BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

6
NAMA KURSUS: LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN TAJUK: TUGASAN 6 : PELAN TINDAKAN RINGKAS PENSYARAH: PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT NAMA : NOR NAJWA BINTI RAZALI A155632 Laporan ini disediakan adalah bagi menggariskan beberapa bentuk pelan tindakan secara ringkas bagi mengurangkan atau mengatasi masalah yang

Transcript of BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

Page 1: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

NAMA KURSUS:LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

TAJUK:TUGASAN 6 : PELAN TINDAKAN RINGKAS

PENSYARAH:PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

NAMA :NOR NAJWA BINTI RAZALI

A155632

Page 2: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

Laporan ini disediakan adalah bagi menggariskan beberapa bentuk pelan tindakan secara

ringkas bagi mengurangkan atau mengatasi masalah yang dihadapai di kawasan pusat bandar

yang berisiko dinaiki air disebabkan oleh peningkatan paras air laut dan kedudukan aras pusat

bandar yang rendah.

Soalan : Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan

aras laut semenjak 50 Tahun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang,

ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik

menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan atau

mengatasi masalah ini. Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan adaptasi.

Page 3: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan Global.

Pemanasan global merupakan suatu keadaan di mana bumi mengahadapi peningkatan

suhu. Hal ini tercetus adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorongnya. Antaranya

ialah disebabkan oleh gas-gas seperti karbondioksida, metana, dinitro oksida,

hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur heksafluorida. Gas-gas ini bertindak

menghalang dan memerangkap haba bumi daripada bebas ke ruang udara dan dilepaskan ke

angkasa. Setersunya, gas-gas ini juga membenarkan bahang matahari menembusinya, namun

begitu ia tetap menghalang pembebasn haba bumi dari bebas ke ruang angkasa.

Isu pemanasan global ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan kerana

ianya boleh mendatangkan kesan buruk kepada bumi dan juga manusia. Pencairan ais di

kutub utara merupakan antara kesan negatif daripada pemanasan global. Pencairan ais pula

akan menyebabkan paras air laut meningkat sekaligus menjadikan saiz daratan menjadi kecil.

Oleh hal yang demikian, kawasan rendah akan mudah ditenggelami air menyebabkan banjir

kesan daripada peningkatan paras air.

Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak yang sama. Sebagai

contoh, beberapa kawasan di Malaysia seperti Shah Alam pernah mengalami banjir yang

buruk kesan daripada peningkatan paras air. Jabatan Pengairan dan Saliran juga merekodkan

bahawa paras air laut kini sedang mengalami peningkatan sebanyak 10sm setiap tahun

bermula daripada tahun 2004.

Pelan tindakan.

Page 4: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

.

1)Pemeliharaan dan pemuliharaan hutan 1) Pembinaan benteng

2)Pengurangan penggunaan gas Klorofluorokarbon 2) Penanaman Pokok

3)Penguatkuasaan undang-undang 3) Sistem perparitan sistematik

Tindakan Mitigasi.

Tindakan Mitigasi merupakan suatu tindakan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko

bencana alam yang terjadi samada berpunca daripada tindakan manusia atau secara

semulajadi.

a) pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. pemeliharaan dan pemuliharaan hutan merupakan antara tindakan yang dapat

diambil bagi menangani permasalahan ini. Hal ini demikian kerana, hutan

merupakan antara aspek penting yang dapat mengelakkan daripada terjadinya

pemanasan global. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak yang

bertanggungjawan adalah dengan mewartakan hutan simpan dan Taman

Negara, penanaman semula pokok-pokok, pengawalan pembalakan hutan,

mewujudkan badan pertubuhan alam sekitar yang ditugaskan untuk

menguruskan hal-hal yang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

b) Pengurangan penggunaan gas Kluorofluorokarbon

Gas Kluorofluorokarbon atau secara singkatannya, gas CFC merupakan antara

penyebab utama penipisan lapisan ozon. Dikatakan juga bahawa sebuah

molekul CFC memiliki masa untuk hidup di antara 50 hingga 100 tahun di

atmosfera sebelum ianya berhasil untuk dihapuskan.Ianya akan menjadikan

lapisan ozon semakin menipis, dan menyebabkan cahaya matahari mudah

memasuki ruang bumi sekaligus menyebabkan terjadinya pemanasan global.

Pengurangan penggunaan gas CFC akan dapat mengelakkan daripada

Pelan tindakan

Mitigasi Adaptasi

Page 5: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

terjadinya pemanasan global. Elakan daripada menggunakan apa-apa bahan

yang mengandungi gas CFC dengan kerap seperti bahan pelarut, pendingin

hawa di kenderaan, dan sebagainya.

c) Penguatkuasaan undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang boleh diselenggara di bawah pihak yang

bertanggungjawab seperti kerajaan dan juga pihak kementerian yang terlibat.

Pemanasan global berlaku di Malaysia bukanlah suatu hal yang biasa. Oleh hal

yang demikian, beberapa kajian mendapati bahawa undang-undang yang sedia

ada terutamanya hukuman terhadap mereka yang bersalah melakukan apa-apa

perkara yang boleh mencetuskan pemanasan global, dilihat tidak lagi relevan.

Pihak bertanggungjawab boleh mengambil inisiatif dengan menaikkan kadar

denda atau hukuman penjara atau apa-apa sahaja bentuk hukuman lain yang

dilihat lebih bersesuaian pada masa kini.

Tindakan Adaptasi.

a) Pembinaan benteng di sekitar kawasan pinggir laut.

Pihak bertanggungjawab boleh merangka sebuah pembinaan benteng yang

bersesuaian di sekitar kawasan laut. Benteng ini boleh dijadikan penahan atau

penghalang daripada pengaliran air laut daripada masuk ke kawasan bandar

dan mengelakkan terjadinya banjir. Benteng dibina menggunakan bahan-bahan

yang kukuh dan mampu menahan isipadu air yang banyak dalam jangka masa

tertentu dan haruslah dilakukan penambahbaikan secara berkala.

b) melakukan penanaman pokok atau tumbuhan

Pokok dan tumbuhan yang bersesuaian dapat menghalang daripada pengaliran

air laut yang banyak jika terjadi peningkatan paras air laut. Hal ini demikian

kerana, akar pokok dan tumbuhan tersebut yang terdapat di bawah tanah

mampu menahan pengaliran air yang deras. Penanaman pokok bakau, pokok

rhu, nipah dan sebagainya yang dilihat bersesuaian dapat diaplikasikan

terutamanya di kawasan pinggir laut.

Page 6: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL

c) Sistem perparitan yang lebih sistematik.

Perparitan merupakan aspek utama yang dapat menangani daripada berlakunya

banjir di kawasan bandar yang terletak di kawasan tanah rendah. Parit dan

longkang boleh dibina di sekitar kawasan perumahan atau di kawasan bandar

bagi mengelakkan takungan air yang banyak ketika hujan yang boleh

membawa kepada masalah banjir. Parit dan longkang yang dibina boleh

berfungsi dengan menakung aliran air yang berlebihan.