Salam hormat.
Terima kasih kerana anda meluangkan masa anda untuk membaca ebook
ringkas ini yang mungkin boleh membantu anda memahami apa itu facebook
group dan ketahui bagaimana anda boleh pelajari teknik step by step hasilkan
income dari Facebook group.
Ebook ringkas ini akan dedahkan...
• Ruang promosi di facebook wall
• Ruang promosi di facebook fanpage
• Teknik kebanyakkan usahawan facebook jana pendapatan melalui
facebook fanpage
• Kelemahan teknik facebook fanpage + facebook ads.
• Penerangan ringkas teknik promosi di facebook group yang berkesan.
• Kekuatan Facebook group.
• 3 Jenis Produk yang boleh anda promosi di Facebook group.
• Peluang untuk anda belajar step by step bagaimana hasilkan income
melalui facebook group.
Harap dengan report ini, anda akan lebih jelas dan tahu memanfaatkan
facebook untuk bisnes anda sekaligus memperkenalkan anda pada cara yang
betul untuk melakukan pemasaran di Facebook menggunakan facebook group.
Baca sehingga habis!
Saya pasti ramai yang tahu tentang fungsi wall facebook ini dan dah cuba-cuba
mempromosikan produk di wall masing-masing.
Jika kurang pasti apa yang saya maksudkan ini, ini adalah gambar contoh
promosi di wall Facebook:
Dengan menggunakan kaedah promosi di wall facebook personal kita,
kelebihannya adalah...
• ZERO COST – bila kita update sahaja tentang produk yang kita ingin
promosikan di wall facebook kita, dah tentu kita takkan dikenakan caj oleh
facebook untuk update status kita. Jadi jika kita menjual produk melalui
update status di wall facebook kita, dah tentu tiada kos untuk bayaran
pengiklanan dikenakan. Kecuali kita mengambil keputusan untuk klik pada
butang “PROMOTE”, then barulah kita akan dikenakan caj.
• 100% TRUSTED – of course kita promosikan pada kawan-kawan yang kita
kenal di luar yang kini menjadi friends kita di Facebook. Jadi dah tentu
mereka lebih mempercayai kita dan mudah untuk menjual produk.
Namun begitu, ramai orang GAGAL hasilkan pendapatan melalui cara ini atas
sebab-sebab berikut...
• Kurang friends – apabila jumlah friends sangat sedikit, agak sukar untuk
mempromosikan produk anda menggunakan wall facebook. Bayarangkan
jika jumlah friends anda kurang dari 100 orang. Jadi dah tentu sebilangan
kecil sahaja yang akan nampak update status anda dan terlalu kecil lagi
yang akan terdorong untuk membeli produk dari anda.
• Friends berlainan minat – bila anda menggunakan wall facebook personal
anda, kawan-kawan anda (dalam friendlist) mungkin terdiri dari rakan
sekolah anda dan mereka tidak mempunyai minat terhadap promosi anda.
Tak kurang juga yang mempermainkan anda dan memperkecilkan bisnes
anda. Ini saya lihat berlaku bila ada yang cuba untuk promosikan produk-
produk seperti MLM (bukan nak cari downline, tapi nak jual barang yang
BAGUS yang boleh member manfaat pun kawan-kawan boikot)...apa yang
tak kena, saya pun tak tahu...kesian kawan kita ni.
• Teknik promosi yang TAK BETUL – mungkin kawan-kawan kita boikot sebab
kita tag gambar produk kita, mention nama dia suruh beli...beli...beli! Pasal
tu lah ramai yang boikot, sila-silap unfriend dari facebook. Mana taknya,
kita asyik jual barang je kat diorang...silap haribulan jumpa kat luar pun
taknak sebab dah tahu dah kita ni asyik nak jual barang jer. Well...nak jual
barang tu tak salah, Cuma teknik kita tu yang SALAH!
• Masalah “kawan-kawan” – Bila kita menjual pada kawan-kawan ni di akaun
facebook personal kita, mesti ramai yang minta diskaun...padahal kita
untung pun ciput jer. Lepas tu, ada pula yang minta bayar ansur-
ansur...yelah kawan-kawan kita pun kasi chance...tapi bila dah kasi chance
ada jugak yang tak bayar sampai sudah. Last-last kita juga yang
tanggung...yelah kawan-kawan ☺
• Limited pada 5,000 orang – akaun personal facebook kita sebenarnya hanya
boleh terima friends sehingga 5,000 orang sahaja maksimum. Jadi ini akan
menghadkan promosi produk kita hanya pada 5,000 orang sahaja. Jadi
susahlah kita untuk expand bisnes kita nanti.
Dengan menggunakan akaun personal anda untuk mempromosikan produk
ianya lebih sukar jika anda tiada strategi yang betul dan bilangan friends yang
mempunyai minat pada solution yang diberikan oleh produk yang anda offer
sangat sedikit. Kalau friends anda Cuma 100 orang jer...jangan mimpilah ☺
So Facebook ada berikan solution pada cabaran ini dengan mewujudkan
Facebook Fanpage...
Jom saya huraikan di page seterusnya, baca jangan tak baca!
Fanpage pula hampir sama seperti akaun facebook personal, cuma ia lebih
sesuai untuk mewakili sesuatu jenama, artis, produk dan sebagainya.
Sebagai usahawan internet, fanpage biasa digunakan untuk mempromosi
produk tertentu.
Maklumat tentang sesuatu produk boleh dipaparkan di wall dan mereka yang
menjadi fans pada produk tersebut, akan dapat melihat update di news feed
mereka.
Contoh:
Dengan menggunakan fanpage, kelebihannya adalah...
• TIADA LIMIT FANS – Berbanding friends dan fans...ianya adalah istilah yang
berbeza di mana di facebook personal, kita gunakan friends manakala di
fanpage kita gunakan fans. Jika di akaun personal tadi kita hanya boleh
dapatkan sehingga 5,000 friends sahaja tetapi dengan menggunakan
fanpage..IANYA TIADA LIMIT. Ini menjadikan promosi kita tiada had
bergantung kepada jumlah fans kita. Jika kita ada 1000 fans, maka promosi
kita akan sampai ke 1000 fans tadi. Jika kita ada 1 JUTA fans, maka promosi
kita akan sampai kesemua 1 JUTA FANS tadi.
• FANS SELURUH DUNIA – maksudnya di sini anda boleh dapatkan fans
tersebut dari seluruh dunia, ini memberikan advantage jika anda ingin
memesarkan produk anda ke seluruh dunia. Saya tak menolak
kemungkinan ada MAT SALLEH yang akan beli produk anda nanti.
• TARGETED BUYERS – Fans di sini bermaksud peminat bukan kipas!
Hehehe... Mereka yang menjadi fans/peminat produk anda ini sebenarnya
ingin mendapatkan update dan promosi dari anda. Jadi mereka sudahpun
bersedia untuk membeli! Tinggal anda perlu selalu update tentang offer-
offer anda sahaja.
Punca fans?
Well takkan dengan membuka fanpage sahaja, dah ada fans?
Bukan begitu! Kalau ada pun mungkin sedikit (sangat sedikit). Jadi apa yang
perlu anda lakukan adalah beritahu pada mereka (pengguna facebook) tentang
kewujudan fanpage produk anda .
Dengan kata lainnya, anda perlu promosikan Fanpage anda untuk dapatkan
sebanyak like yang mungkin. Dan ini menggunakan Facebook Ads iaitu
pengiklanan di Facebook.
Dan ianya BERBAYAR!
Bagi anda yang mempunyai budget, cara ini adalah cara yang sangat berkesan
dan memang POWERFUL!
Ramai usahawan internet (lebih spesifik usahawan Facebook) menggunakan
medium ini untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan!
Saya ringkaskan untuk pemahaman anda, mereka menggunakan...
Facebook Fanpage + Facebook Ads = SALES
Memang tak boleh lari, inilah formula kejayaan kebanyakkan usahawan
Facebook!
Tetapi ramai lagi yang GAGAL berbanding yang berjaya hasilkan income
dengan cara ini disebabkan perkara-perkara berikut...
• KOS YANG TINGGI – Bagi yang mempunyai budget, memanglah takde
masalah! Terutama kalau anda mempunyai company bisnes sendiri...inilah
cara terbaik dan terpantas. Tapi kalau anda usahawan yang baru nak start,
modal pun tak banyak...cara ini mungkin akan SEDUT wang anda dengan
cepat sekali.
• TERLALU TEKNIKAL – Ada sesetengah orang dikurniakan pemahaman yang
cepat dalam bab-bab ni...tetapi ada juga yang sukar nak faham aspek-aspek
teknikal (walaupun mudah dan tak melibatkan coding, website dan
sebagainya). Dengan menggunakan FB Ads, anda perlu memahami apa itu
CPC, CPM, CTR...bila anda nak gunakan like marketing, bila pula nak guna
post page engagement dan sebagainya. Benda-benda ini bagai sesetengah
orang agak mengelirukan. Akhirnya di sebabkan benda ini, ramai yang give
up!
• BANYAK NAK KENA BELAJAR – Matlamat kita adalah nak hasilkan income
tetapi disebabkan ianya terlalu teknikal, kita terpaksa pula belajar dan
memahami aspek-aspek dalam Facebook ads ini pula.
• FACEBOOK ADS BERTUKAR-TUKAR – dulu belajar FB Ads, cara nya
lain...sekarang ni bila Facebook ubah jer interface dah lain pula caranya.
Kalau tak ikut...sales kita juga yang merana. Jadi antara masalah terbesar
dalam facebook ads adalah cara ads tersebut dibuat kerap berubah.
Kalau disebabkan cabaran-cabaran tersebut anda menyatakan bahawa sukar
untuk anda hasilkan income dari Facebook... maka anda bersikap TIDAK ADIL
pada diri anda dan tak mahu beri peluang untuk mencuba hasilkan sesuatu
melalui Facebook.
TIDAK MENGGUNAKAN facebook untuk melakukan bisnes adalah seperti anda
meninggalkan selonggok emas di atas meja! Ada pelbagai cara lain untuk anda
usahakan juga untuk hasilkan income tersebut.
Salah satu SOLUTION nya adalah...
Menggunakan Facebook Group!
Facebook group adalah group atau kumpulan yang ditubuhkan oleh anda atau
orang lin di Facebook bagi bertujuan untuk membincangkan tentang sesuatu
perkara, contohnya group Persatuan Penduduk Taman XXXXXX � contoh yang
direka-reka sahaja!
Jadi dah tentu facebook group untuk Persatuan Penduduk Taman XXXXXX tadi
akan membincangkan tentang taman perumahan mereka...mungkin dari segi
keselamatan, kejadian pecah rumah di taman tersebut, kemudahan-
kemudahan yang di offer oleh penduduk taman contohnya seperti kelas
tuisyen di taman tersebut dan sebagainya.
Dari pandangan seorang usahawan, group ini boleh dijadikan sebagai salah
satu platform untuk tujuan promosi produk tertentu.
Hanya ahli-ahli group sahaja yang akan nampak tentang promosi ini.
Ini adalah kelebihan menggunakan Facebook group bagi tujuan bisnes...
• KOS ZERO – Untuk anda dapatkan potential buyers atau prospek ke
Facebook Group, anda tidak perlu lakukan sebarang Facebook ads. Jadi di
sini bermakna anda tidak mengeluarkan kos untuk war-warkan tentang
kewujudan fb group anda.
• UNLIMITED MEMBER – Dalam group, tiada had ahli untuk join group
tersebut. Ini menjadikan anda boleh mempromosikan kepada seramai
mungkin orang yang berminat pada produk tersebut.
• UPDATE DI EMAIL – Sebagai admin di dalam Facebook group, update anda
bukan sahaja kelihatan di wall mereka yang join group facebook anda
sahaja. Bahkan mereka juga akan terima notifiksi dari admin (jika anda
pemilik group tersebut) terus ke email mereka. Kelebihan ini menjadikan
anda bukan sahaj dapat promosi di facebook wall semata-mata tetapi anda
juga berpeluang mempromosi terus ke email mereka.
• STRAIGHT TO THE POINT – Tak perlu pening-pening kepala lagi dah nak
study tentang fbads yang melibatkan CPC, CPM, CTR dan macam-macam
lagi yang mengelirukan bagi sesetengah orang. Nak promosi, terus buat je
dan boleh terus nampak result. Kan senang...
• CHANNEL PROMOSI BARU – Jika anda dah familiar dengan fbads, jangan
abaikan Kuasa FB Group ini kerana ianya merupakan salah satu lagi
medium promosi tambahan yang boleh anda gunakan selain dari Fanpage
dan FBads.
• 100% TRSUTED – Melalui Facebook Group, ahli akan nampak update di
news feed dan juga dapat notifikasi melalui email. Ini mengukuhkan lagi
relationship antara anda dan potential buyers/ client anda nanti. Jika
mereka tak mahu dapatkan produk itu sekarang...mereka mungkin akan
dapatkannya kemudian hari disebabkan promosi dan followup yang
berterusan. Tambahan pula, mereka boleh lihat komen (secara tak
langsung) anda menerima testimonial. Ini dapat meningkatkan
kepercayaan mereka terhadap produk anda.
Menjual di Facebook mestilah ada matlamat!
Anda perlu ketahui dulu apa produk yang boleh / sesuai di jual melalui
Facebook group.
Berikut adalah 3 jenis produk yang boleh anda jual melalui Facebook group
1. Produk Fizikal
Produk fizikal adalah produk yang boleh disentuh, dirasa, dilihat dan
sebagainya seperti menjual tudung. Dah tentu selepas bayaran dibuat,
tudung tersebut akan dihantar kepada buyer melalui pos dan buyer tadi
boleh memakai tudung tersebut. Contoh lain adalah seperti t shirt, ubat
kuruskan badan, buku, aksesori kereta dan lain-lain.
2. Produk Digital
Produk digital adalah produk seperti ebook, software, video yang boleh
di download terus dari laptop, smartphone, pc dan lain-lain. Produk
digital kini mendapat sambutan yang menggalakan di Malaysia dan ianya
mudah untuk dijual kerana ada kaedah tertentu di mana anda boleh
menjualnya tanpa perlu simpan stok, atau perlu mencipta produk
tersebut. Tambahan pula, hasilnya sangat lumayan berbanding dengan
produk digital.
3. Perkhidmatan / Servis
Servis yang biasa dijual di Facebook adalah seperti consultation, training,
membina website, servis pemasaran online dan sebagainya. Jika anda
mempunyai kemahiran tersebut, anda boleh tawarkan servis anda di
group. Contoh yang saya berikan tersebut hanyalah sebahagaian sahaja,
anda boleh berikan pelbagai servis lagi.
Ideanya sangat simple... begini,
1. Pilih SATU produk atau produk berkaitan sahaja. Contohnya anda nak
promote produk kurus, jadi fokus dalam group tu hanya produk kuruskan
badan sahaja BUKAN produk lain pula.
2. Tubuhkan Sebuah Facebook Group untuk promosikan sebuah produk.
Pastikan nama group jelas dengan tujuan group.
3. Invite seramai mungkin friends facebook anda ke group tersebut. AWAS!
Jangan main add jer...nanti nampak macam spamming, sebaiknya invite
sahaja.
4. Hebahkan atau beritahu tentang kewujudan group ini supaya lebih ramai
join. Lagi ramai lagi senang nak promote.
5. Banyakkan perbincangan atau berikan tips, idea di dalam group tersebut
untuk menampakkan group itu tidak tertumpu untuk menjual produk
semata-mata. Sekali sekala selit promosi produk.
Secara basicnya begitulah cara yang biasa digunakan oleh kebanyakkan
facebook marketer yang menggunakan platform facebook group untuk
menghasilkan jualan.
Memang betul, dengan menggunakan facebook group anda boleh hasilkan
income, tetapi masih ada beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi
nanti...
• TIADA IDEA PRODUK – Ramai yang nak bisnes di Facebook tapi sampai
sudah takde idea nak bisnes produk apa. Cadangan yang terbaik dan
termudah adalah dengan menggunakan produk digital.
• TIADA SIAPA NAK JOIN GROUP – Group dah buka dah, tapi bila ajak takde
orang pun nak join group. Mungkin anda tak ajak mereka dengan cara yang
betul yang membuatkan mereka “RASA PERLU” untuk join group anda ni
• MEMBERS YANG SEDIKIT – Kekuatan facebook group ini terletak pada
bilangan members dan kepercayaan mereka. Jika sedikit members, maka
agak sukar untuk anda hasilkan sales.
• TAK TAHU CARA PROMOSI – Dah ada members yang ramai dalam group
tapi tak tahu cara yang betul nak promosi supaya mereka tak leave group.
• PRODUK TERHAD – Dah habis idea dah nak jual apa, dah try itu dan ini tapi
sambutannya hambar, tak seperti yang diharapkan. Nak jual apa lagi ya?
Dan banyak lagi cabaran yang bakal di hadapi!
Namun begitu, cabaran-cabaran ini boleh anda atasi jika anda tahu bagaimana
untuk menguasai fb group.
Bukan semua halangan, cabaran dan masalah tiada penyelesaian! Pasti ada
jalan keluarnya...
JANGAN BIMBANG!
Cabaran-cabaran yang disebutkan tadi sebenarnya mempunyai
penyelesaiannya! Teruskan bacaan untuk mengetahui di mana anda boleh
ketahui dan pelajari secara step by step teknik-teknik menguasai fb group
dengan promosi produk digital...
Anda sebenarnya boleh mengetahui tentang perkara berikut...
• Peringkat awal sebelum anda menubuhkan group dan bagaimana untuk
anda mula dapatkan ahli-ahli group yang berminat tentang produk digital
anda yang hanya boleh ambil masa 10 hari sahaja untuk dilakukan.
• Teknik dan strategi bagaimana anda boleh CREATE INTEREST untuk ramai
orang join FB group anda. Apa yang akan MEMIKAT minat mereka untuk
join group anda.
• Apa yang anda perlu letakkan di Facebook group anda nanti supaya ianya
aktif dan lebih mudah untuk anda nak offer produk anda nanti.
• Bagaimana anda boleh KEMBANGKAN lagi bilangan ahli group anda dari
puluh-puluh ke ratus-ratus dan ke ribu-ribu ahli. Ada sedikit teknik viral +
_______ boleh anda gunakan.
• Teknik tambah ahli group secara DRASTIK menggunakan WALL POST
facebook orang lain dan mereka pun SUKA dan RELA HATI bantu anda
kembangkan lagi group anda tu!
• 7 Cara Monetization (hasilkan income) dari Facebook group anda. Ada
income kecil dan ada yang income BESAR!
• Bagaimana hasilkan 100% keuntungan tanpa cipta produk digital anda
sendiri. Ini adalah teknik pantas dan termudah hasilkan income melalui
produk digital.
• Miliki FULL CONTROL pada bisnes anda dengan bina list dari group FB anda.
Inilah yang akan SECURE bisnes anda dan memberikan income stable untuk
anda.
• Teknik PROMOTION LEVERAGE bagaimana mempergunakan ahli group
untuk promosikan produk dengan berikan ________ . Cara nak dapat
TRAFIK FREE ke offer anda.
Bukan saya yang akan menunjukkan teknik dan strategi tersebut TETAPI salah
seorang Top Internet Marketer di Malaysia iaitu Cikgu Hafis Anwar akan share
teknik-teknik serta strategi beliau kepada anda nanti...
Ramai student beliau telahpun berjaya menjana pendapatan RM4-5ANGKA
dari pelbagai cara bisnes samada di Facebook atau medium pemasaran
internet yang lain...
Ramai lagi dan banyak lagi testimonial student beliau yang telah SUKSES dalam
bisnes internet yang mereka usahakan.
Seperti yang saya janjikan di awal tadi, kini peluang anda untuk mengetahui
dari beliau bagaimana anda boleh menguasai fb group dan hasilkan income
darinya dengan mempromosikan produk digital.
Anda boleh dapatkan maklumatnya di sini!
http://l1nk.com/FbGroup KLIK LINK INI, JIKA ANDA INGIN KETAHUINYA!
Buat duit dari Facebook bukannya susah jika anda tahu
caranya! Nak dengan taknak sahaja!