PENGENALAN
Sebagai pengetahuan, pelajaran Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran
teras, selaras dengan status Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia,
Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu
perlu diperluaskan dan penggunaanya perlu diperbetulkan sama ada dari segi peraturan
tatabahasa yang betul dan tepat, struktur ayat dan sebagainya. Ini dapat melatih murid
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta mengungkapkan ilmu
pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain.Di samping itu ia dapat mengembangkan
pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif.
Justru, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka guru sebagai ejen penyampai
mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan amanah sebagaimana hasrat
dan cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan
pelajar mengharungi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada
abad ke 21.
Di dalam tugasan ini, saya diberi tugasan untuk menyiapkan tentang sukatan
pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan kami berfokuskan kepada
menghasilkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan
aspek-spek penggabungjalinan Kemahiran Bahasa, Kemahiran Bernilai tambah dan Sistem
Bahasa.
Diharapkan tugasan ini akan memberi banyak menafaat kepada kami dalam
menyempurnakan tugasan ini di samping memberi impak besar dalam pengajaran kami
sehari-hari di dalam kelas dan khasnya kepada anak didik kami yang sentiasa kehausan
ilmu pengetahuan.
1
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan di
negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam
semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.
Justru bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab harus dipikul oleh
mereka yang bergelar guru. Mereka mestilah menerapkan segala aspek di kalangan
pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab
ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan
kurikulum terpaksa dilakukan. Ada dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan
peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah
Pendidikan Negara.
Oleh yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah memberi
tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu
secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan
pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa
Melayu.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai
kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar
dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu.
2
UNSUR-UNSUR DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3
Unsur-unsur FPK
Memperkembangkan potensi individu
Warganegara yang beraklak mulia
Warganegara yang berilmu pengetahuan
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
Warganegara yang bertanggungjawab
Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
Insan yang seimbang dan harmonisBerkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri
Warganegara yang berketrampilan
Pendidikan diMalaysia suatu usaha berterusan
OBJEKTIF
.
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah
Pendidikan Negara, adalah terlebih baik bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia.
Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini
mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia
mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk
memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu
diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
1. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan
sehari-hari;
2. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan
bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
3. Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
4. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan
pengetahuan dan hiburan;
5.Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang
betul;
6. Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
7. Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
8. Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
9.Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
10.Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;
11.Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli
masyarakat yang berbilang keturunan.
4
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini
selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah
mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki,2003). Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-
murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.
ORGANISASI KURIKULUM
Organisasi kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah :
5
ORGANISASI KANDUNGAN
HASIL PEMBELAJARAN
SISTEM BAHASA
PENGISIAN KURIKULUM
HASIL PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN BAHASA
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
i.Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti ,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas.
ii.Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
iii.Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta
sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman
dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik
membaca. Mereka berupaya memahami dan menghayati teks yang dibaca.
iv.Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan
berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa
memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.
6
HASIL PEMBELAJARAN
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum
bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran
berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran
dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat
kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus
kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil
Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat
pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa
MMelayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan
peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek
kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran
yang lain pada peringkat rendah.
Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu aku yang terdiri daripada tatabahsa, ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.
7
8
SISTEM BAHASA
KOSA KATA-umum-istilah
TATABAHASA-morfologi-sintaksis
SISTEM EJAAN-Pola keselarasan vocal-Ejen Kata Pinjaman-Ejen kata dasar dan kata pinjaman
INTONASI MENGIKUT POLA-jenis ayat-susunan ayat-ragam ayat
SEBUTAN
-bahasa melayu
PERIBAHASA-simpulan bahasa-peribahasa-bahasa kiasan-perbilangan
PENGISIAN KURIKULUM
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan
terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan
sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar
cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini
dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai,
kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara
membangunkan masyarakat madani.
KONSEP 5P
RAJAH KONSEP 5P
9
PENILAIAN
PEMULIHAN
PENGGAYAAN
PENYERAPAN
PENGGABUNGJALINAN
PENEKANAN KONSEP 5P
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
a. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini
juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat
digabungjalinkan,sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau
kemahiran daripada mata pelajaran lain.
b. Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.
c. Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana
keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid
hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan
bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
d. Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
10
e. Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian
perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui
proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke
atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan
setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang
sesuai bagi murid.
11
12
Rajah: Perincian Konsep 5P
13
Penilaian
Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan
pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif P&P
Penilaian dilakukan secara berkala dan berterusan serta
tindakan susulan bagi mengetahui tahap penguasaan
danpencapaian murid
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan tahap satu
dipersembahkan dalam tiga lajur. Lajur pertama ialah pernyataan Hasil Pembelajaran,
lajur kedua ialah Huraian Hasil Pembelajaran dan lajur ke tiga ialah Cadangan Aktiviti/Nota.
i) Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran dalam lajur satu ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif
kurikulum bahasa. Pernyataanhasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang
set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran
bahasa yang terdapat dalamsetiap hasil pembelajaran. Dalamkonteks pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan
keempat-empat kemahiran bahasa,sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.
Hasil Pembelajaran tahap satu adalah seperti berikut:
KEMAHIRAN BAHASA HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA
MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.02.03.04.0
1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 2.1, 2.2 3.1, 3.2 , 3.3 4.1, 4.2, 4.3, 4.4
MEMBACA 5.06.07.0
5.1, 5.26.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.67.1, 7.2, 7.3
MENULIS 8.09.0
10.011.0
8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.69.1, 9.2, 9.310.1, 10.2, 10.311.1, 11.2, 11.3, 11.4
14
Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi kemahiran
berbual, bercerita, menyampaikan maklumat , dan berbincang. Kemahiran membaca pula
memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat, membaca dan memahami
maklumat serta membaca, menaakul, dan menghayati teks yang dibaca. Bagi kemahiran
menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakanpelbagai jenis ayat dan wacana
dalam menghasilkan penulisan. Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan
menyusun maklumat serta menghasilkanpenulisan kreatif dan bukan kreatif. Murid juga
dilatih unttuk membuat ulasan tentang penulisan yang dihasilkan oleh penulis lain.
b. Huraian Hasil Pembelajaran dan Aras Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas aras
kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka
sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling asas yang perlu dicapai
oleh semua murid. Kandungan kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang
harus dikuasai oleh semua murid. Aras 2 adalah aras bagi murid yang
berpencapaian sederhana manakala aras 3 ialah aras yang paling tinggi bagi murid yang
berpencapaian cemerlang. Pemeringkatan berdasarkan aras ini adalahsejajar dengan
pembelajaran masteri dengan membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa
mengabaikan murid-murid yang berpencapaian rendah.
Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh meneruskan
pembelajaran ke aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya seseorang murid masih tidak
berupaya mencapai Aras 1,maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut
sehingga murid boleh menguasai Aras tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini Penilaian
terhadap pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti sama
ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran seterusnya.
ii) Cadangan Aktiviti/Nota
Cadangan aktiviti dalam Jalur Aktiviti /Nota mengandungi cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah. Cadangan
disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta disesuaikan dengan elemen yang
terkandung di dalam Pengisian Kurikulum contohnya kemahiran meramal, menggunakan
kajian masa depan, atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi
seseorang murid. Semua cadangan tersebut hanyalah sebagai panduan guru. Guru bebas
memilih dan mengubahsuai teknik dan kaedah lain yang bersesuaian mengikut kebolehan
murid itu sendiri.
15
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3 Cerdas
Bilangan Murid : 24 orang
Tema : Pencemaran Alam Sekitar
Tajuk : Pencemaran Udara
Tarikh : 04 April 2014
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :
i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman
mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai
pencemaran
iii.Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran
dengan
menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1: (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 : (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan
pada intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3: (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan
ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
16
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
intonasi
Penyerapan/ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar, Sains
Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):
Kemahiran Berfikir(KBK) : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran
Mengkategori, meghubungkait, menjana idea,Memerhati
Kemahiran Belajar(KB) : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai (KP) : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam
sekitar dengan cara dialog dan membina ayat dengan
menggunakan ayat mudah.
Bahan Bantu Mengajar (BBB) : Power point, buku latihan dan alat tulis.
17
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Muridditayangkanpower point yangberkaitan denganjenis-jenispencemaran.
Set Induksi (5 minit)i)murid diminta untuk melihat paparan power pointdanmenghayatinya.
ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri..
iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini.
KB : menghubungkait,inferens
BCB: menonton dengan aktif
BBB : power point
Guru memberiTeks cerita yangberkaitan denganPencemaranUdara melaluipower point
Langkah 1 (15 minit)i)murid dikehendaki untuk mengeliksalah satu pautan yang disediakan.
ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat danmengikut intonansi serta gaya yang betul.
iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.
iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.
KB : membuat inferens
BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif.
BBB : teks cerita, powerPoint
18
Gurumengadakanperbincangankumpulan antara
Langkah 2 (15 minit)i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
KB : menghubungkaitkan,menjana idea
BCB : memprosesmaklumat dan melaporkan
KEKUATANKekuatan yang dikenalpasti daripada sesi pengajaran ini ialah penggunaan alat
bantu pengajaran yang bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk. Pada sesi set induksi,
murid-murid telah ditayangkan dengan pelbagai jenis pencemaran dan mereka dapat
menyebut satu-satu jenis pencemaran tersebut dengan baik. Ini menarik minat mereka
untuk mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya. Persembahan dalam bentuk power point
( untuk langkah 1) telah dapat menjimat dan mengoptimumkan masa yang ada seterusnya
memudahkan tugas guru untuk memberi penerangan kepada murid tentang isi pelajaran
dan tugasan yang diberikan.
KELEMAHAN
Beberapa kelemahan telah dikenalpasti iaitu dari segi pencahayaan yang terang
telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran dikalangan murid untuk membaca paparan
yang dipaparkan di skrin.Di samping itu, semasa membuat latihan, murid-murid yang lemah
tidak dapat membina karangan dengan baik.
CARA MENGATASI
Cara saya mengatasi kelemahan yang dikenalpasti ialah saya perlu menggunakan latar
belakang dan padanan warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata semasa merancang
pengajaran menggunakan power point. Di samping itu, penggunaan saiz huruf juga perlu
dititikberatkan. Untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak dapat membina karangan
dengan baik, murid-murid tersebut hanya diarahkan untuk membina lima ayat majmuk
berdasarkan kehendak soalan
20
REFLEKSI
Berkaitan tugasan ini pula, saya dapat memahami kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran
Menulis dengan lebih jelas lagi. Peluang untuk menghuraikan secara terperinci maklumat
tentang lima kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih dapat membantu saya
memahami dan mengenalpasti kelebihan dan kelemahan kaedah tersebut.
Sepanjang pelaksanaan tugasan kerja kursus BMM3101 ini,banyak pengetahuan
dan pengalaman baru yang telah saya pelajari. Antaranya ialah kepentingan pemilihan
teknik dan kaedah pembelajaran yang betul dan berkesansebelum merancang sesuatu
rancangan pengajaran harian untuk matapelajaran bahasa melayu .Teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran Bahasa amat penting untuk dikuasai bagi seseorang guru
Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana terlalu banyak teknik dan kaedah yang boleh
digunakan untuk mengajar murid dengan lebih efektif sekiranya dilaksanakan mengkut
kaedah pengajaran bahasa yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid-murid.
Selain itu, saya juga berpeluang untuk merancang satu pengajaran dan
pembelajaran yang menggabungkan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca dan Kemahiran Menulis berdasarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
dipilih. Pengalaman dan pengetahuan ini amat berharga bagi saya bukan sahaja pada hari
ini malah pada masa akan datang. Hasil daripada tugasan ini, saya menyedari bahawa topik
pengajaran kemahiran Bahasa Melayu amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Topik ini akan membantu saya merancang langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih sistematik untuk memaksimumkan hasil pembelajaran murid.
21
RUJUKAN
1. Azman Wan Chik, 1992, Mengajar Bahasa Malaysia(Strategi Pengajaran
dan Pembelajaran),Edisi kedua, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
180.
2. Mok Soon Sang, Pemulihan Pengayaan dan Isu Pendidikan, Edisi
Pertama,Kuala Lumpur,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.,125-126.
3. Pusat Perkembangan Kurikulum, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu tahun
3,2003,Kementerian Pelajaran Malaysia,
4. (http://rani-ipg.blogspot.com/2013/07/tugasan-projek-bmm-3101.html)
5. (http://tulisapaapasaja.blogspot.com/.../tugasan-projek-ppg-bm-3101-
pengajian.html)
6. (http://zaharatulamira.blogspot.com/p/kkbi-edu3101_5.html)
22