NAMA KURSUS:LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TAJUK:TUGASAN 6 : PELAN TINDAKAN RINGKAS
PENSYARAH:PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA :NOR NAJWA BINTI RAZALI
A155632
Laporan ini disediakan adalah bagi menggariskan beberapa bentuk pelan tindakan secara
ringkas bagi mengurangkan atau mengatasi masalah yang dihadapai di kawasan pusat bandar
yang berisiko dinaiki air disebabkan oleh peningkatan paras air laut dan kedudukan aras pusat
bandar yang rendah.
Soalan : Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan
aras laut semenjak 50 Tahun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang,
ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik
menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan atau
mengatasi masalah ini. Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan adaptasi.
Pemanasan Global.
Pemanasan global merupakan suatu keadaan di mana bumi mengahadapi peningkatan
suhu. Hal ini tercetus adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorongnya. Antaranya
ialah disebabkan oleh gas-gas seperti karbondioksida, metana, dinitro oksida,
hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur heksafluorida. Gas-gas ini bertindak
menghalang dan memerangkap haba bumi daripada bebas ke ruang udara dan dilepaskan ke
angkasa. Setersunya, gas-gas ini juga membenarkan bahang matahari menembusinya, namun
begitu ia tetap menghalang pembebasn haba bumi dari bebas ke ruang angkasa.
Isu pemanasan global ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan kerana
ianya boleh mendatangkan kesan buruk kepada bumi dan juga manusia. Pencairan ais di
kutub utara merupakan antara kesan negatif daripada pemanasan global. Pencairan ais pula
akan menyebabkan paras air laut meningkat sekaligus menjadikan saiz daratan menjadi kecil.
Oleh hal yang demikian, kawasan rendah akan mudah ditenggelami air menyebabkan banjir
kesan daripada peningkatan paras air.
Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak yang sama. Sebagai
contoh, beberapa kawasan di Malaysia seperti Shah Alam pernah mengalami banjir yang
buruk kesan daripada peningkatan paras air. Jabatan Pengairan dan Saliran juga merekodkan
bahawa paras air laut kini sedang mengalami peningkatan sebanyak 10sm setiap tahun
bermula daripada tahun 2004.
Pelan tindakan.
.
1)Pemeliharaan dan pemuliharaan hutan 1) Pembinaan benteng
2)Pengurangan penggunaan gas Klorofluorokarbon 2) Penanaman Pokok
3)Penguatkuasaan undang-undang 3) Sistem perparitan sistematik
Tindakan Mitigasi.
Tindakan Mitigasi merupakan suatu tindakan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko
bencana alam yang terjadi samada berpunca daripada tindakan manusia atau secara
semulajadi.
a) pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. pemeliharaan dan pemuliharaan hutan merupakan antara tindakan yang dapat
diambil bagi menangani permasalahan ini. Hal ini demikian kerana, hutan
merupakan antara aspek penting yang dapat mengelakkan daripada terjadinya
pemanasan global. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak yang
bertanggungjawan adalah dengan mewartakan hutan simpan dan Taman
Negara, penanaman semula pokok-pokok, pengawalan pembalakan hutan,
mewujudkan badan pertubuhan alam sekitar yang ditugaskan untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
b) Pengurangan penggunaan gas Kluorofluorokarbon
Gas Kluorofluorokarbon atau secara singkatannya, gas CFC merupakan antara
penyebab utama penipisan lapisan ozon. Dikatakan juga bahawa sebuah
molekul CFC memiliki masa untuk hidup di antara 50 hingga 100 tahun di
atmosfera sebelum ianya berhasil untuk dihapuskan.Ianya akan menjadikan
lapisan ozon semakin menipis, dan menyebabkan cahaya matahari mudah
memasuki ruang bumi sekaligus menyebabkan terjadinya pemanasan global.
Pengurangan penggunaan gas CFC akan dapat mengelakkan daripada
Pelan tindakan
Mitigasi Adaptasi
terjadinya pemanasan global. Elakan daripada menggunakan apa-apa bahan
yang mengandungi gas CFC dengan kerap seperti bahan pelarut, pendingin
hawa di kenderaan, dan sebagainya.
c) Penguatkuasaan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang boleh diselenggara di bawah pihak yang
bertanggungjawab seperti kerajaan dan juga pihak kementerian yang terlibat.
Pemanasan global berlaku di Malaysia bukanlah suatu hal yang biasa. Oleh hal
yang demikian, beberapa kajian mendapati bahawa undang-undang yang sedia
ada terutamanya hukuman terhadap mereka yang bersalah melakukan apa-apa
perkara yang boleh mencetuskan pemanasan global, dilihat tidak lagi relevan.
Pihak bertanggungjawab boleh mengambil inisiatif dengan menaikkan kadar
denda atau hukuman penjara atau apa-apa sahaja bentuk hukuman lain yang
dilihat lebih bersesuaian pada masa kini.
Tindakan Adaptasi.
a) Pembinaan benteng di sekitar kawasan pinggir laut.
Pihak bertanggungjawab boleh merangka sebuah pembinaan benteng yang
bersesuaian di sekitar kawasan laut. Benteng ini boleh dijadikan penahan atau
penghalang daripada pengaliran air laut daripada masuk ke kawasan bandar
dan mengelakkan terjadinya banjir. Benteng dibina menggunakan bahan-bahan
yang kukuh dan mampu menahan isipadu air yang banyak dalam jangka masa
tertentu dan haruslah dilakukan penambahbaikan secara berkala.
b) melakukan penanaman pokok atau tumbuhan
Pokok dan tumbuhan yang bersesuaian dapat menghalang daripada pengaliran
air laut yang banyak jika terjadi peningkatan paras air laut. Hal ini demikian
kerana, akar pokok dan tumbuhan tersebut yang terdapat di bawah tanah
mampu menahan pengaliran air yang deras. Penanaman pokok bakau, pokok
rhu, nipah dan sebagainya yang dilihat bersesuaian dapat diaplikasikan
terutamanya di kawasan pinggir laut.
c) Sistem perparitan yang lebih sistematik.
Perparitan merupakan aspek utama yang dapat menangani daripada berlakunya
banjir di kawasan bandar yang terletak di kawasan tanah rendah. Parit dan
longkang boleh dibina di sekitar kawasan perumahan atau di kawasan bandar
bagi mengelakkan takungan air yang banyak ketika hujan yang boleh
membawa kepada masalah banjir. Parit dan longkang yang dibina boleh
berfungsi dengan menakung aliran air yang berlebihan.