1
SIDANG REDAKSI
Penaung
Dr. Burhan bin Che Daud
Pengarah Penerbitan
Prof. Madya Dr.
Yohan Kurniawan
Ketua Editor
Hjh. Khuzaiton binti
Zakaria
Editor
Syakirah binti Shafien
Noraini binti Hj. Zaini
Pentadbiran
Amanee binti Abdul Hai
Siti Hajar binti Muhamad Azmi
Grafik
Muhamad Firdaus bin Abdullah
ISI KANDUNGAN :
KALAM EDITOR 1-3
TINTA KREATIF 4
WARTA ILMU 5
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI) Edisi 2, Julai 2018
BESARNYA TANGGUNGJAWAB PENSYARAH
Oleh : Prof. Madya Dr. Azhar bin Muhammad
Pensyarah d i un ive rs i t i memainkan peranan penting untuk penyebaran ilmu pengetahuan dalam kalangan pendidikan peringkat tinggi. Tugas seorang pensyarah atau sesiapa sahaja yang disebut sebagai pengajar, guru atau sebagainya bukanlah satu tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang kerana keunikan dan bentuk kesenian dan kehalusan yang ada pada profesion ini. Cuma bezanya, pensyarah berhadapan dengan pelajar dewasa atau remaja yang sedang meningkat dewasa atau disebut pelajar yang telah matang. Justeru, kerjaya sebagai seorang pensyarah di instiusi pengajian tinggi dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istimewa yang menuntut pengorbanan dan komitmen padu dalam mendidik seorang manusia yang telah berada pada tahap kematangan untuk menjadi insan yang berilmu dan berfikiran waras.
Walau apapun kedudukan seseorang itu pada hari ini, manusia yang waras harus bersyukur atas pengorbanan dan jasa pensyarah yang telah mendidik serta membimbing mereka menjadi manusia yang berguna pada masa kini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah, manusia tidak mempunyai asas untuk mendapatkan pengetahuan tersebut, yang membolehkan mereka berada pada tahap kejayaan yang didambakan dan mengamalkan apa-sahaja yang dipelajari semasa berada di alam pembelajaran.
M e m a n d a n g k a n s i s t e m pembelajaran yang agak berbeza dengan peringkat sebelumnya bagi seseorang pelajar, pensyarah bukan hanya berperanan mengajar dalam mata pelajaran atau bidang-bidang tertentu sahaja, bahkan lebih kepada membimbing cara untuk hidup di dunia ini dan lebih jauh lagi di akhirat kelak seperti yang diredai oleh Allah SWT. Pensyarah bukan semata-mata berperanan mendorong pelajar mereka untuk lulus dengan cemerlang pada setiap semester pengajian atau mendapat mata kredit tertinggi dalam setiap subjek, serta memberi jaminan mendapatkan kerja yang baik, bahkan pensyarah ialah penunjuk jalan kepada pelajar untuk mendapatkan hidayah dan kebenaran. Justeru, peranan pensyarah yang dianggap hanya sebagai seorang pengajar dan penyampai maklumat adalah satu fakta yang salah. Hal ini kerana di samping kedua-dua peranan tadi, peranan pensyarah adalah sebagai pendidik,
pengasuh, pembentuk akhlak dan pembina keyakinan dan pembimbing pelajar ke arah kebenaran.
Matlamat tertinggi falsafah ilmu atau belajar adalah mencari kebenaran. Maka tugas dan peranan mengajar, mendidik, mengasuh, menyampai ilmu dan sebagainya merupakan satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Jadi amat jelas sekali tugas pansyarah adalah suatu ibadat dalam melaksanakan prinsip-prinsip maqasid syar’iyyah iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, keturunan dan harta.
Sememangnya pensyarah ialah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Profesion seorang pensyarah atau guru ialah satu bidang yang amat disanjungi dalam Islam. Allah SWT telah meletakkan taraf orang-orang yang berilmu sejajar dengan para malaikat dari aspek penyaksian terhadap keesaan-Nya. Firman Allah dalam Surah Ali-Imran, ayat 18 yang bermaksud:
Allah menerangkan (kepada seka l ian makh lu k -Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-o rang yang be r i lmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang be rhak disembah) melainkan dia; yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
Seorang pensyarah ialah seorang yang mempunyai i lmu pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi dan sentiasa bersedia menyebarkannya. Penyebaran ilmu amat dituntut dalam Islam terutama kepada orang-orang yang memerlukannya. Umat Islam dilarang menyembunyikan ilmu yang ada pada mereka, bahkan mereka per lu menyampaikannya. Rasulullah SAW pernah menyatakannya ketika haji wada' yang bermaksud :
Hendaklah orang-orang yang hadir dalam kalangan kamu menyampaikan sesuatu yang telah kamu dengar kepada orang-orang yang tidak hadir
dalam pertemuan ini.
Berdasarkan hadis ini, para sahabat berlumba-lumba menyampaikan apa yang mereka ketahui daripada Rasulullah SAW terutama selepas kewafatan baginda. Tidak hairanlah banyak hadis yang telah diriwayatkan oleh para sahabat untuki menyahut seruan Rasulullah SAW tersebut. Mereka akan merasa kehidupan yang sempit dan tidak bermakna sekiranya mereka tidak dapat menyebar apa yang mereka ketahui daripada Rasulullah SAW. Sebab itulah banyak para ulama yang mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk menyebarkan Islam.
Menyedari kedudukan seorang yang bergelar pensyarah, maka mereka perlu diletakkan pada satu kedudukan yang sewajarnya. Menurut sunnah Rasulul lah SAW, pelajar perlu menghormati guru atau pensyarah mereka dan memberikan hak pemuliaan dan penghargaan kepada mereka. Seorang pengajar adalah umpama seorang ayah kepada anak-anaknya. Rasulullah SAW sendiri (Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i) pernah menggambarkan diri baginda sedemikian melalui sabda baginda yang bermaksud:
Sesungguhnya aku terhadap kamu semua sepertilah seorang bapa dengan
anaknya.
Maka dengan ini, seorang pensyarah dapat dikategorikan sebagai seorang pengembala seperti yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengumpamakan seorang pemimpin dengan pengembala. Seorang pengembala tentunya akan memerhati gembalaannya dengan sepenuh perhatian. Seorang pensyarah juga tentunya akan memimpin, mengajar, mengasuh, mendidik dan memerhati pelajar agar berada dalam kehidupan yang selesa sama ada di dunia mahupun akhirat. Justeru, pensyarah perlu memainkan peranan semaksimum yang dapat bagi menjalankan peranan yang mulia ini. Sayugia diingatkan kepada seorang p e n s y a r a h b a h a w a m e r e k a bertanggungjawab menjadikan pelajar mereka sebagai insan yang kamil dari segenap aspek kehidupan. Besarnya tanggungjawab pensyarah !
2
INFO BAHASA
Kata alu-aluan atau kata-kata aluan?
Frasa nama “kata alu-aluan” dengan frasa nama “kata
-kata aluan” adalah tidak sama. Banyak orang yang
sering kali salah menggunakan frasa nama ini apabila
merujuk kepada ucapan mengalu-alukan kehadiran
seseorang. Hal ini bermaksud frasa nama “kata alu-
aluan” bukanlah hasil penggandaan kata majmuk “kata-
kata aluan”. Dalam bahasa Melayu , tiada kata majmuk
“kata-kata aluan”.
Marilah kita perhatikan perkataan “aluan” dan “alu-
aluan”. Lihat kata dasar “aluan” . Kata dasarnya ialah
“alu”. “Alu” bermaksud kayu sebagai alat penumbuk
padi. Lihat kata dasar “alu-aluan” pula. Kata dasarnya
ialah “alu-alu”. “Alu-alu” bermaksud ucapan atau kata-
kata untuk mengalu-alukan kehadiran atau ketibaan
seseorang. Oleh hal yang demikian, frasa yang tepat
ialah “kata alu-aluan”, bukan “kata-kata aluan”.
Gunalah bahasa dengan betul.
Bahasa Jiwa Bangsa
Disediakan,
Khuzaiton Zakaria
Tenang hatiku tenang
Tenang hatiku tenang Jangan diri sentiasa mengeluh
Kelak hati menjadi luluh
Tenang hatiku tenang Jangan diri sentiasa bersedih
Kelak jiwa menjadi pedih
Tenang hatiku tenang Jangan diri sentiasa berduka
Kelak kalbu menjadi luka
Tenang hatiku tenang Dunia ini hanya pinjaman
Carilah pahala sebagai teman
Tenang hatiku tenang Jangan digundah banyak perkara
Hidup kita hanya sementara
Tenang hatiku tenang Banyakkan zikir kurangkan ketawa
Kelak kita tidak akan kecewa
Tenang hatiku tenang Ingatlah sentiasa… Janganlah kita leka
Juga jangan kita lupa Jauh sekali untuk kita alpa
Kepada Yang Esa Kepada Yang Maha Pencipta
Sujud dan mohonlah kepada-Nya Pasti kita menemui bahagia..
Tenang hatiku tenang!
Oleh,
Khuzaiton Zakaria
REVOLUSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) negara kini telah berlaku perubahan. Para pendidik pada masa kini perlu menjadi lebih kreatif dalam proses penyampaian pengajaran kepada pelajar. Cara pengajaran satu hala yang telah lama diterapkan dalam sistem pembelajaran negara harus diubah seiring dengan kemajuan dan kemodenan zaman.
Alat bantu mengajar (ABM) seperti aplikasi Android, IOS, dan lain-lain dilihat dapat membantu para pengajar untuk mengajar pelajar dengan cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Pada pendapat penulis, penggabungan cara pengajaran tradisional dan pengajaran moden dilihat perlu bagi meningkatkan dan mempelbagaikan input daripada pengajar dan output kepada pelajar sepanjang proses P&P berlangsung. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) semasa, suatu usaha yang mantap perlu dijalankan untuk menjadikan bahasa asing sebagai bahasa yang menarik dan mudah dipelajari (Rahimi Saad & Zawawi Ismail, 2005: 37-38).
Sebagai contoh, dalam proses pengajaran, pengajar harus menggunakan alat bantu mengajar yang telah disediakan sebelum masuk ke dalam kelas dan menghuraikan mengenai bahan pengajaran yang akan diajar pada hari tersebut. Setelah itu, pelajar diminta untuk membentuk kumpulan kecil dalam kalangan mereka dan diberikan tajuk atau soalan yang harus dibincangkan dalam kumpulan berdasarkan topik yang diberi. Pelajar diminta untuk membentangkan segala maklumat perbincangan tersebut di hadapan kelas dengan menggunakan ‘slide’, komputer riba atau aplikasi yang dilihat sesuai semasa proses pemben-tangan dijalankan. Dengan itu, input kefahaman daripada proses pengajaran yang diterima oleh pelajar dapat diterjemahkan melalui output yang diberikan melalui pembentangan yang dibuat oleh mereka di dalam kelas semasa proses P&P berlangsung.
Laman sesawang e-pembelajaran dapat memudahkan pelajar untuk menghantar tugasan dalam bentuk softcopy, video mahupun audio dengan menjadikan proses penghantaran tugasan menjadi lebih fleksible dan mudah. Sebarang ujian juga boleh dilaksanakan tanpa perlu mencetak kertas soalan kerana ia boleh
dilakukan atas talian. Penulis juga berpendapat bahawa semasa proses P&P berlangsung, muzik atau video interaktif dan menarik yang dipertontonkan kepada palajar dapat membantu pelajar dalam mempelajari mata pelajaran yang diambil.
Sebarang projek mahupun tugasan pelajar boleh dibuat secara kreatif dengan adanya aplikasi atau program seperti iMovie dan lain-lain. Aplikasi-aplikasi ini dapat memberikan satu keadaan yang tidak membosankan kepada pelajar semasa menjalankan tugasan yang diberi kerana pelbagai cara dan jenis bahan dapat disampaikan seperti video, kartun, animasi dan lain-lain yang dapat menjadikan proses P&P berlangsung dengan cara yang sedikit berbeza dengan cara tradi-sional. Minat dan kreativiti pelajar dapat dipupuk melalui proses P&P yang menyeronokkan.
Kesimpulannya, penggunaan alat teknologi bagi mem-bantu proses P&P dilihat amat penting untuk diguna pakai dalam sistem pendidikan negara supaya pelbagai cara untuk menarik minat belajar dalam kalangan pela-jar dapat ditambah dan setanding dengan proses P&P seperti negara-negara maju kini.
~Program sedia ada di laman sesawang:
*Blog dalam you tube
*GoAnimate
*Broadcast dan lain-lain
~Program bentuk perisian:
*Hot Potatoes
*Camtasia
*Adobe
~Aplikasi Android dan IOS:
*Google play store
*Adobe premiere clip
*Moviemaker filmmaker
*Splice video editor
*Prezi viewer
*Ibook
*Keynote
~Laman sesawang Universiti:
*E-Learning
*Siswaweb
*Gmail
Oleh: Dr. Ahmad Abdul Rahman, Mohd Husairi Ramli
SAJAK
MUTIARA KATA
KEJAYAAN BUKANLAH MILIK MEREKA YANG
PINTAR DAN CERDAS
TETAPI KEJAYAAN ADALAH MILIK MEREKA YANG
MEMILIKI MIMPI
DAN BERJUANG HABIS-HABISAN UNTUK MEN-
GAPAI MIMPI ITU.
KITA BISA BERMIMPI,
AYUH PELUK ERAT MIMPI ITU IZINKAN SAMPAI IA
BENAR-BENAR MENJADI NYATA
ZALEHA EMBONG
3
THE WAVES WITHIN
Gazing in the sky I see twinkling stars smiling freely. The air cool and serene. I know the LORD is watching down on me. As I look back, Tranquillity was never easy; Peace of mind was never easily graced. It urged leaps of faith; It ordered waves of conflict. And so I recall, There was once a time of grief, There was once a time of pain. But who knew? Not you, not anyone sane. There was once a time of hurt, There was once a time of sorrow. But who cared? Not you, not anyone wanted to know. Day by day, I faced challenges, Day by day, I fought savages. and, Day by day, I sought strength, Day by day, I sought fortitude. Day by day, I held on.
In the end, Storms slowly became sprinkles, Waves gradually became ripples. Hurricanes halted to breezes. The river calmed back to its bend. The birds chirped back without end. Peace arrived in heart and mind. Tranquillity is finally now mine. You know why? Because I now believe, that the LORD is always watching down on me. Nurul Iman Ahmad Bukhari
BENGKEL PEMBINAAN DAN PEMURNIAN BUKU TEKS JABATAN BAHASA KETIGA Disediakan oleh : Hazimah
Jabatan Bahasa Ketiga, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah telah menganjurkan Bengkel Pembinaan dan Pemurnian Buku Teks Jabatan Bahasa Ketiga
bertempat di Hotel Holiday Villa, Wakaf Che Yeh pada 29 Julai 2018 - 31 Julai 2018. Bengkel ini melibatkan seramai 13 orang pensyarah dan guru bahasa daripada 5 unit
bahasa iaitu unit bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Perancis, bahasa Thai dan bahasa Jepun. Mereka bersama-sama menglembeng tenaga dan memberi komitmen
yang kental bagi menghasilkan buku teks baharu untuk unit masing-masing dan juga memurnikan buku teks yang telah diterbitkan sebelum ini.
Bengkel ini bertujuan menggalakkan staf akademik bergiat aktif dalam penerbitan buku terutamanya buku teks bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa asing. Buku teks yang dihasilkan dan diterbitkan ini dapat membantu para pelajar untuk mempelajari bahasa asing dan dapat menguasai bahasa tersebut dengan
cepat.
Bengkel ini juga memberi ruang dan peluang kepada pensyarah dan guru terlibat untuk sama-sama menyumbang idea , berbincang dan menumpukan sepenuh perhatian
untuk menyiapkan buku teks. Diharapkan semoga buku-buku ini dapat diterbitkan tidak lama lagi dan mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar bahkan juga
kepada pensyarah dan guru bahasa yang berminat untuk mempelajari bahasa asing yang mereka ingin kuasai.
1. 2. 5.
3. 4.
1) Para guru khusyuk berbincang
2) Mika, Toshi, Nao dan Iffah (Unit bahasa Jepun)
3) Patimoh dan Yus-Aida (Unit bahasa Thai)
4) Hasan, Mahama, Lee Hui Ling, Chua Hui Wen dan Chin Siao Mei
(Unit bahasa Mandarin)
5) Hazimah (Unit bahasa Perancis) dan Khuzaiton (Unit bahasa
Melayu)
We started as two strangers
We said hi to each other
We started talking
We chatted away and couldn’t stop
Then we became friends
We shared secrets, I knew yours and you knew mine
We were inseparable
The eyes of others thought we were lovers
Then things happened, time changed
Nothing we could do to stop that
We have tried
We failed
Now, we barely meet
Now, we rarely talk
A big question bothers my brain
Are we going to be strangers again?
Syamimie Nawi
One cold night, I left the comfort of my warm bed Climbed down the stairs and took a stroll outside. It was my first snowfall experience that night. Feeling them fall on my cheeks, I cried. It was so magically sad When I realised those tiny flakes felt much warmer more comforting than your frozen heart. Alia Kamal
STRANGERS
SNOWFLAKES
4
PROGRAM SOKONGAN P&P JABATAN SAINS KEMANUSIAAN UMK BACHOK
Oleh :
Pada 19 hb Mei 2018, Jabatan Sains Kemanusian,
Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah
(PBI) telah menganjurkan satu Program Sokongan P&P.
Program ini diadakan bagi mengukuhkan lagi kefaham-
an pelajar mengenai kursus yang dipelajari dari Jabatan
Sains Kemanusiaan; iaitu kursus USK 1012 (Tamadun
Islam dan Tamadun Asia (TITAS)), USK 1022
(Hubungan Etnik) & USK 1042 (Falsafah Ilmu).
Program ini berlangsung selama dua jam bermula jam
2.00 petang hingga 4.00 petang telah disampaikan oleh
aktivis negara Dr Ann Wan Seng. Dr Ann Wan Seng
merupakan aktivis sosial, pendakwah, penceramah,
pakar motivasi, kolumnis, penyelidik dan penulis aktif
yang menghasilkan lebih 60 buah buku dan 5000 maka-
lah. Antara buku tulisan beliau ialah Mencari Islam Di
China, Cerita MInoriti Muslim Di China, Perjuangan
Islam Di China, Saat Islam Sampai Ke China, Laksama-
na haji Muhammad Cheng Ho, Pelayaran Cheng Ho,
Rahsia Bisness Orang Cina, Formula Bisness Negara
China dll. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Peno-
long Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (PERKIM), Naib Yang Dipertua Pertub-
uhan Jamiah Selangor & Wilayah Persekutuan dan
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
Kuala Lumpur.
Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr.
Nur Azuki bin Yusuff dan dihadiri oleh sebahagian
tenaga pengajar UMK Bachok. Dalam program terse-
but, Dr Ann Wan Seng memberikan perkongsian yang
mendalam mengenai Peradaban Islam Di China, bermu-
la dengan kemasukkan Islam ke China, perkembangan
Islam di China, kesan-kesan peradaban Islam di China
dan sumbangannya kepada negara China.
Sebelum program berakhir, sesi soal jawab berlang-
sung. Para pelajar dan pensyarah mengambil peluang
untuk berinterasi terus dengan penceramah jemputan.
Usai sesi soal jawab, majlis bersurai dengan jayanya.
Kami berharap agar program sebegini diteruskan lagi
pada masa akan datang, Insha-Allah.
RAHSIA MALAYSIA By: Ojou
Senja itu nan sepi Termenung aku terfikir sendiri Mengenang nasib tanah ku ini Pelbagai hal yang terjadi Tidak akan pernah tahu kesudahan yang menanti Rahsia yang tersembunyi, diselindungi Oleh mereka kekal menjadi satu rahsia misteri Lalu kami di sini Penuh sangsi Menimbul konspirasi demi konspirasi Namun semua hanyalah satu olokan ilusi Yang mereka hidangkan tidaklah lain, untuk mengaburi Bangkit, kami berdiri Cuba menembusi rahsia itu sendiri Semangat dan kasih pada tanah ini Menjadi perisai kekuatan pertahanan diri Namun kami mati sebelum langkah dimulai Mereka itu kini bisu menyepi Cuba berlari dengan sepatu kayu menghentak kaki Apa bisa langkahmu itu lenakan kami? Benar Allah itu Maha mengetahui Segala rahsia yg tersembunyi Allahu Sungguh aku kepanasan rimas sedih di hati Negaraku ini Dikhianati.
TILL GOODBYE
By: Tiya
I’m scared to sleep tight as nightmares come and haunt petrified I’m staying out of the daylight as my chest is pounding hard terrified For so many years I’ve lived now I know nothing could replace the grace we waste Yes, life is wasted on defeats that come and go too quick And I’ve prayed to the Lord to let this end and give usj oy Let me live this somber night standing guard watching you asleep So my soul can feel the love and be a spell that dissolves the tears.
Till Goodbye
When you came, I remember
The stars were much brighter
Till the sun takes the day over
Just like they always are
How would I ever go on?
Without you near
there's no place to belong
If someday love is gonna lead you back to me
I'll keep an empty heart
If somewhere out there you're think-ing of me
There’s no way we'll fall apart
Till the day I let you go
Till we say our next hello
It's not goodbye
Till I see you again
Even in the fierce summer's rain
There is one thing I can't deny, it's not goodbye
ABC DAN ICEBERG
By: Paan
ABC dan Iceberg
Bertopang dagu lepas dinner,
Muhasabah diri di meja,
Lepas bedal makanan tadi tak
ingat dunia,
Aku kira dah korban segala,
Jiwa, raga, masa,
Rasa macam dah gave all,
Tapi yang nampak tidak seberapa,
Sentak hati manusia biasa,
Pesan diri "tidak mengapa"
Yang Esa senantiasa ada,
Redha.
Sometimes terfikir baik jadi ABC,
Manis, sedap, menarik dan disukai,
Daripada jadi iceberg which isn't as
fancy,
Nah inilah realiti.
Aku rancang, Dia yang tentukan,
Jelas ini aturan Tuhan,
Jangan duk ketegaq sangat nak
melawan,
Bukan senang orang lain nak
faham,
Yang nampak sekadar luaran,
Yang di dalam?, "Gasak hang!",
Ah, monolog lagi!
Patah hati, salahkan diri,
Timbul dipuji, tenggelam dikeji.
Bawa diri lepak minum kopi di McD
Depa tanya tak feel like a looser
ka?
Aku balas "Takpa, dah biasa".
Masa sikit, harapan & impian
menggunung,
Tu yang buat aku termenung,
Tapi nevermind,
Aku rasa better teruskan korban,
Memang ini menuntut kesabaran,
Tak payah duk fikir panjang,
Lagi pun we don't have much time,
Korbanlah setakat mampu,
Dalam acuan kau & aku,
Tak payah nak acah-acah cool,
No need to tipu sebab Allah tahu,
Percaya Dia ujud, wujud & maujud
Kepada Dia kita sujud.
~Paan~
GUILTY
Oleh : Affiq
5
NASI KERABU VS SUSHI Oleh : Nao Yasuda
There are various famous dishes originated from
Kelantan. Because of the geographical reasons, many
dishes are influenced by Thai food as well. Thai, Malay,
Chinese, Indian, Indonesian, European, vegetarian,
Japanese or Korean. People can find any kind of dish-
es in the town and choose what to eat depending on
feeling or favour. This is one thing that attracted the
tourists. They can find various foods with affordable
price easily in Malaysia.
Among all dishes in Malaysia, what I was surprised
the most is Nasi Kerabu when I visited Kelantan for the
first time. The reason is of course its colour. There are
not many dishes with such a vivid colour, especially
blue. The colour comes from petals of butterfly pea and
are not artificial colour. Nasi Kerabu can be eaten even
we don't have appetite since this dish is served with a
lot of herbs and vegetables. They are served with fish
meat-stuffed pepper, salted egg, fried fish, barbecue
chicken, keropok and garlic pickles. It is quite reasona-
ble to have such a dish to make our body cool down in
a hot country. This unique dish seems to symbolize the
blue ocean or clear sky in Malaysia as well.
In fact, some Malaysian friends who had stayed in
Japan for studying said that the Malay dish which they
wanted to eat during their long stay in abroad was Nasi
Kerabu. They could cook a few Malay dishes there as
they can order the ingredients through the delivery
service on websites, however it was too difficult and
complicated to cook it since many particular ingredients
are needed, they say. Once they came back to Kelan-
tan, they rushed to go and eat it. What a happy moment
that their effort and patience to study abroad were paid
off.
Meanwhile, what kind of Japanese dish is the most
popular for Japanese people who are staying in Malay-
sia for a long time? The answers are various and differ
depending on the personal favour. There is a great deal
of Japanese foods especially in Tokyo such as Sushi,
Sashimi, Tempura, Udon, Soba, Ramen, Dorayaki,
Airily Japanese cheese cake and so on. These words
are now worldwide terms which many foreigners know.
The reason why Japan has plenty of dishes derives
from its historical background around 150 years ago.
The Japanese government had been closing the coun-
try for about 300 years from 1603 to 1868. They dis-
tinctly controlled all trades and immigration between
foreign countries during this period. It was difficult to
obtain natural resources which are not existing in Japan
and to know new cultures or technologies in abroad.
This isolationism brought good effects to Japanese
people such as creation of own culture, art or entertain-
ment and leads to building sustainable towns since all
resources, materials and foods were quite limited.
People wear simple clothes with repairing them repeat-
edly and old clothes which couldn’t be repaired any
more were used for wiping the house. They eat simple
foods with expressing appreciation for nature’s bounty.
However, the Japanese government decided to open
the country again in 1868 due to domestic political
situation. Once opening the gate, many materials,
foods, people, entertainments or technologies had
flowed into Japan. It is difficult to imagine clearly how
surprising and excited for people to find new things all
at once. Anyhow, they started preferring modern fash-
ions from abroad instead of Kimono, a traditional Japa-
nese cloth, and eating new foods instead of simple
Japanese foods. Absorbing the winds from abroad,
various changes had dramatically occured all at once
throughout Japan.
In my personal opinion, a diversity of Japanese
dishes were created in this period. The various un-
known dishes were not only introduced to people, but
also people started to modify them into more favourable
tastes. Then many new dishes are created as well such
as Japanese-Chinese or Japanese-European dishes.
Nowadays, people can find a variety of restaurants
easily in Tokyo, such as Chinese, French, Italian,
Spanish, American, Korean, Thai, Indian, Turkish,
African, Vietnamese, Malaysian or Indonesian restau-
rants. Eating different dishes everyday throughout a
year is also possible.
Among many kind of foods in Japan, my most favour-
able dish which I want to take first when I go back to
hometown is definitely Sushi. The one of popular dishes
in Malaysia, Nasi Kerabu shop has same smell to Sushi
shop and the smell makes me craving for Sushi all the
time. Even though many shops and restaurants are
offering Sushi recently, it differs so much from original
Sushi in Japan. Since the geographical reason as
Japan is an island country, a different region has a
different Sushi using staple fishes depending on places.
Even in inland cities which are not facing to ocean, the
conserved Sushi can be found. They are rapped by
plant’s leaves which is capable of sterilizing mould or
yeast and can be preserved for several days. Occasion-
ally the fishes which are easily decayed are marinated
by vinegar as well.
People can eat those Sushi in Japan with affordable
prices from RM 2 a piece. Feeling appreciation to
ancient people’s wisdom and contrivance which bring a
variety of foods to us, I eat Nasi Kerabu dreaming to
eat Sushi in Japan a few months later.
A WRITTEN PIECE DEDICATED TO THE KELANTANESE
Oleh : LR
Kelantan or best known as Kelate, where my childhood, my root, my everything started from this so-called controversial state. I have lived in other places since I went to university for some years. Almost seven years wandering in other places. Until six years ago, because of an unexpected opportunity, once again, I embarked on this motherland that nurtured me ever since I was born.
Looking back, when I decided to leave this land for studying, Kelantan to me at that time, was none other, but boring, boring and boring! Facilities, educa-tion, entertainment, etc. are far left behind than other states. When I arrived in Kuala Lumpur, I was like a bucking bronco. Curious about everything. Everything was fresh and interesting. To me, the grass is always greener on the other side. However, after quite some time, I began to miss my hometown. The intense fond-ness for Kelantan strucked me bit by bit. I began to miss my family, the food, all the rendang, nasi lemak, nasi kak wok, budu etc. Even the sincerity and tolerance that
only I can get in Kelantan I miss badly.
When I went back to Kelantan, I was full of hope and anticipation towards my new life, career etc. However, plans always fall behind changes. A culture shocked I would say. The speed of the development and the thinking of the people have no huge difference as before. Quite some time have been spent in adapting myself again after so many years getting use to the fast pace life in other places. From slow service when order-ing food in restaurants, egotistical attitudes to problem on environmental awareness which are all ‘preserved’ even until now. Patience is what I learned in dealing with the abovementioned problems.
There is no doubt somethig has gone wrong in between. Most of it, I think education plays a vital role here. Being in educational field for some years, the lacks in Kelantanese are rather obvious. Our performance and achievement are rather uncompetitive. To overcome this, Japan is the best example to be
adopted. In Japan, children are moulded to be a responsible individual and citizen by learning self-discipline and commitment not just from school but also from home. Such culture has to be cultivated at the early age and practised in daily life.
I sincerely hope that Kelantan will become
better. While preserving culture and simplicity, we must
not forget to nurture the people. To change the
stereotype thinking of others, there is no shortcut, but to
start to educate our people to be a better and more
competitive individual holistically. Together we change!
Together we make a different for future betterment!
Top Related