Download - BILANGAN 43 FEBRUARI 2018

Transcript

1 FEB 2018 Majlis bacaan yasin dan solat hajat telah dilaksanakan bertempat di

dewan SK Beseri selepas waktu maghrib. Majlis melibatkan semua guru dan ibu

bapa murid-murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR 2018. Solat hajat telah

diimamkan oleh Ustaz Najmuddin manakala bacaan yasin telah di ketuai oleh Ustaz

Khairul. Semoga keberkatan diperoleh dari usaha yang murni ini.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

SEJAK 1924

FEBRUARI 2018 BILANGAN 43

7 FEB 2018 Sukan dan balapan padang peringkat sekolah

telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Feb

2018 bertempat di padang SK Beseri. Pasukan rumah

merah telah berjaya

mendapat johan kese-

luruhan manakala pasukan

rumah hijau johan dalam

pertandingan perbarisan

pada tahun ini. Tahniah kepada semua pasukan yang terlibat

dalam menjayakan acara sukan ini. Semoga kecergasan dan

kesihatan serta keakraban kita dapat dipertingkatkan melalui

acara sukan ini.

PERATUS

KEDATANGAN MURID

(BULAN FEBRUARI2018

KELAS PERATUS

TAHUN 1 91%

TAHUN 2 89%

TAHUN 3 89%

TAHUN 4 90%

TAHUN 5 90%

TAHUN 6 94%

Purata Keseluruhan :

91 %

Jumlah Murid:

402 orang

SIDANG PENGARANG

Penasihat

En. Nordin bin Abdullah

Guru Besar SK Beseri

Ketua Pengarang

Pn. Suhaila Yusoff

Pen. Ketua Pengarang

Pn. Faradilah Hamzah

EDITOR

Pn. Rosmarina Mahmud

Pn. Zarina Zainuddin

En. Zamzuri Yahya

Hubungi Kami:

Telefon : 04-9381516

Facebook :

www.facebook.com/

bridgetbestariskbeseri

Laman Web :

www.skbeseriperlis.edu.my

SUKAN DAN BALAPAN PADANG PERINGKAT SEKOLAH

KEJOHANAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI PERLIS.

10 FEB 2018 Pertandingan Merentas Desa MSSPs ini diadakan di UITM Arau. Seramai lapan

orang peserta dipilih mewakili SK Beseri. Mereka mendapat saguhati. Tahniah diucapkan wa-

laupun tidak mendapat tempat teratas, tetapi mereka telah menunjukkan semangat juang

yang tinggi.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

22 Feb 2018 Kursus Kepimpinan Pengawas telah diadakan di Bilik Kuliah SK Beseri. Seramai

92 orang pengawas terlibat dengan kursus ini yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,

Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas SPBT. Pihak sekolah telah menjemput penceramah

jemputan iaitu Encik Rasaidi Bin Che Yob dari SK Padang Kota. Kursus ini diadakan bagi

melahirkan golongan pemimpin yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan

sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan. Semoga

Kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua pengawas dan dijadikan panduan kepada

mereka.

Muka Surat 2

SUARA BESERI BILANGAN 42 /FEBRUARI 2018

24 Feb 2018 Bertempat di Dewan SK Beseri, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah diadakan dengan jayanya.

Mesyurat kali ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mat Rawi Bin Kassim iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan

Beseri mewakili YAB Dato’ Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis. Mesyuarat Agung PIBG ini bertujuan untuk

mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan

penyelesaian tehadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Diharapkan agar jalinan hubungan yang

terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang bisa meletuskan kejayaan sekolah.

MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

27 FEB 2018 SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan

Malaysia melancarkan

Sahabat Cilik SPRM

hari ini bagi membina

jalinan kerjasama

dengan golongan

pelajar sekolah rendah

dalam memerangi

rasuah.

Program Sahabat Cilik

SPRM ini dilancarkan oleh Pengarah SPRM negeri

Perlis, Mohd Shukor Mahmud di Sekolah Kebangsaan

Beseri yang turut diadakan pelancarannya secara

serentak di seluruh negara.

Sahabat Cilik SPRM diwujudkan bertujuan untuk

melahirkan masyarakat bebas rasuah bermula

daripada pelajar sekolah rendah yang merupakan

generasi pewaris kepimpinan negara.

Di samping itu bagi menarik minat golongan pelajar,

SPRM juga melancarkan maskot dalam perjuangan

membanteras rasuah yang dikenali sebagai

Komisioner DZ yang dihasilkan dengan kerjasama

Animonsta Studio.

Antara yang hadir ke majlis

pelancaran ini ialah Timbalan

Pengarah Pendidikan Negeri

Perlis, Encik Azman bin Ghazali.

PELANCARAN MASKOT SPRM DAN SAHABAT

CILIK SPRM KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PKP PAYA

28 FEB hingga 1 MAC 2018 Acara sukan yang berlangsung

selama dua hari Ini, diadakan di Stadium Mini Sekolah

Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Sekolah Kebangsaan

Beseri telah menduduki tempat yang ke- 4 daripada 10 buah

sekolah yang bertanding peringkat PKP Paya.

KEDUDUKAN

PINGAT ACARA NAMA MURID

EMAS 100 M LELAKI MUHAMMAD IMAN HAIQAL BIN FAUZI

PERAK

200 M LELAKI

MUHAMMAD ARIFF NAZHIM BIN MOHD

ZAMRI

LOMPAT

JAUH LELAKI

MUHAMMAD ARIFF NAZHIM BIN MOHD

ZAMRI

GANGSA

LOMPAT

JAUH LELAKI NUR IZWANY IZWAN BIN CHE ANI

4 X 100 M

LELAKI

1) MUHAMMAD IMAN HAIQAL BIN FAUZI

2) MUHAMMAD ARIFF NAZHIM BIN MOHD

ZAMRI

3) NUR IZWANY IZWAN BIN CHE ANI

4) ADIB IQBAL BIN MOHD FADZIL