CETAKAN SUTERA SARING/ STENSIL
AZREN BIN ABDULLAH ZAWAWID20091035303
MOHD SAIFUL AZUAN BIN MOHAMAD NOOR SAIDID20091035296
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KELAS: 2 CEMPAKA
MURID: 30 ORANG
MASA: 1JAM (80 MINIT)
SUB TAJUK:
SUTERA SARING
TARIKAH: 23 SEPT
2010
TAJUK: CETAKAN
OBJEKTIF
Mengenal pasti pelbagai jenis,
media , dan teknik cetakan.
Menghasilkan cetakan yang
tertentu sebagai penghasilan seni
visual.Memahami cetakan dan
aplikasi unsur seni dan prinsip
rekaan.
Mengenal pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan dalam cetakan sutera saring.
Mengetahui bahawa dengan warna sewarna/ corak dapat menghasilkan gambar yang menarik melalui cetakan sutera saring.
Mengetahui kesan teknik stensil atas kertas.
Pengetahuan Sedia Ada Bekerjasama,
kekemasan, kebersihan dan melahirkan individu yang kreatif serta berkemahiran.
Penerapan Nilai
SET INDUKSI (5 MINIT)• Guru menyediakan pemaparan
vedio dan peralatan.
GURU
• Pelajar melihat vedio, disamping mengetahui peralatan yang perlu dan melihat teknik yang dihasilkan melalui pemerhatian vedio.
PELAJAR
LANGKAH 1•Guru
menunjukkan bahan yang perlu ada bagi menghasilakn cetakan sutera saring.
•Guru menunjukkan cara menghasilkan cetakan sutera saring.
GURU
•Murid memerhati dan mempelajari serta menjalankan.
PELAJAR
LANGKAH 2•Guru
memberi arahan supaya murid- murid dalam berkumpulan. Murid mengambil salah satu blok yang disediakan oleh guru dan bebas memilih flora dan fauna.
GURU
•Murid mengambil kedudukan masing-masing bersama peralatan yang disediakan.
PELAJAR
LANGKAH 3
•Di dalam kelas guru memberikan arahan kepada murid untuk memulakan tugasan, mengeksplorasi dengan menggunakan blok/ kertas tersebut untuk menghasilkan sutera saring
GURU
•Setiap murid digalakan mengekplotasi dan menggunakan bahan/ blok flora fauna sebagai alat untuk mempelbagaikan warna dan kretiviti pelajar.
PELAJAR
PENUTUP•Guru
akan merumus dan membuat kesimpulan serta penerangan tentang kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada hasil kerja murid- murid.
GURU
•Murid dapat menilai keupayaan dan pendapat diri sendiri.
PELAJAR
Alat Bantu Mengajar
Baju yang telah siap
Peralatan dan bahan yang dikehendaki
sekuji (digunakan untuk mencetak)
1. Skrin2. Dye fabrik atau pewarna3. Sekuji4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)5. Kain atau kertas untuk cetakan6. Kertas (untuk melukis imej)7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)8. Pita pelekat9.Stepler gun
Peralatan bahan yang diperlukan
ialah:-
Proses Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang
Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau
logo tertentu.
Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya
Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak
Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.
Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki
Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.
Karya cetakan yang telah siap
Anda juga boleh mencetak pada permukaan kemeja T, ini lebih menyeronokkan dan anda semua lebih enjoy menghasilkan aktiviti tersebut. Jika menggunakan beberapa warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut warna-warna yang dikehendaki dan skrin yang berbeza
Sekian, Terima Kasih..
Selamat mencuba…
Top Related