Kaedah Kartografi dan Grafik (AG 2433)
TUTORIAL 1: Bincangkan kepentingan kartografi kepada perancang Bandar ataupun ahli geografi
AHLI KUMPULAN
Bernadette BernardHT2002-4551Lee Yen Wei HT2002-4571
Tai Fui Vun HT2002-4592Sharon Pascol HT2002-4586
PENSYARAH
Encik Abdul Munir Hafizy Ladoni
Tarikh Hantar
15/07/2004
MASA TUTORIAL
11.00am-12.00am
1
Pengenalan
Kartografi menurut Mohd Faris Dziaudin dan Ruslan Rainis (2003) ialah paparan yang
menumpukan kepada bentuk proses komunikasi yang mana ia bersifat paparan imej
grafik seperti peta bagi menyampaikan maklumat tentang data dan perhubungan sosial
antara data-data tersebut. Manakala menurut Foziah Johar (1992) pula kartografi
merupakan teknik asas yang digunakan dalam kaedah mengurangkan ciri-ciri reruang
sesuatu kawasan yang luas dan merupakan sebahagian daripada muka bumi ini ke dalam
bentuk yang boleh dilihat. Daripada penjelasan kedua-dua penulis mengenai definisi
kartografi dapatlah dijelaskan bahawa bidang kartografi merupakan satu bidang sains,
iaitu persembahan data yang dipaparkan menjadi ringkas dan mudah untuk difahami
tambahan lagi dengan terhasilnya perisian-perisian baru dalam bidang kartografi.
Manakala bagi perancang bandar ataupun ahli geografi bidang kartografi
merupakan satu bidang yang penting dalam pekerjaan mereka. Menurut Foziah (1992)
perancang bandar merupakan satu kaedah pembentukan prinsip bagi memandu
pembentukan alam sekitar fizikal bagi kehidupan manusia. Ia juga dikatakan bahawa
perancangan merupakan satu proses yang lengkap dan memerlukan pertimbangan
terhadap semua aspek serta implikasi yang terlibat dalam pembangunan yang dilakukan.
Ini menunjukkan bahawa kartografi mempunyai peranan yang penting dalam bidang
perancangan bandar. Ini dapat dilihat melalui pengertian disiplin perancangan bandar dan
tugas-tugas yang dijalankan oleh seorang jururancang bandar serta mereka yang berkaitan
dengan perancangan fizikal.
2
2.0 Kepentingan Kartografi kepada Perancang Bandar
2.1 Menunjuk arah dan Memandu Perancangan dan Pembangunan Ruang pada
Peringkat Tempatan, Wilayah dan Nasional
2.1.1 Tempatan
Pada peringkat tempatan, terdapat jururancang bandar yang akan terlibat dalam
perancangan tempatan terperinci. Aspek-aspek yang diambil kira merupakan pelan
perincian guna tanah seperti perumahan, rumah kedai, pendidikan, industri serta guna
tanah yang lain. Susun atur melalui pelan yang terperinci menunjukkan lokasi sebenar
jenis bangunan serta kemudahan lain. Pelan yang disediakan juga meliputi rangkaian
sistem pengangkutan dan hubungan antara satu elemen guna tanah yang lain di dalam
sesuatu daerah tersebut. Contohnya bagi di Malaysia bagi peringkat tempatan, pelan-
pelan yang disediakan oleh perancang bandar dikendalikan di pejabat daerah masing-
masing melalui kelolaan dari peringkat wilayah.
Menurut Town and Regional Planning Department (2003-2004), pelan daerah
menentukan polisi-polisi dan cadangan pihak berkuasa tempatan bagi sesuatu daerah.
Manakala pelan Tempatan disediakan bagi kawasan tertentu di dalam liputan Pelan
Daerah yang memerlukan perancangan yang terperinci.
2.1.2 Wilayah
Selepas peringkat tempatan diikuti pula peringkat wilayah. Peringkat wilayah merupakan
bahagian bandar dan luar bandar. Peringkat wilayah merupakan satu rangka bidang atau
asas perancangan di peringkat tempatan. Jika dibandingkan dengan pelan tempatan, pelan
wilayah merupakan pelan jangka masa panjang dan mempunyai bidang yang lebih luas.
Selain itu, terdapat juga objektif-objektif pelan wilayah yang boleh dicapai
melalui penyediaan rangkaian pelan tempatan yang diselaraskan dengan baik antara satu
sama lain.
3
2.1.3 Nasional
Peringkat tertinggi bagi perancangan pembandaran di Malaysia ialah peringkat nasional.
Peringkat nasional merupakan perancangan strategi pembangunan yang berdasarkan
Rancangan Pembangunan Malaysia. Rancangan Pembangunan Malaysia ini merupakan
perancangan yang perlu disediakan lebih awal daripada pelan wilayah kerana daripada
rangka kerja pelan nasional, satu rangkaian pelan wilayah dan pelan tempatan dapat
dirangka dan diguna pakai (Foziah, 1992).
Contohnya pada peringkat nasional, antara kandungan dalam Rancangan
Malaysia Ke-8 ialah memajukan kawasan luar bandar. Oleh itu satu pelan kerja harus
disediakan untuk dikaji. Melalui pelan yang disediakan ini kajian jumlah penduduk,
penderiaan jauh (remote sensing), serta data-data lain kawasan tersebut seperti corak
penggunaan tanah digunakan untuk menghasilkan satu pelan yang dapat memasukkan
maklumat-maklumat dengan mudah.
Daripada ketiga-tiga perancangan dan pembangunan ruang pada peringkat
tempatan, wilayah dan nasional, ianya adalah saling berhubung kait antara satu sama lain.
Satu contoh yang dilakukan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah dan Kota
Kinabalu dalam menggunakan kaedah kartografi. Projek yang dijalankan ini adalah
Projek Pelan Alam Sekitar Tempatan (Environmental Local Plan – ELP). Projek tiga
tahun ini bermula pada bulan Oktober 2001. Matlamat jangka panjang projek ELP adalah
“Perancangan Gunatanah dan Pembangunan yang Mampan di negeri Sabah” (Projek
Perancangan Alam Sekitar, 2003-2004). Ini bermakna di dalam projek ini, ia memastikan
isu-isu alam sekitar adalah diintegrasikan ke dalam Pelan Daerah dan Pelan Tempatan
yang akan disediakan.
Dalam proses penyediaan pelan-pelan pembangunan tersebut, tiga pasukan
petugas khas telah ditubuhkan iaitu “Perancangan Spatial”, “Perancangan Alam Sekitar”
dan “Peningkatan Kesedaran dan Penglibatan Awam”. Pasukan petugas ini mempunyai
peranan khusus untuk memastikan bahawa kesemua isu-isu gunatanah serta isu-isu lain
yang berkaitan dengan perancangan adalah diteliti secara terperinci dalam penyediaan
pelan-pelan pembangunan.
4
Projek ELP yang telah selesai setakat ini ialah di Tuaran, Sandakan, dan Beaufort
masih dalam proses penyelidikan. Daripada laporan kajian yang dijalankan oleh ELP ini,
langkah terakhirnya ialah diserahkan kepada kabinet untuk dibincangkan sama ada ia
diluluskan atau tidak.
Selain itu, antara perisian yang digunakan oleh perancang bandar ialah “ARB
Sofware”. Perisian ini membekalkan perkhidmatan dalam lapangan kartografi yang
terdiri daripada Imagery Processing and Analysis, Spatial Data Development,
Environmental Consulting, Visualization, and IT Solution to government and private
sector clients (www.arbsoft.com/cartography.htm).
2.2 Alat Komunikasi untuk Menyalurkan Maklumat
Komunikasi juga merupakan aspek penting bagi perancang Bandar. Komunikasi ialah
pemindahan idea pengetahuan atau maklumat daripada individu kepada individu lain
(Foziah Johar, 1992). Bagi perancang bandar komunikasi kartografi adalah suatu bentuk
komunikasi grafik istimewa yang mana berbeza dengan komunikasi lisan. Komunikasi
lisan adalah bersifat rantaian. Idea dipersembahkan dalam suatu jujukan, membenarkan
penulis atau pengucap mengawal maklumat yang ingin disampaikan.
Berlainan pula persembahan peta yang digunakan oleh perancang bandar yang
mana peta bersifat sinoptik dan maklumat yang dipersembahkan adalah dalam bentuk
menyeluruh (holistic). Pengguna yang menerima peta tersebut akan menerima semua
maklumat dalam satu bentuk. Justeru itu perancang bandar dapat mengawal bagaimana
sesuatu maklumat diterima dengan menggunakan reka bentuk peta untuk menjelaskan
maklumat-maklumat penting sahaja.
Apabila sesuatu pelan tersebut dapat dihasilkan ia bukan sahaja digunakan oleh
sesuatu perancang bandar tersebut malah ia dapat dirujuk oleh agensi-agensi lain sama
ada kerajaan, swasta serta orang ramai. Data yang mudah difahami sememangnya mudah
untuk perancang bandar bertukar-bertukar maklumat di antara satu sama lain dengan
kemudahan teknologi masa kini seperti kemudahan komputer dan rangkaian komunikasi
yang semakin maju. Antaranya ialah penggunaan internet technologies to provide access
5
to spatial information and cartographic on the internet, within organizational intranets,
and the world wide web (www)
(www.ncgia.ucsb.edu/vqrenius/ppgis/papers/howard.html).
2.3 Memahami Interaksi antara Ruangan
Sebagai ahli perancang bandar, kartografi akan memudahkan mereka memahami
interaksi antara ruangan. Interaksi ruang selalunya berlaku dalam konteks geografi.
Ruangan yang dimaksudkan ialah kawasan permukaan bumi (ruangan makro) yang
mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan boleh dipecah-pecahkan kepada unit-unit yang
berbeza. (Chan Ngai Weng, 1993). Setiap ruangan yang diwakilkan akan memberikan
satu gambaran jelas kepada ahli perancang bandar. Dengan ini, ahli perancang bandar
akan dapat menyusun kegiatan manusia dalam ruangan yang berbeza-beza antara satu
tempat dengan tempat yang lain.
Selain itu, satu interaksi pola ruang yang berbeza-beza akan wujud. Contoh yang
lebih jelas lagi berlaku apabila kegiatan manusia yang tinggal di kawasan-kawasan tanah
tinggi adalah berbeza dengan kegiatan mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pinggir
pantai. Ahli perancang bandar akan mengambilkira aspek ini dalam merancang
pembangunan di kawasan tersebut seperti membina perkhdmatan kemudahan.
Kemudahan yang dibina perlulah bersesuaian dengan pola ruang yang terdapat di
kawasan tersebut. Jelaslah di sini, bidang perancangan melibatkan ruang dan perkaitan
yang erat antara ruang geografi.
2.4 Penyelesaian Masalah Ruangan yang Kompleks
Kepentingan kartografi kepada perancang bandar juga dapat dilihat dalam perspektif
penyelesaian masalah ruangan yang kompleks. Maklumat dan idea yang berguna ini
meliputi peta yang akan digunakan dalam perancangan. Menurut Mohd. Faris Dziauddin
& Ruslan Rainis, 2003 peta dalam kartografi boleh menjadi sumber data yang amat
berguna. Ahli perancang bandar yang memperolehi maklumat, akan berupaya
memikirkan penyelesaian yang sewajarnya.
6
Contoh masalah ruangan yang kompleks ialah wujud sesuatu kawasan yang tidak
dimajukan. Penggunaan peta akan mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai
dijadikan pembangunan aktiviti tanah. Aktiviti pembangunan tanah akan mengurangkan
ruang tanah yang terbiar atau tidak dimajukan. Dengan ini, ahli perancang bandar akan
dapat merancang pelan-pelan pembangunan guna tanah dengan lebih berkesan dan
efisyen.
2.5 Mengklasifikasi Kegunaan Tanah dan Kawasan Kawalan.
Dalam sesuatu perancangan dan pembangunan, pelan yang digunakan tidak hanya
menjurus kepada pembangunan aktiviti ekonomi tetapi mengambil kira juga
perlindungan kawasan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Kartografi akan
membolehkan ahli perancang bandar mengklasifikasi kegunaan tanah dan kawasan
kawalan. Melalui pemerhatian peta, ahli perancang bandar akan menyediakan pelan
untuk mengenalpasti kawasan yang akan dilindungi, Kawasan yang dilindungi
berdasarkan kepada keunikan dan nilai estetika kawasan tersebut. Ahli perancang bandar
akan menghadkan atau menghalang pembangunan yang boleh menimbulkan kerosakan
kepada kawasan tersebut. (Mohd. Faris Dziauddin & Ruslan Rainis, 2003)
Melihat kepada kajian kes di Daerah Beaufort dan Kuala Penyu yang diliputi oleh
beberapa petunjuk guna tanah. Contohnya terdapat kawasan bakau, kawasan hutan, dan
kawasan pertanian. Petunjuk guna tanah yang diperolehi oleh ahli perancang bandar akan
menghadkan skop pembangunan masa hadapan daerah terlibat dengan menetapkan
kawasan yang boleh dibangun atau dimajukan kepada beberapa kawasan kecil di
sepanjang kawasan pesisiran pantai, di sepanjang jalan-jalan utama dan berhampiran
dengan pusat penduduk seperti Pekan Beaufort, Membakut, Kg.Brunei, Gadong, Kota
Klias, Weston, Kuala Penyu, Kayul, Menumbok dan Mempakul. (Pelan Baru Daerah
Beaufort, 2004). Sehubungan dengan itu, pengklasifikasian guna tanah dan kawalan
tanah akan dapat mengekalkan kawasan yang dilindungi.
7
2.6 Menilai Ketepatan Maklumat Permukaan Tanah
Kepentingan lain kartografi kepada perancang bandar ialah penilaian ketpatan maklumat
permukaan tanah boleh deperolehi, Dalam kartografi, penggunaan gambar satelit dapat
menunjukkan maklumat atau ciri-ciri terkini permukaan bumi yang dilihat dari angkasa
lepas. Sempadan daerah juga boleh ditunjukkan dengan petanda garis hitam. Imej satelit
merupakan satu alat penting dalam pembuatan pelan memandangkan bahawa ianya
menunjukkan kawasan-kawasan dari perspektif yang lebih luas. (Pelan Baru Daerah
Beaufort, 2004)
Bila imej ini ditindihkan dengan maklumat permukaan bumi seperti sungai dan
pantai, yang terkandung dalam peta Sistem Maklumat Geografi (GIS), ahli perancang
bandar akan dapat mengaplikasikan imej ini sebagai satu alat untuk menetapkan dengan
tepat agihan guna tanah. Dalam pada itu juga, ahli perancang bandar juga akan
mengenalpasti ciri-ciri geografi penting seperti Banjaran Crocker dan persisiran pantai.
Dengan ini ahli perancang bandar serta pihak berkuasa tempatan akan dapat menilai
ketepatan maklumat permukaan tanah. Seterusnya Jabatan Perancangan Bandar dan
Wilayah menggunakan maklumat berkenaan untuk menentukan persempadanan yang
tepat di lapangan atau kawasan terlibat.
2.7 Sebagai Bahan Rujukan untuk Penyelidikan
Menurut Mohd Fariz Dziauddin dan Ruslan Rainis (2003), kartografi ialah suatu bidang
yang berkaitan dengan peta. Peta merupakan salah satu sumber yang penting bagi ahli
geografi untuk membuat penyelidikan. Peta didefinisikan sebagai satu lukisan berskala
yang menunjukkan sebahagian atau keseluruhan muka bumi yang dipindahkan ke atas
suatu permukaan yang rata. Melalui kartografi, ahli geografi dapat meneliti dan membuat
kajian sama ada menyelesaikan masalah penduduk yang sedang dihadapi ataupun
membuat ramalan awal bagi tujuan keseimbangan secara globa.
Dengan itu, ahli geografi memikul tanggungjawab untuk membuat penyelidikan
dari ke semasa ke semasa. Semasa membuat penyelidikan sesuatu isu, ahli geografi biasa
akan menggunakan banyak kaedah kartografi untuk mengukuhkan kaji selidiknya.
8
Kefahaman dalam menggunakan kartografi itu sangat penting supaya dapat mengumpul,
organisasi dan manipulasi data yang dihasilkan melalui kajian lapangan. Ahli geografi
dapat menentukan peta mana yang paling sesuai untuk penyelidikannya. Terdapat tiga
peta mengikut kesesuaian ahli geografi memanipulasikan ke dalam kajian
penyelidikannya.
Pertama ialah peta mental yang membolehkan ahli geografi menggambarkan imej
kajian sama ada sesuatu tempat atau fenomena melalui pemikiran atau secara ilusterasi.
Contohnya, penyelidikan tentang urbanisasi penduduk di Malaysia akan membolehkan
ahli geografi memberikan tumpuan kepada imej-imej orang yang tinggal di wilayah yang
berlainan dan wilayah yang menjadi tumpuan penduduk. Ahli geografi dapat memikir
secara ilusterasi faktor-faktor yang menyebabkan penduduk banyak tertumpu di sesuatu
wilayah seperti Petaling Jaya, misalnya faktor peluang pekerjaan, kemudahan asas dan
bentuk muka bumi yang rata.
Kedua ialah peta maya iaitu suatu persembahan digital data ruangan yang mana ia
boleh digunakan dalam perhubungan dengan perisian pemetaan bagi menghasilkan
paparan grafik. Peta ini misalnya boleh membantu ahli geografi membuat pembentangan
selepas tamatnya sesuatu penyelidikan, boleh simpan secara hasilan sementara (softcopy)
dan sebagai rujukan pada masa depan.
Peta ketiga ialah peta sebenar. Secara tradisionalnya, peta ini dilukis
menggunakkan pen dan dakwat manual. Tetapi mengikut pengedaran ia sudah dihasilkan
oleh pembuatan cetakan kekal peta maya yang dihasilkan menggunakan sesetengah jenis
komputer grafik. Ini bermaksud ahli geografi dapat menghasilkan peta melalui sesuatu
perisian grafik dan dipaparkan secara output atau hasilan kekal (hardcopy)untuk
menghasilkan imej kekal di atas kertas. Dengan itu, jelas menggambarkan bahawa
kartografi sangat penting dalam penyelidikan seseorang ahli geografi.
2.8 Sebagai Alat Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
Menurut Ruslan Rainis dan Noresah Mohd. Shariff (1998) yang memetik kata Clarke
menyatakan bahawa sistem maklumat geografi (SMG) ini bermaksud satu sistem
berbantukan komputer untuk mengumpul, menyimpan, mendapat semula, mengubah atau
9
mentransformasi dan memapar data ruang. Sistem ini memerlukan maklumat data
kartografi untuk menjadikan imej kartografi sebagai output utama dalam SMG. Seperti
kata M.J. Kraak dan F.J. Ormeling, pengetahuan kartografi diguna pakai dalam SMG
untuk mencipta suatu visualisasi. SMG mampu mengintegrasikan data ruangan melalui
kaji selidik, remote sensing, database statistik dan peta kitar semula.
Ahli geografi menghasilkan peta melalui kefahaman kartografi dan diaplikasikan
dalam SMG bagi mendapat sesuatu imej kartografi yang lebih menarik dan kekal
dihasilkan bagi tujuan membolehkan mereka atau ahli kartografi membuat berbandingan
perubahan fenomena yang berlaku dari semasa ke semasa. Ia juga memudahkan kerja-
kerja membuat pengiraan kerana sistem ini hanya menekan papan kekunci dan secara
automatik ia akan mengira sama ada keluasan tanah, pertumbuhan penduduk atau
panjang sesuatu objek dengan tepat sekali.
Terdapat elemen-eleman kartografi membantu memudahkan pembacaan dan
pentafsiran. Elemen ini dalam SMG biasanya diplotkan terakhir selepas semua elemen
grafik yang diperlukan diplotkan. Elemen-elemen ini termasuklah tajuk, label, petunjuk,
teks, skala dan tanda utara. Keadaan ini kelihatan betapa pentingnya kartografi kepada
ahli geografi untuk menghasilkan perisian yang canggih bagi mengaplikasikan kartografi
dalam komputer. Dengan kata lain, SMG membolehkan kartografi dipaparkan melalui
digital memberi bantuan kepada ahli geografi memcari cara penyelesaian yang lebih
mudah daripada kartografi tradisional.
2.9 Memahami Pertalian atau Interaksi antara Ruang
Peta yang dikaji oleh bidang kartografi akan memudahkan ahli geografi melihat pertalian
atau interaksi antara ruang. Menurut Ruslan Rainis dan Noresah Mohd. Shariff (1998),
peta dapat menyembahkan perletakan sesuatu fenomena secara realatif dari segi
pertaliannya dengan fenomena lain mengikut konsep orientasi, iaitu jarak dan arah,
penghubungan dan perdampingan dan kandungan. Peta yang menggunakan sistem
koordinat dapat mengenal pasti dan mengukurkan sifat-sifat antara pertalian ruangan
secara tepat. Hal ini disebabkan peta kartografi dapat mendefinisikan satu kelas entiti
khas, iaitu pasangan entiti dalam sesuatu ruangan. Keadaan ini dapat membantu ahli
geografi mengumpul data-data yang berkaitan dengan hubungan antara ruangan.
10
Sebagai contoh, melalui persembahan kartografi, perletakan Universiti Sains
Malaysia boleh dinyatakan sebagai lapan kilometer dari Lapangan Terbang Bayan Lepas
(dari segi perhubungan atau interaksi), di sebelah kiri Jalan Sultan Azlan Syah bagi
perjalanan dari perjalanan dari Lapangan Terbang Bayan Lepas ke Gelugor (dari segi
perdampingan), disebelah timur laut Lapangan Terbang Bayan Lepas (dari segi arah) atau
di dalam Daerah Timur Laut Pulau Pinang (dari segi kandungan). Dalam konteks ini, ahli
geografi boleh mengkaji tentang pertalian entiti-entiti yang terdapat di ruangan ini, iaitu
Universiti Sains Malaysia dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas dan Jalan Sultan
Azlan Syah.
Selain itu, dalam peta kartografi, ahli geografi boleh melihat empat pertalian
yang ternyata dalam entiti-entiti yang sama jenis atau dalam jenis-jenis yang berlainan.
Misalnya, pertalian ruangan yang boleh wujud termasuklanh antara titik dengan titik, titik
dengan kawasan, titik dengan garisan, garisan dengan gariasan dan kawasan dengan
kawasan. Contoh-contoh pertalian antara titik dengan titik ialah “dalam lingkungan”
seperti cari semua titik pelanggan yang terletak dalam lingkungan satu kilometer dari
suatu pusat perdagangan. Pertalian ini penting kepada ahli geografi supaya mereka boleh
menentu sama ada sesuatu jalan raya menyeberangai sungai, mencari semua jalan yang
terletak dalam lingkungan atau kilometer dari sesuatu jalan kereta api dan menentukan
sama ada sesebuah sungai mengalir ke sungai yang lain.
Di samping itu, peta kartografi memudahkan ahli geografi melihat atau mengkaji
tentang pertalian antara sungai dan kawasan yang boleh wujud. Misalnya dalam keadaan
“dilalui” (seperti mencari semua jenis tanih yang dilalui oleh lebuh raya ini) dan
“bersempadan” (seperti menentukan sama ada sungai ini membentuk sebahagian
daripada sempadan negeri itu). Satu lagi pertalian yang penting ialah antara kawasan
dengan kawasan seperti “tindinan”, yang terletak dengan” dan “yang berdampingan
dengan”. Pertalian ini penting ahli geografi dalam pelbagai tujuan sperti mengenal pasti
semua keseksanaan antara jenis-jenis tanih dalam peta tanih dengan jenis-jenis guna
tanah dalam peta yang lain, mencari tasik yang terdekat dengan kawasan hutan yang
terbakar dan tentukan sama ada dua kawasan tertentu berkongsi sempadan yang sama.
11
2.10 Mengaplikasikan Teori atau Model Geografi
Bidang kartografi membolehkan ahli geografi menganalisis ruangan berdasarkan entiti-
entiti yang disembahkan dalam peta. Keadaan ini telah memudahkan ahli geografi
mengaplikasikan teori-teori geografi dalam sesuatu ruangan. Peta kartografi dapat
mewakili dunia sebenar dalam objek atau skala yang kecil dalam peta. Dalam konteks ini,
peta telah menjadi sumber data berguna yang dapat memberikan persepsi sejarah. Dalam
konteks ini, peta kartogafi dapat menyediakan maklumat dan idea yang berguna kepada
ahli-ahli geografi tentang apa yang telah berlaku ke atas sesuatu landskap bagi tempoh
100 tahun. Keadaan ini membolehkan ahli-ahli geografi mengaplikasi atau mencadang
sesuatu model guna tanah yang sesuai dengan aktiviti guna tanah yang telah disembahkan
dalam peta kartografi.
Kesinambungan itu, ahli geografi boleh menggunakan model guna tanah untuk
menganalisis tentang sejauh manakah model ini dapat diaplikasikan dalam peta dulu dan
peta terkini. Peta kartografi yang direkod dalam tempoh yang berbeza dapat
mempersembahkan perkembangan entiti-entiti dalam sesuatu ruangan pada tempoh masa
yang berbeza. Keadaan ini memudahkan ahli geografi membuat perbandingan tentang isu
perkembangan sesuatu ruangan secara tepat. Misalnya, peta kartografi yang dikaji antara
tahun 1857 hingga 1930 telah memudahkan Hoyth mengaplikasikan teori guna tanah ke
atas perubahan-perubahan yang dialami di bandaraya Chicago (Brodford dan Kent,
1981).
Peta kartografi yang pelbagai jenis telah memudahkan ahli geografi
mengaplikasikan model geografi berdasarkan tujuan yang berlainan. Misalnya peta
bulatan yang bertujuan untuk melambangkan taburan dan jumlah sesuatu fenomena,
khususnya taburan penduduk di sesuatu ruangan telah memudahkan ahli goegrafi
mengaplikasikan model pertumbuhan penduduk, seperti piramid progresif dan piramid
mantap untuk mengkaji tentang kadar pertumbuhan penduduk di sesuatu tempat.
Manakala peta tematik yang menggambarkan sejenis fenomena di sesuatu ruangan
membolehkan ahli geografi menganalisis tentang model pengangkutan yang digunakan
dalam perkembangan sistem pengangkutan di dalam ruangan tersebut.
12
Dalam konteks ini, setiap jenis peta kartografi telah memainkan fungsi yang
masing-masing dalam menggambar dan mempersembahkan entiti-entiti yang terdapat di
dalam dunia sebenar. Penghasilan peta kartografi ini telah memudahkan ahli geografi
mengaplikasikan teori atau model geografi kerana bidang ini memudahkan ahli geografi
memperoleh maklumat tepat yang berkaitan dengan entiti-entiti dunia sebenar. Keadaan
ini memudahkan mereka membuat analisis tentang teori yang sesuai untuk digunakan
dalam menerangkan sesuatu perubahan fenomena dalam ruangan.
13
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, bidang kartografi telah memberi sumbangan yang besar kepada
perancang bandar, bahkan ahli-ahli geografi. Perkembangan bidang kartografi telah
memudahkan perancang bandar untuk membuat pelan pembangunan. Keadaan ini
menyebabkan perancangan bandar boleh dilaksanakan secara sistematik. Hal ini penting
kepada semua negara, khususnya negara sedang membangun dan negara mundur supaya
dapat mencapai objektif pembangunan mampan yang dapat memaksimumkan
penggunaan sumber, pada masa yang sama tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.
Bidang kartografi penting kepada ahli geografi dari segi menganalisis pertalian
ruangan, mengaplikasikan teori goegrafi. Hasil bidang kartografi akan dijadikan sebagai
rujukan masa depan. Perkara ini dapat membawa kepada perkemabangan bidang geografi
kerana bidang ini telah membekalkan banyak maklumat yang tepat kepada ahli-ahli
geografi untuk membuat analisis dan penyelidikan.
14
BIBLOGRAFI
Foziah Johar, (1992), Pengenalan Kartografi untuk Perancang Bandar, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohd Faris Dziauddin dan Ruslan Rainis, (2003), Pengenalan kepada
Kartografi.Pearson Prentice Hall. Selangor.
MG Brodford dan W. A. Kent, (1981), Geografi Manusia: Teori-teori dan
Penggunaannya. Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
M.J. Kraak dan F.J. Ormeling. (1996). Cartography Visualization of spatial data.
Singapore. Longman.
Ruslan Rainis dan Noresah Mohd Shariff, (1998), Sistem Maklumat Geografi, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan.
Pameran Pertama (10-11 Oktober 2003), Projek Perancangan Alam Sekitar (2003-2004),
Projek Usahasama dengan Majlis Daerah Beaufort, Jabatan Perancang Bandar dan
Wilayah, Sabah dan Danida, Danish Ministry of Foreign Affairs
www.ncgia.ucsb.edu/vqrenius/ppgis/papers/howard.html
www.arbsoft.com/cartography.html
15
Top Related