Bab 7Dinamik
Disediakan oleh:Cikgu Ong
SMK Rantau
7.1 Daya
7.1 Daya
1. Daya membolehkan kita mengangkat atau menggerakkan sesuatu objek.
2. Daya diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian seperti membuka pintu, memerah jus oren, mengangkat kerusi, dan menggosok gigi.
3. Semua tindakan ini menyebabkan perubahan fizikal objek dari segi bentuk, pergerakan, atau kedudukan.
tolakan tarikan
4. Daya membolehkan kita membuat kerja. 5. Walaupun daya tidak dapat dilihat, kesan yang disebabkan
oleh daya adalah ketara. 6. Sebagai contohnya, tindakan mengangkat, menekan,
memampatkan, memanjangkan, membengkok, dan memusing objek merupakan hasil daripada penggunaan daya.
Kesan daya
A. Mengubah bentuk objek1. Daya dapat menyebabkan perubahan bentuk objek. 2. Perubahan itu mungkin sementara atau kekal. 3. Sebagai contohnya, apabila plastisin ditekan dengan
kuat, bentuk plastisin itu akan berubah secara kekal.
4. Apabila gelang getah diregangkan, bentuk dan saiz gelang getah itu berubah untuk sementara waktu sahaja.
5. Apabila daya regangan tidak dikenakan, bentuk dan saiz gelang getah itu kembali kepada bentuk asalnya.
B. Menggerakkan atau mengubah kedudukan objek
1. Daya boleh menyebabkan objek pegun bergerak atau mengubah kedudukannya.
2. Daya boleh menyebabkan objek yang bergerak bertambah laju, menjadi perlahan, berhenti, atau berubah arah gerakan.
3. Walau bagaimanapun, bukan semua daya dapat menghasilkan gerakan.
4. Contoh: menolak dinding bilik darjah sekuat-kuatnya.
Daya (tolakan atau tarikan)
boleh menyebabkan
perubahan
Bentuk
Kedudukan Kelajuan
Arah gerakan
Kesan yang disebabkan oleh daya
A Mengkaji kesan daya terhadap bentuk objek1. Tarik spring pada kedua-dua hujung, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.1.
Rajah 7.1
2. Perhatikan dan catatkan perubahan bentuk dan saiz spring itu semasa ditarik.
Mengkaji daya tolakan dan tarikan serta kesan daya
3. Tekan botol plastik dengan kedua-dua belah tapak tangan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.
Rajah 7.2
4. Perhatikan dan catatkan perubahan bentuk dan saiz botol plastik itu semasa ditekan.
Tindakan Kesan daya terhadap perubahan bentuk saiz dan bojek
Spring ditarik
Botol plastik ditekan
Spring menjadi panjang
Botol plastik menjadi kemek
B Mengkaji kesan daya terhadap kedudukan objek1. Letakkan sebuah troli di atas meja.2. Tolak troli yang pegun itu dengan perlahan, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.3.
Rajah 7.33. Perhatikan dan catatkan perkara yang berlaku kepada
troli itu.4. Letakkan sebuah troli di atas meja dan tolak troli itu
dengan perlahan
Tindakan Kesan daya terhadap kedudukan bojek
Troli pegun ditolak dengan perlahan
Troli pegun bergerak dengan perlahan
C Mengkaji kesan daya terhadap kelajuan objek1. Semasa troli itu bergerak, tolak troli itu lagi mengikut
arah gerakan troli, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.4.
Rajah 7.42. Perhatikan kelajuan troli itu.3. Ulangi langkah 2, tetapi kali ini tolak troli dari arah yang
bertentangan dengan gerakan troli.4. Perhatikan kelajuan troli itu.
Tindakan Kesan daya terhadap kelajuan objek
Troli yang sedang bergerak ditolak mengikut arah
gerakannya
Troli yang sedang bergerak ditolak dari arah yang bertentangan dengan
gerakannya
Troli bergerak dengan lebih laju
Troli berhenti
D Mengkaji kesan daya terhadap arah gerakan objek1. Letakkan sebuah troli di atas meja dan tolak troli itu
dengan perlahan.2. Semasa troli itu bergerak, tolak bahagian hadapan troli
itu ke tepi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.5.
Rajah 7.53. Perhatikan dan catatkan arah gerakan troli itu setelah
ditolak ke tepi.
Tindakan Kesan daya terhadap arah gerakkan objek
Troli yang sedang bergerak ditolak ke tepi
Arah pergerakkan troli berubah
Pelbagai jenis dayaDaya geseran1. Daya geseran yang menentang gerakan.2. Geseran antara dua permukaan yang bersentuhan
terhasil apabila pergerakan satu daripada permukaan dihalang oleh permukaan yang satu lagi.
3. Oleh itu, daya geseran merupakan daya tarikan yang menentang gerakan.
4. Daya geseran menghalang objek yang pegun daripada bergerak dan menghentikan objek yang sedang bergerak.
Daya Graviti1. Daya graviti ialah daya tarikan yang menggerakkan
sesuatu jasad ke arah pusat cakerawala seperti bulan atau Bumi.
2. Daya graviti Bumi menarik semua jasad ke arah pusat Bumi.
3. Daya tarikan ini menentukan berat sesuatu objek.
Daya elektrostatik1. Daya elektrostatik ialah daya tarikan antara cas yang
berlainan atau daya tolakan antara cas yang sama.2. Daya elektrostatik ialah daya tarikan atau tolakan antara
cas pada dua objek. 3. Cas elektrostatik terhasil apabila permukaan suatu objek
digosok. 4. Objek-objek yang berlainan cas saling menarik antara
satu dengan yang lain, manakala objek-objek yang sama cas saling menolak antara satu dengan yang lain.
menarik
menolak
Daya magnet1. Daya magnet ialah daya tarikan atau tolakan antara dua
magnet yang berlainan atau antara magnet dengan bahan magnet.
2. Daya magnet wujud antara magnet atau antara magnet dengan bahan magnet.
3. Kutub-kutub magnet yang berlainan menghasilkan daya tarikan manakala kutub-kutub yang sama menghasilkan daya tolakan.
Kutub-kutub magnet yang berlainan menghasilkan daya tarikan
kutub-kutub yang sama menghasilkan daya tolakan
Kutub-kutub magnet yang berlainan menghasilkan daya tarikan
kutub-kutub yang sama menghasilkan daya tolakan
Wujud apabila cas-cas pada objek yang berlainan saling
menarik atau menolak
Jenis daya
Daya geseran
Daya elektro statik
Daya magnet
Daya graviti
Daya yang menentang pergerakan
Wujud sebagai daya tarikan dan tolakan antara kutub-kutub
magnet yang berlainan atau sama
Daya yang menyebabkan
semua jasad jatuh dan mempunyai
berat
1. Daya dapat digolongkan _______ sebagai atau ________.
2. Daya _________ terhasil pada dua __________ yang
bersentuhan.
3. Daya boleh mengubah _________ dan ______ sesuatu
objek yang sedang bergerak.
4. Daya ______________ terhasil apabila ____ pada dua
jasad menarik atau menolak antara satu dengan yang lain.
5. Sesuatu objek lebih ______ di Bumi daripada di bulan
kerana daya ______ di Bumi lebih tinggi daripada di bulan.
tarikan tolakan
geseran permukaan
kelajuan arah
elektrostatik cas
berat
graviti
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
2. Apakah kesan daya terhadap objek?
Daya boleh menyebabkan objek berubah bentuk, kedudukan, kelajuan dan arah gerakan.