7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
1/46
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
BAHASA MALAYSIASEKOLAH KEBANGSAAN
TAHUN EMPAT
2013
DRAF
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
2/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
3/46
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)
BAHASA MALAYSIA(Sekolah Kebangsaan)
TAHUN EMPAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
4/46
Cetakan Pertama 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
5/46
KANDUNGAN Muka Surat
RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi
PENDAHULUAN 1
TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2
MATLAMAT 3
OBJEKTIF 3
FOKUS 3
ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM 4
Standard Kurikulum 4
Kemahiran Bahasa 4
Pendekatan Modular 5Sistem Bahasa 7
Pengisian Kurikulum 8
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 9
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 15
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca 19
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 22
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 26
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 29
Glosari 32
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
6/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
7/46
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satucara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
8/46
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
9/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
10/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
2
TUNJANG KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAH
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang,iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; LiterasiSains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enamtunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satusama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yangseimbang, berpengetahuan dan berketerampilan seperti yang terdapat
dalam Rajah 1.
Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan EnamTunjang
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
11/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
12/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
13/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
14/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
6
sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid
menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.
4.4.1 Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dansintaksis.
1.1 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajistruktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kataialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit bahasa yangbermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasasama ada bentuk tunggal atau hasil daripadaproses pengimbuhan, pemajmukan danpenggandaan. Golongan kata pula ialah prosesmenjeniskan perkataan berdasarkan keserupaanbentuk atau fungsi dengan anggota yang laindalam golongan yang sama.
a. Struktur kata merujuk pola suku katabagi:
i. kata asli bahasa Melayuii. kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata terdiri daripada:i. kata tunggalii. kata terbitaniii. kata gandaiv. kata majmuk
c. Proses pembentukan kata meliputi:i. pengimbuhanii. penggandaan
iii. pemajmukan
Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini,yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu,penekanan hendaklah diberikan pada aspekpenggunaan imbuhan yang betul dari segi bentukdan makna termasuk aspek baharu dalam prosespengimbuhan.
d. Golongan kata terdiri daripada:i. kata namaii. kata kerjaiii. kata adjektifiv. kata tugas
1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajibentuk, struktur dan binaan ayat. Hal ini bermakna,bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum ataurumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan ataukelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspeksintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti yangberikut:
a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa,kluasa dan aspek pembinaannya sertapembahagian subjek dan predikat.
b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayatperintah dan ayat seruan.
c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan
songsang.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
15/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7
e. Binaan ayat:i. ayat dasarii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk
f. Proses ayat terbitan:i. proses penggantianii. proses pengguguraniii. proses penyusunan semulaiv. proses peluasan
4.4.2 Sistem Ejaan
Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisanuntuk memastikan keselarasan dan juga makna yangtepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentiandalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betuldapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.Perkara yang diberikan penekanan ialah:i. Pola keselarasan huruf vokalii. Ejaan kata pinjamaniii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan
4.4.3 Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapatmenyebut perkataan dan ayat dengan betul sertamemahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan
ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagaiaspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapatmenyampaikan maksud dengan tepat.
a. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebutsesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayuyang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan
sebutan bahasa Melayu baku.
b. IntonasiIntonasi ayat bahasa Melayu yang betul
hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat perintahiv. ayat seruanv. ayat terbalik atau songsangvi. ayat aktifvii. ayat pasif
4.4.4 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaankosa kata perlu ditingkatkan dan dikembangkan agar muriddapat mengungkap maklumat dan buah fikiran selarasdengan penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yangdipelajari pada peringkat sekolah rendah.
4.4.5 Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perludiajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pemilihanperibahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian,dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Nota:Buku Tatabahasa Dewan Edisi Terkini ialah buku tatabahasa peganganyang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
16/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
8
5.0 Pengisian Kurikulum
Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu
unsur-unsur yang diserap dalam setiap mata pelajaran. ElemenMerentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalamproses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalamstandard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan untukmengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yangdihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masahadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkarayang berikut:
5.1 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnyailmu dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untukmemperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmulain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Kemahiran
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kemahiranmendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dankemahiran menulis merupakan kemahiran yang mestidilaksanakan. Selain itu, kemahiran merentas kurikulum tidakdiketepikan, malah turut ditekankan dalam KSSR yang meliputipelbagai kemahiran yang boleh membantu mempertingkatkanpengetahuan dan potensi diri murid. Kemahiran menggunakanteknologi maklumat merupakan antara kemahiran merentaskurikulum yang diaplikasikan dalam pengajaran bahasaMalaysia.
5.3 Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia
bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memilikiakhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murnidapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi danberkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilaimurni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secaralangsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.Antara nilai murni ialah:
Baik hati Berdikari
Hemah tinggi
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
5.4 Patriotisme
Elemen patriotisme dalam pendidikan Bahasa Malaysiamengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akannegara, serta berbangga sebagai rakyat Malaysia. Semangatpatriotisme dipupuk melalui mata pelajaran dan aktivitikokurikulum bertujuan untuk melahirkan warganegara yang
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
17/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
18/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
19/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
20/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
21/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
22/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
14
pembelajaran mereka.
6.4.12 Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjahsecara terancang dan berstruktur serta berpusatkanmurid. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahamanmurid terhadap konsep yang dipelajari semasa didalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajarandalam situasi yang sebenar, mengembangkankemahiran sosial dan kerja berpasukan.
6.4.13 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri memastikan semua muridmenguasai hasil pembelajaran dalam sesuatu unitsebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain.Pembelajaran ini dipecahkan kepada unit yang lebihkecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai80% aras masteri sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baharu.
6.5 Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkandalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus,Internet, bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta untukbacaan ekstensif.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
23/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
15
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. mendengar, memahami dan memberi respons yang sesuai secara lisan dan gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayatperintah dan soalan dengan betul;
ii. menyampaikan pesanan yang didengar mengikut urutan dengan betul;
iii. bertutur dan berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat gramatis, kata gelarandan kata ganti nama diri dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila;
iv. menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara menggunakan kata dan bahasa badan yang sesuai dalam situasi tidakformal secara bertatasusila;
v. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi wacana, sebutan yangjelas, intonasi yang betul;
vi. berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila;
vii. menyampaikan maklumat dalam bentuk pengumuman tentang sesuatu perkara daripada media cetak menggunakan ayatgramatis secara bertatasusila; dan
viii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayatyang gramatis secara bertatasusila.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
24/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
16
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Asas mendengar dan memberi responsdengan betul terhadap pelbagai bunyidalam persekitaran.
1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut
bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata,perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut jenis-jenis ayatdengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.
1.3 Mendengar, memahami dan memberi
respons terhadap sesuatu arahan, soalandan pesanan yang didengar dengan betul.
1.3.1 Mendengar, memahami danmemberikan respons yang
sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahanberdasarkan ayat perintah dengan betul.
1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadapsoalan tanpa kata tanya secara lisan dengan betul.
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons denganmenyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan.
1.4 Bertutur , berbual dan menyatakanpermintaan tentang sesuatu perkaradaripada pelbagai sumber dalam situasi
1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumberdengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formaldan tidak formal secara bertatasusila.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
25/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
17
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
formal dan tidak formal secarabertatasusila.
1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaranyang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gantinama diri orang dan kata ganti nama diri tanya dengan betuldalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara denganmenggunakan kata dan bahasa badan yang sesuai dalamsituasi tidak formal secara bertatasusila.
1.5 Berceri ta dan menceri takan sesuatuperkara semula dengan tepatmenggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yangjelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yangmengandungi wacana.
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang ditontondengan tepat , sebutan yang jelas dan intonasi yang betulmenggunakan ayat yang mengandungi wacana.
1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumattentang sesuatu perkara daripada pelbagaisumber dengan tepat secara bertatasusila.
1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengantepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
1.6.2 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripadamedia cetak dalam bentuk pengumuman denganmenggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapattentang sesuatu perkara daripadapelbagai sumber secara bertatasusila.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
26/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
18
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatuperkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayatyang gramatis secara bertatasusila.
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
27/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
19
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada pelbagai sumber dengansebutan yang betul;
ii. membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas danintonasi yang betul;
iii. membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan,menjana idea dan membuat penilaian dengan betul;
iv. membaca, memahami dan menaakul maklumat yang tersurat dan tersirat daripada bahan prosa dan memindahkankepada bentuk puisi dengan betul; dan
v. membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif danmengenal pasti nilai murni.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
28/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
20
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Asas membaca dengan sebutan yangbetul.
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa
dan ayat daripada pelbagai sumberdengan sebutan yang betul.
2.2.3 Membaca dan memahamiayat yang mengandungi perkataanberimbuhan apitan daripada pelbagai sumber dengan sebutanyang betul.
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaandengan lancar, sebutan yang jelas danintonasi yang betul.
2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis
ayat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas danintonasi yang betul.
2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal danayat majmuk berbilang subjek secara mekanis dengan lancar,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.4 Membaca dan memahami maklumatyang tersurat dan tersirat daripada
pelbagai bahan untuk memberi responsdengan betul.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pastiidea utama dan idea sampingan dalam pelbagaibahan bagi
membuat ramalan dengan tepat.
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan untukmenjana idea dengan betul.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
29/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
21
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersiratdengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaiandengan betul.
2.5 Membaca, memahami dan menaakuluntuk memindahkan maklumat yangterdapat dalam pelbagai bahan dengan
betul.
2.5.1 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersiratdaripada bahan prosa dengan betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat yang tersuratdan tersirat daripada bahan prosa dengan betul.
2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan prosa untukmemindahkan maklumat kepada bentuk puisi dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera danbukan sastera yang sesuai bagi memupukminat membaca.
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang sesuaiuntuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sasterauntuk mengenal pasti nilai murni.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
30/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
22
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan betul dan kemas;
ii. menulis ayat majmuk secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;
iii. membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul;
iv. membina kerangka dan menulis pelbagai jenis karangan dengan betul;
v. menulis imlak perkataan, frasa dan ayat yang berimbuhan pinjaman dengan ejaan dan tanda baca yang tepat;
vi. mencatat maklumat yang betul mengikut urutan untuk membuat carta daripada pelbagai sumber;
vii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan idea utama dan idea sampingan serta menegaskankesantunan berbahasa;
viii. menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk surat, laporan dan berita dengan jelas serta menggunakan bahasayang santun;
ix. menghasilkan kerangka dan penulisan karangan berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan betul;
x. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan strukturayat; dan
xi. menulis ulasan tentang bahan bukan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca dengan jelas dan menggunakan ayatyang gramatis.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
31/46
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
23
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Asas menul is dengan cara yang betul .
3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat secara mekanis dengan betuldan kemas.
3.2.6 Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan betuldan kemas.
3.2.7 Menulis ayat majmuk secara mekanis dalam bentuk tulisanberangkai dengan betul dan kemas.
3.3 Membina dan menul is perkataan, frasadan ayat dengan betul.
3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkansoalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.
3.3.4 Membina kerangka dan menulis pelbagai jenis karangandengan betul.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
32/46
24
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan berimbuhan pinjaman dengan ejaanyang tepat.
3.4.2 Menulis imlak frasa dan ayat yang ada perkataan berimbuhanpinjaman dengan ejaan dan tanda baca yang tepat.
3.5 Mencatat maklumat yang betul tentangsesuatu perkaradaripada pelbagaisumber.
3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan untukmembuat carta daripada pelbagai sumber.
3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumattentang sesuatu perkara denganmenggunakan bahasa yang santun.
3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul denganmenggunakan idea utama dan idea sampingan sertamenegaskan kesantunan berbahasa.
3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk surat,laporan dan berita dengan jelas serta menggunakan bahasayang santun.
3.7 Menghasilkan penuli san kreatif dalampelbagai genre dengan betul.
3.7.1 Menghasilkan rangka pendahuluan, isi dan penutup dalampenulisan kreatif dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dandeskriptif dengan betul.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
33/46
25
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.8 Mengedit dan memurnikan hasilpenulisandengan betul.
3.8.2 Mengedit dan memurnikanhasil penulisan daripada aspekejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan strukturayat.
3.9 Menulis ulasan tentang pelbagai bahansastera dan bukan sastera yang didengar,ditonton atau dibaca dengan betul.
3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan bukan sastera yang didengar,ditonton atau dibaca dengan jelas dan menggunakan bahasayang gramatis.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
34/46
26
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA
Objektif Aspek Seni Bahasa untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. menyebut, memahami dan menghasilkanlirik lagu yang mengandungi nilai secara berpandu dan menyampaikannyasecara didik hibur;
ii. mengujarkan ayat yang gramatis dan bahasa yang indah dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta bahasabadan yang sesuai semasa bercerita secara didik hibur;
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, bahasa badan yang sesuai dan memahaminyamelalui lakonan;
iv. menghasilkan dialog daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran serta menyampaikannyamelalui lakonan dengan menggunakan bahasa badan yang sesuai secara didik hibur;
v. mendeklamasi sajak dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajaktersebut; dan
vi. membina sajak secara terkawal dan memahaminya serta mendeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betuldan jelas secara didik hibur.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
35/46
27
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Menyebut dan memahami unsur senidalam lagu melalui nyanyian secara didikhibur.
4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilaidan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyiansecara didik hibur.
4.1.2 Memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai
dan pengajaran secara berpandu dan disampaikan melaluinyanyian secara didik hibur.
4.2 Mengujarkan bahasa yang indah danmenggunakan bahasa badan secara kreatifsemasa bercerita secara didik hibur.
4.2.1 Mengujarkan ayat yang gramatis dengan sebutan yang betuldan intonasi yang jelas serta susunan idea yang tepat semasabercerita secara didik hibur.
4.2.2 Mengujarkan idea yang tepat menggunakan bahasa yang indahdan ayat yang gramatis serta bahasa badan yang sesuaisemasa bercerita secara didik hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah danmenggunakan bahasa badan dengankreatif melalui lakonan secara didik hibur .
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betuldan jelas, dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonansecara didik hibur.
4.3.2 Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahanrangsangan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran dengan
bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.
4.4 Melafazkan dan memahami puisidengan intonasi yang betul menggunakanbahasa yang indah secara didik hibur.
4.4.1 Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betuldan jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajaktersebut.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
36/46
28
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.4.2 Membina dan memahami sajak secara terkawal danmendeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betuldan jelas secara didik hibur.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
37/46
29
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA
Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan;
i. memahami dan menggunakan kata nama am konkrit, penjodoh bilangan dan kata nama khas tak hidup dengan betulmengikut konteks;
ii. memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk, kata kerja pasif, kata adjektif, kata penguat, kata hubung pancanganketerangan, kata bantu, kata perintah dan kata pemeri dengan betul mengikut konteks;
iii. memahami dan menggunakan imbuhan akhiran -an, -kan, -i, imbuhan apitan dan imbuhan pinjaman pada kata kerja, katanama, kata adjektif dan dengan betul dalam pelbagai situasi; dan
iv. memahami dan membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat serta ayat aktif dan ayat pasif dengan betuldalam pelbagai situasi.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
38/46
30
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5.1 Memahami dan menggunakan golongankata dengan betul mengikut konteks.
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit danpenjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidupdengan betul mengikut konteks.
5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk denganbetul mengikut konteks.
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan betulmengikut konteks.
5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata penguatdengan betul mengikut konteks.
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan
keterangan dengan betul mengikut konteks.
5.1.7 Memahami dan menggunakan kata bantu, kata perintah dankata pemeri dengan betul mengikut konteks.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
39/46
31
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5.2 Memahami dan menggunakanpembentukan kata yang sesuai dalampelbagai s ituasi dengan betul.
5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran an, -kan, i,imbuhan apitan pada kata kerja, kata nama dan kata adjektifserta imbuhan pinjaman dengan betul dalam pelbagai situasi.
5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda separa dengan betuldalam pelbagai situasi.
5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telahmantap dengan betul dalam pelbagai situasi.
5.3 Memahami dan membina ayat yang betuldalam pelbagai situasi.
5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dengan peluasan subjekdan predikat yang betul dalam pelbagai situasi.
5.3.2 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betuldalam pelbagai situasi.
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
40/46
32
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
1. aspek (aspk) segi, sudut, bahagian untuk diberikan
perhatian dan sebagainya.
2. ayat songsang susunan ayat yang berlawan daripadapola biasa yang mana predikatmendahului subjek. (Rujuk tata bahasadewan muka surat 436 437)
3. bahan grafik bahan yang memuatkan maklumat ataupaparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol dan lain-lain untukmenyatakan atau menyampaikan idea
4. bahan prosa karangan yang ditulis dengan bahasabiasa tidak berbentuk puisi.
5. berbicara bercakap untuk mengemukakanpendapat
6. berbual-bual berborak atau beromong
7. bercerita bercakap, berbual mengisahkan sesuatu
8. bertatasusila adat sopan santun dan budi pekerti yangbaik
9. bertutur bercakap atau berkata-kata
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
10. deskriptif keterangan yang bertujuan memberigambaran
11. diftong(lin) gabungan dua bunyi vokal yang disebut
dalam satu suku kata akibat perubahan
kedudukan lidah seperti ai, audan oi.
12. digraf dua huruf berturut-turut yang mewakili
satu bunyi seperti ng, ny, sy
13. diksi pemilihan dan penggunaan kata yangtepat dan berkesan untukmengungkapkan idea secara lisan dan
bertulis
14. ekstensif (kstnsif) luas liputannya.
15. frasa kumpulan kata yang membentuk unit unit sintaksis sesuatu klausa
16. gerak laku tingkah laku atau gerak geri, perbuatan
atau kelakuan
17. grafik maklumat atau paparan yang terdiridaripada lukisan, gambar rajah, simboldan lain-lain untuk menyatakan ataumenyampaikan idea
GLOSARI
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
41/46
33
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
18. gramatis berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa
19. idea buah fikiran, gagasan
20. idea sampingan idea dalam bentuk huraian dan contohbagi menyokong dan menerangkan ideautama
21. idea utama buah fikiran yang penting menerangkanmaksud keseluruhan perenggan
22. imaginatif tercipta daripada daya khayalan danimaginasi atau daya kreatif berasaskankhayalan
23. jeda atauberjeda
berhenti sebentar
24. karanganberpandu
karangan berpandu ialah satu penulisankarangan berdasarkan panduan guruatau murid bebas mengeluarkan ideadengan panduan atau batasan yangdiberi
25. karanganterkawal
karangan terkawal ialah segala isi danbahasanya sedia terkawal oleh guru(menurut Salleh Akib, 1975:135) ataususunan dikawal ketat dan sedikit-sedikitdipimpin ke arah karangan bebas
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
26. kata gelaran i. gelaran kehormat yang diberi keranajasa seseorang.
ii. gelaran yang digunakan untukmerujuk keturunan/taraf.
iii. rujukan kehormat yang digunakankepada gelaran kehormat.
27. klasifikasi penyusunan mengikut kelas ataususunan sistematik ke dalam kumpulanmenurut kriteria yang ditetapkan
28. konsep pengertian am atau idea yangmendasari sesuatu
29. kreatif mempunyai kebolehan mengembangkansesuatu idea
30. kritis tidak dengan begitu sahaja menerimaatau mempersetujui sesuatu(menimbangkan buruk baiknya terlebihdahulu)
31. melakar melukis rangka secara kasar
32. memurnikan membersihkan atau menulis semulaperkataan, frasa atau ayat yang betulhasil daripada pengeditan
33. menaakul hal membuat pertimbangan danpenilaian dengan menggunakan akalatau tinjauan akal atau membuatpertimbangan dengan logik
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
42/46
34
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
34. menceritakan mengisahkan sesuatu kepada/mengkhabarkan/memberitahu/mengatakan
35. mengajuk meniru
36. mengecam kenal atau ingat sesuatu yang dilihatdan didengar
37. mengedit menyunting atau menandai kesalahanpada perkataan, frasa atau ayat
38. mengimlak menyebut atau membaca supaya ditulisoleh orang lain
39. mengujarkan mengatakan, mengucapkan,menuturkan atau menyebutkan
40. menjana idea menghasil, melahirkan, mengeluarkanbuah fikiran/idea.
41. modul unit atau bahagian tersendiri yanglengkap dengan komponennya yangmelaksanakan fungsi tertentu dan dapatdirangkaikan dengan unit-unit lain dalamsesuatu yang lebih besar
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
42. multimedia pelbagai media seperti media cetak danmedia elektronik atau bahan elektronikyang mengandungi pelbagai mediaseperti animasi, data, suara, gerakandan sebagainya yang bersifat interaktif
43. naratif cerita peristiwa atau pengalaman
44. pandangan anggapan, pendapat, tanggapan, fikiranpada sesuatu yang dilihat, dibaca dandidengar
45. pendapat kesimpulan yang dibuat atau diperolehidaripada berfikir pada sesuatu yangdilihat, dibaca dan didengar
46. pendekatanmodular
pendekatan yang mana kurikulum
distrukturkan kepada struktur yang lebih
kecil yang dinamakan sebagai modul
47. pengumuman pemberitahuan kepada orang ramai
48. penilaian perbuatan menilai sesuatu untukdijadikan ukuran atau bandingan.
49. perasaan perihal merasa(i) dalam hati atau batin,hasil atau perbuatan merasa dalam hatiatau batin, sentimen suka, minat, ingintahu
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
43/46
35
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
50. pertautan idea pertalian atau perhubungan idea antaradua ayat atau dua perenggan
51. pola ayat contoh atau model ayat yang dibina ataurangka dasar ayat. Terdapat 4 pola ayatdasar. (Rujuk tata bahasa dewan mukasurat 418 419)
52. prinsip asas atau dasar yang menjadi pokoksesuatu pemikiran, kajian, tindakan,atau hukum sesuatu teori dan lain-lain
53. prosa karangan yang bertulis dengan bahasayang biasa bukan dalam bentuk puisi
54. ramalan Sesuatu yang diramalkan, dugaan,
telahan dan tekaan.
55. respons reaksi
56. soalan bercapah soalan yang berpecah daripada sesuatutumpuan
57. soalan bertumpu soalan yang memerlukan jawapan yangbersifat objektif dan dinyatakan dalamteks
58. transformasi perubahan bentuk atau sifat, rupa,keadaan dan lain-lain
Bil. PerkataanMaksud Dalam Konteks Dokumen
Standard
59. tulisan mekanis(mkanis)
melakukan sesuatu tanpa perlu berfikirdan hanya meniru dan menyalin sahaja
60. urutan susunan {kejadian) yang berturut-turut,susunan yang teratur, rentetan
61.wacana a. Unit bahasa yang melebihi batas
ayat. Wacana boleh terdiri daripadaayat, ceraian, dialog dan sebagainya.
b. kesatuan fikiran yang utuh dalambentuk lisan atau tulisan
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
44/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
45/46
7/27/2019 Bab5_b_.Dsk.bm.Tahun4 ( Ekm 331 )
46/46
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk
Top Related