BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
UNTUK EDARAN DALAMAN SAHAJA
DARI MEJA TPKN(F) JOHOR
Tn. Hj. Sha’ari Bin Abd Rahman
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli sidang redaksi yang telah berjaya menerbitkan Tinta Farmasi Volume 7, 2018. Tinta Farmasi edisi ini mengimbas kembali aktiviti dan pencapaian Bahagian Perkhidmatan Farmasi sepanjang Januari—Jun 2018.
Warga Farmasi Johor telah memberikan komitmen yang jitu dalam usaha memacu transformasi perkhidmatan farmasi. Perasmian Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) Persiaran Tanjung, Tampoi pada 25 Januari merupakan salah satu transformasi dalam memastikan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada pelanggan. Selain itu, pencapaian yang amat membanggakan juga telah ditunjukkan terutamanya dalam aktiviti Kualiti seperti Inovasi, QA dan KIK.
Akhir kata, saya mendoakan semoga semua warga farmasi Negeri Johor akan terus cemerlang dan tinta farmasi terus menjadi wadah yang unggul dalam memacu kegemilangan warga farmasi.
Sekian, terima kasih.
DARI PENA KETUA EDITOR
Pn. Siti Asmah binti Basimin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, Tinta Farmasi Volume 7, 2018 dapat diterbitkan kali ini bagi liputan sepanjang Januari sehingga Jun 2018.
Tahniah diucapkan kepada ahli sidang redaksi atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam menghasilkan Tinta Farmasi ini. Tidak lupa juga kepada semua warga farmasi Negeri Johor yang telah memberi kerjasama memberikan segala maklumat untuk dimuatkan di dalam edisi kali ini.
Saya selaku ketua editor ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penasihat kami iaitu Tn. Hj. Sha’ari bin Abd Rahman atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menerbitkan Tinta Farmasi Johor.
Cadangan dan idea tuan/puan amat dialu-alukan dan dihargai demi menjadikan Tinta Farmasi Johor ini sebagai salah satu wadah yang dibanggakan oleh semua.
Akhir bicara, selamat maju jaya dan semoga bersua lagi di keluaran yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
PENASIHAT:
Tn. Hj. Sha’ari Bin Abd Rahman
KETUA EDITOR:
Pn. Siti Asmah binti Basimin
SIDANG EDITOR:
Disclaimer: While all care is taken to ensure that the information presented in this bulletin is accurate, the board of editors and authors of this bulletin disclaim all
responsibilities for any liability, loss or harm incurred as a result of misinterpretation or inaccuracies within the bulletin. The content of the bulletin is provided for general
informational purposes only and is not intended as, nor should it be considered substitute for professional medical advice.
SIDANG
REDAKSI
Cik Yee Chiou Yann
Pn. Norhafizah Binti Ab Rahim
Cik Chia Wei Ling
Pn. Nur Amaleena Binti Azlee
Pn. Siaw Jia Yi
Cik Norahsikin Mohd Saman
Muka
Surat
4 1. Personaliti Tinta — En. Jong Choon Hiang
2. Majlis Persaraan Ketua Pegawai Farmasi Hospital Sultanah Aminah ~ Dr. Siti Norlina Binti Md Said
3. Majlis Perasmian Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) Persiaran Tanjung, Tampoi
4. Home Medication Review (HMR) Di PKD Batu Pahat (Program Ziarah Kasih-HMR)
5. Pengenalan Kepada Enchanced Primary Healthcare (EnPHC)
6. Kursus Anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor Januari—Jun 2018
7. Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor 2018
8. Pemenang Kategori KIK Konvensyen Inovasi JKNJ 2018 (Produktiviti Prapembungkusan Ubat-ubatan Cecair Yang Rendah Di Unit Farmasi Pengeluaran Bukan Steril, HSAJB)
9. Persidangan Duta Kenali Ubat Anda Kebangsaan 2018
10. Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017
11. Creative Corner
5
6—-7
8 — 9
10
11
12
13
14—15
16
17
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
PERSONALITI
EN. JONG CHOON HIANG
PENGALAMAN KERJAYA
PENDIDIKAN
SEJARAH TEMPAT BERTUGAS
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
4
MALAM SEKALUNG BUDI DR. SITI NORLINA BINTI MD SAID
Majlis Malam Sekalung Budi Ketua Pegawai Farmasi dan Masquerade Night 2018 Hospital Sultanah
Aminah Johor Bahru (HSAJB) anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Perubatan, Kesihatan dan
Pergigian Johor Bahru telah diadakan pada 25hb Januari 2018 di KSL Hotel & Resort. Majlis ini merupakan
majlis khusus yang diadakan sempena meraikan persaraan Dr. Siti Norlina binti Md Said sebagai Ketua
Pegawai Farmasi. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh
beliau selama berkhidmat di Jabatan Farmasi, HSAJB.
Majlis ini turut sama dihadiri oleh Dr. Aman bin Rabu (Pengarah HSAJB), Pn Sarinah binti Apisah
(Timbalan Pengarah Pengurusan), Cik Suraya Hanim binti Sith (Penolong Pengarah Kanan) dan Puan
Norwati binti Md. Salim selaku wakil kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi). Para pesara
Jabatan Farmasi juga dijemput bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis dan diteruskan dengan ucapan oleh tetamu
jemputan. Majlis dimeriahkan dengan jamuan makan malam, acara potong kek, dan persembahan oleh
Pegawai Farmasi, Pegawai Farmasi Provisional dan Penolong Pegawai Farmasi. Sebanyak 3 sesi cabutan
bertuah dan acara permainan ringkas diadakan pada hari tersebut.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Dr. Siti Norlina binti Md Said. Beliau mengambil kesempatan
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga farmasi HSAJB yang selama ini
banyak membantu dan memberi kerjasama kepada beliau. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian
hadiah kepada Dr. Siti Norlina binti Md Said. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang
“Best Dress”, sesi cabutan bertuah “Grand Prize” dan sesi fotografi berkumpulan.
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
5
Upacara Menandatangani
Plak Perasmian PPUSS
Persiaran Tanjung
MAJLIS
PERASMIAN
PUSAT PEMBEKALAN UBAT SUSULAN SETEMPAT (PPUSS) PERSIARAN TANJUNG, TAMPOI
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
6
Ucapan Perasmian oleh Pengarah
Kanan Perkhidmatan Farmasi,
Dr. Salmah Bt. Bahri
Upacara Memotong Riben Perasmian
PPUSS Persiaran Tanjung
Demonstrasi
Pembekalan Ubat
di PPUSS Persiaran
Tanjung
Gambar Kenangan-kenangan
bersama Pengurusan Tertinggi
di PPUSS Persiaran Tanjung
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
7
Program Ziarah Kasih adalah program
kolaborasi di antara Pejabat Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Semerah
bersama dengan Unit Farmasi Pejabat
Kesihatan Daerah Batu Pahat dan beberapa
agensi lain seperti Baitul Mal dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
Program ini berkonsepkan lawatan dari
rumah ke rumah selari dengan konsep Home
Medication Review (HMR). Objektif program
ini adalah untuk memastikan kebajikan
rakyat sentiasa terjaga iaitu dari segi
keperluan harian, penjagaan kesihatan dan
khidmat nasihat berkaitan dengan ubat-
ubatan. Program Ziarah Kasih ini
memfokuskan pesakit secara individu di
mana ia melibatkan aktiviti penilaian ubat-
ubatan pesakit, mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan ubat-ubatan. Selain daripada
memfokuskan kepada pesakit, program ini
juga menumpukan kepada ahli keluarga
pesakit di dalam memupuk kesedaran
mereka dalam penggunaan ubat secara
berkualiti.
Program ini adalah kesinambungan
penjagaan pesakit dari fasiliti kesihatan ke
rumah pesakit. Penglibatan Duta Kenali Ubat
Anda dalam program ini dilihat dapat
memberi kesan yang lebih baik terhadap
penjagaan kesihatan pesakit melalui
pendekatan pengaruh rakan sebaya.
Program ini juga berpotensi dalam
memastikan pesakit menggunakan ubat-
ubatan mereka secara berkualiti selaras
dengan Dasar Ubat Nasional (DUNAS)
selain dari dapat mengurangkan masalah
lambakan pemulangan ubat sekaligus
mengurangkan beban kerja dan menjimatkan
masa anggota farmasi di dalam
mengendalikan aktiviti pemulangan ubat.
ZIARAH KASIH PEGAWAI FARMASI HMR BERSAMA DENGAN DUTA KENALI UBAT ANDA, ZIARAH KASIH PEGAWAI FARMASI HMR BERSAMA DENGAN DUTA KENALI UBAT ANDA,
PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATU PAHATPEJABAT KESIHATAN DAERAH BATU PAHAT
PENGENALANPENGENALAN
OBJEKTIFOBJEKTIF
METODOLOGIMETODOLOGI
Rajah 1 : Model ZK-HMR yang digunakan sebagai metod menjalankan
program Ziarah Kasih
Tahap kefahaman pesakit terhadap
ubat-ubatan diukur menggunakan
kaedah DFIT (Dose, Frequency,
I n d ic a t i o n d an Me t ho d O f
Administration) di mana Pegawai
Farmasi akan bertanyakan kepada
pesakit cara pengambilan ubat oleh
pesakit. Kemudian skor tahap
kefahaman akan diberikan.
Daripada 69 orang pesakit HMR
yang direkrut sepanjang Disember
2014 hingga Mei 2017, kesemua
pesakit menunjukkan peningkatan
tahap kefahaman terhadap ubat-
ubatan yang mereka ambil dengan
kenaikan sebanyak 20% secara
purata untuk kesemua pesakit
tersebut.
KEPUTUSANKEPUTUSAN KESIMPULANKESIMPULAN
Penglibatan Duta Kenali Ubat Anda
(KUA) bersama Pegawai Farmasi
dalam program Ziarah Kasih dapat
meningkatkan kesedaran pesakit
dan ahli keluarga di dalam
menggunakan ubat secara berkualiti
di mana pesakit lebih faham dan
lebih patuh di dalam pengambilan
ubat-ubatan mereka. Perkara ini
dapat memberi kesan positif
terhadap tahap penjagaan kesihatan
pesakit di mana kawalan penyakit
kronik akan menjadi lebih baik
sekaligus dapat mengurangkan kos
perbelanjaan kesihatan di dalam
mengurus komplikasi penyakit
kronik.
Selain itu, masalah lambakan
pemulangan ubat dapat diatasi dan
beban tugas serta masa yang
diperuntukkan oleh anggota farmasi
da lam m enguruskan ak t iv i t i
pemulangan ubat dapat dikurangkan
seterusnya meningkatkan kualiti
kerja anggota farmasi di tempat
kerja.
Lawatan/
Parameter
Pre Post Kenaikan
(%)
DFIT 82% 99% 20%
Jadual 1 : Perbandingan purata skor
DFIT semasa lawatan pertama (Pre) dan
lawatan susulan (Post) HMR Ziarah Kasih
sepanjang Disember 2014 – Mei 2017
Untuk meningkatkan kesedaran pengguna
terhadap penggunaan ubat secara
berkualiti.
Untuk meningkatkan kefahaman pengguna
terhadap ubat-ubatan.
Untuk meningkatkan tahap kepatuhan
pengguna terhadap ubat-ubatan. TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
8
1. FASA RANCANG1. FASA RANCANG
2. FASA BUAT2. FASA BUAT 3. FASA NILAI3. FASA NILAI
4. FASA TAMBAHBAIK4. FASA TAMBAHBAIK
Disediakan oleh : Ainul Nabihah Abol Hasan, Pegawai Farmasi PKD Batu Pahat
PROSES KERJA ZIARAH KASIH HMR PKD BATU PAHATPROSES KERJA ZIARAH KASIH HMR PKD BATU PAHAT
MODEL
ZK-HMR
Penilaian tahap kefahaman dan kepatuhan
pesakit terhadap ubat-ubatan mereka.
Kaunseling tambahan diberikan kepada
pesakit yang memerlukan.
Kenalpasti masalah berkaitan ubat-
ubatan, semak cara pengambilan dan
penyimpanan ubat serta kaunseling ubat
-ubatan oleh Pegawai Farmasi.
Semakan rekod perubatan pesakit melalui
sistem PhIS dan buku rekod pesakit.
Tarikh lawatan ditetapkan.
Penambahbaikan perkhidmatan dilakukan
dalam membantu pesakit menggunakan ubat-
ubatan mereka dengan berkualiti.
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
9
Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, secara keseluruhannya
didapati terdapat peningkatan bagi kebanyakan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan
penduduk Malaysia berbanding dengan kajian-kajian NHMS yang lalu. Kajian ini mendapati bahawa
golongan berusia 18 tahun ke atas di Malaysia memiliki risiko tinggi menghadapi masalah diabetes,
hypertensi dan kolesterol.
Sehubungan itu, satu inisiatif perkhidmatan Enchanced Primary Healthcare (EnPHC) telah
diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di 20 buah Klinik Kesihatan terpilih (Johor dan
Selangor) sebagai projek perintis sejak Julai 2017 bagi membendung peningkatan masalah risiko Non-
Communicable Diseases (NCD) dan kematian pramatang yang tinggi rakyat di negara ini berbanding
negara lain di Asia. Klinik Kesihatan yang terlibat dengan program ini di Johor adalah KK Pontian, KK Ayer
Baloi, KK Pekan Nanas, KK Parit Jawa, KK Bukit Pasir, KK Parit Sulong, KK Sri Gading, KK Rengit, KK Batu
Anam, KK Buloh Kasap dan KK Air Tawar 2.
Objektif utama EnPHC adalah untuk mengimplementasikan satu
sistem ke arah memperbaiki status kesihatan masyarakat dengan lebih
berkesan melalui pencegahan, saringan awal dan rawatan penyakit kronik.
Melalui projek ini, pesakit diaturkan kepada satu pasukan kesihatan
keluarga supaya mereka mendapat rawatan daripada pegawai perubatan
yang sama setiap kali pergi ke Klinik Kesihatan untuk rawatan. Dengan ini,
proses intervensi awal dapat dilaksanakan dengan cepat dan seterusnya
mengurangkan masa menunggu semasa pendaftaran di Klinik Kesihatan.
Di samping itu, status kepatuhan ubat bagi semua pesakit NCD ke
farmasi untuk bekalan susulan akan dikenalpasti melalui saringan
kepatuhan ubat oleh pegawai farmasi. Sekiranya didapati pesakit tidak
patuh terhadap pengambilan ubat mereka, pegawai farmasi akan merujuk
mereka untuk menyertai Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC).
Untuk pesakit yang tidak memenuhi kriteria MTAC, pegawai farmasi akan
menjalankan aktiviti kaunseling ubat untuk pesakit tersebut.
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
10
APRIL
1-2 hb: Bengkel TOT Penggunaan Ubat Berkualiti
Menggunakan Teknik VIPP (PF & PPF)
3-4 hb: Kursus Pendispensan Methadone Bagi
Pegawai Farmasi (PF)
24-25 hb: Kursus Pengurusan Stor
27-28 hb: Kursus Pendispensan Methadone Bagi Penolong Pegawai
Farmasi (PPF)
KURSUS ANJURAN BPF JOHOR JANUARI — JUN 2018
MAC
4hb: Bengkel Pencapaian Aktiviti Duta Kenali Ubat Anda
11-12 hb: Bengkel Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF)
MEI
12hb: Kursus Farmakokinetik Klinikal
14hb: Bengkel Perkhidmatan Maklumat Ubat
15-16hb: Bengkel Metodologi Penyelidikan
JUN
27hb: Taklimat Audit Silang Stor Utama & Stor Unit
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
11
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
KONVENSYEN INOVASI JKNJ 2018 27-28 FEBRUARI 2018, HOSPITAL PERMAI
PENYERTAAN DARI WARGA FARMASI JKNJ
TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN
DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG
WARGA INOVATIF MELONJAK
TRANSFORMASI
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
12
Bil Tajuk PTJ Kategori
1 Sistem Penghantaran Dokumen Bersepadu CPFJU Cawangan Penguatkuasa
Farmasi Inovasi (Proses)
2 D-CALC (Drip Preparation Formula) Hospital Sultan Ismail Inovasi (Teknologi)
3 P-COM Card Hospital Kota Tinggi Inovasi (Produk)
4 Medi Cart Hospital Segamat Inovasi (Produk)
5 SMART Kaunseling Kit Hospital Segamat Inovasi (Produk)
6 Medication Express Klinik Kesihatan Air Tawar /
PKD Kota Tinggi Inovasi
(Perkhidmatan)
7 Metha Safe Box Pejabat Kesihatan Daerah
Pontian Inovasi (Produk
8 Katalog Item bukan Ubat (Surgikal) Hospital Permai Inovasi
(Perkhidmatan)
9 Pembekalan Ubat Secara Unit Dose Untuk Pesakit Yang Mengambil DOT di Klinik Tibi, Klinik Kesihatan Jementah
PKD Segamat Inovasi
(Perkhidmatan)
10 Inspection Assignment Map (IAM) Cawangan Penguatkuasa
Farmasi Inovasi (Produk)
11 Produktiviti Pengeluaran Prapembungkusan Ubat-ubatan Cecair yang Rendah di Unit Farmasi Pengeluaran Bukan Steril di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Hospital Sultanah Aminah Johan
Kategori KIK
12 mySERVE (Farmasi Discaj) Hospital Pakar Sultanah
Fatimah Naib Johan Kategori KIK
13 Kelewatan Pesakit Farmasi Pandu Lalu Untuk Mengambil Ubat Pada Tarikh Temujanji
Hospital Segamat Kategori KIK
14 To Improve Waiting Time at Outpatient Pharmacy in Hospital Segamat
Hospital Segamat Tempat ketiga
QA Poster
15 Meningkatkan Peratus Kes Siasatan Iklan di Bawah Kesalahan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 yang Selesai dalam Tempoh 4 Bulan
Seksyen Perundangan, BPF JKNJ
Tempat ketiga QA Oral
16 Mengurangkan Peratusan Kos Pembaziran daripada Ubat yang Dipulangkan ke Farmasi Klinik Kesihatan Pontian
Unit Farmasi, PKD Pontian QA Oral
17 Improving Percentage of Inpatients Blood Sample with Correct Sampling Time at Therapeutic Drug Monitoring (TDM) Pharmacy in Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Hospital Pakar Sultanah Fatimah
QA Oral
PRODUKTIVITI PRAPEMBUNGKUSAN UBAT-UBATAN CECAIR YANG
RENDAH DI UNIT FARMASI PENGELUARAN BUKAN STERIL
JABATAN FARMASI, HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
A. Sook Fuan, A. A. Suzliana, V. Indirani, H. Hayati, Y. Mohd Rizman, M. Ramli
LATAR BELAKANG PROJEK
Piagam pelanggan di unit Farmasi Pengeluaran
Bukan Steril (FPBS) adalah untuk memastikan
semua wad, klinik pakar dan klinik kesihatan
mendapat bekalan produk farmaseutikal tepat pada
masanya supaya pesakit mendapat rawatan yang
berkesan, berkualiti dan selamat.
Berikut merupakan matlamat projek ini :
Visi : Produktiviti meningkat, masa jimat
dan kualiti perkhidmatan terunggul.
Misi : Meningkatkan kuantiti dan kualiti
produktiviti pengeluaran ubatan
cecair bagi memenuhi permintaan
pengguna.
Objektif: M e n i n g k a t k a n p r o d u k t i v i t i
pengeluaran prapembungkusan ubat
-ubatan cecair di unit Farmasi
Pengeluaran Bukan Steril.
KEBERHASILAN PROJEK
TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
Rajah 1 : Reka bentuk
Mesin Penutup Botol
SMART
Mesin ini dihasilkan daripada
bahan-bahan terpakai :
Motor mesin basuh, Tombol
Pemutar Kelajuan Kipas, Alat
Pemegang Silinder Logam,
Tapak Papan, PVC, Wayar,
Plug
PEMILIHAN MASALAH : PRODUKTIVITI
PRAPEMBUNGKUSAN UBAT-UBATAN CECAIR
YANG RENDAH
Jadual 1 : Purata pembungkusan botol dari tempoh
Februari-April 2017
Jangka masa Purata Pembungkusan
Botol Sehari Per Anggota
Februari - April 2017 410 botol
Rajah 2 : Purata Pembungkusan Botol Ubatan
Cecair Sehari Per Anggota (Sasaran bilangan
botol sehari adalah 1200 botol)
HASIL DAN IMPAK :
1. Peningkatan sebanyak 251% pembungkusan
botol sehari
2. Penjimatan sebanyak RM 24,350.40 setahun (3
anggota x RM 10.02 (OT) x 3 jam sehari x 20 hari
bekerja x 12 bulan)
3. Penjimatan sebanyak 16.7 hari bekerja setahun (5
saat penjimatan x 1200 botol sehari x 20 hari x 12
bulan)
POTENSI PENGEMBANGAN
1. Soket pemutar penutup botol boleh divariasikan
bagi menutup pelbagai jenis bekas
2.Kegunaan mesin ini boleh diperluaskan ke fasiliti
l a i n b a g i m er i n g a nk a n b e b an k e r j a
pra-pembungkusan
KESIMPULAN
Projek ini telah berjaya mencapai piagam pelanggan
Unit farmasi Pengeluaran Bukan Steril dan
penyeragaman telah dilaksanakan di Hospital
Sultanah Aminah pada bulan Mei hingga Julai 2017.
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
13
Persidangan gilang-gemilang ini dianjurkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, KKM dengan kerjasama Persatuan Farmasi Malaysia dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif persidangan ini adalah untuk:
1. Memantapkan Program Duta Kenali Ubat Anda melalui perkongsian inisiatif inovasi dan kreativiti yang dijalankan dalam pelaksanaan Program Duta Kenali Ubat Anda di seluruh negera.
2. Menjana idea dan konsep baru bagi menghasilkan perancangan aktiviti yang efisien dalam pelaksanaan Penggunaan Ubat Secara Berkualiti.
3. Memberi pengiktirafan kepada Duta Kenali Ubat Anda yang aktif dan konsisten dalam menyokong dan membantu program Kementerian Kesihatan Malaysia.
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
14
Projek Jelajah Jom Kenal Ubat Negeri Johor telah memenangi Johan dalam Anugerah Projek Inovasi Duta. Tahniah juga atas kejayaan Duta-duta Negeri Johor berikut yang telah dianugerahkan Duta Paling Aktif.
Anugerah Duta KUA :
(a) Anugerah Platinum > En. Kusi Muhammad bin Alata @ Adeta (Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor)
(b) Anugerah Emas > Tn. Hj Hassan bin Mohamad (PKD Kulai) > Pn. Kee Geok Cheng (Hospital Segamat) > Tn. Hj Abol Hasan bin Maalib (PKD Batu Pahat) > Tn. Hj Norzaman Bin Hasan (PKD Kluang) > Datin Zalina binti Salleh (PKD Tangkak) > Pn. Thuaibatul Aslamiah binti Lebai Mohammed (PKD Pontian) > Pn. Hjh Fatimah binti Said (PKD Kluang)
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
15
TAHNIAH!!!
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
16
Pada tanggal 1 Julai 2018, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Kesihatan Negeri
Johor bagi tahun 2017 telah diadakan di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada
penerima anugerah ini. Nama Jawatan Tempat Bertugas
NORWATI BINTI MD SALIM @ SALIM PEGAWAI FARMASI UF54
BAHAGIAN
PERKHIDMATAN
FARMASI, JKN
JOHOR
SIAW JIA YI PEGAWAI FARMASI UF44
BALQIS HAYA BINTI ISMAIL PEGAWAI FARMASI UF44
JASMINE GAN SHYUAN YUNN PEGAWAI FARMASI UF44
NOOR HAZLINA BINTI AHMAD PA-HAKI PEGAWAI FARMASI UF44
SHOO KAH JIEN PEGAWAI FARMASI UF44
YEE LUANG SIANG PEGAWAI FARMASI UF48
PEJABAT
KESIHATAN JOHOR
BAHRU
ANIS BINTI AMRAN PEGAWAI FARMASI UF44
RAIHANAH ILANI BINTI MOHD KHALID PEGAWAI FARMASI UF44
NOR AMIRAH BINTI MUHAMAD PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
NORATIKAH BINTI KAMIS PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
NURUL SYZZENIE BINTI ZULKIFLI PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
SHAMINI A/P KRISHNAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
TENGKU ROSMALISA ALIDA BT TUAN ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
YAP LEXUAN PEGAWAI FARMASI UF44
HOSPITAL PERMAI ROZIDA BINTI ABD GHANI PENOLONG PEGAWAI
FARMASI U32 (KUP)
SITI MAISARAH BINTI MOHD KAMAL PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
ELYA NOOR BT SEIKH OMAR PEGAWAI FARMASI UF48
HOSPITAL SULTAN
ISMAIL
EZAZAYA BINTI OTHMAN PEGAWAI FARMASI UF48
KHAIRUL HUDA BINTI MOHAMADIAH PEGAWAI FARMASI UF44
R. PURAVINAH A/P V. RAVINDARAN PEGAWAI FARMASI UF44
DEBORAH NG PEI JIA PEGAWAI FARMASI UF41
LEE BAN HING PEGAWAI FARMASI UF41
MUHAMAD FARHAN BIN MUSTAFA PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
NURSHAFIQAH BINTI MANSOR PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
Nama Jawatan Tempat Bertugas
NUR LIZA BINTI MOHTAR PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
PEJABAT
KESIHATAN KULAI
SUZANA BINTI SUMIRY PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
HOSPITAL
PONTIAN
MOHD YUSLAN BIN MOHD SHARIF PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
PEJABAT
KESIHATAN
PONTIAN
NURUL H. SAADIAH BINTI MOHD ALI PEGAWAI FARMASI UF44
PEJABAT
KESIHATAN KOTA
TINGGI
MUHAMMAD FAIZ AKMAL BIN ABDUL GHANI PEGAWAI FARMASI UF41
SITI ROYANA BINTI MOKRI PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
CHIA WEI LING PEGAWAI FARMASI UF44 HOSPITAL KOTA
TINGGI SITI FATIMAH BINTI MD SARI PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
SALAWA BINTI AHMAD PEGAWAI FARMASI UF54
HOSPITAL
SULTANAH
AMINAH
NOR AINI BTE KAMARUDIN PEGAWAI FARMASI UF48
VOON POH NEE PEGAWAI FARMASI UF48
KIAT AUN NI PEGAWAI FARMASI UF44
LIM YU HENG PEGAWAI FARMASI UF44
NOOR 'ATIKAH BINTI JASMAN PEGAWAI FARMASI UF44
NUR FARHANAH BINTI MOHD GHAZALI PEGAWAI FARMASI UF44
TAN CHOR MENG PEGAWAI FARMASI UF44
TEH KENG LONG PEGAWAI FARMASI UF44
NOOR SYAFIKA BINTI MOHD IBRAHIM PEGAWAI FARMASI UF41
NOR SHAHEERA BT IZAZE PEGAWAI FARMASI UF41
THANUSHIRI A/P PALANI VELU PEGAWAI FARMASI UF41
MUHAMAD HAFIZUDIN BIN PUASA PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
NURAMIRAH ATIKAH BT MOHD HADZIL
PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
TENGKU NORA ASHIKIN BINTI TENGKU ABDULLAH
PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
MOHD SAFWAN BIN RIFFIN PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
HOSPITAL
MERSING
SYAHRINA BTE SYAHLAN PEGAWAI FARMASI UF44 PEJABAT
KESIHATAN
MERSING SHERRY EMY RAHAYU BINTI SHOFIAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
What medication makes your eyes
stronger? Stare-oids.
While I was in the doctor’s waiting room,
there was this tiny man, only about
six inches tall. Although he was there
before me, he let me see the doctor
first. I suppose he just had to be a
little patient.
Q: Why did the doctor tell the nurse to
walk past the pill cupboard quietly?
A: So she wouldn’t wake the sleeping
pills.
CREATIVE CORNER
JOKES
TINTA FARMASI JOHOR VOL.7/2018
17
Top Related