[Unit Disiplin] [ Biasiswa ] [ Asrama ] [ Bimbingan & Kaunseling ] [ Pusat Sumber Sekolah] [ SPBT ]
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELINGVISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN
BIMBINGAN & KAUNSELING
PENGENALAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.
VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah
MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2007
Penaung: Pn. Fitriani Bte Wahid(Pengetua)
Penasihat: En.Othman Bin Idris( P.K.Hal Ehwal Murid )
Pengerusi: Pn. Norliza Bte Zakaria( Kaunselor Pelajar )
Setiausaha: Cik Masyitah Khadijah Mohd AminAhli Jawatankuasa:
Pn. Nurdayana MuhamadEn. Noran Zaidi Abdullah
En. Mohd Khusairi Mohd Pn. Amy ChongEn. Edward Sabinus
FUNGSI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbiran, kakitangan sekolah ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancangkan, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori. 4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling Kelompok dan tunjuk
ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum. 5. Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat UBK kepada semua pelajar. 6. Merancang, melaksana dan mengawal selia pekhidmatan kaunseling individu secara
profesional dan beretika. 7. Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar 8. Merancang, melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. 9. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. 10. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk
menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar negara.
11. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan & Kaunseling Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,guru,kakitangan bukan mengajar dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan & perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah.
14. Merancang,menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru,kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi- agensi luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah,Disiplin sekolah dan
jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas sekolah. 21. Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee. 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti
kolokium,motivasi,kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.
Halangan-halangan yang dihadapi
1. Keadaan bilik yang kurang kondusif. 2. Peralatan yang tidak mencukupi. 3. Kurangnya bahan rujukan. 4. Kewangan untuk mengadakan sesuatu program. 5. Persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling.
Cadangan mengatasi halangan yang timbul
1. Pengubahsuaian bilik kaunseling. 2. Melengkapkan keperluan peralatan & menambah bahan rujukan. 3. Guru-guru membantu mengubah persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling
(mewujudkan fikiran yang positif )
Tugas-tugas kaunselor:
Merancang dan memastikan kaunselor melaksanakan 22 tugas yang ditetapkan iaitu :
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti K & B kaunseling sekolah. Buat kajian keperluan. Mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Menyebarkan maklumat B & K. Aktiviti Bimbingan & Kaunseling kelompok, meransang perkembangan pelajar. Rancang dan laksanakan kaunseling individu secara profesional. Rancang aktiviti kemahiran belajar. Rancang pemilikan pelajar elektif. Rancang program pencegahan dadah, inhalar, rokok dan alkohol. Rancang pemilikan pelajar ke IPT. Rancang aktiviti/program keibubapaan. Menjadi Ex-Oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. AJK majlis Perancang sekolah. Penyelaras mentor-mentee. Dll.
Aktiviti kaunselor dapat dilihat secara holistik untuk mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, berjiwa besar, jati diri, berwawasan dan berketrampilan perlu melaksanakan seperti berikut:
a) Akademik:
Penetapan potensi pelajar berdasarkan Head-Counts bersama PKI. Penetapan potensi ke IPTA/IPTS bersama PKI. Penetapan laluan kerjaya berasaskan potensi pelajar (tingkatan 5) bersama PKI.
b) Kemahiran Belajar:
Memberi kemahiran membaca, mencatat, pengurusan masa, pengurusan diri, mendengar, mengingat dll.
Program ini dibuat bersama PK Hem.
c) Kerjaya:
1. Inventori minat. 2. Inventori personaliti.
3. Inventori nilai. 4. Pemilikan mata pelajaran elektif. 5. Pengumpulan maklumat kerjaya. 6. Pendedahan kerjaya & peluang latihan kerjaya. 7. Penyebaran maklumat.
(Kaunselor dan guru subjek & penyelaras tingkatan)
d) Psiko Sosial & Kesejahteraan Mental:
1. Ujian Personaliti. 2. Senarai Semak Masalah. 3. Kemahiran Komunikasi. 4. Kemahiran Asertif. 5. Pengurusan Tekanan. 6. Pengekalan Penghargaan Kendiri/Self Esteem. 7. Perkembangan Keremajaan 8. Konsep Kendiri. 9. Pengendalian Kendiri. 10. Program Orentasi
(Kaunselor bersama guru agama)
e) Keibubapaan:
1. Komunikasi. 2. Kemahiran Keibubapaan. 3. Motivasi Keluarga.
(Kaunselor bersama PIBG/HEM)
f) Masalah Pelajar:
1. Kemahiran Komunikasi. 2. Kemahiran Penyelesaian Masalah. 3. PRS 4. Kemahiran Sosial. 5. Kemahiran Tegas Diri.
(Kaunselor bersama HEM dan guru disiplin)
SEKITAR PROGRAM MOTIVASI PELAJARPelajar Ting.5 SMTT 2007
07.02.2007 hingga 09.02.2007
TAKWIMUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2007
Januari
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
03.01.2007 1Pengurusan bilik kaunseling dan maklumat yang diperlukan
Semua AJK Keceriaan bilik
09.01.2007 2Persediaan Program Motivasi pelajar tingkatan 5
Semua AJKPerancangan dan agihan tugas
16.01.2007 3Mesyuarat AJK unit B&K Ko-Kurikulum kali pertama
Semua AJKPerancangan & agihan tugas
20.01.2007 3Program Motivasi Pelajar Tingkatan 5
Semua AJKSemua Pelajar Tingkatan 5
23.01.2007 4 Pemilihan PRS Semua AJK Pelajar Ting. 5
Februari Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
06.02.2007 1Taklimat Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Guru KaunselingProgram Budaya Cemerlang SMTT
13.02.2007 2
Mengenalpasti keperluan Pelajar Tingkatan 4 (RESOSS)
Semua AJKBorang Kajian& Senarai Semak Masalah
20.02.2007 3 Teknik Pengurusan Diri Semua AJK Pelajar T.4
23.02.2007 4 Pemilihan PRS Semua AJK Pelajar T.4
Mac Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
06.03.2007 1Persediaan Program Titian Kasih
Semua AJKPerancangan dan agihan tugas
11.03.2007 hingga 19.03.2007 cuti pertengahan penggal
20.03.2007 3 Program Titian Kasih Semua Guru Penyerahan pelajar
27.03.2007 4Ujian Personaliti, Ujian Minat dan Ujian Nilai Kerjaya
Guru Kaunseling Semua Pelajar T.4
April Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
03.04.2007 2 Teknik belajar AJK B&K Pelajar Ting 5
10.04.2007 2Sebaran maklumat IPTA/S & Kerjaya
Guru kaunseling Penceramah Luar
17.04.2007 3 Keceriaan bilik Kaunseling Semua & Pelajar Ahli PRS
24.04.2007 4 Kursus Kepimpinan AJK B&K Ahli PRS
Mei Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
02.05.2007 1Pertandingan buku skrap dan kerjaya
Guru B&K Semua Pelajar
08.05.2007 2 Mesyuarat UBK kali ke 2 Semua AJK Bilik kaunseling
15.05.2007 3Teknik menghadapi peperiksaan ( fasa I )
Guru kaunseling Pelajar T.5
22.05.2007 4 Sebaran maklumat kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan
27.05.2007 hingga 11.06.2007 cuti pertengahan tahun
Jun Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
12.06.2007 2 Kemahiran berkomunikasi Guru kaunseling PRS
19.06.2007 3Perjumpaan mentor –mantee kali ke dua
Semua guru Pelajar Ting 5
26.06.2007 4 Kajian jejakan Guru kaunseling Pelajar Lepasan SPM
Julai Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
03.07.2007 1 Kecerian bilik kauseling Guru kaunseling Kemaskini bahan
10.07.2007 2 Sebaran Maklumat Kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan
17.07.2007 3 Teknik Belajar Berkesan Guru kaunseling Pelajar asrama
24.07.2007 4 Kaedah penyelesaian masalah Guru kaunseling Ahli PRS
Ogos Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
01.08.2007 1 Teknik belajar Guru kaunseling PRS
07.08.2007 2 Sebaran Maklumat Kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan
14.08.2007 3 Teknik Belajar Berkesan Guru dan Pelajar Ahli PRS
19.08.2007 hingga 27.08.2007 (Cuti Semester kedua)
September Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
04.09.2007 1 Perjumpaan PRS Guru kaunseling Ahli PRS
11.09.2007 2Teknik menulis resume & menghadiri temuduga
Guru kaunseling Pelajar yang berminat
18.09.2007 3 Sebaran Maklumat UPU Guru kaunseling Pelajar Ting 5
25.09.2007 4Teknik menghadapi peperiksaan (Fasa 2)
Guru kaunseling Pelajar Ting 5
Oktober Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
02.10.2007 1 Perjumpaan Mentor Semua guru Galakan semangat
09.10.2007 1 Perjumpaan PRS AJK & PRS Latihan Asertif
13.10.2007-22.10.2007 Peperiksaan Akhir tahun ting 4
27.10.2007 4 Mesyuarat Unit B&K kali ketiga AJK B&K Bilik kaunseling
November Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
01.11.2007 1Kemas kini dan pendokumentasian
AJK B&KData dan maklumat unit B&K
06.11.2007 2 Perancangan tahun 2007 AJK kaunseling Bilik kaunseling
13.11.2007 3Penyerahan laporan akhir tahun
Pengerusi Pentadbir
18.11.2007 hingga 03.01.2007 Cuti Akhir Tahun