1
MODUL 6C
TOOLKIT PELAKSANAAN AKTIVITI `PEER COACHING’
Pengenalan:
Peer Coaching merupakan salah satu daripada kaedah yang diguna pakai untuk program Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC ) untuk pemerhatian khusus P&P guru dalam bilik darjah. Bagi memastikan kelancaran aktiviti peer coaching berlaku dengan berkesan beberapa langkah berikut wajar dijadikan panduan.
Sila nyatakan perspektif anda terhadap aktiviti peer coaching yang dijalankan di sekolah anda.
BIL. CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI
STATUS PELAKSANAAN DI SEKOLAH (TANDAKAN _/ PADA RUANGAN YANG RELEVAN)
DILAKSANAKAN SEPENUHNYA
DILAKSANAKAN SEPARUH
TIDAK DILAKSANAKAN
1 PRAKONFERENSI (PRE CONFERENCE)
Memberi fokus kepada aspek p&p guru
√
Mewujudkan hubungan yang meyakinkan berkaitan tujuan membantu aspek profesional
√
Mewujudkan kerangka mental tentang objektif dan kaedah pengajaran
√
Menentukan struktur dan fokus pemerhatian
√
Memahami dan mempelajari isi pengajaran yang diharapkan melalui penyediaan soalan-soalan seperti;- Apakah matlamat pengajaran
anda?- Bagaimana anda merancang
pengajaran?- Apakah kandungan khusus
pengajaran yang anda harapkan pelajar belajar?
- Di manakah anda memerlukan bantuan?
- Apakah bahan-bahan yang
√
2
MODUL 6C
diperlukan?- Apakah pengetahuan sedia ada
pada pelajar sebelum pembelajaran tajuk ini?
- Bagaimana anda tahu dan dapat mengesan kesukaran pada pengajaran?
- Bagaimana kita tahu bahawa objjektif pembelajaran tercapai?
Perancangan terhadap strategi pengajaran
√
Jangkaan terhadap guru √
Wujudkan kemahiran penilaian kendiri yang profesional
√
2 PEMERHATIAN (OBSERVATION)
Guru seharusnya mengenal pasti peralatan untuk mengumpul data
√
Mengumpul data/ maklumat melalui pelbagai kaedah seperti skrip, rakaman, senarai semak, carta/ jadual dan gambar/ visual
√
Melihat interaksi √
Mentafsir tingkah laku guru √
Meneliti dokumen berkaitan √
Menganalisis data/maklumat untuk tujuan perbincangan
√
3 PASCAKONFERENSI (POST CONFERENCE)
Memaklumkan perlakuan dan tindakan sebenar yang berlaku semasa sesi pengajaran
√
Memfokuskan perbincangan terhadap √
3
MODUL 6C
2 atau 3 isu utama
Memberi peluang kepada guru menjelaskan perlakuan pengajarannya
√
Membincangkan elemen-elemen yang boleh membantu kepada perubahan pengajaran
√
Mendorong guru membuat semakan faktor kelebihan/kelemahan pengajaran
√
Wujudkan persefahaman perkara berikut untuk pengajaran akan datang:
- aspek yang perlu diperbaiki atau dikekalkan
- Wujudkan persefahaman perkara berikut untuk pengajaran akan datang
- aspek yang perlu diperbaiki atau dikekalkan
√
RIFLEKSI COACH
Tarikh perlaksanaan : 24 Jun 2015Nama Guru Dinilai : Siti Nur Nadiah Bt Ahmad AzaliNama Guru Penilai : Victor Petrus Atin
Refleksi : Guru sangat bersedia dalam mengendalikan sesi Peer Coaching khususnya persediaan BBM (power point) yang mantap disertakan dengan sesi pengendalian PDP yang menarik dan berkesan. Pelajar seramai 33 orang (4B-20orang dan 4C-13orang) sangat teruja dengan sesi PDP pada hari ini.
4
MODUL 6C
………………………………………………..
Nama: VICTOR PETRUS ATINTarikh:24 JUN 2015
RIFLEKSI COACHEE
Tarikh perlaksanaan : 24 Jun 2015Nama Guru Dinilai : Siti Nur Nadiah Bt Ahmad AzaliNama Guru Penilai : Victor Petrus Atin
Refleksi : Sesi PDP dapat berjalan dengan lancer seperti yang dirancang. Penggunaan BBM Power Point, LCD Projector dan amali menggunakan modul yang telah saya sediakan banyak membantu pelajar dalam memahami teknik menghasilkan lukisan perspektif satu titik dengan baik. Pada pengakhiran amali dan pdp, saya telah memantau dan telah membuat penilai terhadap setiap hasil kerja pelajar. Semua pelajar dapat melengkapkan amali yang diberi dan hasil kerja mereka sangat memuaskan.
5
MODUL 6C
Pada masa hadapan, antara penambah baikan yang saya perlu lakukan adalah perlunya pengurangan bilangan pelajar semasa melaksanakan pdp kerana sukar untuk saya memberi tumpuan kepada 33 orang pelajar sepanjang amali dilaksanakan.
………………………………………………..
Nama: SITI NUR NADIAH BT AHMAD AZALITarikh: 24 JUN 2015
GAMBAR :
PERBINCANGAN SEBELUM:
Top Related