Tema : Queen Margrethe II of DenmarkTahun : 1985Saiz : 39.4 x 31.5 in (100 x 80 cm)Pengkarya : Andy WarholHarga : $168,000Karya ini merupakan edisi ke-4. Karya ini hanya menggunakan campuran 4 warna iaitu merah muda, teal, ungu dan putih. Karya ini menunjukkan Ratu Margrethe II of Denmark. Karya ini memaparkan komposisi bentuk Ratu yang sama. Perbezaan antara keempat-empat hanyaklah dari segi warna sahaja.
Analisis pula, karya ini terdapat banyak unsur garisan terutama di bahagian rambut dan rantai. Kombinasi warna keempat-empat wajah Ratu itu dapat memperlihatkan kehebatan dan ketelitian pengkarya. Pengkarya menggunakan warna kontra untuk menimbulkan wajah Ratu. Karya ini juga mempunyai unsur keseimbangan bersimetri, yakni karya ini sama dan seimbang serta berat sebelah.
Interpretasi pula, disebabkan pengkarya ini terkenal dengan aliran pop art dan beliau suka merakamkan watak-watak yang popular, maka kemungkinan karya ini hendak menunjukkan kewibawaan Ratu yang amat popular pada masa itu, pengkarya ini mungkin mengagumi dan hormat Ratu ini.
Kesimpulannya, pengkarya ini dapat menyampaikan mesej iaitu kehebatan tokoh dan popularity Ratu di Denmark itu.
Tema : Blue/ RedTahun : 1983Saiz : 23 x 23inc (58.5 x 58.5cm)Pengkarya : Victor VasarelyEdisi : 267
Karya ini menunjukkan sebuah hasil seni yang hanyak menggunakan rupa geometri iaitu rupa bulatan sahaja dalam membentuk sebuah hasil seni yang dinamakan sebagai blue and red. Karya ini terdapat pelbagai saiz bulatan, ada yang besar, ada yang leper, ada yang kecil dan titik-titik bulatan.
Pengkarya ini pandai menyusun rupa bulatan iaitu daripada bulatan-bulatan yang pelbagai disambung dan dibentukkan sehingga menjadi satu bulatan yang besar. Bulatan yang dihasilkan seumpama dalam bentuk yang bergerak atau dikenali sebagai ilusi pergerakan. Tambahan pula, karya ini menjadi lebih unik dan bertenaga dengan adanya kombinasi warna merah dan biru. Kedua-dua warna ini memberi kesan kontra, hak ini kerana kedua-dua warna ini melambangkan suhu warna yang berbeza yakni warna sejuk dan warna panas. Selain itu, kebijaksanaan pengkarya mengaplikasikan bentuk yang sama dan disusun dengan teratur juga dapat menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini.
Karya ini hendak menyampaikan mesej iaitu penyusunan kombinasi warna dan rupa amat penting untuk menentukan kejayaan seorang seniman, seseorang perngkarya tidak semestinya melukis padat dan banyak objek dalam satu karya sahaja, tetapi pengkarya hendaklah tahu mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah hasil seni.
Kebijaksanaan pengkarya ini yang menggunakan rupa segi bulatan dan dikombinasikan dengan warna sejuk dan warna panas telah berjaya menyampaikan mesejnya. Keperihatinan dan ketelitian pengkarya ini telah berjaya menghasilkan suatu karya yang istimewa dan sudah memikat hati saya untuk menghasilkannya.
Tema : The KissTahun : 1897-1898Pengkarya : Edvard MunchSaiz: 59 x 45.7 cmKarya ini menunjukkan percintaan antara sepasang figura lelaki dan perempuan yang sedang mencium (kissing) dengan tidak mengira suasana di persekitaran. Aksi mereka berdua ini yang mesra dan dapat menunjukkan bahawa mereka sedang mengelamun percintaan dan percintaan ini adalah tulus.
Segi analisis pula,karya ini terdapat unsur penegasan iaitu subjeknya berada ditengah-tengah dan kelihatan seimbang dengan sekelilingnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang membentuk tekstu. Selain itu, imej iaitu anatomi yang dicetak dalam bentuk 2 dimensi yang menyerupai rupa atau imej yang tidak mempunyai bentuk yang lengkap dapat dilihat menerusi karya ini. Karya ini lebih berunsurkan alam khayalan kerana rupa figuranya yang bengkang-bengkok.
Sudut interpretasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kemuliaan percintaan. Percintaan yang mulia adalah kesanggupan dua pihak saling berkorban. Mereka perlu saling bantu membantu tanpa mengira tempat dan situasi.
Segi pertimbangan pula, karya ini memang berjaya menyampaikan mesej iaitu percintaan antara sepasang kekasih.
Tema : Eight HeadsTahun : 1922Pengkarya : Maurits Corn elis EscherSaiz : 32.5 x 34 cmKoleksi : Cornelius Van S.Roosevelt Collection
Karya ini menunjukkan lapan muka manusia yang terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan. Selain itu, dalam karya ini juga terdapat watak sampingan sama ada muka manusia dibuat secara dalam bentuk menegak atau terbalikkannya. Tetapi watak sampingan yang dihasilkan oleh pengkarya ini adalah sama dan yang berbaza adalah posisi kedudukan sahaja.
Karya ini merupakan satu karya yang rumit dan terdiri daripada pelbagai elemen garisan. Pengkarya ini menggunakan ruang secara maksimum dan efisien. Selain itu, rupa manusia yang disusun pada jarak yang sama dan rupa menghala ke arah yang sama juga dapat menghasilkan keadaan harmoni pada karyanya. Di samping itu, karya ini juga terdapat unsur keseimbangan. Unsur keseimbangan yang ada ialah imbangan tidak simetri. Hal ini kerana kedua-dua bahagian rupa yang diukir adalah berlainan atau tidak seimbang.
Interpretasi pula, karya ini hendak menunjukkan bahawa dunia ini terdapat pelbagai bangsa dan buudaya serta kuasa yang terdapat pada manusia juga adalah berbeza. Ada yang amat berpengaruh yang dilambangkan dengan bahagian muka yang besar, manakala juga terdapat rakyat biasa yang tidak ada kuasa yang dilambangkan dengan rupa manusia yang kecil. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak ini seumpama satu ayunan pergerakan, kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang penting dan perlu saling tolong menolong demi mancapi hasratnya.
Pertimbangannya, karya ini merupakan karya yang menarik tetapi terdapat banyak isi tersirat di dalamnya. Ia bergantung kepada pemerhati untuk mentafsirkannya.
Tema : The Great Wave of KanagawaTahun : 1832
Pengkarya : HokusaiKarya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di seluruh Asia. Karya ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang sedang mengharungi ombak yang besar. Manakala datar belakang karya ini terdapatnya Gunung Fuji yang dapat melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun.
Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang kerana pengkarya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang berulang pada ombak yang besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat memberi kesan dramatik pada karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum tetapi ia dapat menimbulkan kesan harmoni dan selesa dipandang.
Interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam kehidupan kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang itu amat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi cabaran atau rintangan. Ombak besar ini seumpama satu cabaran, sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita dapat berjaya dalam kehidupannya.
Sudut pertimbangan pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, tetapi karya ini kurang menampakkan sebagai karya cetakan blok kayu kerana karya ini kurang menampakkan kesan urat-urat kayu pada karya.
Pengenalan CetakanCetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.
Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.
Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.
Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.
Jenis-jenis Cetakan
1. Cetakan timbulan:
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.
Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.
2. Cetakan benam:
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.
Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
3. Cetakan planograf:
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.
Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.
Menggunakan blok batu kapur.
Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.
4. Cetakan stencil (sarigrafi):
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.
Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.
Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
Bahan dan alat cetakan
Senarai Alat yang digunakan untuk Proses Cetakan
Rice Paper
Alat Pengukir
Thinner
Senduk Tempurung
Sekuji
Roller
Roller
Lino Ink
Photo Emulsion
Bingkai Cetakan
Cetakan tamadun Jepun
Cetakan blok kayu di Negara Jepun dikenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya, cetakan dibawa masuk
seiring dengan kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik telah
berkembang maju pada pertengahan abad ke-17 sehingga ke pertengahan abad ke-19.
Perkataan “Ukiyo” berasal dari perkataan Buddha yang bermaksud dunia sedih. Aspek yang
digambarkan dalam Ukiyo-e adalag tentang dunia terapung yang meujuk kepada perasaan dan
kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. “ e” pula bermaksud gambar atau lukisan. Pada
zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang
terasing dari dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar tentang persembahan teater, testoran, kedai
minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan.
Pada tahun 1650, ilustrasu buku cetak dari blok kayu pertama telah dihasilkan oleh Ise Mongatari.
Pada awalnya, hasil karya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang
dikeluarkan. Tokoh artis seperti Utamaro dan Sharaku telah menghasilkan poster, iklan
persembahan teater dan rumah pelacuran atau potret idola seperti aktor Kabuki ( drama tradisi
Jepun).
Tōshūsai Sharaku – Otani Oniji II, dated 1794 .
The Kabuki actor Otani Oniji II in the role of Yakko (manservant) Edobe.
Secara amnya, mereka membuat poskad dengan menggambarkan kehidupan seharian. Pada awal
abad ke-18, cetakan telah menambah kualiti dari segi kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan
bertambah dan pelbagai. Selain itu, teknik cetakan juga bertambah moden. Pada awalnya, cetakan
yang berwarna akan dilakukan dengan tangan. Pada pertengahan abad ke-18, Okumara Masanobu
( penerbit & pelukis ) telah membuat eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu
blok untuk menghasilkan beni-e’ atau gambar merah. Seniman iaitu Suzuki Harunobu merupakan
tokoh cetakan yang cemerlang dan beliau terkenal di Edo . Beliau dapat menghasilkan beberapa siri
cetakan blok kayu yang halus dan serupa dengan figura lelaki dan perempuan dengan gaya yang
sungguh menarik. Kecantikan ukiyo-e’ hanya dapat dikecapi oleh warga dunia selepas Laksamana
Perry ke Jepun 1854 selepas dasar ‘ buka pintu’. Malangnya banyak hasil karya ukiyo-e telah rosak
akibat gempa bumi, kebakaran dan keusangan.
Shunga merupakan karya seni yang bergaya ukiyo-e ( karya di atas). Lukisan beliau biasanya
berkait dengan adegen percintaan. Seni Shunga bermula sejak era Muromachi (1336-1573) dan
dipengaruhi oleh pelukis erotik dari dinasti Tang di China, Chou Fang. Seni Shunga dibuat dan dijual
dalam bentuk lembar atau dalam bentuk buku dinamakan “ enpon”. Selain itu, karyanya juga dalam
bentuk gulungan yang dinamakan “kakemono-e”. Karya shunga yang dibuat di Osaka & Kyoto terdiri
daripada warna yang lebih kaya jika dibandingkan dengan karya Edo. Hal ini kerana karyanya
menggunakan “gofun” iaitu sejenis bubuk kulit kerang putih yang dicampur dengan berbagai bahan
hingga menjadi pigmen yang beraneka warna.
Ketika era pemerintahan Kaei (1845-1854), banyak kapal pedagang asing datang ke jepun untuk
membuat urus niaga. Oleh sedemikian, seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak mengalami
transformasi terutama dari segi budaya.
Selepas itu, diikuti pula dengan zaman keagungan Meiji iaitu disekitar tahun 1868, pada masa itu,
negara Jepun sedang mengamalkan dasar terbuka kepada bahan import seperti hasil fotografi yang
telah menggantikan seni Ukiyo-e secara keseluruhannya. Pengaruh barat ke atas Jepun juga
berlaku dalam era ini. Ukiyo-e ketika itu jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan
ini hanya dijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat barat melihat dan
menjumpai kertas cetakan ini, keras itu telah menjadi sumber ilham penting kepada pengksrya-
pengkarya daripada aliran impresionisme, kunisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van Gogh,
James Abbott, McNeil Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini telah dikenali sebagai
Japonisme di Barat.
Cetakan Tamadun Cina
Negara China merupakan Negara yang paling awal menggunakan cetakan iaitu pada abad ke-7
Masihi dan merupakan satu ciptaan budaya China yang penting. Tetapi tahun sebenar tentang
bilanya seni cetakan di Negara China mula wujud dan masih lagi diperdebatkan dalam kalangan ahli
akademik kerana tiada bahan artifak atau peninggalan dokumen yang dapat dikaitkan dengan
cetakan terawal yang telah dijumpa. Namum bergitu, berdasarkan pengamatan daripada aspek
perkembangan sosial, budaya, dan bukti dokumen yang releven untuk dikaitkan. Secar pandangan
dan pemikiran kasar, cetakan kayu mula digunakan dalam Dinasti Sui (581-518) dan menjadi
popular dalam Dinasti Tang. Walaupunn cetakan ini popular, tetapi kebanyakan rekod dokumen
tentang cetakan blok kayu dalam Dinasti Tang (618-607) masih sukar dipersembahkan.
Mahadharani Sutra (discovered in Kyongju, South Korea, Chinese. Printing of the Tang)
Cetakan pada pertengahan dan akhir pemerintahan Dinasti Tang
Pada akhir zaman pemerintahan Dinasti Tang, cetakan telah menjadi semakin popular sejak awal
penciptaa. Keadaan ini boleh dilihat menerusi buku ajaran Buddha yang telah menggunakan
cetakan secara aktif, dan juga ajaran Taoisme.
Diamod Sutra of 868 (dijumpai di Dunhung)
Pusat perkembangan cetakan juga semakin berkembang iaitu dari ibu negari di Chang’an dan
Louyang (ibu negeri wilayah timur) sehingga ke tempat seperti Sichuan, Huainan, dan Dunhuang.
Tempat-tempat inilah yang membawa kepada perkembangan seni cetakan.
Esoteric Dharani Scriptures (discovered in Dunhuang Tang)
Cetakan di Liao, Barat Xia dan Jin
Sezaman dengan Dinasti Song yang telah menjadi ikutan cara hidup etnik minoriti di Liao, Barat Xia
dan Jin, cetakan di kawasan ini juga sama dengan kawasan di tengah dan Selatan China. Dalam
Tahun 1991, 9 jilid ayat-ayat suci Buddha yang bertajuk Propitiousness telah tersebar ke merata
tempat di Kouhenenxu. Tulisan tersebut telah ditulis dalam bentuk simbol dan tulisan daripada Barat
Xia dan dibatasi dengan mengikut motif rama-rama. Karya ini telah dijumpai di kawasan Pagoda di
Baishigou yang terletak di negeri Helan, Ningxia, wilayah Auton-omous. Ahli arkeologi dan pakar
telah menjelaskan bahawa jilid ini telah dicetak di sekitar tahun di Barat Xia iaitu setengah abad
dalam abad ke-21 dengan menggunakan kayu jenis mudah alih. Ayat-ayat suci ini telah menduduki
tempat terpenting dalam sejarah cetakan China.
Cetakan pada Dinasti Yuan
Satu perubahan besar telah berlaku ke atas teknik cetakan ketika Dinasti Yuan (1271-386).
Pencapaian terbesar dalam teknik cetakan adalah inovasi dalam teknologi cetakan kayu mudah alih
yang dihasilkan oleh Wang Zhen. Beliau telah mengupah orang untuk mengukir papan kayu mudah
alih ini dan kemudian beliau mereka cipta sebuah plat untuk menyimpan papan cetak tersebut
mengikut permintaan semasa.
Selain itu, beliau juga menggunakan teknik tersebut untuk menghasilkan mesin cetak untuk
mencetak buku. Namun bergitu, sebelum Wang Zhen , sesetengah masyarakat juga telah
mempelopori kaedah ini.
Cetakan dalam Zaman Dinasti Ming
Zaman Dinasti Ming ( 1386-644_ merupakan zaman kegemilangan dalam seni cetak di Negara
China. Antara kecemerlangan ialah :
1) Semua jenis cetakan yang digunakan sebelum wujudnya dinasti Ming seperti woodblock, wood
movable type, metal movable type, whole metal plates, and techniques of multi-colour printing telah
diguna dan diaplikasi dalam dinasti Ming.
2) Kertas, dakwat, dan papan kayu yang digunakan dalam Dinasti ini adalah lebih berkualiti dan
lebih standard berbanding dahulu.
3) Jenis-jenis dan siri cetakan yang dihasilkan juga mencapai tahap yang tertinggi dalam sejarah.
Bukan sahaja mencetak buku traditional, tetapi ia juga menguna secara meluas dengan mencetak
bahan sejarah, filasofi, majarah dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak.
4) Perubahan dalam gaya cetakan. Dinasti ini telah menghasilkan karya yang lebih cantik dan karya
Dinasti Song menjadi lebih berkualiti dan digunakan secara meluas.
5) Karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan telah mempunyai warna dan ini sekali gus
menambah nilai estetik pada karyanya.
Shi Zhu Zhai Book on the Art of Painting (A coloured book printed by Hu Zheng Yan
in the Ming Dynasty)
Letter-designs of the Sunglo Studio (colour printing with blind stamping)
Cetakan Zaman Dinasti Ding
Satu lagi kemuncak cetakan di Negara China ialah Dinasti Qing (1644-911). Pada dinasti ini, skala
pencetakan dilakukan secara meluas, bukan sahaja berkembang meluas dalam modal tetapi juga
berkembang dalam serantau China. Pada masa itu, rangkaian-rangkaian, pencetak-pencetak
swasta dan bengke-bengkel juga telah dibangunkan. Oleh itu, pelbagai penerbitan juga bertambah
dengan adanya banyak bengkel yang didirikan sama ada pihak ataupun kerajaan. Disebabkan ini
juga, Dinasti ini telah mengatasi kesemua dinasti Cina sebelumnya dalam soal kuantiti dan jenis-
jenis penerbitan.
Spring Festival Picture by Yang Liu Qing, Tianjin
Spring Festival Picture, Beijing
Dragon Tripitaka
(Engraved and printed by the Imperial Household in the 13 year of the Yong Zheng
Reign )
SEJARAH CETAKAN KAYU
Cetakan Kayu.
1. Sejarah Permulaan Cetakan Kayu ( Woodblock Printing )
Cetakan kayu (woodblock Printing) merupakan teknik percetakan teks, imej, atau corak yang
digunakan secara meluas di Asia Timur terutamanya negara China. Cetakan ini asalnya merupakan
cara mencetak imej, teks, atau corak di atas permukaan kain ( textile) dan kemudiannya dicetak di
atas kertas. Cara ini digunakan untuk mencetak pakaian iaitu pada awal 220 masihi di China dan
Mesir pada awal abad ke 4. Di Jepun seni cetakan kayu lebih dikenali sebagai Ukiyo – e.
Kebanyakkan masyarakat Eropah telah menggunakan teknik percetakan di atas permukaan kertas
iaitu daripada potongan kayu ( woodcut ) kecuali untuk Block Book yang dihasilkan pada lingkungan
abad ke 15.
2. Teknik.
Blok kayu disediakan sebagai ukiran timbul, di mana kawasan yang menunjukkan warna putih
dibuang atau diukir dengan pisau, pahat atau kertas pasir dan membiarkan imej timbul pada
permukaan asal. Blok itu dipotong secara memanjang mengikut ira kayu. Ini penting dalam
meletakkan dakwat pada blok dan membuatkan ia lebih tahan serta kukuh dan boleh bersentuhan
dengan kertas mahupun kain bagi mendapatkan imej cetakan yang baik.
Imej yang dilukis atau dihasilkan pada blok kayu itu haruslah dalam kedudukan imej cermin
terutama sekali jika terdapat teks padanya. Seni mengukir ini secara teknikalnya dikenali sebagai
Xylography. Namun begitu, istilah ini jarang digunakan dalam Bahasa Inggeris.
Terdapat beberapa cara membuat cetakan yang perlu diambil berat :
a. Stamping.
Digunakan ke atas kebanyakkan fabrik dan kebanyakkanya cetakan kayu awal eropah. (1400 –
1440). Percetakan dilakukan dengan meletakkan kertas atau fabrik ke atas meja atau apa sahaja
permukaan rata dengan blok kayu itu di atasnya dan menekan atau mengetuk bahagian belakang
blok kayu itu.
b. Rubbing.
Cara yang sering digunakan bagi cetakan kertas timur. Selain itu ia juga digunakan dalam cetakan
kayu eropah.
Sejarah Cetakan Sutera saring
Cetakan sutera saring juga dikatakan sebagai cetakan sarigrafi. Nama ini diberikan dari bahasa latin
iaitu “seri” (silk) dan perkataan dari Greek iaitu “graphos” (melukis atau menulis). Pada zaman
dahulu, penggunaan sutera (silk) itu adalah sebagai bahan untuk dijadikan cetakan. Namun
demikian, setelah zaman berubah dan semakin moden, maka ianya telah digantikan dengan
penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini lebih mudah dan mempunyai ketahanan dalam
menghasilkan karya.
Cetakan sutera saring yang pertama dijumpa adalah di negara China semasa zaman dinasti Song
(960-1279 AD). Manakala negara Jepun dan negara-negara Asia pula telah menggunakan teknik
percetakan ini dan memajukan kraf dengan mengaplikasikan cetakan blok dan lukisan tangan (hand
applied paint).
Cetakan ini telah diperkenalkan secara meluas di negara barat Eropah dari Asia pada akhir 1700s.
Walaupun diperkenalkan secara meluas, tetapi cetakan ini tidak mendapat sambutan dan tidak
digunakan di Eropah, malah didapati bahawa kebanyakkan sutera saring diperdagangkan daripada
negara timur.
Cetakan saring yang pertama dilindungi paten dalam England oleh Samuel Simon pada tahun 1907.
Ia asalnya digunakan untuk mencetak kertas dinding yang mahal, mencetak di atas linen, sutera,
dan juga fabrik-fabrik halus yang lain. Pencetak atau pengkarya cetakan di barat biasanya bersifat
menyendiri, suka mempertahankan diri dan tidak suka menyebarkan rahsia bengkel-bengkel,
pengetahuan dan teknik-teknik pembuatan mereka.
Pada awal 1910s, pencetak-pencetak telah melakukan percubaan dengan menggunakan bahan foto
reaktif kimia dan menggunakan cahaya aktinik untuk mengaktifkan untaian silang atau sifat-sifat
kimia yang keras seperti kalium, natrium ammonium Chromate. Selepas itu bahan ini dikromat
dengan perekat dan sebatian-sebatian gelatin. Pada masa itu, pengkarya-pengkarya seperti Roy
Beck, Charles Peter dan Edward Owens telah mula belajar dan mencuba dengan chromik emulsi
dan terpeka garam asid untuk stensil foto reaktif. Akhir, mereka ketiga ini telah berjaya
membuktikan, malah merevolusikan perdagangan industri percetakan skrin dengan
memperkenalkan foto industri yang menggambarkan stensil. Walaupun penerimaan kaedah ini telah
mengambil masa yang lama. Namun, cetakan sutera saring perdagaangan kini lebih tumpu kepada
sensitiviti yang jauh lebih selamat dan kurang penggunaan bahan kimia seperti toksik yang terhasil
akibat bichromates.
Pada tahun 1928, Joseph Ulano telah mengasaskan industri pembekal kimia Ulano. Beliau juga
mewujudkan satu cara kaedah penanggalan warna iaitu dengan cara menggunakan bahan stensil
lakuer (lacquer soluble stencil). Bahan stensil ini akan memotong bentuk, selepas itu, kawasan-
kawasan yang hendak dicetak akan dibuang dan menghasilkan karya stensil skrin yang sharp dan
tepat.
Pada asalnya, sektor industri teknologi lebih membawa manfaat dan lebih untung. Tetapi pada akhir
tahun 1900s, cetakan sutera saring telah mendapat sambutan dan diangkat oleh seniman-seniman
sebagai satu ekspresif. Selepas itu, cetakan ini semakin popular sama ada dalam seni halus atau
dalam percetakan secara komersial. Pada masa itu, mereka sudah biasa untuk mencetak imej-imej
yang terdapat dalam poster, T-shirt, topi, CDs, DVDs, seramik, kaca, politena, polipropilena, kertas,
logam dan kayu.
Pada tahun 1930s, sekumpulan seniman telah menubuhkan National Serigraphic Society dan
mencipta perkataan Serigraphy supaya hendak membezakan permohonan artistik seni cetakan
saring daripada kegunan dalam proses industri.
Pencetak dari pusat Bantuan Alam Sekitar Kebangsaan (National Environmental Asistance Center)
pernah mengatakan bahawa proses cetakan jenis ini adalah cetakan yang serba guna. Pada
asasnya, bahan untuk cetakan jenis ini mudah didapati, ia sering digunakan dalam seting bawah
tanah (underground) dan mengsubbudayakan (subculture). Selain itu, cetakan sutera saring juga
telah menjadi satu keseniaan kebudayaan yang penting yang dapat dilihat menerusi filem poster-
poster, sampul album, risalah-risalah, kemeja-kemeja, pengiklanan, dan lain-lain.
JENIS – JENIS CETAKAN
(a) Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang
kayu.
• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan
pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di
atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di
dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu
dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)
(e) Cetakan Gurisan Asid
• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui
boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang
menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya
utama mereka.
• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan
sejenis bahan yang kalis asid.
• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
• Kaedah yang paling awal digunakan.
• Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan
pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan,
propaganda dan tekstil untuk pakaian.
• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16,
cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan
penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan
lino kesannya yang licin.
• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik.
Oleh itu, seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik
ini.
(above: Edward Jansen, Railroad Bridge, Wood-block print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.47)
(above: Minnie Lois Murphy (American, 1901 - 1962), Election Night, ca. 1935 - 1937, Wood-block
print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.17)
(g) Cetakan Lino
• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino
manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.
(h) Cetakan Lithografi
• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
• Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,
iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan
pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya
mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.
• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna
di atas permukaan kertas.
• Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring
(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis
dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas
kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum
dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin.
Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada
belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas
pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk
rajah-rajah berikut:
(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem
leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau
diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian
yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna,
kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia
dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang
sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan
melekat pada pemidang, sementara kertas biasa
PROSES PENGHASILAN KARYA CETAKAN SUTERA SARING
1. Persediaan membentuk imej
Proses untuk membentuk imej dalam cetakan ini merupakan satu elemen yang sangat penting. Imej
yang dihasilkan mestilah berwarna hitam dan putih. Semakin halus imej yang digunakan, maka
semakin realistik dan semakin cantiknya karya yang akan dihasilkan. Untuk menghasilkan gambar
yang berwarna hitam putih, pengkarya boleh menggunakan pelbagai softway atau pengisisan
komputer seperti adobe Illustrator, Coral Draw dan Photoshop. Selain menggunakan pengisian
komputer, pengkarya juga boleh menggunakan cara manual iaitu pengkarya lukis atas kertas putih
dan tekap atas tracing paper dengan menggunakan marker hitam.
2. Proses menyediakan photo emulsion
Dalam proses membuat cetakan ini, pengkarya hendaklah menyediakan 3 bahan asas iaitu photo
emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada photo
emulsion) dan Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silscree yang
tidak terkena dengan photo emulsion). Selepas belas photo emulsion telah dibuka, maka ia boleh
bertahn sehingga 6 bulan dan 3 bulan jika dicampur dengan sensitizer. Sekira bekas photo emulsion
yang terbuka ini terdedah dengan cahaya, maka photo emulsion itu akan rosak dan tidak boleh
digunakan lagi.
3.Proses Coating sutera saring
Dalam proses ini, pengkarya hendaklah memastikan proses ini tidak terdedah dengan cahaya.
Selepas itu, pengkarya juga hendaklah memastikan silkscreen yang dihasilkan adalah bersih dan
menyapukan photo emulsion yang telah disediakan dengan menggunakan squeegee atau alatan
khas (scoop coater) untuk meratakannya. Setelah selesai proses ini, blok silkcreen tersebut
hendaklah dikeringkan di tempat yang tidak bercahaya supaya photo emulsion yang disapu tidak
rosak akibat pancaran cahaya. Emulsion yang disapu hendaklah di bahagian tengah blok dan tidak
menyentuh permukaan lain semasa proses permukaan lain semasa proses pengeringan supaya
proses seterusnya dapat berjalan dengan lancar
4. Proses penetapan masa dedahan cahaya (Expose)
Proses ini adalah untuk memindahkan imej ke atas silkscreen yang telah siap disapu dengan photo
emulsion. Langkah pertama untuk proses ini ialah pengkarya hendaklah lekatkan atau letakkan imej
di bahagian hadapan blok sutera saring. Selepas itu, membuat expose gambar, kebiasaan untuk
proses ini mengambil masa selama 190 saat. Walaubagaimanapun, penetapan dedahan cahaya ke
atas sesuatu imej juga boleh berbeza, ia bergantung dengan jenis photo emulsion, cara bancuhan
dan campuran, jenis lampu yang digunakan dan kejelasan imej.
5. Proses menanggalkan photo emulsion
Setelah membuat exposes gambar, langkah seterus ialah menanggalkan photo emulsion, proses ini
memerlukan semburan air untuk menanggalkan bahagian photo emulsion yang hendak dicetak.
Photo emulsion yang terdapat di bahagian hitam akan tanggal selepas proses mencuci sutera
saring. Selepas mencuci, biarkan blok itu kering sebelum membuat cetakan. Jika berlaku kerosakan
imej semasa proses mencuci, pembuat hendaklah mencuci kesemuanya supaya imej yang
dihasilkan lebih sharp dan tidak kekurangan bahagian-bahagian tertentu. Sekira photo emulsion
tidak boleh ditanggalkan, maka gunakan photo emulsion remover atau menggunakan Clorox
(kemungkinan silkcreen tidak tahan lama dengan gunakna cara ini) untuk menanggalkan photo
emulsion.
6. Proses penampalan tape
Proses penampalan tape adalah berfungsi untuk menutup lubang yang tidak ditutup
dengan photo emulsion dan untuk menggelakkan warna menembusi bahagian yang tidak mahu
dicetak.
7. Proses mencetak imej
Selepas menjalani kesemua proses di atas, pengkarya sudah boleh mencetak karya.
Semasa membuat cetakan pengkarya hendaklah berhati-hati supaya imej yang. Dicetak tidak lari
terutama bagi layer kedua, tiga dan empat.
8. Proses menanggalkan warna dari blok silkscreen
Selepas membuat cetakan jangan membiarkan warna berada terlalu lama di atas kain sutera saring.
Hal ini kerana warna boleh mengeras dan akan menutupi bahagian lubang kain sutera saring. Oleh
itu, untuk memastikan masalah ini tidak wujud, langkah terbaik ialah terus membasuh aau mencuci
dengan photo emulsion remover setelah proses mencetak, bergitu juga dengan squeegee dan
alatan yang berkaitan. Selepas mencuci, jemur blok sehingga kering. Kesemua proses ini diulangi
sehingga siap keempat-empat layer.
PROSES PENGHASILAN KAYU CETAKAN KAYU
1 Proses menyapu minyak ke atas permukaan kertas
Setiap aktiviti atau pembuatan mesti ada proses, bergitu juga dengan cetakan blok kayu. Dalam
proses mencetak, ia mesti melalui beberapa proses, proses pertama merupakan proses menyapu
minyak di atas permukaan kertas untuk proses yang selanjutnya iaitu proses menekap. Fungsi
menyapu minyak adalah kerana hendak mendapatkan kesan lut sinar pada bahagian atas kertas
supaya ia membolehkan objek-objek di dalam kertas tersebut disalin semula ke atas permukaan
papan lapis.
Sebelum proses menyapu minyak masak, minyak masak haruslah dicampur dengan Turpentine
supaya minyak tersebut dapat kering dengan lebiih cepat selepas disapu. Sapuan minyak masak
haruslah disapu di bahagian belakang kertas yang tidak dicetak supaya karbon pada gambar
tersebut tidak tertanggal atau hilang.
2 Proses mengukir.
Proses seterusnya ialah proses mengukir, menebuk, memahat permukaan papan yang ingin
dibuang. Bahagian permukaan yang berwarna putih akan dibuang dengan menggunakan pahat dan
juga pisau wali. Semasa proses memahat, kita perlu berhati-hati supaya permukaan papan yang
ingin ditinggalkan tidak tertanggal dari permukaan papan tersebut. Proses ini merupakan satu
proses yang rumit dan perlukan kesabaran yang tinggi.
3 Proses menggelek dakwat
Sebelum proses mencetak, permukaan papan lapis yang telah diukir haruslah dibersihkan dahulu
dengan menggunakan berus. Keadaan ini bertujuan supaya permukaan papan tidak mempunyai
habuk atau serpihan yang tertinggal di permukaan. Serpihan yang tertinggal di atas permukaan
papan tersebut boleh meninggalkan kesan.Semasa proses menggelek warna, dakwat lino haruslah
digelek beberapa kali di atas permukaan kaca sehingga warnanya rata dengan menggunakan Roller
dan kemudiaannya diigelekkan ke atas permukaan blok kayu pencetak. Dakwat lino tersebut perlu
mengelek keseluruhan bahagian blok kayu yang hendak dicetak.
4 Proses mencetak
Selepas proses mengelek dakwat lino di atas permukaan blok kayu, kertas (rich paper) diletakkan di
atas blok kayu pencetak tersebut untuk tujuan mencetak. Di samping proses meletak kertas, kita
juga haruslah memerhatikan kertas rich paper, kertasnya haruslah bersih dan diletakkan dengan
seimbang di atas papan tersebut manakala bahagian lebihan kertas akan dipotong dengan ukuran
yang tertentu. Setelah selesai meletak kertas, langkah seterusnya adalah mengosok, iaitu supaya
semua bahagian yang hendak dicetak terkenal dengan warna yang rata supaya hasil karyanya
cantik dan berkualiti.
5 Proses Mengangkat kertas
Selepas membuat gosokkan terhadap kertas, proses seterus ialah proses mengangkat dan
menjemur.