7/31/2019 Business Plan Akuakultur
1/22
BUSINESS PLANPROJEK AKUAKULTUR
1.0 Latar Belakang
Dalam mengekalkan kawasan rancangan pengairan Muda sebagai pengeluar
utama padi dan beras negara, pihak MADA juga berusaha untuk menambahkan
lagi pendapatan peladang-peladang melalui mempelbagaikan aktiviti ekonomi
dengan membangunkan industri pengeluaran makanan melalui penggunaan
kemudahan dan sumber-sumber yang sedia ada seperti projek akuakultur.
Kawasan Muda memang berpotensi untuk berkembang maju dalam bidang
pengeluaran ikan air tawar. Sumber-sumber pengeluaran ikan air tawar boleh
dimajukan melalui hasil keluaran ikan dalam rangkaian taliair atau terusan,
kolam-kolam binaan, kolam tradisi dan juga ternakan ikan di Tasik Pedu yang
mana telah dikenalpasti bersama-sama dengan Jabatan Perikanan melalui
kajian kesesuaian lokasi ternakan dan kualiti air bagi menjamin pengeluaran
hasil ternakan yang baik.
Melalui bancian yang dijalankan bersama didapati lokasi untuk ternakan ikanyang sesuai dan dapat diusahakan ialah:
a) Terusan utama sepanjang 35 km daripada 175 km yang boleh diternak
dengan 6,000 unit sangkar.
b) Terusan sekunder sepanjang 45km daripada 929km yang boleh
diternak dengan 1,000 unit sangkar.
c) Tasik pedu dengan keluasan 52 hektar yang boleh diternak dengan
3,000 sangkar bersaiz 20 x 20 daripada keluasan permukaan
keseluruhan 52 km persegi.
1
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
2/22
1.1 Objektif
Meningkatkan pengeluaran hasil ikan air tawar dalam negara.
Meningkatkan pendapatan usahawan-usaahwan melalui industri hiliran
berasaskan perikanan selain dari padi.
Menjadikan sektor bukan padi yang kompetatif.
Mewujudkan jalinan kerjasama diantara usahawan-usaahwan
akuakultur dikawasan MADA dalam keseluruhan rantaiannilai aktiviti
pengeluaran ikan air tawar.
Objektif ini disasarkan bagi membolehkan usaahwan-usahawan dapat
memanfaatkan sumber sedia ada dan seterusnya menambahkan pendapatan
mereka. Ia juga dapat membimbing peladang menjadi usahawan yang berjaya.
Pengambilan perkapita ikan sebagai salah satu sumber protin yang semakin
meingkat iaitu daripada 49 kg/ kapita kepada anggaran 56 kg/kapita pada 2010
juga menyemarakan lagi program ternakan ikan dijalankan. Sasaran pihak
kerajaan bagi pengeluaran akuakultur akan ditambah sebanyak 600,000 metrik
tan menjelang 2010 dimana ikan tilapia merah dianggarkan menyumbang
sebanyak 20% atau bersamaan dengan 120,000 metrik tan.
Projek ternakan ikan air tawar di MADA dibahagikan kepada;
) Ternakan ikan tilapia dalam sangkar di terusan.
) Ternakan ikan tilapia dalam sangkar di Tasik Pedu.
i) Ternakan ikan tradisi di kolam-kolam tanah.
v) Pengeluaran benih ikan air tawar.
2
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
3/22
1.2 Misi
Mewujudkan jalinan kerjasama di antara usahawan-usahawan
akukultur MADA.
Memaksimakan pengeluaran bagi setiap sangkar ikan air tawar yang
diternak.
Menambah pendapatan peladang melalui projek bukan padi.
Menggunakan sumber air yang ada dengan sepenuhnya.
1.3 Visi
MADA sebagai pengeluar ikan air tawar utama di rantau utara Malaysia.
1.4 Strategi Pembangunan Ternakan Ikan
i) Melaksanakan projek ternakan ikan dalam sangkar di terusan utama
dan di Tasik Pedu.
ii) Pengagihan bantuan anak benih ikan/sepat/puyu kepada penternak-
penternak ikan yang berpotensi dan berdaya maju.
iii) Mengujudkan kerjasama dengan pihak Jabatan Perikanan dan swasta
dalam pengeluaran benih tilapia berkualiti dan pengeluaran ikan
keli/sepat/puyu.
iv) Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelidikan bagi meningkatkan
teknologi pengurusan penternakan ikan.
v) Mengujudkan rangkaian pemasaran ikan yang berkesan melalui
kerjasama dengan pihak FAMA dan Swasta.
vi) Pembangunan sumber manusia di peringkat pegawai dan
peladang/penternak ikan melalui latihan dan kursus.
3
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
4/22
2.0 Perancangan Pengeluaran
2.1 Lokasi
Ternakan ikan tilapia dalam sangkar di terusan ini dijalankan di beberapa
lokasi. Bilangan sangkar ternakan bagi setiap lokasi adalah berbeza
bergantung kepada keadaan lokasi dan peruntukan yang diterima. Lokasi
dan bilangan sangkar adalah seperti dalam jadual dibawah.
Lokasi Bilangan Sangkar*
PPK A-I (Kg Guar Sanji) 36
PPK G-II (Kg. Pulau Pisang) 20
PPK D-III (Kg. Kerkau) 160
Kg Bukit Raya730
Pedu 300
Jumlah 1,246
* Saiz sangkar 10 x 10 kecuali di Pedu 20 x 20.
Projek yang dijalankan di Empangan Pedu telah dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2004. Peringkat pertama pembinaan
infrastruktur melibatkan 300 unit sangkar, pejabat dan stor bagi tujuan
penternakan ikan Tilapia. Peringkat kedua pula akan melibatkan
pembinaan 300 unit sangkar, pejabat dan stor bagi tujuan penternakan
ikan Siakap. Secara keseluruhan ianya melibatkan pembinaan 600 buah
sangkar ( saiz 20 x 20) dan lain-lain infrastruktur seperti berikut:-
4
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
5/22
2.1.1 Pembinaan Sangkar , Infrastruktur DanKemudahan Asas Penternakan Di Dalam Tasik Pedu
i. Modul sangkar yang dicadangkan adalah mengandungi 50
petak sangkar dalam satu barisan. Saiz bagi satu petak
sangkar adalah 20 kaki x 20 kaki x 10 kaki.
ii. Spesis yang diternak adalah ikan tilapia merah (Oreochromis
niloticus) dan GIFT tilapia.
iii. Kadar benih yang akan dilepaskan adalah sebanyak 1200
ekor per sangkar. Makanan rumusan (pellet) diberi
sepenuhnya sebagai sumber makanan tunggal selama 4
bulan.
iv. Anggaran pengeluaran hasil semusim (6 bulan) untuk
satu sangkar adalah sebanyak 900 kg dengan kadar
kematian 25%. Purata berat hasil ikan dituai adalah
500gm/ekor. Jumlah pengeluaran hasil semusim untuk 700
sangkar adalah sebanyak 787.5 mt. /musim.
2.1.2 Sumber Benih Tilapia
i. Sebuah pusat pengeluaran benih dan 9 buah kolam
asuhan benih telah dibina di PPK D-II, Tunjang.
Kapasiti pengeluaran anak benih dianggarkan
sebanyak 1 juta ekor setahun. Perkara-perkara yang
terlibat adalah;
Kolam pembenihan
Petak asuhan benih
Kolam kurungan induk tilapia
5
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
6/22
Penyediaan makanan anak ikan.
Lain-lain peralatan sokongan seperti generator, pam
angin dan pembungkusan benih.
Infrastruktur yang dibina ini adalah berdasarkan teknologi
pengeluaran benih daripada Jabatan Perikanan.
ii. Bagi menampung keperluan benih yang semakin meningkat
sebuah lagi pusat pembenihan akan dibina di kampung
Kerkau , Pendang di bawah pengendalian PPK D-III, Titi Hj.
Idris.
iii. Pendekatan ini boleh mengurangkan kos pengeluaran,
penyelarasan jadual penternakan dan pemasaran ikan
dengan lebih sempurna.
2.1.3 Sumber Makanan
ii. Sebuah pusat memproses makanan telah diusahakan bagi
memproses makanan di PPK A- II, Kodiang. Bagi menampung
pertambahan jumlah sangkar serta kuantiti ikan sebuah lagi
pusat memproses akan dibina di Kampung Kerkau, Pendang
dibawah pengendalian PPK D-III, Titi Haji Idris. Pendekatan ini
dilakukan bagi mengurangkan kos makanan yang merupakan
aspek penting dalam penternakan ikan tilapia.
iii. Kapasiti pengeluaran maksimun makanan yang diusahakan
oleh PPK A- II, Kodiang hanyalah sekitar 400 kg/hari untuk
operasi selama 8 jam. Kajian terus akan dilakukan bagi
membolehkan pusat memproses makanan ini mendapat
kuantiti dan kualiti yang terbaik bagi projek ternakan ikan di
kawasan MADA.
6
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
7/22
2.2Jangkaan Pengeluaran
2.2.1 Sasaran Pengeluaran ikan tilapia di terusan dari 2005 hingga 2010
adalah seperti jadual di bawah.
Perkara 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Jumlah
Bil. Sangkar
SangkarUntuk
pengredan
SangkarTernakan
1,200
60
1,140
1,300
65
1,235
1,400
70
1,330
1,500
75
1,425
1,600
80
1,520
1,700
85
1,615
1,700
85
1,615
Bilanganbenih (ekor) 720,0
00780,000 840,000 900,000 960,000 1,020,000 1,020,000
KeperluanMakanan (mt)
405 438.75 472.5 506.25 540 573.75 573.75
Pengeluaran(mt)
285 308.8 332.5 356.3 380.00 403.8 403.8
Nilai Jualan(RM juta) 1.28 1.39 1.49 1.60 1.71 1.81 1.81
BilanganManfaat (20
sangkar/orang)
60 65 70 75 80 85 85
Nota:1. Saiz Sangkar ialah 10 x 10
2. Ternakan berdasarkan kepada sebanyak 2 pusingan.3. Nisbah bilangan sangkar untuk pengredan adalah 1: 20
4. Pengeluaran bagi setiap sangkar/thn ialah 210 kg/sangkar .
5. Anggaran harga pasaran ialah RM4.50/kg.6. Ternakan ikan di Kerkau, Pendang sebanyak 360 sangkar akan bermula pada
Julai 2005 dan pengeluaran bagi tahun tersebut adalah untuk satu pusingan sahaja.
7. Pertambahan bilangan sangkar bergantung kepada peruntukan yang
diluluskan.2.2.2 Sasaran Pengeluaran Ikan tilapia di Tasik Pedu dari 2005 hingga
2010 adalah seperti jadual di bawah.
7
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
8/22
Perkara 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Jumla
Bil. Sangkar
Sangkar Untuk
Pengredan.
Sangkar Ternakan
200
4
166
300
9
161
400
14
256
500
19
351
600
24
446
700
29
541
700
29
541
Bilangan Benih
(ekor)
480,000 720,000 960,000 1,200,000 1,440,000 1,680,000 1,680,
Makanan (mt) 270 405 540 675 810 945 945
Pengeluaran 59.4 144.9 230.4 315.9 401.4 486.9 1,638
Nilai Jualan
(RM juta)
0.26 0.65 1.04 1.42 1.81 2.19 7.37
Bil. Manfaat (10
sangkar/orang) . 7 17 27 37 47 57 57
Nota :
1. Saiz sangkar 20 x 20
2. Ternakan akan dijalankan sebanyak 2 pusingan setahun.
3. nisbah bilangan sangkar untuk pengredan adalah 1:20.
4. pengeluaran bagi setiap sangkar ialah 900 kg/pusingan.
5. Anggaran harga pasaran ialah RM4.50/kg.
6. Pertambahan bilangan sangkar bergantung kepada peruntukan
yang diluluskan.
3.0 Perancangan Tenaga Manusia
3.1 Pengurusan Projek PPK
8
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
9/22
Semua projek-projek penternakan ikan tilapia dalam terusan akan
diuruskan oleh pihak PPK dengan melantik seorang kakitangannya
menjadi penyelia projek dan dibantu oleh peserta PPRT( lampiran 1 ) .
3.2 Pengurusan Projek Di Pedu
Projek di Pedu akan diuruskan oleh seorang Pengurus, 1 orang Penyelia
dan 3 orang pekerja am bagi mengawasi 700 unit sangkar. Bagi
memastikan kejayaan projek ini, pihak MADA akan menyelaraskan aktiviti
seperti penyediaan infrastruktur penternakan, membekal makanan, benih
dan membantu pemasaran produk (lampiran 2).
3.3 Pengurusan Projek Oleh Syarikat Muda III
Bagi projek-projek yang diusahakan oleh anak-anak syarikat PPK,
pengendalian dan pengurusan projek adalah terletak kepada Pengurus
Projek yang dilantik oleh syarikat berkenaan.
3.4 Jawatankuasa Pemantau MoA Inc
Bagi membantu pihak pengurusan projek ternakan ikan ini satu jawatan
kuasa pemantauan di bawah konsep MoA Inc, telah diujudkan yang
melibatkan Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI dan LKIM. Jawatan Kuasa
ini adalah berperanan untuk memperbaiki industri agar ianya menjadi
lebih produktif dan berdaya saing.
3.5 Kaedah Pengurusan
9
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
10/22
Badan pengurusan projek ini perlu mengamalkan prosedur ternakan
tilapia yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan dalam aspek pengurusan
ikan, pengurusan makanan dan pengurusan harian ternakan. Termasuk
juga mengamalkan cara ternakan yang baik ( Good Management
Practices, GMP).
Modul ternakan yang disyor adalah integrasi antara pengasuhan anak
ikan dalam kolam tanah dan ternakan dalam sangkar (grow-out) seperti
berikut:
Pengasuhan anak benih bersaiz kecil dalam petak
asuhan sehingga mencapai saiz 80 - 100gm seekor selama 2 - 3
bulan sebelum dipindah ke sangkar ternakan.
Sangkar-sangkar diguna khusus untuk ternakan (grow- out) ikan
tilapia sehingga mencapai saiz purata 500-600 gm/ekor dalam
tempoh masa 4 bulan.
3.6 Sokongan Teknikal dan Khidmat Nasihat
Pihak Jabatan Perikanan dan FAMA akan menyediakan bantuan bekalan
benih dan khidmat nasihat teknikal seperti analisis kualiti air, pemasaran
produk serta memberi latihan kepada pegawai MADA dan pekerja-pekerja
projek.
4.0 Perancangan Pemasaran
10
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
11/22
MADA akan membantu memasar dan memperluaskan pasaran ikan
tilapia melalui program pemasaran yang terancang dan berkesan.
4.1 Objektif
Mewujudkan rangkaian pemasaran yang sempurna dan industri sokongan
yang berkaitan serta merangsangkan lagi perkembangan industri ternakair
di kawasan Muda.
4.2 Kaedah Pemasaran Yang Telah Di Laksanakan
4.2.1 Jualan Peruncitan
Pada masa ini , saluran jualan secara runcit digunakan oleh
kebanyakan PPK. Pelanggan akan membeli poduk di tapak projek
atau PPK dan akan membawa ikan tersebut ke kawasan-kawasan
terpilih. Antara kebaikan kaedah peruncitan ini adalah ;
i. PPK akan mendapat harga yang tinggi sekitar (RM5.00
RM6.00).
ii. Pelanggan akan memperolehi ikan yang segar serta boleh
membuat pilihan dengan sendiri.
iii. Tapak projek akan lebih dikenali serta kawasan sekitar
berkembang .
Manakala keburukan penggunaan kaedah ini adalah;
i. Pasaran adalah terhad hanya penduduk di sekitar kawasan
projek sahaja yang akan berlanggan.
ii. Pelanggan yang memilih ikan di dalam sangkar boleh
menjejaskan kualiti produk kerana ikan yang tidak
dikehendaki boleh tercedera semasa proses pemilihan.
11
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
12/22
iii. Kos penjagaan akan meningkat disebabkan oleh
ketidaktentuan kehadiran pelanggan.
4.2.2 Pemborongan
Ikan tilapia yang dihasilkan adalah dalam bentuk ikan segar hidup
dan ikan diproses. Pasaran produk tilapia pada masa ini, lebih
tertumpu kepada kaedah pemborongan. Hampir 80 peratus jualan
tilapia di PPK menggunakan kaedah ini. Pemborong-pemborong
yang dikenalpasti adalah seperti di lampiran 3. Antara kebaikan
kaedah ini adalah ;
i. PPK akan dapat memasarkan pada kuantiti yang banyak .
ii. Kos pengendalian pemasaran akan dapat dikurangkan
kerana pemborong akan mengambil sendiri di tapak projek.
Manakala keburukannya pula adalah ;
i. Margin keuntungan adalah kecil berbanding jualan secararuncit harga pada sekitar (RM4.30 RM4.50).
ii. Ikan akan mudah rosak disebabkan proses penggredan
yang dilakukan oleh pemborong yang kebiasaannya akan
melakukannya sendiri.
iii. Ketidaktentuan pasaran oleh pemborong. Terdapat
pemborong yang tidak konsisten untuk mengambil ikan.
iv. Pergantungan kepada pemborong tertentu boleh
menjejaskan sistem pemasaran PPK.
4.2.3 Usahasama
12
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
13/22
Projek usahasama adalah salah satu langkah yang sedang dikaji.
Pada masa ini, pihak MADA sedang berbincang untuk
mengadakan usahasama dalam bidang pemasaran dan
pengeluaran dengan Langkawi Sea Farm.
4.2.4 Kepelbagaian Produk
Pada masa ini pihak MADA telah membina 2 pusat pemprosesan
produk tilapia untuk menghasilkan pekasam. Lokasi projek ini
adalah Pertubuhan Peladang Kawasan A-I Arau, Perlis dan
Pertubuhan Peladang Kawasan B-III, Alor Senibong, MADA
Daerah III, Pendang. Ini boleh memberi peluang pekerjaan kepada
peladang-peladang yang berdekatan.
Pihak MADA telah memohon peruntukan RM200,000 dalam
RMKe 9 untuk membuat penambahbaikan dalam produk tilapia ini.
Ianya bertujuan untuk membina dua (2) pusat pengeluaran
produk iaitu di sekitar Tasik Pedu dan di kawasan Projek Muda
III, Pendang. Pembinaan pusat ini adalah penting dalamusaha menambah nilai produk tilapia dan mengembangkan skop
pasaran. Antara projek-projek yang terlibat adalah tilapia segar
proses dan beku, tilapia fillet (memproses isi ikan), pekasam / ikan
kering dan keli proses segar/beku.
4.3 Program Pemasaran
13
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
14/22
Antara aktiviti pemasaran yang akan dijalankan bagi membantu
meningkatkan nilai jualan produk adalah :
4.3.1 Mewujudkan usahawan yang konsisten dalam penjualan
ikan secara runcit.
Pada masa ini tumpuan penjualan secara jualan runcit bergantung
kepada penternak / pekerja PPK. Usaha-usaha harus dilakukan
bagi mewujudkan usahawan dikalangan peladang yang memberi
tumpuan terhadap penjualan secara runcit dengan konsisten.
Mereka perlu diberi bantuan modal serta bimbingan untuk
menguruskan penjualan. Melalui kaedah ini outlet bagi pasaran
ikan tilapia akan lebih meluas.Disamping pembentukan usahawan
dikalangan peladang.
4.3.2 Kenalpasti pengusaha yang berpotensi dalam menghasilkan
kepelbagaian produk berasakan ikan.
Penekanan terhadap penambahbaikan perlu dilakukan. PPKmelalui Peladang Nita perlu mengenalpasti pengusaha berpotensi
dalam menghasilkan penambahbaikan dalam produk ikan. Salah
satu kaedah yang boleh dilakukan dengan menganjurkan program
atau pertandingan kepelbagaian produk berasaskan ikan.
4.3.3 Mewujudkan rangkaian pemasaran setempat bagi produk
berasaskan ikan tilapia.
14
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
15/22
Pihak MADA dalam rangka mewujudkan rangkaian pemasaran
setempat bagi pemasaran produk berasaskan ikan (FISHMART).
Lokasi yang di cadangkan adalah di Pendang. Rangkaian
pemasaran setempat ini akan diperkembangkan ke daerah
daerah lain di kawasan MADA.
4.3.4 Mewujudkan kerjasama pemasaran dengan syarikat
swasta/usahawan.
Pihak MADA akan terus berusaha mengenalpasti syarikat swasta
atau usahawan yang berkecimpung dalam industri yang sama
untuk berkerjasama dalam pemasaran produk berasaskan ikan.
4.4Persaingan
i. Penternak-penternak yang mengusahakan ikan tilapia di negeri
Perak yang mengusahakan di sekitar Sg. Perak telah menawarkan
harga yang lebih rendah pada kadar (RM 3.00 RM 4.00/kg).
ii. Pesaingan dengan pengusaha ikan tilapia yang diternak dalam
kolam tanah dan lombong terbiar. Harga pasaran adalah pada
sekitar (RM2.50 - RM3.00/kg) lebih rendah harganya. Pelanggan
yang mementingkan kos akan lebih memberi tumpuan kepada ikan
kolam walaupun kualiti yang rendah.
5.0 Perancangan Kewangan
15
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
16/22
Perancangan kewangan bagi projek ternakan ikan tilapia ini merangkumi
dua aspek iaitu kos pelaburan dan kos operasi.
5.1 Projek Ternakan Ikan Tilapia dalam Terusan
EKONOMI PROJEK
5.1.1 Kos Pelaburan
Kos pelaburan adalah berjumlah sebanyak RM 5,593,220 dan ini
termasuk kos pembinaan sangkar dan peralatan-peralatan
sokongan dan kos operasi.
Kedudukan kos pembinaan sangkar dan infrastruktur peralatan
sokongan adalah seperti berikut:
Perkara Kuantiti Kos(RM)
a. Kos Sangkar (RM 1,700/unit) 1700 2,890,000.00
b. Pembinaan Pusat Pengeluaran Benih 1 150,000.00
c. Peralatan tuaian/pemasaran
40,000.00
d. Penyelenggaraan 50,000.00
e. Pelbagai
20,000.00
Jumlah Kos Peralatan 3,150,000.00
5.1.2 Kos Operasi
Kos yang terlibat di dalam projek ini ialah kos benih, makanan ikan,
upah pekerja, bahan api, elektrik dan penyelenggaraan. Pengiraan
kos ini adalah berdasarkan kepada dua pusingan pengeluaran.
Jumlah kos operasi bagi tempoh setahun beroperasi adalah seperti
berikut:
16
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
17/22
Perkara Kuantiti Kos(RM)
a. [email protected]/ekor 2.04 juta ekor/tahun 612,000
b. Makanan (FCR 1:1.5) 1147.5 mt/tahun 2,065,500
@ RM1.80/kg
c. Upah & gaji @ RM 5600/bulan
Penyelia Projek 4 orang@ RM600 28,800
Pekerja Am Sangkar 8 orang @RM400 38,400
d. Bahan api ( RM2,000/bulan) 24,000
e. Luar jangka 5,000
Jumlah Kos Operasi 2,773,700
5.1.3 Hasil dan Pulangan
Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada kadar hidup
sebanyak 75%. Dengan andaian ini, sebanyak 765 mt setahun (2
pusingan) bernilai RM3.442 juta setahun dengan purata harga
jualan RM 4.50/kg akan diperolehi.
5.1.4 Analisa Kewangan
2 petunjuk analisa kewangan iaitu Kadar Pulangan Dalaman (IRR)
dan Nisbah Faedah Kos (BCR) telah diambilkira. IRR bagi projek
ini ialah 14% dan BCR ialah 1.04. Kedua-dua kadar ini
menunjukkan ianya berdaya maju. (Analisa IRR, BCR dan NPV
adalah seperti di Lampiran 4,5 dan 6 ).
17
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
18/22
5.2 Projek Ternakan Ikan tilapia di Tasik Pedu
5.2.1 Kos Pelaburan
Kos pelaburan adalah berjumlah sebanyak RM4,122,840 dan ini
termasuk kos pembinaan sangkar dan peralatan-peralatan
sokongan.
Kedudukan kos pembinaan sangkar dan infrastruktur peralatan
sokongan adalah seperti berikut:
Perkara Kuantiti Kos(RM)
Pembinaan Sangkar 700 1,190,000.00
b. Pembinaan Pelantar/Stor/Pejabat 1 200,000.00
c. Pembinaan Pusat Pengeluaran Benih 1 150,000.00
d. Pembelian Bot + engin 1 40,000.00
e. Pembelian Kenderaan lori 1 60,000.00
f. Penyediaan Infrastruktur di darat 200,000.00
g. Pam & Generator 40,000.00
h. Peralatan tuaian/pemasaran 40,000.00
i. Penyelenggaraan 50,000.00j. Pelbagai 20,000.00
Jumlah Kos Peralatan 1,990,000.00
5.2.2 Kos Operasi
Kos yang terlibat di dalam projek ini ialah kos benih, makanan,
ikan, upah pekerja, bahan api, elektrik dan penyelenggaraan.
Pengiraan kos ini adalah berdasarkan kepada dua pusingan
pengeluaran.
Jumlah kos operasi bagi tempoh setahun beroperasi adalah seperti
berikut:
18
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
19/22
Perkara Kuantiti Kos(RM)
a. [email protected]/ekor 1.68juta ekor 504,000
b. Makanan (FCR 1:1.5) 793.8 mt/tahun 1,428,840
@ RM1.80/kg
c. Upah & gaji @ RM9500/bulan
Pengurus Projek 1 orang 24,000.00
Penyelia Projek 1 orang
18,000.00
Pekerja Am Sangkar 10 orang 48,000.00
d. Bahan api @ RM5,000/bulan 60,000.00
e. Luar jangka 50,000.00
Jumlah Kos Operasi 2,132,840.00
5.2.3 Hasil dan Pulangan
Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada kadar hidup
sebanyak 75%. Dengan andaian ini, mulai tahun 2005 sehingga
tahun 2010, hasil tilapia yang akan diperolehi adalah sebanyak
588mt (2 pusingan) bernilai RM2,646,000 setahun dengan purata
harga jualan RM 4.50/kg akan diperolehi.
5.2.4 Analisa Kewangan
2 petunjuk analisa kewangan iaitu Kadar Pulangan Dalaman (IRR)
dan Nisbah Faedah Kos (BCR) telah diambilkira. IRR bagi projek
ini ialah 20% dan BCR ialah 1.07. Kedua-dua kadar ini
menunjukkan ianya berdaya maju. (Analisa IRR, BCR dan NPV
adalah seperti di Lampiran 7,8 dan 9 ).
19
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
20/22
6.0PENUTUP
Bagi melaksanakan projek ini, kos pelaburan yang diperlukan adalahsebanyak RM9,716,060.00 untuk melaksanakan 2,400 unit sangkar iaitu
700 unit (20 kaki x 20 kaki) di Pedu dan 1700 unit di terusan serta
kemudahan sokongan yang lain.
Hasil ikan tilapia yang diperolehi daripada projek ini adalah sebanyak
1,302 mt setahun dengan anggaran pendapatan kasar sebanyak
RM5,846,000 juta setahun.
Dengan melaksanakan projek ini dijangkakan faedah yang akan diperolehi
ialah seperti berikut :
a. Dapat meningkatkan aktiviti sosio ekonomi penduduk setempat
dengan tersedianya peluang peluang pekerjaan tersebut.
b. Dengan terlaksananya projek ini ianya akan dapat meningkatkan
pendapatan penduduk kampung berhampiran dengan mewujudkan
industri hiliran berasaskan ikan.
c. Melalui pelaksanaan program ini juga dapat membantu
meningkatkan pendapatan pengusaha pengusaha chalet
berhampiran dengan menambah aktiviti aktiviti pelancongan
berteraskan industri perikanan.
d. Membantu mempertingkatkan pengeluaran sumber akuakultur
negara.
20
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
21/22
e. Menambah aktiviti dan pendapatan Pertubuhan Peladang Kawasan
yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
21
7/31/2019 Business Plan Akuakultur
22/22
Top Related