lahir lebih awal. Apabila seseorang itu berkeyakinan tentang
kepentingan ketentuan atau batas yang menentukan kebaikan atau keburukan maka ia
memerlukan etika. Dalam pengurusan, nilai dan etika sama penting walaupun nilai itu
datang lebih awal dari etika( ibid:6)
Penerapan nilai dan etika ini di kalangan penjawat-penjawat awam sangat penting,
ini bertujuan untuk Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan
dan tingkah laku anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah
sebagai pekerja negara.
8/3/2019 Ass.nilai Etika
3/3
Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam
sebagai institusi utama yang memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun
masyarakat.
Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat
dengan ikhlas dan berkesan. Adalah wajar nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam
dijelaskan secara terperinci dan mendalam meliputi apa yang telah dinamakan sebagai
Tonggak Duabelas (The Twelve Pillars) iaitu: