BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pada era globalisasi yang serba moden ini, amalan nilai murni iaitu memupuk
amalan cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat perlu dititikberatkan.
Sehubungan itu, perkara ini mencerminkan perwatakan seseorang. Dalam masyarakat
yang berbilang kaum, setiap pihak perlulah menitikberatkan mengenai penjagaan
kebersihan sekeliling. Oleh yang demikian, kami telah merekabentuk serta
menambahbaik terhadap tong sampah dan juga yang diberi nama “Dwi-Bin” iaitu (Double
Dustbin System). Kami menghasilkan satu kekunci yang diberi nama “Auto-Self Locking
System” dan “Manual Compression”.
“Auto-Self Locking System” iaitu satu alat kekunci yang berfungsi sebagai
kekunci supaya penutup tong sampah tidak mudah dibuka oleh haiwan. Kekunci ini juga
direka khas kepada tong sampah yang telah diskopkan. Kekunci tersebut hanya perlu
pasang dan tidak perlu sebarang modifikasi. Seterusnya, Manual Compression direka bagi
menjimatkan ruang didalam tong sampah. Pemampat manual ini menggunakan tenaga
manusia dan tidak memerlukan sebarang peralatan elektronik. Hal ini dapat menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik. Penambahbaikan ini bertujuan untuk mengelakkan haiwan
dari dapat membuka penutup tong sampah sekali gus mengekalkan kebersihan
disekeliling tong sampah.
2
1.2 PENYATAAN MASALAH
Dengan adanya tong sampah „Dwi-Bin‟ ianya boleh menjaga kebersihan sekeliling
kawasan tong sampah serta dapat menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah. Di
samping itu, permasalahan yang selalu menjadi isu yang sukar ditangani ialah kekangan
pensyarah di Bengkel Kimpalan Polisas bagi menghalau dan mengelakkan haiwan
daripada mengunjungi tong sampah tersebut. Kekangan yang seterusnya ialah
menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah.
Haiwan seperti kera dan anjing seringkali gemar mengunjungi tong sampah. Hal
ini kerana haiwan tersebut mencari sisa makanan untuk dimakan. Apabila haiwan tersebut
mengunjungi tong sampah semestinya sisa makana akan bertaburan di luar tong sampah
dan di atas lantai. Hal ini menimbulkan bau serta mendatangkan pandangan yang negatif
jika masyarakat luar melawat bengkel kimpalan. Dengan adanya „Dwi-Bin‟ yang
mempunyai kekunci yang tersendiri, ianya dapat menghalang haiwan daripada dapat
membuka penutup tong sampah.
Ruangan di dalam tong sampah juga sering penuh dan padat dengan pembungkus
makanan. Pembungkus makanan seperti plastik, polisterine dan seumpamanya tidak
banyak akan tetapi ianya memenuhi ruang di dalam tong sampah. Dengan adanya
pemampat ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat menjimatkan
ruang di bahagian dalam tong sampah.
Tong sampah juga sering tumbang apabila kita perhatikan setelah dikunjungi oleh
haiwan. Ini kerana haiwan tersebut menjatuhkan tong sampah bagi memudahkan untuk
mencari sisa makanan yang tertinggal. Hal ini seringkali terjadi di Bengkel Kimpalan
Polisas pada setiap pagi. Haiwan tersebut mungkin datang kepada tong sampah pada
waktu petang atau pada waktu malam. Oleh itu, kami membuat rekaan pemegang badan
tong sampah yang menggunakan tali yang boleh diregang. Kami juga membuat rekaan
pemampat manual dan kekunci yang tersendiri bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
3
Rajah 1.2.1
Rajah 1.2.2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam merekabentuk dan menfabrikasi projek ini terdapat beberapa objektif
yang ditetapkan untuk dicapai. Antara objektif kajian ini ialah :
i. Merekabentuk sebuah „Dwi-Bin‟ yang bertujuan untuk aplikasi konsep menjaga
kebersihan sekeliling persekitaran di Bengkel Kimpalan Polisas.
ii. Memfabrikasikan „Dwi-Bin‟ yang mempunyai dua sistem iaitu “auto-self locking”
dan “manual compression”.
4
iii. Mengelakkan haiwan daripada dapat membuka penutup tong sampah,
menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah serta memastikan tong
sampah tidak mudah tumbang.
1.4 SKOP KAJIAN
Terdapat beberapa cara dan had yang perlu dituruti semasa menggunakan „Dwi-
Bin‟ ini. Antara skop untuk menggunakan „Dwi-Bin‟ ini adalah seperti yang disenaraikan
dibawah :
i. Jenis sampah yang boleh dimampatkan adalah pembungkus makanan, plastik dan
polisterine.
ii. Memerlukan tenaga manusia dimana ia digunakan untuk memampatkan sampah
di dalam tong sampah. Ianya tidak memerlukan penggunaan kuasa elektrik, bateri,
solar, atau sensor.
iii. „Dwi-Bin‟ ini diletakkan di hadapan Bengkel Kimpalan Polisas dan cangkuk „U‟
pemegang rangka badan tong sampah yang dimatikan di dinding supaya rangka
boleh dipasang atau dicabut pada bila-bila masa sahaja.
iv. „Dwi-Bin‟ ini hanya sesuai digunakan bagi individu yang berumur lima belas
tahun dan keatas dalam menjaga aspek keselamatan. Hal ini kerana „Dwi-Bin‟
memerlukan ketinggian badan yang sesuai untuk menggunakannya.
v. „Dwi-Bin‟ ini memudahkan pensyarah dan pelajar serta staff Polisas bagi
membuang sampah. Hal ini kerana hanya perlu menolak kekunci supaya penutup
dapat dibuka dan apabila hendak ditutup penutup tersebut hanya biarkan ianya
tertutup serta terkunci dengan sendirinya. Para pengguna dinasihatkan agar
memastikan penutup dikunci terlebih dahulu bagi mengelakkan haiwan dapat
membuka penutup tong sampah.
5
vi. „Dwi-Bin‟ ini memerlukan tenaga manusia bagi penggunaan pemampat manual.
Ianya hanya perlu menarik pemegang pemampat dan seterusnya hanya
memampatkan sampah yang berada dalam tong sampah tersebut.
vii. „Dwi-Bin‟ ini mempunyai ciri fizikal iaitu ketinggian (53cm) x lebar (19inci).
viii. „Dwi-Bin‟ ini juga memastikan posisi yang tetap dimana badan tong sampah
diikat menggunakan tali yang boleh diregang bagi memastikan haiwan tidak dapat
menumbangkan badan tong sampah serta melarikanya.
ix. “Auto-Self Locking” „ Dwi-Bin‟ dihasilkan menggunakan besi My Steel yang
berukuran 1.6mm sebagai bahan utama kerana kekuatan yang kuat.
x. Pemampat manual „Dwi-Bin‟ dihasilkan menggunakan stainless steel kerana
ianya tahan karat serta mempunyai kekuatan yang tinggi.
1.5 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah sampah bertaburan di atas lantai di
Bengkel Kimpalan Polisas. Selain itu, pemilihan responden yang melibatkan pekerja
pembersihan di Polisas dilakukan kerana komen daripada rakan – rakan pensyarah yang
memberikan informasi tentang mereka yang dikatakan prihatin dan berhemah semasa
membuang sisa makanan. Hasil dapatan daripada data-data maklumat tersebut akan
membantu mengurangkan masalah yang dihadapi di Bengkel Kimpalan Polisas.
6
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Terdapat pelbagai jenis tong sampah yang telah direka. Antaranya ialah tong
sampah hitam, tong sampah berkapasiti 30 litre dan seumpamanya. Cara untuk mengatasi
masalah yang terdapat pada penutup tong sampah yang sedia ada ialah :
I. Menghasilkan satu kekunci yang diberi nama “Auto-Self Lock”.
Dengan rekabentuk ringkas serta penggunaan barang yang murah tetapi
tahan lasak diperlukan untuk menghasilkan auto-lock tong sampah ini. Ia juga
boleh digunakan pada tong sampah yang diskopkan (Plug & Play).
II. Menambah pemampat yang digunakan secara manual.
Penggunaan pemampat ini sangat mudah. Ia dikendalikan secara manual
tanpa memerlukan peralatan elektrik atau elektronik. Ia hanya memerlukan tenaga
manusia. Tenaga yang diperlukan adalah berkadar sedikit.
1.7 TAKRIFAN ISTILAH / OPERASI
Pertama ialah mengenai kekunci yang diberi nama “Auto-Self Locking”. Penutup
ini berfungsi terkunci dengan sendirinya apabila ditutup. Penutup juga mempunyai
cangkuk yang direka secara terperinci bagi mengelakkan dapat dibuka oleh haiwan.
Kedua ialah penambahan terhadap „Dwi-Bin‟ iaitu pemegang badan tong sampah.
Pemegang ini boleh dimuatkan pelgabai saiz dan ketinggian. Pemagang ini boleh
dilaraskan. Cara melarasnya ialah dengan menggunakan flexible hook.
Ketiga ialah pemampat manual. Pemampat ini direka dengan mudah dan tidak
menggunakan sebarang peralatan elektrik atau elektronik. Ia juga dapat menjimatkan kos
7
pembuatan. Pemampat ini menggunakan tenaga manusia. Tenaga manusia yang
diperlukan bagi menggunakan pemampat manual adalah berkadaran sedikit.
1.8 KESIMPULAN
Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mengenai gangguan haiwan yang
berkaitan tong sampah satu rekabentuk yang dihasilkan ialah „Dwi-Bin‟. Dalam
penghasilan „Dwi-Bin‟ ianya tidak memerlukan kos pembuatan yang tinggi. Hal ini
kerana „Dwi-Bin‟ tidak memerlukan kuasa elektrik, solar, bateri atau sensor akan tetapi
sebaliknya hanya memerlukan penggunaan tenaga manusia yang berkadaran sedikit.
8
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Kajian yang dijalankan termasuklah dari internet, buku-buku rujukan,
pemerhatian serta pendapat dari penyelia projek kami.
Kajian ini dijalankan dengan mengkaji kaedah dan sesuatu yang belum
pernah dihasilkan sebelum ini. Penutup-penutup yang berada di pasaran pada ketika
ini bagus tetapi masih terdapat kekurangan daripada segi fungsi, ciri-ciri
keselamatan serta saiz yang dihasilkan. Penggunaan penutup tong sampah dipasaran
pada masa kini terlalu mudah dibuka oleh haiwan. Saiz sesuatu penutup yang bakal
dihasilkan bergantung kepada jenis tong sampah yang disediakan. Harga juga
mestilah berpatutan serta sesuai dengan fungsi serta kos yang digunakan untuk
menghasilkan penambahbaikan terhadap penutup tong sampah tersebut.
Kajian yang telah dijalankan mestilah dibandingkan dengan kesemua data
untuk memperoleh maklumat yang sahih boleh diguna pakai. Ianya bertujuan untuk
memastikan projek yang akan dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pengguna.
9
2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK
TERDAHULU
Teknik atau cara membuang sampah yang betul boleh membantu anda untuk
memjimatkan lagi ruang didalam tong sampah dan menambahkan lagi kadar minimum
ruangan didalam tong sampah. Antara sampah yang sering dibuang di tong sampah ialah
sampah organik dan anorganik. Sampah Organik ialah sampah yang mudah membusuk
seperti sisa makanan, sayuran, daun-daun kering dan sebagainya. Sampah Anorganik pula
ialah sampah yang tidak mudah membusuk seperti plastik pembungkus makanan, kertas,
plastik mainan, botol dan gelas minuman serta seumpamanya.
2.2.1 Konsep Kitar Semula
Kitar semula merupakan proses memperoleh atau menjadikan sebahagian atau
semua bahan daripada sampah untuk digunakan semula. Menurut Tapas K. Das(2005),
kitar semula adalah proses industri secara kimia, mekanik dan biologi yang digunakan
untuk menukarkan bahan buangan kepada „recyclates‟, „feedstock‟ dan tenaga yang boleh
digunakan semula. Selain itu, kitar semula juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu „preconsumer‟ dan „postconsumer‟. Proses kitar semula „preconsumer‟ melibatkan
bahan mentah, produk dan produk sampingan yang masih boleh digunakan dengan
melakukan prosedur pembuatannya. Kitar semula barang-barang „postconsumer‟ pula
merujuk kepada barangan sasaran akhir yang akan mencapai penggunaan akhir dan telah
diasingkan daripada sisa pepejal bandaran untuk tujuan kitar semula. Walaupun kitar
semula mempunyai pelbagai definisi, namun secara amnya kebanyakan definisi tersebut
akan mengaitkan kitar semula dengan proses penghasilan bahan baru daripada bahan
terbuang dan juga penggunaan semula bahan bagi tujuan yang berbeza.
10
2.2.2 Kompesisi Bahan Yang Boleh Dikitar Semula
Secara amnya, terma „boleh dikitar semula‟ merujuk kepada sifat atau ciri-ciri
barang-barang yang boleh ditukar daripada satu barang kepada barang yang lain melalui
proses, program, dan boleh dikumpul, diproses dan seterusnya menghasilkan bahan
mentah atau produk (MuhamadAwang et. al, 1999). Menurut Tapas K. Das (2005), kitar
semula bukan sekadar strategi pengurusan bahan buangan semata-mata, tetapi juga
merupakan strategi penting untuk mengurangkan kesan alam sekitar akibat proses
perindustrian. Secara amnya, komposisi bahan kitar semula dapat dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1.
Barang-barang yang boleh dikitar semula
Rajah 2.1 : Komposisi bahan yang boleh dikitar semula
11
2.2.3 Kitar Semula di Malaysia
Masalah sampah menjadi satu masalah yang besar dan serius apabila masyarakat
dunia mula menjalankan proses pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang.
Pelbagai jenis barang yang dihasilkan seperti kaca, plastik dan aluminium di samping
jumlah penduduk dunia yang semakin bertambah juga menyumbang kepada jumlah
sampah yang bertambah. Situasi ini juga dikaitkan dengan kuasa membeli rakyat
Malaysia yang semakin bertambah dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan
dalam jumlah sampah yang dihasilkan. Bagi mengatasi masalah ini, salah satu langkah
yang diambil adalah program kitar semula yang sering dijalankan. Program kitar semula
biasanya dilakukan secara bersama dengan program penggunaan semula dan pengurangan
yang lebih dikenali sebagai 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
Kitar semula merupakan aliran baru yang muncul bermula dengan penghijauan
masyarakat pada tahun 1970-an dan mula dilupakan semula tahun 1990-an. Menurut
Kamus Dewan (1996), sampah merujuk kepada sisa buang harian dan juga kotoran.
Kerajaan Malaysia mula memberi tumpuan kepada masalah sisa pepejal yang semakin
bertambah pada tahun 1985 (Nasir Nayan et al. 2006). Kempen kitar semula di Malaysia
pula mula dilancarkan sejak tahun Sisa Kumbahan Konkrit dan runtuhan bangunan Loga
Tidak mengandungi Ferum Mengandungi Ferum Tayar 1993 dan dilancarkan pada kali
kedua iaitu pada tahun 2000. Hal ini demikian kerana kurangnya sambutan daripada
masyarakat Malaysia tentang pentingnya kitar semula. [2]
Program kitar semula pada tahun 2000 dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan dan diadakan di Mid Valley. Program ini juga telah disertai oleh
pelbagai pihak. Alternatif lain yang diambil oleh pihak Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan adalah dengan mewujudkan Hari Kitar Semula Kebangsaan iaitu
pada 11 November pada setiap tahun. Sehingga tahun 2009, terdapat sebanyak 165 buah
syarikat kitar semula di Malaysia. Selain itu, terdapat sebanyak 2470 buah tong kitar
semula disediakan di samping 599 buah pusat pengumpulan bahan kitar semula. [3]
12
Kadar kitar semula di Malaysia masih lagi rendah iaitu berada pada tahap lima
peratus. Tahap ini agak rendah dan jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti
Singapura yang kadar kitar semulanya sebanyak 56 peratus, Filipina pada kadar 12
peratus dan Thailand sekurang-kurangnya 50 peratus pada tahun 2008. [4]
Walaubagaimanapun, terdapat juga negara yang mempunyai kadar ekonomi yang
rendah seperti India yang tahap kitar semulanya adalah sebanyak 15 peratus. Kebanyakan
negara membangun mengitar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hasil bahan
buangan pejalnya. [5] Menurut Zaini Ujang (2009), program kitar semula di Malaysia
tidak menunjukkan hasil yang diharapkan. Beliau berpendapat kegagalan ini berpunca
daripada tiga faktor iaitu dasar yang tidak proaktif untuk menjadikan kitar semula sebagai
alternatif, kemudahan yang tidak mencukupi dan kesedaran awam yang rendah.
Sehingga kini, proses kitar semula hanya banyak dijalankan oleh pihak swasta
dengan harga yang amat murah. Keadaan ini tidak banyak membantu dalam
menggalakkan kitar semula di kalangan masyarakat. Situasi sebaliknya berlaku di
kebanyakan negara maju yang akan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan di
sesebuah premis. Sebagai contohnya, sampah akan ditimbang di setiap premis dan jika
melebihi had yang maksimum, bil akan diberikan. Misalnya, setiap premis hanya
dibenarkan membuang sampah maksimum sebanyak dua plastik hitam dalam masa dua
hari, tetapi sekiranya premis tersebut membuang sampah sebanyak empat plastik hitam,
bil akan dikenakan ke atas dua plastik hitam yang lain.
Selain itu, amalan yang dilakukan oleh kebanyakan pihak juga tidak selari dengan
kempen kitar semula yang dilancarkan. Contohnya, penggunaan plastik di kedai-kedai
runcit disamping botol air plastik yang digunakan ketika mesyuarat diadakan. Jadual 2.1
menunjukkan jumlah sisa buangan pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia pada
tahun 2002. [6] Berdasarkan jadual 2.1 tersebut, peratusan yang ditunjukan masih lagi
tinggi dan keadaan ini menggambarkan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih
belum sedar mengenai kepentingan kitar semula walaupun pelbagai program kitar semula
telah dijalankan.
13
Jadual 2.1 : Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus yang dihasilkan oleh
masyarakat Malaysia pada tahun 2002. [6]
Komposisi sampah Jumlah sampah (%)
Sisa makanan 54
Surat khabar 4
Kepingan plastic 12
Kaca 2
Kertas 9
Bahan bukan organic 6
Bahan boleh bakar 4
Bahan tidak boleh bakar 6
Besi 3
Jumlah 100
2.2.4 Kepentingan Kajian
Melalui kajian yang dihasilkan terdapat banyak kepentingan untuk individu,
masyarakat mahupun negara. Hal ini kerana rekabentuk tong sampah yang sedia ada
terlalu mudah dan biasa. Justeru, menambahbaik kekunci serta pemampat dan engsel tong
sampah dilakukan bagi menyenangkan pengguna. Terdapat beberapa kepentingan hasil
daripada kajian yang dilakukan. Antaranya ialah :
Kepentingan kepada individu. Individu yang mempunyai persekitaran yang
kondusif dilihat dapat mencerminkan perwatakan diri seseorang. Apabila individu
menjaga dan mengekalkan kebersihan, masyarakat sekeliling akan memandang individu
tersebut sebagai individu yang mempunyai perwatakan yang sangat baik. Individu ini
juga dapat memastikan kebersihan keadaan disekelilingnya.
Jadual 2.1: Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus
14
Seterusnya ialah kepentingan kepada masyarakat. Kebanyakan masyarakat kita
pada hari ini memandang enteng terhadap tong sampah yang tidak ditutup. Hal ini kerana
mungkin tong sampah tersebut terlalu kotor dan mempunyai bau yang sangat tidak
menyenangkan. Masyarakat yang bekerjasama dalam menjaga kebersihan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim. Masyarakat juga dapat berkongsi pendapat mengenai
lokasi yang strategik bagi meletakkan tong sampah agar kelihatan kemas.
Akhirnya ialah kepentingan kepada negara. Negara dapat mengekalkan nama dan
imej yang baik segali gus dapat menarik perhatian daripada pelancong dari luar negara.
Masyarakat juga sangat selesa apabila bersiar-siar dengan keluarga masing-masing.
2.3 KONSEP/TEORI YANG DIGUNAKAN PADA TONG SAMPAH „DWI-
BIN’.
Projek ini terdapat beberapa konsep yang bakal diwujudkan. Antaranya ialah :
i “Auto self-locking system”
ii “Manual Compress”
AUTO SELF-LOCKING SYSTEM
Sistem ini berfungsi sebagai pengunci untuk mengelakkan dari mudah dibuka
oleh haiwan. Teori yang digunakan ialah seperti sistem tombol pengunci pintu.
MANUAL COMPRESS (Pemampat Manual)
Pemampat ini direka khas untuk memampat bekas makanan seperti polisterin.
Ia dikendalikan menggunakan tenaga manusia. Ia tidak perlu menggunakan
peralatan elektrik atau elektronik.
15
2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN
Di Malaysia, terdapat banyak tong sampah yang berbeza warna dan telah
dikategorikan mengikut jenis masing-masing tetapi kita masih tidak menghiraukannya
dan membuang sampah sesuka hati. Terdapat tiga jenis tong sampah kitar semula yang
disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Antara tong
sampah yang terdapat di Malaysia ialah :
2.4.1 Tong Sampah Jenis Plastik
Tong sampah kitar semula ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi
melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong sampah kitar semula terdapat di dalam saiz
80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter. Tong sampah kitar semula biru untuk
semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas
katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod tidak termasuk kertas tisu,
kertas karbon, alumunium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.
Gambarajah 2.4.1 : Tong sampah kitar semula sedia ada
16
2.4.2 Tong Sampah Jenis Keluli
Tong sampah seperti rajah 2.4.2 dibawah selalu ditemui dikawasan dinding
perjabat. Tong sampah seperti ini di asingkan mengikut warna seperti biru untuk plastic,
oren untuk tin dan kuning untuk kertas.
Gambarajah 2.4.2 : Tong Sampah Keluli
2.5 KESIMPULAN
Akhir bab ini, kita akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai konsep dan teori
yang sering dikatakan oleh segelintir masyarat yang mengambil berat tentang isu yang
menjadi bualan hangat pada masa kini. Di samping itu, kita juga dapat mengetahui
tentang tindakan yang akan dikenakan jika melanggar arahan atau undang-undang dapat
kita dapat mengetahui denda ataupun akta jika didenda.
17
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum
memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dipilih
perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir sepanjang
pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) ini.
Selain itu, perbincangan dan penghuraian idea kerja perlulah dilaksanakan
kerana ia penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Perbincangan bersama
penyelia projek mestilah dilakukan agar penghuraian idea-idea yang bernas dan
berkaitan dengan projek dapat dilakukan serta mendapat sokongan daripada
penyelia. Oleh itu, dalam perlaksanaan projek ini perancangan yang teliti adalah
penting dan ternyata berkesan untuk memastikan projek berjalan lancar
mengikut perancangan yang telah dilakukan.
Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja
lebih teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa
sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa. Selain itu juga
kerja dapat disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan.
18
3.2 CARTA ALIR
Penyataan Masalah
Mula
Objektif Kajian
Skop Kajian
Proses Reka Bentuk Carta
Keperluan Reka Bentuk
Pernyataan Masalah
Pemilihan Konsep
Kajian Literatur
Reka Bentuk Konsep
Pemilihan Bahan
Proses Penilaian
Tamat
Lukisan Terperinci
dan Kos
Analisis Reka Bentuk
Gagal
Lulus
19
3.3 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk konsep ini dilakukan dengan sekadar lakaran awal sebelum
memulakan projek. Tujuan rekabentuk konsep ini adalah untuk mendapatkan gambaran
awal terhadap projek yang dibuat. Ia juga bertujuan untuk menambah baik lakaran yang
sedia ada. Rekabentuk konsep dilakukan sebanyak yang boleh bagi mengeluarkan
kesemua idea dan inovasi. Dalam pemilihan rekabentuk, lakaran dibuat bagi membezakan
kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap lakaran projek. Dalam pemerhatian yang
telah dilakukan, kebanyakkan tong sampah tidak mempunyai sistem “auto lock”. Hal ini
lebih memudahkan haiwan untuk mengambil sisa makanan seterusnya akan menyebabkan
sisa makanan bertaburan diatas lantai.
3.3.1 Pernyataan Masalah
Dengan adanya tong sampah “Dwi-Bin” ianya boleh menjaga kebersihan
sekeliling kawasan tong sampah serta dapat menjimatkan ruang di bahagian dalam tong
sampah. Di samping itu, permasalahan yang selalu menjadi isu yang sukar ditangani ialah
kekangan pensyarah di Bengkel Kimpalan Polisas bagi menghalau dan mengelakkan
haiwan daripada mengunjungi tong sampah tersebut. Kekangan yang seterusnya ialah
menjimatkan ruang dibahagian dalam tong sampah
Haiwan seperti kera dan anjing seringkali gemar mengunjungi tong sampah. Hal
ini kerana haiwan tersebut mencari sisa makanan untuk dimakan. Apabila haiwan tersebut
mengunjungi tong sampah semestinya sisa makanan akan bertaburan di luar tong sampah
dan diatas lantai. Hal ini menimbulkan bau serta mendatangkan pandangan yang negatif
jika mesyarakat luar melawat bengkel kimpalan. Dengan adanya “DWI-BIN” yang
mempunyai kekunci yang tersendiri ianya dapat menghalang haiwan daripada dapat
membuka penutup tong sampah.
Rajah 3.2 Merupakan carta alir projek.
20
Ruangan di dalam tong sampah juga sering penuh dan padat dengan pembungkus
makanan. Pembungkus makanan seperti plastic, polisterine dan seumpamanya tidak
banyak akan tetapi ianya memenuhi ruang didalam tong sampah. Dengan adanya
pemampat ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat menjimatkan
ruang didalam tong sampah.
Tong sampah juga sering tumbang apabila kita perhatikan setelah dikunjungi oleh
haiwan. Ini kerana haiwan tersebut menjatuhkan tong sampah bagi memudahkan untuk
mendapatkan sisa makanan yang tertinggal. Hal ini seringkali terjadi dibengkel kimpalan
Polisas pada setiap pagi. Haiwan tersebut mungkin datang kepada tong sampah pada
waktu petang atau pada waktu malam. Oleh itu, kami membuat rekaan pemegang badan
tong sampah yang menggunakan tali yang boleh direnggang. Kami juga membuat rekaan
pemampat manual dan kekunci yang tersendiri bagi menyeelesaikan masalah yang
dihadapi.
3.3.2 Lakaran Awal
i. Lakaran Rekabentuk (A)
Engsel berspring
Kekunci
Tong sampah
Tapak pengikat
Salur air
Pandangan sisi
Rajah 3.3.2(i): Lakaran A
21
Kelebihan Kekurangan Material
Mudah diletak Perlu diletakkan berhampiran longkang Tong sampah hitam
Mudah dikendalikan Kekedapan tidak berlaku kekunci
Mempunyai engsel Kedudukan yang tetap Besi
Menjimatkan ruang Paip PVC
Jadual 3.3.2(i): Kelebihan dan kekurangan struktur projek
ii. Lakaran Rekabentuk (B)
Tiang pemampat
Pemampat
Kekunci
Tong sampah
Tapak
Pandangan hadapan
Rajah 3.3.2(ii): Lakaran B
22
Kelebihan Kekurangan Material
Mempunyai sistem
pemampat
Tidak bergerak apabila
diletakan
Tong sampah hitam
Susah di pindahkan roller
Terlalu besar dan berat Besi
Jadual 3.3.2(ii): Kelebihan dan kekurangan struktur projek
ii. Lakaran Rekabentuk (C)
Penutup
Kekunci
Pemampat Tong sampah
Rangka
Tiang pemampat
Pandangan hadapan
Rajah 3.3.2(iii): Lakaran C
23
Kelebihan Kekurangan Material
Sistem kekunci tersendiri Sedikit berat Tong sampah hitam
Mempunyai pemampat Besi
Mudah dikendalikan Stainless steel
Jadual 3.3.2(iii): Kelebihan dan kekurangan struktur projek
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Penilaian dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep dengan
konsep. Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep unruk
menentukan konsep yang terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian Bermatrik
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4.1. Hasilnya, telah dipilih dalam bentuk
kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kekurangan ditentukan dalam konsep reka
bentuk yang dipilih boleh diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.
24
3.4.1 JADUAL PENILAIAN BERMETRIK
.
REKABENTUK/
KRITERIA
REKA
BENTUK A
REKA
BENTUK B
REKA
BENTUK C
Kos 2 1 3
Ketahanan 2 1 4
Bahan 2 1 3
Keselamatan 1 2 2
Kestabilan 1 2 3
Jumlah 8 7 14
Jadual 3.4.1: Markah yang diberikan pada setiap rekabentuk
25
3.4.2 Lukisan Berbantu Komputer
Rajah 3.4.2: Lukisan inventor
3.4.3 Bahagian DWI-BIN
NAMA BAHAGIAN FUNGSI
Penutup
Digunakan sebagai penutup tong sampah
Badan
Bahagian badan ini berfungsi untuk menampung
sampah yang dibuang
Engsel
Digunakan bagi memudahkan membuka penutup
tong sampah
26
Rangka
Bahagian rangka ini sebagai tempat untuk
meletakkan tong sampah supaya tidak mudah
tumbang.
Pemampat
Bahagian pemampat adalah untuk memampatkan
sampah (plastic dan polisterine) yang berada dalam
tong sampah.
Kekunci
Bahagian kekunci ini adalah untuk memastikan
penutup tong sampah sentiasa berkunci.
Jadual 3.4.3: Nama bahagian dan fungsi
3.5 PERALATAN, BAHAN DAN KOS
3.5.1 PERALATAN
Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa
proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini, projek
yang dilakukan tidak akan dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna.
Antara alatan yang digunakan untuk membina „dwi-bin‟ adalah seperti berikut.
PERALATAN KEGUNAAN
Mesin pemotong besi
Digunakan untuk memotong pelbagai
jenis besi mengikut ukuran yang telah
diukur.
27
Mata Gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang
pada bahan kerja. Saiz mata gerudi
juga berbeza mengikut saiz lubang
yang hendak dibuat
Kikir
Digunakan untuk mengikir bahan
kerja. Kikir digunakan bagi tujuan
mengikir tempat yang mempunyai
lebihan besi selepas dipotong. Kerja ini
dilakukan bagi tujuan kekemasan
projek.
Sarung tangan
Digunakan semasa memotong besi
untuk melindungi tangan diripada
cedera
Pita Pengukur
Alat ini digunakan untuk mengukur
sesuatu yang panjang.
Mesin ini digunakan untuk
menyambung besi dengan lebih kemas.
28
Mesin kimpalan MIG
Cermin mata
Alat ini digunakan untuk melindungi
mata daripada terkena serpihan yang
terpercik semasa melakukan kerja.
Mesin Gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang
pada bahan kerja.
3.5.2 SENARAI BARANG DAN KOMPONEN PROJEK
Antara komponen yang digunakan dalam penghasilan DWI-BIN:
Stainless steel
Besi
Tong sampah hitam
Jadual 3.5 : Peralatan dan Kegunaan
29
3.5.3 Stainless steel
Stainless steel adalah sejenis besi yang tahan karat dan besi yang kukuh. Banyak
digunakan untuk membuat alatan memasak seperti pisau, kuali dan banyak lagi.
rajah 3.5.3: Stainless steel
3.5.4 Besi
Besi digunakan untuk membuat rangka tempat letak tong sampah. Materialnya
yang kukuh adalah sangat sesuai untuk digunakan supaya tong sampah tidak mudah
tumbang.
3.5.4: Besi pipe dan holo iron
30
3.5.5 Tong sampah hitam
Menggunakan tong sampah hitam yang sedia ada sebagai bahan utama kerana
kebanyakan rumah menggunakan tong sampah ini.
Rajah 3.5.5: Tong sampah
3.5.7 Kos Membeli Barangan
BAHAN HARGA
PASARAN
KEGUNAAN KOS
KEGUNAAN
Tong sampah RM 20.00 1 unit RM 20.00
Besi 1 inci 20 kaki=RM50.00 10 kaki RM25.00
Engsel 1 unit = RM2.00 1 unit RM2.00
Lock 1 unit = RM15.00 1 unit RM15.00
Skru besar 1unit= RM0.50 8 unit RM4.00
Skru kecil 1 bekas=RM3.00 1 bekas RM3.00
Stainless steel 4x8=RM 90.00 Diameter 30 cm RM15.00
Total RM 84.00
Jadual 3.5.7 Kos yang diperlukan
31
3.6 PROSES MEMBINA “DWI-BIN”
Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan
membuat lakaran bagi tujuan untuk memudahkan proses atau perlaksanaan seterusnya
dan secara tidak langsung dapat mempermudahkan pelaksanaan kerja dalam membina
projek kami ini. Dengan terdapatnya lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat
dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih teratur dan lebih lancar. Dimensi projek
boleh dibuat dan juga dihasilkan.
3.6.1 Membuat Lakaran Lukisan “dwi-bin”
Lakaran dan lukisan pada mulanya dibuat pada kertas sahaja dan lukisan tersebut
dilakar dengan mengunakan kaedah lukisan kejuruteraan. Lukisan dilakar atau dilukis
dalam bentuk isometrik supaya mudah dilihat dan difahami. Ini kerana, projek boleh
dilihat dan difahami dari sudut pada pandangan hadapan dan tepi. Selepas proses
membuat lukisan asas projek, setiap kompenan pada projek dilukis secara berasingan bagi
tujuan untuk memudahkan kerja-kerja dalam melaksanakan dan membina projek.
Projek kami terbahagi kepada tiga bahagian yang asas. Antara bahagian asas
tersebut adalah bahagian rangka, sistem kunci dan engsel. Pada setiap bahagian terdapat
beberapa bahagian-bahagian kecil dalam setiap bahagian asas tersebut. Setiap bahagian
dilukis dengan lebih terperinci bagi tujuan untuk mempermudahkan perlaksanaan
pembinaan projek kami.
32
3.6.2 Proses Membina Rangka “DWI-BIN”
Jenis besi untuk membina rangka “DWI-BIN” menggunakan besi paip. Serrta
menggunakan proses cantuman kimpalan MIG, proses ini untuk mecantumkan hujung
besi yang berbentuk sudut. Cantuman kimpalan MIG digunakan adalah kerana bahagian
yang dicantumkan adalah daripada besi. Bahagian hujung perlu dicantumkan
menggunakan kimpalan MIG kerana sudut yang berbentuk dan juga hasil cantuman lebih
kemas dari jenis cantuman yang lain. Jenis cantuman ini lebih bersesuaian digunakan ke
atas projek kami.
3.6.3 Proses Membina Kekunci “DWI-BIN”
Setelah selesai pembinaan bahagian rangka, kerja-kerja pembinaan komponen
seperti “lock box” serta kedudukan “lock”dimulakan. “Lock box” serta kedudukan
batang pengunci dibina. “Lock box” diperbuat daripada plat besi 0.6 mm berukuran
12cmx10cmx4.5cm. Plat besi ini adalah sesuai digunakan, kerana plat besi ini dapat
menampung daya tekanan yang dikenakan padanya. “Hook” dibina sebagai pemegang
kotak pengunci. Fungsi “hook” ini adalah sebagai penahan kepada tong sampah agar
tidak mudah rosak. Setelah “lock box” dan “hook” siap dibina, cantumkan kedua-duanya
dan lekatkan pada tong sampah menggunakan skru.
33
3.6.4 Proses Membina Pemampat “DWI-BIN”
Proses membina pemampat menggunakan besi 1.5 inci berukuran panjang 61 cm
sebagai tiang pemampat. Gunakan plat besi 6 mm sebagai tapak tiang pemampat.
Kemudian gunakan besi 1 inci sebagai batang pemampat dan stainless steel berdiameter
30 cm sebagai pemampat. Akhirnya cantumkan plat besi pada rangka dan cantumkan
tiang pemampat pada plat besi. Gunakan kimpalan MIG untuk proses cantuman.
3.7 KESIMPULAN
Akhir bab ini, kita akan lebih mengetahui rekabentuk atau lakaran terdahulu
sebelum terhasilnya rekaan yang sebenar. Selain itu, kita juga dapat mengagarkan kos
projek „DWI-BIN‟. Kami berharap dengan wujudnya projek ini, produk ini dapat
menangani masalah yang sering berlaku di bengkel POLISAS. Di samping itu, kami juga
berharap projek dapat dijalankan dengan jayanya
Top Related