PENILALAN RURSUS PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK
BERASASKAN WEB DENGAN PENDEKATAN
KONSTRUKTIVIS
LA1 KIM LEONG
Tesis yang dikemukakan
Untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Sains (Sains Kognitif)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia
saya, Dr. Hong Kian Sam yang sentiasa memberi sokongan, dorongan, nasihat
dan bimbingan dalam meneliti perkembangan dan kemajuan saya sepanjang
tempoh kajian tanpa mengenali penat lelah dan masa. Sesi bimbingan dan
komen-komen secara kritis dan membina yang diberikan amat berfaedah kepada
saya dalam menjalankan kajian serta menyiapkan tesis saya. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Shahren Ahmad Zaidi, Dekan
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia
Sarawak ke atas dorongan dan sokongan berterusan yang beliau berikan.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Dr. Toh Wah Seng dan Dr.
Paul Lau Ngee Kiong atas nasihat dan dorongan semasa menyiapkan tesis.
Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada En. Raymond Kho atas nasihat
mengenai aspek-aspek teknikal dalam merekabentuk dan pelaksanaan kursus
berasaskan Web. Ribuan terima kasih juga kepada peserta-peserta kursus yang
sudi meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam kajian ini.
Akhir sekali, saya ingin mendedikasikan tesis ini kepada isteri saya Ling Siew
Eng serta anak-anak saya Ryner, Sherlyn, Alden dan Alson yang menjadi
sumber dorongan dan inspirasi sepanjang kajian ini.
Kursus penyelesaian masalah matematik merupakan salah satu komponen
kursus matematik yang wajib untuk pelajar pengkhususan matematik di
maktab perguruan di Malaysia. Walaubagaimana pun, pelajar menghadapi
masalah dengan kursus ini yang dijalankan secara bersemuka kerana kekangan
masa. Oleh kerana Web telah dikenalpasti sebagai mempunyai ciri-ciri yang
dapat meningkatkan prestasi pelajar, kajian ini telah dilaksanakan untuk
menyelidiki keberkesanan pengajaran kursus penyelesaian masalah matematik
berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis. Kajian ini bertujuan
meneliti persepsi dan kepuasan peserta dalam persekitaran pembelajaran
berasaskan Web, sikap peserta terhadap matematik, kemahiran penyelesaian
masalah matematik, kemahiran berfikir secara kritis dan hubungan antara
pencapaian kursus dengan jantina serta kemahiran komputer peserta. Seramai
37 peserta telah menjadi sampel kajian ini. Peserta kursus perlu menyelesaikan
masalah-masalah matematik yang tulen berasaskan Model Polya dalam
kumpulan kecil seramai 4-5 orang melalui konferens komputer. Konferens
komputer membolehkan peserta membincang, berkongsi pengetahuan dan
penyelesaian sepanjang kursus. Kaedah kuantitatif dan kualitatif seperti sod
selidik, ujian pencapaian penyelesaian masalah matematik serta sesi temubual
digunakan untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan Web. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa kebanyakan peserta berpuas hati dengan pengalaman
pembelajaran yang mereka alami. Peserta mempersepsikan bahawa mereka
perlu mempunyai sikap yang positif, berdisiplin, berdikari dan mempunyai
keyakinan diri untuk berjaya dalam kursus ini. Walaubagaimana pun, tiada
perubahan yang signifikan dalam sikap peserta terhadap matematik. Hasil
kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam
dua kemahiran menyelesaikan masalah matematik Model Polya iaitu langkah
"memahami masalahn dan langkah "merancang pelann. Kursus berasaskan Web
tidak meningkatkan keupayaan peserta dalam langkah "melaksanakan pelan"
dan langkah "mengimbas kembalin. Hasil kajian juga menunjukkan
peningkatan yang signifikan dalam kemahiran bedikir secara kritis atau
pemikiran aras tinggi di kalangan peserta. Peserta kursus berpendapat bahawa
kursus ini memberi peluang kepada mereka untuk befikir secara mendalam,
logik dan sistematik serta berupaya menjana pemikiran secara kritis. Selain
daripada itu, dapatan kajian menunjukkan peserta yang lebih mahir dalam
kemahiran komputer menunjukkan pencapaian penyelesaian masalah
matematik yang lebih baik berbanding dengan peserta dengan kemahiran
komputer yang rendah. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam pencapaian peserta berasaskan jantina peserta.
Evaluation of a Web-based Mathematics Prob1emSolvi.g Course using a
Constructivist Approach
ABSTRACT
/" Mathematics problem solving course is one of the compulsory courses for students majoring in mathematics at teacher training colleges in Malaysia.
However, students encountered problems with the face-to-face version of this
course due to time constraints. As the Web has been identified with
characteristics that could improve students' achievement, this study was
conducted to investigate the effectiveness of teaching a mathematics problem
solving course via the Web using a constructivist approac This study looked at Y" participants' perception and satisfaction with the Web-based learning
environment, attitudes towards mathematics, mathematical problem solving
skills, critical thinking skills and the relationship between course achievement
with gender and computer skills. A total of 37 participants were the sample of
this study. Participants were required to solve authentic mathematics problems
in small group of 4-5 participants based on Polya's Model via computer
conferencing. Computer conferencing enabled the participants to discuss and
shared knowledge and solutions throughout the course. Quantitative and
qualitative methods such as questionnaires, mathematics problem solving
achievement test and interviews were used to evaluate the effect of Web-based
learning. Findings in this study showed that the majority of the participants
were satisfied with their learning experiences. The participants also perceived
that they need to have positive attitudes, self discipline, independent, and self
confidence to succeed in the course. However, there were no significant changes
in the participants' attitudes towards mathematics. Findings in this study also
showed that there were significant increases in the participants' problem solving
skills of "understanding the problem" and "devising a plan" based on Polya's
Model. This Web-based course did not improve the participants' problem solving
skills in "plan implementationn and "reflection". The findings showed that there
was a significant improvement in the participants' critical thinking skills or
higher order thinking skills. The participants felt that this course gave them the
opportunities to think in greater depth, be more logical and systematic and they
were able to generate critical thinking skills. Furthermore, the findings of this
study showed that the participants with better computer skills performed better
in mathematics problem solving as compared to those with lower computer skills.
However, there were no significant differences in the participants' achievements
based on gender.
JADUAL IS1 RANDUNGAN
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Jadual isi kandungan
Senarai j adual
Senarai rajah
Bab 1 Pengenalan
1.0 Pengenalan
1.1 Pernyataan masalah
1.2 Soalan-soalan kajian
1.3 Signifikan kajian
1.3.1 Sumbangan kepada literatur
1.3.2 Implikasi terhadap amalan
1.3.3 Implikasi terhadap amalan dan sumbangan kepada
literatur dalam konteks di Malaysia
1.4 Limitasi kajian
1.5 Definisi istillah
Bab 2 Tinjauan literatur
2.0 Pengenalan
2.1 Pengajaran berasaskan Web
2.2 Konstruktivisme
2.2.1 Persekitaran dan pedagogi pembelajaran konstruktivis
2.2.2 Konstruktivisme dan pengajaran berasaskan Web
2.3 Penyelesaian masalah matematik
2.3.1 Penyelesaian masalah matematik dan pembelajaran
berasaskan Web
xi
xii
2.7.1
2.7.2
2.8
Bab 3
3.0
3.1
3.1.1
3.2
3.3
Pemikiran kritis
Pemikiran kritis dan pengajaran berasaskan Web
Sikap terhadap matematik
Sikap terhadap matematik dan pengajaran berasaskan
Web
Penilaian kursus berasaskan Web
Kepuasan pelajar terhadap kursus berasaskan Web
Persepsi pelajar terhadap kursus berasaskan Web
Pencapaian dalam kursus berasaskan Web
Hubungan antara ciri-ciri pelajar dengan pencapaian
kursus berasaskan Web
Jantina
Kemahiran sedia ada komputer
Kesimpulan
Pengkaedahan
Pengenalan
Reka bentuk kajian
Langkah-langkah mencegah ancaman dalaman
Peserta kajian
Penerangan kursus penyelesaian masalah matematik
melalui Web
Ciri-ciri umum bagi kursus berasaskan Web
Model untuk mereka persekitaran pembelajaran
konstruktivis
Instrumen kajian
Ujian pencapaian penyelesaian masalah mtematik
Soal Selidik A: Soal selidik kemahiran dan pengalaman
menggunakan komputer dan Web
3.6.4
3.6.5
3.7
Bab 4
4.0
4.1
4.1.1
Soal Selidik B: Kemahiran penyelesaian masalah
matematik
Soal Selidik C: Pindaan skala sikap matematik Aiken
(Aiken revised mathematics attitude scale)
Soal Selidik D: Soal selidik persepsi guru pelatih terhadap
kursus berasaskan Web
Soalan temubual
Prosedur pengumpulan data
Analisis data
Persepsi peserta terhadap kursus berasaskan Web
Sikap peserta terhadap matematik
Kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian
masalah matematik
Kemahiran penyelesaian masalah matematik
Ciri-ciri peserta dengan pencapaian kursus
Kesimpulan
Keputusan
Pengenalan
Persepsi peserta terhadap kursus berasaskan Web
Soalan kajian 1: Adakah peserta kursus berpuas hati
dengan kursus penyelesaian masalah matematik
berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis?
Soalan kajian 2: Apakah aspek-aspek kursus penyelesaian
masalah matematik berasaskan Web dengan pendekatan
konstruktivis yang membantu pembelajaran peserta?
Reka bentuk kursus berasaskan Web
Masalah tulen (authentic problem)
Interaksi dalam kursus berasaskan Web semasa
konferens komputer
Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan
konferens komputer
4.6
Bab 5
5.0
5.1
5.1.1
Soalan kajian 3: Apakah aspek kursus penyelesaian
masalah matematik berasaskan Web dengan pendekatan
konstruktivis yang menghalang proses pembelajaran?
Sikap terhadap matematik 165
Soalan kajian 4: Adakah kursus penyelesaian masalah 166
matematik berasaskan Web dengan pendekatan
konstruktivis dapat memperbaiki sikap peserta terhadap
matematik?
Kemahiran berfikir secara kritis
Soalan kajian 5: Adakah pendekatan konstruktivis
berasaskan Web dapat mempertingkatkan kemahiran
berfikir secara kritis peserta dalam proses penyelesaian
masalah matematik?
Kemahiran penyelesaian masalah matematik
Soalan kajian 6: Adakah kursus penyelesaian masalah
matematik berasaskan Web dengan pendekatan
konstruktivis dapat mempertingkatkan kemahiran
penyelesaian masalah matematik peserta?
Ciri-ciri peserta dengan pencapaian kursus
Soalan kajian 7: Adakah wujud perbezaan antara
pencapaian kursus peserta berasaskan jantina dan
kemahiran komputer?
Ringkasan 175
Perbincangan dan kesimpulan
Pengenalan 178
Perbincangan hasil-hasil kajian 178
Persepsi peserta terhadap kursus penyelesaian masalah 178
matematik berasaskan Web dengan pendekatan
konstruktivis
5.1.1.1 Tahap kepuasan peserta terhadap kursus
5.1.1.2 Aspek-aspek kursus yang membantu proses pembelajaran
5.1.1.3 Aspek-aspek kursus yang menghalang proses
pembelajaran
5.1.2 Sikap terhadap matematik
5.1.3 Kemahiran berfikir secara kritis
5.1.4 Kemahiran penyelesaian masalah matematik
5.1.5 Ciri-ciri peserta dan pencapaian kursus
5.2 Implikasi kajian
5.2.1 Implikasi untuk fasilitator kursus berasaskan Web
5.2.2 Implikasi kepada peserta kursus berasaskan Web
5.2.3 Implikasi untuk kajian masa hadapan
5.3 Kesimpulan
Bibliografi
Lampiran
Larnpiran 1 Surat kepada peserta
Lampiran 2 Maklumat untuk peserta
Lampiran 3 Borang persetujuan untuk peserta
Lampiran 4 Soal Selidik A: Soal selidik kemahiran dan
pengalaman menggunakan komputer dan Web
Lampiran 5 Soal Selidik B: Kemahiran penyelesaian masalah
matematik
Lampiran 6 Soal Selidik C: Pindaan skala sikap matematik
Aiken (Aiken revised mathematics attitude scale)
Lampiran 7 Soal Selidik D : Soal selidik persepsi guru pelatih
terhadap kursus berasaskan Web
Lampiran 8 Soalan temubual
Lampiran 9 Ujian pencapaian penyelesaian masalah matematik
Modul kursus penyelesaian masalah matematik
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1
Jadua13.2
Jadual 3.3
Jadual 3.4
Jadual 4.2
Fasa penyelesaian masalah dan soalan yang dapat
dikemukakan
Jadual spesifikasi ujian pencapaian
Klasifikasi item Soal Selidik B
Klasifikasi item Soal Selidik C
Kategori sikap terhadap matematik berdasarkan
skor untuk Soal Selidik C
Persepsi peserta kursus terhadap kursus
berasaskan Web
Persepsi peserta mengenai sistem penyampaian dan
struktur kursus
Persepsi peserta mengenai pembelajaran individu
Persepsi peserta mengenai dinarnik kumpulan kecil,
peranan fasilitator, dan bahan pembelajaran yang
digunakan semasa konferens komputer.
Sikap terhadap matematik
Analisis ujian-t bersandar untuk skor kemahiran
berfikir secara kritis
Kemahiran menyelesaiakan masalah matematik
Ciri-ciri peserta dan pencapaian kursus
SENARAI RAJAH
Rajah 2.1
Rajah 3.1
Rajah 3.2
Rajah 3.3
Rajah 3.4
Rajah 3.5
Rajah 3.6
Rajah 3.7
Rajah 3.8
Rajah 3.9
Rajah 3.10
Rajah 3.11
Model pembelajaran berasaskan Web
Paradigma kajian
Muka utama laman aktiviti pembelajaran
Muka kandungan kursus
Forum kumpulan
Jadual kursus
Ringkasan kursus berasaskan Web
Model untuk mereka bentuk persekitaran
pembelajaran konstruktivis
Contoh-contoh masalah tulen
Contoh soalan yang memerlukan penglibatan
peserta yang aktif
Forum matematik
Refleksi mingguan peserta
BAB SATU
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Internet ialah sistem rangkaian dan infrastruktur rangkaian yang kompleks
yang menghubungkan be rjuta komputer secara global serta membolehkan
sesuatu komputer berkomunikasi dengan komputer yang lain. Komputer
dengan capaian Internet dapat menggunakan kemudahan-kemudahan seperti
me1 elektronik (e-mail), telnet, protokol pemindahan fail (file transfer protocol)
dan juga Web (Khurana, 2002).
Web ialah satu sistem maklumat hiperteks maya yang menggunakan Internet
sebagai satu mekanisme penyaluran untuk memaparkan maklumat dalam
bentuk graflk, video, teks atau audio. Sistem ini menyokong dokumen-dokumen
yang diformat dengan bahasa yang disebut sebagai 'hypertext markup language'
(html). Dokumen-dokumen pada Web dapat diakses dengan menggunakan
pelayar Web seperti 'Netscape Navigator' dan 'Microsoft's Internet Explorer'
(Khurana, 2002).
Web merupakan gelombang kedua dalam revolusi digital yang bermula dengan
pengenalan komputer peribadi pada tahun lapan puluhan (Wilson & Lowry,
2000). Web telah menjadi semakin berkuasa, global, interaktif, dan merupakan
satu medium dinamik untuk berkongsi maklumat (Khan, 1997).
Dari perspektif pendidikan, Web amat sesuai digunakan sebagai alat untuk
pengajaran dan pembelajaran dengan ciri-ciri seperti ramah pengguna, kos
berkesan, fleksibel secara global, disokong industri, dapat diakses tanpa
kekangan tempat dan masa dan berkeupayaan untuk memantau kemajuan
(Gallagher, 2001; Khan, 1997). Selain daripada itu, Web yang berbentuk
multimedia dan interaktif juga dapat menyokong pembelajaran yang berasaskan
pendekatan kolaboratif d m kooperatif, mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang formal dan tak formal serta memungkinkan interaksi antara budaya dan
pelbagai pakar (Hackbarth, 199713).
Perkembangan pesat Web telah mencetuskan perubahan dalam sistem
pendidikan. Institusi pendidikan di seluruh dunia semakin menggunakan Web
sebagai alat pengajaran dan pembelajaran (Bullock & Schomberg, 2000;
Downing, 2001; Khan, 1997; McIsaac & Gunawardena, 2001; McKimm, Jollie &
Cantillon, 2003). Institusi pendidikan yang mengendalikan program tradisional
dan juga program pendidikan jarak jauh telah berusaha mengkaji semula
pendekatan pedagogi dengan mengintegrasikan teknologi Web dalam kursus
mereka. Pelbagai laman Web telah direka untuk membekalkan aktiviti dan
kursus berasaskan Web untuk semua peringkat pendidikan dalam pelbagai
mata pelajaran (Hackbarth ,1997b; Khan, 1997). Pelajar yang terlibat dalam
pembelajaran berasaskan Web memerlukan persekitaran pembelajaran yang
kaya d m disokong dengan resos yang direka dengan baik (Reigeluth & Khan,
1994). Web sebagai medium pembelajaran dan pengajaran mempunyai potensi
untuk menyokong perekaan resos ini secara sistematik serta melaksanakan
aktiviti pembelajaran yang produktif (Hackbarth, 1997b; Khan, 1997).
Dalam merekabentuk bahan pengajaran berasaskan Web, dua golongan
pemikiran pedagogi wujud iaitu objektivis dan konstruktivis. Kedua-duanya
terletak pada dua hujung suatu kontinum dan memberi pandangan yang amat
berbeza tentang bagaimana pengetahuan dan makna diwakil, dibentuk serta
bagaimana pembelajaran berlaku (Reeves & Reeves, 1997). Mengikut Reeves
dan Reeves (1997), pendidik objektivis berpendapat bahawa pengetahuan
terletak di dunia luar dan tidak bergantung kepada minda. Pengetahuan boleh
dicirikan dengan objektif sebagai sebutan konkrit yang perlu dipindahkan atau
dikomunikasikan daripada pengajar kepada pelajar. Dalam merekabentuk
pelajaran objektivis, pengajar menetapkan objektif pelajaran, memaparkan isi
kandungan dan menyampaikan bahan pembelajaran melalui pendekatan yang
sistematik.
Sebaliknya, konstruktivis percaya bahawa pelajar secara individu membina
struktur kognitif berasaskan kepada pengetahuan yang lepas dan juga apa yang
mereka alami dalam persekitaran pembelajaran yang berlainan. Mengikut
Reeves dan Reeves (1997), pengetahuan tidak wujud di luar minda manusia.
Kefahaman mengenai realiti adalah dibina secara individu dan sosial
berasaskan pengalaman yang lepas. Reka bentuk pembelajaran konstruktivis
akan menyediakan persekitaran pembelajaran dalam konteks yang realistik dan
interaksi sosial melalui komunikasi dan kolaborasi. Pembelajaran konstruktivis
melibatkan tugasan atau masalah tulen (authentic task or problem) yang
bermakna, kaya maklumat (information rich), kompleks, berkait dengan konteks
dunia nyata serta releven kepada pelajar. Selain daripada itu, pembelajaran
konstruktivis juga menyediakan pelbagai peluang untuk pelajar membuat
sintesis, menyusun dan menstruktur semula untuk menjana maklumat. Aktiviti
ini dapat membantu pelajar mengintegrasikan kefahaman daripada pelbagai
perspektif (multiple perspective) melalui refleksi (reflection). Dalam refleksi,
pelajar melakukan renungan kendiri mengenai proses pembelajaran yang telah
dilalui, keputusan-keputusan yang telah dibuat serta strategi-strategi yang telah
digunakan. Proses ini dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar dan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang dibina dalam situasi yang baru (Jonassen,
Peck, & Wilson, 1999).
Persoalan yang timbul ialah dari kontinum objektivis ke konstruktivis, apakah
teori pembelajaran dan pedagogi yang sesuai digunakan dalam pembelajaran
berasaskan Web untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran?
Banyak institusi pengajian tinggi kini terlibat dalam aktiviti membangunkan
kursus dalam talian yang direka untuk menyokong pembelajaran yang fleksibel.
Secara umumnya, resos Web yang direka dan dihasilkan menggunakan
sepenuhnya keupayaan teknologi moden memberi satu gambaran yang
menggalakkan. Namun resos ini belum menunjukkan perubahan ketara dari
segi pedagogi pengajaran dan pembelajaran (Burbules & Callister, 2000;
Dehoney & Reeves, 1999; Mioduser, Nachmias, Lahav, & Oren, 2000).
Berdasarkan analisis dan penilaian sistematik bahan pembelajaran berasaskan
teknologi, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan laman Web masih berasaskan
teks dan tidak menunjukkan pendekatan pedagogi terkini (contoh, penggunaan
aktiviti inkuiri, aplikasi prinsip konstruktivisme dan juga penggunaan kaedah
penilaian alternatif). Senario ini dapat dirumuskan sebagai 'satu langkah ke
hadapan untuk teknologi tetapi dua langkah ke belakang untuk pedagogi'
(Mioduser et al., 2000). Secara umurnnya, penggunaan Web sebagai satu
medium pengajaran dan pembelajaran belum lagi diasaskan sepenuhnya kepada
teori pedagogi yang kukuh (Bannan & Milheim, 1997; Miller & Miller, 2000; Ring
& McMahon, 1997).
Dapatan penyelidikan mencadangkan bahawa lebih banyak tumpuan perlu
diberi kepada aspek pedagogi dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan Web. Lebih tumpuan juga perlu ditujukan kepada
penyelidikan dan perkembangan model pedagogi untuk pengajaran dan
pembelajaran berasaskan Web (Windschitl, 1998).
Menurut Kaufman (1998), hasil pembelajaran yang diharapkan mungkin tidak
tercapai sekiranya para pendidik kekal menggunakan pendekatan tradisional
dalam menyampaikan pelajaran dengan menggunakan medium yang baru
seperti Internet dan Web. Padangan ini turut disokong oleh Gan (2000) yang
mencadangkan bahawa pembelajaran elektronik yang menggunakan pendekatan
tradisional mungkin tidak dapat mengeksploitasikan potensi teknologi ini
dengan sepenuhnya. Jika teknologi dilaksanakan tanpa perubahan yang selari
dalam amalan pedagogi, maka penggunaan Web tidak akan menjamin
pembelajaran berkesan akan berlaku (Teasley, 1996).
Kebelakangan ini, para pendidik semakin menggunakan pendekatan
konstruktivis dalam merekabentuk kursus berasaskan Web (Bragg, 1999;
Downing, 2001; Gold, 2001; Greening, 1998; Jiang & Ting, 1998; Kanuka &
Anderson, 1998; Lim, 2003; Puntambekar, 1999; Reeves, 1996). Lim (2003)
dalam kajiannya telah membandingkan kesan pendekatan konstruktivis
berbanding dengan pendekatan langsung dalam pembelajaran berasaskan Web
ke atas pencapaian sains serta kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pencapaian sains dan kemahiran aras tinggi
pelajar yang mengikuti pendekatan konstruktivis adalah lebih tinggi daripada
mereka yang mengikut pendekatan langsung. Gold (2001) dalam kajiannya
telah mengaplikasikan pendekatan konstruktivis untuk latihan dalam talian
(online) bagi guru-guru. Dapatan kajiannya menunjukkan bahawa kursus ini
be jaya mengubah sikap peserta terhadap kursus dalam talian dan mereka lebih
sanggup menggunakan Web dalam melaksanakan tugasan.
Salah satu potensi Web dari perspektif konstruktivis adalah dalam
menggalakkan interaksi dan penglibatan pelajar (Lavooy & Newlin, 2003;
Shotsberger, 1996). Penyelidikan dalam bidang pendidikan telah mencadangkan
bahawa kaedah pengajaran yang melibatkan kolaborasi dan interaksi sesuai
menggunakan Web sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (McMahon,
1997). Dillenbourg (1999) serta Tsoi, Goh dan Chia (2000) telah melaporkan
persekitaran pembelajaran berasaskan Web dapat memupuk refleksi,
perbincangan dan pembinaan pengetahuan secara kolaboratif. Pembelajaran
berasaskan Web memberi peluang kepada pelajar untuk menglibatkan diri
secara aktif dalam proses pembelajaran dan berkomunikasi dengan pelajar yang
lain. Kesimpulannya, konstruktivisme sosial (Vygotsky, 1978) yang
menggalakkan pelajar berkolaborasi dan membuat refleksi untuk bersama-sama
membina (co-construct) kefahaman yang baru dalam konteks inkuiri melalui
pengalaman personal (O'Connor, 1998) dapat memaksimumkan potensi Web
dalam menyampaikan pengaj aran dan pembelaj aran. W alaubagaimana pun,
Becker (2002) memberi komen bahawa pendidik tidak seharusnya
mengandaikan bahawa pelajar akan menerima dan berminat belajar dalam
persekitaran pembelajaran berasaskan konstruktivis. Pendapat pelajar
terhadap nilai pembelajaran dalam elemen-elemen konstruktivis adalah penting
untuk memastikan keberkesanan kursus. Ini adalah kerana kepuasan pelajar
terhadap kursus akan mempengaruhi pembelajaran serta mempunyai impak
terhadap kejayaan sesuatu kursus (Arbaugh & Duray, 2002). Oleh itu, kajian
dalam keberkesanan pembelajaran konstruktivis berasaskan Web perlu
dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar serta kepuasan pelajar terhadap
kursus tersebut.
Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan,
reka bentuk pengajaran dan pengalaman pembelajaran yang ingin disampaikan
seharusnya mengambil kira keperluan dan ciri-ciri individu yang berbeza
(Kaufman, 1998). Hasil kajian mengenai perbezaan individu dari segi
kemahiran sedia ada komputer pelajar dan hubungannya terhadap kepuasannya
terhadap kursus berasaskan Web menunjukkan dapatan yang bercanggah.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kemahiran sedia ada komputer
tidak mempengaruhi kepuasan pelajar dan pencapaian dalam pembelajaran
berasaskan Web (Fredericksen, Pickett, Pelz, Shea, & Swan, 2000; Sanders &
Morrison-Shetlar, 2001; Swan, Shea, Federicksen, Pickett, Pelz, & Maher, 2000).
Sebaliknya, Wen dan True11 (2001) melaporkan bahawa pelajar dengan
kemahiran sedia ada komputer yang baik menunjukkan pencapaian yang lebih
baik dalarn kursus berasaskan Web. Justeru itu, adalah juga wajar kajian
lanjutan dijalankan untuk memastikan hubungan antara kemahiran sedia ada
komputer pelajar dengan pencapaian dalam persekitaran pembelajaran
konstruktivis berasaskan Web.
Berkaitan dengan sikap terhadap matapelajaran pula, Ma dan Kishor (1997)
melaporkan wujudnya hubungan yang positif antara sikap terhadap matematik
dan pencapaian dalam matematik. Selain daripada itu, Boaler (1997a, 199713)
dan Ridlon (1999) mendapati pendekatan kolaboratif dapat mewujudkan sikap
yang positif terhadap matematik di kalangan pelajar.
Dalam pembelajaran berasaskan Web, salah satu teknologi yang sering
digunakan untuk melaksanakan pembelajaran konstruktivisme sosial ialah
komunikasi berlandaskan komputer (computer mediated communication, CMC).
CMC merupakan bidang yang sedang berkembang (Romiszowski, 1997).
Menurut Gunawardena, Lowe dan Anderson (1997), CMC merujuk kepada
pertukaran mesej antara kumpulan peserta kursus dengan menggunakan
rangkaian komputer yang bertujuan untuk membincangkan topik dengan minat
yang sama. CMC merangkumi e-mel, 'Usenet', konferens komputer dan dapat
disokong oleh pautan audio dan video (Adrianson, 2001).
Seng, Chun, Siew dan Wettasinghe (2003) menyarankan bahawa kemahiran
CMC merupakan salah satu kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh generasi
guru yang baru. Teknologi ini dapat melibatkan guru dengan aktif dan
interaktif dengan pelajar dalam perbincangan (Aylward & Mackimon, 1999).
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa CMC dapat menyokong
pembelajaran pelajar (Lai, 1996; Perkins & Newman, 1995; van Gorp, 1998).
Kajian CMC berasaskan konferens komputer bertumpu kepada aspek seperti
corak interaksi (Hillman, 1999), kehadiran sosial (social presence) dan
pencapaian (Picciano, 2002), corak penglibatan dan ciri-ciri pelajar (Hong, 2002),
penglibatan peserta dan fasilitator kursus (Ngu, 20021, sikap pelajar dan
penglibatan (Williams & Puny, 2002), serta corak komunikasi, kandungan
dalam mesej dan persepsi terhadap persekitaran pembelajaran (Lai, 1997, 1998).
Selain daripada itu, Meyer (2004) juga mengkaji kuantiti dan kualiti
perbincangan, aras pemikiran dan pemikiran kritis dalam konferens komputer.
Kajian oleh Hong (2002) untuk kursus berasaskan Web dengan pendekatan
pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning) pula telah mengkaji
kewujudan pemikiran kritis semasa konferens komputer dengan menganalisis
mesej-mesej di bawah klasifikasi kategori kehadiran kognitif (cognitive presence),
kehadiran sosial (sosial presence) dan juga kehadiran pengajaran (teaching
presence). Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan kekurangan pernikiran
kritis semasa konferens komputer khususnya untuk mesej dalam kategori
kehadiran kognitif (cognitive presence).
Senario pendidikan semasa di Malaysia
Untuk merealisasikan Wawasan 2020, tenaga pekerja perlu celik teknologi dan
mempunyai pemikiran yang kritikal, dan bersedia untuk melibatkan diri
sepenuhnya dalam ekonomi global abad ke-21 (Smart School Project Team,
1997). Untuk mencapai wawasan ini, sistem pendidikan negara perlu
dimantapkan. Salah satu pemangkin transformasi sekolah ke arah
pembentukan pekerja ilmuan adalah sekolah bestari yang disokong teknologi.
Sekolah bestari ialah satu institusi pembelajaran yang telah direka semula
secara sistematik dari segi amalan pembelajaran dan pengurusan sekolah
supaya dapat menyediakan generasi muda untuk zaman maklumat (Smart
School Project Team, 1997). Program sekolah bestari telah mula dilaksanakan
pada tahun 1999 untuk 90 buah sekolah di Malaysia. Matlarnat sekolah bestari
adalah untuk perkembangan pelajar secara menyeluruh, memperkembangkan
kekuatan dan kebolehan individu, melahirkan tenaga kerja yang celik teknologi
serta berkebolehan berfikir (Smart School Project Team, 1997).
Pusat Perkembangan Kurikulum juga sentiasa menyemak semula kurikulum
sekolah serta menekankan pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir
serta integrasi teknologi dalam bilik darjah (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2002).
Kerajaan Malaysia juga menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, khususnya Web dan Internet untuk memupuk sebuah masyarakat
belajar (Bajunid, 2001). Majlis Teknologi MaMumat Nasional Malaysia bagi
pembelajaran elektronik (http://www.nitc.org.my/) mencadangkan bahawa
pembelajaran di Malaysia pada milinium yang baru seharusnya menggunakan
Web serta teknologi maklumat dan komunikasi yang lain untuk menjana dan
mengekalkan persekitaran pembelajaran yang bermakna. Proses pembelajaran
hams menghasilkan rakyat Malaysia yang menjadi pembina pengetahuan dan
bukan hanya sebagai pengguna pengetahuan (Bajunid, 2001). Penekanan adalah
kepada pembelajaran seumur hidup, pembentukan masyarakat berasaskan ilmu
dan peruntukan pembelajaran yang fleksibel tanpa kekangan masa dan ruang.
Bagaimanapun, Hong (2002) memberi komen bahawa penyelidikan dan
pembelajaran berasaskan Web di Malaysia menunjukkan kekurangan dari segi
hala tuju dan usaha. Kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan Web dan hiperteks juga amat berkurangan (Hong, 2002).
Tambahan pula, literatur bagi penggunaan Web untuk pengajaran dan
pembelajaran adalah amat terhad dan lebih tertumpu kepada aplikasi daripada
teori (Ashfahani, 2001; Chiew, 2000; Hajizainuddin, 1999; Low, 2004; Mogana,
2003; Ngu, 2002; Sa'adiah, 2001; Seh, 1998).
Daripada tinjauan literatur, kebanyakan kajian yang dijalankan adalah
daripada negara barat dan tidak banyak kajian di Malaysia yang berasaskan
konteks tempatan. Tambahan pula, kajian mengenai penyelesaian masalah
matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis amat kekurangan.
Oleh itu, kajian lanjutan berasaskan konteks tempatan harus dikendalikan
untuk melihat sama ada kursus tersebut dapat mempertingkatkan kemahiran
berfikir secara kritis, kemahiran penyelesaian masalah matematik serta
pembentukan sikap yang positif terhadap matematik di kalangan pelajar.
Dapatan kajian mengenai kepuasan, persepsi dan pencapaian pelajar terhadap
kursus berasaskan Web juga masih bercanggah. Sebilangan kajian melaporkan
lai kim leong
Top Related